Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Risau Syllabus Tak Sempat Habis? Flipped Classroom Jawapan Dia!

$
0
0
Saya selalu kongsikan antara tips kenapa saya boleh buat banyak aktiviti dan eksperimen, tanpa risau kan syllabus sempat habis atau pon tak, adalah melalui penggunaan Flipped Classroom.

Strategi nih saya dah guna sejak tahun 2015, selepas saya balik dari Sarawak dan mula mengajar di Kedah. Ini juga antara alasan kenapa saya terus istiqamah dalam menghasilkan video PdPc. Saya buat, kerana saya sendiri nak guna. Bukan sebab ikut trend ka apa ka.

Risau Syllabus Tak Sempat Habis? Flipped Classroom Jawapan Dia!

Risau Syllabus Tak Sempat Habis? Flipped Classroom Jawapan Dia!

Risau Syllabus Tak Sempat Habis? Flipped Classroom Jawapan Dia!

Risau Syllabus Tak Sempat Habis? Flipped Classroom Jawapan Dia!

Sebagai contoh, untuk hari nih wat eksperimen doh roti guna yis. Beberapa hari awal saya hantar pautan bahan dalam group WhatsApp dengan murid.

Bahan 1: Blog http://www.cikguhailmi.com/…/eksperimen-mengkaji-kesan-yis-…
Bahan 2: Video
https://youtu.be/yoLQSYlzEvI

Murid akan baca dan tonton di rumah, sebelum datang ke sekolah dengan lebih bersedia.

Jadi mudah banyak sebab dah ada persediaan, dah ada idea apa nak buat masa eksperimen. Bila dah tahu, maka cepat lah siap kerja nya. Saya pulak boleh fokus kepada content tu sendiri untuk bantu murid panjang kan lagi apa yang dia dah tahu.

Risau Syllabus Tak Sempat Habis? Flipped Classroom Jawapan Dia!

Risau Syllabus Tak Sempat Habis? Flipped Classroom Jawapan Dia!

Senang ceritanya, apa pun anda buat, biar lah ianya menyelesaikan masalah pengajaran anda. Bukan kerana nak nampak hebat, nak nampak gempak, hakikatnya tak ada impak. Yang akhirnya, anda jugak lah yang......

#FlippedClassroom#FlippedJerLah @ Smk Jerlun

Guna Roti Untuk Eksperimen Mikroorganisma Yang Lebih Mudah dan Lagi Murah

$
0
0
Kadang-kadang modifikasi ringkas pada eksperimen yang sedia ada dalam buku teks lebih membantu murid dalam nak memahami sains di sebalik aktiviti tersebut.

Sebagai contoh untuk eksperimen nih murid nak kaji 4 faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma iaitu cahaya, nilai pH, kelembapan dan suhu.

Guna Roti Untuk Eksperimen Mikroorganisma Yang Lebih Mudah dan Lagi Murah

Guna Roti Untuk Eksperimen Mikroorganisma Yang Lebih Mudah dan Lagi Murah

Kekangan tertentu pada bahan dan radas yang susah nak dapat, akhirnya boleh menurunkan motivasi guru nak laksanakan dalam kelas.

Jadi penyelesaian ringkas dan mudah, guna apa yang ada, adalah sangat membantu.

Untuk eksperimen nih saya gantikan dengan penggunaan roti dalam plastik, tapi masih kekalkan faktor dan pembolehubah yang nak dikaji.

Video penuh boleh tengok kat sini
https://youtu.be/q_x57tJD8v4

Hasil akhir dapat pun sama.

Tapi bezanya ini lebih dekat dan tak asing dengan murid. Dia boleh nampak apa bahan dia guna. Dan dia terus boleh relate dengan hidup dia seharian.

Guna Roti Untuk Eksperimen Mikroorganisma Yang Lebih Mudah dan Lagi Murah

Guna Roti Untuk Eksperimen Mikroorganisma Yang Lebih Mudah dan Lagi Murah

Guna Roti Untuk Eksperimen Mikroorganisma Yang Lebih Mudah dan Lagi Murah

Guna Roti Untuk Eksperimen Mikroorganisma Yang Lebih Mudah dan Lagi Murah

Guna Roti Untuk Eksperimen Mikroorganisma Yang Lebih Mudah dan Lagi Murah

Nak jadikkan sesi pembentangan lebih bermakna, saya mintak murid nyatakan faktor yang mereka kaji, apa yang mereka buat, apa yang mereka dapat dan kesimpulan yang mereka dapat buat.
So, agak-agak depa boleh paham dak belajar pada hari nih? 🤗 @ Smk Jerlun

5 Sebab Kenapa Anda Kena Pilih Sekolah Kerajaan

$
0
0
Semua kita tahu bahawa pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting pada setiap ibu bapa yang cakna dengan masa depan anak-anak mereka. Tahap nak menentukan sekolah anak-anak nih pun kadang-kadang boleh bawak gaduh. Sebab semua mak ayah nakkan tempat terbaik, guru-guru terbaik, dan semua yang terbaik untuk pendidikan anak-anak.

Teringat saya dengan pesan bapa saya suatu ketika dahulu, "Kalau hari ini aku makan secupak, esok hangpa kena makan segantang" Maksudnya, jika pada hari ini dia cuma mampu makan secupak saja, kami anak-anak perlu berada pada tahap yang lebih baik pada masa depan. Oh ya! Bapa saya seorang petani. Maka pada beliau, hanya pendidikan sahaja yang mampu ubah nasib kami sekeluarga. Dan alhamdulillah, sekolah kerajaan jadi pilihan kami.

Kegembiraan untuk berada di sekolah bersama guru dan murid
Kegembiraan untuk berada di sekolah bersama guru dan murid

Bagi sesetengah orang, mungkin anda tak dapat maklumat yang baik tentang sekolah kerajaan terkini. Serius ada sesetengah dah berada pada tahap jauh lebih baik daripada sekolah persendirian atau sekolah swasta yang lain. Ya, serius betul! Jom saya kongsikan 5 sebab kenapa anda juga kena pilih sekolah kerajaan.

#1: Kepelbagaian
Sebab pertama yang saya nak tekankan adalah kepelbagaian yang ada di sekolah kerajaan. Siapa pun tak boleh nafikan bahawa di sekolah kerajaan kita ada pelbagai lapisan masyarakat, sama ada dari keluarga berada atau miskin, dari pelbagai jenis bangsa dan kaum, dari pelbagai agama dan kepercayaan. Pendek kata macam-macam ada sama seperti rojak.

Anak Malaysia membina negara bersama-sama
Anak Malaysia membina negara bersama-sama

Jadi, kat mana yang bagusnya? Dalam nak menghadapi dunia yang semakin mencabar, kita perlu sediakan dengan seboleh mungkin kemahiran sosial dan interaksi anak-anak. Mereka akan bekerja dan hidup di dalam suatu masyarakat yang pelbagai, dengan segala macam latar belakang.

Pendedahan bergaul seperti ini sudah tentu membantu anak-anak bersedia dengan segala macam kepelbagaian yang wujud di sekeliling mereka, sekaligus bukan saja mampu untuk berinteraksi dengan baik, malah mampu menghargai setiap kelebihan dan kekurangan dengan seadanya. Matang bukan sahaja dari segi cara berfikir, malah juga melalui cara bertindak.

#2: Persekitaran
Bagi yang dah lama tak ke sekolah kerajaan, boleh lah ringan-ringankan kaki menjenguk ke persekitaran sekolah. Pasti anda akan terkejut dengan banyak perubahan pada sekolah sekarang. Ada setengah sekolah yang mempunyai makmal sains yang antara yang tercanggih di Malaysia. Ada sekolah kerajaan yang mempunyai kantin jauh lebih cantik dan hipster daripada kedai makan di luar. Di SMK Bandar Baru Miri, murid dilibatkan secara aktif dalam membudayakan amalan baik 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

Nice tak kantin SMK Pasir Gudang nih?
Nice tak kantin SMK Pasir Gudang nih?

Bukan sekadar fasiliti sahaja terbaik, perkara ini disokong oleh penerapan nilai yang tinggi melalui matapelajaran Pendidikan Sivik. Ya, penerapan nilai Sivik dalam matapelajaran lain, sangat membantu murid kita memiliki akhlak yang baik lagi terpuji.

Tahukah anda bahawa setiap sekolah juga mempunyai  bidang kebitaraan mereka yang tersendiri? Ada sekolah yang cenderung kepada pembudayaan Teknologi Hijau. Maka penuhlah dengan taman-taman dan juga konsep Teknologi Hijau yang mesra alam. Ada sekolah yang cenderung dengan bidang STEM, maka penuh lah dengan ciri-ciri STEM di merata-merata sekolah. Yang penting, anda tahu ke sekolah bagaimana yang anda perlukan untuk anak-anak anda.

#3: Aktiviti
Minda yang cerdas datang dari badan yang cergas. Sekolah kerajaan menyediakan pelbagai aktiviti ko-kurikulum, seperti kelab dan persatuan, serta sukan permainan yang boleh dipilih oleh semua murid. Malah penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti ko-kurikulum tersebut juga diiktiraf dan memberi kredit kepada murid untuk melanjutkan pelajaran kelak ke peringkat yang lebih tinggi.

Otak yang cerdas, datang dari badan yang cergas!
Otak yang cerdas, datang dari badan yang cergas!

Itu belum dilihat lagi dengan fasiliti dan kemudahan sukan yang disediakan. Sekurang-kurangnya di setiap sekolah kerajaan, satu padang dan juga Stor Sukan akan diwujudkan bagi menyimpan semua peralatan sukan dan permainan yang diperlukan murid. Malah di sesetengah sekolah yang mempunyai PIBG yang menyokong, kemudahan seperti ini jauh lebih baik berbanding kemudahan sukan di sekolah swasta.

#4: Guru Berkualiti
Tidak dapat dinafikan, antara satu kekuatan sekolah kerajaan adalah kerana mempunyai guru-guru yang terlatih dan berkualiti. Kesemua guru-guru di sekolah kerajaan mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan. Selain daripada itu, mereka juga dilatih bukan hanya dengan teori, malah juga melalui beberapa sesi praktikal sebenar di sekolah sebelum mereka ditempatkan sebagai guru sebenar.

High Performing Teachers kat Malaysia yang semuanya datang dari sekolah kerajaan
High Performing Teachers kat Malaysia yang semuanya datang dari sekolah kerajaan

Maka tak hairan lah bila kita dengar ramai guru-guru yang viral di media massa sekarang kerana mempunyai pendekatan pengajaran yang kreatif dan berinovatif. Itu belum lagi diambil kira dengan guru-guru sekolah kerajaan yang telah menempa nama di peringkat global melalui pelbagai penyertaan dan anugerah antarabangsa.

#5: Kos
Bahagian akhir nih kalau tak nak percaya jugak tak tahu lah. Sememangnya kita semua tahu bahawa kos yang perlu dikeluarkan di sekolah kerajaan nih adalah sangat jauh beza rendahnya berbanding di sekolah swasta atau persendirian. Setuju kan?

Yer lah. Kos di sekolah kerajaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Kalau di sekolah swasta atau persendirian pula, kos ditanggung oleh persendirian atau syarikat yang menguruskan sekolah tersebut, mana lah tak mahalnya kan. Jadi, untuk perkara yang sama, kualiti yang sama, kenapa mahu bayar lebih?

Peluang untuk menikmati kemudahan dan peluang belajar yang terbaik di sekolah kerajaan
Peluang untuk menikmati kemudahan dan peluang belajar yang terbaik di sekolah kerajaan
Ditambah lagi dengan Polisi "Zero Reject" menjadikan institusi sekolah khususnya sekolah kerajaan adalah sekolah sebagai ruang dan hak untuk semua lapisan masyarakat dan latar belakang mendapat pendidikan terbaik. 

Itu saja perkongsian saya mengenai kebaikan memilih sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta atau persendirian. Dalam ibu bapa memilih yang terbaik untuk pendidikan anak-anak, maka tinjauan yang menyeluruh perlulah dilakukan, termasuk ke sekolah kerajaan terutamanya pada masa kini. Seperti yang saya katakan di atas, maka kenapa mahu bayar lebih? Sekolah kerajaan, sekolah pilihan!

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk CPR dan Heimlich Manoeuvre

$
0
0
Alhamdulillah selesai juga misi saya nak membawa pakar yang betul untuk beri tunjuk ajar bagi teknik Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre yng betul. Topik baharu dalam KSSM Sains Tingkatan 4 nih merupakan tajuk yang menarik, tapi perlu kemahiran.

Saya sendiri pun tak pernah ikuti kursus Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) atau Heimlich Manoeuvre. Maka pilihan yang tepat, tentu lah memanggil mereka yang pakar. Sekurang kurang nya dah ada satu kolaboratif baik antara pihak sekolah dengan agensi setempat.

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre
Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk CPR dan Heimlich Manoeuvre

Langkah 1
Sebaik saja saya rasa idea ini perlu direalisasikan, maka saya terus hubungi nombor telefon Klinik Kesihatan yang terdekat, Klinik Kesihatan Ayer Hitam. Selepas menyatakan hasrat untuk memanggil mereka ke sekolah, pegawai yang menyambut panggilan memaklumkan saya prosedur yang betul.

Iaitu saya cuma perlu hantar surat ke Pejabat Kesihatan Daerah di Jitra. Nanti dari sana, Pejabat Kesihatan Daerah akan beri Arahan untuk klinik kesihatan berdekatan hantar kepakaran.
 
Langkah 2
Jadi saya terus buat surat jemputan untuk perkongsian kepakaran dan dinyatakan dengan khusus KLINIK kesihatan Ayer Hitam. Tapi sebenarnya kalau tak sebut pun, diorang akan hantar Klinik Kesihatan yang terdekat dah.

Boleh tengok contoh surat panggilan seperti di bawah

                                    DOWNLOAD CONTOH SURAT JEMPUTAN

Surat kemudian difax ke Pejabat Kesihatan Daerah Jitra. Biasanya dalam 2 ke 3 hari anda akan dapat balik feedback. Diorang akan call dan bincang apa Keperluan dan kehendak. Nanti cikgu bagitau lah benda nih ada dalam syllabus dan perlukan Khidmat diorang.

Kalau boleh juga hantar lah surat awal sket, 2 minggu awal ke, supaya mereka pun dapat buat persediaan lebih rapi. Tak semua klinik kesihatan ada Alat, patung bagai tu semua.

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Oh ya saya juga di maklumkan, biasanya kepakaran sebegini kita juga boleh mohon terus dengan Hospital Besar, sebab depa memang ada unit khas untuk bantuan kecemasan.

Kekangan klinik kesihatan nih sebab diorang kecik dan ada sikit kakitangan. Nak menjaga di Klinik pun tak sempat, apatah lagi nak mai bantu camnih. Jadi kalau anda nak selamat, terus buat surat ke Hospital Besar. Pun OK.

Langkah 3
Bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar maka saya siapkan sket kertas kerja Ringkas. Dalam tu ada maklumat Asas seperti objektif, kumpulan sasaran dan Pengisian.

Contoh kertas kerja ada kat bawah nih.

DOWNLOAD CONTOH KERTAS KERJA BENGKEL CPR & HEIMLICH MANOEUVRE

Selaku penyelaras Tingkatan 4, saya berhasrat nak libatkan semua murid Tingkatan 4, seramai 78 orang. Lagipun idea ini mendapat persetujuan daripada seorang lagi guru sains iaitu cikgu Zakiah, merangkap Ketua Panitia Sains.

Namun selepas berbincang dengan Pengetua, kami sepakat menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti Panitia Sains dengan menjadikan ini sebagai Bengkel PdPc STEM: Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre.

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Win win situation sebab terus jadi program Panitia Sains, program penyelaras Tingkatan 4 dan juga PLC untuk guru sains dan pembantu makmal. Best tak? Buat satu program, dapat 3 benda. Yeayyy!

Langkah 4
Hari kejadian, maka set lah tempat ikut seperti yang kita nak. Hasil perbincangan saya dengan pasukan daripada Klinik Kesihatan Ayer Hitam, mereka nak 20 minit sesi perkongsian, dan 1 jam 30 minit untuk sesi demonstrasi dan hands on.

Untuk di sekolah saya, 3 stesen disediakan
1. Stesen Heimlich Manoeuvre
2. Stesen Tercekik
3. Stesen Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Murid pula dibahagikan kepada 2 kumpulan besar ikut jantina. Kumpulan lelaki diberi peluang dulu untuk ke stesen dengan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil lagi. Satu kumpulan dalam 8 hingga 10 orang.

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Manakala kumpulan perempuan pulak teruskan dengan sesi tontonan video kejadian sebenar yang memerlukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR). Dan selesai semua, baru lah kemudian tukar giliran.

Terima kasih juga saya nak dedikasikan buat Klinik Kesihatan Ayer Hitam yang sudi hantar pegawai datang berkongsi ilmu dengan anak anak Jerlun. Tabik spring buat;

1. Dr Muhammad Ali bin Abdul Razak
2. Haji Mohd Fadzil bin Man
3. Cik Saodah Binti Ahmad
4. Encik Mohd Ikhwan

Simple kan? Ya itu lah proses camna nak jemput Klinik kesihatan datang buat perkongsian di sekolah tentang bantuan kecemasan seperti Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre.

Kalau cikgu ada kepakaran mungkin boleh buat sendiri. Tapi untuk saya yang tak reti nih, ini lah peluang nak bawa orang luar datang buat perkongsian. Lagipun boring Budak Budak nih dok asyik kena menghadap muka saya saja. Sekali sekala buat aktiviti camnih tentu diorang suka.

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Oh ya. Untuk bengkel saya ini juga, supaya Budak tak melangut saja dengar dan tengok pastu lupa, maka saya sediakan handout untuk mereka isi sepanjang ceramah dan aktiviti berlangsung. Baru lah ada makna dan dia bagi tumpuan sket kan?

                                   DOWNLOAD HANDOUT EDARAN KEPADA MURID

Ringkas Ringkas saja handout tu sebab taknak tugasan tu kacau mereka enjoy pengalaman. Dan dah siap, handout tu terus jadi bahan nota yang mereka boleh tampal dalam buku nota. Senang kan?

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

OK semoga perkongsian ini membantu semua guru sains kat Malaysia nih dalam melakukan aktiviti yang menarik di sekolah. Yang paling penting, aktiviti seumpama ini boleh menarik minat murid untuk lebih jatuh cinta dengan matapelajaran Sains. Tak percaya? Cubalah!

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

$
0
0
Perkongsian di KV Keningau juga mempertemukan saya dengan keluarga KOMTEP (Korea Malaysia Teacher Exchange Programme) saya.
Rupanya ramai diorang kat sini. Ada 5 orang semuanya. Dari KV Keningau saja pun dah 3 orang.
Cg Cynthia Shawal dari batch 2014
Cg Norhailmi Abdul Mutalib dari batch 2015 (nak jugak.. 😜)
Cg Khalifa Affnan dari batch 2017
Cg Ibrahim dari batch 2018
Cg Tracy Diane dari batch 2018
Cg Munirah dari batch 2019
Alhamdulillah semuanya masih terhubung dan saling menginspirasikan antara satu sama lain. Semua sibuk dengan projek masing-masing.

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Tapi masih sempat nak beri komitmen untuk projek sulong kami secara kolaboratif, iaitu penulisan buku koleksi pengalaman guru pertukaran Malaysia ke Korea, "Annyeonghaseyo Cikgu! Antologi Guru KOMTEP".
Buku yang menggabungkan 31 penulis dari kalangan guru KOMTEP ini di jangka akan berada di pasaran awal February nanti InshaAllah. So sebab abam jadi Ketua Editor, korang WAJIB kena beli OK! 😝
Projek kolaboratif kami yang kedua bakal menyusul adalah kerjasama strategik memartabatkan guru Malaysia dengan kumpulan guru antarabangsa. Target pertama, Filipina atau mungkin juga Indonesia. Tapi kita cari ASEAN dulu lah..
Doakan kejayaan dan kesepakatan kami dalam meneruskan aspirasi pendidikan negara kita. Banyak lagi yang kita Kena buat dan sumbang. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan!
Untuk yang nak join keluarga besar kami, apply #KOMTEP tahun nih yer.. Mana tahu rezeki anda! @ Kolej Vokasional Keningau

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

$
0
0
Syllabus baru Sains KSSM Tingkatan 4 sangat menarik dengan topik yang dekat dengan murid. Antaranya belajar pasal CPR dan Heimlich Manoeuvre, bantuan awal untuk kes tak boleh bernafas dan tercekik.
Sebab takdek kepakaran bab nih, maka saya rancang satu bengkel dengan menjemput Klinik Kesihatan Ayer Hitam bagi datang membantu. Rupanya diorang pun sangat mengalukan kolaboratif yang macam nih.
Jadi semua murid Tingkatan 4 terlibat dan juga bengkel ini jadi sesi PLC untuk semua guru Sains dan pembantu makmal. Ye lah, peluang rare kot nak belajar dari pakar.
Dan ternyata memang best sangat! Budak suka dan sangat fokus sebab setiap seorang ada peluang buat hands on sendiri cara nak CPR dan Heimlich Manoeuvre. Siap depa bawa patung lagi untuk budak cuba.

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Video penuh aktiviti boleh tengok kat sini https://youtu.be/G-UCOUoM-PY
Jutaan terima kasih juga khas buat pegawai @kementeriankesihatanmalaysia
Yang cukup komited menjalankan tugas dan sudi berkongsi dengan adik-adik pelajar semalam.
Dr Muhammad Ali, Staf Nurse Saodah, MA Ikhwan (Klinik Kesihatan Ayer Hitam) dan juga Ketua MA Daerah Kubang Pasu, Haji Fadzil. Memang terbaik! Terima kasih banyak! ❤️
Oh ya, buat yang tertanya, bab nih saya tak ajar lagi. Saya tinggal kan sekejap, dan sambung dengan bab lain dulu sementara nak menunggu hari bengkel tiba. Merungkai kurikulum, orang cakap. Fleksibel lah sket kan.
P/s: Nanti saya share prosedur dan kertas kerja cara nak jemput diorang datang ke sekolah. Mudah sangat. Serious best! @ Smk Jerlun

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

$
0
0
Rezeki hari nih bertemu dengan guru baik baik di KV Keningau untuk perkongsian Amalan Terbaik PLC.
Walaupun hanya ada kesempatan 2 jam untuk berkongsi mengenai PLC, tapi saya rasa macam tak cukup sebab banyak lagi perkara yang saya nak kongsi dan ceritakan dengan rakan guru di sini.

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Amalan Terbaik PLC Bersama Warga KV Keningau

Yang penting semoga perkongsian tadi dapat memberikan manfaat kepada rakan guru di KV Keningau dan juga yang datang jauh dari Tenom, macam Cg Anuthra Sirisena Sinnyore dan rakan sekolah.
Juga Cg Sheikh Ahmad Arif dan rakan-rakan guru dari SMKA Keningau. Sempat juga diorang join tadi.
Terima kasih buat KV Keningau, terutamanya Cg Shamsiah yang berurusan dengan saya untuk perkongsian ini. Tq!
Mana tahu ada rezeki ke #Keningau lagi pasnih.. 😜 @ Kolej Vokasional Keningau

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

$
0
0
Perancangan tahun lepas, akhirnya berjaya juga direalisasikan minggu ketiga awal tahun 2020 nih.
Jutaan terima kasih buat sekolah hebat 115 tahun nih, SM All Saints terutamanya Pengetua, Dr Mary Gambidau dan PK Pentadbiran Cg Han yang bersusah payah uruskan kehadiran saya ke Bumi Di Bawah Bayu ini.
Siap datang ambik kat Airport dan breakfast skali di hotel pagi tadi. Makanan dalam flight siap tempah 2 meal lagi. Baik sangat!

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Amalan Terbaik PAK21 di SM All Saints Kota Kinabalu

Cikgu-cikgu dia pun hebat belaka dan masih boleh terus fokus dengar perkongsian abam selama 2 jam tadi. Dewan ber air cond dan selesa. Siap ada jemputan untuk guru dari sekolah sekitar yang terlibat dalam program PLC sekolah.
Sebab pentadbir sekolah dan guru-guru semuanya baik hati, maka saya doakan juga semoga sekolah SM All Saints ini terus menempa kejayaan dan mampu menjadi contoh baik buat sekolah lain bukan saja di Kota Kinabalu, malah juga di seluruh Sabah.
Sampai kita jumpa lagi ya! 😍
P/s: Lupa pula buat dedication kat sahabat saya Cg Amly Ali Amat yang datang dari Tuaran dan tolong hantar ke Airport. Thank you bro! @ S.M All Saints,Kota Kinabalu

DIY Enzim Sampah: Buat Baja dan Pencuci Longkang Hebat

$
0
0
Enzim sampah atau enzim sisa Buangan organik nih memang banyak fungsi dan kegunaan. Masa abam kat Sarawak dulu tahun 2011, abam jadikan projek nih sebagai projek asrama. So enzim tu digunakan sebagai baja untuk pokok-pokok asrama dan juga bahan pencuci longkang. Serius berkesan giler!!

DIY Enzim Sampah: Buat Baja dan Pencuci Longkang Hebat
DIY Enzim Sampah: Buat Baja dan Pencuci Longkang Hebat

So this year abam comeback buat pulak projek nih dengan budak 4 Arif dan 4 Cemerlang, sebagai projek menjana income untuk kelas mereka. Kita akan jual #enzim nih nanti dengan harga mur mur. Sila support naa..

Nak tengok video camana enzim nih dihasilkan boleh tengok kat sini,https://youtu.be/xfVtXNCYecA

Atau pun buat jer sendiri, lagi senang!

Campurkan 1 kg gula perang, 3 kg sisa Buangan #organik (buah atau sayuran) dan juga 10 Liter air. Nisbahnya 1 : 3 : 10 kalau nak buat dalam kuantiti berbeza. Lepas tu, peramkan sampai 3 bulan. Dah boleh tuai hasil. Memang sangat berkesan. Selamat mencuba! 

DIY Enzim Sampah: Buat Baja dan Pencuci Longkang Hebat

DIY Enzim Sampah: Buat Baja dan Pencuci Longkang Hebat

DIY Enzim Sampah: Buat Baja dan Pencuci Longkang Hebat

DIY Enzim Sampah: Buat Baja dan Pencuci Longkang Hebat

DIY Enzim Sampah: Buat Baja dan Pencuci Longkang Hebat

Kegunaan Enzim Sisa Buangan Organik adalah sangat pelbagai. Sebagai contohnya sebagai baja pokok, dan bahan pencuci yang sangat berkesan. Cara penggunaannya adalah dengan mencampurkan 1 penutup botol Enzim Sisa Buangan Organik dengan sebaldi air, sebelum disiram kepada pokok.

P/s: Ada kawan dulu pernah buat sebagai pencuci muka jugak.. Kalah SKII katanya.. 😅😅😅 @ Smk Jerlun

Ubat Tradisional di Rumah: Kreatifnya Murid Edit Poster

$
0
0
Nih homework saya untuk murid Tingkatan 5 masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru nih.
Iaitu murid kena buat POSTER pasal tumbuhan yang kita guna untuk Perubatan Tradisional.
So diorang kena tanya mak ayah dan tok nenek, tentang pokok di sekeliling rumah yang boleh buat ubat. Snap gambar pokok tu, edit guna apps kat smartphone ikut kreativiti diorang dengan letak nama pokok dan kegunaan. Pastu share kat group WhatsApp. Dannnn.. Siapppp!!

Sangat ler kreatip hasil kerja murid. Amazing weyh! Tak caya maih tengok kat sini https://youtu.be/ZnyJ2_qE8Vs
Pasnih saya akan print dan lekat kat makmal. Bagi depa seronok lagi... 😍😍😍
Teknologi dalam pdpc kalau digunakan dengan betul, sangat lah awesome. Yang tak awesome, bila guna dengan tak betul dan syok sendiri! @ Smk Jerlun

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

$
0
0
Hari nih guna pendekatan #modular untuk #gabungjalin pembelajaran murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan penganjuran Karnival Kesihatan.
Tengok kemeriahan karnival kat sini
https://youtu.be/9tpZ8OaqM54
Tingkatan 4 untuk Bab 3 (Kesihatan Badan) dan Tingkatan 5 untuk Bab 2 (Nutrisi).
Murid Tingkatan 4 buka 5 stesen tentang pemeriksaan kesihatan.
Stesen 1: Maklumat asas
Stesen 2: Suhu Badan
Stesen 3: Denyutan Nadi
Stesen 4: Tekanan Darah
Stesen 5: Indeks Jisim Badan (BMI)

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

Karnival Kesihatan: Pendektan Modular Untuk Gabungjalin Pembelajaran Murid Tingkatan 4 dan 5

Diorang kena perkenalkan peralatan yang di guna dan terang kan maksud bacaan. Siap pakai lab coat, feeling feeling jadi Doktor dan Nurse. 😍
Murid Tingkatan 5 plak bukak 5 kaunter untuk Stesen 6 mengenai perancangan diet pemakanan. Jadi Dietician. So diorang kena cerita kan faktor pengaruhi pengambilan Kalori dan bagi cadangan pemakanan harian.
Alhamdulillah hasil komitmen dan kerjasama murid, karnival yang hanya memakan masa 2 waktu pdpc nih berjalan dengan lancar dan mencapai objektif pembelajaran.
Jutaan terima kasih juga buat Pengetua dan rakan guru lain yang turun ke padang untuk bagi sokongan kepada murid-murid. Seronok depa! 😍 @ Smk Jerlun

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

$
0
0
Semalam selesai Karnival Kesihatan dengan murid, ada guru berbual dengan saya. Kata beliau, "Patutnya cikgu macam Cikgu Hailmi kena dok sekolah hebat-hebat, ada murid bagus-bagus. Baru lah buat program camnih dapat hasil pon meletop nanti.."
Saya diam saja.
Itulah juga soalan yang selalu saya terima dari guru-guru lain bila saya pergi ceramah kat luar sana.
Tapi saya ada jawapan saya sendiri, kenapa saya pilih untuk masih terus berada di sekolah kampung tepi jalan utama nih. Masih terus nak bersama dengan murid yang kelas terbaik nya pun, bukan kata nak cari A, nak cari C pun susah masa PT3.

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Mungkin pada mata sesetengah orang, hasil mereka bukan 90/100 markah (mengikut standard mereka), tapi saya lihat perkembangan anak anak ini dari hanya 20 kepada 70 markah tu pon adalah sesuatu yang sudah cukup membanggakan saya.
Bila tengok sendiri bagaimana hari nih, murid kelas belakang nih "boleh buat" dan "mampu buat" tugasan depa, so saya nak tanya balik, "Siapa yang kata depa nih takble buat sebenarnya?" KITA!
Melihat mereka "sama cerdik" dengan rakan-rakan mereka di sekolah hebat tuh juga sudah cukup membahagiakan saya sebagai cikgu mereka.
Walaupun ada yang kata, anak-anak nih beruntung sebab ada saya sebagai cikgu mereka. Tapi ternyata, sebenarnya saya lah yang beruntung sebab ada mereka sebagai murid saya.
Doakan semoga saya terus diberi kekuatan dan semangat membara untuk terus berbakti buat anak-anak ini. Moga jadi inspirasi untuk mereka juga! ❤️
P/s: Gambar Karnival Kesihatan hari nih dengan murid 4 Cemerlang dan 5 Bestari. Boleh juga tengok video kemeriahan di https://youtu.be/9tpZ8OaqM54 @ Smk Jerlun

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

$
0
0
Ada pulak hat triggered bila abam share cerita semalam. Sampai pm tepi bagai curah perasaan. 😪 Mohon baca betui betui ye.
Fokus utama dia yelah abam nak bagitau macam mana murid mencabar sebegitu membantu bina skil kemahiran dan kreativiti abam nih sebagai cikgu.
Sebab tu abam rasa kena dok situ lagi sebab Budak2 macam tu lebih memerlukan abam berbanding Budak lain di sekolah lain. Lagi2 kalau yang memang dah baguih.

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Kita dah kena start pikir, keperluan untuk murid tu lebih utama daripada keperluan untuk guru.
Sebab tu kalau kat Korea, semua cikgu2 dia kena rotate sekolah setiap 5 tahun sekali. Nak jaga kualiti guru. Bagi semua rasa jenis sekolah, jenis murid. Tau tang mana susah, tau tang mana senang.
Untong jugak sebab dengan bergeraknya guru hebat tu, murid sekolah lain pun baru lah boleh merasa belajar dengan dia.
Tak ada lah yang take for granted sangat, walau di mana anda berada.
Pasnih kalau ada hat nak triggered lagi, Mungkin kita boleh propose program "1 Bulan di Sekolah Saya, 1 Bulan di Sekolah Awak"!
Jom sama2 jadi cikgu hebat hari nih 😘

Hasilkan Video Sekolah Dalam Masa 10 Minit Dengan QUIK!

$
0
0
Zaman sekarang nih elemen video antara satu perkara penting yang berlaku dalam seharian kita. Tak pelik banyak kerja dokumentasi sekolah juga mula di terima dalam pelbagai bentuk, termasuk bentuk video. Jom saya kongsi bagaimana nak Hasilkan video majlis sekolah dalam 10 minit dengan menggunakan satu aplikasi video editing yang mudah, iaitu QUIK!

Search QUIK di Google Play dan install
Search aplikasi QUIK di Google Play dan install

Tekan Butang + untuk masukkan klip yang anda nak pilih

Pilih klip video atau gambar yang anda suka. Maksimum 75

Letakkan tajuk atau tarikh program sekolah

Yeah... pilih template effect video yang menjadi kesukaan anda
Yeah... pilih template effect video yang menjadi kesukaan anda

Nih satu lagi contoh pilihan template effect video yang ada dalam QUIK
Nih satu lagi contoh pilihan template effect video yang ada dalam QUIK

Sebenarnya banyak kelebihan edit video gunakan QUIK nih. Antaranya adalah:
1. Cepat giler, tak sampai 10 minit dah boleh siap
2. Menu dia sangatlah simple dan mudah digunakan
3. Ada template siap untuk effect video dan lagu
4. Template yang disediakan tu bijak,  boleh buat auto semua benda
5. Takdek watermark apa-apa kalau anda nak publish video ke apa ke
6. Paling suka Sebab QUIK nih, PERCUMA!

Untuk Advance Editing dalam QUIK, boleh lah klik pada klip yang nak diubah
Untuk Advance Editing dalam QUIK, boleh lah klik pada klip yang nak diubah

Siap untuk dipublish tak sampai 10 minit kalau guna QUIK
Siap untuk dipublish tak sampai 10 minit kalau guna QUIK

Kemudian dah siap boleh lah share kan video tersebut terus ke Youtube Channel anda. Kalau nak cari semula, tengok bahagian Gallery dalam fon masing-masing, inshaAllah ada. See, mudah kan? Tak sampai 10 minit dah boleh dapat edit video macam canggih, pastu terus siap. Orang tengok pun mesti kagum dengan skil editing video anda. Yeahhh.. Selamat mencuba!

Malaysia Membaca: Selangkah Ke Arah Negara Maju Lagi Berjaya

$
0
0

Masa saya transit kat Amsterdam tahun 2018, saya terkejut sebab tak sangka negara dia kecik saja nak banding dengan negara Indonesia yang dia jajah. Jadi saya tanya apa rahsia negara dia boleh jadi hebat macam tu? Mudah saja dia jawab, sebab kami kuasai ilmu masa tuh!
Betul lah orang cakap, bangsa berjaya adalah bangsa membaca. Kajian Perpustakaan Negara tahun 2014 mendapati orang Malaysia hanya membaca 14 buah buku setahun, berbanding 40 buah buku bagi orang di negara maju. Jauh nau!

Malaysia Membaca: Selangkah Ke Arah Negara Maju Lagi Berjaya

Jadi dalam nak menjadikan negara kita terus maju dan berjaya, maka jom kita sahut Kempen Membaca oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Dekad Membaca. Biar kita semua, anak-anak kita, juga jadi bangsa yang membaca dan berjaya.

Sivik Dengan Amalan, Barulah Ada Penghayatan. Setuju Tak?

$
0
0
OK cer jawab nih jujur yer.. Kalau anda bawak kereta tengah malam, sampai kat traffic light. Lampu merah, pastu kereta lain pun takdek. So nak langgar ke nak tunggu?
Tu contoh mudah nak tengok kita nih tinggi ke tak dengan nilai sivik. Blom lagi cerita pasal soal kutip sampah, jaga kebersihan dan lain-lain.

Sivik Dengan Amalan, Barulah Ada Penghayatan. Setuju Tak?

Sebab makin kurangnya masyarakat kita yang bersivik, maka Kementerian Pendidikan Malaysia ambil inisiatif memperkenalkan semula SIVIK dalam pendidikan kita bagi tujuan membentuk masyarakat Malaysia yang lebih tertib dan beradab.
Nak tahu banyak lagi camna sivik ini dikuasakan dalam pendidikan kita, jom kita ke laman web moe.gov.my
#hidupbersivik #sayabersivik

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

$
0
0
Cubaan pertama abam hasilkan video unboxing sebagai panduan untuk guru-guru yang berhajat nak masukkan drone dalam senarai gajet pendidikan patut milik pasnih.
Boleh tengok full video abam review pasal drone tu kat link nih yer
https://youtu.be/4mkov8HQxKY
Yang nih abam gunakan DJI Mavic Mini [Set Flymore Combo] yang baru angkat dari Shoppee. Huhuhu.

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dron Dalam Pengajaran, Jom UNBOXING DJI Mavic Mini!

Dengan misi, ke arah menyediakan murid dengan gelombang Revolusi Perindustrian Ke-4. Jangan taktau, kot belah Jerlun nih pun, Pak Tani dah start guna drone untuk sembur baja dan racun kat sawah padi yer...
InshaAllah dah ada beberapa idea untuk abam laksanakan pdpc yang bakal gunakan #dron nih. Abam dah buat, nanti abam share OK.
Yang mana dah gunakan drone untuk PdPc tu boleh lah juga kongsi komen kat bawah nih. Hat yang guna untuk majlis kenduri takmau naa... 😅😅😅

Greta Thunberg The Nature Savers

$
0
0
 Sejak kebelakangan ini, pencemaran alam sekitar telah menjadi topik utama di setiap negara.Hal ini kerana,rakyat pada masa kini sudah tidak mengambil peduli tentang isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar.Terdapat pelbagai jenis pencemaran alam sekitar antaranya pencemaran udara,air dan bunyi.Pencemaran udara sering menjadi tumpuan utama di negara kita.Terjadinya pencemaran udara adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan dan perindustrian,pelepasan asap kenderaan bermotor,pembakaran terbuka serta aktiviti harian manusia.

                                          10 Ciri-Ciri Greta Thunberg

-Pada 20 ogos 2018 Greta Thunberg memuat naik gambar dirinya sedang berada di luar Parlimen Sweden.
-Greta Thunber memulakan gerakan  yang diberi nama "School Strike For Climate"
-Kemudian mengajak anak muda melakukan hal yang sama.
-Seterusnya Greta menubuhkan sebuah pasukan sokongan  "Fridays For Future"
-Dalam masa setahun jutaan pelajar dari pelbagai negara terinspirasi oleh Greta
-Jutaan orang tua dan muda dari pelbagai negara turun bersama-sama Greta untuk berdemostrasi.
-Ia juga merupakan seorang vegetarian.
-Greta dianugerahi nobel salah seorang paling berpengaruh di dunia
-Greta bertemu dengan pemimpin Inggeris mendorong Persatuan Eropah untuk melupakan Brexit dan memberi tumpuan kepada perubahan iklim
-4tahun lalu Greta di diagnosis menghidap sindrom Asperger,salah satu bentuk Autisme

Kualiti Terbaik Yang Kamu Suka Pada Greta Thunberg

-Greta seorang yang berani mengemukakan pendapat tentang iklim dunia kerana ketika Greta berusia 15 tahun beliau telah memutuskan untuk berdemonstrasi di hadapan Parlimen Sweden 
-Contohnya Greta telah menubuhkan sebuah pasukan sokongan yang bernama "School Strike For Climate" dan "Fidays For Future"

Greta Thunberg Budak Perempuan Yang Bercita-Cita Tinggi

$
0
0
Suhu dunia yang semakin meningkat sekarang memberi kesan yang mendalam kepada alam sekitar.Selain itu manusia juga menerima kesan seperti memudaratkan kesihatan.Oleh itu kita perlu sedar dan mengambil tindakan yang sewajarnya.Antara tokoh aktivis alam sekitar yang terkenal ialah Greta Thunberg yang berusia 17 tahun.

10 ciri-ciri Greta Thunberg
  1. Dilahirkan pada 3 Januari 2003
  2. Dilahirkan di Stockholm Sweden
  3. Bapanya seorang pelakon
  4. Ibunya seorang penyanyi
  5. Keturunan pemenang hadiah nobel
  6. Merupakan anak sulong
  7. Mogok sekolah demi iklim
  8. Mula aktif pada tahun 2018
  9. Protes pertama pada tahun 2018
  10. Memenangi banyak anugerah

Lukisan Greta Thunberg Yang Dilukis Oleh Kumpulan Kami

Kualiti Terbaik Yang Kami Suka Pada Greta

  • Seorang yang konsisten
  • Setiap minggu beliau akan  berdemonstrasi di depan pejabat parlimen Sweden untuk menggesa pembesar untuk mengambil tindakan tentang perubahan iklim dunia. 
.Nama Ahli:
Muhammad Shamil Hakim Bin Sukri
Muhammad Fathurrahman Bin Mahamad
Ahmad Firdaus Bin Md Akhir

Muhammad Ikmal Hakimi Bin Bisri

Kekentalan Hati Gadis Sweden,Greta Thunberg

$
0
0
          Pada 3 Januari 2003,telah lahir seorang bayi perempuan yang diberi nama Greta Tintin Eleonora Ernman Thunberg.Greata juga mempunyai pertalian darah dengan pemegang anugerah Nobel Kimia pada tahun 1903 iaitu Svante August Arrhenius .Beliau merupakan seorang pencinta alam sekitar.banyak usaha yang telah disumbangkan oleh Greta demi menyelamatkan alam sekitar daripada terus dianiayai oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Antara aktiviti yang telah dilakukan olehnya ialah melakukan mogok kerana perubahan iklim di luar parlimen.

Sekarang,kami akan menceritakan serba sedikit tentang ciri ciri yang terdapat dalam diri Greta Thunberg.Marilah kita sama sama mendalaminya.Ayuh.......

1)Berani
2)Bijak
3)Prihatin
4)Penyayang
5)Berfikiran terbuka
6)Berpandangan jauh
7)baik hati
8) Bertanggungjawab
9)Berjiwa mulia
10)Amanah

Akhir sekali,kami mendapati bahawa suatu ciri yang memberikan impak positif kepada generasi muda kini ialah BERFIKIRAN TERBUKA

........Greta menerima kecaman teruk daripada orang ramai di media sosial termasuklah Presiden Amerika iaitu Donald Trump sendiri.Namun,dia tetap meneruskan aktiviti demonstrasi alam sekitar yang telah dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia termasuklah negara kita yang tercinta iaitu Malaysia
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live