Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Greta Thunberg Seorang Yang Berkeyakinan Tinggi !!!!!

$
0
0

Kebelakangan ini , masalah pencemaran alam sekitar sering terjadi.Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.



Antara pencemaran alam sekitar ialah:


  1. Pencemaran udara
  2. Pencemaran air
  3. Pencemaran laut
  4. Pencemaran bunyi
  5. Pencemaran tanah
  6. Pencemaran haba
  7. Pencemaran sungai dan kolam.



10 Ciri yang terdapat pada Greta ialah:

  1. Nama Penuh:Greta Tintin Eleonara Ernman Thunberg
  2. Umur:17 Tahun
  3. Tarikh Lahir:3 Januari 2003
  4. Memenangi Anugerah Time's Person Of The Year dan Anugerah Right Liverhood
  5. Ibu Bapa:Malena Ernman dan Svante Thunberg
  6. Beliau menghidap Asperger's Sindrom
  7. Beliau seorang remaja perempuan yang biasa
  8. Beliau bukan seorang ketua dalam apa-apa parti politik atau group
  9. Beliau mempunyai kuda dan tinggal bersama dua ekor anjing yang bernama Moses dan Roxy
  10. Pada bulan Ogos 2018,beliau keluar berdepan dengan Parlimen Sweden

Kualiti terbaik yang kami suka pada Greta ialah:

Tekun melakukan sesuatu perkara

  • Bersungguh sungguh dalam melakukan sesuatu yang beliau mahukan kerana dia mengalami Aspeger's sindrom yang menyebabkan beliau obses terhadap sesuatu perkara,walaupun dianggap aneh oleh masyarakat. 
\Nama Ahli:
Aliya
Haibah
Farah
Hanis

Siapakah Greta Thunberg? Mari Kita Kenalinya...

$
0
0
Pada era globalisasi ini, kita terpaksa mengharungi suhu dunia yang ekstrem dan meningkat.Hal ini terjadi disebabkan oleh pencemaran demi pencemaran yang telah berlaku.Contohnya,baru baru ini kita digemparkan dengan satu kebakaran hutan di Australia yang disebabkan oleh kepanasan suhu yang melampau. Kesannya kebakaran itu menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. kita bernasib baik kerana terdapat seorang remaja wanita yang memperjuangkan tentang perubahan suhu dunia .
MARI KITA KENALI SIAPA REMAJA TERSEBUT.




GRETA TINTIN ELEONORA ERNMAN THUNBERG atau dikenali sebagai Greta Thunberg ialah seorang remaja yang mengambil berat tentang perubahan suhu dunia dan mengambil tindakkan untuk membuka mata dunia tentang pentingnya alam sekitar dan suhu dunia .

10 CIRI-CIRI GRETA THUNBERG


1. Beliau mempunyai pertalian darah SVANTE AUGUST ARRHENIUS (Bapa saudara) iaitu saintis  yang memenangi hadiah Nobel Kimia pada tahun 1903.

2. Berketurunan pemenang hadiah nobel

3. TARIKH LAHIR: 3 januari 2003

4. TEMPAT LAHIR : Stockholm,SWEDEN

5. PROTEST PERTAMA : 2018 AUGUST

6. NAMA IBU : MALENA ERNMAN

7.PEKEJAAN IBU: PENYANYI OPERA

8. NAMA BAPA : SVANTE THUNBERG

9.PEKERJAAN BAPA:PELAKON

10.AWARD:FRITT ORD AWARD (2019)



KUALITI TERBAIK YANG KAMI SUKA PADA GRETA THUNBERG?

-KAMI SUKA KEPADA GRETA THUNBERG KERANA BELIAU SELALU MENGAMBIL BERAT TENTANG ALAM SEKITAR DAN SUHU DUNIA.


AHLI KUMPULAN:
1.FATTAHUL
2.LUKMAN
3.HAZIQ

Greta Thunberg, Remaja 17tahun Yang Sanggup Berkorban Untuk Dunia

$
0
0
Dewasa ini dunia digemparkan dengan isu pemanasan global yang kian meningkat yang mengakibatkan pelbagai kesan buruk terhadap persekitaran dan hidupan. Hal ini kerana suhu purata global telah meningkat sebanyak 0.75 darjah celcius dalam masa seratus tahun sejak 1906-2005.Antara kesan buruk yang telah berlaku ialah peningkatan paras air laut,pencairan glasier dan peningkatan suhu. Namun begitu, pada tahun 2018, terdapat seorang remaja perempuan bernama GRETA THUNBERG telah berdemostrasi pada setiap hari jumaat bagi memperjuangankan isu mengambil tindakan dalam memulihara iklim dunia.


10 CIRI GRETA THUNBERG

1. Mengorbankan waktu persekolahan bagi berdemostrasi di hadapan dewan parlimen Sweden.
2. Berani tampil berdemostrasi seorang diri.
3. Tidak berputus asa walaupun tidak mempunyai sokongan pada awalnya.
4. Tergolong dalam 100 orang terpengaruh oleh majalah Time pada tahun2019.
5. Dinobatkan sebagai calon anugerah keamanan nobel 2019.
6. Salah satu penerima anugerah RIGHT LIVELIHOOD pada 25sept 2019.
7. Memberi inspirasi dan memangkinkan permintaan politik demi tindakan perubahan iklim.
8. Digelar sebagai salah satu "Pemimpin Generasi Seterusnya".
9. Penghidap penyakit sindrom yang kental dalam pendirian.
10. Pernah memasuki sidang Forum Ekonomi Dunia pada 23jan2019.



Kualiti Terbaik Yang Kami Suka pada Greta Thunberg?

Greta berani memperjuangkan isu peningkatan suhu iklim dengan berdemostrasi biarpun seorang diri dihadapan dewan parlimen Sweden sejak 2018. dengan tindakan yang diambil oleh beliau, untuk mendapatkan sokongan dari pelbagai pihak dan menjadi calon anugerah nobel.


AHLI
IYAS
SYAZWAN
AFIQ
ADIB

Iklan Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2020. Jom Cemerlang Sama-Sama!

$
0
0
Ok. Iklan Permohonan Guru Cemerlang bagi tahun 2020 dah keluar semalam. Surat siaran dan borang anda boleh tengok sini http://bit.ly/384WT1I
 
Iklan Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2020. Jom Cemerlang Sama-Sama!
Iklan Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2020. Jom Cemerlang Sama-Sama!

Yang taktau bila MASA YANG SESUAI nak mohon GC, boleh klik sini http://bit.ly/3biqXcf

Yang taktau nak START DARI MANA, nak tau pasal GC boleh baca sini http://bit.ly/1NicTgZ

Yang nak tau apa KELEBIHAN jadi GC, meh klik sini http://bit.ly/31xsExV

Yang taktau nak FILING, susun fail camna, tengok sini http://bit.ly/385J6rJ

Yang nak tips menghadap NAZIR, baca sini http://bit.ly/2vVAs0I

Yang maukan INSPIRASI jadi GC, meh usha sini http://bit.ly/2vQuLRy

Atau yang nak tau LALUAN LAIN selain GC, mai tengok kat sini http://bit.ly/2v9AwJX

Jangan lupa, sila SHARE dan TAG rakan guru anda yang hebat lagi cemerlang, dengan tagline, "Jom Cemerlang Sama-Sama!"

4 Langkah Mudah Green Screen Guna Kinemaster

$
0
0
Abam share 4 langkah mudah giler untuk hasilkan video canggih macam baca berita TV3, semudah ABCD.
Kita panggil dia, teknologi #greenscreen atau Layar Hijau. Actually pakai biru pon boleh, so orang panggil dia bluescreen. Kalau pakai pink, dia jadik pinkscreen and so on...
Apps video editing yang saya guna nih Kinemaster. Premium version. Bayar RM139 setahun OK, sebab abam nak yang halalan lagi toyyiban. Tapi abam rasa berbaloi lah dengan full function dia tu. Abam suka! 😍
So berikut adalah 4 kaedah mudah untuk hasilkan video green screen guna #Kinemaster.
1. Masukkan background guna MEDIA
2. Pilih LAYER dan klik MEDIA. Pastu pilih laa video yang anda nak buang background hijau dia tu
3. Kat menu sebelah kanan, cari button CHROMA KEY, tekan untuk ENABLE
4. Adjust SETTING bagi kualiti lawa lagi

4 Langkah Mudah Green Screen Guna Kinemaster

4 Langkah Mudah Green Screen Guna Kinemaster

4 Langkah Mudah Green Screen Guna Kinemaster



Terus dapat hasilnya weyh... 🤗🤗🤗
Senang sangat kan? Nak ajar budak pon mudah. Suka diorang..
Untuk yang masih tak nampak, boleh tonton video yang abam dah buat pasal greenscreen guna Kinemaster. Klik https://youtu.be/C1lV13wIhFE
Jangan lupa SUBSCRIBE channel abam tu jugak untuk video yang lebih menyengat. Hahahahaa
OK selamat berskrin hijau!

Video Kreatif Murid 7 Langkah Cuci Tangan Dengan Betul

$
0
0
Minggu lepas punya tugasan, murid kena siapkan "Video 1 Minit" mengenai 7 langkah mencuci tangan dengan betul.
Tugasan berkumpulan ini memerlukan murid untuk mencari maklumat mengenai langkah cuci tangan, dan seterusnya menggunakan kreativiti mereka untuk sampaikan maklumat.
Serious Kreatif! 😍







STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

$
0
0
Jutaan terima kasih buat @kedahlibrary atas jemputan perkongsian STEM Mendepani Revolusi Industri Ke-Empat bersama adik-adik mahasiswa dari sekitar negeri Kedah semalam.
Melibatkan lebih 100 mahasiswa daripada institusi peringkat tertier seperti universiti, politeknik, dan kolej komuniti dengan 26 International students tajan penuh daripada Universiti Islam Al Bukhary. Jenuh speaking omputih slang Jerman semalam oiii! Hahahahah 😝😝😝

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!

STEM Untuk Mahasiswa Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Terima Kasih Perpustakaan Kedah!


Ruang ini juga saya gunakan untuk berkongsi aspirasi dan inspirasi berkaitan #STEM di zaman #IR4.0 berdasarkan pengalaman saya mengikuti kursus guru di luar negara. Banyak yang kita kena belajar dan buat!
Paling penting adalah adik-adik mahasiswa nih tahu apa yang sedang berlaku di dunia dalam konteks yang lebih besar dan juga tahu apa kemahiran yang mereka perlu ada dan sedia untuk mendepani era ini.
Mudahan dengan perkongsian ini membuka minda untuk mereka terus kekal relevan pada masa akan datang! ❤️ @ Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

#PAK21 Kini Tiba di Sungai Pasir Kechil. Terima Kasih SMK Sungai Pasir Kechil!

$
0
0
10 Februari yang lalu, saya diberi kesempatan berkongsi aspirasi dan inspirasi dalam melaksanakan amalan #PAK21 dalam bilik darjah bersama guru-guru di SMK Sungai Pasir Kechil.
Bukan mudah nak menolak kesungguhan hasrat Penolong Kanan dan Pengetua yang dah hubungi saya sejak Disember tahun lepas. Maka kesempatan masa yang ada, saya gunakan istimewa untuk perkongsian di sini.

#PAK21 Kini Tiba di Sungai Pasir Kechil. Terima Kasih SMK Sungai Pasir Kechil!

#PAK21 Kini Tiba di Sungai Pasir Kechil. Terima Kasih SMK Sungai Pasir Kechil!

#PAK21 Kini Tiba di Sungai Pasir Kechil. Terima Kasih SMK Sungai Pasir Kechil!

#PAK21 Kini Tiba di Sungai Pasir Kechil. Terima Kasih SMK Sungai Pasir Kechil!


Sempat juga saya kongsikan sedikit pengalaman tentang Laluan Guru Cemerlang atas permintaan puan Pengetua.
Atas kesepakatan yang saya dapat lihat untuk dua jam saya di sana, maka saya ucapkan Selamat Maju Jaya buat warga guru dan sekolah SMK Sungai Pasir Kechil. Semoga terus Cemerlang! @ SMK Sungai Pasir Kechil

Dapatkan Kit MEGENEX, Inovasi P&P Pewarisan Genetik

$
0
0
Dapatkan Kit meGENEX, Inovasi terkini Cikgu Hailmi bagi tajuk pewarisan di pasaran sekarang.
Kit yang diilhamkan daripada suatu aktiviti pemulihan dalam bilik darjah ini, membantu memudahkan pemahaman murid dengan menggabungkan mekanisme penentuan pewarisan bagi genetik, jantina dan mutasi buta warna. 3 sekaligus oi!
Dihasilkan dengan kualiti tinggi, kit ini juga telah didaftarkan hakciptanya bersama myIPO, selain sangat sesuai di jadikan sebagai bahan bantu mengajar WAJIB MILIK bagi setiap makmal dan guru!
Untuk harga promosi, satu set Kit MEGENEX dijual pada harga mampu milik RM22 sahaja! (Kos pos: Semenanjung RM8, Sabah Sarawak RM11)

Dapatkan Kit MEGENEX, Inovasi P&P Pewarisan Genetik

Dapatkan Kit MEGENEX, Inovasi P&P Pewarisan Genetik

Dapatkan Kit MEGENEX, Inovasi P&P Pewarisan Genetik

Dapatkan Kit MEGENEX, Inovasi P&P Pewarisan Genetik

Setiap set terdiri daripada 1 board utama dengan 3 board penunjuk. Di bungkus rapi dengan kotak yang nampak mewah dan menarik. 😘
Murah sangat weyh, dengan kualiti terbaik tahap International nih!
Kita juga buat promosi sekarang, yang beli 5 set akan percuma 1 weyhhh!!
Beli 5 percuma 1!
Beli 5 percuma 1!
Beli 5 percuma 1!
So Cikgu Sains, Cikgu Biologi yang berminat dengan abam, eh... 😅 Yang berminat dengan kit MEGENEX abam boleh pm tepi untuk details.

Pembelian Kit meGENEX

Bank in RM22 (+ Kos pos RM8 Semenanjung, RM11 untuk Sabah Sarawak) Ke CIMBBank 7609778880 serta hantar NAMA PENUH, ALAMAT, NO FON dan BUKTI PEMBAYARAN ke 0138007003.

Terima kasih! 💐💐💐

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah

$
0
0
Digandingkan sekali lagi hari ini, 2 Adiwira PAK21 dari Kedah untuk perkongsian inspirasi bersama 458 guru muda (bawah 40 tahun) dari daerah sekitar Kota Setar dan Pendang.
Saya dengan perkongsian dari pengalaman saya menjadi guru di Sarawak, mencari haluan kerjaya dalam Guru Cemerlang serta melangkah lebih jauh dengan penyertaan antarabangsa.
Ustad Mohd Asrulnizam pula dengan perkongsian menguruskan duka lara 11 tahun, mencipta ruang berinovasi dan bagaimana PLC bisa melahirkan guru yang berkualiti.
Gandingan mantap baq ang! 😝

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah


Perkongsian inspirasi anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah, JPN Kedah ini datang sangat lah tepat pada masanya. Time guru-guru tengah semangat awal tahun. Time iklan Guru Cemerlang juga sedang dibuka.
Atas maklumbalas yang sangat baik dari peserta juga, InshaAllah perkongsian ini akan dibawa ke daerah lain juga di seluruh Kedah selepas ini. InshaAllah
Semoga perkongsian memberi manfaat kepada semua guru yang hadir. Sama-sama lah kita berusaha bersama dengan yang terbaik demi memajukan pendidikan anak bangsa kita.
Kedah boleh! ❤️ @ Dewan Al - Farabi , BTPN KEDAH

Bugar Semula PAK21 di SMK Alor Merah

$
0
0
Sesi pembugaran semula amalan PAK21 bersama warga guru dan pentadbir SMK Alor Merah semalam.
Guru nya tak lah ramai sangat, dalam 50 camtu saja. Tapi ramai dengan guru-guru senior lagi berpengalaman. Terus abam jadi sopan tau masa bercerita. Ye lah, kite baru 14 tahun je mengajar. Abang-abang kakak-kakak nih dah berpuluh-puluh tahun ajar kot. Lagi lah terer.

Bugar Semula PAK21 di SMK Alor Merah

Bugar Semula PAK21 di SMK Alor Merah

Bugar Semula PAK21 di SMK Alor Merah

Bugar Semula PAK21 di SMK Alor Merah


Tapi alhamdulillah, mereka sanggup tunggu jugak sampai saya habis berkongsi jam 4.30 petang. Satu penghargaan lah untuk adik muda nih terus bercerita dan berkongsi.
Kebetulan PK Pentadbiran, Cikgu Balkis juga sudah saya kenali sewaktu beliau jadikan #PAK21 sebagai projek NPQEL dua tahun lepas. Jadi rasa selesa lah nak bercerita kat depan tu.
Apa pun, saya doakan yang terbaik buat semua guru-guru SMK Alor Merah. Selamat maju jaya! @ Smk Alor Merah

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

$
0
0
Sebagai penutup Bab 4 Teknologi Hijau, kami adakan dalam bentuk debat ala Parlimen. Terinspirasi dengan perkongsian amalan terbaik rakan guru, Cg Sabri pada tahun lalu, abam nak try benda yang sama jugak dengan murid tahun nih. Sebab abam yakin dengan kebolehan mereka. Lagipun abam pun nak acah berangan jadi Speaker Dewan jugak! 😅
Setiap murid akan mewakili DUN (kampung) masing-masing. Yang seronoknya, setiap YB muda nih diberi kebebasan untuk pilih pangkat dan gelaran untuk mereka. Maka keluar habis lah segala Tan Sri, Datuk Paduka, Dato' dan Dr kat depan nama depa... Giler best dan kelakar weyh. Abam is terhibur.. 😝
Murid kemudiannya di bahagikan kepada team #kerajaan dan team #pembangkang. Setiap team ada kementerian tenaga, kementerian sisa buangan, kementerian pertanian dan kementerian pengangkutan (ikut subtopik dalam syllabus)

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau


Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau

Bila YB Muda Bersidang di Parlimen Teknologi Hijau


Team kerajaan kena kemukakan cadangan Teknologi Hijau dengan merujuk apa yang nak dibangunkan di sekitar kawasan Jerlun berdasarkan topik masing-masing .
Manakala team pembangkang pula kemukakan isu atau masalah (dengan bukti) yang sedang berlaku di kawasan sekitar Jerlun.
Setiap idea yang di bentang kan dengan hujah yang baik akan menerima 1 Markah. Manakala idea yang dibangkang dengan hujah yang baik juga akan menerima 1 Markah. So masing-masing kena pertahankan idea team sendiri.
Masa kat sini lah kita dapat tengok pengaplikasian kemahiran 4K1N bagi #PAK21 dengan sangat baik oleh murid. Kagum dengan usaha depa cari maklumat dan buat survey di sekitar kampung. Ada yang print gambar sebab nak tunjuk bukti atas hujah mereka. Huiyo dahsyat. Puas hati abam tengok.
Video penuh lesson 1 jam tu boleh tonton kat sini yer https://youtu.be/k5FUzafeaRE
Terima kasih juga puan Pengetua yang turut datang bagi sokongan untuk mereka, serta berkongsi beberapa tips pada akhir lesson untuk penambahbaikan yang YB Muda boleh buat.
Buat YB Muda semua, love you all. Keep inspiring and soaring higher! ❤️
P/s: Result akhir 12 - 11. Cer teka team mana menang? ☺️ @ Smk Jerlun

Semarak Amalan PLC Dalam Kalangan Guru SK Ayer Hitam

$
0
0
Sekolah rendah ni dalam sekitar 3km dari sekolah saya saja. Boleh panggil kategori sekolah jiran jugak lah.
Perkongsian mengenai bagaimana amalan PLC membantu melahirkan lebih ramai guru-guru berkualiti.
Bak kata pepatah Afrika,
"If you want to go fast, go alone
If you want to go far, go together"


Semarak Amalan PLC Dalam Kalangan Guru SK Ayer Hitam

Semarak Amalan PLC Dalam Kalangan Guru SK Ayer Hitam

Semarak Amalan PLC Dalam Kalangan Guru SK Ayer Hitam

Semarak Amalan PLC Dalam Kalangan Guru SK Ayer Hitam


Semoga perkongsian bersama 50 orang guru ini memberi manfaat kepada semua kita. @ SK Ayer Hitam

Orang 'Jahat' Juga Boleh Jadi Motivasi Terbaik Untuk Kita!

$
0
0
Pernah kan ada kelompok sekeliling kita, yang ajet2 support kita, benda kita buat, tapi sebenarnya kat belakang, diorang lah yang paling suka tikam kita balik. Harey sangat!

Itu lah juga yang berlaku, masa saya mula² hasilkan buku Project Based Learning nih. Dikecamnya kita nih kot belakang, serupa dengan tak pernah kenal kita.

Serius sakit hati, tapi saya terus fokus dengan apa yang saya buat. Sebab saya tahu, it's going to help more people.


Orang Jahat Juga Boleh Jadi Motivasi Terbaik Untuk Kita!
Orang Jahat Juga Boleh Jadi Motivasi Terbaik Untuk Kita!

And what most important, I start to ignore these negative people by kicked them out of my life! Fake.

Slow² saya buat, sampai siap satu siri PBL ni. Gigih, istiqamah dan terus fokus.

Dan hari ni, bila dapat mesej ucapan terima kasih kerana buku nih banyak membantu mereka untuk faham pasal PBL, saya cuma mampu tersenyum.


Siri buku Project-based learning

Some people sometimes doesn't mean to be with you, during your success!

So kepada mereka yang diberi ujian haters nih, teruskan buat benda yang anda suka. Trust me, you will achieve more after you start to focus on yourself. Yup, yourself.

P/s: Sehingga sekarang, yang mengecam tu, satu buku pun dia tak pernah hasilkan. Saya pula? Bakal keluarkan buku saya yang ke-5 inshaAllah... 😚 #STEM

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

$
0
0
Hari nih adalah LADAP kali ketiga dengan tajuk Kajian Tindakan. Di sampaikan oleh pensyarah berpengalaman dari IAB Cawangan Utara, Dr Rosnani Kaman. Juga bersama kami adalah Pegawai SISC+ Kubang Pasu, Pn Sharifah Shafie.
Seronoknya bengkel hari nih sebab terus hands-on. Maka at least masing-masing dah ada idea tentang apa yang nak di teruskan selepas ini.
Teringat juga saya kenangan mewakili Malaysia bagi Ki Hajar Dewantara Award di Bali, Indonesia pada tahun 2018. Akibat tidak mahir dengan ilmu penyelidikan, akhirnya 'memaksa' saya buat keputusan untuk sambung belajar ke peringkat Sarjana. Salah satu lagi fasa perkembangan dalam karier saya sebagai seorang guru.

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda


Terima kasih juga buat Pengetua, Pn Siti Rubiah yang memberi ruang 5 minit untuk saya berkongsi dengan rakan guru di sekolah tentang inovasi terbaru saya, Kit MEGENEX. Bermula daripada aktiviti kelas sebab murid tak faham konsep pewarisan genetik, akhirnya dibangunkan menjadi inovasi yang sedang saya komersialkan sekarang inj.
Segala laporan perkembangan proses ditulis dalam bentuk Kajian Tindakan. Jadi ya, buat satu benda, tapi akhirnya dua benda yang saya dapat. Inovasi dapat, Kajian Tindakan pun dapat!
Yang penting semoga lepas nih semakin lah bersemangat nak berkongsi ilmu secara lebih ilmiah menerusi Kajian Tindakan. InshaAllah 😍 @ Smk Jerlun

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

$
0
0
Semalam, pagi saya di Melaka, petang di Shah Alam dan malam 'terbang' ke Jawa Barat bersama kumpulan guru Sains (IPA) Provinsi Jawa Barat (Bandung, Jakarta, Bogor etc)
Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang oleh kumpulan guru Sains di Indonesia, SEROJA untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang pelaksanaan PBL dalam Pendidikan #STEM menerusi sesi webinar. Ini seminar online kali ketiga bersama kumpulan ini sejak tahun 2018. Program rasmi JPN diorang nih disertai lebih 70 orang guru dari serata West Java dan juga dapat mata kredit dan e-Sertifikat untuk LADAP diorang. Mantap kan?

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Maklumbalas daripada mereka jugak sangat lah baik. Saya kongsikan hasrat Pendidikan STEM di Malaysia, serta contoh-contoh amalan #PBL yang telah saya jalan kan dalam bilik darjah bersama murid saya di SMK Jerlun. Ayat mereka, "wow.. mashaauloh.. Amazing chekgu!" 😜
Sesi berlangsung dalam bahasa Inggeris sekejap-sekejap, pastu bahasa Indonesia banyak-banyak, bahasa Melayu dan juga tak lupa bahasa Kedah. Hahahahahhaa...
Yang seronoknya, mereka bahasa kan saya sebagai "chekgu", iaitu panggilan yang asing bagi mereka sebenarnya. Sebab kat Indonesia, Cikgu tu di panggil sebagai, "Pak Guru Hilmi" atau "Buk Guru Dewi". Membawa bahagian Malaysia itu adalah sangat membanggakan saya.. 🇲🇾
Semoga ukhwah nusantara yang terjalin ini juga bisa merapatkan jurang perbedaan antara dua negara yang bersaudara ini. Yuk kita bersatu rasa!
P/s: Semalam juga berdekah saya ketawa sebab asyik kompius Jawa Barat ke Jawa Timur nih.. Hahahaha.. Maafin gue ya teman-teman guru SEROJA! 🤣🤣🤣 @ West Java

Shooting Tips Guru Dengan GPS Bestari. Acah retis weyh!

$
0
0
Jumaat petang berada di Karangkraf bagi sesi shooting video tips yang bakal ditayangkan selepas ini dalam laman web @gpsbestari
Hahahahhahaha!
Abam tak reti oi. Lain benor plak bila orang yang rakam kita. Kalau rakam diri sendiri OK jer plak. 😝


Shooting Tips Guru Dengan GPS Bestari. Acah retis weyh!

Shooting Tips Guru Dengan GPS Bestari. Acah retis weyh!

Shooting Tips Guru Dengan GPS Bestari. Acah retis weyh!

Shooting Tips Guru Dengan GPS Bestari. Acah retis weyh!

Shooting Tips Guru Dengan GPS Bestari. Acah retis weyh!

Shooting Tips Guru Dengan GPS Bestari. Acah retis weyh!

Tips yang abam kongsikan yelah tentang menjadi Guru Cemerlang, tips dapatkan peluang program antarabangsa, tips hasilkan video PdPc dan juga tips uruskan murid dari jarak jauh.
Sempat jugak bantu promosikan Pertandingan video Kreatif, Ekspresi Menjiwai Rukun Negara untuk murid sekolah rendah dan menengah.
Join weyh, untuk peluang menang sehingga RM10000! Tarikh tutup 13 April 2020. @ Kumpulan Media Karangkraf

Revolusi Industri dan Inovasi di KV Melaka Tengah

$
0
0
Rezeki bertemu dengan rakan guru Kolej Vokasional Melaka Tengah bagi perkongsian mengenai realiti Revolusi Industri Ke-Empat Dalam Pendidikan.
Abam kongsikan bagaimana penggunaan percetakan 3D, robotik dan Dron yang digunakan meluas dalam pendidikan di luar negara melalui pengalaman abam berkursus di Korea, Indonesia, Amerika dan Switzerland. Tudiaaa baq ang!


Revolusi Industri dan Inovasi di KV Melaka Tengah

Revolusi Industri dan Inovasi di KV Melaka Tengah

Revolusi Industri dan Inovasi di KV Melaka Tengah

Revolusi Industri dan Inovasi di KV Melaka Tengah


Sempat jugak selitkan sekali dengan bagaimana abam menangani isu pembelajaran dalam kelas, hingga pada akhirnya berjaya hasilkan inovasi dan juga Kajian Tindakan. Buat satu perkara, tapi dapat dua benda.
Tahniah buat team Unit Penyelidikan sekolah, Cg Hasrul dan Cg Alwani atas inisiatif ladap ini. Semoga membantu guru-guru di sini menjalankan Kajian Tindakan dengan lebih bermakna selepas ini. InshaAllah
#kajiantindakan #inovasi @ KV Melaka Tengah

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

$
0
0
Alhamdulillah selesai berkursus untuk pemantapan lebih 80 orang TPU (Tenaga Pengajar Utama) bagi IBSE bersama Pusat STEM Negara.
Kursus kali kedua selepas tahun 2018 nih menghimpunkan kesemua TPU IBSE dari seluruh Malaysia. Dan tugas kami adalah untuk review semula aktiviti yang telah dijalankan, supaya pelaksanaan pada Fasa seterusnya dapat memberi kan impak lebih baik kepada guru yang terlibat.

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Saya gembira kerana dapat bertemu dengan lebih ramai rakan guru dan pensyarah IPG yang hebat-hebat dan baik-baik belaka. Banyak ilmu, dan masing-masing langsung tak lokek nak berkongsi. Banyak saya belajar kali nih.
Semoga juga inisiatif Pusat STEM Negara ini dapat mengembalikan kegembiraan dalam mempelajari Sains secara inkuiri kepada murid dan guru. Semoga juga lebih ramai guru yang menjadikan IBSE sebagai pendekatan pilihan bagi menerapkan KBAT dalam kalangan murid.
Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada anda! ❤️
#inkuiri #IBSE @ IAB Genting

Misi Jelajah Guru Ikon Negeri Kedah

$
0
0
Semalam bermesyuarat bersama Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kedah dalam misi jelajah guru-guru Ikon negeri Kedah susulan kejayaan program 2 minggu yang lalu di Alor Setar.
Projek ini diharap dapat memberi suntikan motivasi kepada guru-guru muda dan berpotensi di seluruh daerah di negeri Kedah melalui perkongsian inspirasi oleh guru-guru ikon negeri Kedah dari pelbagai kepakaran.

Misi Jelajah Guru Ikon Negeri Kedah

Misi Jelajah Guru Ikon Negeri Kedah

Misi Jelajah Guru Ikon Negeri Kedah


Terima kasih Ustad Shahrunnizam atas inisiatif murni yang bakal menggabungkan guru-guru ikon ini untuk dibawa berkongsi rasa supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi guru-guru hebat di Kedah lepas nih inshaAllah.
Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan memberi manfaat buat semua. Amin! ❤️ @ Pkg Hosba
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live