Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Pecut Hingga Ke Garisan Penamat

$
0
0
Alhamdulillah selesai sesi pembentangan bersama rakan-rakan seperjuangan. Rasa berbaloi bertapa dua hari nih di KK, siapkan presentation, sampai makan pun order delivery ke bilik. Haaaa.. Last minute sangat hang wat keja!
 
Terkilan tak dapat nak jalan-jalan pusing Sabah dulu sebelum balik. Jalan dengan kawan-kawan yang sangat banyak membantu perjalanan ilmu ini. Sebab lepas bentang terus lari ke Airport untuk flight balik KL. Ada event besar pulak lagi menanti esok.









Lagi terkilan sebab tak dapat nak join pelancaran #cikgooTUBE hari nih bersama KPPM. Macam pulon buat rumah, tapi hari kenduri masuk rumah, kita takdek... Hmmm.. 😔😔😔
Itu lah hidup. Sesekali kita diuji dengan pilihan yang banyak. So kau mau apa? @ The Klagan Regency

Revolusi Dalam Pendidikan

$
0
0
Terima kasih @upsi_malaysia untuk ruang perkongsian dari perspektif amalan guru dalam bilik darjah mengenai cabaran yang menanti dalam pendidikan di era Revolusi Perindustrian Ke-4.

Gembira dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman bersama adik-adik mahasiswa mengenai apa yang sedang berlaku di peringkat global. Namun yang lagi penting, adalah apa yang kita perlu persiapkan untuk terus kekal bersaing. Tidak menjadi ketinggalan, dan terus ditinggalkan.
















Jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan guru yang datang bagi sokongan. Rasa terharu sangat. Siapa lagi nak sokong kerja buat guru, selain guru sendiri. Thank you so much!! ❤️
Semoga juga sedikit perkongsian tadi dapat memberi manfaat untuk kita sama-sama membentuk generasi akan datang Malaysia yang lebih baik!
#revolusiindustri4#UPSI#pendidikan @ UPSI Tanjung Malim

Harta, Pangkat, Kemewahan Bukan Rezeki Hakiki

$
0
0
Semakin saya berusia, saya kira semakin matang cara saya berfikir dan melihat sesuatu perkara. Jika dulu bila sebut pasal rezeki, yang nampak di kepala saya hanya rezeki berbentuk duit, berbentuk harta.

Namun sekarang, pasti cara lihatnya berbeza. Keluarga yang harmoni juga rezeki. Jarang sakit juga rezeki. Boss yang baik rezeki. Sekolah yang baik pun rezeki. Anak Murid yang baik jugak rezeki. Apatah lagi rakan yang baik. Juga rezeki!

Terima kasih untuk Cg Hafiz Mungin, yang walaupun tengah sibuk buat PhD kat UPSI, tapi masih sempat nak sarapan sekali kat Karim Corner.
Terima kasih untuk Madam Sabina, rakan Stemvengers yang ambik cuti untuk datang support talk abam di UPSI, kemudian bawak lunch kat e-Place.








Terima kasih juga Cg Goh, yang dalam perjalanan balik ke Taiping, datang jumpa Supervisor di UPSI, tapi masih sempat nak datang minum petang dengan saya kat Richiamo Coffee.
Terima kasih juga Ticer Rashidah, Guru Maahad Kajang dan suami, Prof Rasid yang ambik saya untuk makan malam di food court baru kat Pekan Lama Tanjung Malim.

Berkenal dengan orang baik-baik pun rezeki. Rezeki yang kita jarang nak nampak, tapi selalu kita dapat rasa.
Seperti yang saya katakan dengan Cg Goh semalam, dalam banyak keadaan kita jadi berjaya bukan kerana kita yang bagus. Tapi sebab disokong rezeki kita dapat family yang bagus, rakan yang bagus dan boss yang bagus.

Yang sentiasa nak lihat kita berjaya.
Yang sentiasa menyokong usaha kita.
Terima kasih semua! ❤️❤️❤️
#rezeki#kejayaan @ Tanjung Malim

Menyusuri Muzium Pendidikan Nasional di UPSI

$
0
0
Kesempatan berkunjung ke @upsi_malaysia kali nih membawa saya ke muzium yang dah lama saya berhajat nak pergi, Muzium Pendidikan Nasional.
Yer lah, dah nama pun cikgu. Nak lah jugak tengok apa yang ada kat sini. Menelusuri sejarah pendidikan negara kita, dan menjadi sebahagian daripada warisan sistem yang berkembang daripadanya.
Bangunan ikonik yang lebih di kenali sebagai Bangunan Suluh Budiman ini memang klasik sangat sebab dibina pada tahun 1919. Dengan senibina Dutch-Gothic dan inspirasi daripada Notre Dame kat Perancis, bangunan ini diabadikan sebagai Muzium Pendidikan Nasional secara rasminya pada tahun 2009. Memang sesuai sangat.










Ada gaya guru dulu-dulu tak?

Ada 21 pameran tetap tentang perkembangan pendidikan di negara mengikut topik, serta 1 ruang Pameran dengan tema tertentu. Untuk kali nih tentang Institusi Raja-Raja Melayu.
Buat saya yang baru 13 tahun menjadi guru pun, dah mengimbau sangat nostalgia masa jadi budak sekolah zaman 90-an dulu.
Mana boleh lupa weyh cover buku teks Manggis dan Rambutan yang ada display kat sini!
Jadi apatah lagi orang-orang senior dengan harta-harta yang lebih legend, macam Papan Tulis Batu, typewriter dan lain-lain lagi. Harta pesaka sekolah-sekolah awal kat Malaysia pun banyak yang di sumbangkan untuk display kat sini.
Secara jujurnya, warisan macam ni sepatutnya terus dipelihara supaya jadi bukti kesungguhan orang terdahulu dalam membentuk pendidikan apa yang kita ada pada masa sekarang. Mudahan yang dipelihara itu juga mampu jadi sumber inspirasi dan kebanggaan buat generasi pendidik masa kini.
Tahniah @mpn_upsi Muzium Pendidikan Nasional! ❤️ @ Muzium Pendidikan Nasional, UPSI

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

$
0
0
Jemputan saya ke UPSI kali ini bagi ie-RIICH 2019 disediakan dengan penginapan yang selesa dan dekat dengan UPSI sendiri. Ramai yang sedia maklum bahawa kemudahan dan penginapan hotel di Tanjung Malim adalah sangat terhad dengan pilihan. Jadi bila diberikan hotel UPSI, Scholar's Suites yang betul-betul berada dalam kawasan UPSI, maka saya nak cuba merasakan pengalaman bermalam di hotel baharu ini.


Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim
Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Pertama kali saya ingatkan nama hotel nih, Hotel UPSI. Hahahaha. Maka saya cubalah buat carian di Waze. Disebabkan tiada dalam carian, maka di cadangkan dengan beberapa hotel sekitar Tanjung Malim. Saya cuba hubungi rakan yang juga penuntut PhD di UPSI, maka baru lah saya tahu Scholar's Suite namanya. Hehehe.. ok, baiklah!

Scholar's Suite nih terletak di kampus baharu UPSI, atau lebih dikenali sebagai Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Masuk saja kawasan pagar utama, maka dan nampak jelas bangunan tinggi yang terletak di sebelah kiri kampus, berdekatan dengan Stadium UPSI.


Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim
Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim
Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Pada saya, kedudukannya yang sedikit jauh dengan 'benda-benda' lain tu adalah sangat tepat. Sebabnya, kawasan parking dapat disediakan dengan banyak dan luas. Hehehe. Ye lah masing-masing nak datang dengan kereta, dan taknak parking jauh-jauh. Lagi satu, tak ler kalut dengan kereta-kereta yang nak ke kelas dan pejabat.

Kat bahagian bawah tu dah jelas tertulis, Scholar's Suites Tanjung Malim - Pusat Latihan Hospitaliti UPSI. Oh ok.. nih jenis-jenis hotel yang diwujudkan sebagai tempat praktikal untuk mahasiswa perhotelan lah. Terbaik!


Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim


Bahagian reception juga disambut baik oleh receptionist kat situ. Nampak muda sangat. Mungkin mahasiswa yang tengah praktikal juga kot. Hahahha.. Pandai-pandai jer kan..

Disebabkan saya diberikan satu malam sahaja untuk penginapan, maka saya mintak tambah lagi satu malam sebab taknak kalut-kalut balik ke Perlis lepas program. Penat kot weyh. Lagipun, program di UPSI ini adalah program akhir saya untuk tahun ini, sebelum dapat bercuti. Yes, baru betul-betul nak cuti sekolah. Hehhee.. Tu pun hangpa dok kalut kata cikgu banyak cuti sekolah. Den nih baru nak bercuti kot!

Untuk tambahan satu lagi malam, saya hanya perlu bayar RM100 untuk bilik Standard [Queen]. Harga promosi hujung tahun katanya. Kalau normal price musim biasa, perlu bayar RM180, dan kalau Super Peak Season RM220.


Pakej harga dan bilik yang terdapat di Scholar's Suite UPSI
Pakej harga dan bilik yang terdapat di Scholar's Suite UPSI

Wahh.. kiranya murah banyak lah tu ye dak? Saya cuba tanya juga tentang tempahan melalui aplikasi banding harga hotel online, macam Agoda, Booking etc. Tapi nasihat mereka, lebih baik terus bertanyakan dengan pihak hotel, sebab kadang-kadang pihak Scholar's Suites ada buat promo mengikut keadaan dan keperluan.

Selesai urusan check in, saya terus ke bilik di Tingkat 5. Kemudahan lif disediakan. Cumanya yang satu lagi tu macam tak berfungsi pulak masa saya pergi. Tapi masih ok, sebab tak perlu tunggu lama, lif yang besar, dan orang pun tak lah ramai sangat.

So beginilah keadaannya bilik Standard [Queen] yang saya dapat.


Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim



Pada saya keluasan bilik adalah sangat selesa dan bersih. Mungkin sebab jugak hotel masih baharu beroperasi, maka semua kemudahan berada dalam keadaan yang sangat baik dan berfungsi elok.

Yang paling saya suka adalah sebab keadaan hotel yang nampak luas dan lapang, (tak suka sempit), tidak mengelirukan dengan susunan yang berbelok-belok dan yang paling penting, tidak kelihatan menyeramkan! Hahahahha.

Saya cuba tinjau-tinjau juga kemudahan di sekitar hotel Scholar's Suites. Ada banyak kemudahan lain seperti tapak permainan kanak-kanak, dewan besar, bilik mesyuarat dan kafetaria. Mencukupi untuk perkara asas bagi mereka yang mahu menginap untuk beberapa hari di UPSI atau Tanjung Malim.


Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim



Bergambar bersama rakan guru yang sedang menyambung pengajian di UPSI, Cg Hafiz


Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim
Tapak permainan kanak-kanak disediakan di bahagian tepi hotel


Secara keseluruhannya, saya rasakan pengalaman bermalam di Scholar's Suites Tanjung Malim merupakan satu pengalaman yang menarik. Paling penting kemudahan hotel ini memudahkan urusan bukan saja saya , malah lebih ramai lagi orang yang mempunyai urusan di UPSI. Musim-musim konvo, dah tentu penuh dan meriah kan?




Kehilangan Permata KPM : Terima Kasih Datuk Dr Amin Senin!

$
0
0
Semalam merupakan hari terakhir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin menjalankan tugas beliau sebagai penjawat awam.
Berbakti mengemudi antara kementerian yang paling mendapat perhatian masyarakat, saya rasa bukan calang-calang orang mampu untuk berada menggalas tanggungjawab tersebut.
Pada saya, Datuk Dr Amin yang saya kenali cukup berbangga dan percaya dengan kebolehan guru-gurunya. Tak pernah sekali pun saya dengar beliau salahkan guru untuk apa-apa situasi. Sebagai guru, mendapat ketua sebegini adalah satu motivasi untuk saya bergerak lebih jauh dalam bidang pendidikan.
Naratif baharu pendidikan dan pendekatan 'Bottom to Top' yang dibawa oleh Datuk Dr Amin, juga adalah pendekatan yang sangat baik dalam nak ubah persepsi masyarakat (dan guru) tentang cara kita melihat peperiksaan dan pendidikan secara khususnya.
Teringat saya ketika beliau dengan tenang dan penuh berhikmah menjawab setiap soalan panas yang diutarakan oleh guru semasa sesi Forum Hari Guru 2019 di Pulau Pinang.

Kehilangan Permata KPM : Terima Kasih Datuk Dr Amin Senin!
Semasa menerima Anugerah Guru Adiwira sempena Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang

Kehilangan Permata KPM : Terima Kasih Datuk Dr Amin Senin!
 Berkongsi buku PAK21 dan STEM hasil penulisan saya di Kolokium STEM Sabah 2018

Kehilangan Permata KPM : Terima Kasih Datuk Dr Amin Senin!
Mid Term review bagi program pertukaran Guru Malaysia ke Korea tahun 2015 di Seoul

Kehilangan Permata KPM : Terima Kasih Datuk Dr Amin Senin!
Wefie ramai-ramai untuk perjumpaan KPPM bersama 25 Ikon Pendidikan @ Kementerian Pendidikan Malaysia

'Kecelaruan' guru yang berpunca daripada 'ketidakjelasan' dan 'ketidakfahaman' kerana tak dapat maklumat yang betul, dapat ditangani dengan sangat baik oleh KPPM kita nih.
Beliau sudahi sesi dialog dengan ungkapan yang cukup memotivasikan, "Sebaik mana pun sistem pendidikan sesebuah negara, namun jika tidak disokong dengan guru-guru yang baik dan berkualiti, maka kita tak akan ke mana.. "
Itu lah Datuk Dr Amin yang saya kenali sejak tahun 2015. Semoga persaraan ini memberi ruang dan lebih banyak masa untuk beliau bersama keluarga dan Sang Pencipta.
Terima kasih untuk segala jasa bakti dan pengorbanan selama ini. Terima kasih untuk tunjuk ajar. Terima kasih Datuk Dr Amin Senin!

#cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1

$
0
0
Hari nih #cikgooTUBE bersiaran dari RTM1 untuk @selamatpagimalaysia.
Meskipun sesi hanya untuk 13 minit, tapi abam rasa macam 30 minit kot kat situ. Dengan segala soklan spontan oleh host, (padahal kemain dah ready) main jawab jer. Lagi lucu, masa tengah jawab soalan tu pon dalam kepala masih ligat dok pikir, betul ke aku jawab soalan dia nih.. 😂😂😂
Alhamdulillah untuk pengalaman menarik pada hari ini bersama Encik Mohd Azemi selaku tokey cikgooTUBE dan sahabat saya, Cikgu Romie. Terima kasih jugak Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan untuk ruang perkongsian.

 #cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1

 #cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1

 #cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1

 #cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1

 #cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1

 #cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1

 #cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1

 #cikgooTUBE di Selamat Pagi Malaysia, RTM1


Video penuh sesi kami boleh tonton kat https://youtu.be/T5TO1JnOv7k
InshaAllah 2020 bakal menyaksikan lebih banyak program dan bengkel Penghasilan Video PdPc akan digerakkan di seluruh Malaysia.
Semoga inisiatif #cikgooTUBE ini juga mampu membuka lebih banyak ruang perkongsian daripada guru kepada guru. Nak hebat kena sama-sama, bukan sorang-sorang.
P/s: Swipe untuk gambar-gambar BTS 🇰🇷 (behind the scene! 😜) @ RTM Angkasapuri

Tour ke Pusat Sains Negara; Apa Kata Cikgu Romie?

$
0
0
Tak ingat dah kali ke berapa melawat sini, tapi yang pastinya kali nih dengan rakan guru hebat, salah seorang Ikon Guru di Malaysia, iaitu Cikgu Romie a.k.a Cikgu YouTube. Video PdPc dia kat Youtube dah lebih 4,000 kot. Ko hader?
*takder.. 😅😅😅
Video FULL lawatan riang kami ke @pusatsainsnegara boleh tengok kat sini https://youtu.be/F5SQn7enK-U
Kelakar weyh! 😝😝😝

Tour ke Pusat Sains Negara; Apa Kata Cikgu Romie?

Tour ke Pusat Sains Negara; Apa Kata Cikgu Romie?

Tour ke Pusat Sains Negara; Apa Kata Cikgu Romie?

Tour ke Pusat Sains Negara; Apa Kata Cikgu Romie?

Tour ke Pusat Sains Negara; Apa Kata Cikgu Romie?

Abih semua benda kami try. Ngalahkan budak-budak. Hahahahaha. Pameran tambahan untuk dinosaur tuh, kami tak masuk sebab kekangan masa nak balik jauh lagi. Berbaloi bayar tiket RM12 untuk dewasa.
Cuti sekolah nih jugak memang ramai ler jawab dia. Satu peluang terbaik untuk bawak anak-anak semua. Yang Couple BBNU pun ramai. Ilmiah sungguh dating hangpa. Boleh feeling ka mai dating sini dik oi! 😂😂😂

Cumanya adalah kami bagi satu cadangan supaya boleh tambahbaik lagi mutu perkhidmatan kat sini. Yang tu, nak tahu kena tengok video naa..
OK, komen sket sapa yang dah pernah gi Pusat Sains Negara. Suka tak? @ Pusat Sains Negara Kuala Lumpur



Refleksi Saya Untuk Tahun 2019

$
0
0

Tak sangka, tahun 2019 ini adalah tahun ke-13 saya bergelar sebagai cikgu. Pantas sangat masa berlalu. Masih terbuai dengan kisah kejayaan tahun 2018, tengok-tengok dah nak habis tahun 2019. Baki tahun berkhidmat rasanya ada lagi hampir 20 tahun kot. Saya sendiri pun tak tahu ke mana Allah akan channelkan diri saya ini pada masa akan datang. Namun yang penting, jaga niat, jaga tujuan, InshaAllah saya yakin Allah mudakan semuanya.







Refleksi Cikgu Hailmi untuk tahun 2019


Buat yang kali pertama baca blog saya, artikel ini adalah refleksi ke-7 tentang diri dan kerjaya saya sebagai cikgu. Setiap tahun pun saya tulis. Boleh baca refleksi nih sejak tahun
2013, 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 untuk melihat suka duka saya dalam bidang pendidikan. Benda bukan senang. Benda bukan mudah. Kadang-kadang kita suka tengok tang yang berjaya saja. Onak duri tu, siapa yang tahu kan?

Yang seronok menulis relfeksi macam nih ialah bila dapat baca balik di tahun mendatang. Sekurang-kurangnya boleh nampak apa progress yang dah berlaku pada diri kita dan kerjaya kita, yang mana mungkin boleh dijadikan suatu motivasi dan inspirasi di kala rasa down dan tak bersemangat. Siapa tahu kan?



Yes, you can do it!

BLOGGING
Secara peribadi, saya rasakan blog www.cikguhailmi.com nih lah yang memainkan peranan sangat penting dalam perkembangan karier saya sebagai guru. Majoriti mengenali nama dan kerja buat saya menerusi blog.

Dan tanpa saya sedar juga dah 7 tahun saya menulis. Seperti yang selalu saya katakan, nak buat blog tu mudah. Nak maintain tu yang perlukan kesungguhan. Sebab tu perlu terus menulis dan berkongsi kat sini supaya sentiasa relevan. Design blog yang legend dulu pun dah upgrade kepada design yang lebih mesra mobile phone. 



Design blog Cikgu Hailmi yang dah tinggal kenangan


Sehingga kini blog dah mencatatkan jumlah view hampir 33, 000, 000. Sebanyak 1,700 artikel dah ditulis, majoritinya untuk pendidikan. Perkongsian di media sosial lain juga banyak membantu perkembangan blog ini. Yang belum follow, sila gi follow na. 

Alhamdulillah saya dah ada team sendiri yang terdiri daripada bekas murid saya yang membantu menguruskan blog dan media sosial saya yang lain. Acah-acah retis gitu. Tapi, kalau harapkan kepada masa saya sendiri untuk update, memang berhuhuhu lah jawab dia. 






Pertemuan kedua Edublogger Meet Up #2



Pertemuan para
guru yang aktif berblog dalam Edublogger Meet Up #2pada Disember lalu juga memberi lebih banyak motivasi untuk saya terus menulis. 



CERN
 Kemuncak tahun ini juga saya rasa bila terpilih bagi Program CERN International High School Teacher 2019 di Geneva, Switzerland. Tambah lagi menarik sebab saya merupakan guru Malaysia pertama yang terpilih ke program tersebut sejak lebih 30 tahun diperkenalkan. Wow!

 

CERN International High School Teacher 2019 di Geneva, Switzerland

Peluang berkenalan dengan lebih ramai rakan guru dari serata dunia, inshaAllah membuka lebih banyak ruang dan peluang ke peringkat antarabangsa lagi lepas nih. Diorang suka berkongsi. Boleh juga baca catatan setiap hari sepanjang 2 minggu saya berada di CERN. Mana tahu rezeki anda pulak kan nanti!

Rezeki juga sekembalinya saya dari Geneva, terus
dijemput untuk perkongsian di Astro Awani. Hehhe.. Merasa lah jugak keluar TV lagi sekali pada tahun nih. Tapi yang paling penting pada saya, adalah penyebaran ilmu dari sana tu dapat berlaku dengan lebih baik lagi. Sempat juga buat perkongsian di sekolah sendiri, SMK Jerlundan bersama Maahad Hamidiah Kajang berkaitan pengalaman kat CERN. Excited budak-budak tu.

 



Perkongsian pengalaman CERN bersama ASTRO Awani



INOVASI
Alhamdulillah juga, inovasi pertama saya meGENEX yang akan dikomersialkan dah siap dicetak. Dalam fasa akhir penghasilan sebelum betul-betul boleh masuk pasaran pada tahun depan inshaAllah. Inovasi yang berkaitan dengan tajuk pewarisan genetik ini sebenarnya adalah hasil idea daripada aktiviti bersama murid dalam kelas, bila diorang asyik tak dapat jer nak ingat dengan baik. Cerita sket, kalau pakai meGENEX nih anda boleh guna bagi tajuk pewarisan genetik, penentuan jantina dan juga mutasi. Terbaik tak? ;)

 

Inovasi meGENEX bakal menemui anda tahun 2020

 
Sekalipun tak pernah bawak inovasi nih pergi bertanding, tetapi saya dah siap-siap lindungi hakcipta dengan myIPO. Jadi bila dikomersialkan nanti, tak lah rasa ada yang nak ambik kesempatan ke apa daripada idea kita. Cikgu-cikgu pun kena ingat. Bila ada idea inovasi, cepat-cepat daftar myIPO untuk lindungi idea kita tau. Mudah jer tau!



PENULISAN
Sasaran saya dalam menulis adalah, satu tahun satu buku sekurang-kurangnya. Alhamdulillah tahun 2017 dapat hasilkan buku "Pembelajaran Abad ke-21 - Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja" manakala tahun 2018 pula buku "STEM - Amalan Terbaik Bilik Darjah". 

2019 pula saya slow down sket sebab bagi laluan untuk misi meningkatkan ilmu diri.  Lagipun sibuk benau tahun nih. Idea nak hasilkan buku tu serious banyak. Bersusun je nih. Cuma masa saja yang mencemburui. Hahahaha. 






Antologi kisah 30 guru pertukaran Malaysia ke Korea. Dapatkan tahun 2020 ya!



Tapi Allah bagi juga rezeki untuk saya ada ruang masa mengumpulkan karya-karya pengalaman rakan guru Alumni KOMTEP (Korea Malaysia Teacher Exchange Programme) daripada tahun 2014 hinggalah tahun 2019. 30 artikel semuanya. Sekarang dah pun masuk percetakan, fasa akhir setting dan inshaAllah dijangka akan di pasaran pada awal tahun 2020 juga. 

Selaku Ketua Editor bagi buku "Annyeong Haseyo Cikgu! Antologi Guru Pertukaran Malaysia ke Korea Selatan" maka satu kepuasan yang tak ternilai bila dapat jadikan projek kolaboratif ini sebagai medan kami dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan guru-guru Malaysia. 






Sebahagian alumni KOMTEP dari tahun 2014 hingga 2018



So nak tau apa kisah menarik yang kami kongsikan, sila ready untuk dapatkan di pasaran tau pada tahun depan!



PELUANG RARE
Tahun ini juga saya mendapat beberapa peluang yang saya sifatkan sebagai peluang high profile. Peluang ekslusif untuk berkongsi dan mengenali orang-orang besar dalam Kementerian dan dalam pendidikan. Antaranya adalah; 






Team STEM bersama Dr Yunus ASTI untuk Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara







High Performing Teachers Bersama Pengerusi JKDPN, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid







Penilaian Finalis untuk anugerah oleh TKPPM, Datuk Sulaiman Wak dan Pengarah BPG, Datuk Maimunah




Perkongsian PLC dalam mesyuarat KPM bersama Pengarah Negeri dan Bahagian














 Perkongsian Amalan PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019


 
TAHUN ANUGERAH
Tahun 2019 ini juga saya gelarkan Tahun Anugerah. Ya! Banyak sangat kot anugerah dan gelaran yang diberi kepada para guru pada tahun ini. Mungkin juga berpunca daripada hasrat Menteri Pendidikan kita, Dr Maszlee Malik yang mahu guru menjadi Adiwira masyarakat dalam usaha mengangkat kembali imej guru kita.

Saya senaraikan kat sini beberapa anugerah dan pengiktirafan guru yang saya terlibat sepanjang tahun ini. serta penjelasan cara pemilihan dan apa tujuan anugerah tersebut. Banyak sangat katanya, sampai pening.. ;)


10 guru yang mendapat Top 10 bagi pertandingan amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran PADU Education. 



10 Guru Adiwira PAK21
16 guru dari setiap negeri yang dipilih oleh JPN masing-masing atas kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Majlis penganugerahan disampaikan semasa sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang.



16 Guru Adiwira Kebangsaan
30 orang guru yang terdiri daripada 16 Guru Adiwira Kebangsaan dan 14 guru influencers media sosial bagi satu roadshow mengangkat martabat guru di seluruh negara.





Duta Guru Nadi Negara


25 orang guru 'berprestasi tinggi' yang dijemput khas bagi satu sesi pertemuan khas bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin bin Senin. Pertemuan diuruskan oleh Pusat STEM Negara, Dr Ihsan Ismail dan pasukan.





25 Ikon Sesi Temu bersama KPPM


Nih award yang saya dapat semasa berlangsungnya International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2019) di UNIMAS, Sarawak.





Best Trendsetter Award


Sekali lagi diberi penghargaan oleh BTPN Kedah atas usaha-usaha menggunakan teknologi dalam pdpc di bilik darjah terutamanya.




Anugerah Khas Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kedah


Anugerah yang diberikan oleh CMN Academy kepada saya semasa penganjuran Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019 di Universiti Putra Malaysia.




Futuristic Teacher Award


100 orang guru yang mendapat Top 100 dalam pertandingan amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran PADU Education supaya menjadi agen perubahan kepada pendidikan di Malaysia.




Edufluencer



Duta Guru Petronas
150 orang guru majoritinya berkaitan STEM yang dipilih untuk menjadi ejen perubahan pendidikan di peringkat daerah dan negeri dalam amalan terbaik. Kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pusat STEM Negara, Yayasan Petronas dan juga Teach for Malaysia. 



Duta Guru Petronas



cikgooTUBE
Pasukan guru-guru yang aktif berkongsikan amalan terbaik mereka menerusi penghasilan video pdpc di Youtube. Inisiatif diuruskan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP). Saya berbangga kerana terlibat sebagai antara jurulatih utama dalam pasukan cikgooTUBE nih bersama rakan baik saya, Cikgu Romie dan Cikgu Razif.




Bengkel cikgooTUBE pertama di BTPN Perak



Saya melihat pengiktirafan seumpama ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam mengangkat kembali martabat guru di mata masyarakat. Saya perhatikan juga bila ada penghargaan dan pengiktirafan seperti ini, maka lebih ramai guru yang berani tampil berkongsi dan mahu ambil tahu tentang apa yang trending di dunia pendidikan.

Malangnya satu lagi sisi, saya melihat dengan adanya banyak sangat pengiktirafan seperti ini, menjadikan anugerah itu jadi kurang bernilai. Ramai sangat dapat. Kurang sifat exclusive nya tu. Kadang-kadang sifat pengiktirafan yang kurang jelas, menyebabkan ramai pula yang mempertikaikan kenapa dia nih dapat, dia nih tak dapat. 

 

cikgooTUBE bersiaran di RTM1 untuk Selamat Pagi Malaysia

 
Malah jangan tak tahu, ada segelintir yang juga mula bekerja untuk anugerah. Sedangkan mereka tak sedar, ramai yang diberi anugerah sebelum ini, kerana atas kerja buat mereka yang bertahun-tahun. Kerana passion mereka.

Jadi pesan saya, berhati-hatilah dalam kita mengejar apa pun. Salah langkah, tersungkur mungkin susah dah nak bangun balik. Jaga niat. Jaga niat. Semoga usaha kita semua dipermudahkan.



MISI SENDIRI
Seperti yang saya kongsikan dalam Refleksi Saya Untuk Tahun 2018, sebagai langkah mempersiapkan diri, maka saya ambil keputusan untuk sambung pelajaran ke peringkat Master. Jarang sangat sebenarnya saya kongsikan tentang ini. Yang tahu je tahu, bak kat budak Twitter sekarang. Cikgu sekolah saya pun ramai yang tak tahu. Huhuh... 

 

Pecut hingga ke garisan terakhir

Alhamdulillah juga, di celah kesibukan masih gigih untuk terus berada pada landasan yang betul. Dah masuk Semester Akhir, sedang buat penulisan Kertas Projek yang terakhir, prosiding dan inshaAllah rezeki untuk bergraduasi pada tahun depan. 80% dah katanya. Doakan saya ya! 




PENUTUP
Sebagai penutup kepada refleksi saya sebagai guru pada tahun 2019, saya melihat saya berada pada fasa kelima dalam karier saya, iaitu fasa untuk saya bukan lagi memikirkan pasal pencapaian diri, sebaliknya fasa untuk saya membantu lebih ramai guru supaya lebih cemerlang, dan keluar dari kepompong keselesaan kita. Bukan ambil sebagai accountability, sebaliknya responsibility.


Beberapa inisiatif saya menggerakkan lebih ramai guru-guru di sekeliling saya dan di serata negara seperti menerusi penulisan buku "Anneyong Haseyo Cikgu!" oleh Alumni KOMTEP Guru Malaysia ke Korea, bantuan sokongan di telegram "Bimbingan GC to Be" untuk guru yang berminat dengan info dan tips menjadi Guru Cemerlang, serta Program Mentor Mentee saya dengan beberapa guru untuk perjalanan karier mereka dengan lebih baik. 



Setuju kan?



Hasrat saya juga pada tahun depan adalah menggerakkan program perkongsian "Cikgu Sains Kreatif" menerusi aktiviti setempat. Pakat ramai guru-guru yang berminat, kita datang berkampung kat Kedah ka KL ka, pastu kita wat perkongsian. Bayar sendiri, belajar sendiri atas minat dan keperluan profesionalisme. Dan siapa tahu, Cikgu Sains Kreatif yang bermula di Facebook dan Telegram, boleh diangkat menjadi sebuah Persatuan Guru Sains sepertimana Kumpulan Aspirasi Guru-Guru Matematik Malaysia atau lebih dikenali sebagai KAGUMM.

Apa pun rezeki dan takdir yang menanti pada tahun mendatang, doakan yang terbaik buat saya. Doakan semoga saya terus diberi kekuatan dan rezeki masa untuk terus berkongsi dengan guru-guru dan murid-murid. Marilah kita sama-sama jadi manusia yang bukan saja bermanfaat, tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain. Amin!


Bila Dah Banyak Sangat Anugerah dan Gelaran Untuk Cikgu; Awak Rasa?

$
0
0
Tahun 2019 ini saya gelarkan sebagai Tahun Anugerah Untuk Cikgu-Cikgu. Ya! Banyak sangat kot anugerah dan gelaran superhero adiwira duta bagai yang diberi kepada para guru kita pada tahun ini. Mungkin ini juga berpunca daripada hasrat Menteri Pendidikan Kita, Dr Maszlee Malik yang mahu imej guru dilihat semula sebagai Adiwira / Superhero / Duta kepada masyarakat dalam usaha mengangkat kembali profesion suci ini. 


 
Bila Dah Banyak Sangat Anugerah dan Gelaran Untuk Cikgu; Awak Rasa?
Bila Dah Banyak Sangat Anugerah dan Gelaran Untuk Cikgu; Awak Rasa?



Ini sesuai dengan dapatan daripada beberapa negara luar dengan sistem pendidikan dalam kalangan yang terbaik di dunia seperti Finland, Korea dan Jepun. Guru-guru di negara ini sangat dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebagai contoh gelaran guru di Korea, iaitu Seon saeng nim (선생님) juga digunakan kepada doktor, pensyarah, dan para profesional yang lain. Ini sekaligus meletakkan guru sebaris dengan kerja-kerja pada strata yang paling tinggi.


Di negara kita juga suatu ketika dahulu, terutamanya pada zaman 60-an, 70-an, imej guru sangat dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. Mereka selalu menjadi tempat utama rujukan masyarakat dan komuniti, setaraf dengan ketua-ketua masyarakat yang boleh bertindak sebagai problem solver. Malah kepercayaan masyarakat pada tahap integriti dan tanggungjawab yang tinggi tersebut, ramai kalangan guru yang diangkat sehingga menjadi Yang Berhormat dan ahli politik pada zaman tersebut.

Terkini, melalui satu survey Global Teacher Index yang dijalankan oleh pihak Varkey Foundation pada tahun 2018, mendapati guru-guru di Malaysia mendapat tempat kedudukan KEDUA dalam kajian yang berkaitan dengan tajuk "Where are Teachers Most Valued?"


Guru Malaysia di tangga kedua dalam Global Teacher Status Index 2018


Jadi sebelum kita bincangkan lebih lanjut pro and cons bila dah banyak sangat anugerah dan gelaran nih, jom saya senaraikan beberapa pengiktirafan guru tersebut. Saya jelaskan juga bagaimana cara pemilihan apa untuk apa tujuan gelaran dan anugerah tersebut.



GURU ADIWIRA PAK21
10 orang guru pelbagai subjek yang mendapat kedudukan Top 10 bagi pertandingan amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran PADU Education. Bermula 2020, pihak yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini adalah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).


10 Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU Education
10 Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU Education


GURU ADIWIRA KEBANGSAAN
16 orang guru yang mewakili setiap negeri di Malaysia, dipilih oleh JPN masing-masing atas kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Ini meliputi kisah kejayaan, sumbangan, pencapaian dan sikap yang dipamerkan. Majlis penganugerahan disampaikan semasa sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang.


Guru Adiwira Kebangsaan 2019
Guru Adiwira Kebangsaan 2019



GURU INSPIRASI MCDONALDS
25 orang guru dengan yang dicalonkan kisah dan kenangannya oleh murid, rakan guru atau kenalan bersempena dengan Hari Guru 2019. Anugerah Guru Inspirasi McDonalds ini telah berlangsung sejak tahun 2017.


Anugerah Guru McDonalds 2019



DUTA GURU NADI NEGARA
30 orang guru yang terdiri daripada kombinasi 16 Guru Adiwira Kebangsaan dan 14 guru Influencers media sosial bagi satu sesi jerayawara mengangkat martabat guru di seluruh negara.


Duta Guru Nadi Negara




25 IKON PENDIDIKAN
25 orang guru 'berprestasi tinggi' yang dijemput bagi satu sesi pertemuan khas bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin bin Senin. Pertemuan diuruskan oleh Pusat STEM Negara, Dr Ihsan Ismail dan pasukan. Juga disertai oleh pasukan daripada Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan.


25 Ikon Pendidikan Bagi Sesi Temu KPPM


100 orang guru yang menyertai pertandingan amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran PADU Education dan mendapat tempat kedudukan Top 100 dipertemukan bagi sesi perkonhgsian dengan harapan menjadi agen perubahan kepada pendidikan di Malaysia. Diuruskan oleh PADU Education pada November 2019. 
 
Edufluencer oleh PADU Education
 
 
DUTA GURU PETRONAS
150 orang guru majoritinya berkaitan STEM yang dipilih untuk menjadi catalyst perubahan pendidikan di peringkat daerah dan negeri dalam amalan terbaik bilik darjah. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Pendiidkan Malaysia melalui Pusat STEM Negara, Yayasan Petronas dan juga dibantu oleh Teach For Malaysia.  

 
Duta Guru Petronas
 
 
 
Pasukan guru-guru yang aktif berkongsikan amalan terbaik mereka menerusi penghasilan video pdpc di Youtube. Inisiatif ini diuruskan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP). Antara pasukan jurulatih utama dalam pasukan cikgooTUBE ini adalah Cikgu Romie, Cikgu Hailmi dan Cikgu Razif yang telah menganjurkan lebih 15 bengkel kepada lebih 500 orang guru sekitar November dan Disember 2019. 


Pasukan pertama cikgooTUBE menerusi bengkel di BTPN Perak


Secara jujurnya saya melihat pengiktirafan seumpama ini memang merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam mengangkat kembali martabat guru di mata masyarakat. Saya perhatikan juga bila ada penghargaan dan pengiktirafan seperti ini, maka lebih ramai guru yang berani tampil berkongsi dan mahu ambil tahu tentang apa yang sedang trending di dunia pendidikan. 

Malah pengiktirafan dan anugerah ini juga boleh jadi motivasi dan inspirasi kepada guru lain untuk juga buat kerja dengan konsisten supaya lebih bersemangat dalam mendidik. 
 
 
 
Malangnya satu lagi sisi, saya melihat dengan adanya banyak sangat pengiktirafan seperti ini, boleh menjadikan sesuatu anugerah itu kurang bernilai. Bak kata orang, ramai sangat dapat, hilang sifat exclusivenya. Kadang-kadang sifat pengiktirafan dan anugerah yang kurang jelas objektifnya, menyebabkan ramai pula yang mempertikaikan kenapa dia nih yang dapat, bukan dia nih. 
 
 
Ingat tak orang cakap, USAHA tangga KEJAYAAN. Yeah, its true!
Ingat tak orang cakap, USAHA tangga KEJAYAAN. Yeah, its true!
 
 
Malah jangan tak tahu, ada segelintir yang juga mula bekerja untuk anugerah. Yang sampai sanggup keluar duit beribu untuk "beli" anugerah pun ada! Yang mana pada saya, itu adalah sangat tak betul. Dah lari niat. Mereka tak sedar, bahawa ramai yang diberi anugerah sebelum ini, adalah kerana atas kerja buat mereka yang dah bertahun-tahun. Passion!
 
Itu kena faham. Janganlah kita kerja kerana untuk kejar anugerah. Sebaliknya kerja lah sampai diberi anugerah!
 
Bagi yang menganjur dan memberi gelaran guru ini juga, pada pendapat saya syarat pertandinagn dan pengiktirafan juga perlu dimurnikan lagi. Biar orang jelas, untuk tujuan apa, dan bagaimana syarat untuk seseorang guru itu terpilih. Tidak lah nanti dipertikaikan orang, kenapa dan mengapa. 
 
 
Satu lagi cadangan saya adalah, perlu ada kesinambungan daripada apa setiap penghargaan dan pengiktirafan tersebut supaya yang menerima anugerah ini boleh terus menyumbang dan menginpirasikan guru-guru lain. Baru lah guru-guru lain ada rasa nak jadi camtu jugak.

Kesimpulannya pesan saya, berhati-hatilah dalam kita mengejar apa pun. Salah kita melangkah, tersungkur nanti mungkin dah susah nak bangun balik. Sentiasa lah juga jaga niat, jaga niat dan jaga niat. Semoga juga usaha kita semua dipermudahkan. Amin!

Bila 'Geng Keras' Kat Sekolah Dah Pindah Masuk PPD..

$
0
0
Bila kau kemas meja seronok-seronok, then kawan kau meja sebelah pun kemas juga, tapi sebab pindah... Huwaaaaaaa...

Hanya mampu ucap "Tahniah dan Selamat Maju Jaya" buat sahabat yang juga best sparring partner saya di SMK Jerlun, Ustaz Mohd Asrulnizam yang dah naik pangkat sebagai Pen. Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Islam) di PPD Kubang Pasu, bermula pertengahan Disember lalu.


Best Sparring Partner

Bermula dengan peluang sama-sama berkongsi di Seminar PLC Kedah tahun 2016, pastu peer coaching setiap kali ada sekolah lain datang benchmarking kat sekolah kami, sama-sama untuk Qiyamullail, Imam Muda dan Quran Hour setiap tahun di sekolah, sama-sama terima Anugerah Inovasi Berkumpulan bagi Tajweed-O-Meter, sampai lah sama-sama dinobatkan sebagai Adiwira PAK21. Huhuhu.. Kenangan sungguh!

Tu belum kira lagi setiap tahun bersaing untuk GP subjek bagi result SPM. Punya sengit, sampai GP Sains dengan Pendidikan Islam pun pernah sama untuk SPM 2017. 2018 Pendidikan Islam beat sket, tapi tak sabar 2019 Sains nak beat plak. Hahahhahaa


Seminar PLC Kedah 2016

Adiwira PAK21

Pendek kata, Ustad Asrul lah best sparring partner saya, bukti bagaimana rakan sekerja yang baik juga adalah penyumbang utama kejayaan kita. Yang hasilnya, alhamdulillah bukan saja memanfaatkan kedua kami, tapi juga sekolah InshaaAllah. Terima kasih banyak ustad!

Orang kata, nak tau betul perangai seseorang tu, pergi lah berkelana. Kalau balik tu dok berkawan lagi, maknanya OK lah tu. Alhamdulillah dan terima kasih juga sebab dah travel dengan saya nih ke Thailand, Vietnam dan Singapura. Misi Acheh saja yang tak kesampaian. Takpa, Europe plak kot pasnih, jom! Hahahahaha


Masa travel back pack ke Singapura
Masa travel back pack ke Singapura

Sekali lagi, saya doakan yang terbaik buat Ustad Asrul dengan bidang tugas baharu beliau, dan satu perkara yang saya yakin, semoga beliau teruskan kecemerlangan di tempat baharu. Lakukanlah perubahan terbaik untuk pendidikan kita. Dan Ingat-ingat lah sama kami di Jerlun nih ya... 😭😭😭 @ Smk Jerlun

Umur 32 Dah Jadi Guru Besar, Camna Cikgu Firdauz Abdullah Buat?

$
0
0
Baru-baru saya melihat status perkongsian seorang Guru Besar muda yang juga rakan saya, iaitu Cikgu Firdauz Abdullah di Facebook. Perkongsian beliau sangat lah menarik perhatian saya. Bukan sebab beliau merupakan seorang Guru Besar, tapi sebab beliau diberi kepercayaan menjadi Guru Besar pada usia yang sangat muda, iaitu 32 tahun. Wow! Muda kan? Jom kita tengok apa rahsia beliau dalam mendaki perkhidmatan seawal usia berkenaan. Mana lah tahu, ada rakan guru yang berminat nak ikut beliau kan?


Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih
Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih

Berikut adalah perkongsian Guru Besar Firdauz Abdullah di Facebook beliau. Post ini juga mendapat keizinan daripada beliau dengan harapan menjadi panduan dan inspirasi kepada guru-guru lain. Semoga bermanfaat ya!


" Esok, tahun 2020 bakal bermulanya episod baru dalam sejarah perkhidmatan aku yang kini masuk tahun ke-15.

Oleh yang demikian, aku saja nak kongsikanlah serba sedikit laluan kerjaya yang pada aku bolehlah dijadikan rujukan jika perlu. Mana tahu kot-kot boleh jadi inspirasi hehehe

Bermula pada tahun 2001, sebaik sahaja keputusan SPM keluar dan berbekalkan semangat untuk berdikari sendiri, maka buat pertama kalinya aku menebalkan muka ditemani kakak kedua aku untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan. Diiringi harapan adalah jawatan kosong sebagai Guru Ganti untuk diisi.

Pada masa tu, sekolah boleh mencari penganti guru yang cuti bersalin terlebih dahulu dan kemudian dimaklumkan kepada PPD untuk lantikan. Mudah kan?


Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor

Maka nak dijadikan cerita, adalah rezeki buat aku. Mengantikan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang sedang cuti bersalin selama dua bulan, dan bermulalah perjalanan aku dalam dunia pendidikan.

Tamat sahaja kontrak selama dua bulan disana, aku sekali lagi diberi peluang untuk mengajar. Kali ini, sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bahasa Inggeris di SMK Seri Pekan. Waktu yang sama, diberi tanggungjawab sebagai guru kelas tingkatan satu.

Haaaaa dan disitulah aku kenal dengan antara pengetua yang paling 'cool' iaitu Cikgu Hamid, mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang, yang mana pada masa itu Cikgu Dzulkifri (Mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang kini) adalah GPK Pentadbiran beliau. Hehehe awal-awal lagi aku dah belajar dari orang-orang hebat kan?

Beradalah aku disana sehingga akhir tahun 2001.


Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019
Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019

Seterusnya, pada tahun 2002, setelah berjaya menduduki peperiksaan UKELP di SMK Abdul Rahman Talib dan lulus temuduga di JPN Pahang, bermulalah pula episod aku sebagai pelatih pra perkhidmatan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris yang mana ia adalah dibawah Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Sepanjang tiga tahun disana (2002-2004), pelbagai bidang dan cabang ilmu aku sempat belajar. Antaranya, teknik 'green screen', dari mantan Pegawai Perpustakaan. Ilmu penerbitan dari pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Pendidikan, diperkenalkan dan dibekalkan dengan Apple iBook G4 oleh pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Maklumat dan ilmu mengurus majlis dan menyediakan kertas kerja dari pensyarah-pensyarah Jabatan PJK.

Tahun 2003 pula, aku dan sidang redaksi berhempas pulas menyiapkan majalah maktab, SINARAMA yang buat pertama kalinya diterbitkan semula setelah 12 tahun terkubur, dan berkat doa dan sokongan dari banyak pihak, alhamdulillah kami berjaya!

Berkat kejayaan tersebut membawa aku kepada pelantikan sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pertama dimaktab itu yang datang dari opsyen Pengajian Bahasa Inggeris, dan ini bermakna sekali lagi sejarah tercipta! Hehehehe ramai juga yang tak puas hati


Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf
Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf

Tahun 2005 pula, setelah tamat pengajian, aku ditempatkan di SK Nong Chik, Johor Bahru. Dibawah pentadbiran tiga Guru Besar, pelbagai ilmu mengurus sumber manusia, pentadbiran dan kewangan yang telah aku tuntut dari mereka.

Dalam tahun 2009, keinginan nak sambung belajar ke peringkat ijazah meluap-luap! Walaupun pada masa tu saingan adalah tersangat sengit! Tapi, sekali lagi aku tebalkan muka dan merayu ke Unit Latihan, JPN dan juga kepada pengurus program latihan di IPGM. Rezeki Allah nak bagi, rayuan aku diluluskan! Alhamdulillah, pengajian ijazah dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris berjaya aku tamatkan pada pertengahan tahun 2013.

Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2013, tak lama setelah naik gred ke DG32. Aku diminta oleh Guru Besar untuk mengisi borang GPK. Mula-mula, berat juga nak isi. Tapi setelah diyakinkan bahawa inilah masanya untuk aku berhijrah, maka terhantarlah juga borang permohonan tu ke PPD.


Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih
Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih

16.11.2013 tak lama selepas melalui proses temuduga, aku pun menerima surat lantikan dan diminta melapor diri sebagai PK Kokurikulum di SK Taman Perling 3. Tapi jodoh kami tak lama, sebaik pulang dari Korea (Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea) aku sekali lagi diarah berpindah pada 16.12.2013 dan melapor diri ke SK Sungai Danga dengan memegang portfolio yang sama.

Tak sempat berkenalan dengan warga sekolah, aku sekali lagi mendapat surat arahan bagi menghadiri NPQEL Ambilan 1/2014 dan diarah melapor diri di IAB Genting pada 8.12.2013! Nak menolak, tapi tak boleh disebabkan ia adalah arahah pihak atasan.. Maka akurlah aku.

Di SK Sungai Danga juga jodoh aku tak panjang, sebaik terima surat lantikan ke DG42, aku dipanggil pula untuk temuduga sebagai PGB pada penghujung tahun 2015. Seperti yang dijangka, aku dilantik buat pertama kalinya sebagai Guru Besar di SK Jaya Mulia, Pontian pada tanggal 16.12.2015 pada usia 32 tahun



Kira mudalah juga, tapi usia tidak menjadikan alasan untuk aku buat kerja sambil lewa. Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Oleh kerana itu jugalah, aku dipindahkan sekali lagi. Cukup setahun di SK Jaya Mulia, aku mendapat arahan pertukaran untuk berkhidmat di SK Pekan Nenas, Pontian pada 16.12.2016, tiga tahun yang lalu.

Berbaki 23 tahun dalam perkhidmatan, kan aku cuba sehabis baik untuk memacu pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kegemilangan. Demi anak-anak kau, demi anak-anak aku, dan demi tanah kita berpijak ini.

InsyAllah. Doakan yang terbaik buat kami warga pendidik."



OK.. Demikian lah perkongsian beliau di Facebook. Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain yang mahu mengikut laluan pentadbiran seperti Guru Besar Firdauz Abdullah. Saya ucapkan semoga beliau terus cemerlang dan berjaya.

Untuk yang tak berminat menjadi Guru Besar ke Pengetua ke, anda jangan risau. Kita ada lagi 20 laluan kerjaya dalam bidang perguruan. Kalau berminat nak follow laluan Guru Cemerlang macam saya, boleh pergi baca artikel Bagaimana Saya Dapat DG48 Dalam 11 Tahun dan baca Panduan Memohon Guru Cemerlang.

Apa pun pilihan laluan kita, semoga semuanya dapat sama-sama menaikkan sistem pendidikan negara kita. Yang terbaik!

Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah Kita?

$
0
0
Semalam Facebook imbas kembali semula status yang saya pernah tulis pada Disember 2016, iaitu yang berkaitan dengan KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, dengan tajuk " KBAT Kah Kita?" Saya kongsikan semula penulisan tersebut dalam blog supaya boleh dibaca dan memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca. Semoga bermanfaat!


Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah Kita?
Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah kita?



"Masuk tahun ni rasanya dah 4 5 tahun KBAT diperkenalkan dalam pendidikan kita. Dan juga tak mustahil jika saya katakan masih ada yang tak jelas dan tercari-cari kaedah terbaik untuk mengKBATkan pelajar. #KBAT

Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa seminar dan teknik menjawab adalah sesuatu yang sepatutnya sudah tak diperlukan lagi. Mana mungkin kemahiran untuk berfikir boleh diperolehi dalam masa 2 jam sahaja!

Belajar perkara kemahiran sepatutnya melalui beberapa siri dan proses. Jangka masa panjang. Kan?

Dan saya percaya, untuk mengKBATkan pelajar kita, proses tersebut mesti bermula dari awal, seawal mungkin.

Antara kaedah yang kita boleh buat adalah, meningkatkan soalan aras tinggi, memperbanyakkan aktiviti penyelesaian masalah, memperbaiki teknik menyoal dan banyak lagi.

Jadi untuk tahun 2017, jom kita tambahbaik pdpc kita supaya lebih sesuai dengan kemahiran yang pelajar perlu perolehi untuk Pembelajaran Abad 21. #PA21

Yang nak tahu lebih lanjut lagi, boleh sambung baca artikel, "Bagaiman Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?" kat bit.ly/2hux4gt

Selamat maju jaya semua untuk tahun 2017. Semoga lebih cemerlang, gemilang dan terbilang! 😘

 "

So, anda pembaca macam mana? Setuju tak dengan kenyataan saya? Komen sket kat bawah ya untuk kita buat perbincangan. Semoga bermanfaat!

Belajar Peralatan Perlindungan Diri Dengan Gaya Saintis

$
0
0
Aktiviti pdpc pertama untuk tahun nih dengan murid Tingkatan 4 sukatan baharu KSSM, bagi tajuk "Peralatan Perlindungan Diri"

Ada 5 semuanya; Gogel, penutup Muka, baju makmal, sarung Tangan dan kasut bertutup.
Lepas shooting ala-ala Saintis nih, cikgu print dan edar gambar kepada murid untuk wat nota gunakan gambar mereka sendiri.


Belajar Peralatan Perlindungan Diri Dengan Gaya Saintis

Belajar Peralatan Perlindungan Diri Dengan Gaya Saintis

Belajar Peralatan Perlindungan Diri Dengan Gaya Saintis






Masing-masing excited! Muka sendiri kot.. 🤗

Nak tengok video penuh sila Klik https://youtu.be/o340lko2lT8 @ Smk Jerlun

DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5

$
0
0
Berikut adalah DSKP Sains bagi KSSM Tingkatan 1 2 3 4 5 yang boleh didownload daripada laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum. Saya sertakan QR Code dan link ke pautan DSKP Sains di bawah bagi membantu memudahkan urusan untuk memuat turun bahan tersebut. Semoga membantu.


DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5
DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5



DSKP Sains Tingkatan 1

DSKP Sains Tingkatan 2

DSKP Sains Tingkatan 3

DSKP Sains Tingkatan 4

DSKP Sains Tingkatan 5


DSKP Sains bagi KSSM Tingkatan 1 2 3 4 5 disediakan dalam Bahasa Melayu. Bagi Bahasa Inggeris, boleh muat turun di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum. Jangan lupa Klik pautan untuk muat turun. Manakala QR Code di bawah pula adalah dalam bentuk yang dimudahkan disimpan dalam Buku Rekod Mengajar. Jadi tak perlu tebal-tebal atau guna fail berasingan.


Qr Code bagi DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5
Qr Code bagi DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5


Semoga perkongsian ini membantu rakan guru dalam menguruskan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan deangan lebih baik. Semoga bermanfaat!

Bina Model Mikroorganisma Guna Bahan Terpakai. Kreatif Wowww!

$
0
0
Aktiviti hari nih murid gunakan bahan terpakai bagi menghasilkan model mikroorganisma macam alga, protozoa, kulat, bakteria dan virus.
Abam mulakan dengan bahagi mereka kepada 5 kumpulan. Pastu cari maklumat pasal mikroorganisma pilihan dengan guna jadual. Terarah lah sket kan. Pastu separuh buat poster, separuh lagi buat model.
Walaupun mereka ni tak pernah belajar dengan abam tahun lepas, tapi kawalan masa dan hasil akhir mereka sangat mengkagumkan. Abam suka! 😍

Bina Model Mikroorganisma Guna Bahan Terpakai. Kreatif Wowww!


Bina Model Mikroorganisma Guna Bahan Terpakai. Kreatif Wowww!

Bina Model Mikroorganisma Guna Bahan Terpakai. Kreatif Wowww!

Bina Model Mikroorganisma Guna Bahan Terpakai. Kreatif Wowww!


Abih segala selipar pon depa rembat nak buat paramesium! Wayar klip buaya yang rosak diorang guna buat ekor Euglena. Hahahaha. Kreatif tak korang rasa?
Masa pembentangan diorang lengkap kan jadual tadi. Dah siap lekatkan dalam buku sebagai nota. OK done!
Yang nak tengok video penuh boleh tonton kat https://youtu.be/3YYlHid9tHw
P/s: Thank you juga kak Noorjahan Sultan untuk inspirasi guna bahan terpakai dalam pdpc. Tunggu nak buat #virus pakai cip komputer plak ye.. @ Smk Jerlun

Majalah sulung sekolah, selepas 6 tahun penantian

$
0
0
Sebenarnya rasa sangat bangga bila menjadi sebahagian daripada pasukan yang menyiapkan majalah sulong sekolah, JUARA.
Sejak sekolah ditubuhkan bermula tahun 2014, bertukar 3 kali Pengetua, alhamdulillah berjaya juga hasrat yang tertangguh ini disiapkan.
Diberi tanggungjawab selaku Ketua Editor, mujor lah saya banyak di bantu oleh Penyelaras, Cikgu Noor Laila yang juga Guru Kanan Bahasa. Guru Kanan yang paling banyak, saya ada kerja dengannya. Juga penolong Ketua Editor, Cikgu Sholehah untuk usaha cari penaja dan kumpul kejayaan sekolah.

Majalah sulung sekolah, selepas 6 tahun penantian

Bermula dari scratch kumpul semula cerita, maklumat dan gambar sekolah untuk diabadikan sebagai bahan sejarah, semua yang pernah terlibat, tahu bagaimana kerja rencamnya. Mujor lah ramai rakan-rakan guru yang membantu.
Juga semua guru dan murid yang menyokong penghasilan majalah sekolah ini melalui belian sebanyak RM17. Full colour lagi. Team majalah termasuk Ketua Editor pun bayar tau sebab nak pastikan majalah sekolah ini terhasil.
Meskipun nama nama ini tak disebut masa pelancaran majalah, tapi saya percaya hasil usaha kami terzahir melalui sejarah yang tercipta, pasukan majalah Sekolah yang pertama.
Alhamdulillah sebab semua tugas telah dilaksanakan dengan semporna, maka atas kepercayaan pentadbir bahawa semua guru juga berkebolehan menghasilkan majalah, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ketua Editor Majalah Sekolah. Sekian, terima kasih!

Pemadam Kebakaran : Jenis dan Kaedah Penggunaan

$
0
0
Hari nih murid Tingkatan 4 belajar pasal pemadam Kebakaran. Ada 2 jenis, selimut kebakaran dan pemadam api jenis ABC. ABC tuh bermaksud dia boleh guna untuk semua jenis kebakaran, kecuali yang melibatkan logam dan gas.
Langkah nak guna pun mudah saja.
1. Tarik pin
2. Halakan muncung
3. Tekan pemicit
4. Ratakan semburan


Selimut kebakaran dan Pemadam Api Jenis ABC
Selimut kebakaran dan Pemadam Api Jenis ABC
              
Pemadam Kebakaran : Jenis dan Kaedah Penggunaan

Pemadam Kebakaran : Jenis dan Kaedah Penggunaan

Pemadam Kebakaran : Jenis dan Kaedah Penggunaan

Pemadam Kebakaran : Jenis dan Kaedah Penggunaan

Pemadam Kebakaran : Jenis dan Kaedah Penggunaan



Pastu jangan lupa audit selalu untuk pastikan pemadam api tu sentiasa berfungsi. Kat label dia memang dah ada tulis nombor APA, tarikh luput dan alamat.
Yang nak faham lebih lanjut boleh tengok video kat https://youtu.be/A_jEnb8p6C4. Yang nak guna video ini untuk bahan Flipped Classroom pun sangat lah digalakkan.

Thank you juga kak Russhelinda Othman LinDa, pembantu makmal saya yang baik hati sudi jadi model video kali nih. @ Smk Jerlun

Rekacipta Alat Pemadam Kebakaran. Kreatifnya Murid Kita!

$
0
0
Semalam murid belajar pasal pemadam kebakaran, maka hari nih diorang aplikasikan pula pengetahuan tersebut dengan merekacipta. Band 6 woo..

Murid kena rekacipta satu Alat Pemadam Kebakaran yang menggunakan bahan mudah diperolehi di sekitar mereka.


Rekacipta Alat Pemadam Kebakaran. Kreatifnya Murid Kita!

Rekacipta Alat Pemadam Kebakaran. Kreatifnya Murid Kita!

Rekacipta Alat Pemadam Kebakaran. Kreatifnya Murid Kita!

Rekacipta Alat Pemadam Kebakaran. Kreatifnya Murid Kita!

Rekacipta Alat Pemadam Kebakaran. Kreatifnya Murid Kita!


Kreatif tau budak-budak nih. Ada yang guna tepung, bedak, pasir, coca cola, air dan lain-lain bahan. Yang paling tak ble blah, sebab guna air saja. Kreatif nau! 🙄

Tengok hasil produk mereka kat sini https://youtu.be/nkmPxCSncFE




Lepas siapkan, kita mintak dia bentang sebelum uji produk rekacipta mereka. Ada juga unsur usahawan bila kos penghasilan jugak dinyatakan. Kaya kaya budak Jerlun pasnih...

Yang bestnya bila lepas uji, murid cakap, "Oh cikgu.. Kalau guna Bahan X nih, lagi cepat pulak dia terbakar.. Kena try bahan lain plak nih..."


Rekacipta Alat Pemadam Kebakaran. Kreatifnya Murid Kita!

Rekacipta Alat Pemadam Kebakaran. Kreatifnya Murid Kita!


Alhamdulillah, sel-sel otak dah berhubung, rasa inkuiri pun bertambah-tambah. Moga-moga mereka menjadi dalam kalangan orang orang yang berfikir. Amin! @ Smk Jerlun

Betul Ke Denyutan Nadi Dipengaruhi Jantina, Umur dan Aktiviti Kita? Jom Siasat!

$
0
0
Untuk eksperimen wajib Sains Tingkatan 4 ini, murid perlu siasat 3 Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Denyutan nadi, iaitu Jantina, Umur dan Aktiviti fizikal.
Aktiviti dia mudah saja, dan boleh laksana dalam tempoh 2 waktu mengajar saja. Untuk langkah lebih jelas boleh tonton video kat YouTube nih yer
https://youtu.be/h5iXqm24_bE


Betul Ke Denyutan Nadi Dipengaruhi Jantina, Umur dan Aktiviti Kita? Jom Siasat!

Betul Ke Denyutan Nadi Dipengaruhi Jantina, Umur dan Aktiviti Kita? Jom Siasat!

Betul Ke Denyutan Nadi Dipengaruhi Jantina, Umur dan Aktiviti Kita? Jom Siasat!

Betul Ke Denyutan Nadi Dipengaruhi Jantina, Umur dan Aktiviti Kita? Jom Siasat!

Betul Ke Denyutan Nadi Dipengaruhi Jantina, Umur dan Aktiviti Kita? Jom Siasat!

Betul Ke Denyutan Nadi Dipengaruhi Jantina, Umur dan Aktiviti Kita? Jom Siasat!



Untuk faktor jantina, murid lelaki mempunyai kadar Denyutan Nadi lebih tinggi berbanding murid perempuan.
Untuk faktor umur, orang yang muda mempunyai kadar Denyutan Nadi lebih tinggi berbanding orang yang berusia.
Manakala untuk faktor aktiviti fizikal, kadar Denyutan Nadi lebih tinggi selepas murid berlari, berbanding selepas berjalan kali ataupun dalam keadaan rehat.
P/s: Jangan tanya abam kenapa laju sangat ajar. Abam skip jap Bab 2 sebab tengah tunggu program hari Rabu depan. Tunggu OK... 😘 @ Smk Jerlun

Viewing all 1602 articles
Browse latest View live