Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Simposium Dengan Pengetua Guru Besar, "If Opportunity Doesn't Knock.."

$
0
0
Hari ini saya berpeluang untuk kongsikan impak keterlibatan saya dalam program guru antarabangsa bersama pentadbir sekolah bagi Simposium Perkongsian Amalan Terbaik PPD Kubang Pasu 2019.

Disebabkan audiens nya adalah kalangan pengetua dan guru besar, maka perkongsian pengalaman adalah menjurus kepada bagaimana peranan PGB boleh menyokong peluang-peluang pelatihan guru antarabangsa ini dalam meningkatkan kualiti profesionalisme guru mereka sendiri.






Simposium Perkongsian Amalan Terbaik PPD Kubang Pasu 2019
Simposium Perkongsian Amalan Terbaik PPD Kubang Pasu 2019



Selain berlakunya transfer of knowledge, impak lebih besar adalah bagaimana pengalaman ini berupaya meningkatkan kefahaman dan Profesionalisme saya sendiri sebagai seorang pendidik. Malang lah jika selepas balik, masih dengan amalan yang sama.

Dan bila kualiti guru meningkat, sudah pasti impak tersebut jugak akan dapat memberi impak kepada murid dan sekolah.

Namun realitinya bukan semua pentadbir mampu berkongsi aspirasi yang sama dengan guru. Ada guru bagus, pun tak dapat berkembang kerana perbezaan aspirasi. Kasihan guru.

Untuk ini, saya bersyukur kerana diberi rezeki bertemu pengetua-pengetua yang sangat menyokong kepada kemenjadian saya dan rakan sebagai guru. Terima kasih Pengetua! Saya sangat hargai!

Saya tutup perkongsian hari nih dengan satu quote tentang peluang,

"If opportunity doesn't knock, BUILD A DOOR!" 



Kejayaan Warga Pendidikan Kedah Dihargai; Terima Anugerah Dari Pengarah

$
0
0
Ini kali pertama saya menghadiri perhimpunan bulanan JPN Kedah. Saya dijemput Sektor Akademik untuk disampaikan semula Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman.


Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman
Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman

Bersama saya juga guru dan pegawai yang menerima banyak lagi kejayaan dan sumbangan di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa; termasuk yang bawak team bola Malaysia ke Osaka baru-baru nih, dan muncul Johan di sana, the Malaysia Warriors! Hebat weyh..

Terima kasih JPN #Kedah atas kecaknaan dengan kejayaan dan sumbangan luar biasa guru-guru negeri Kedah di dalam dan di luar daripada negeri. Semoga dengan pengiktirafan ini juga menyuntik semangat para guru untuk terus bersemangat mencurah bakti kepada negeri ini.


Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan September 2019
Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan September 2019

Pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres
Pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres

Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59
Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59

Selain daripada pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres, perhimpunan juga diserikan dengan Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Amin!

#GNN#GuruNadiNegara @ Dewan Al - Farabi , BTPN KEDAH

Nak Blog Mesra Google? Jom Check SEO Guna Website Nih

$
0
0
Ramai juga yang selalu tanya tips untuk saya, macam mana nak bagi blog kita selalu ada kat atas masa carian di Google. Ada banyak tips sebenarnya, tapi untuk kali nih saya kongsi tools yang anda boleh guna untuk kasik blog anda lebih mesra dengan Google dan seumpamanya, iaitu guna satu website.

Woorank membantu semak SEO laman blog anda
Woorank membantu semak SEO laman blog anda

Tapi sebelum tu kita kena tahu dulu apa itu SEO. SEO adalah akronim kepada Search Engine Optimization yang merupakan satu proses untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti trafik ke blog anda dengan meningkatkan keupayaan blog anda untuk dikesan oleh enjin carian seperti Google, Yahoo dan sebagainya.

Ada orang tanpa sedar, dah pasang macam-macam widget dalam blog mereka yang akhirnya telah menurunkan kualiti SEO blog mereka, sekaligus menyukarkan blog mereka daripada muncul di carian utama Google.

Analisis Woorank siap dengan data yang hampir lengkap
Analisis Woorank siap dengan data yang hampir lengkap

Saya pun tak pandai sangat bab SEO nih. Tapi antara satu tools yang saya suka guna adalah Woorank, iaitu satu website khusus untuk review dan menyemak SEO blog anda. Dan yang bestnya pasal Woorank nih sebab dia simple dan datang dengan maklumat yang sangat membantu untuk anda tambahbaik kualiti blog anda.


Kaedah nya mudah saja. Buka laman web Woorank, masukkan url blog anda, dan kemudian tunggu untuk beberapa minit sebelum laporan tentang blog anda dipamerkan. Lengkap weyh. Siap dengan markah berapa lagi blog korang dapat.


Semakan Woorank pada 23 September menunjukkan skor 72
Semakan Woorank pada 23 September menunjukkan skor 72

Preview kepada paparan blog Cikgu Hailmi bagi versi mobile
Preview kepada paparan blog Cikgu Hailmi bagi versi mobile

Untuk semakan pada 23 September 2019, blog www.cikguhailmi.com mendapat skor 72. Markah penuh 100. Saya happy sebab skor nih jauh lebih baik berbanding semasa memakai template blog yang lama. Markah paling ketara adalah bahagian penggunaan mobile.

Yes, itu lah tujuan utama saya terpaksa menukar template baru kerana template lama kurang mesra pengunjung mobile. Apatah lagi pengunjung yang menggunakan mobile adalah setinggi sehingga lebih 80% berbanding yang melayari laman web www.cikguhailmi.com menggunakan laptop.

Blog cikguhailmi.com merupakan blog ke-963 terfamous di Malaysia
Blog cikguhailmi.com merupakan blog ke-963 terfamous di Malaysia

Selain itu korang boleh juga tengok beberapa perkara lain yang turut disemak oleh Woorank. Memang serius best. Sedikit sebanyak sangat membantu saya dalam menyediakan blog saya ini lebih baik dan sesuai dengan keperluan di Internet.

OK.. tu jer perkongsian saya tentang bagaimana nak jadikan blog anda lebih mesra Google. Jangan lupa gunakan Woorank ini yer untuk tambahbaik kualiti SEO blog anda. Semoga juga dapat menjadikan blog anda lebih berkualiti dan dikenali. Chaiyok!




Realiti IR4.0 Dalam Pendidikan: Atau Retorik Semata?

$
0
0
Jutaan terima kasih buat PPD Kuala Muda Yan atas jemputan perkongsian bertemakan "Pendidikan dan IR4.0" bagi Perhimpunan Bulanan PPD untuk bulan ini. Saya kongsikan bagaimana impak Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan melalui pengalaman mengikuti latihan pendidikan di Korea, Indonesia, Amerika Syarikat dan Switzerland.

Para Futurist sudah meramalkan Revolusi Industri 5.0 di jangka berlaku dalam tempoh kurang 15 tahun saja lagi. Bersedia kah kita, sedangkan IR4.0 pun kita masih tak faham, masih tak bergerak? Masih mengelamun dalam Dunia IR3.0..

Terima kasih buat Pegawai PPD Kuala Muda Yan, Hajah Ommi Kalsom binti Haji Ibrahim
Terima kasih buat Pegawai PPD Kuala Muda Yan, Hajah Ommi Kalsom binti Haji Ibrahim

Hakikatnya berapa ramai yang dapat lihat dengan jelas, bagaimana 'machine' akan ganti kan manusia (termasuk dalam dunia pendidikan), sedikit saja masa lagi?

Apa yang perlu kita sediakan untuk murid kita? Apa yang tinggal untuk kita usahakan?


Dan persoalan paling penting adalah, bagaimana nak pasti kan manusia (anak murid kita) masih menjadi pilihan untuk diambil bekerja pada masa akan datang, jika pesaing mereka, sang 'machine' yang dapat bekerja penuh kecekapan, tak kenal erti penat dan tanpa Human Error?


Realiti IR4.0 Dalam Pendidikan: Atau Retorik Semata?

Realiti IR4.0 Dalam Pendidikan: Atau Retorik Semata?

Realiti IR4.0 Dalam Pendidikan: Atau Retorik Semata?

Realiti IR4.0 Dalam Pendidikan: Atau Retorik Semata?
Kumpulan murid penerima anugerah inovasi di peringkat antarabangsa


Bisakah mereka?

Abam tinggal soalan ini untuk kita jawab bersama.

Tahniah juga saya ucapkan kepada semua guru dan murid yang diraikan pada hari tersebut dengan pencapaian hebat masing-masing di peringkat daerah hingga lah ke antarabangsa @ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/yan


6 Apps Terbaik Untuk Buat Video Pengajaran

$
0
0
Sesuai dengan saranan daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir selepas lawatan beliau ke Jepun, maka ramailah guru yang mula menceburi satu lagi cabang dalam teknologi pendidikan, iaitu penghasilan video pengajaran. Nama seperti Cikgu Romie dan Cikgu Hailmi, memang tidak asing lagi antara guru aktif dalam menghasilkan video pengajaran untuk dikongsi di Youtube.


6 Apps Terbaik Untuk Buat Video Pengajaran
6 Apps Terbaik Untuk Buat Video Pengajaran

Bagi saya sendiri, saya berhenti daripada mengangkut Kamera DSLR selepas saya perhatikan smartphone sekarang pun dah semakin advance dengan teknologi berkaitan camera dan video. Lagipun sesuai dengan keperluan saya yang nak lebih mobile, mudah bawa dan juga shoot and edit, maka saya rasakan penghasilan video pdpc dengan menggunakan fon adalah lebih baik untuk saya yang sentiasa bergerak dan sibuk nih. Manalah nak sempat transfer file semua bagai nak edit. Huhuhu. Maka menggunakan aplikasi video editing di telefon pintar, merupakan pilihan yang tepat untuk saya. Jom saya kongsikan 6 aplikasi terbaik untuk buat video pengajaran.


1. VivaVideo Pro
Pilihan pertama saya tentulah aplikasi VivaVideo Pro. Yes.. version Pro nih kena bayar sket lebih kurang RM13.99 untuk lesen penuh. So boleh buang watermark yang ada tulis Vivavideo pada video untuk free version punya. Rimas weyh..


VivaVideo Pro aplikasi video editing pilihan saya
VivaVideo Pro aplikasi video editing pilihan saya

Dan kenapa saya pilih VivaVideo Pro nih untuk aplikasi utama dalam menghasilkan video? OK, sebab dia sangat simple, mudah, user friendly, senang guna dan tak funky sangat dengan effect video yang keterlaluan. Yer lah, saya buat video pdpc kot, bukan video nak happy happy.


 


Lagi satu sebab dia ada semua elemen yang saya nak. Contohnya, ada untuk tulisan, boleh masuk suara muzik dan background, boleh masuk suara latar, serta boleh gabung gambar dan juga video sekali. Serba lengkap lah dengan elemen yang saya nak pada video saya. So, VivaVideo Pro memang terbaik!


2. Quik
Jika untuk video travelog kalau saya pegi jalan-jalan, saya suka guna aplikasi Quik. Aplikasi video Quik nih sebenarnya dia datang sekali dengan GoPro punya kamera. Maknanya pengguna GoPro memang dah familiar lah dengan aplikasi Quik nih.


Quik punya pilihan lagu latar memang terbaik lah!
Quik punya pilihan lagu latar memang terbaik lah!

Editing videonya juga sangat mudah, dengan effect yang sangat kemas dan elegan. Boleh pilih klip, pastu terus boleh template camna yang kita nak. Theme dia siap dengan muzik latar belakang yang sesuai. Part muzik latar belakang dia memang saya puji. List pilihan lagu dia memang nice sangat!

Lagi satu yang bestnya pasal aplikasi Quik nih adalah sebab aplikasinya adalah percuma. Walaupun percuma, takdek lak dia kalut nak letak watermark ke apa ke. So, senang lah sket nak buat video tanpa iklan-iklan yang tak perlu.





Oh. Lagi satu yang saya suka pasal Quik nih, sebab aplikasi dia sangat 'bijak'. Walaupun klip kita tu panjang, tapi nanti bila dah edit, dia akan auto pendekkan dan pilih mana part yang sesuai, especially part yang ada suara. So yang ini saya rasa apps nih very the clever sangat lah. 


3. FilmoraGo
Ini juga antara apps pasal video yang selalu digunakan oleh mereka-mereka yang suka edit video. Effect yang ada juga nice dan sangat modern. Saya pernah install untuk cuba gunakan. Tapi kurang masuk jiwa sebab theme dan effect dia tuh 'canggih' sangat. Sedangkan saya tak perlu efek yang semacam tu.

FilmoraGo juga menawarkan efek video sedia ada yang lawa
FilmoraGo juga menawarkan efek video sedia ada yang lawa

Satu kelebihan apps FilmoraGo nih adalah dia ada function yang boleh buat greenscreen dengan mudah. Mungkin kalau guna untuk travelog pun cun saya rasa!


4. PowerDirector
Apps nih saya masukkan dalam senarai sebab saya pengguna tegar software video editing ini jika di laptop. Dok edit video dulu, dari tahun 2010 saya mula berkenalan dengan bidang video hinggalah 2017, memang saya gunakan PowerDirector untuk edit video-video di laptop.


POwerDirector video editing lagi sedap guna di laptop
POwerDirector video editing lagi sedap guna di laptop

Versi di smartphone pun macam lebih kurang, walaupun sedikit terbatas berbanding di laptop punya version. Juga ada function untuk buat greenscreen dengan mudah. Cuma saya rasa belum ada hajat ler nak gunakan apps nih.


5. InShot
Apps InShot nih pun kemain lawa. Saya pernah tengok video seorang instafamous yang diedit gunakan apps nih. Memang lawa dan nampak style lah. Pemilihan efek dan lagu latar belakang juga banyak dan sesuai dengan konsep. Cuma lepas dah install, pastu saya rasa macam takdek masa nak explore, maka saya pun uninstall ler balik. Tapi serious, jika anda explore banyak lagi, mungkin anda juga boleh hasilkan video yang cun melecun.

InShot menawarkan efek yang style dan kemas
InShot menawarkan efek yang style dan kemas


6. Kinemaster
Kinemaster juga applikasi video editing yang dalam kelompok yang sering digunakan. Cumanya arituh bila saya guna, saya rasa button untuk function apa semua tu macam agak tersorok. Kena main explore explore dulu. Mungkin kalau dah cekap, mungkin lagi cepat lah nak tekan button edit semua tu. 

KineMaster video editor juga nice, tapi kena explore sket
KineMaster video editor juga nice, tapi kena explore sket

Akhir sekali, sebenarnya tak kisah lah aplikasi video editing mana sekalipun anda pakai, yang penting kena explore habis habisan. So bila dah tau function, barulah nampak canggih video anda. Padahal guna trick trick saja untuk nampakkan video tu macam mantap jer editing nya. Semuanya tentang teknik. Paham tak?

Bagi artikel seterusnya nanti saya akan kongsikan tentang teknik menghasilkan video dengan lebih baik. Saya akan ajarkan tips dan teknik, serta panduan untuk mendapatkan video pengajaran yang mantap lagi tidak membosankan. Dah ada video sendiri nanti, nak gunakan strategi Flipped Classroom pun sangat lah mudah. Yeah!

Oh by the way, mana aplikasi video pilihan anda?? Komen sket.. 




Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ismail Ada Jawapannya

$
0
0
Baru-baru ini saya terbaca suatu artikel yang sangat menarik tentang Inkuiri dalam Pendidikan STEM. Ditulis oleh Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail yang berkaitan dengan keperluan pendidikan secara inkuiri di laman Facebook, Pendidikan STEM di Malaysia. Maka saya kongsikan semula penulisan beliau supaya boleh dijadikan rujukan dan juga bacaan pembuka minda kepada rakan guru lain tentang pentingnya inkuiri dalam pendidikan. Jom kita hayati bersama!


Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail
Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail



KEPERLUAN PENDIDIKAN SECARA INKUIRI

1. Untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum, mereka perlu diberi peluang untuk merasai pengalaman pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyeronokkan ini pastinya akan menyemarakkan perasaan ingin tahu (curiosity) murid, membuatkan mereka suka belajar (love of learning), percaya dengan kebolehan diri sendiri, dahagakan ilmu pengetahuan dan menjadikan mereka bersemangat tinggi untuk maju.
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Inkuiri menyediakan ruang untuk murid mencari ilmu dan berkreativiti
 
2. Salah satu cara untuk memberikan pengalaman ini kepada murid adalah melalui pendidikan STEM yang dilaksanakan secara hands-on. Pendidikan STEM memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara analitikal, kritis, kreatif dan inovatif dengan mengintegrasi dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks dunia sebenar dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Pendidikan STEM adalah berasaskan inkuiri, berfokuskan proses dan berpusatkan murid.
 
3. KPM melalui Pusat STEM Negara, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan sedang berusaha bersungguh-sunguh untuk meningkatkan kualiti pendidikan STEM di Malaysia. Pendidikan STEM didefinisikan sebagai pembelajaran bersepadu disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dengan menghubungkan institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat berliterasi STEM ke arah memacu pembangunan ekonomi negara. 
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Bimbingan guru semasa proses inkuiri membantu murid untuk belajar dengan lebih baik
 
Matlamat pendidikan STEM adalah untuk melahirkan murid berliterasi STEM yang kreatif, inovatif, inventif dan berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka. Murid ini tidak terhad kepada murid aliran STEM sahaja tetapi merangkumi semua murid dari peringkat awal kanak-kanak hingga lepasan menengah.
 
4. Penekanan kepada pendidikan STEM adalah sangat penting kerana inovasi dan pemesatan pengetahuan berteraskan internet mudah alih (mobile internet), data raya (big data) dan Internet of Things (IoT) telah mengubah landskap sosioekonomi global secara menyeluruh. Pada masa ini dan lebih-lebih lagi pada masa hadapan, dunia memerlukan generasi berbakat baharu yang berkeupayaan menyesuaikan diri dalam cabaran besar pada masa hadapan. Modal insan yang sedemikian merupakan faktor yang kritikal bagi memastikan kejayaan sesebuah negara dalam era revolusi industri keempat ini.
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Guru juga perlu sentiasa meningkatkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang seiring zaman
 
5. Walau bagaimanapun, saban tahun kita menyaksikan murid di Malaysia semakin kurang berminat dengan mata pelajaran sains dan matematik yang merupakan tunjang kepada bidang STEM. Pada tahun ini hanya 44 peratus murid memasuki aliran STEM dengan hanya 22 peratus daripadanya dalam aliran sains tulen. Oleh itu, usaha bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi mengatasi keadaan ini supaya negara mampu menyediakan modal insan yang bersesuaian dengan keperluan dalam era revolusi industri keempat ini.
 
6. Sehubungan dengan itu, bagi menangani isu kemerosotan minat murid dalam bidang STEM, KPM menerusi Pusat STEM Negara, BPPDP, telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Pelan Tindakan STEM KPM yang lebih tersusun dan menyeluruh serta menghubungkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan demi memastikan matlamat pendidikan STEM negara akan tercapai. 
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Murid dibimbing untuk berkreativiti dengan pendekatan inkuiri
 
 
Usaha ini juga bagi memastikan tahap penguasaan STEM dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan, seterusnya menyediakan tenaga kerja dalam bidang STEM yang mencukupi sejajar dengan keperluan negara pada masa hadapan. Pelan Tindakan STEM KPM ini menyokong objektif Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM seperti termaktub dalam PPPM (2013 – 2025) iaitu untuk meningkatkan minat murid, kemahiran guru dan kesedaran orang awam.
 
7. Antara usaha untuk meningkatkan kemahiran guru adalah menerusi program Inquiry Based Science Education (IBSE) dan Inquiry Based Mathematics Education (IBME) yang bertujuan membantu guru melaksanakan PdP secara inkuiri. Pembelajaran secara inkuiri merupakan satu kaedah yang sangat berkesan untuk memastikan murid betul-betul faham apa yang dipelajari dan bukan sekadar menghafal apa yang dipelajari dan seterusnya meluahkannya semula dalam peperiksaan. 
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Inkuiri juga membimbing murid dengan kemahiran menyelesaikan masalah
 
Melalui pembelajaran secara inkuiri, murid digalakkan untuk bertanya soalan dan mencari jawapan dengan cara menjalankan penyiasatan, eksperimen dan aktiviti hands-on. Pembelajaran secara inkuiri adalah bertepatan dengan kata-kata Confucius, seorang ahli falsafah China,"I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand". Begitu juga kata-kata daripada John Holt, seorang pendidik dari Amerika iaitu “Learning is not the product of teaching. Learning is the product of the activity of learners”.
 
 
 Dr. Ihsan Ismail
 Ketua Unit Pusat STEM Negara


Menyaksikan pendidikan STEM di Malaysia sejak dari tahun 2015, saya secara peribadi juga mengucapkan terima kasih dan jutaan tahniah kepada pasukan Pusat STEM Negara, yang dipimpin oleh Dr Ihsan Ismail. Sememangnya pasukan yang bertungkus lumus bekerja menjalankan tugas menyebarluaskan lagi pendekatan STEM kepada warga pendidikan di Malaysia. Terbaik!

Untuk Pusat STEM Negara, Selamat maju jaya!


 
 

Blog Kena Deactivate, Jangan Dengar Cerita Orang

$
0
0
Tetiba malam nih, blog saya cikguhailmi.com banyak pulak kena terjah. Rasanya students PT3 dah nih. Baru nak cari bahan nak study Sains esok kerr??.. kikiki

Bila dah macam-macam kes sehari dua nih, teringatlah saya kisah masa kat sekolah lama dulu. Tahun 2014 dulu dulu.

Akibat viral daripada dua buah blog lain (bukan bahan saya), depa pun taktau sapa punya, maka sampai beberapa pegawai JPN turun dan ambik statement tentang apa yang saya tulis kat blog.


Kemenangan adalah hadiah bagi orang-orang yang bersabar   (Cikgu Hailmi, 2019)
Kemenangan adalah hadiah bagi orang-orang yang bersabar   (Cikgu Hailmi, 2019)

Agaknya dia study pun tak pasal blog dan penulisan saya nih, main dengar jer cakap orang, maka datang pun dah macam ala-ala abam polis mai siasat. Siap mintak print semua bahan blog saya, nak buat bukti katanya. Pesan, sila deaktifkan blog cikgu ya!

Alhamdulillah. Sebab takdek benda pun nak disabit, maka saya pun bebas lepas gitu jer lah. Bukan saya main tulis atau share sebarang. Masih ada etika dan integriti ler. Benda kita tak buat salah, buat pe nak takut.

Tapi cara depa mai tu, memang boleh gugur jugak ler jantung. Yang peliknya, masa menang Johan kebangsaan, takdek plak depa mai berondong camtu. Sunyi sepi jer sapa pun tak tahu. Hehehe..
Oh ya, menang kebangsaan tu dua kali ya!

P/s: Nak tahu tak budak-budak tu dok search artikel pasal tajuk apa? 🤪🤪


2 Formula Ajaib Shanghai Ubah Landskap Pendidikan

$
0
0
Hari ini rezeki berkampung di LEXIS, Port Dickson untuk Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan anjuran Bahagian Profesionalisme Guru [BPG]. Katanya ada lebih 400 orang JPN, PPD, PGB dan #guru dari seluruh Malaysia yang akan berseminar untuk 3 hari 2 malam ni. Meriah weyh..

Doakan juga semoga urusan abam dipermudah untuk bentangkan perkongsian pasal peningkatan kualiti guru melalui amalan #PLC. Harapan besar. Tanggung jawab juga lagi besar. Dan yang kot terjumpa abam, sila tegur-tegur OK. Abam ni pemalu. So jangan nak eksyen sangat naa😝. Kita selfie sama-sama tau! Muahxxx 😘😘😘


Cikgu Hailmi bergambar dengan Dr Ahmad Rafee (Timbalan KPPM) dan Datuk Maimunah (Pengarah BPG)
Cikgu Hailmi bergambar dengan Dr Ahmad Rafee (Timbalan KPPM) dan Datuk Maimunah (Pengarah BPG)

Sesi malam nih dibuka dengan ucapan perasmian daripada TKPPM (Operasi), Dr Ahmad Rafee Che Kassim bagi Bicara Intelek.

Paling menarik perhatian saya apabila beliau kongsikan 2 Shanghai Formula yang mengubah pendidikan Shanghai menjadi antara pendidikan terbaik di dunia.

Pertama, adalah mengubah minda daripada Accountability Model kepada Responsibility Model. Maksudnya kalau dulu buat kerja kerana KPM suruh, JPN suruh, PPD suruh, Pengetua suruh. Tukar mindset kepada mendidik kerana menjalankan amanah dan tanggungjawab.


Bicara Intelek yang disampaikan oleh Dr Ahmad Rafee, Timbalan KPPM (Sektor Operasi)
Bicara Intelek yang disampaikan oleh Dr Ahmad Rafee, Timbalan KPPM (Sektor Operasi)

Cikgu Hailmi bergambar kenangan dengan dua pengetua hebat dari Kulim, Kedah
Cikgu Hailmi bergambar kenangan dengan dua pengetua hebat dari Kulim, Kedah

Cikgu Hailmi bergambar dengan dua pengetua hebat dari negeri Kedah
Cikgu Hailmi bergambar dengan dua pengetua hebat dari negeri Kedah

Kedua adalah Teaching Research Group. Memfokuskan kepada perkembangan profesional guru, coaching guru senior kepada guru junior dan juga bimbingan. Guru berkolaboratif mengajar. So dengan cara tu juga guru dapat belajar.

Kita rasa kita pun dah buat semua nih. Tapi kenapa tak capai pon sama seperti Shanghai?
Sebab mungkin kita buat, tapi 'soul' nya masih belum sampai lagi!

Jom kita sama berusaha untuk tingkatkan lagi diri kita. Profesionalisme kita. Kemahiran kita. Untuk pendidikan anak kita yang lebih baik. @ Grand Lexis Port Dickson


Falsafah Pendidikan Kebangsaan Selepas 30 Tahun. Masihkah Relevan?

$
0
0
Peluang hari nih bertemu dengan salah seorang bijak pandai yang merangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kita, iaitu Prof Ulung Datuk Dr Osman bin Bakar.



 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."




Mendengar sendiri hasrat dan impian #FPK yang dah berusia 30 tahun, dari mereka yang menghasilkannya sendiri, cukup berbeza. Sebab tu katanya perlu tafsiran dan kefahaman baharu, sesuai dengan konteks kita hari ini.


Cikgu Hailmi bergambar kenangan dengan Prof Ulung Datuk Dr Osman bin Bakar
Cikgu Hailmi bergambar kenangan dengan Prof Ulung Datuk Dr Osman bin Bakar


Saya cukup tertarik dengan penekanan berulang kali Prof Datuk pada petikan, "melahirkan insan yang seimbang dan harmonis".


Cukup mendalam saya kira, bagi mereka yang berfikir. Jom kita faham dan hayati kembali FPK!
#GNN#GuruNadiNegara


"Fokus Kerja Buat Kita, Jawatan Datang Kemudian!" Pesan Dato' Sulaiman Wak

$
0
0
Kemuncak kepada seminar ini pada saya adalah majlis meraikan persaraan mantan Timbalan KPPM kita, iaitu Dato' Sulaiman Wak.

Perkenalan saya dengan Dato' Sulaiman semasa kami sama-sama berkongsi pentas mewakili Malaysia di Seminar SSAEM di Korea tahun 2016. Masa tu Dato' sebagai Pengarah EPRD.


Selamat Bersara Dato' Sulaiman Wak, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Selamat Bersara Dato' Sulaiman Wak, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


Rasa kecik sangat jumpa orang-orang besar KPM. Yer lah.. Kita time tu BBNU (Budak Baru Nak Up) lagi... 🤣🤣🤣

Beberapa kali lagi pertemuan selepas itu, terutamanya selepas beliau menjawat jawatan TKPPM, menjadikan saya lebih kagum dengan gaya kepimpinan beliau.

Kali terakhir bertemu beliau adalah semasa lawatan penilaian beliau bagi satu anugerah ke sekolah saya sendiri di Kedah pada awal tahun ini.


Bersama Dr Habibah binti Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Dasar dan Kurikulum)
Bersama Dr Habibah binti Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Dasar dan Kurikulum)

Bersama Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Operasi Sekolah)
Bersama Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Operasi Sekolah)

Bersama Puan Rosnarizah binti Abdul Halim, Pengarah Bahagian Matrikulasi
Bersama Puan Rosnarizah binti Abdul Halim, Pengarah Bahagian Matrikulasi


Dalam dinner talk semalam, beliau juga nyatakan bahawa beliau sendiri tak pernah termimpi mencapai hingga ke tahap pada hari ini.

Yang beliau fokuskan hanyalah KERJA BUAT beliau sebagai guru, sebagai pengetua, sebagai Pengarah dan etc. Tak perlu kejar. Jawatan tu akan datang kemudian dengan sendirinya.

Saya yakin tentu ramai lagi yang bersetuju. Ye dak?

Apa pun saya ucapkan selamat bersara buat Dato' Sulaiman Wak. Terima kasih atas segala jasa baik dan pengorbanan memimpin pendidikan Malaysia. Semoga terus berada di bawah lindungan Allah. Amin! @ Grand Lexis Port Dickson


Perkongsian PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019

$
0
0
Jutaan terima kasih buat Bahagian Profesionalisme Guru [BPG] atas kepercayaan untuk anak muda nih berkongsi sedikit pengalaman dan amalan dalam meningkatkan kualiti guru melalui PLC.


Perkongsian PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019
Perkongsian PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019


Pembentangan di hadapan 400 orang wakil JPN, PPD, PGB dan guru seluruh Malaysia merupakan suatu pengalaman mahal yang cukup berharga, yang mencabar satu lagi tahap untuk diri saya.
Lagi mahal sebab rezeki dapat berkongsi pentas bersama ikon pendidikan Malaysia, Cikgu KA Razhiyah dan ikon PIBK Malaysia, Encik Amirudin dengan kisah hebat yang cukup menginspirasikan.


Perkongsian PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019

Perkongsian PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019

Perkongsian PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019

Perkongsian PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019


Misi saya, mengajak bersama membuka minda bahawa "membuka bilik darjah" dan berkongsi itu bukan kerana kita yang terbaik. Tetapi kerana kita mahu jadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Moga dengan "diberi komen", "diberi cadangan" akan membuatkan kita jadi guru yang lebih baik untuk anak murid kita. Amin!

@ Grand Lexis Port Dickson


Seminar Guru Yang Cukup Berjaya. Tahniah Bahagian Profesionalisme Guru!

$
0
0
Manisnya setiap kali menghadiri seminar sebegini adalah ukhwah yang terbina selepas itu. Dengan rakan kenalan guru yang dah lama kenal. Dan dengan rakan guru yang baharu mula berkenalan.

Tahniah buat Bahagian Profesionalisme Guru [BPG] yang menganjurkan Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan [SKPK] yang saya sifatkan memang berjaya dengan pengisian yang cukup bermakna untuk masing-masing bawa balik ilmunya.


Tahniah buat Bahagian Profesionalisme Guru [BPG] yang menganjurkan Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan [SKPK]
Tahniah buat Bahagian Profesionalisme Guru [BPG] yang menganjurkan Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan [SKPK]


Bertemu mereka yang hebat-hebat nih juga cukup lah menginspirasikan dan memotivasikan kerja buat kita sebagai Pendidik. Peluang untuk refresh balik semangat dan keazaman.

Dengan pelbagai peserta dari segenap struktur lapisan sistem pendidikan kita; dari pegawai, hingga ke pensyarah hingga ke guru pelaksana, jelas kerja buat kita semua adalah sama dan sekata, iaitu sama-sama mahukan yang terbaik untuk sistem pendidikan kita.


Cikgu kreatif Cokelat Daim dan muridnya

Pasukan guru dari Sarawak

Pasukan guru dari Sarawak

Pasukan guru dari serata Malaysia

Pasukan guru dari negeri kelahiran saya, Perlis

Bersama murid Asli dari SK Putra

Bersama Pegawai SISC+, Tuan Akhirudin

Bersama Madam Koek Chu Hiang, Pengetua Methodist Boys Sentul

Pasukan Pengetua Kedah bergambar dengan Dr Rosli, Timbalan Pengarah BPG


Kita hayati semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bergerak lah bersama. Sokong menyokong lah antara satu sama lain. Bimbing membimbing lah antara satu sama lain.

Baru lah hasilnya nanti kita juga yang sama-sama rasa. Amin!

#GuruNadiNegara @ Grand Lexis Port Dickson

Kita Guru, Kita Nadi Negara!

$
0
0
Sekali lagi pertemuan bersama Secretariat @guru_nadi_negara untuk perbincangan pengisian seterusnya. Pertemuan ini turut dihadiri oleh 5 orang lagi guru yang di lantik sebagai DUTA Guru Nadi Negara. Menjadikan ke semuanya 30 orang guru dari pelbagai lapisan dan latar belakang.


Kita Guru Nadi Negara
Kita Guru Nadi Negara


Mereka adalah;
1. Cikgu Noorjahan Sultan yang merupakan pengasas modul didikhibur Bahasa Inggeris "Let’s Rhyme" yang banyak menempa nama di peringkat nasional dan persada antarabangsa.


2. Cikgu Romie yang merupakan Guru YouTube dengan lebih 4000 video pengajaran Matematik.


3. Cikgu Sahaimi atau lebih di kenali sebagai Cikgu Mie Ubai, Guru sekolah asli yang cukup cukup hebat dengan kisah perjuangan ya untuk masyarakat Asli.


4. Cikgu Huzaire dari Pahang yang juga Guru Cemerlang Kelainan upaya dengan kisah perjuangan hidup yang cukup mampu menitiskan air mata.


5. Cikgu Amril, Guru Cemerlang kelainan upaya yang masih muda, bertenaga dan sangat bersemangat.

 

Sesungguhnya penambahan kumpulan pendidik hebat ini menambahkan lagi kekuatan keluarga Guru Nadi Negara sedia ada. Dan dah tentu setiap orang tampil dengan kisah aspirasi yang berbeza.


Berdiri: Cikgu Romie, Cikgu Amril, Duduk: Cikgu Mie Ubai, Cikgu Noorjahan, Cikgu Huzaire
Berdiri: Cikgu Romie, Cikgu Amril, Duduk: Cikgu Mie Ubai, Cikgu Noorjahan, Cikgu Huzaire


Semoga aspirasi dan inspirasi ini boleh ditebarkan lagi ke seluruh negara.

P/s: Pertemuan juga disertai oleh 4 mahasiswa IPG Ilmu Khas yang akan bertindak sebagai moderator bahasa isyarat di setiap venue nanti. Good work! 😍



The Real Adiwira: Terima Kasih Cikgu Mie Ubai dan Cikgu Amril!

$
0
0
Bertemu dengan dua guru hebat pada kali nih cukup mengujakan saya. Satunya guru yang gigih berkhidmat lebih 17 tahun di sekolah Asli dan seorang lagi guru muda beza upaya pendengaran yang gigih buat kerja motivasi untuk kumpulan murid kelainan upaya.


The Real Adiwira: Terima Kasih Cikgu Mie Ubai dan Cikgu Amril!
The Real Adiwira: Terima Kasih Cikgu Mie Ubai dan Cikgu Amril!


Cikgu Sahaimi atau lebih di kenali sebagai Mie Ubai nih memang cukup terkenal sebagai guru sekolah Asli. Kisahnya pernah diangkat oleh PADU sebagai kisah inspirasi atas kerja buat beliau yang pernah membawa anak Asli hingga ke peringkat Kebangsaan.

Mendengar 17 tahun pengalaman beliau mendekati masyarakat Asli di Runchang dan Simpai, rasa kecik sangat diri ini jika nak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan beliau sebagai pendidik.


Cikgu Sahaimi atau lebih di kenali sebagai Mie Ubai
Cikgu Sahaimi atau lebih di kenali sebagai Mie Ubai


Cikgu Amril Nurman pula guru muda yang cukup bersemangat dengan kerja buat sebagai pendidik. Tak terjejas sikit pun dengan beza upaya beliau, rasa malu plak kalau yang lain tu tak sekuat beliau dalam mendidik.

Baru follow Instagram beliau, dan serious saya nampak potensi beliau yang cukup besar dalam dunia pendidikan jika di bentuk. Siap abam offer jadik mentor untuk Guru Cemerlang weyh. Hehhe.. Ingat senang ker abam nak offer jadi mentor nih.. 😝


Cikgu Amril Nurman watak guru hebat
Cikgu Amril Nurman watak guru hebat

Namun yang paling utama sekali adalah kisah yang diangkat oleh kedua-dua watak guru yang hebat ini. Mereka tak buai masyarakat dengan kisah-kisah sendu kesukaran yang mereka alami. Sebaliknya kisah-kisah kejayaan kemenjadian murid mereka lah bukti kepada usaha mereka selama ini.

Bab nih saya sangat setuju. Kalau nak angkat kisah sendu pengorbanan, semua orang pun ada kisah pengorbanan sendiri. Takyah tunggu gi ajar kat pedalaman atau sekolah Asli. Ajar kat tengah Bandar pun, ada pengorbanannya. Ye tak?


Saya doakan kedua mereka ini dipermudahkan segala urusan mereka dalam mendidik. Dalam setiap kesulitan, pasti ada kemudahan.

Buat Cikgu Sahaimi dan Cikgu Amril, andalah the real ADIWIRA!


#Adiwira#GuruNadiNegara @ Kementerian Pendidikan Malaysia


Senarai 10 Guru Adiwira PAK21

$
0
0
Alhamdulillah tercatat satu lagi sejarah bila 10 orang guru dinobatkan sebagai Adiwira PAK21 melalui Kempen Guru PAK21, pertandingan amalan terbaik bilik darjah yang dianjurkan oleh PADU Education pada April 2019. 


10 Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU Education
10 Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU Education


Berikut merupakan 10 orang guru Adiwira PAK21 tersebut. Senarai adalah tidak mengikut apa-apa turutan.



Guru Adiwira PAK21: Cikgu Louis Pulong [SK Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Louis Pulong [SK Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Samuel Isaiah [SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Samuel Isaiah [SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Stephen Isaac [SMK (L) Methodist, Sentul, Kuala Lumpur]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Stephen Isaac [SMK (L) Methodist, Sentul, Kuala Lumpur]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Muhammad Nazmi bin Rosli [SK Long Sukang, Lawas, Sarawak]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Muhammad Nazmi bin Rosli [SK Long Sukang, Lawas, Sarawak]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Stefanus Lucas [SKPK Tuaran, Putatan, Sabah]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Stefanus Lucas [SKPK Tuaran, Putatan, Sabah]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib [SMK Jerlun, Kedah]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib [SMK Jerlun, Kedah]

Klik Untuk Lebih banyak info berkaitan 



Guru Adiwira PAK21: Cikgu Emira Nabila binti Ramli [SMK Pasir Gudang, Johor]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Emira Nabila binti Ramli [SMK Pasir Gudang, Johor]

Guru Adiwira PAK21: Ustaz Mohd Asrulnizam bin Md Yusof [SMK Jerlun, Kedah]
Guru Adiwira PAK21: Ustaz Mohd Asrulnizam bin Md Yusof [SMK Jerlun, Kedah]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Halizah binti Ahmad [SMK Bandar Kota Tinggi, Johor]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Halizah binti Ahmad [SMK Bandar Kota Tinggi, Johor]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Mohd Afifi bin Baharuddin [SMK (P) Sultan Abu Bakar, Johor]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Mohd Afifi bin Baharuddin [SMK (P) Sultan Abu Bakar, Johor]





Senarai 16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM

$
0
0
Alhamdulillah tercatat satu lagi sejarah bila 16 orang guru dinobatkan sebagai Adiwira Kebangsaan KPM yang disampaikan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang pada bulan Mei yang lalu. 

 
16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM sempena sambutan Hari Guru tahun 2019
16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM sempena sambutan Hari Guru tahun 2019



Setiap negeri diwakili oleh seorang guru Adiwira, yang pencalonannya dilakukan oleh pihak JPN sendiri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut merupakan 16 orang guru Adiwira PAK21 tersebut.

(Senarai adalah tidak mengikut apa-apa turutan)  


Guru Adiwira Perlis
 Cikgu Mohd Syafiq bin 
SMK Derma, Perlis



 Guru Adiwira Kedah
Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib
SMK Jerlun, Kedah

Guru Adiwira Kedah  Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib  SMK Jerlun, Kedah



Guru Adiwira Pulau Pinang
 Cikgu Rozita binti Lazim
SK Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Guru Adiwira Pulau Pinang   Cikgu Rozita binti  SK Lahar Yooi, Pulau Pinang


 Guru Adiwira Perak
Cikgu Mohd Rizal bin Sadiman
SMK Alor Pongsu, Perak

 Guru Adiwira Perak  Cikgu Mohd Rizal bin Sadiman  SMK Alor Pongsu, Perak


Guru Adiwira Selangor
 Cikgu Mohamad Khamidon bin Sadi
SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor

Guru Adiwira Selangor   Cikgu Khamidon bin Sadi  SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor


 Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cikgu Venkateswaran Ramiah
St Johns Institution, Kuala Lumpur

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  Cikgu Venkateswaran Ramiah  St Johns Institution, Kuala Lumpur


Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Putrajaya
Cikgu Hilda Ilya Hilmi
SK Putrajaya Presint 14 (1), WP Putrajaya

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Putrajaya  Cikgu Hilda binti Hilmi  SK Putrajaya, WP Putrajaya


 Guru Adiwira Negeri Sembilan
Cikgu Madhavan a/l Balakrishnan
SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan



Guru Adiwira Melaka
 Cikgu Othman bin Markom
Sekolah Henry Gurney, Melaka

Guru Adiwira Melaka   Cikgu Othman bin Markom  Sekolah Henry Gurney, Melaka



 Guru Adiwira Johor
 Cikgu Kamaruzali bin 
SMK , Johor



Guru Adiwira Pahang
 Cikgu Samuel Isaiah
SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang

Guru Adiwira Pahang   Cikgu Samuel Isaiah  SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang



 Guru Adiwira Terengganu
 Cikgu Raztia binti Abdul Razak
SK Kerteh, Kemaman, Terengganu

 Guru Adiwira Terengganu   Cikgu Raztia binti Abdul Razak  SK Kerteh, Kemaman, Terengganu



Guru Adiwira Kelantan
 Cikgu Nurliza binti Ghazali
SK Kedai Buloh 1, Kota Bharu, Kelantan

Guru Adiwira Kelantan   Cikgu Liza  SK , Kelantan



 Guru Adiwira Sarawak
 Cikgu Mason Maur anak Changan
SK Nanga Balang, Kapit, Sarawak

Guru Adiwira Sarawak   Cikgu Mason Maur  SK , Sarawak



Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Labuan
Cikgu Angeline leong
SK Kerupang, WP Labuan

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Labuan  Cikgu Angeline  SK Karupang, WP Labuan


 Guru Adiwira Sabah
Cikgu Abdullah Alif Dahlan
SK Perdana Tawau, Sabah

Guru Adiwira Sabah  Cikgu Abdullah Alif Dahlan  SK Perdana Tawau, Sabah



Bilik STEM Classroom @ SMK Jenjarom: Berbaloinya Saya Pergi!

$
0
0
Terima kasih atas jemputan daripada sahabat saya, @cikguaman yang di kenali dengan benda-benda digital beliau untuk singgah ke STEM Classroom di SMK Jenjarom.

Sempat juga buat video pasal bilik khas nih dan merasa sendiri pengalaman Skype dengan guru dari Bangladesh dan guru admin Digital Classroom.


Kunjungan ke Bilik STEM Classroom di SMK Jenjarom bersama Cikgu Aman
Kunjungan ke Bilik STEM Classroom di SMK Jenjarom bersama Cikgu Aman


Fasiliti yang ada memang menyediakan satu ruang pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk murid dan guru berkreativiti dalam dunia #STEM.

Tak caya gi tengok kat YouTube di
https://youtu.be/rkPdNMKUWjk





Tahniah juga untuk semua warga SMK Jenjarom. Semoga penubuhan bilik STEM Classroom ini juga dapat meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.


Kunjungan ke Bilik STEM Classroom di SMK Jenjarom bersama Cikgu Aman

Pengalaman berSKYPE di Bilik STEM Classroom @ SMK Jenjarom. Besor TV dia ooiii!!
Pengalaman berSKYPE di Bilik STEM Classroom @ SMK Jenjarom. Besor TV dia ooiii!!


P/S: Heheh.. Cun tak konsep video kali nih? Kalau menarik, nak di kembang kan lagi kepada lebih ramai guru-guru beraspirasi supaya jadi inspirasi kepada yang lain. Ala-ala talk show syok sendiri gituuu.. 😜😜😜 @ Smk Jenjarom



Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis

$
0
0
Hari ini bertempat di SK Kampung Salang berlangsung sesi akhir bersama Jurulatih Utama IBSE untuk negeri Perlis. Bersempena dengan Karnival STEM peringkat negeri yang turut diadakan di sini, maka pembentangan lisan dan poster bagi Jurulatih Utama juga dijalankan.

Selaku antara Tenaga Pengajar Utama (TPU) IBSE, saya juga dijemput sebagai Juri untuk menilai amalan terbaik IBSE bagi Jurulatih Utama negeri Perlis. Ada 3 kumpulan yang bertanding, 2 dari sekolah menengah dan 1 dari sekolah rendah.


Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis

Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis

Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis

Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis

Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis

Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis

Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis

Bengkel Akhir Bersama Jurulatih Utama IBSE Negeri Perlis


Kesemua pasukan menampilkan amalan terbaik secara inkuiri yang sangat baik. Menunjukkan masing-masing sudah faham dan berkebolehan bukan saja untuk melaksanakan, malah untuk melatih guru lain juga bgai pendekatan IBSE ini. Saya percaya dengan team yang ada juga mampu menyokong pergerakan pasukan ini untuk membudayakan IBSE di negeri Perlis.


25 Ikon Pendidikan Bertemu KPPM Datuk Amin Senin. Ini Motivasi Untuk Cikgu Malaysia!

$
0
0
Hari ini saya berpeluang untuk menyertai lagi 24 orang guru Ikon Pendidikan bagi satu perjumpaan bersama sosok penting pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan kita, iaitu Datuk Amin Senin.

Kesudian beliau meluangkan masa untuk mendengar keluh kesah guru, kumpulan pelaksana cukup memberi kan erti buat semua guru seluruh Malaysia yang terlibat dalam pertemuan tersebut.


25 Ikon Pendidikan Bertemu KPPM Datuk Amin Senin. Ini Motivasi Untuk Cikgu Malaysia!
25 Ikon Pendidikan Bertemu KPPM Datuk Amin Senin. Ini Motivasi Untuk Cikgu Malaysia!

Mahu juga saya highlight kan bahawa dalam ucapan Datuk KPPM, beliau sentiasa yakin dengan kualiti yang ada pada guru Malaysia dalam memainkan peranan penting membangunkan sistem pendidikan kita yang lebih baik.

Statement yang cukup konsisten, sama seperti yang saya dengar kali pertama semasa di Pulau Pinang untuk Sambutan Hari Guru tahun ini.

So buat semua guru-guru Malaysia, teruskan lah kita main peranan dengan baik dan sokong menyokong antara satu sama lain untuk pendidikan anak kita yang lebih baik.


25 Ikon Pendidikan Bertemu KPPM Datuk Amin Senin. Ini Motivasi Untuk Cikgu Malaysia!
Dr Ihsan Ismail dan Dr Suhara dari Pusat STEM Negara

25 Ikon Pendidikan Bertemu KPPM Datuk Amin Senin. Ini Motivasi Untuk Cikgu Malaysia!
Datuk Amin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Kumpulan guru Ikon Pendidikan bersama Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Encik Shafrudin Ali Husin
Kumpulan guru Ikon Pendidikan bersama Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Encik Shafrudin Ali Husin


Bersama Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Encik Shafrudin Ali Husin
Bersama Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Encik Shafrudin Ali Husin


Bagi pertemuan yang cukup bersejarah ini, saya ucapkan jutaan terima kasih buat semua khususnya Timb KPPM, Dr Ahmad Rafee Che Kassim, Ketua Unit Pusat STEM, Dr Ihsan Ismail, Dr Sue Hara dan pegawai KPM lain yang terlibat merealisasikan pertemuan ini. Terima kasih!

Biodata Cikgu Noorjahan Sultan

$
0
0
Puan Noorjahan Sultan yang bergraduat pada tahun 2013 dalam program PGSR di IPG KSM merupakan Guru Prasekolah yang kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.


Cikgu Noorjahan Sultan
Cikgu Noorjahan Sultan


Beliau merupakan pengasas  ‘Let’s Rhyme’; iaitu satu modul didikhibur Bahasa Inggeris yang berasaskan nilai-nilai tempatan dan Patriotisme.

Menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Modul ‘Let’s Rhyme’ tersebut telah tersenarai antara 10 Produk Berimpak Tinggi bagi Anugerah Inovasi Negara anjuran MOSTI pada tahun 2014.


Modul "Lets Rhyme" oleh Cikgu Noorjahan Sultan mendapat pengiktirafan sehingga ke antarabangsa
Modul "Lets Rhyme" oleh Cikgu Noorjahan Sultan mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa

Selain Modul Let’s Rhyme, Cikgu Noorjahan juga menghasilkan Modul Jom Hebat sebagai Pendidik; satu modul yang berbicara tentang falsafah dan prinsip yang perlu menjadi amalan untuk memajukan pendidik dan pendidikan.

Cikgu Noorjahan juga merupakan advokasi DIY Teaching Aids: satu usaha membina bahan bantu belajar dari barangan terpakai.

Satu lagi modul Cikgu Noorjahan adalah Jom Puisi; modul yang mengintegrasikan nilai murni dalam puisi berirama.

Terbaharu Cikgu Noorjahan sedang giat mengenengahkan Modul Let’s Write beliau satu aktiviti lanjutan daripada program NILAM iaitu Program Membaca di bawah BSTP.


Atas kecemerlangan, beliau telah dianugerahkan Ikon Guru Malaysia 2016, Finalis 50 Anugerah Guru Global 2016 di Dubai dan dinobatkan sebagai Ikon Pendidikan Awal Kanak-Kanak oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah pada tahun 2017.

Selaku duta pendidikan antarabangsa, Cikgu Noorjahan juga pernah terpilih untuk menyertai Forum Qudwa 2017  - Forum Pendidikan Antarabangsa di Abu Dhabi.


Anugerah dan Kejayaan Cikgu Noorjahan Sultan
Antara anugerah dan kejayaan yang diraih oleh Cikgu Noorjahan Sultan

Tahun lepas, beliau telah menjuarai 2018 Pearson English Language Teacher Award bagi rantau Asia & Oceania dan dijemput untuk menerima sendiri anugerah tersebut di Chicago, Amerika Syarikat.

Beliau kini aktif membuat perkongsian pintar kepada guru-guru di seluruh Malaysia.





Viewing all 1602 articles
Browse latest View live