Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Senarai 25 Ikon Pendidikan Bagi Sesi Temu KPPM

$
0
0
Baru-baru nih, pada 14 Oktober 2019 berlangsung satu lagi sejarah dalam transformasi pendidikan kita bila telah diadakan perjumpaan 25 guru Ikon Pendidikan dengan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, iaitu Datuk Amin Senin.


Senarai 25 Ikon Pendidikan Bagi Sesi Temu KPPM
Senarai 25 Ikon Pendidikan Bagi Sesi Temu KPPM


Inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat STEM Negara ini, mengumpulkan 25 orang guru pelbagai latar belakang bagi pertemuan dengan KPPM untuk tujuan menambahbaik kualiti guru kita serta sokongan yang boleh diberikan pihak kementerian kepada kumpulan guru.

Berikut adalah profil guru-guru yang terlibat dalam pertemuan. (tidak mengikut apa-apa susunan)































Bila Masa Yang Sesuai Untuk Saya Mohon Guru Cemerlang?

$
0
0
Antara soalan yang selalu saya dapat daripada rakan guru adalah, "bila masa yang sesuai untuk saya mohon Guru Cemerlang?" Jawapannya, dah tentu lah bergantung kepada individu itu sendiri dari segi kesediaan. Namun, saya cuba kongsikan di sini adalah tempoh masa yang sesuai untuk mohon Guru Cemerlang berdasarkan kepada tahun berkhidmat dalam gred semasa, mengikut Iklan Guru Cemerlang Tahun 2019.


Bila Masa Yang Sesuai Untuk Saya Mohon Guru Cemerlang?
Bila Masa Yang Sesuai Untuk Saya Mohon Guru Cemerlang?


Untuk permohonan Guru Cemerlang di Sekolah Rendah, berikut adalah tempoh tahun perkhidmatan, iaitu:

DG41 ke DG44 adalah tidak kurang daripada 5 tahun
DG44 ke DG48 adalah tidak kurang daripada 3 tahun

Sebagai contohnya, jika Cikgu A dipostingkan pada 3.1.2015 dengan gred DG41, beliau hanya genap 5 tahun pada 3.1.2020. Maka Cikgu A boleh memohon Guru Cemerlang DG44 pada iklan Guru Cemerlang Tahun 2021.


Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Rendah
Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Rendah


Manakala untuk Guru Cemerlang di Sekolah Menengah pula, berikut adalah tempoh tahun perkhidmatan iaitu:

DG41 ke DG44 adalah tidak kurang daripada 5 tahun
DG44 ke DG48 adalah tidak kurang daripada 3 tahun
DG48 ke DG52 adalah tidak kurang daripada 2 tahun
DG52 ke DG54 adalah tidak kurang daripada 1 tahun
DG54 ke DG GRED KHAS C adalah tidak kurang daripada 1 tahun


Sebagai contohnya, jika Cikgu M dinaikkan gred secara timebase pada 3.1.2016 dengan gred DG44, beliau hanya genap 3 tahun pada 3.1.2019. Maka Cikgu M boleh memohon Guru Cemerlang DG48 pada iklan Guru Cemerlang Tahun 2020.


Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah

Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah

Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah


Jadi untuk mereka yang berminat dengan permohonan Guru Cemerlang, pastikan tempoh perkhidmatan anda betul-betul mencukupi sebelum anda teruskan dengan permohonan. Bimbang ada yang gigit jari nanti menunggu kehadiran tuan nazir yang tak kunjung tiba.

Persiapkan diri dengan strategi dan keperluan yang perlu anda tambahbaik. Nasihat saya, ke arah persediaan menjadi Guru Cemerlang, maka cuba lah isi terlebih dahulu borang permohonan bagi mendapat idea dan gambaran awal apa yang perlu anda sediakan ke arah mencapai impian bergelar Guru Cemerlang.

Boleh juga pegi baca artikel saya pasal Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 1 (Mengisi Borang Permohonan)

Apa pun impian anda, saya ucapkan selamat maju jaya buat semua!




Jom "Kembali ke Sekolah" dengan McDonald's Malaysia

$
0
0

OK. Ini satu lagi usaha murni daripada McDonald's Malaysia untuk pendidikan anak-anak di negara kita. Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, McDonald's Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), telah menyumbang RM 3 juta bagi program 'Kembali ke Sekolah' yang telah memberi manfaat kepada 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara.




Pek Kembali ke Sekolah 2019 dengan McDonalds Malaysia
Pek Kembali ke Sekolah 2019 dengan McDonalds Malaysia


Pek 'Kembali ke Sekolah' ini disampaikan sebagai satu motivasi kepada kanak-kanak ini sebelum mereka memulakan sesi persekolahan tahun 2020. Setiap pek akan mengandungi sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, stoking dan juga beg sekolah.

Dan program ini bukan lah baharu saja dijalankan. Seramai 23,000 kanak-kanak telah menerima manfaat daripada program ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 2017, di mana 6,000 kanak-kanak telah menerima pek 'Kembali ke Sekolah' pada tahun 2017 (sumbangan sebanyak RM1.2 juta), dan 17,000 kanak-kanak pada tahun 2018 (sumbangan sebanyak 1.7 juta).


 https://www.youtube.com/watch?v=AClaTfqe1zo


Program 'Kembali ke Sekolah' ini juga merupakan komitmen berterusan McDonald's Malaysia dalam usaha mewujudkan impak positif terhadap masyarakat di lokasi ia beroperasi.

Sumbangan yang diraih pada tahun ini turut melibatkan rakan-rakan niaga, para francaisi, warga kerja dan para pelanggan McDonald's demi membantu meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat.


"Kembali ke Sekolah" dengan McDonald's Malaysia

"Kembali ke Sekolah" dengan McDonald's Malaysia

"Kembali ke Sekolah" dengan McDonald's Malaysia




Yang bestnya, selaku rakyat Malaysia yang prihatin, anda juga boleh sama-sama menyumbang kepada RMHC Malaysia menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald's atau transaksi online di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/



Anda pun boleh jadi sebahagian daripada misi murni "Kembali ke Sekolah" ini! Jom menyumbang
Anda pun boleh jadi sebahagian daripada misi murni "Kembali ke Sekolah" ini! Jom menyumbang



Program 'Kembali ke Sekolah' merupakan sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's & RMHC untuk memberi keceriaan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Antara aktiviti lain yang dijalankan termasuklah lawatan sambil belajar, lawatan ke wad pediatrik, gotong royong di rumah kebajikan kanak kanak dan sambutan Hari Kanak-Kanak di restoran-restoran McDonald's seluruh negara.






Siri Jejak Higgs Boson di CERN Geneva

$
0
0
Julai yang lalu saya berpeluang untuk mengikuti satu latihan guru antarabangsa di CERN, Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah yang terletak di Geneva, Swizterland. Mencatatkan sejarah sebagai guru pertama dari Malaysia yang terpilih untuk ke program ini, saya bersama 45 orang guru daripada 38 buah negara, kami diperkenalkan dengan bidang Fizik Zarah yang agak asing.


Jejak Higgs Boson di CERN, Geneva
Jejak Higgs Boson di CERN, Geneva

Apatah lagi kemudahan di CERN ini merupakan kemudahan fizik zarah paling canggih di dunia, dengan lebih separuh daripada saintis yang berkaitan dengan fizik zarah bekerja di sini, maka peluang ini merupakan suatu peluang yang sangat saya nantikan.

Maka berikut adalah jurnal harian saya sepanjang 2 minggu berada di sana. Semoga juga jika ada guru Malaysia yang berpeluang ke program ini lagi pada masa akan datang dapat jadikan catatan saya ini sebagai rujukan mereka. Jemput baca!





Banyak persiapan awal kena buat, especially yang berkaitan dengan kebenaran rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain tu, urusan perjalanan dan penginapan juga diuruskan sendiri pada kali ini. Jom kita tengok apa lagi yang abam sediakan sebelum ke Geneva!


Excited plak budak-budak nih cikgu dia dapat pergi Geneva
Excited plak budak-budak nih cikgu dia dapat pergi Geneva


Yang nih memang adventure betul travel sorang-sorang dari Paris ke Geneva pakai tren. Masalah bahasa, sangatlah mengganggu. Mujor sampai jugak ke Geneva. Hahahaha..


Aktiviti sosial kedua bagi merapatkan lagi hubungan antara teammates. So main boling sambil makan pizza. Hehehhe.. Omputih sangat tau feeling dia. Jom tengok teammates saya dari negara mana.




Rezeki bertemu dengan warga Malaysia yang sangat sangat baik. Walaupun tak kenal saya, tapi diorang layan saya nih macam part of them. Siap ajak saya join diorang bersukan untuk ASEAN Family Day, lawan tarik tali. Hahahaha. Cer teka team Malaysia dapat nombor berapa?

  
Wakil Malaysia untuk acara tarik tali ok! Tak alang-alang. Main kat Geneva ok! Hahaha



Rupanya geng-geng Europe nih hari ahad dia memang cuti sungguh-sungguh cuti. So saya ambik peluang untuk berkunjung ke Annecy yang terletak di Perancis, tapi dekat je dengan Geneva nih. Tapi serius, memang pemandangan dia lawaaaaa sangat!








Hari nih kami last kat CERN. Walaupun hanya dua minggu bersama, tapi terasa ikatan persahabatan, terutamanya dengan beberapa orang guru yang saya baik. Macam Adrian dan Marina daripada Sepanyol, Preeti daripada Sweden, Seljuk daripada Turki, Sang daripada Thailand dan Sara daripada Mesir. INshaAllah ada peluang pasti akan berjumpa lagi! ;(

Bersama teammates daripada Greece, Slovakia, Kuwait dan Australia
Bersama teammates daripada Greece, Slovakia, Kuwait dan Australia



Pihak sekolah saya, SMK Jerlun juga tidak ketinggalan memberi ruang kepada saya untuk berkongsi pengalaman dan kisah perjalanan saya dari Jerlun ke Geneva bersama guru dan anak murid.

Sebaik saja saya pulang ke Malaysia, saya juga dijemput bagi satu sesi perkongsian pengalaman bersama Astro Awani bagi slot Agenda Awani. Pengalaman yang sangat berharga buat saya.


Agenda Awani : Perkongsian CERN bersama Cikgu Hailmi
Agenda Awani : Perkongsian CERN bersama Cikgu Hailmi

Pada penghujung Ogos, kehadiran saya ke UKM juga memberi ruang kepada saya untuk membuat perkongsian bersama adik-adik di Maahad Hamidiah Kajang dengan tajuk "Dari Jerlun ke Geneva"sebagai perkongsian kisah motivasi dan ilmu STEM untuk adik-adik Tingkatan 3 dan 4.



Bengkel Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak; CikgooTUBE Bakal Trending!

$
0
0
Baru-baru telah selesai berlangsung Bengkel Penghasilan Video Pdpc selama 3 hari di BTPN Perak. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur diberi peluang oleh pihak Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), KPM dalam menggalas tugas sebagai salah seorang tenaga pengajar dalam bengkel ini bersama rakan guru Cikgu Romie dan juga Cikgu Razif.


Bengkel #cikgooTUBE Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak
Bengkel #cikgooTUBE Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak


Ini semua adalah rentetan daripada kepergian Tun Mahathir ke Jepun. Antara yang beliau saksikan adalah bagaimana guru-guru berkualiti di sana saling membantu guru lain menerusi penghasilan video. Maka inspirasi daripada sana di bawa balik dan cuba digerakkan di Malaysia.

Dengan hasrat penghasilan bahan 'dari guru kepada guru' maka, inisiatif ini direalisasikan. Kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi BSTP untuk menjayakan misi ini, maka Pengarah BSTP iaitu Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin sendiri yang datang menyampaikan amanat dan hasrat tersebut kepada kami semasa hari bengkel yang pertama. Dan itu lah juga yang ditegaskan oleh Encik Azemi, KPP Pembangunan Rekabentuk dari hari ke hari.


Pengarah BSTP iaitu Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin
Pengarah BSTP iaitu Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin


Bagi sesi bengkel penghasilan video ini, kami bahagikan kepada beberapa kepakaran.

Cikgu Hailmi: @cikguhailmi
Penghasilan Video aktiviti PdPc dengan menggunakan smartphone
Dengan pengalaman lebih kurang 10 tahun dalam bidang penghasilan video, dengan dimulakan dengan minat, akhirnya bertukar kepada kesungguhan untuk anak murid saya, maka saya kongsikan
beberapa tips dan teknik untuk menghasilkan video Pdpc.


Cikgu Hailmi dengan perkongsian penghasilan video PdPc menggunakan smartphone
Cikgu Hailmi dengan perkongsian penghasilan video PdPc menggunakan smartphone





Sudah tentulah juga disertakan dengan hands-on yang membolehkan untuk guru-guru merasai pengalaman menghasilkan video menggunakan smartphone mereka sendiri. Perkara seperti teknik kamera, gerakan, storyboard dan lain-lain sangat membantu guru supaya dapat dipertimbangkan sebelum mereka mula menghasilkan video mereka sendiri.


BTPN Perak

Cikgu Hailmi dengan perkongsian penghasilan video PdPc menggunakan smartphone

Cikgu Hailmi dengan perkongsian penghasilan video PdPc menggunakan smartphone

Cikgu Hailmi dengan perkongsian penghasilan video PdPc menggunakan smartphone

Cikgu Hailmi dengan perkongsian penghasilan video PdPc menggunakan smartphone

Cikgu Hailmi dengan perkongsian penghasilan video PdPc menggunakan smartphone



Cikgu Razif: @razxxf
Penghasilan Video animasi dengan menggunakan gajet iPad
Bagi sesi ini, Cikgu Razif memperkenalkan peserta dengan pelbagai apps yang berkaitan dengan penghasilan video, terutamanya video animasi. Sebagai contohnya, aplikasi Keynote dapat menghasilkan grafik dengan mudah dan akhirnya dianimasikan dengan kadar yang sangat cepat dan menarik.


Cikgu Razif dengan perkongsian penghasilan video animasi menggunakan iPad
Cikgu Razif dengan perkongsian penghasilan video animasi menggunakan iPad


Ini ditambah nilai dengan pengunaan aplikasi Garage Band bagi menghasilkan muzik latar yang berkaitan dan tersendiri. Terima kasih juga pihak Apple Malaysia yang meminjamkan kami 40 iPad bagi digunakan semasa bengkel. Memang terbaik!


Cikgu Razif dengan perkongsian penghasilan video animasi menggunakan iPad

Cikgu Razif dengan perkongsian penghasilan video animasi menggunakan iPad
Menakutkan! Hahahaha

Cikgu Razif dengan perkongsian penghasilan video animasi menggunakan iPad
Sama tak dengan gambar atas yang dilukis?

Cikgu Razif dengan perkongsian penghasilan video animasi menggunakan iPad

Cikgu Razif dengan perkongsian penghasilan video animasi menggunakan iPad
Tak puas hati so lukis balik malam tu



Cikgu Romie: @cikguromie
Penghasilan Video pengajaran dengan teknologi Green screen
Perkongsian Cikgu Romie  mengenai penghasilan video menerusi teknologi green screen juga menarik. Menggunakan aplikasi percuma iaitu OBS, banyak efek boleh dihasilkan dengan menggunakan layar skrin hijau tersebut.


Cikgu Romie dengan perkongsian penghasilan video pengajaran menggunakan teknologi green screen
Cikgu Romie dengan perkongsian penghasilan video pengajaran menggunakan teknologi green screen





Sesi ini juga disertakan dengan sesi hands-on bagi memberi peluang kepada guru untuk mempraktikkan sendiri ilmu dan kemahiran yang dipelajari. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan tujuan dan keperluan video yang berbeza. Memang menarik melihat hasil kerja guru walaupun tak sampai sehari belajar.


Cikgu Romie dengan perkongsian penghasilan video pengajaran menggunakan teknologi green screen

Cikgu Romie dengan perkongsian penghasilan video pengajaran menggunakan teknologi green screen

Cikgu Romie dengan perkongsian penghasilan video pengajaran menggunakan teknologi green screen

Cikgu Romie dengan perkongsian penghasilan video pengajaran menggunakan teknologi green screen

Cikgu Romie dengan perkongsian penghasilan video pengajaran menggunakan teknologi green screen
Cikgu Romie dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang green screen


Kami sediakan pelbagai pilihan penghasilan video untuk tahap kesesuaian, Keperluan dan kemampuan guru-guru dalam nak berkarya selepas ini. Kalau bukan kita guru yang hasilkan #videoPdPc, siapa lagi?

Untuk itu, kumpulan pertama ini akan cuba jenamakan #cikgooTUBE sebagai inisiatif video yang dihasilkan oleh guru kepada guru. Kumpulan guru lain yang berminat dalam penghasilan video PdPc, boleh lah juga berhubung dengan kami, jurulatih utama bengkel ini bagi maklumat lanjut bengkel seterusnya.


Sesi Khusus
Terdapat juga dua lagi sesi khusus yang disampaikan sendiri oleh tuan KPP Pembangunan Rekabentuk, iaitu Encik Azemi. Selepas melihat kesulitan guru dalam menjayakan video pdpc menggunakan smartphone, maka pengisian berkaitan dengan penulisan skrip adalah sangat bersesuaian.


Bengkel Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak; CikgooTUBE Bakal Trending!

Bengkel Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak; CikgooTUBE Bakal Trending!


Kami diberikan pendedahan mengenai penulisan skrip yang boleh dijadikan karya. Malah jika ada kalangan guru yang boleh menghasilkan skrip yang baik, maka tak mustahil jika naskhah tersebut diangkat sebagai karya ke layar tv.

Sesi malam pula adalah pendedahan oleh Encik Izwan kepada bagaimana Youtube boleh dioptimumkan bagi menjana pendapatan sampingan kepada guru. Monetise serta tips dan teknik yang boleh digunakan untuk meraih tontonan yang lebih tinggi. Ilmu yang sangat penting, sebagai motivasi kepada kerja buat guru.


Bengkel Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak; CikgooTUBE Bakal Trending!

Bengkel Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak; CikgooTUBE Bakal Trending!
Tiga jurulatih utama bengkel #cikgooTUBE: Cikgu Hailmi, Cikgu Razid dan Cikgu Romie


Akhir kalam, semoga juga usaha murni ini dapat dijayakan sebaiknya oleh semua guru dengan sokongan penuh oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Sasaran kita adalah menghasilkan lebih ramai guru yang berkemahiran dengan penghasilan video dan juga mahu berkongsi amalan terbaik mereka dengan lebih ramai guru.



3 Sebab Kenapa Cikgu Kena Buat Video PdPc

$
0
0
Mungkin ramai yang tertanya kenapa pulak sekarang nih bising sana sini sebut pasal cikgu kena buat video. Ya, dan saya sendiri setuju kepada keperluan guru-guru zaman sekarang untuk ada kemahiran menghasilkan video bagi banyak tujuan. Tapi untuk kali ini saya fokus kepada tiga sebab kenapa cikgu kena buat video PdPc.





Sebab 1
BAHAN ULANGKAJI untuk murid sekiranya ada yang tak hadir atau pun untuk dirujuk semula kalau tak ingat atau tak faham.


Sebab 2
BAHAN FLIPPED CLASSROOM untuk menyokong strategi yang digunakan guru. Especially guru-guru sibuk macam saya, dan juga keperluan untuk atasi masalah murid malas nak baca prosedur eksperimen.


3 Sebab Kenapa Cikgu Kena Buat Video PdPc
3 Sebab Kenapa Cikgu Kena Buat Video PdPc


Sebab 3
REFLEKSI kepada pengajaran kita selama ini. Apa yang kita boleh tambahbaik dan baiki pada pengajaran kita yang sebelum ini.


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh gi baca juga kisah tentang Bengkel Penghasilan Video PdPc di BTPN Perak. Benda bakal trending dalam pendidikan Malaysia untuk tahun 2020.



Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama?

$
0
0
Masih ramai lagi yang keliru antara gred Hakiki dengan gred KUP. Malah kadang-kadang susah jugak kita nak rujuk mana-mana, sebab tak tahu kat mana nak dapatkan maklumat macam nih. Jadi, selepas saya bertanya dengan pihak yang berkenaan, maka saya rasa baik juga jika saya kongsikan apa beza antara gred Hakiki dengan KUP supaya boleh menambahkan pengetahuan cikgu-cikgu lain jugak. Jom kita tengok.


Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama?
Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP?


GRED KUP
KUP atau penuhnya Khas Untuk Penyandang adalah gred yang ada pada cikgu tu sendiri. Sebagai contohnya, bagi guru yang timebased dengan gred DG48(KUP). Bermaksud, cikgu tu kalau pindah ke sekolah mana sekalipun, akan bawak jugak gred DG48(KUP) tu bersamanya.

Contoh lain bagi guru yang pegang gred KUP ini adalah Guru Cemerlang. Maknanya jika saya Guru Cemerlang dengan gred DG48(KUP), jadi saya boleh berpindah ke mana-mana sekolah lain dengan masih gred DG48(KUP).



GRED HAKIKI
Gred Hakiki pula berbeza. Gred Hakiki ini adalah gred pada jawatan.  Sebagai contoh, mana-mana guru yang menjawat jawatan Pengetua, akan mendapat gred hakiki DG52 (atas sebab jawatan Pengetua). Sekalipun guru tuh masih DG44(KUP) kerana timebased, tetapi jika beliau dilantik sebagai Pengetua, maka gred dia akan berubah kepada DG52(HAKIKI).

Bezanya, jika berpindah sekolah, perlulah juga ke sekolah yang mempunyai jawatan dengan gred yang sama. Sebagai contoh, Ketua Bidang dengan gred DG44(HAKIKI) hanya boleh berpindah ke sekolah yang ada kekosongan Ketua Bidang DG44(HAKIKI) sahaja. Kalau dia nak pindah juga, dia kena letakkan jawatan, dan dapat semula gred KUP.


Beza Tak Pencen KUP Dengan Hakiki?
OK, so far faham tak? Satu lagi isu yang berkait dengan gred KUP dan Hakiki ini adalah soal pencen. So berikut adalah soalan dan jawapan yang saya tanyakan kepada seorang pegawai yang berkaitan dengan urusan ini.


"Saya ada soalan. Jika saya nih GURU Cemerlang DG48(KUP), diberi jawatan Guru Kanan DG44(HAKIKI),
1. Saya akan terima gaji untuk yg mana satu?

"Gaji berdsrkn gred yg disandang pada gred dg48 kup.. Pengisian pula tertakluk kpd kategori tempat yg diisi.. Contohnya klu guru di sekolah.. Gred penyandang ialah 48 kup tp isi post 41..sbb sekolah mmg post 41 flexi smp 54..jd guru itu akn dpt gji 48kup"









2. Soalan saya, ada beza tak jika saya pencen dengan gaji Hakiki atau gaji kup?

"Pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji akhir.. Tidak ada kaitan dgn kup atau hakiki.. Istilah kup ni merujuk kpd kaedah penmptn dan kenaikan pngkt..
1/600x jumlah bulan perkhidmatan x gaji akhir (pokok)"


OK, diharapkan perkongsian ini mampu memberi anda kefahaman tentang gred KUP dan juga HAKIKI serta persoalan yang berkaitan kedua-dua ini. JIka ada sebarang maklumat yang anda ingin tambah atau betulkan, maka jangan segan silu, sila lah komen kat bawah ya. Terima kasih semua!


Tarik View Youtube Dengan Thumbnail Menarik. Cuba Apps Ini!

$
0
0
Bagi mereka yang dah ada channel Youtube atau pun aktif menghasilkan video, antara cabaran utama adalah menarik perhatian orang untuk klik dan menonton video anda. Kadang-kadang video tu sikit punya bagus, tapi sayang sebab takdek view. So sini saya kongsikan sket satu tips yang penting, iaitu thumbnail yang menarik.


Tarik View Youtube Dengan Thumbnail Menarik. Cuba Apps Ini!
Tarik View Youtube Dengan Thumbnail Menarik. Cuba Apps Ini!


Soalan dia, camna nak hasilkan thumbnail youtube yang menarik? Meh saya kongsikan satu applikasi android yang saya baru jer explore, dan sangat mudah dan yang penting dapat hasilkan thumbnail yang menarik. Aplikasi yang saya maksudkan adalah "Thumbnail".


Thumbnail Maker for YouTube Videos
Thumbnail Maker for YouTube Videos


Antara kelebihan aplikasi Thumbnail ini adalah menyediakan beberapa template sedia ada yang boleh terus drag and drop. Terus nampak macam profesional dengan TEXT yang sedia ada dan animasi yang disediakan pun banyak.

Lagi satu saya suka sebab dia memang dah bagi size yang sesuai dengan thumbnail pada Youtube. Feature lain adalah boleh edit gambar ikut saiz bagi  media sosial lain juga seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Gambar yang dah siap diedit boleh teru SAVE atau nak UPLOAD tukar terus kat Youtube pun boleh. Dia akan sambungkan kita ke YT STUDIO, satu lagi aplikasi bagus untuk pengurusan video di YouTube.

Bagi PROJECT yang dah siap, dia akan AUTO simpan kat situ. So, akan memudahkan jika anda nak gunakan template yang sama bagi siri video. Contohnya untuk siri Jalan-Jalan ke Perlis, anda boleh gunakan template yang sama bagi setiap video anda, cuma tukar Hari 1, Hari 2, Hari 3 etc saja. Mudah kan?


Tarik View Youtube Dengan Thumbnail Menarik. Cuba Apps Ini!
Tarik View Youtube Dengan Thumbnail Menarik. Cuba Apps Ini!


Melihatkan kepada fungsi nya yang mudah dan dapat hasilkan thumbnail Youtube yang menarik, maka terus saya buat belian untuk versi penuh. Tak pikir banyak dah. Hanya RM24.99 setahun dan anda akan dapat lebih banyak fungsi tanpa mengganggu anda nak berkreatif. Lagipun, versi penuh nih takdek watermark yang pada saya, sangat lah merimaskan.

Boleh tengok contoh-contoh video yang saya dah tukar Thumbnail nya. Kan? Terus nampak lebih menggoda untuk tarik orang lain klik pada video-video saya. Hehehhe. Oh Ya, jangan lupa jugak untuk SUBSCRIBE channel youtube saya di https://www.youtube.com/user/miecaprio


Thumbnail baharu pada video saya di Youtube channel saya, Cikgu Hailmi. Lawa tak?
Thumbnail baharu pada video saya di Youtube channel saya, Cikgu Hailmi. Lawa tak?

Ok, so jika ada aplikasi lain yang menarik, boleh lah juga anda kongsikan di ruangan komen. Saya baru jer try benda nih, dan saya rasa menarik untuk dikongsi dengan rakan lain juga yang aktif buat video di Youtube. Semoga juga lebih banyak content Malaysia yang akan dihasilkan selepas ini.



Bengkel Flipped Classroom dengan JU Sains Math Negeri Kedah

$
0
0

Terima kasih buat JPN Kedah atas kepercayaan bagi sesi perkongsian amalan terbaik Flipped Classroom dan bengkel hands-on video PdPc guna smartphone untuk 60 orang Jurulatih Utama Sains dan Matematik SR dari seluruh negeri Kedah.


Bengkel Flipped Classroom dengan JU Sains Math Negeri Kedah
Bengkel Flipped Classroom dengan JU Sains Math Negeri Kedah


Excited dan happening weyh cikgu-cikgu nih walaupun mula-mula cam malu jer dengan abam. Tak biasa kot. Hehehe.

Hasil video pun memang terbaik lah walaupun cuma sempat untuk 2 jam saja. Masing-masing dah tak sabar nak balik buat video lepas dah tahu, mudah giler kot nak buat.. 🤗🤗🤗 


Bengkel Flipped Classroom dengan JU Sains Math Negeri Kedah

Bengkel Flipped Classroom dengan JU Sains Math Negeri Kedah


Bengkel Flipped Classroom ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sesi perkongsian amalan terbaik selama 2 jam dan diikuti oleh sesi bengkel hands-on menghasilkan video pdpc juga selama 2 jam dengan menggunakan smartphone.

Kecoh tau. Keluar habis segala kreativiti cikgu-cikgu tau masa sesi hands-on nih!


Bengkel Flipped Classroom dengan JU Sains Math Negeri Kedah

Feedback di Facebook daripada salah seorang peserta bengkel. Terima kasih cikgu!
Feedback di Facebook daripada salah seorang peserta bengkel. Terima kasih cikgu!

Semoga perkongsian dan sesi bengkel ini membantu JU untuk Sebarkan amalan Flipped Classroom kepada lebih ramai Guru di Kedah. All the best semua! 😍 @ PPD Kubang Pasu

Bengkel ke Marikh Dengan Murid SMK Perlis. Best!

$
0
0
Hari ini berkesempatan berbengkel STEM dengan adik-adik di SMK Perlis bagi project-based learning tajuk "Mission to Mars" sempena program Pasca PT3.


Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!

Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!

Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!

Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!

Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!

Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!

Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!

Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!

Bengkel ke Marikh Cikgu Hailmi Dengan Murid SMK Perlis. Best!


Kita pun happy sebab aktif budak-budak nih, sangat Kreatif dan sangat rajin lagi cermat dalam berinovasi. Yang nih abam suka!

Hasil kerja pun unik dan tersendiri. Boleh tengok video kat sini yer https://youtu.be/_Xy0wMtt4ck





Semoga bengkel memberi ruang untuk adik adik nih meneroka KBAT lagi Kreatif dan inovatif! 😘#smp#smkperlis#STEM @ SMK Perlis

Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!

$
0
0
Ingat lagi tak kisah tahun nih, rezeki abam mengikuti kursus antarabangsa di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva? Yes, kali nih anda pun berpeluang untuk turut serta dalam program yang sama, sebab iklan untuk tahun 2020 dah dibuka. Yeayyy!



Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!
Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!




Apa Program Yang Ada?
Secara ringkasnya, ada dua program untuk guru antarabangsa yang disediakan oleh CERN, iaitu International High School Teacher Programme (HST 2020) dan International Teacher Weeks Programme (ITW 2020). Yang abam pergi tu yang International High School Teacher Programme (HST 2019). Biasanya yang HST tu akan lebih awal berbanding ITW.


Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!
Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!

Kedua-dua program memfokuskan kepada bidang Particle Physics yang sangat rare. Ada bengkel, lawatan, ceramah dan pembentangan pada akhir kursus. So English kena agak ok lah jugak yer. Abam punya English pun ke laut, tapi masih boleh difahami lah.. Hahahha

So kalau tanya abam yang pengisian program satu lagi, memang abam taktau. Cuma yang confirm, adalah kedua-dua program akan melibatkan 2 minggu anda berada di CERN, Geneva!



Siapa Yang Boleh Cuba?
Guru fizik, Guru Sains, Guru sains komputer, Guru Matematik etc yang berkaitan dengan fizik zarah. HST 2019 mencatatkan sejarah bila ada guru pertama dari Malaysia yang terpilih untuk ikuti kursus tu sepanjang dah 30 tahun dianjurkan. Abam lah tu! Hehehe


Iklan bersejarah buat saya bila menyertai HST 2019 di CERN, Geneva
Iklan bersejarah buat saya bila menyertai HST 2019 di CERN, Geneva



Apa Kelebihan Kalau Dapat Kursus Nih?
1. CERN nih tempat rare. Tempat idaman ramai saintis, selain International Space Station. Hahahha. Bukan semua orang ada peluang nak masuk sesuka hati. So bila lagi nak dapat akses camnih kan?

2. Kursus nih ditanggung sebahagiannya. Kalau tak lupa saya EURO500 untuk pengangkutan dan EURO1400 untuk 14 hari kita berkursus. Meskipun tak full, tapi ingat senang ke nak dapat berjalan ke negara orang dengan kos ditanggung separuh.


Kad akses masuk ke CERN yang sangat rare
Kad akses masuk ke CERN yang sangat rare


3. Ilmu dia pasal Particle Physics sangat rare. Susah nak cari tempat lain. Apatah lagi bila anda berada di pusat segala ilmu Particle Physics. Separuh daripada saintis di dunia yang berkaitan dengan Fizik Zarah ini bekerja di CERN tau!

4. Peluang berkolaboratif dengan ramai guru antarabangsa. Biasanya satu guru dari satu negara, kecuali beberapa dari US dan Australia. Alhamdulillah, HST 2019 memberi peluang untuk saya membina rangkaian dengan rakan guru dari Sepanyol, Turki, Kuwait dan lain-lain.



Saya Nak Cuba, So Apa Saya Kena Buat?
OK bagi guru-guru yang berminat nak cuba nasib, boleh lah klik link kat bawah nih. Cuba jer, mana tahu rezeki cikgu kan pegi Geneva tahun depan. Tapi ingat! Sila isi borang dan siapkan sebelum 13 Januari 2020.


HST 2020 : https://teacher-programmes.web.cern.ch/international-high-school-teacher-programme
Akan berlangsung 5 - 18 Julai 2020.


ITW 2020 : https://teacher-programmes.web.cern.ch/international-teachers-week-programme
Akan berlangsung 2 - 15 Ogos 2020.


Yang berminat boleh lah pegi daftar dan tengok apa tugasan yang kena sedia dalam permohonan. Last year abam kena buat video 1 minute juga sebagai promo. Hehehe. Malu pulak nak tagged kat sini. So pandai-pandai korang lah buat yer.





Selain tu ada 7 esei kena buat. Bahagian A pasal pendidikan kita; pendidikan dan latihan yang kita pernah ikuti, pengalaman profesional dan tugas lain yang melayakkan kita dipilih.

Bahagian B pula lebih mencabar. Esei 1 pasal kenapa kita nak hadir kursus HST tu? Esei 2 pasal bagaimana cara kita nak sebarkan ilmu dan pengalaman kat HST tu? Esei 3 pasal amalan terbaik kita dalam menjalankan aktiviti fizik zarah dengan murid dan Esei 4 berkenaan jika ada detector baru yang nak dipasang pada Large Hadron Collider, apa nama kita nak bagi dan kenapa?



Tips Nak Berjaya Dipilih
1. Pergi lah study dulu pasal CERN, Particle Physics, Large Hadron Collider etc semua tu dulu sebelum jawab semua soalan esei dia tu... Reti lah sket kan nak goreng apa nanti walaupun tak faham.


CERN International High School Teacher Programme 2019
CERN International High School Teacher Programme 2019


2. Menjawab esei dengan cara omputih berfikir dan melihat. Kadang-kadang benda kita cerita tu, depa omputih tak boleh nak bayang ok. So, bukak minda ke international sket ok.

3. Omputih nih dia tak kalut nak mintak senarai jawatan dan anugerah kita masa kita apply. So, be honest. Ceritakan apa yang anda buat, apa yang murid anda buat. Itu pun dah cukup untuk dia dengar dan nilaikan anda!



Akhir sekali pesanan abam, walaupun anda takut, walaupun anda tak confident, cuba lah mana tahu rezeki anda! Rebut segala peluang yang ada, bagi mendapat pengalaman yang rare nih. Kalau dah memang rezeki anda, memang tak ke mana. Abam ucap Selamat maju jaya ya semua!

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

$
0
0
Terima kasih tak terhingga buat Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan [BSTP] atas peluang perkongsian Bengkel YouTube Untuk PdPc bersama guru Zon Timur. Walaupun tempoh singkat, namun semua dapat diatur dengan baik dan hebat.


Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur


Tuan Pengarah BSTP, Encik Shafruddin Ali Hussin sendiri turun ke padang untuk berkongsikan hasrat KPM dalam menggunakan platform seumpama ini bagi mencetuskan gelombang guru-guru aktif berkongsi.

2 jam sesi saya diisi dengan perkongsian amalan dan bengkel penghasilan video menggunakan smartphone oleh para peserta. Walaupun masa agak singkat, tetapi hasil guru-guru masih boleh dibanggakan. Beri saja sedikit lagi masa, InshaAllah hasilnya pasti lebih meletop!


Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur


Cikgu Romie pula dengan perkongsian Green screen, hasil pengalaman lebih 10 tahun beliau dengan ilmu tersebut. 4000 video beliau di YouTube tuh pun dah cukup membuktikan kepakaran beliau.

Cikgu Zaid pula dengan perkongsian arkitektur Video STEM KPM, hasil daripada penglibatan beliau dengan Program BLOSSOM bersama MIT. Pernah juga membentang kajian impak keberkesanan Video STEM hingga ke Turki! Hebat kan?


Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur

Bengkel Video PdPc CikgooTUBE di Pantai Timur


Akhir sekali tak lupa jutaan terima kasih buat layanan baik pihak BTPN Terengganu, dari Tuan KPP Haji Wan Zuhaidi dan pasukan, lebih-lebih lagi Encik El Gamillo yang entertain kami orang jauh sepanjang berada di negeri indah ini. Terima kasih semua! 😍😍😍




#cikguTUBE @ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu

Misi Refresh Semula Amalan Terbaik PAK21

$
0
0
Jutaan terima kasih buat BPSH, Pn Akmar, En Isma dan En Izani atas peluang bersama rakan guru hebat dari seluruh Malaysia untuk sesi refresh semula PAK21 dan pembudayaan nya.
Harapan saya, segala maklumbalas dari guru-guru ini berjaya digarap semula dalam bentuk yang lebih baik, dan paling penting, sampai kepada kumpulan pelaksana, iaitu guru sendiri yang berada di lapangan.


Misi Refresh Semula Amalan Terbaik PAK21
Bersama rakan guru hebat dari seluruh Malaysia

Misi Refresh Semula Amalan Terbaik PAK21
Kumpulan kami Bersama Puan Akmar

Kekangan dan cabaran perlu diambilkira di samping sokongan dan bantuan yang Kementerian boleh lakukan untuk guru-guru. Saling menyokong bagi memastikan akhirnya, semua pihak dapat manfaat.
Semoga yang lebih baik untuk pendidikan kita! #PAK21 @ Kementerian Pendidikan Malaysia


CikgooTUBE @ PERLIS : Sejam Buka, Lebih 100 Cikgu Nak Join!

$
0
0
Sekali pun perancangan last minute, tapi dapat juga berlangsung Bengkel Penghasilan Video PdPc untuk 50 guru di Perlis dengan jayanya.
Kita tukar sket strategi pilih peserta, dengan buka permohonan kepada guru yang berminat guna Google Form. Hasilnya, tak sampai sejam, dah lebih 100 guru mendaftar nak join bengkel!


CikgooTUBE @ PERLIS : Sejam Buka, Lebih 100 Cikgu Nak Join!

CikgooTUBE @ PERLIS : Sejam Buka, Lebih 100 Cikgu Nak Join!

CikgooTUBE @ PERLIS : Sejam Buka, Lebih 100 Cikgu Nak Join!

CikgooTUBE @ PERLIS : Sejam Buka, Lebih 100 Cikgu Nak Join!

CikgooTUBE @ PERLIS : Sejam Buka, Lebih 100 Cikgu Nak Join!


Sebab ada pemilihan camni, maka peserta yang datang pun memang mereka yang betul-betul datang nak belajar. So semangat depa len macam.. Hehehe
Terima kasih tak terhingga juga buat Pegawai JPN Perlis, Cik Shahanum dan Pegawai BTPN Perlis, Encik Zamzuri yang pulon sampai jadi. Tanpa bantuan mereka, mungkin hasrat nak meramaikan kumpulan #cikgooTUBE takkan berjaya.
InshaAllah yang belum berkesempatan ikut bengkel, sila alert dengan iklan-iklan seumpamanya di sekitar tempat anda. Permintaan sangat tinggi, maka sapa cepat, dia dapat OK! @ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan

$
0
0
Lengkap lah sudah kitar Bengkel Kajian Tindakan pada Mei lalu dengan berlangsung nya Kolokium Kajian Tindakan pada hari ini.
Seramai 20 orang guru Kubang Pasu, membentangkan amalan terbaik masing-masing, siap dibukukan serta dirasmikan oleh Exco Pendidikan Kedah, iaitu Dr Salmee.



Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan


Jutaan tahniah dan terima kasih buat tuan PPD Kubang Pasu, En Mahadzir yang banyak memberi sokongan kepada Majlis GC Kubang Pasu, serta di gerakkan oleh Pegawai Meja yang cukup komited, En Ahmad Hamdi Haji Omar di bantu GC berbakat, Dr Kalai.


Video penuh program boleh tengok di https://youtu.be/fxHUZRzRinI

Tahniah untuk peserta. Tahniah untuk Pembentang. Tahniah untuk AJK. Dan tahniah untuk semua! 😍 @ Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah





Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!

$
0
0
Petang nih lepas sekolah terus berbengkel di sekolah hebat, SMK Sultanah Bahiyah. Bengkel Flipped Classroom dan pakej siap sekali Penghasilan Video PdPc guna smartphone.
Ye lah. Kalau cikgu dah pandai buat video, mesti lah lagi excited nak buat Flipped Classroom dengan anak murid kita kan?


Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!
Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!

Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!

Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!

Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video

Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!

Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!

Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!

Flipped Classroom Di SM Bahiyah, Terujanya Cikgu Cikgu Buat Video!

Satu kelebihan cikgu-cikgu sekolah nih sebab ramai yang dah terbiasa dengan sikap tangkap gambar dan buat video. Jadi mudah ler diorang nak buat video yang sesuai untuk PdPc. A+ saya bagi kat sini! ❤️
Semoga guru-guru terus aktif menghasilkan bahan pdpc yang berguna untuk murid. Terima kasih untuk puan Pengetua, Hajah Asyikin yang sanggup lewat sket ke KL sebab nak tunggu perkongsian abam. Terharu tau!
TQ jugak team BTPN Kedah yang datang rakamkan perkongsian petang nih. Nanti dah siap videonya saya upload yer. Jadi manfaat untuk orang lain jugak. So, Tahniah untuk semua!
P/s: Tersedondon pink plak dengan kakak GC hebat yang dok berurusan dengan saya untuk bengkel nih, Dr Zuridah Hanim 😂😂😂 @ SMK Sultanah Bahiyah

Anugerah Khas Teknologi Pendidikan: Tahniah Kepada Team Hebat ICT Di Kedah

$
0
0
Alhamdulillah dan terima kasih BTPN Kedah untuk Anugerah Khas Teknologi Pendidikan semalam di majlis gilang gemilang Anugerah Pembestarian Kedah 2019.
Disampaikan sendiri oleh Pengarah BSTP, Tn Haji Shafrudin majlis ini juga mengiktiraf kerja buat guru-guru hebat di Kedah dalam membudayakan amalan ICT dalam bilik darjah.


Anugerah Khas Teknologi Pendidikan: Tahniah Kepada Team Hebat ICT Di Kedah

Anugerah Khas Teknologi Pendidikan: Tahniah Kepada Team Hebat ICT Di Kedah

Anugerah Khas Teknologi Pendidikan: Tahniah Kepada Team Hebat ICT Di Kedah

Anugerah Khas Teknologi Pendidikan: Tahniah Kepada Team Hebat ICT Di Kedah

Anugerah Khas Teknologi Pendidikan: Tahniah Kepada Team Hebat ICT Di Kedah

Anugerah Khas Teknologi Pendidikan: Tahniah Kepada Team Hebat ICT Di Kedah


Tahniah kepada kakak idola, Dr Zuridah Hanim untuk Ikon GPM dan guru muda, lagi berbakat besar, Cg Sulice Chew untuk Ikon Guru Teknologi Pendidikan. Mantap weyh..
Juga kepada PKG terbaik, iaitu PKG Bujang dan PPD terbaik yang sapu paling banyak Anugerah semalam di Anugerah Pembestarian, PPD Kuala Muda Yan. Senyum lebar tuan PPD, Hajjah Ommi Kalsom sepanjang majlis... ☺️
Kesempatan juga bertemu beberapa orang lagi orang hebat BTPN, termasuk En Yusoff, Tuan KPP BTPN Pulau Pinang yang selalu kongsi tips video dengan kumpulan #cikgooTUBE
Akhir sekali tahniah kepada team BTPN Kedah, terutamanya tuan KPP Encik Zahir atas penganjuran majlis yang berjaya! Terima kasih! @ Dewan Al - Farabi , BTPN KEDAH

Bengkel PAK 21 Di MRSM Parit Tarik Penyertaan Guru MARA Dan Perak Tengah

$
0
0
Merasa juga rezeki untuk sampai ke tempat bernama Parit di Perak nih atas jemputan MRSM Parit bagi perkongsian amalan #PAK21 bersama guru mereka.
Bagusnya mereka nih, sampai guru #MRSM lain pun dijemput sejauh Kuala Klawang dan Beseri. Dan tak dilupakan sekolah Harian dalam PPD Perak Tengah. Peserta semua 120 orang. Ramai woo..


Bengkel PAK 21 Di MRSM Parit Tarik Penyertaan Guru MARA Dan Perak Tengah

Bengkel PAK 21 Di MRSM Parit Tarik Penyertaan Guru MARA Dan Perak Tengah

Bengkel PAK 21 Di MRSM Parit Tarik Penyertaan Guru MARA Dan Perak Tengah

Bengkel PAK 21 Di MRSM Parit Tarik Penyertaan Guru MARA Dan Perak Tengah

Bengkel PAK 21 Di MRSM Parit Tarik Penyertaan Guru MARA Dan Perak Tengah


Alhamdulillah sebab dapat kongsikan jugak amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21beserta bengkel Penghasilan #VideoPdPc yang tengah trending sekarang nih. Dewan besar, speaker pun sedap. Maka puas hati betul bercerita ari nih!
Apa pun semoga apa yang dikongsikan dapat jadi ilmu berguna untuk guru-guru yang hadir. Seperti yang saya selalu katakan, untuk sistem pendidikan kita yang lebih baik, bukan kerja seorang dua. Sebaliknya kerja SEMUA kita! ❤️ @ MRSM Parit

Tutorial Bina Video PdPc Guna VivaVideo; Ini 10 Shortcut Anda Kena Tahu!

$
0
0
Demam #cikgooTUBE melanda pendidikan Malaysia. Semakin banyak permintaan terhadap bengkel penghasilan video Pdpc di serata negara. Alhamdulillah, sehingga kini team CikgooTUBE sudah berjaya jalankan bengkel seumpamanya di Perak, Terengganu, Perlis, SM Bahiyah, MARA Perak dan terkini di Kulim.

Dan seperti biasa, saya suka sangat nak syorkan peserta belajar buat video gunakan aplikasi VIVAVIDEO. Saya dah terangkan dalam artikel saya yang lalu kenapa saya pilih VIVAVIDEO sebagai aplikasi kegemaran saya dalam bab menghasilkan video PdPc, termasuklah satunya adalah tak perlukan effect yang funky funky sangat. Anda juga boleh baca 6 aplikasi lain yang boleh digunakan sebagai apps untuk edit video.





Untuk artikel ini, saya nak kongsikan video tutorial menghasilkan video PdPc menggunakan smartphone. Selain itu saya akan kongsikan juga 10 shortcut untuk anda gunakan, bagi menghasilkan video PdPc yang lebih menarik. Jom!


Shortcut 01 - Rakam 'Clip by Clip'
Bagi dapatkan hasil video yang menarik, rakam video menggunakan kamera biasa anda dulu, secara clip by clip. Untuk guru yang baru berjinak dengan penghasilan video, ramai yang cenderung nak merakam secara berterusan, main pakai PAUSE saja. Kualitinya ok saja, tapi anda akan hadapi masalah bila nak edit video nanti.


Tab THEME VIVAVIDEO menawarkan pelbagai pilihan THEME sediaada yang menarik
Tab THEME VIVAVIDEO menawarkan pelbagai pilihan THEME sediaada yang menarik

Shortcut 02 - Pilih Video atau Photo
Sebaik sahaja, aplikasi VIVAVIDEO dibuka, paparan pertama ada memaparkan 2 pilihan. Salah satunya adalah EDIT VIDEO. Maka klik EDIT VIDEO, kemudian anda dah boleh pilih klip yang anda nak masukkan. Kalau nak masukkan PHOTO pulak, tengok sebelah atas, ada perkataan VIDEO | PHOTO, so pilih PHOTO, dan masukkan foto yang anda nak seperti biasa.


Shortcut 03 - Masuk Muzik Latar
Tab MUSIC menawarkan pilihan untuk anda masukkan muzik latar belakang. Mesti boring kan kalau video anda kosong saja tanpa lagu ke apa ke kan.. So klik kat situ kemudian tambah muzik pilihan anda. Boleh pilih daripada lagu FREE pilihan sedia ada, atau pun yang ada dalam koleksi fon anda.

Kalau perhatikan juga, ada VOLUME yang anda boleh control dan adjust sesuai dengan keperluan anda. Hati-hati, sebab kadang-kadang tak dapat dengar suara anda kerana muzik latar yang sangat kuat.


Shortcut 04 - Trim Klip
Bahagian seterusnya adalah pada tab CLIP EDIT. Di situ anda boleh trim dan cut klip anda supaya lebih sesuai bahagian yang nak digunakan.Untuk TRIM tu, mudah saja. Klik dan boleh drag ikut bahagian mana yang nak dipotong.

Trick saya biasanya semasa merekod video adalah, beri masa senggang sebelum mula beraksi pada awal dan akhir klip supaya mudah nak edit nanti.


Tab CLIP EDIT untuk fungsi Trim, Split, Mute dan banyak lagi
Tab CLIP EDIT untuk fungsi Trim, Split, Mute dan banyak lagi


Shortcut 05 - Efek Slow Pastu Laju
Pernah kan tengok video yang mula-mula slow, pastu dia laju dan kemudian dia slow balik kepada normal? Ok tricknya mudah saja. Ambik tab CLIP EDIT, kemudian pilih SPLIT. SPLIT satu klip tadi kepada 3 klip. Bahagian awal dan akhir tu lebih pendek sket. Kemudian bahagian klip yang tengah tu kita ubah SPEED dia jadi laju.


Shortcut 06 - Ubah Speed atau Nak Slo Mo?
Kalau nak ubah SPEED klip kita, anda boleh ambik tab CLIP EDIT, pastu cari SPEED. Kalau tak nampak, boleh swipe ke kiri. Dah pilih SPEED, boleh adjust kelajuan klip kita tu. Nak buat slo mo pun boleh. Nak buat laju-laju pun boleh. Seperti yang saya selalu kongsikan, video yang baik ada kombinasi kelajuan normal, laju dan slo-mo. Ada dinamik!

Oh ya, jangan lupa juga MUTEkan klip anda kalau tak nak dengar sound yang tak berapa nak sedap tu nanti.


Shortcut 07 - MUTEkan klip anda
Ini juga trick yang selalu saya guna. Especially jika saya shooting video tersebut di luar (outdoor) atau pun saya rasa kualiti suara tak berapa bagus. Maka sebelum kita nak buat voice over ala-ala dubbing, maka MUTEkan dulu.

Ambik tab CLIP EDIT, kemudian swipe tepi dan cari button MUTE. So klik untuk hilangkan suara. Klik kali kedua untuk bagi ada balik suara tu. Boleh jumpa ambik function Apply to All supaya semua klip pun MUTE.


Shortcut 08 - Suara Voice Over
Untuk yang sukakan suara Voice Over macam yang selalu saya buat pada video PdPc saya, cikgu-cikgu boleh lah ambik tab EFFECTS. Pilih butang SOUND, dan akan terpapar butang berwarna oren. Klik untuk rekod. Boleh ubah dengan cara drag jika nak bawak kan sound tu ke tempat lain.




Shortcut 09 - Guna Theme
Tab bahagian bawah apps yang pertama juga menawarkan pilihan THEME sedia ada yang menarik. Boleh pilih dan download dulu untuk gunakan dalam video anda. THEME yang disediakan ada yang sesuai untuk travel dan holiday dan macam-macam lain lagi.


Shortcut 10 - Masuk Teks
Tab EFFECTS juga menawarkan pilihan untuk anda tambah teks atau tulisan. Boleh pilih jenis font dan juga kotak yang sesuai dengan video anda. Jenis font kena download dulu.


OK, semoga perkongsian video dan shortcut ini membantu guru-guru dalam menghasilkan video Pdpc menggunakan smartphone. Jangan lupa juga yer bagi berkongsikan amalan terbaik guru-guru. Semoga pendidikan kita jadi lebih baik. Amin!

Setelah 7 Tahun Berblogging, Apa Saya Dapat?

$
0
0
Pejam celik pejam celik, tak sangka hari nih 18.11.2019, genap 7 tahun saya bergiat aktif berblogging dan menulis. Serious tak sangka langsung! Teringat lagi zaman belajar kat USM dulu, hanya bergurau bahawa suatu hari ada blog www.hailmi.com tertera di belakang t-shirt rakan. Hari nih, bukan setakat ada blog, malah dikembangkan lagi kepada banyak perkara lain lagi.


7 tahun berblogging apa yang CIKGU Hailmi dapat?
7 tahun saya berblogging, apa saya dapat? 

Sehingga kini, jenama www.cikguhailmi.com sudah semakin dikenali, dengan jumlah pengunjung sudah mencecah 32.5 juta, dengan purata 10,000 pengunjung setiap hari. Siapa tak suka kan? Tapi serious benda nih tak mudah!

Banyak juga peluang saya dapat termasuk tawaran menulis buku, kolaboratif dengan agensi besar, dan juga Anugerah yang berkaitan. Tahun ini, saya menerima Best Trendsetter Award di IUCEL 2019, Universiti Malaysia Sarawak pada ogos lalu. Saya percaya sumbangan terbesar yang di ambil kira tentu lah hasil daripada penulisan saya di blog.

Cabaran utama dalam berblogging adalah BUKAN untuk mencipta blog, sebaliknya adalah mengekalkan momentum untuk terus menulis dan berkongsi. Terus Konsisten. Atau terus istiqamah tu sangat lah sukar. Kadang-kadang saya sendiri boleh juga terbabas.

Namun disebabkan saya percaya ada yang perlukan content yang baik dan terkini daripada blog saya untuk dijadikan rujukan dan inspirasi, maka saya rasa perlu kumpul kekuatan untuk terus menulis dan menulis.




Malah saya cipta juga kaedah paling mudah untuk saya, iaitu saya copy saja status yang saya kemaskini di akaun media sosial lain, Facebook atau Instagram supaya dijadikan bahan artikel di blog. Sayang penulisan yang baik dan ada input berguna, namun hilang begitu saja ditelan jutaan status di Facebook. Sekurang-kurangnya jika dipindahkan ke blog, boleh juga bacaan tersebut dikesan oleh Google dan enjin carian lain. Tahap paling malas, ialah saya upah beberapa murid saya untuk menjadi sebahagian daripada kru media sosial saya yang akan bantu update dan share artikel-artikel tersebut.

Zaman sekarang juga blog bukan lagi benda luar biasa. Hampir tiada lagi anugerah yang berkaitan dengan blogging. Tak semeriah masa zaman 2013 dan 2014 dulu, masa awal-awal pembabitan saya dalam dunia blogging. Tapi saya percaya masih relevan dalam memastikan kewujudan content-content Malaysia dan sekaligus bermanfaat untuk digunakan dalam pendidikan khususnya.

Mungkin yang anda baca ini kisah kejayaan. Tapi percaya lah bahawa, apa yang dicapai pada hari ini sebenarnya bermula dengan satu langkah kecil, penuh cita-cita, 7 tahun dulu dengan tanpa apa-apa harapan kecuali untuk berkongsi.
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live