Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Kisah Sebuah Beg: Tinggal dan Hadiah Persahabatan!

$
0
0
Hari nih sampai saja di sekolah, saya disapa Pengetua dan PK Pentadbiran; barang besar apa yang dipos ke sekolah untuk saya. Pelik juga, sebab biasanya untuk urusniaga online, saya prefer alamat rumah berbanding sekolah.

Kotak besar. Puas juga memikir, barang apa saya order. Seingat saya, memang tak ada. Bila dibuka, terkejut sebab ada beg kabin baru!

Kisah Sebuah Beg





Kisahnya Sabtu lepas, masa pulang dari Sarawak, saya tak di benarkan check in luggage sebab masa flight ke Alor Setar kurang sejam. Memang tak boleh masuk. Nak hand carry pun tak boleh sebab saiz beg besar.

Maka pilihan yang saya ada, hanya ambil barang penting, Keperluan dan pindah kan ke beg plastik hadiah kawan saya, Cg Szu Ching. Saya tinggalkan beg kabin saya di KLIA2! 😭😭😭 Terkilan juga. Tapi nak buat camana itu saja pilihan saya. Kalau tak, kena beli tiket flight baru dan terbang esoknya.

Memang dah tak jadi rezeki saya kot. Patut lah masa kat Airport Sibu arituh pun, boleh ada yang tersilap ambik beg saya bawak balik rumah. Dah petanda awal nak jadi takdek rezeki. Hahahahhaa.. 

Apa pun saya dedikasikan ucapan terima kasih khas buat Cikgu Donny Dahlan, PK Pentadbiran SMK Dalat atas hadiah beg baru. Saya tak mintak ganti pun, memang dah redho jer anggap bukan rezeki saya beg tu. Tapi katanya, hadiah hari jadi awal dan persahabatan. Hehehehe terima kasih Cikgu!

Saya doakan yang terbaik buat cikgu dan keluarga, dengan anak-anak yang comel tu dan semoga juga cepat cepat jadi Pengetua. Kita perlukan ramai pemimpin sekolah yang proaktif dan berfikir luar kotak macam Cg Donny! Selamat maju jaya.. 💐💐💐
.
.
.
P/s: Banyak sangat budi baik sepanjang saya di Sarawak baru baru nih. InshaaAllah tetap akan saya kenang jasa baik kalian. @ Smk Jerlun






Maahad Kajang: Kisah Dari Jerlun ke Geneva

$
0
0
Cadangnya nak melawat saja rakan guru di Maahad Hamidiah, tapi tiba tiba datang rezeki untuk perkongsian, Inspirasi #STEM dari NASA dan CERN dengan murid Tingkatan 3.

Last minute punya plan, tapi dapat juga berlangsung dengan jayanya untuk dua jam.

Dari Jerlun ke Geneva








Mungkin perkongsian banyak pasal Sains yang cenderung Fizik, maka para banin bukan main lagi dengar. Hehehe.. Semoga ramai yang dapat inspirasi untuk terus meneroka bidang STEM.

Terima kasih juga buat para guru Maahad yang layan elok abam kat sini. Semoga ikatan ukhwah, sejak lawatan benchmark ke SMK Jerlun awal tahun ni, terus terjalin! 😍😍😍

Jom abam nak ke UKM. Ada program dengan KPM plak! @ SMKA Maahad Hamidiah






Dinner Bersama Menteri Pendidikan, Kita Guru Nadi Negara!

$
0
0
Berpeluang semalam bersama guru Adiwira dan influencer teachers yang lain untuk makan malam istimewa bersama Menteri Pendidikan kita, Dr @maszlee.

Yang nih saya rasa rare. Bukan senang kot nak makan kat rumah menteri. Lagi rare sebab setahu saya, dah banyak kumpulan guru yang pernah dijemput untuk makan malam bersama beliau.

Guru Nadi Negara!






Satu usaha baik untuk merapatkan jurang guru dengan pihak atasan, selain daripada ruang untuk mendapatkan feedback terus dari kumpulan pelaksana.

Semoga inisiatif yang bakal dilaksanakan mampu memberi transformasi baik kepada pendidikan kita. Amin!

Kita guru Nadi negara! 😍
#GNN#GuruNadiNegara






Adiwira ke SMK Seksyen 16 Shah ALAM, Cantik Sangat!!

$
0
0
Sampai juga hajat hati nak berkunjung ke SMK Seksyen 16, Shah Alam. Ceria, Lawaa sangat!! ❤️❤️❤️ Penuh mural depan belakang, kiri kanan, atas bawah.

Lagi seronok bila dengar, mural yang sama sama di lukis dan dicat murid dari pelbagai kelas nih membantu keceriaan sekolah daripada dirosakkan. Ada rasa sayang, sebab sebahagian mural itu juga adalah hasil titik peluh mereka. Nampak tak?

Lawatan Adiwira








Jutaan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah dan juga tulang belakang utama, Cg Hamidon dalam usaha menceriakan sekolah demi kemenjadian murid.

Terus MENGINSPIRASIKAN! @ SMK Seksyen XVI






Nasi Briyani Kambing Sedap di Kajang

$
0
0
Thank you kak Salina dan keluarga untuk jemputan makan malam di rumah semalam. Lewat pun, masih tunggu saya nak makan sekali. Huhuhu.. 

Tapi memang kena pergi. Sebab ada Nasi #Briyani Kambing weyh.. Nasi pakai basmathi, dan kari kambing pun pekat likat elok, terbaekkk!




Abam siap tambah dua pinggan! Hahahaha.. Mujor rumah orang, kalau tak, harus banyak lagi. 🤣🤣🤣

Rupanya yang masak nih anak kak Salina, Ridhwan yang memang minat sangat bab masak-masak nih. Rahsia sedap dia sebab 2 bulan pi menuntut belajar masak briyani kat kedai makan original India. Tudiaaaaa... Patut lain maciammmm…

So yang berminat nak try Nasi Briyani Kambing nih boleh ler contact Ridhwan kat 0104412392 atau 0123757354.

Yang kat area Bangi Kajang, serious kena try. Thank you tau Ridhwan. Nanti cikgu pi repeat!! 😍😍😍






Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!

$
0
0
Hari nih bersara seorang lagi guru hebat di sekolah saya, Cg Senawi Dollah. Guru Bahasa Melayu dan guru yang banyak membantu sekolah kalau bab landskap dan taman.

Sepanjang kenal dengan Cg Senawi, dia punya gaya kerja memang terbaik sangat. Semua kerja pun dia akan buat dan bantu sekolah. Sedaya upaya beliau.


Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!
Gambar kenangan bersama Cikgu Senawi pada hari persaraan beliau

Tak pernah pun saya dengar dia bagi alasan, "takpa lah.. Saya dah nak pencen". Termasuk ajar kelas SPM dan buat semua landskap kat sekolah. Ya! Semua landskap kat SMK Jerlun tu adalah hasil tangan beliau. Hingga minggu terakhir nak pencen pun, masih diusahakan lagi. 

Yang kedua adalah ketika keputusan SPM diumumkan tahun ini. Result BM memang cemerlang walaupun mata kita nampak macam sama saja dengan usaha guru lain jugak.
Masa nih saya sedar, pengalaman tuh pada akhirnya akan memberi nilai tambah berbeza kepada usaha kita. Harus respect dengan para otai yang macam ni.


Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!

Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!

Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!

Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!


Akhir sekali, semoga dengan persaraan ini memberi ruang dan masa sepenuhnya kepada Cg Senawi untuk bersama dengan keluarga dan hobi tercinta, berkebun.

Saya doakan beliau sentiasa sihat dan dirahmati Allah! Amin. @ Smk Jerlun


Adab Berguru, Jangan Lupa Jasa Tok Guru. Terima Kasih Haji Rodzli!

$
0
0
Semalam berkebetulan saya berada di Jitra, maka saya ambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah Tn Haji Rodzli, mantan Guru Cemerlang Gred Khas C (Geografi) dan juga mantan Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Malaysia.

Insan inilah yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sejak saya bergelar Guru Cemerlang. Ingat lagi, masa tu balik dari Sarawak, pertama kali jumpa Tuan Haji untuk satu projek bersama Astro. Tahun 2013, kalau tak salah saya. 


Adab Berguru, Jangan Lupa Jasa Tok Guru. Terima Kasih Haji Rodzli!
Adab Berguru, Jangan Lupa Jasa Tok Guru. Terima Kasih Haji Rodzli!

Dan lagi best, sebab kenangan tu jugak direkodkan dalam satu slide Menteri Pendidikan masa tuh sebagai inisiatif memperkasakan laluan kerjaya guru, iaitu peluang hingga ke Gred Khas C melalui laluan kecemerlangan. Saya tumpang glamer Tn Haji saja masa tu.. 😂😂😂
Masih tak berubah macam dulu, penuh rendah diri, suka membantu dan membimbing #cikgu muda lain. Itu antara benda yang saya belajar dari tn haji.

Pada saya, kadang-kadang kejayaan kita hari ini juga adalah kerana keberkatan ilmu yang datang dari rasa tunduk dan patuh, pada yang pernah memberi ilmu. Orang kata nak tahu murid, tengok lah siapa #guru nya. 

Buat tuan Haji, terima kasih tak terhingga dan semoga sihat-sihat selalu hendaknya!




Langkah Mudah Hasilkan Kamera Lubang Jarum

$
0
0
Budak-budak 4 Arif nih memang terbaik. Arituh gigih diorang siapkan #PBL pasal Pencemaran Sungai Kim Kim, kali nih pulak projek membina Kamera Lubang Jarum. Untuk topik aplikasi berkaitan cahaya. 


Langkah Mudah Hasilkan Kamera Lubang Jarum
Langkah Mudah Hasilkan Kamera Lubang Jarum

Boleh nampak #kreativiti pada setiap hasil kerja kumpulan. Ada yang guna kotak kasut, kotak mineral dan bekas Pringles pun boleh! Rujukan depa guna YouTube. 😇

Yang penting diorang cukup happy bila dapat lihat hasil akhirnya. Memang clear imej yang terbentuk nampak songsang (terbalik) dan nyata (jelas pada skrin). Macam tulis dalam buku. Nampak terus weyh! 😊😊😊


Langkah Mudah Hasilkan Kamera Lubang Jarum
Kamera Lubang Jarum

Langkah Mudah Hasilkan Kamera Lubang Jarum
Kamera Lubang Jarum


So hipotesis terbukti; Jika hands on, maka minds on!

Yang nak tengok video aktiviti depa boleh Klik https://youtu.be/uXjmDCMVS3M @ Smk Jerlun






Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang

$
0
0
Jutaan terima kasih buat warga guru SMK Tasek Permai, Ampang atas kunjungan perkongsian amalan terbaik #PAK21 di SMK Jerlun hari ini.

Kagum sungguh dengan semangat orang jauh-jauh yang sanggup berbelanja duit dan masa untuk misi mencari ilmu jauh sampai ke Kedah. Orang dekat pun blom tentu dapat buat camtu. Terbaik untuk anda! 


Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang
Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang

Abam pilih kelas T4 untuk aktiviti #inkuiri bagi tajuk fenomena semula jadi melibatkan #cahaya; iaitu penyebaran cahaya yang dapat pelangi dan penyerakan cahaya yang dapat lembayung senja.

Semoga amalan perkongsian ini juga dapat meningkatkan lagi kualiti amalan pdpc saya dan guru yang terlibat.

Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang

Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang

Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang

Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang

Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang

Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang

Peer Coaching Amalan Terbaik #PAK21 @ SMK Tasek Permai, Ampang


Selamat maju jaya buat rakan guru SMK Tasek Permai, Ampang. Ada rezeki kita jumpa lagi naa. 

OK, done for this year. Tutup buku! @ Smk Jerlun




Rakam Video Guru Terbaik di Malaysia; Apa Lagi Pilihan Kita?

$
0
0
Baru-baru nih semasa lawatan Tun Mahathir ke Jepun, beliau ada menyarankan bahawa selepas ini kita akan rakamkan pengajaran guru-guru terbaik di Malaysia untuk dijadikan inspirasi dan contoh kepada guru-guru lain, terutamanya guru yang kualiti rendah. 


Rakam Video Guru Terbaik di Malaysia; Apa Lagi Pilihan Kita?
Rakam Video Guru Terbaik di Malaysia; Apa Lagi Pilihan Kita?

Ada yang sambut baik, ada juga yang katakan ini bakal jadi projek gajah putih, yang nampak elok pada awalnya, tapi akhirnya tak banyak impak yang kita dapat. Silap haribulan, boleh dapat rugi pulak. So nih saya nak respon sket kepada perkara tersebut seperti yang saya kongsi di laman Facebook saya. 


Saya setuju separuh. Beserta separuh lagi kena ada mekanisme lain yang boleh membantu meningkatkan kualiti guru kita.

Separuh pertama, sebab ya kadang-kadang ada kalangan guru kita, (meskipun semuanya terlatih) yang perlukan motivasi dan inspirasi untuk jadi guru yang lebih baik. Tak semua orang dilahirkan kreatif. Tapi boleh jadi Kreatif jika di bantu dan di bimbing.

Separuh kedua sebab kita dah ada banyak bahan sedia ada seperti EduWebTV, Video STEM KPM etc. Semua tu contoh terbaik dari kumpulan guru bagus yang dipilih rapi. Guru yang tak berkualiti tu boleh jer pegi Google cari dari sana. 

 
Antara guru aktif berkongsi pengajaran di Youtube bersama Dr Amin Senin. Cg Safuan, Cg Hailmi dan Cg Romie
Antara guru aktif berkongsi pengajaran di Youtube bersama Dr Amin Senin. Cg Safuan, Cg Hailmi dan Cg Romie


Malah ramai juga guru kita yang ambil inisiatif sendiri buat perkongsian pasal pdpc menerusi video di YouTube macam Matematik kita ada Cikgu Romie, dan Sains kita ada Cikgu Hailmi (eheemmm 😂) etc. Bezanya tak viral sangat ler berbanding yang dok kongsi pasal cerita-cerita sendu. Yer lah benda-benda pedagogi nih mana lah orang nak highlight sangat.

Yang perlu difikirkan oleh kita bersama, adalah mekanisme bagi mengawal atau menguruskan guru-guru kualiti rendah seperti yang dikatakan oleh Tun M.

Sebagai contoh, dalam menjaga kualiti guru, negara-negara seperti Korea, Singapura dan banyak negara lagi, guru-guru mereka perlu ada lesen mengajar. Ini perlu diperbaharui setiap 1 atau 2 tahun dengan beberapa keperluan.

 
Contoh video penuh Pdpc STEM oleh Cikgu Hailmi dirakam dan diupload Youtube
Contoh video penuh Pdpc STEM oleh Cikgu Hailmi dirakam dan diupload Youtube


Prestasi guru dan pentadbir pula di nilai secara 360 (pentadbir, rakan sekerja, murid, ibubapa) dan penilaian holistik termasuk komitmen kerja, sumbangan luar, bilangan hari berkursus bagi meningkat Profesionalisme juga di ambil kira untuk markah prestasi.

Yang lepas markah, akan diperbaharui. Yang tak lepas diberi peluang untuk tambahbaik. Jika tak meningkat jugak akan disingkirkan dari sistem.

Saya juga pernah usulkan cadangan ini semasa menghadiri bengkel bersama Jawatan Kuasa Dasar Pendidikan Negara bagi Pendidikan STEM bersama Dr Yunos. Sekali pun ada yang 'meloncat' tapi niat saya hanya lah bagi menjaga kebajikan guru-guru kompeten, daripada terus terusan 'dibuli' guru bawah prestasi. Dan sebenarnya, jika anda guru yang mencapai kualiti seperti yang dihasratkan KPM, maka anda tak perlu risau pun!  


bengkel bersama Jawatan Kuasa Dasar Pendidikan Negara bagi Pendidikan STEM bersama Dr Yunos
Bengkel bersama JK Dasar Pendidikan Negara bagi Pendidikan STEM bersama Dr Yunos

Nampak macam kejam dan tak bertimbangrasa. Tapi tidak kah kita terpikir, ketidakcekapan guru tersebut mungkin hanya menyebabkan guru yang lain juga terbeban, tak dapat perform sebab tanggung kerja dia. Sekaligus meruntun semua daripada menunjukkan potensi sebenar. Setuju tak?

Dan jika ditanya, sudah pasti mana-mana organisasi (lagi lagi swasta weyh..) pun tak mahu pekerja yang tidak kompeten dan bawah prestasi.

Sudah sudah lah kita simpan guru dan pegawai yang bermasalah dalam sistem kita. Kalau nak pegi jauh, dah tiba masa untuk kita semua sederap, berlari sama laju! 

 So apa komen anda pulak?

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Phykir UPSI

$
0
0
Rezeki Jumaat hari nih dapat bertandang ke Makmal Phykir bersama Prof Rosly Jaafar dan Dr Muhd Ibrahim di UPSI. Tak plan pun nak singgah. Tapi menjadi plak rezeki ari nih.

Kagum sungguh dengan kreativiti Prof Rosly dan team kat lab nih. Gedung ilmu weyh! Ini baru lah betul #inovasi. Benda fizik yang complicated, dapat dipermudahkan dengan produk yang cukup simple dan low cost. Ada bahan yang free pun boleh guna. Serious berguna weyh...


Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Phykir UPSI

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Phykir UPSI

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Phykir UPSI

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Phykir UPSI


Saya sangat saran kan mana-mana pihak boleh bawa benda-benda macam nih masuk ke sek
olah sebab kit nya yang sangat sesuai dengan syllabus kita. InshaAllah boleh bantu murid faham dengan lebih jelas dan mudah.

Oleh sebab Prof Rosly dan teamnya juga langsung tak lokek nak berkongsi ilmu, maka saya doakan semoga urusan team Phykir dalam nak berkongsi ilmu dipermudahkan Allah sentiasa.

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Inovasi Phykir UPSI

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Inovasi Phykir UPSI

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Inovasi Phykir UPSI

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Inovasi Phykir UPSI

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Inovasi Phykir UPSI

Berbaloi Sungguh Kunjungan ke Makmal Inovasi Phykir UPSI


P/s: Rasa kembang kepala, dapat banyak idea untuk inovasi. Thank you Prof! 🤗🤗🤗 @ Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)




Sesi Sembang dengan Guru Influencer: Cikgu Mohd Fadli Salleh

$
0
0
Semalam berkesempatan bertemu dengan seorang lagi guru hebat kat Malaysia. Pelik sangat lah kalau ada cikgu yang tak kenal Cikgu Mohd Fadli Salleh nih kan.

Follower dia kat FB kemain ramai. Bukan cikgu pun ramai yang follow, sebab dia banyak hasilkan penulisan viral berkaitan dunia pendidikan kat Malaysia. Satu lagi sebab kerja amal melalui Dana Kita bersama ahli keluarganya.


Sesi Sembang dengan Guru Influencer: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Sesi Sembang dengan Guru Influencer: Cikgu Mohd Fadli Salleh


Dapat bersembang 3 jam rasa macam tak cukup weyh. Sama wavelength, sama channel dan habis topik kami bincang. Hahahahaha.

Saya doakan yang terbaik untuk Cikgu Fadli Salleh. Semoga terus berjaya dan teruskan istiqamah dengan kerja kerja amal dan perkongsian menerusi socmed. Teruskan MENGINSPIRASIKAN!


Sesi Sembang dengan Guru Influencer: Cikgu Mohd Fadli Salleh




P/s: Lupa plak semalam nak tanya nape orang panggil dia Cikgu Korea 😅 @ Taman Melati,Gombak


Blog Cikgu Hailmi Berwajah Baru Lagi!

$
0
0
Setelah hampir 6 tahun tidak mengalami perubahan, kali nih blog Cikgu Hailmi kita bagi wajah baru sket. Hehhehehe. Last design rasanya tahun 2014. Kemudian terus pakai design yang sama, sampai dah melekat dalam kepala design blog tu.





Blog Cikgu Hailmi dengan design terbaru
Blog Cikgu Hailmi dengan design terbaru

Tapi demi keberterusan, maka kita wat operate 'hidung' dan 'mata' kasik mantap sket. Supaya lebih mesra pengguna dan mesra dengan mobile. Sebab design yang sebelum nih, sebab dah lama sangat, maka dia kurang mesra pengguna mobile nih sket. Ye lah, zaman sekarang kan banyak browse pakai fon jer. So inshaallah lebih mudah guna pasnih.

Jangan risau, 1500 artikel tu semua masih available, boleh diakses secara percuma. Cuma mungkin akan ada sikit masalah teknikal lah macam dari segi warna ke, tulisan ke saiz ke. So kalau ada apa-apa masalah teknikal masa melayari blog #cikguhailmi boleh lah pm abam yer.
Pastu jangan lupa komen kat sini! Nanti abam betulkan. Jom kita gi tengok sket. 



Design blog Cikgu Hailmi yang paling legend sekali. Ramai orang kenal nih!
Design kedua blog Cikgu Hailmi yang paling legend sekali. (2013 - 2019) Ramai orang kenal nih!

Design blog Cikgu Hailmi masa awal-awal kemunculan awal tahun 2013. Ingat lagi tak?
Design blog Cikgu Hailmi masa awal-awal kemunculan awal tahun 2013. Ingat lagi tak?

Muahh. Thanks untuk sokongan semua semenjak blog Cikgu Hailmi nih beroperasi! 7 tahun beroperasi, nak maintain bukan mudah tau! Hehehhe.. So thank you so much! Teruskan menyokong blog cikguhailmi.com yer... 😘😘😘




Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0

$
0
0
Jutaan terima kasih buat @mymdec untuk peluang perkongsian sudut pandang dari perspektif guru di pentas utama #mydigitalmaker fair 2019 bersama guru-guru hebat hari nih.

Thank you jugak Encik moderator, Cg Razif yang buat soalan cepumas atas stage oiii.. Game lah sangat! 😝😝😝

Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0
Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0

Dan tak lupa rakan panel lain, Cg Rin dari Kelantan dan Cg Sue Ann dari Johor yang memang terbaik lah keje mereka. Very inspiring story!

First time juga rezeki dapat berjumpa dengan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Encik Zainal Abas dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Encik Aidie Jantan. Punya support cikgu-cikgu KPM, sampai siap tunggu kat depan stage tau! Thank you sangat. 😍😍😍


Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0

Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0



Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Encik Zainal Abas
Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Encik Zainal Abas

Encik Hakimi, orang kuat STEM daripada Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
Encik Hakimi, orang kuat STEM daripada Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
 
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Encik Aidie Jantan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Encik Aidie Jantan


Secara keseluruhan, abam kasik 5 bintang!

Thank you #mydigitalmakerfair
Thank you mdec! @ Malaysia International Trade and Exhibition Centre


Sifu-Sifu ICT Malaysia Meriahkan My Digital Maker Fair 2019

$
0
0

Best part datang #mydigitalmaker Fair 2019 nih bila kau dapat jumpa ramai tok guru - tok guru hebat dalam bab digital dan ICT nih. Orang feymes digital dan pendidikan kat negara kita.

Seronok dapat tengok network dan passion mereka dalam sama-sama nak sumbang kepakaran masing-masing untuk inspire cikgu lain jugak. Yes. Ini yang kita nak! ❤️

Sifu-Sifu ICT Malaysia Meriahkan My Digital Maker Fair 2019
Sifu-Sifu ICT Malaysia Meriahkan My Digital Maker Fair 2019

Team cikgu-cikgu #Microsoft, #Google Classroom dan juga #Apple Educators semua bergabung dalam sesi workshop. So takyah nak gaduh-gaduh. Mana ko rasa bagus ko join lah belajar. Pilihan sentiasa ada. Pilih lah yang sesuai kena tepat pada kehendak dan keperluan kita, ye dak?

Sebenarnya ada ramai lagi cikgu cikgu kita nih yang hebat pasal benda-benda digital dan ICT. Tapi yang ini saya jumpa masa di My DIgital Maker Fair 2019. So senarai yang saya temui adalah seperti berikut:

Sifu-Sifu ICT Malaysia Meriahkan My Digital Maker Fair 2019
Sifu-Sifu ICT Malaysia Meriahkan My Digital Maker Fair 2019

Cikgu Aliff Microsoft, Cikgu Aman, saya dan Cikgu Kamil Digital Classroom
Cikgu Aliff Microsoft, Cikgu Aman, saya dan Cikgu Kamil Digital Classroom

Cikgu Kamariah, Cikgu Aman, Cikgu Halizah, Cikgu Razif, Encik Johan MDEC dan saya
Cikgu Kamariah, Cikgu Aman, Cikgu Halizah, Cikgu Razif, Encik Johan MDEC dan saya

Yang nih team STEM: Cikgu Shima, Cikgu Halina, Cikgu Hayati, Cikgu Aman, saya dan Cikgu Razif
Yang nih team STEM: Cikgu Shima, Cikgu Halina, Cikgu Hayati, Cikgu Aman, saya dan Cikgu Razif

Dengan tokei besar Digital Classroom, Cikgu Aman
Dengan tokei besar Digital Classroom, Cikgu Aman

Dengan guru Adiwira PAK21, Cikgu Halizah dari Johor yang aktif dengan Microsoft
Dengan guru Adiwira PAK21, Cikgu Halizah dari Johor yang aktif dengan Microsoft

Nih team cikgu Google Classroom: Cikgu Zhafrul, saya dan Cikgu Emkay
Nih team cikgu Google Classroom: Cikgu Zhafrul, saya dan Cikgu Emkay

Team cikgu cikgu handal Google Classroom

Nih ikon guru Apple kat Malaysia, Cikgu Razif dari MCKK
Nih ikon guru Apple kat Malaysia, Cikgu Razif dari MCKK

Panelist forum my Digital Maker; Cikgu Sue Ann, Cikgu Razif, Nurul, Encik Johan MDEC, saya dan Cikgu Rin
Panelist forum my Digital Maker; Cikgu Sue Ann, Cikgu Razif, Nurul, Encik Johan MDEC, saya dan Cikgu Rin

Cikgu Azrin dari Selangor yang aktif dengan digital dalam pendidikan
Cikgu Azrin dari Selangor yang aktif dengan digital dalam pendidikan

Ibu Robot aka Cikgu Raztia yang juga guru Adiwira Terengganu
Ibu Robot aka Cikgu Raztia yang juga guru Adiwira Terengganu


Sekali lagi abam ucap kan Tahniah untuk gabungan guru-guru #digital hebat nih! Tahniah juga untuk guru yang hadir jauh-jauh sebagai peserta. Teruskan misi anda mendigitalkan #pendidikan Malaysia. Saya salute! 👍🏻👍🏻👍🏻

@ Malaysia International Trade and Exhibition Centre



100 Channel Youtube Pengajaran Cikgu Malaysia

$
0
0
Sikap cikgu-cikgu yang semakin cakna dengan perkembangan digital dalam bidang pendidikan mendorong kepada kewujudan banyak channel-channel Youtube pengajaran guru di Malaysia. Satu perkembangan yang baik, sesuai dengan tuntutan semasa pendidikan kita. Sekalipun dengan tujuan yang berbeza mungkin, tetapi pada akhirnya ini akan memanfaatkan satu sama lain.


100 Channel Youtube Pengajaran Cikgu Malaysia
100 Channel Youtube Pengajaran Cikgu Malaysia

Kerana kita ada ramai guru yang aktif membuat perkongsian menerusi video di Youtube, maka saya ambil inisiatif untuk kumpulkan kesemuanya sebagai direktori bagi memudahkan untuk dirujuk dan digunakan oleh guru-guru lain juga. Susunan adalah tidak mengikut apa-apa aturan, cuma mengikut komen di ruangan status facebook saya saja.

Mohon support juga channel-channel guru nih dengan SUBSCRIBE dan SHARE channel youtube yang berkaitan dengan subjek anda!


100 Channel Youtube Pengajaran Cikgu Malaysia

001. Cikgu Hailmi, SMK Jerlun Kedah, Sains SM  https://www.youtube.com/user/miecaprio

Channel Youtube saya banyak memaparkan aktiviti sains secara inkuiri bersama murid
Channel Youtube saya banyak memaparkan aktiviti sains secara inkuiri bersama murid


002. Cikgu Romie, SMK Seri Setia Perak Matematik SM https://www.youtube.com/user/cikguROMIE 

Youtube Channel pengajaran Matematik oleh Cikgu Romie dah cecah 31,000 subscribers. Tahniah cikgu!
Youtube Channel pengajaran Matematik oleh Cikgu Romie dah cecah 31,000 subscribers. Tahniah cikgu!


003. Cikgu Safuan, SK Jengka Pusat 2 Pahang Sains SR https://www.youtube.com/channel/UCg0oqDM7rdaa4MSmPjSCDLA?fbclid=IwAR2MT1caqfsW97ot1K39nWNu6soPopIDnxRk-9X157SEGMoLh3hUCTRycDk

004. Cikgu Mohd Fadzil Abdul Hanid Teknologi Pendidikan http://www.youtube.com/user/MohdFadzil85

005. Cikgu Hazie Chik https://www.youtube.com/playlist?list=PLR4NhbucpPMnkXd-zTQYcsCb2rN_7Jxqe&fbclid=IwAR0c-rF3PiZSdZ1gjwlpsYMWlEVSbRhbF8cN6LKgL4u2JAON2G5hKIf-CJQ

006. Nor Aziehan Ahmad Adnan
SMK Batu 4, Gerik
Kimia dan Sains SM

 https://m.youtube.com/channel/UCsT5rISWOmgmiRctKACaUeg/videos?fbclid=IwAR32oOMAFnvo70bfeTjbqk1Fv5eM9E59e3ir1kU62_nmIfgfqnD0NAwz5TA

007. Cikgu Noorjahan Sultan Top 50 Global Teacher Prize 2016 Reading SR https://www.youtube.com/channel/UCrCVqfIFz8xn3tMTm2CnCEw

008. Cg Sarimah Baharom SK SETIAWANGSA Matematik SR https://www.youtube.com/channel/UCcIMpD4T9y4Wevk2waLOvWQ?fbclid=IwAR12eJJYXQxDZ16vqW-S1YXeiv29ViIc34D_IGorBsbJi0R9bkBQArAtxSE

009. Cikgu Khairil Azmir Pendidikan SMKA Perempuan Kangar Perlis Seni Visual SM https://www.youtube.com/channel/UC_rg09ujHOuZOQzUPVZpbTA?fbclid=IwAR1_FywycGYQDxF3nVFHybOk9DxqU3alep1OEVoSPwNYdcJTp6ubOjsLHOo


Cikgu Khairilazmir Tube


010. Cikgu Azme Google Form SM https://m.youtube.com/channel/UCDbBHIgDxHP_Vc2L-rUhYXQ?fbclid=IwAR2MT1caqfsW97ot1K39nWNu6soPopIDnxRk-9X157SEGMoLh3hUCTRycDk

011. Cikgu Nurul, SK Taman Bukit Maluri KL https://youtu.be/7_3Gjl0qj6U

012. Cikgu Adib, SK Panchor Muar Johor English SR https://youtu.be/dGbO5lSxC-M

013. Cikgu Intan Zareena Zahedi SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah Kimia SM https://www.youtube.com/channel/UCWuV6ndp1mNGDRXjNh26uPA?fbclid=IwAR0-TNWqTjoCQqeSS99MiZFZEMR222CFhXn7fJNDx-jqx9wQPqE-Pws2PsE

014. Cikgu Nur Farhana https://www.youtube.com/channel/UCoFcJkjURWDk9yF-G2OxCxg

015. Cikgu Alif SK Perdana Tawau Muzik SR https://www.youtube.com/channel/UCPckMrDoF68fPXIyBp0qj9Q?fbclid=IwAR2NH7LLd-0mUJet1SKz3ZVcW4-NZiCBOUoD4--hcGgLbjEmb9QXQ4KfoHg

 
Channel Youtube Cikgu Alif Dahalan
Channel Youtube Cikgu Alif Dahalan



016. Cikgu Azleefa Sujono SK Seri Beroleh Batu Pahat Johor https://youtu.be/BzS4pCTktYk?fbclid=IwAR0CtBRt0jlcZKroTq4fYhvWj_1vKU57_cCosabB5vR1nprKqYE42AYx4uU

017. Cikgu Solihin Rozali SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok Kedah SM https://youtu.be/q4CEprwOZW4?fbclid=IwAR32oOMAFnvo70bfeTjbqk1Fv5eM9E59e3ir1kU62_nmIfgfqnD0NAwz5TA

018. Cikgu Nayan SK Tun Abdul Razak, KKB, Selangor. Matematik SR https://www.youtube.com/user/cikgunayantv?fbclid=IwAR3nXGn4UZHS5zzxWMJ2UYlCQkC9FxGQ_fjSPmWDCkTx9ldlo7tzC_gaBlw

019. Cikgu Jarod Yong SMK Tabuan Jaya Kuching Sarawak English SM https://www.youtube.com/user/jikkam?fbclid=IwAR3xz--r6fYQyLkF7EPjGYoZ9SveK1ZpQoJNToBFo_PbVgzKl1xRj_CX4jo

020. Cikgu Syahir Bahiran Hilmi SMJK Poi Lam Sains SM https://youtu.be/li6arL-5hEc

021. Cikgu Stefanus Lucas SK Pend. Khas Tuaran, Putatan, Sabah Muzik Pendidikan Khas SR https://www.youtube.com/channel/UC2qjJ_7u_qKX4kxtC90srBg

022. Cikgu Jumrah, SK Tasek Dermawan, Ipoh Perak, Matematik, PJK. https://www.youtube.com/user/olameamore

023. Cikgu Azizi SK Mutiara Perdana Sains SR https://www.youtube.com/channel/UCtlNuYKoZbdI4UO5ESD0_-w

024. Cikgu Stephen Isaac SMK (L) Methodist Sentul  Biologi & Sains SM https://www.youtube.com/channel/UCaDc9UOn57dDwjefXKc9fXw

025. Cikgu juraidah Aman Ahmad fitry Gabrail SMK Taman perumahan Bedaun matematik kebarangkalian https://youtu.be/Jh9qOrjgINw

026. Cikgu Caruso Caine Sebuah projek utk membincangkan idea daripada guru-guru Malaysia dan juga pemegang2 taruh lain yang beroperasi di landskap pendidikan Malaysia < https://www.youtube.com/channel/UCnw8lkLr7u1Jry946H1CYoA?fbclid=IwAR2Ayc3oV9v7P60EgDpVu-C14Vt3jilefV7NGB0Oz-QHJ1zkz_GSXAgv6xQ

Education Malaysia Podcast
Education Malaysia Podcast

027. Mohammad Jabalnur https://www.youtube.com/user/daeng91?fbclid=IwAR0c-rF3PiZSdZ1gjwlpsYMWlEVSbRhbF8cN6LKgL4u2JAON2G5hKIf-CJQ
Sk Bombalai, Tawau, Sabah.
Ko-akademik BM & rintis flipped classroom.


028. Nur Rawaidah Rahmat
SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok
Guru Perpustakaan & Media / Guru Kemahiran Pendidikan Khas
Pendidikan Khas / Pusat Sumber Sekolah

https://www.youtube.com/channel/UCXBt_S0iYfAMuBoShg1kgRQ?fbclid=IwAR3qnxg86rUxmdYNiSQKIdnJxKs8p-EQDFr_c3Bw9L_2Ei-2EoT_BcoPTI4

029. Cikgu Hayati merupakan tenaga pengajar Matematik dan Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Long, Kajang, sehinggalah saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Al Fatihah!


Cikgu Hayati merupakan tenaga pengajar Matematik dan Matematik Tambahan
Cikgu Hayati merupakan tenaga pengajar Matematik dan Matematik Tambahan


030. Cikgu Fariezan Fariez
https://www.youtube.com/watch?v=qAtw_n4hrCI&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1VDAoflyi8skvNYvSevzGj7jelYFmXL8UyAHICB78Y7hPeTrz4xA1sZ9g

031. Cikgu Muhammad Islakh
https://www.youtube.com/channel/UCPcBOeeNwiR-8GxdpQZJPqg?fbclid=IwAR2GlOQCrj-Sn4IDUiERkz4DKgNgnv-qVnUij8vixNSBARH68K5TulOg-pc

032. Cikgu Jabal SK Bombalai Sabah
https://www.youtube.com/user/daeng91?fbclid=IwAR1zfv0A_K39maWk6HAzW0M3le-KyNp94qhaXyS3YA4dCsED9jm7xtkOD54

033.Dr Muhammad Khairul Anuar Pendidikan Khas SM
https://www.youtube.com/user/cikgukhairul1?fbclid=IwAR3xz--r6fYQyLkF7EPjGYoZ9SveK1ZpQoJNToBFo_PbVgzKl1xRj_CX4jo

034. Cikgu Khairul Efenddy Bin Hamid a.k.a #CikguBioKacak
SMK POKOK SENA, KEDAH
Subjek : Biologi
https://youtu.be/Qdy2G5ksj4A


035.Cikgu Zalina Zakaria Sains SR
https://www.youtube.com/channel/UCUz46TUkGlxE2nWQD82nDOw

036.Cikgu Safuan SK Long Sepiling Sarawak Matematik SR
https://www.youtube.com/user/89saffuan


Channel Youtube Cikgu Saffuan guru di pedalaman Sarawak
Channel Youtube Cikgu Saffuan guru di pedalaman Sarawak

037. Cikgu Halizah PPKI SMK Bandar Kota Tinggi Johor Pendidikan Khas SM
https://www.youtube.com/channel/UCuDe36yp1KxydimfrLjzwWQ

038. Kamariah Awang
https://www.youtube.com/channel/UCl40fiDFohwl8fVaPh2gP0w
Subjek yang kay ajar : English, Math, Sejarah, ICT
SK Gong Balai, Marang, Terengganu

039. Cikgu Ajwad Ghali Fizik SM
https://www.youtube.com/channel/UCvfKX-Q3J8HTlyxXF-VNoYg?fbclid=IwAR3MR95GNrgzpyHjwhM_g6VbbnD_CjDha_VGsZBnkxCjWvdaYrx93_8-J8M

040.
041.
042.
043.
044.
045.
046.
047.
048.
049.
050.
051.
052.
053.
054.
055.
056.
057.
058.
059.
060.
061.
062.
063.
064.
065.
066.
067.
068.
069.
070.
071.
072.
073.
074.
075.
076.
077.
078.
079.
080.
081.
082.
083.
084.
085.
086.
087.
088.
089.
090.
091.
092.
093.
094.
095.
096.
097.
098.
099.
100.



Cikgu cikgu lain yang ada video PdPc kat YouTube, dan nak masuk kan dalam senarai 100 channel pendidikan Malaysia nih meh ler share link ke channel cikgu kat ruangan komen di bawah nih. Supaya lebih ramai boleh SUBSCRIBE dan SHARE video PdPc cikgu.

Jangan lupa tulis nama, sekolah dan subjek juga. Senang nanti saya nak kumpul dan share kat blog saya untuk rujukan cikgu lain juga! Jom kongsi yang cikgu plak! ❤️❤️❤️





Tanah Melayu Kembali Bertanjak: Segaknya Tanjak Anderi Guru Selebu!

$
0
0
Hari nih, bersempena dengan Hari Malaysia ada kempen 'Tanah Melayu Kembali Bertanjak'. So abam support sebab mujor lah jugak ada kempen-Kempen dan gerakan yang camni. Kalu idak, memang tak kenai ler jawabnya tanjak nih camna.


Segaknya Tanjak Anderi Guru Selebu!
Segaknya Tanjak Anderi Guru Selebu!

Sempat juga belajar sket-sket cara pakai dan jenis-jenis lipatan #tanjak. Kalau Raja pakainya ke sebelah kanan. Yang Rakyat marhaen ke sebelah kiri. Jenis lipatan nih pulak banyak dan berbeza ikut tempat. Tanjak yang abam pakai nih lipatan dia nama Anderi Guru Selebu.


TANJAK ANDERIGURU SELEBU

Anderiguru bermaksud kepala dalam tentera atau berpangkat hulubalang. Setiap hulubalang mempunyai askar bawahan sendiri. Selebu bermaksud lautan yang mempunyai ombak besar yang hanya boleh direntasi dengan menggunakan kapal te
ntera yang besar. Anderiguru Selebu bermaksud seorang yang mempunyai kuasa tentera dan mengetuai satu armada tentera laut yang besar.

Credit: Destar Alam Melayu, Dr Johan Iskandar


Tanah Melayu Kembali Bertanjak
Tanah Melayu Kembali Bertanjak
 
Tq juga Cg Azri Elias yang sempat siapkan tanjak nih walaupun abam request last minute sangat. Servis baek punya. Terserlah kehenseman abam! 🤣🤣🤣
 
#kembalibertanjak#warisan#budayakita #tanjak #anderiguruselebu#berdirisendiri


Google Form: Soalan Kimia SPM Kertas 1

$
0
0
Google Form memang merupakan satu platform yang baik untuk menggalakkan penyertaan murid dalam menjawab soalan Kimia SPM Kertas 1. Malah saya sendiri telah mencuba untuk 3 tahun pendekatan ini, dan mendapat impak yang cukup positif kepada murid saya bagi matapelajaran Sains. 



Google Form: Soalan Kimia SPM Kertas 1
Google Form: Soalan Kimia SPM Kertas 1


Atas persetujuan, tuan empunya yang bertungkus lumus menaip dan menyiapkan soalan latihan Kimia SPM Kertas 1 ini telah memberi izin untuk saya kongsikan dengan murid dan guru-guru lain menerusi artikel ini. Mudah sket nak akses kan?

Jadi, Terima kasih Cikgu Mohd Farahil Hanif Bin Idris daripada SMK Beladin, Sarawak yang sudi berkongsi dengan kita semua. TKami sangat hargai!


GOOGLE FORM SOALAN KIMIA SPM PERCUBAAN


Kimia SPM Sebenar 2010 https://forms.gle/M3Lz2xhLskHunsRC6
Kimia SPM Percubaan SBP 2016 https://forms.gle/GHTda7rePb9pBoUn9 
Kimia SPM Percubaan SBP 2017 https://forms.gle/9AapDTrnqP8Esws96
Kimia SPM Percubaan Selangor 2019 https://forms.gle/Qffhp7KG4GwK8jX16

         

Semoga juga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada anak Malaysia.  



 

Biodata Cikgu Hailmi

$
0
0
Pemilik nama penuh Norhailmi bin Abdul Mutalib ini merupakan anak jati Perlis yang mendapat pendidikan awal di SK Datuk Ahmad Musa (1988 - 1993) dan SMK Agama Arau (1994 - 1998). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kimia di Universiti Sains Malaysia (1999 - 2005), sebelum menimba pengalaman sebagai guru Sains dan Kimia di SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak(2007 - 2014) selama 8 tahun.

Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hailmi
Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hailmi


Kini berkhidmat di SMK Jerlun, Kedah (2015 - kini) sebagai Guru Cemerlang Sains, beliau aktif berkongsi amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan STEM dalam bilik darjah menerusi blognya, www.cikguhailmi.com dengan lebih 300 siri ceramah dan bengkel di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Antara pencapaian beliau adalah:
1. Agent for National Transformation 2014 oleh SKMM
2. Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017
3. Naib Johan Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU
4. Guru Adiwira Kebangsaan 2019

Beliau aktif dengan penyertaan antarabangsa, termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School, fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia, pembentang best practises bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul dan peserta program angkasa guru antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat. 


September 2018, beliau dinobatkan sebagai Malaysia Best Science Teacher oleh SEAMEO bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia. Tahun ini beliau mencipta sejarah sebagai guru Malaysia pertama yang terpilih bagi mengikuti kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland.


pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School
Pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School

fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia
Fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia

 
Pembentang best follow up activities bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul
Pembentang best follow up activities bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul


program angkasa guru antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat
program angkasa guru antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat

Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia
Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia

Guru Malaysia pertama bagi kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland
Guru Malaysia pertama bagi kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland




Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

$
0
0
Selesai ari nih perkongsian amalan Pembelajaran Abad ke-21 di SM Lok Yuk, Sabah. Bertemu dengan Pengetua, Madam Norah Markus dan lebih 200 warga guru yang bersemangat dan baik baik semuanya. Bukan guru daripada SM Lok Yuk sahaja yang terlibat, malah juga guru dari sekolah sekitar Kota Kinabalu.


Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah
Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

Perkongsian dengan warga pendidik Sabah nih memang jarang nak mengecewakan. Yang Senior, tekun jer mendengar. Yang junior plak dengan semangat membara.

Beberapa orang guru pulak sangat berpotensi untuk jadi Guru Cemerlang. Sayang kalau bakat dan semangat tu tak digilap dan dibawa ke jalan yang betul. InshaAllah saya dah janji nak bantu guide diorang pasnih. Semangat tau!


Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah
Kena soal dengan Pengetua SM Lok Yuk, Puan Norah Markus

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di SM Lok Yuk, Sabah
Bersama sumandak Sabah lawa-lawa ;)

Semoga perkongsian ini memberi ilmu bermanfaat kepada warga sekolah dan peserta lain yang hadir. Sama sama kita tingkatkan kualiti pdpc kita. Selamat maju jaya semua! @ SM Lok Yuk Likas


Viewing all 1602 articles
Browse latest View live