↧
Perkongsian CERN Geneva di SMK Jerlun
↧
Seminar PAK21 dan Guru Cemerlang di Gombak
Jutaan terima kasih buat SMK Sungai Kertas dan PPD Gombak atas penganjuran perkongsian #PAK21 dan Laluan #GuruCemerlang bersama guru sekitar daerah #Gombak.
Lagi terharu sebab ada guru yang sanggup datang jauh dari Nilai dan Port Dickson untuk join program. Ramai lagi nak join, tapi tak berpeluang sebab kekangan tempat.
Sempat juga bertemu ramai guru-guru hebat rakan kenalan FB, dan juga rakan lama masa kat USM dulu. Heheheh.. Abam masa kat #USM dulu nama feymes abam lain! 😁
Tak lupa jugak buat rakan alumni #KOMTEP, Cg Farid dan teamnya yang jadi tulang belakang kejayaan program nih. Syabas!
Punya depa ligat, tak sempat abam balik dah planning satu lagi program mega yang bakal menggandingkan saya dengan seorang lagi Ikon pendidikan kita, iaitu Cikgu XXXX kat KL nanti.
So tunggu abam update OK!
Jom nak balik dulu. Esok nak layan tetamu lak datang sekolah.. 😊 @ Pejabat Pelajaran Daerah Gombak
↧
↧
Bengkel Fasa 3 Bersama JU IBSE Zon Perlis
Selesai Bengkel JU IBSE FASA 3-1 bagi Jurulatih Utama Negeri Perlis yang berlangsung di Regency Hotel. Sepatutnya, saya Tenaga Pengajar Utama (TPU) bagi Zon Kedah, tapi ;anggar sempadan sket kali nih sebab TPU untuk Zon Perlis dah bersara wajib, Encik Aziz yang juga orang kuat IBSE.
Berikut adalah beberapa dapatan tentang amalan #IBSE yang kita, guru-guru dapat tambahbaik daripada sesi hari ini.
1. Banyak aktiviti KBAT cuma tertumpu kepada hanya menjawab soalan / kuiz
2. Hasil kerja murid harus dipelbagaikan lagi ikut kreativiti dan tahap murid
3. Penggunaan bahan maujud berbanding bahan bercetak sebagai stimulus
4. Banyak aktiviti / eksperimen bersifat "to prove knowledge, instead of to discover the knowledge"
5. Aktiviti juga bersifat "teacher instructed" , bukan "students' exploration"
6. Perbezaan yg sangat kecil bagi pendekatan "Making Models vs IBSE Modeling" , yang akhirnya berakhir dgn "just replicating the models"
Thank you juga buat Dr Lay dari Pusat STEM Negara, Puan Shahanum Pegawai #STEM Perlis, dan rakan guru Sains yang juga JU IBSE #Perlis. Semoga sama sama kita dapat jadi kan IBSE sebagai amalan.
P/s: Hari nih baru ler rasa macam orang Peghelih sket.. 😍😍😍
![]() |
Bengkel Fasa 3 Bersama JU IBSE Zon Perlis |
Berikut adalah beberapa dapatan tentang amalan #IBSE yang kita, guru-guru dapat tambahbaik daripada sesi hari ini.
1. Banyak aktiviti KBAT cuma tertumpu kepada hanya menjawab soalan / kuiz
2. Hasil kerja murid harus dipelbagaikan lagi ikut kreativiti dan tahap murid
3. Penggunaan bahan maujud berbanding bahan bercetak sebagai stimulus
4. Banyak aktiviti / eksperimen bersifat "to prove knowledge, instead of to discover the knowledge"
5. Aktiviti juga bersifat "teacher instructed" , bukan "students' exploration"
6. Perbezaan yg sangat kecil bagi pendekatan "Making Models vs IBSE Modeling" , yang akhirnya berakhir dgn "just replicating the models"
![]() |
Bengkel Fasa 3 Bersama JU IBSE Zon Perlis |
Thank you juga buat Dr Lay dari Pusat STEM Negara, Puan Shahanum Pegawai #STEM Perlis, dan rakan guru Sains yang juga JU IBSE #Perlis. Semoga sama sama kita dapat jadi kan IBSE sebagai amalan.
P/s: Hari nih baru ler rasa macam orang Peghelih sket.. 😍😍😍
↧
Nikmat Bergelar Guru di Bumi Kenyalang.
Saya nak tutup journey saya ke #Sarawak kali nih dengan kisah kasih sayang yang indah, dan nikmat bergelar guru dengan rakan dan anak murid di Bumi Kenyalang.
Untuk majlis di UNIMAS, saya tumpang rumah Cg Radzif. Memang situ lah 'hotel' saya setiap kali ke Kuching. Malah siap pakej ambik, pinjam kereta dan hantar ke airport. TQSM pok! Kek lapis tak order lagik oii…
Sebab tahu nak ke Mukah, anak murid kesayangan, Ohkie Belun, terus tunggu di Airport Sibu. Sanggup dia redah hujan dari Bandar Sibu, 40 minit naik motosikal malam-malam, seorang diri. Jumpa, kami berpelukan. 5 tahun tak pernah jumpa. Hampir nk jatuh air mata jantan nih.. Hu3
Sebab masa bergerak yang lewat dan terhad, maka abam tak maklum sangat dengan guru sekolah lama, SMK Luar Bandar No.1 Sibu, walaupun rindu sebenarnya nak jumpa mereka jugak. Hanya mampu singgah dan bergambar depan Gate sekolah malam tu. InshaAllah ada rezeki nanti, pasti ke sini lagi!
Perjalanan melalui pekan² kecil dan rumah panjang sepanjang Sibu - Mukah tu cukup mengimbau kenangan manis 8 tahun kat Sarawak dulu. Kenangan penuh perasaan, kiri dan kanan.
Esoknya, Cg Bie Comey dan suami dan Cg David Sobin datang ke Mukah. Tahu berapa jam mereka drive nak datang jumpa saya? Hampir 3 jam dengan 2 anak kecil, lalu jalan Pan Borneo yang tahap bergegar habis segala. Lepas jumpa, terus diorang balik malam tu jugak sebab esoknya ada sekolah ganti. Tq Cik Biey!
Dan juga PKHEM sekolah saya dulu, Cg Hasan Samu dan isteri, Cg Maria Arip yang kami anggap macam orang tua kami kat sini, pun sanggup datang dari Sibu. Drive Slow2 sebab kesihatan. Pun lalu jalan yang sama, siap sambut besday beliau kat tepi Pantai Pesta Kaul.
Malam pulak, Cg Tai Szu Ching dan suami, Kevin Phoa datang jumpa kat Hotel bersama anak-anak mereka. Dapat dabai dan tebaloi, makanan tradisi masyarakat #Melanau.
Huwaaaaaaaaaaaaa... 😭😭😭
Setiap minggu saya akan berjumpa dan dapat rakan kenalan baru. Tapi masakan sama jasa dan kenangan dengan mereka-mereka yang pernah bersusah payah dengan saya suatu ketika dahulu.
Buat semua teman di #Sarawak dulu, thank you so much!! Saya bertuah dapat mengenali anda.. 😭😭 @ Smk Luar Bandar Sibu
↧
Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 10/14 (Perimeter Institute)
Aktiviti hari nih rasanya yang paling abam suka sepanjang 10 hari kat sini. Iaitu aktiviti dengan pakar daripada Perimeter Institute yang based kat Kanada
Kedua-dua pakar nih juga merupakan Guru, sebelum dipinjamkan ke institut tersebut untuk me latih lebih ramai guru pakar seperti mereka, especially bagi subjek Fizik. Jadi kedua-dua mereka sangat mahir pada content, dan juga pedagogi dah tentunya.
Sebab tu banyak contoh yang diberi kan sangat real, sesuai dan memang kita boleh adapt untuk bilik darjah. Lagi penting sebab semuanya adalah kos rendah dan bahan mudah cari.
Yang abam perhatikan, aktiviti yang dijalankan nih walaupun nampak macam advance, tetapi tetap berpaksi kepada asas dan konsep dalam Sains. Penekanan kat konsep tuh diutamakan, sebelum lebih banyak eksplorasi dijalankan.
Mereka juga gunakan pendekatan POEA, iaitu:
Predict (buat hipotesis)
Observe (buat ujikaji)
Explain (cari penerangan)
Apply (adaptasi)
Observe (buat ujikaji)
Explain (cari penerangan)
Apply (adaptasi)
Tak sabar nak balik share dengan anak murid! 😍 @ CERN
↧
↧
Masalah Pendidikan Guru Internasional
Social event untuk hari nih di #CERN adalah main tukar-tukar hadiah. Tapi bukan yang tu abam nak cerita. Nak cerita pasal kesamaan antara negara-negara nih bila kita kongsi pasal isu pendidikan.
Hampir semua akan sebut,
1. Budak mereka semakin tak minat sains
2. Guru kurang semangat sebab rasa tak dihargai
3. Ramai guru dalam comfort zone
4. Banyak sangat tukar kurikulum sana sini
5. Nak ubah dari teacher centred kepada lebih student centred
6. Guru susah nak collaborate antara satu sama lain
7. Murid tak bersungguh belajar
8. Bla bla bla
1. Budak mereka semakin tak minat sains
2. Guru kurang semangat sebab rasa tak dihargai
3. Ramai guru dalam comfort zone
4. Banyak sangat tukar kurikulum sana sini
5. Nak ubah dari teacher centred kepada lebih student centred
6. Guru susah nak collaborate antara satu sama lain
7. Murid tak bersungguh belajar
8. Bla bla bla
Pendek kata, isunya sama saja kat negara mana pun, termasuk yang maju. Malah saya rasa bersyukur, sebab pendidikan kita tak lah teruk sangat macam yang diperkatakan sesetengah orang tuh.
Banyak jugak yang kita mendahului, atau pun sekurangnya dah sama par dengan negara hebat lain!
Dan kami juga sepakat bahawa perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kepada sistem #pendidikan tu adalah PERLU.
Nak jadi rentan kepada perubahan tu kena jadi guru yang DINAMIK. Kena sentiasa bergerak, berubah, boleh ubah dan boleh diubah.
Kemudian terus saya bertanya kat diri sendiri, kita guru yang mana satu? @ Centre Européen De Recherches Nucléaires
↧
Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 11/14 (Antimatter Factory)
Highlight untuk hari nih adalah lawatan ke Antimatter Factory. Ramai yang tahu pasal CERN nih adalah sebab ada babak curi bahan Antimatter dari CERN dalam filem Angels and Demon.
So secara teorinya, semesta ini terdiri daripada 5% jirim yang diketahui (sebenarnya tak tahu sangat) berbanding 95% lagi Dark Matter dan Dark Energy yang langsung kita takdek idea.
Dan nak faham kan Antimatter nih pun satu hal lah. Kalau sebelum ni kita belajar elektron bercas negatif, tapi dalam particle physics kita ada elektron bercas positif yang kita sebut sebagai positron. Maka jika ada proton, maka tenaganya adalah terhasil daripada perlanggaran dengan antiproton. Ye ke? Abam pun pening weyh.. 😅
Tapi part lawatan ke Antimatter Factory nih yang paling abam suka adalah macam mana diorang educate pengunjung.
Jadi setiap satu tempat / makmal yang kitorang pergi, mesti ada ruang dan Pameran untuk orang belajar pasal mesin atau teknologi tu. Baru lah pengetahuan tu dapat dipindahkan dengan baik kepada rakyat marhaen juga.
Patutnya kilang-kilang dan Pusat-Pusat berkaitan sains kita pun kena ada benda camni. Sapa setuju sila angkat tangan? @ CERN
↧
Ukhwah Geneva: Terima Kasih Malaysia!
Semalam sekali lagi saya dijemput bersama untuk makan malam dengan warga Malaysia di perantauan. Kali nih ke rumah Duta/Wakil Tetap Perutusan Tetap Malaysia ke WTO, Dr Rashidi dan isteri, Pn Hayati bersama delegasi Malaysia yang datang ke Geneva untuk urusan kerajaan.
Tak tahu nak cakap apa, melainkan ucapan terima kasih tak terhingga buat keluarga nih yang banyak membantu saya sepanjang minggu berada di Geneva. Tak terasa dok jauh, sebab kebaikan mereka.
Tak lupa juga keluarga Kak Ros dan Encik Azmi sama yang banyak membantu saya. Siap tumpang kan saya untuk mandi dan tolong hantarkan ke tengah bandar, takut saya sesat balik CERN.
InshaAllah jasa mereka semua di sini, saya akan ingat sampai bila-bila. Allah jualah yang mampu membalas kebaikan mereka kepada musafir ilmu nih. @ Versoix, Switzerland
↧
Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 12/14 (Masa Depan CERN)
Hari ini adalah hari terakhir kuliah bagi program High School Teacher kat CERN. Tinggal beberapa topik saja lagi yang nak cover, iaitu Engineering at CERN dan juga Future Collider.
Large Hadron Collider sedia ada pun dah merentas 27km. Cer bayang apa potensi yang ada kalau dia bina Collider terbaharu dengan jarak 80-100km!
Dan apa manfaat yang orang lain dapat daripada pembinaan megastruktur nih?
Dah tentu lah penciptaan dan penyelesaian kepada segala permasalahan yang mungkin muncul sepanjang pembinaan struktur baharu ini.
Dan tak ada benda lain lagi indah selain daripada disantuni Rakyat Malaysia yang tinggal di Geneva. Terima kasih untuk Encik Hafiz dan Puan Fadz yang sudi teman kan saya shopping dan makan2! @ Centre Européen De Recherches Nucléaires
↧
↧
Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 13/14 (Majlis Perpisahan)
Pembentangan bagi setiap Focus Group, dengan kumpulan saya bagi tajuk, "Data Analysis in Particle Physics". Agak mencabar sebab kesemua 5 negara kumpulan kami tak menyentuh langsung bab nih dalam Fizik masing-masing.
Antara yang dibincangkan adalah kurikulum, key ideas, potential students conception and challenges, resources dan juga best practise.
Hasil perkongsian dengan 9 group lain jugak banyak bagi idea bagaimana nak jalan kan aktiviti bilik darjah untuk tajuk yang berbeza tadi. Kalau tak dapat pun, sekurangnya dapat lah jugak adapt ke tajuk yang sesuai. Terbuka minda!
Selesai pembentangan semua kumpulan dengan jayanya, maka kami dijamu di sebuah restoran French yang berlatarbelakangkan Mont Blanc. Indahnya dunia ciptaan Tuhan! @ CERN
Yeayyyy!! Selesai jugak kursus 2 minggu di sini. Abam sangat bersyukur dapat tamatkan program CERN International High School Teacher 2019 dengan jayanya sekali.
Abam ambil kesempatan jugak nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH buat semua Rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan abam kat sini. Banyak urusan abam di Geneva nih yang Allah permudahkan. Banyak.
Maka abam dedikasikan juga semua ini untuk ahli keluarga, warga sekolah SMK Jerlun, Ppd Kubang Pasu, JPN Kedah, KPM terutamanya BPG, warga Malaysia di Geneva, rakan kenalan online dan offline dan semua lah yang mengenali dan tak putus-putus mendoakan.
Semangat kalian lah sebenarnya yang sentiasa memotivasikan abam untuk cuba buat yang terbaik.
Banyak ilmu abam pelajari kat sini, dan semestinya lebih banyak lah ilmu yang perlu dicari lepas nih. @ CERN
↧
Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 14/14 (Selamat Tinggal Geneva)
Hari akhir abam kat Geneva nih, tak sangka nak dapat spend masa dengan orang Malaysia lagi.
Awal pagi dapat jemputan sarapan pagi bersama warga Malaysia, Liyana dan suami, Sameed warga Pakistan yang bekerja dengan CERN. Kat Antimatter Factory. Hebat kan?
InshaAllah kami juga sempat berbincang mengenai peluang untuk bawa lebih ramai rakyat Malaysia (murid sekolah menengah, pelajar universiti dan guru) ke program yang sesuai kat sini pasnih. Atau, mungkin bawak sebahagian 'CERN' ke Malaysia?
Turut bersama kami adalah pelajar UKM yang datang bagi program Summer School dua bulan kat CERN nih di bawah seliaan @akademisainsmalaysia, Zubair. Ada tiga orang semuanya. Sebelum nih jugak pernah jumpa dengan Ti. Hanya tak sempat jumpa yang seorang saja lagi.
Dan akhir sekali, kak Ros dan Encik Azmi lah. Dua orang yang banyak membantu sepanjang saya kat sini. Padahal tak pernah berkenalan pun sebelum nih. Tapi depa punya baik tu, Allah saja lah yang mampu balas kebaikan mereka berdua. InshaaAllah ada rezeki pasti saya datang melawat mereka ke sini lagi.
Bukti, nak buat kebaikan nih, tak perlu nak kenal orang.
Terima kasih semua warga Malaysia di Geneva! @ Geneve Switzarland\
↧
Temuramah Istimewa Bersama Agenda Awani 501
Semalam tiba dari Geneva dan hari nih diberi peluang untuk perkongsian di CERN, sebelum saya bertolak balik ke Kedah.
Selain pengalaman berharga 2 minggu lepas, banyak juga isu pendidikan terutamanya peluang guru yang saya dan saudara Zul bincangkan tadi.
Kalau nak tahu berkaitan isu apa, nanti tunggu saya maklumkan masa siarannya ya..
↧
Perkongsian Inspirasi Guru di ICETD 2019
Terima kasih IPG Kampus Ipoh, Perak atas peluang perkongsian inspirasi guru bersama dengan para peserta ICETD 2019.
Sempat juga saya kongsikan pengalaman fresh di CERN serta banyak lagi pengalaman awal jadi guru, bagaimana terjebak jadi Guru Cemerlang, penglibatan program antarabangsa dan tips menjadi guru yang berjaya.
Ini juga kolaboratif kelima saya bersama dengan warga IPGM, selepas IPG dari Terengganu, Penang, Johor dan Perlis.
Semoga ada lebih banyak peluang untuk berkongsi sedikit pengalaman yang ada nih dengan bakal bakal guru kita. @ Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh
↧
↧
Perkongsian PAK21 di SMK Taman Panglima
Hari nih plak berkesempatan berkongsi amalan terbaik PAK21 bersama guru SMK Taman Panglima dan guru sekitar Larut, Matang, Selama.
Semuanya adalah hasil inisiatif tuan pengetua, Encik Nor Azli yang sendiri pm saya kat Facebook, mintak no fon dan berurusan sendiri dengan saya, sebelum diserahkan kepada guru beliau untuk diuruskan. Nak sungguh lah, orang Kedah kata.
Dan ada niat murni nih maka Allah permudahkan. Sebabnya berkebetulan saya juga ada program di Ipoh sehari sebelumnya, maka program hari nih dapat diatur dengan baik.
Semoga perkongsian ini jadi titik tolak untuk saya dan peserta hari nih dalam menambah baik kualiti amalan pdpc kita dalam bilik darjah dari masa ke semasa. @ SMK Taman Panglima
↧
Pertandingan Inovasi Pendidikan UUM 2019
Berkesempatan untuk ke Pertandingan Inovasi Pendidikan UUM pada hari ini menemukan saya dengan ramai guru-guru hebat, sifu-sifu dan mereka-mereka yang cukup passion dengan kerja buat sebagai guru dan innovator.
Kalau tak, masakan lah semuanya yang saya jumpa, ghairah nak cerita kan apa #inovasi masing masing, sampai saya terlewat untuk sesi temujanji seterusnya.
Tahniah sangat! Saya puji semua semangat guru-guru kita yang tak pernah jemu memikir nak tambahbaik amalan PdPc, demi kebaikan anak murid.
Saya juga doakan supaya urusan mereka, baik di rumah mahupun di sekolah, dipermudahkan Allah. Sebab dalam kita nak berjaya dan jadi orang hebat nih, banyak faktor di sekeliling juga membantu untuk kita pergi sejauh mana.
Ada orang #hebat, tapi sekeliling tak membantu, maka tidak lah dia pergi ke mana. Ada orang biasa biasa, tapi sekeliling sangat membantu, maka dia jadi #luarbiasa.
Buat yang tertanya kenapa abam tak join sangat benda benda inovasi nih, abam ada reason yang tersendiri. Walaupun sebenarnya abam dah ada bahan inovasi yang sedia untuk dijual, tapi abam 'tangguhkan' sebentar misi dalam inovasi, sebab tunggu masa yang lebih sesuai.
Abam percaya, orang jadi #berjaya nih, kerana dia berada pada TEMPAT yang betul, dan pada MASA yang betul.
Awak setuju tak? @ Dewan Muadzam Syah Uum
↧
Bengkel Flipped Classroom di SMK Ibrahim
Terima kasih buat SMK Ibrahim, Sungai Petani atas jemputan perkongsian amalan Flipped Classroom bersama rakan guru di sekolah hebat nih.
Bengkel ini memfokuskan kepada tips dan teknik pembinaan video yang sesuai sebagai bahan kandungan online, yang boleh membantu menggalakkan lagi amalan Flipped Classroom dalam kalangan guru.
Yang paling penting juga, adalah bagaimana video tersebut boleh menjimatkan masa dan membantu guru untuk menerapkan aktiviti KBAT dalam Pembelajaran Abad ke-21 di bilik darjah.
Dan bila dah start hands on nih, makin teruja plak cikgu-cikgu kita nak hasilkan video yang terbaik untuk anak murid. Depa punya kreatif tu weyh.... 😂😂😂 Hahahahahahaha
Akhir sekali, terima kasih buat semua guru-guru Kreatif di SMK Ibrahim. Ada rezeki kita jumpa lagi!
↧
Kunjungan SMK Jengka 2, Pahang ke SMK Jerlun
Jutaan terima kasih buat rakan guru dari SMK JENGKA 2, Pahang atas kunjungan ke Jerlun bagi Peer Coaching perkongsian amalan terbaik #PAK21.
Juga tak lupa jutaan terima kasih buat team #SMKJerlun; barisan pentadbir, rakan guru dan Murid yang sentiasa memberi sokongan bagi usaha sama kolaboratif sebegini.
Siapalah saya tanpa sokongan anda semua.
Paling penting, adalah tetamu jauh beribu batu ini membawa pulang sebanyak Mungkin ilmu perkongsian yang seterusnya untuk digunapakai dengan murid di sana pulak.
Buat semua guru SMK JENGKA 2, Selamat maju jaya! 🌹🌹🌹 @ Smk Jerlun
↧
↧
Kunjungan Warga Guru SK Padang Pekan,Jitra
Terima kasih atas kunjungan 40 orang warga guru SK Padang Pekan, Jitra bagi sesi perkongsian amalan terbaik #PAK21 di makmal sekolah tadi. Datang terus dan berada di lapangan untuk senario sebenar, memang satu pengalaman yang berbeza.
Seperti yang saya pesan kan tadi, bila mahukan perubahan, maka seharusnya kita bersikap lebih realistik. Mula dengan yang sedikit, dan kemudian ansur maju kepada yang lebih rumit. Biar motivasi tuh sentiasa berterusan.
Dan selain daripada beri masa untuk murid kita belajar dengan lebih baik, maka kita juga seharusnya perlu juga masa untuk jadi guru yang lebih baik.
Melihatkan potensi kepada guru yang ada, saya yakin SK Padang Pekan, menerusi Puan GB Sarina boleh lakukan perubahan kepada iklim #pembelajaran sekolah mereka suatu hari nanti. Saya doakan selamat maju jaya! @ Smk Jerlun
↧
Agenda Awani Bersama Cikgu Hailmi
Jangan lupa saksi kan temubual ASTRO @501awani bersama Cikgu Hailmi jam 9 malam ni.
Abam cerita pasal pengalaman ke #CERN dan bagaimana pendedahan kepada program antarabangsa sebegini boleh meningkatkan lagi kualiti #guru kita di Malaysia.
![]() |
Agenda Awani Bersama Cikgu Hailmi |
Jom kita sama sama tunggu OK! 😘
↧
Seminar Inspirasi Cemerlang di Persada Global 2019
Alhamdulillah diberi peluang untuk perkongsian Inspirasi Cemerlang di Persada Global dengan guru-guru di Kubang Pasu. Selasa nih, InshaAllah.
Jemputannya adalah guru-guru SR dan SM yang BERMINAT dan BERPOTENSI untuk Guru Cemerlang. Pengetua / Guru Besar yang calonkan nama tau.. 😍
![]() |
Seminar Inspirasi Cemerlang di Persada Global 2019 |
Sebab misinya adalah untuk menghasilkan lebih ramai #GuruCemerlang bagi daerah ini, sebab kami percaya, "murid akan lebih baik, jika guru dapat mengajar dengan lebih baik!"
Terima kasih atas kepercayaan PPD Kubang Pasu, khususnya Pegawai Meja Guru Cemerlang; Encik Ahmad Hamdi Dato Sheikh Haji Omar dengan langkah proaktif merealisasikan hasrat tuan PPD Kubang Pasu.
Semoga misi murni ini dapat melahirkan lebih ramai guru-guru hebat, kualiti tip top, lagi mantop dari daerah Kubang Pasu.
Oh ya, untuk Selasa nih abam akan kongsi cabaran guru bertapak di pedalaman, laluan kerjaya Guru Cemerlang serta peluang program guru antarabangsa. Abam kongsi teori, amali, dan juga bukti.
So yang kat #KubangPasu, sila jangan lepaskan peluang OK. Mana tahu, andalah GC yang kami cari! 😍😍😍
.
.
.
P/s: Belum cukup Cemerlang, jika tak dapat Cemerlang kan orang lain juga.. Setuju tak??
.
.
.
P/s: Belum cukup Cemerlang, jika tak dapat Cemerlang kan orang lain juga.. Setuju tak??
Alhamdulillah selesai sesi perkongsian bersama guru-guru berpotensi di Kubang Pasu. Semoga mendapat satu perspektif dan inspirasi baharu dalam kita sama sama menjalankan tugas sebagai guru.
Tak lupa juga kepada Tuan PPD, Tn Haji Mahadhir yang banyak memberi sokongan untuk program seumpamanya, dibantu oleh pegawai meja #GuruCemerlang di Kubang Pasu, En Hamdi yang cukup komited bersama merealisasikan program peningkatan kualiti guru di daerah.
Dan akhir sekali pasukan Ajk penggerak Guru Cemerlang yang sentiasa sokong menyokong antara satu sama lain. Tanpa anda semua, siapalah saya. Thank you gais! 😘
#kitabuatkitacakap @ Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara - IABCU
↧