Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?

$
0
0
Baru-baru ini, selesai daripada mengikuti Sambutan Hari Guru 2019 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, saya berkesempatan untuk berkunjung ke Pejabat myIPO Cawangan Utara di Pulau Pinang. Bagi penggiat inovasi, myIPO atau nama penuhnya Perbadanan Harta Intelek Malaysia bukanlah nama asing lagi dalam nak melindungi produk dan inovasi yang dicipta. 

 
Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?
Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?


Disebabkan berhasrat nak mengkomersialkan inovasi terbaharu saya, maka saya rasa sangat berkeperluan untuk mendapatkan dulu perlindungan terhadap produk saya ini. Tapi, serius cakap, memang tak ada pengalaman langsung atau ilmu berkaitan dengan urusan hak cipta ka apa ka semua nih. 

Bila bertanya dengan rakan-rakan yang lain, semuanya kata mudah. Tapi tak faham-faham jugak. Maka tak nak buang masa, saya terus ke tempat yang sebetulnya untuk dapatkan maklumat tentang apa yang myIPO boleh buat dan apa yang sesuai dengan keperluan produk inovasi saya.


Lokasi myIPO Penang
Kebetulan saya daripada Kulim, maka saya terus buat carian di Google tentang myIPO Penang. Kat situ dah siap ada alamat, nombor telefon, waktu operasi dan lokasi lengkap dengan GPS yang boleh terus sambung ke Google Maps atau Waze. Lokasinya mudah, dan takdek lah susah sangat saya nak cari. Kawasan parking pun ok semasa saya berada di sana.




Sebagai persediaan, sebab saya pun tak tahu sangat apa yang kena buat dan bawa, maka saya pastikan produk inovasi saya dan juga pengenalan diri saya, seperti ic juga dibawa. Mana lah tau, boleh terus daftarkan apa yang disarankan. Boleh terus tunjuk inovasi dan ceritakan. 

 
Alhamdulillah saya bertemu dengan staf myIPO Penang yang baik dan sangat baik. Tak sempat pulak bertanya nama, tapi sangatlah membantu. Sebab dari awal lagi saya dah bagitau yang saya memang langsung takdek pengalaman dan pengetahuan tentang perkara-perkara camni. Maka diorang pun bercerita lah dengan lengkapnya. 


Jenis Perlindungan
So saya daripada apa yang saya faham dan dapat permudahkan kepada pembaca, adalah seperti berikut. Ada 4 jenis perlindungan yang anda boleh mohon daripada myIPO, iaitu:


1. Trademark (Cap Dagang)
Cap dagang nih macam brand kita lah. Sebagai contoh inovasinya tu nama "HAILMI". Jadi saya nak lindungi nama "HAILMI" tu daripada digunakan oleh pihak lain. Perlindungan  cap dagang nih boleh dalam bentuk tulisan, atau logo, atau keduanya sekali. 


Contoh cap dagangan yang popular dan tersohor
Contoh cap dagangan yang popular dan tersohor

Untuk perlindungan Trade Mark nih bayaran dikenakan RM370 untuk permohonan, dan kena tambah lagi RM650 jika permohonan diluluskan. Tiada tarikh luput, tetapi pemohon mestilah kena renew setiap 10 tahun.


2. Copyright (Hak Cipta)
Hak cipta pulak adalah perlindungan yang diberi kepada pemilik inovasi atau produk tu lah. Dan dalam tu dia ada macam-macam jenis karya yang kita boleh lindungi. Antaranya adalah sastera, seni, muzik, filem, bunyi, siaran dan terbitan. 


Hakcipta melindungi karya kreatif sang pemilik
Hakcipta melindungi karya kreatif sang pemilik

Kebanyakkan inovasi pembelajaran especially yang berkaitan dengan board semua tu, memang kat bawah kategori nih lah. Untuk kes inovasi saya, pihak myIPO mencadangkan supaya saya melindungi produk tersebut dalam 2 kategori, iaitu Sastera (bagi melindungi manual dan tulisan dalam produk) dan juga Seni (bagi melindungi grafik yang ada pada produk)

Tempoh perlindungan adalah selama-lamanya, tak perlu renew. Akan tetapi boleh luput selepas 50 tahun kematian pemiliknya. 


3. Industrial Design (Rekabentuk Industri)
Rekabentuk industri nih lebih kepada melindungi layout bentuk-bentuk yang telah di hasilkan kita. Sebagai contoh inovasi kita adalah dalam bentuk mesin, maka perlindungan ini paling sesuai untuk kita usahakan.  


Rekabentuk industi

Tempoh perlindungan adalah sekitar 25 tahun, dengan perlu renew setiap 5 tahun sekali. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM500, dengan tambahan RM200 bagi setiap view. 


4. Patent (Paten)
Perlindungan paten nih lebih kurang macam perlindungan untuk rekabentuk industri, tetapi lebih mengkhusus kepada melindungi fungsi produk tersebut. 


Patent telefon pintar iPhone
Patent telefon pintar iPhone

Yuran sebanyak RM200 dikenakan untuk pendaftaran dan tambahan RM1100 bagi kos pencarian paten. Tempoh hayat lebih kurang 20 tahun dengan setiap tahun kena renew.


Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan yang sesuai dengan produk inovasi anda, pembaca boleh lah rujuk di laman web rasmi myIPO untuk definisi sebenar bagi setiap perkara di atas. 



Langkah Mudah Lindungi Hak Cipta

Oleh sebab produk saya lebih sesuai dilindungi Hak Ciptanya, maka saya terus dapatkan maklumat lebih lanjut tentang urusan ini. Mudah saja, saya hanya perlu follow tiga langkah mudah seperti berikut: 


1. Borang Hak Cipta
Saya dapatkan terus daripada pejabat myIPO cawangan Pulau Pinang. Siap mintak bantuan daripada pegawai yang ada untuk bantu saya isi borang supaya tak buat silap. 

Dapatkan borang dengan perlindungan hak cipta yang sesuai daripada myIPO berdekatan
Dapatkan borang dengan perlindungan hak cipta yang sesuai daripada myIPO berdekatan


2. Borang Akuan
Yang nih ambik masa sket, sebab kita kena taip dan sediakan seperti Borang Akuan yang dicadangkan. Contoh disediakan bersekali dengan Borang Hak Cipta dan templatenya berbeza mengikut pemilik (individu, berkumpulan, agensi etc) 

Dalam Borang Akuan tu akan ada nama pemilik, nama karyanya dan maklumat lain yang berkaitan. Kemudian kena dapatkan pengesahan atau cop daripada mahkamah yang berdekatan.


3. Submit borang beserta bayaran.
Lepas dah siap Borang Hak Cipta dan Borang Akuan Bersumpah tu, maka bolehlah hantar ke myIPO yang berdekatan beserta salinan karya dan juga fi (yuran) yang berkaitan. RM15 bagi pendaftaran dan RM10 lagi untuk submit dokumen. 

Dalam RM25 jumlah semuanya. Bagi kes saya yang perlukan dua perlindungan hak cipta (Sastera dan Seni) maka jumlah keseluruhan lebih kurang RM50. Murah jer kan?  

Oh ya, semua dokumen juga boleh submit melalui pos, beserta bayaran dalam bentuk Kiriman Wang atau pun Wang Pos.


Laman web rasmi myIPO Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Laman web rasmi myIPO Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Alhamdulillah, rasa sangat berbaloi luangkan masa untuk berkunjung ke myIPO Penang tempoh hari dengan penjelasan yang diberikan oleh pegawai yang ada. Saya kongsikan juga ilmu dan pengalamannya di sini supaya boleh membantu lebih ramai guru terutamanya dalam melindungi karya-karya kreatif dan inovasi mereka, sebelum dikomersialkan supaya tak diciplak dan ditiru sewenang-wenangnya.

InshaAllah jika dah selesai urusan mendapatkan Hak Cipta bagi produk inovasi saya ini, saya akan cuba kemaskini artikel ini dari masa ke semasa supaya boleh menjadi rujukan kepada semua yang berminat nak dapatkan Hak Cipta bagi produk mereka. 

Untuk itu, selamat berinovasi!








Cikgu Dah Redeem Baucer Free McDonald's?

$
0
0
Apa pun saya nak dahulukan penulisan ini dengan ucapan, SELAMAT HARI GURU! buat semua cikgu-cikgu di seluruh Malaysia yang merupakan Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Jasa baik dan juga pengorbanan guru-guru adalah tidak terbalas dan pasti akan dikenang sepanjang zaman.

Dan jangan juga dilupakan, selepas  tarikh 16 Mei sehinggalah 20 Mei, guru-guru dah boleh mula menebus Baucer Percuma daripada McDonald's (samaada McChicken atau Filet-O-Fish) khas sanjungan buat menghargai para guru pada Sambutan Hari Guru tahun ini. 





Cikgu Dah Redeem Baucer Free McDonald's?
Cikgu Dah Redeem Baucer Free McDonald's?

Beberapa perkara boleh diperhalusi oleh pihak McDonald's bagi membolehkan hadiah ini betul-betul dapat dimanfaatkan oleh guru-guru di Malaysia. Antaranya adalah:

1. Pengedaran baucer terus kepada sekolah, memandangkan timbulnya beberapa isu seperti ada sekolah yang tak dapat baucer, baucer tak cukup untuk edaran semua guru, dan isu-isu kecil yang merosakkan mood terima hadiah.

2. Pengedaran mengikut institusi, kerana khabarnya pegawai-pegawai di PKG, PPD, BTPN JPN, IPGM dan KPM juga tidak berpeluang menerima hadiah sumbangan McDonalds ini. Abang ipar saya di Kolej Matrikulasi pun tak terima katanya, sedangkan mereka juga guru di bawah KPM.


3. Tempoh tebus baucer yang lebih panjang, terutamanya bagi guru-guru di kawasan yang sukar mendapat akses kepada Restoran McDonald's seperti yang ditulis oleh sahabat saya di Sarawak, Cikgu Jarod Yong. Boleh baca saranan beliau kat SINI.



Maklum Balas McDonald's
Alhamdulillah, dalam komitmen bersungguh pihak McDonald's dalam menyantuni guru-guru di Malaysia, beberapa persoalan telah dijawab oleh pihak McDonald's.

Antaranya adalah, tempoh tebus pada awalnya hanya lah sehari sahaja iaitu pada 16 Mei, tetapi telah dilanjutkan selama 5 hari atas pertimbangan beberapa pihak, setelah mengambil kira cuti hujung minggu dan cuti umum. Tetapi sayangnya tidak dapat dilanjutkan lagi kerana keperluan sistem.

 
Agihan baucer yang lebih telus pada masa akan datang
Agihan baucer yang lebih telus pada masa akan datang


Senarai agihan baucer juga telah diserahkan kepada PPD masing-masing mengikut senarai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang mana telah mengambilkira sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan.  Mungkin pihak yang berkenaan perlu lebih bertanggungjawab dan lebih teliti dalam mengagihkan baucer, mengambilkira faktor dan cabaran yang mungkin timbul. 



Terima Kasih McDonald's!Apa pun saya gembira sebab pihak McDonalds benar-benar berusaha dalam memberikan yang terbaik kepada guru-guru di negara kita. Semoga juga lebih banyak agensi lain lepas nih tampil dalam menghargai pengorbanan guru-guru kita. 



Bersama 3 orang Guru Inspirasi McDonald's 2019 semasa Sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pulau Pinang
Bersama 3 orang Guru Inspirasi McDonald's 2019 semasa Sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pulau Pinang

Buat guru yang dah pun menerima baucer percuma tersebut, maka boleh lah bersegera dalam berbuat demikian. Rugi tau, orang dah nak hargai, kita plak wat jual mahal. So cepat-cepat tau... Terima kasih McDonald's!

Hehehe.. saya sendiri pun belum menebus baucer percuma tersebut, tetapi pasti akan melakukannya sebelum tarikh tutup. Tengah dok pikir, nak McChicken ke, atau Filet-O-Fish. Dua-dua pun sedap!





Guru Adiwira Yang Mana Satu?

$
0
0
Ramai yang pm abam tanya yang Hari Guru baru-baru nih Adiwira mana plak. Nape orang dia tak sama? Meh chek nak jawab naa..



GURU ADIWIRA
Pengiktirafan oleh KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru untuk mengangkat guru-guru yang go extra miles dengan 5 kriteria yang ditetapkan. Pencalonan melalui JPN, dan Anugerah dah disampaikan kepada 16 guru mengikut negeri masing-masing semasa sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pulau Pinang yang lalu. 



16 Guru Adiwira mewakili negeri masing-masing
16 Guru Adiwira mewakili negeri masing-masing

16 Guru Adiwira mewakili negeri masing-masing
16 Guru Adiwira mewakili negeri masing-masing


ADIWIRA PAK21
Pertandingan amalan terbaik oleh PADU Education dalam usaha mencari pengamal Pembelajaran Abad ke-21 dalam kalangan guru. Majlis Anugerah dah diadakan di Cyberjaya pada awal April dengan 10 orang guru diangkat sebagai Finalis. 



10 Finalis Adiwira PAK21
10 Finalis Adiwira PAK21

Saya dan Cikgu Samuel Isaiah merupakan antara 10 Finalis Adiwira PAK21
Saya dan Cikgu Samuel Isaiah merupakan antara 10 Finalis Adiwira PAK21

Dan kebetulan ada dua orang guru yang berada dalam kedua-dua kumpulan Adiwira, iaitu Cikgu Samuel Isaiah dan saya sendiri.

So taknak confuse lagi pasnih OK!

#AdiwiraPAK21#adiwira#PAK21#guruAdiwira





Bengkel STEM bersama Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara, Dr Yunus

$
0
0
Ramai yang tahu bahawa seramai 13 orang ahli akademik telah dipilih bagi mengepalai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara, antara inisiatif awal Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam usaha mereformasikan sistem pendidikan di negara kita. 

Saya kira beruntung kerana dapat terlibat menyumbang idea dalam beberapa siri Bengkel Kecil bersama salah seorang JKD yang menjaga bahagian STEM di sekolah, iaitu
Dr Mohamed Yunus Mohamed Yasin, iaitu Presiden kepada ASTI (Association of Science, Technology and Innovation).
 
Dr Mohamed Yunus Mohamed Yasin, iaitu Presiden kepada ASTI
Dr Mohamed Yunus Mohamed Yasin, iaitu Presiden kepada ASTI



Yang nak berkenalan dan nak tahu kerja buat Dr Yunus, boleh baca biodata Dr Yunus kat SINI yer..  


Sebanyak 2 kali pertemuan diadakan, iaitu pada kali pertama di Petrosains bersama kumpulan kecil stakeholder, yang terdiri daripada guru, pegawai KPM, dan agensi STEM. Serta kali kedua bersama kelompok lebih besar, kumpulan guru STEM Sekolah Rendah dan Menengah, Pegawai KPM, pensyarah universiti dan juga agensi berkepentingan STEM.


Bengkel 1 - 5 Jan 2019
Berlangsung di Petrosains, Kuala Lumpur ini merupakan cycle kedua selepas cycle pertama yang hanya melibatkan pegawai atasan dan boss boss besar. Saya rasa berbangga lah jugak merupakan antara salah seorang guru STEM yang dijemput untuk hadir pada bengkel ini. Seorang lagi guru STEM tersebut adalah Cikgu Yasmin, guru Kimia dari SMK La Salle. 


Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Bersama Dr Ihsan dan Dr Suhara daripada Pusat STEM Negara
 
Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Kumpulan cycle 2 yang terlibat dengan perbincangan STEM untuk JKD

Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan berfokus kepada 3 bidang utama iaitu peranan agensi, dasar pendidikan STEM dan satu lagi ada pedagogi STEM. 

Dah tentu lah saya berada di group pedagogi STEM yang banyak membincangkan bagaimana pedagogi STEM boleh diperkasakan dan ditambahbaik supaya semua guru pun gunakan pendekatan STEM yang sesuai. 

Cadangan dan idea dikongsikan serta terus mendapat feedback daripada pihak yang berkenaan. Isu dapat dikenalpasti dan akan cuba diperbaiki untuk masa depan yang lebih baik dalam sistem pendidikan Malaysia. 


Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Perbicangan mengenai STEM mengikut kepakaran masing-masing

Kami juga mendapati bahawa pandangan lebih banyak lapisan pendidik adalah amat perlu memandangkan setiap lapisan memerlukan keperluan dan cabaran yang berbeza dalam bidang STEM masing-masing.  



Bengkel 2 - 28 Januari 2019
Dapatan Bengkel 1 perlu diperhalusi dengan penglibatan lebih banyak pemegang taruh dari pelbagai lapisan. Maka kali ini bengkel ditambah lagi dengan kehadiran guru STEM dari latarbelakang Sains dan juga Matematik untuk peringkat rendah, menengah dan pendidikan tertieri. 

Maka pertemuan kedua yang berlangsung di Bangunan EPRD, KPM ini menyaksikan lebih ramai kelompok guru dan juga bahagian berkepentingan STEM yang bersama-sama memberikan idea dan cadangan menambahbaik pendidikan kita. 


Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Kumpulan Guru Cemerlang STEM yang terlibat

Seingat saya lebih kurang 60-70 orang guru yang terlibat dari seluruh Malaysia dalam bengkel cycle ketiga ini. Memang seronok dapat bertemu dengan ramai pejuang STEM dari pelbagai lapisan masyarakat pendidikan, duduk membincangkan hala tuju STEM selepas ini.

Ramai juga yang saya kenali. Yer lah komuniti STEM kat Malaysia nih bukannya besar mana. Last last sekali balik balik jumpa orang yang sama jer lah. 

Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Bersama Dr Ihsan, Cikgu Yaser dan Cikgu Yasmin

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Pengetua SM La Salle bersama Cikgu Yasmin dan murid pembantu

Di sini saya diberikan tugas yang lebih mencabar, iaitu sebagai ketua kepada pasukan meja saya, yang dipanggil sebagai Steward. Kaedah kolaboratif dan perbincangan menggunakan World Cafe ini sangat bagus dan membantu kami melihat idea dan cadangan dengan lebih baik. 

Tak sangka pulak saya dapat semeja dengan ibu saudara saya, iaitu Dr Madihah Khalid, pensyarah Matematik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hehehe.. first time berkolaboratif dengan ahli keluarga terdekat macam nih.. Segan pulak rasa.


Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Antara yang diperbincangkan ditulis atas kertas mahjong

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Selesai berbincang di meja kami, rakan guru lain perlu bergerak ke meja lain bagi isu kedua. Dan pada akhirnya mereka bebas untuk terlibat dengan meja-meja yang menarik perhatian mereka, sebelum kembali ke meja masing-masing. 

Hasil perbincangan kemudiannya dibentangkan dan cuba disepakati oleh khalayak yang ada. Antara idea dan cadangan yang sangat diperjuangkan adalah perlunya ada mekanisme baharu bagi menilai guru-guru supaya sentiasa berada pada prestasi yang sepatutnya. Dengan contoh lain, mengadakan lesen mengajar seperti mana negara-negara lain memastikan kualiti guru mereka berada pada tahap yang sepatutnya. 

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara


Harapan majoriti kami yang hadir sememangnya inginkan yang terbaik untuk pendidikan negara kita, terutamanya dalam memperkasakan bidang STEM. Saya yakin idea dan cadangan yang lebih holistik nih boleh memberikan definisi baharu kepada pendidikan STEM di Malaysia. 

Secara peribadi pula, saya melihat strategi dan usaha yang dijalankan oleh Dr Yunus dalam mendapatkan sebanyak mungkin idea dan cadangan terbaik daripada setiap lapisan pendidikan ini haruslah dipuji. 

Dalam nak mendapatkan cadangan yang terbaik, sudah tentu setiap pandangan daripada setiap peringkat haruslah diambilkira, bukan hanya tertumpu kepada kumpulan kecil dengan idea yang terhad. Saya percaya, lebih besar kumpulan terlibat, maka lebih murni idea yang dapat dihasilkan. Idea yang lebih realistik, dan tidak bersifat individual.

Untuk Dr Yunus dan team, all the best!




Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

$
0
0
Untuk tajuk Sistem Peredaran Darah Manusia dalam Sains Tingkatan 3 KSSM, ada satu subtopik yang berkaitan dengan Jantung. Jadi apabila dicadangkan oleh seorang rakan mengenai aktiviti membedah jantung lembu, saya cuba sahut cabaran tersebut dengan juga niat mencari pengalaman baharu untuk berkongsi ilmu. Tajuk yang sama juga adalah bagi pembelajaran Biologi di Tingkatan 4. 


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Yang bestnya aktiviti membedah jantung lembu nih boleh terus dapat 3 perkara sekaligus, 1. sebagai aktiviti pembelajaran untuk murid, 2. aktiviti PLC dalam kalangan guru Sains, 3. LADAP bagi pembantu makmal. Serta paling penting juga memberi satu pengalaman bermakna buat saya dan semua yang terlibat!

Yer, rakan-rakan guru Sains yang lain juga excited nak ikut serta. Ketua Panitia, Cikgu Zakiah, Cikgu Noriza dan Cikgu Azimah. Ditambah juga dengan pengetua, Puan Siti Rubiah yang ditemani oleh Pegawai SISC+ Kubang Pasu, Puan Rozita serta semua Pembantu Makmal; Kak Linda, Kak Mariah dan juga Sohina. 


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Tak nak menghampakan ramai murid-murid yang dah tak sabar nak tengok jantung lembu camna, maka saya study lah sungguh-sungguh daripada Youtube. Susah betul wooo nak cari video bedah jantung lembu yang dalam Bahasa Melayu. Hampir tiada!





Maka saya ambik peluang terbaik ini juga untuk hasilkan video bedah jantung lembu untuk kegunaan murid lain, serta rakan guru yang mungkin berhajat nak buat aktiviti camni, tapi tak tahu prosedur.


Tips Guru Berpengalaman
Selain menonton video-video di Youtube, saya juga cuba dapatkan pandangan daripada rakan guru, terutamanya Cikgu-cikgu Biologi yang berpengalaman. Antara nasihat yang diberikan mereka adalah:

1. Gunakan jantung lembu yang bersaiz lebih besar, berbanding dengan jantung ayam. Kecik sangat sampai apa pun tak nampak nanti.


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

2. Perlu bedah pada bahagian jantung dengan betul. Sebab silap bedah, jantung hancur dan tak boleh nampak pun bahagian dalam jantung tu.

3. Masa tempah jantung juga, pesan dengan pakcik jual daging lembu tu jangan potong urat-urat tu rapat sangat dengan jantung. Nanti susah nak pastikan salur darah mana satu nanti.

4. Setelah kenalpasti salur darah yang berkenaan, masukkan juga air daripada satu salur darah untuk tunjukkan bahawa salur-salur darah tersebut terpisah oleh septum.




Alhamdulillah semua tips-tips nih sangat membantu saya dalam bersedia untuk menjalankan aktiviti membedah jantung lembu tersebut dengan baik. 


Booking Jantung Lembu
Jadi seminggu sebelum aktiviti dijalankan saya cuba tempah dengan pakcik jual daging lembu tempatan di pasar basah berdekatan. Pakcik nih memang baik. Katanya, kena tempah awal, sebab kalau tak, kebiasaanya mereka akan siap-siap belah untuk dibahagikan sama rata. 

Harganya bergantung kepada saiz jantung lembu. Kebetulan pula masa hari tempahan, saya dapat jantung lembu dengan saiz yang agak besar. Kosnya lebih kurang RM70. Dan seperti yang dipesan, supaya urat / salur darah tu tak dipotong dengan terlalu pendek. Thank you pakcik!


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Sampai jer di sekolah saya mohon supaya pembantu makmal, Kak Linda supaya membantu saya membersihkan jantung lembu tersebut. Bersihkan daripada darah, dan juga buang sket lemak-lemak yang menyelaputi jantung lembu tu. Lepas dah bersihkan, baru lah nampak sket jantung yang sangat sihat tu. 

Sambil menunggu murid datang, saya sempat lagi study-study video kat Youtube, bagi mengelakkan semaksimum mungkin kesilapan semasa membedah jantung tersebut. Saya juga dibantu oleh Puan Rozita, Pegawai SISC+ yang dah datang awal nak sertai bersama sesi perkongsian amalan terbaik tersebut. 


Jom Bedah Jantung Lembu!
Maka seperti yang dijanjikan operasi membedah jantung lembu pun dilakukan. Nervous juga sambil diperhatikan oleh murid 3 Arif, guru-guru Sains, pembantu makmal, pegawai SISC+ dan Pengetua. Hahhahaa.. Bismillah dari mula sampai lah ke habis.

Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Bersama anak lelaki kesayangan kelas 3 Arif

Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Bersama anak perempuan kesayangan kelas 3 Arif

Yang penting nak mula nya tu kena kenalpasti bahagian depan jantung.. Ada ditunjukkan dalam video pembedahan jantung lembu nanti ya. Gunakan pisau pembedahan yang tajam dan juga sarung tangan yang bersih ya! Ok boleh saksikan video penuh kat bawah ya..



Alhamdulillah, saya happy sangat sebab pembedahan berlangsung dengan baik sekali. Bahagian yang dipotong tu memang cun sangat tempat nya, dan bahagian dalam dapat dilihat dengan sangat jelas. Tepat kena kat septum. Hehehhehe... 

Maka saya gunakan peluang tu untuk murid melihat dengan teliti setiap bahagian jantung, termasuk perbezaan dinding jantung dan salur darah yang sesuai denagn fungsi mereka masing-masing. Semua pun happy sebab dapat tengok dengan mata kepala mereka sendiri.


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Disebabkan peluang rare ini bukannya selalu datang, maka saya biarkan di atas meja makmal, di samping menjemput seramai mungkin murid daripada tingkatan dan kelas lain untuk sama-sama melihat jantung lembu yang telah dibedah tersebut. 

Nampak sungguh bagaimana pembelajaran yang secara kontekstual boleh memberikan impak berbeza dan bermakna kepada murid. 


Yang penting pengalaman pada hari ini, sangat bermakna buat saya. Satu aktiviti pembelajaran untuk murid, tetapi memberi kepuasan kepada diri sendiri dan juga semoga menjadi panduan berguna buat guru lain yang juga mungkin memerlukan. Semoga bermanfaat dan membantu!






Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 3

$
0
0
Bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM, menyenaraikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bahawa terdapat  7 eksperimen wajib untuk dijalankan oleh pelajar Sains Tingkatan 3. 


Rujuk 
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 2
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 3


Semua penyiasatan saintifik / eksperimen yang dinyatakan juga WAJIB dilaksanakan menggunakan pendekatan inkuiri. Senarai penyiasatan saintifik / eksperimen bagi setiap tema ditunjukkan dalam jadual di bawah.


Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 3
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 3


Eksperimen 1.3.3
Menjalankan eksperimen mengkaji gerak balas 
tumbuhan terhadap pelbagai rangsangan


Eksperimen 2.1.2
Menjalankan eksperimen mengkaji perbezaan kandungan gas 
dalam udara sedutan dan udara hembusan


Eksperimen 2.3.2
Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan 
kesan merokok terhadap peparu


Eksperimen 3.2.3
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor 
yang mempengaruhi kadar denyutan nadi


Eksperimen 3.4.2
Menjalankan eksperimen untuk mengakji faktor 
yang mempengaruhi kadar transpirasi


Eksperimen 5.1.3
Menjalankan eksperimen untuk membanding dan membeza
tindak balas eksotermik dengan tindak balas endotermik

Eksperimen 6.2.1
Menjalankan eksperimen membina 
transformer injak naikdan injak turun



Walau bagaimanapun pentaksiran bagi kemahiran saintifik serta nilai dan amalan akan ditaksir sebanyak dua kali dalam setahun bagi mana-mana tema dengan merujuk kepada DSKP.




Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1

$
0
0
Bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM, menyenaraikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bahawa terdapat  8 eksperimen wajib untuk dijalankan oleh pelajar Sains Tingkatan 1. 


Rujuk 
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 2
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 3


Semua penyiasatan saintifik / eksperimen yang dinyatakan juga WAJIB dilaksanakan menggunakan pendekatan inkuiri. Senarai penyiasatan saintifik / eksperimen bagi setiap tema ditunjukkan dalam jadual di bawah.



Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1


Eksperimen 1.6
Eksperimen bagi menggunakan langkah dalam penyiasatan saintifik
 
Eksperimen 2.2
Eksperimen menunjukkan keperluan fotosintesis
Eksperimen 3.1
Eksperimen untuk menunjukkan  bagaimana tindakan biologi memberi 
gerak balas kepada perubahan untuk menstabilkan badan
Eksperimen 4.7
Eksperimen untuk menentukan syarat percambahan biji benih
 
Eksperimen 5.2.3
Eksperimen menentukan kadar resapan
Eksperimen 5.2.5
Eksperimen menyiasat takat suhu didih semasa perubahan fizikal air

Eksperimen 8.3
Eksperimen untuk membuktikan Hukum Pantulan
 
Eksperimen 8.4
Eksperimen untuk mengkaji hubungan sudut tuju, i dan sudut biasa, r 
apabila cahaya melalui medium yang berlainan ketumpatan
Walau bagaimanapun pentaksiran bagi kemahiran saintifik serta nilai dan amalan akan ditaksir sebanyak dua kali dalam setahun bagi mana-mana tema dengan merujuk kepada DSKP.




 

Eksperimen Wajib Sains KSSM

$
0
0
Bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM, menyenaraikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bahawa terdapat  eksperimen wajib untuk dijalankan oleh pelajar Sains Tingkatan 1, 2 dan 3. 


Eksperimen Wajib Sains KSSM
Eksperimen Wajib Sains KSSM
 

Rujuk 
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1 - 8 eksperimen
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 2 - 6 eksperimen
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 3  7 eksperimen


Semua penyiasatan saintifik / eksperimen yang dinyatakan juga WAJIB dilaksanakan menggunakan pendekatan inkuiri. Senarai penyiasatan saintifik / eksperimen bagi setiap tema ditunjukkan dalam jadual di bawah.



Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1

Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 1
 
 
 
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 2
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 2
 
 
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 3
Eksperimen Wajib Sains Tingkatan 3
 
 

Walau bagaimanapun pentaksiran bagi kemahiran saintifik serta nilai dan amalan akan ditaksir sebanyak dua kali dalam setahun bagi mana-mana tema dengan merujuk kepada DSKP.






Submit Gambar, dan Jadi Sebahagian Daripada The People's Moon!

$
0
0
Semalam saya menerima satu komen di ruangan Instagram saya, https://www.instagram.com/cikguhailmi/ pada sekeping gambar semasa saya menyertai program Beyond the Moon. Program anjuran Kedutaan Amerika Syarikat, MDEC dan Perpustakaan Kedah itu adalah bersempena Sambutan 50 Tahun Ulangtahun kejayaan Apollo 11 mendarat di bulan.

 
Jom join misi menjadi sebahagian daripada The People's Moon
Jom join misi menjadi sebahagian daripada The People's Moon


Menyahut cabaran daripada The People's Moon untuk menjadi sebahagian daripada mereka pula, maka saya submit gambar tersebut untuk satu projek mega mereka. Iaitu nak hasilkan mozek gambar gergasi daripada gambar-gambar yang dihantar. Dan istimewanya semua berkongsi rasa dan keghairahan yang sama bagi jelajah manusia ke angkasa. Nih projek global tau!

Mozek gambar ini akan dipublish pada 20 Julai 2019, di  lokasi popular yang bakal dimaklumkan kemudian. Surprise katanya. Plak dah.. Jadi, bagi yang juga berminat nak submit gambar anda yang berkaitan dengan tema, maka saya mudahkan dengan 4 langkah mudah berikut.


01 - Buka web The People's Moon
Taip https://thepeoplesmoon.com/ dan klik Participate Here . Muka depan laman web. So boleh explore untuk nak tahu lebih lanjut inisiatif yang page nih jalankan. 

The People's Moon
The People's Moon
 

02 - Isi Maklumat
Maklumat yang diminta mudah saja. Nama penuh anda, emel dan lokasi. Upload gambar, dan sedikit kata-kata atau kisah anda yang berkaitan dengan kenangan pendaratan bulan. Atau apa-apa saja kisah yang berkaitan bulan dan peristiwa tersebut. Dah siap isi tekan SUBMIT.

Isi maklumat asas, upload gambar dan sedikit kisah kenangan anda
Isi maklumat asas, upload gambar dan sedikit kisah kenangan anda



03 - Tunggu Pengesahan
Selepas dah submit, tunggu lah sampai penganjur review dan semak dulu kesesuaian gambar anda. Kalau semuanya ok, penganjur akan emel semula kepada anda notifikasi memaklumkan penyertaan anda berjaya. 


Notifikasi gambar dah berjaya disahkan sebahagian daripada The People's Moon
Notifikasi gambar dah berjaya disahkan sebahagian daripada The People's Moon

Gambar saya yang dah siap disubmit dan disahkan!
Gambar saya yang dah siap disubmit dan disahkan!


Bersama notifikasi tersebut juga ada link disertakan kepada gambar anda yang berjaya tadi. Tengok ler, cantik ke hensem ke idak. Kena redho jer. Sebab, lepas tu dah tak boleh buat apa dah.. Hahahaha


04 - Semak Gallery
Kalau berminat nak tengok penyertaan-penyertaan lain, anda boleh jer klik ke GALLERY di pautan https://thepeoplesmoon.com/gallery/ dan lihat orang lain dari negara lain di seluruh dunia.

Gallery the People's Moon pun dah ada muka abam
Gallery the People's Moon pun dah ada muka abam

Nampak tak gambar saya kat situ?!! Bangga lah jugak bila tengok gambar saya pun ada bersama-sama gambar orang lain. Mestilah depa ingat, angkasawan manaaaa lah nih! hahahahahhaa..


OK, jom kita ramaikan lagi penyertaan rakyat Malaysia dengan misi global nih. Cari gambar yang sesuai dan submit. Tunjukkan juga bahawa kita juga punya rakyat yang cakna dan ghairah dengan angkasa dan teknologinya. Jom!




Bengkel Video Untuk Flipped Classrom bagi Mentor Trainer Kedah

$
0
0
Negara seperti Jepun dan Korea, sangat banyak menghasilkan bahan dalam bahasa mereka sendiri. Samada secara online, mahupun offline. Sebab tu mereka tak perlu bergantung sangat kepada bahasa Inggeris pun untuk mereka maju. Sebab semuanya ada dalam bahasa mereka sendiri.

 
Bengkel Video Untuk Flipped Classrom bagi Mentor Trainer Kedah
Bengkel Video Untuk Flipped Classrom bagi Mentor Trainer Kedah


Hari ini saya sangat gembira, bila diberi peluang oleh JPN Kedah untuk berkongsi amalan terbaik pendekatan Flipped Classroom. Sempat juga diselitkan bengkel untuk peserta hasilkan video pendek mereka sebagai bahan contoh untuk Flipped Classroom. Guna smartphone masing-masing jer! 


Walaupun bengkelnya tak sampai sejam, tapi hasil kerja guru nih sangat lah mengkagumkan. Dah macam video TV Pendidikan saya tengok. Padahal semuanya kali pertama belajar edit video. Pastu jadi macam ketagih plak nak edit lagi.. 🤣   


Bengkel Video Untuk Flipped Classrom bagi Mentor Trainer Kedah

Bengkel Video Untuk Flipped Classrom bagi Mentor Trainer Kedah

Bengkel Video Untuk Flipped Classrom bagi Mentor Trainer Kedah

Bengkel Video Untuk Flipped Classrom bagi Mentor Trainer Kedah

Bengkel Video Untuk Flipped Classrom bagi Mentor Trainer Kedah



InshaAllah semoga dengan adanya bengkel-bengkel sebegini, mampu mendorong cikgu-cikgu kita menghasilkan lebih banyak bahan pendidikan secara online, bagi digunakan oleh murid dan guru di Malaysia.

Saya bangga sebab jadi sebahagian daripada inisiatif ini! 😊

P/s: Swipe ke kiri untuk tengok Video-video yang di hasilkan peserta bengkel tadi. OK tak? Komen sket.. 

#FlippedClassroom#klikdenganbijak @ BTPN Kedah




Terpilih Untuk HST 2019 di CERN, Geneva

$
0
0
Rasanya ramai yang dah tahu berita mengenai satu lagi perkembangan diri saya sebagai seorang guru, apabila semalam laman web KPM memuatnaik ucapan tahniah. Ya, alhamdulillah saya sekali lagi telah terpilih untuk mengikuti satu kursus guru antarabangsa di CERN, Geneva pada bulan Julai nanti.


Ucapan Tahniah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih KPM!
Ucapan Tahniah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih KPM!

Ceritanya bermula semasa saya mengikuti program Honeywell Educators at Space Academy 2018 di US Space and Rocket Center di Alabama, Amerika Syarikat pada bulan Jun tahun lepas. Seorang rakan guru saya dari Romania, Dorina telah memperkenalkan saya dengan suatu lagi peluang baik untuk saya cuba, iaitu program High School Teacher di CERN, Geneva. 

Yang bestnya, program latihan guru antarabangsa ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak CERN, dan terbuka kepada negara-negara yang ada hubungan dengan CERN. Rupanya, Malaysia juga termasuk dalam senarai negara yang mempunyai hubungan saintifik dengan CERN. Yeahhh.. Rezeki boleh mohon!



CERN tu apa?
Tahu tak CERN tu apa? CERN adalah nama pendek kepada "European Organisation for Nuclear Research". Dalam Bahasa Perancisnya,Conseil Européen pour la Recherche Nucléaire. Merupakan makmal terbesar di dunia yang terletak di Switzerland dan merentas sehingga Perancis. Besar benau..  


CERN daripada atas, besar tak? Sampai cover 2 negara sekali ok
CERN daripada atas, besar tak? Sampai cover 2 negara sekali ok

Antara fakta hebat yang terkait dengan CERN adalah, tahu tak anda yang World Wide Web bermula di sini. Selain itu, penemuan Higss Boson pada tahun 2012 yang juga digelar sebagai "God Particle". Antara eksperiemen dan alat yang menjadi sebutan ramai adalah Large Hadron Collider, iaitu pemecut partikel yang terbesar dan paling berkuasa di dunia! Bab nih nanti abam cerita lain ok.. 





Sayangnya, sangat sedikit maklumat mengenai CERN dan kerja buatnya yang dapat kita temui secara online dalam Bahasa Melayu. Banyaknya adalah yang mengaitkan CERN ini dengan teori konspirasi seperti CERN merupakan portal dunia asing, kaitan dengan Dewa Shiva dan macam-macam lagi yang mengarut. 

Jadi saya anggap rezeki terpilih bagi program ini juga peluang terbaik untuk saya berkongsi mengenai CERN dan penerapan ilmu bidang fizik partikel dalam pembelajaran dan pemudahcaraaan dengan murid nanti. InshaAllah.



Permohonan
Sebenarnya ada dua program guru antarabangsa yang ditawarkan oleh CERN, iaitu International High School Teacher (HST) Programme dan International Teacher Weeks (ITW) Programme. Tujuannya adalah untuk menyokong pembangunan profesionalisme guru dalam bidang fizik partikel dan juga menggalakkan pengajaran fizik partikel di peringkat sekolah. 


CERN juga tawarkan banyak program kepada guru dan juga murid di seluruh dunia
CERN juga tawarkan banyak program kepada guru dan juga murid di seluruh dunia

Seingat saya, saya isi borang pada November tahun 2018, dan keputusannya diketahui pada bulan April 2019. Beberapa perkara saya kena buat dalam permohonan tersebut, termasuklah menulis esei dan juga menghasilkan video profile diri sendiri. Antara kandungan esei yang saya perlu tulis adalah:

1. latar belakang pendidikan
2. pengalaman kerja sebagai guru
3. amalan terbaik saya mengenai fizik partikel
4. kenapa saya nak pergi HST 2019?
5. bagaimana ilmu tersebut boleh disebarluas kepada rakan?
6. video kreatif : profil diri dan kenapa nak pergi HST2019?


Antara fasiliti yang ada di CERN
Antara fasiliti yang ada di CERN

Jadi untuk membantu saya menulis dengan baik segala keperluan dan juga kehendak CERN, maka saya buat juga bacaan dan rujukan mengenai organisasi ini dan juga ilmu fizik partikel di Internet. Pening kepala weyh... tapi, alhamdulillah, Youtube sangat membantu saya faham mengenai kuantum fizik semua nih. 

Terima kasih juga buat Sir Azrul Afeze, guru Bahasa Inggeris di SMK Keladi, Kulim yang membantu saya untuk bahagian proofreading semua esei-esei saya tu. English dia power oi!



Keputusan
Maka, apabila dapat emel daripada pihak CERN pada bulan April mengatakan bahawa saya telah terpilih dalam kalangan 49 orang guru dari 38 buah negara seluruh dunia, fuuuuhhhh.. memang rasa nak menjerit oi... Happy sangat! Kursus guru percuma, kat luar negara pulak tu.... ;)

Memang syukur sangat dengan rezeki Allah nak bagi. Sebab saya tau, bukan mudah nak menempatkan diri dalam kalangan guru-guru antarabangsa. Kena tunjukkan yang kita, guru-guru Malaysia juga setanding dan ada kebolehan sama seperti guru-guru Sains di luar negara. Perasaannya, tak tau nak cakap!

 
Program CERN bersama guru-guru dari seluruh dunia
Program CERN bersama guru-guru dari seluruh dunia



Sebab program latihan ini adalah bukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, maka  langkah seterusnya yang saya perlu buat adalah mendapatkan kelulusan KPM untuk menjalankan tugas rasmi di luar negara. Seolah-olah macam menghadiri kursus yang diperakui oleh KPM. Saya pernah tulis mengenai perkara ini, jika ada guru yang juga mendapat tawaran yang sama, tapi tak tau nak buat apa.

Dengan tanpa sebarang implikasi kewangan kepada Kementerian, maka urusan nak dapatkan kelulusan tu lebih mudah. Terima kasih Bahagian Pendidikan Guru, terutamanya Puan Rosnarizah dan Encik Saifuldin yang sangat banyak membantu saya bagi urusan ini! Terima kasih!



Persediaan
Tinggal lagi beberapa minggu sebelum saya bertolak ke Geneva, Switzerland banyak persediaan yang saya dah mula buat. Ini termasuk, urusan kelulusan KPM, insuran ke luar negara, tiket penerbangan dan juga yang paling penting adalah, bahan untuk anak murid yang saya tinggalkan untuk 2 minggu ini. 


Geneva, Switzerland
Geneva, Switzerland

Nanti saya kongsikan dengan lebih lengkap dalam artikel saya yang seterusnya. Dan berita baik, inshaAllah segala pengalaman ke CERN, Geneva ini saya akan kongsikan menerusi penulisan artikel di blog saya dan juga video vlog di youtube. 

Doakan saya ada kekuatan dan kerajinan untuk menulis dan buat video untuk semua ya. Semoga ada banyak ilmu baharu dan bermanfaat yang boleh dikongsikan dengan guru-guru Malaysia. Amin!







CERN: Makmal Hebat Yang Penuh Kontroversi

$
0
0
CERN atau Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (Perancis: Conseil européen pour la recherche nucléaire) merupakan pusat kajian yang mempunyai makmal fizik zarah terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1954, organisasi yang terletak di kawasan luar bandar Geneva, bersempadan antara Switzerland dan Perancis ini mempunyai keahlian 23 buah negara. Sekalipun bukan negara ahli, tetapi Malaysia juga termasuk dalam senarai negara-negara yang mempunyai hubungan saintifik dengan CERN. 


CERN: Makmal Hebat Yang Penuh Kontroversi
CERN: Makmal Hebat Yang Penuh Kontroversi


Penemuan Saintifik
Seramai 3 penerima Nobel Fizik adalah hasil daripada eksperimen yang berlangsung di CERN. Antara pencapaian penting dalam fizik zarah yang ditemukan melalui eksperimen di sini adalah:

1973: Penemuan arus neutral dalam Gargamelle bubble chamber
1983: Penemuan Boson W dan Z di dalam Eksperimen UA1 dan UA2
1989: Penentuan nombor light neutrino families pada Large Electron-Positron Collider (LEP) yang beroperasi pada puncak boson Z
1995: Penciptaan pertama atom antihidrogen dalam Eksperimen PS210
1999: Penemuan CP Violation dalam Eksperimen NA48
2010: Pengasingan 38 atoms antihidrogen
2011: Menguruskan antihidrogen untuk lebih daripada 15 minit
2012: Penemuan Higgs Boson, yang juga dikenali sebagai 'God Particle'


Model Standard bagi Zarah asa
Model Standard bagi Zarah asas

Fungsi utama CERN adalah menyediakan pemecut zarah (particle accelerators) dan juga infrastruktur yang diperlukan bagi kaji fizik tenaga tinggi. CERN juga merupakan tempat lahir penciptaan World Wide Web.



Eksperimen dan Fasiliti di CERN
CERN mengoperasikan rangkaian yang terdiri daripada enam pemecut (accelerator) dan juga satu nyahpemecut (decelerator). Setiap mesin dalam rangkaian mampu meningkatkan tenaga zarah sebelum dihantar untuk melakukan eksperimen ataupun ke pemecut yang lebih berkuasa tinggi. 



Salah satu eksperimen yang berlaku di LHC, iaitu ALICE
Salah satu eksperimen yang berlaku di LHC, iaitu ALICE


Antara mesin yang aktif adalah:

1. LINAC 2 - pemecutan proton
2. LINAC 3 - pemecutan ion
3. LINAC 4 - pemecutan ion hidrogen negatif
4. AD (Antiproton Decelerator) - nyahpecut antiproton
5. LHC (Large Hadron Collider) - pelanggaran proton atau ion berat
6. LEIR (Low Energy Ion Ring) - pemecutan ion
7. PSB (Proton Synchrotron Booster) - pemecutan proton atau ion
8. PS (Proton Synchrotron) - pemecutan proton atau ion
9. SPS (Super Proton Synchrotron) - pemecutan proton atau ion
10. ISOLDE (On-Line Isotope Mass Separator) - mengkaji nukleus tak stabil
11. CLIC (Compact Linear Collider) - mengkaji kemungkinan projek pelanggaran linear



Pelanggar Hadron Besar
Banyak daripada aktiviti di CERN adalah melibatkan Large Hadron Collider (LHC) dan eksperimen yang berkaitan dengannya. LHC nih juga merupakan suatu projek saintififik kerjasama dunia, sama seperti ISS (International Space Station). 


Pelanggar Hadron Besar atau Larga Hadron Collider
Pelanggar Hadron Besar atau Larga Hadron Collider

Terowong LHC ini terletak 100m di bawah tanah, dan merentas sehingga 27 km. Ada tujuh eksperimen yang berlaku di sepanjang pelanggar (collider) yang mengkaji pelanggaran zarah dari pelbagai aspek, dengan pelbagai teknologi. Antaranya adalah:

1. CMS - Compact Muon Solenoid
2. ATLAS - A Toroidal LHC Apparatus
3. LHCb - LHC beauty
4. MoEDAL - Monopole and Exotics Detector At the LHC
5. TOTEM - Total Cross Section, Elastic Scattering and Diffraction Dissociation
6. LHC-f - LHC-forward
7. ALICE - A Large Ion Collider Experiment




Seperti lain-lain teknologi canggih dan terkehadapan yang lain, CERN juga tak lepas daripada dijadikan bahan dalam teori konspirasi. Jemput baca 5 Kontroversi Yang Terkait Dengan CERN untuk maklumat lanjut.




RUJUKAN : Wikipedia |   CERN   |   Particle Physics  |   Higgs Boson




5 Kontroversi Yang Berkait Dengan CERN

$
0
0
Sebenarnya secara peribadi, semasa saya nak mencari maklumat yang berkaitan CERN kerana terpilih bagi program guru antarabangsa di CERN, amatlah sukar saya nak jumpa maklumat yang membantu. Banyak yang saya jumpa, adalah teori konspirasi yang berkaitan dengan CERN.


Apatah lagi apabila melibatkan teknologi-teknologi yang belum terjangkau manusia biasa,  dengan banyak perkara yang tak difahami dan disembunyikan, maka banyak lah cakap-cakap yang bukan-bukan boleh timbul. Antaranya adalah:


1. Portal ke neraka / dimensi lain
Penggunaan perkataan CERN dikatakan diambil daripada nama dewa Cernunnos, dewa kesuburan dengan rupa bertanduk rusa yang dikaitkan dengan Baphomet, iaitu dewa penting dalam okult pemujaan syaitan. 


CERN membuka portal kepada dunia asing
CERN membuka portal kepada dunia asing

Apatah lagi, jika diperhatikan simbol yang digunakan oleh CERN, adalah dikatakan menyerupai simbol 666, nombor yang dikatakan sangat sinonim dengan nombor syaitan.



2. Pintu masuk Dajjal
Aktiviti yang mencurigakan di CERN juga menyebabkan ada sesetengah orang berpendapat bahawa CERN boleh menghasilkan portal bagi membawa masuk Dajjal dan entiti yang seumpamanya. Seperti travel port, maka tenaga tinggi tersebut tentu boleh saja membuka portal masuk kepada perkara yang tidak disangka. 



3. Dewa Pemusnah Shiva
Jika anda perhatikan, memang terdapat satu Replika Patung Dewa Shiva yang diletakkan di laman kompleks CERN. Bagi sesetengah orang, replika ini hanyalah sekadar satu lagi hasil seni yang telah dihadiahkan oleh negara India kepada CERN, tetapi bagi sesetengah orang, simbol Dewa Shiva menari ini memberikan petanda kehancuran dunia. 


Patung Shiva dengan tarian Nataraja
Patung Shiva dengan tarian Nataraja

Malah ada juga kejadian seperti penyembahan patung tersebut yang ditangkap melalui rakaman video. Tetapi kemudiannya dinafikan oleh pihak CERN dengan mengatakan itu hanya lah sekadar suatu gurauan dan juga aktiviti berseronok yang dilakukan oleh sebahagian peserta kem musim panas. 



4. Mesin Percepat Kiamat
Dengan eksperimen yang berskala besar dan menggunakan tenaga yang sangat tinggi, maka CERN juga dikatakan mesin yang dapat mempercepatkan lagi berlakunya kiamat. Apatah lagi cubaan menghentam zarah-zarah dengan harapan dapat meniru semula fenomena Big Bang didapati boleh memberikan kesan berbeza. 



5. Misi Mencabar Tuhan

Antara eksperimen yang dijalankan di CERN juga adalah perlanggaran zarah, yang dikatakan mensimulasikan fenomena The Big Bang, asal usul penciptaan alam semesta dan cubaan mengambil alih penciptaan Tuhan. 


Penemuan CERN dikatakan cubaan menghilangkan kepercayaan ketuhanan
Penemuan CERN dikatakan cubaan menghilangkan kepercayaan ketuhanan

Penemuan Higss Boson yang juga dikenali sebagai The God Particle, menimbulkan rasa kurang senang kerana perbuatan ini seolah cuba menyamai kuasa Tuhan dan cubaan menghilangkan kepercayaan manusia sejagat kepada kewujudan Tuhan. 




Walau apa pun kontroversi yang melanda CERN, Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah ini telah banyak menyumbangkan jasa kepada banyak penemuan dan penciptaan saintifik kepada dunia. 
 
Mungkin sebelum kita lebih banyak berprasangka dan terikut dengan teori konspirasi ini, boleh baca dan kenal dulu CERN dan peranannya dalam meningkatkan pengetahuan manusia dalam bidang fizik zarah.





Rumah Ronald McDonald Kini di Hospital USM Kelantan!

$
0
0
Yes! Kini rumah Ronald McDonald sudah berada di Kelantan. Tepatnya di Hospital USM yang terletak di Kubang Kerian. Inisiatif Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Universiti Sains Malaysia ini merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak, yang bertujuan memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik di samping meringankan beban kewangan ketika anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM pada kos penginapan yang amat berpatutan, iaitu hanya RM5 untuk satu malam. Wow!

 
Rumah Ronald McDonald Kini di Hospital USM Kelantan!
Rumah Ronald McDonald Kini di Hospital USM Kelantan!


Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini baru saja dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 6 Ogos yang lalu. Dan yang bestnya, ini adalah rumah kedua seumpamanya di Malaysia, selepas yang pertama di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia. Tapi kalau kat seluruh dunia, dah banyak lah. Dah pun mencecah sehingga 370 buah.

Dengan kos pembinaan mencecah sehingga RM4 juta, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Kelantan? Bukan di negeri lain? Meh nak jawab.

Ini kerana keperluan di Hospital USM adalah amat tinggi, di mana ia menerima sehingga lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Selain daripada dapat membantu meringankan beban majoriti besar mereka yang berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar, pembinaan Rumah Ronald McDonald Hospital USM ini juga bertepatan dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti APEX yang boleh memacu kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur. 

 
Yang Berhormat Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan
Yang Berhormat Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan



'Keeping Families Close' - Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia
'Keeping Families Close' - Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia


Dan paling saya suka bila Presiden RMHC Malaysia, Azmir Jaafar dalam ucapan beliau berkata, kemudahan ini juga adalah menepati janji RMHC iaitu 'Keeping Families Close' atau memastikan famili sentiasa dekat bersama pesakit. Huhuhu.. terharunya. Betul itu lah yang kita nak bila ada ahli keluarga yang sakit. 

Dengan kemudahan penginapan pada kadar yang macam ni, hanya RM5 untuk satu malam, memang lah sangat membantu meringankan beban. Mudah-mudahan dengan adanya sokongan ahli keluarga secara fizikal dan emosi, ini dapat membantu menggalakkan lagi pemulihan kesihatan dalam kalangan pesakit pediatrik. Kesan-kesan positif pemulihan juga pasti akan dapat dilihat.



Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, Hospital USM, Kelantan
- 18 bilik tidur (muat untuk 18 keluarga dalam satu masa)
- 72 katil
- Kemudahan Bilik Sensori Ronald McDonald: Lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk bantu perkembangan kanak-kanak istimewa
- Kemudahan lain: Ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan


Bilik Sensori Ronald McDonald yang terdapat di dalam Rumah Ronald McDonald di Hospital USM
Bilik Sensori Ronald McDonald yang terdapat di dalam Rumah Ronald McDonald di Hospital USM

Oh, selain daripada kemudahan Rumah Ronald McDonald Hospital USM, ada juga program lain oleh RMHC, iaitu termasuklah Gift of Smile, yang merupakan program bantuan kewangan penuh untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit bagi menjalani pembedahan pembetulan. 


Bagi yang berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia, bolehlah hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388. Selamat menyumbang!








Menang Best Trendsetter Award di IUCEL 2019 @ UNIMAS Sarawak

$
0
0

Alhamdulillah untuk award ke-5 bagi dunia blogging dan media sosial, "Best Trendsetter Award" bersempena International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2019) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)





Menang Best Trendsetter Award di IUCEL 2019 @ UNIMAS Sarawak
Menang Best Trendsetter Award di IUCEL 2019 @ UNIMAS Sarawak
Terima kasih family, rakan, kenalan dan semua yang sentiasa menyokong usaha perkongsian melalui media sosial. Love korang! 😘😘😘



* Best Trend-Setter Award is for an individual who has led the way, and been very active in transforming the teaching and learning ecosystem in any level of education. Judges will be looking for demonstrable evidence in relation to: ● Content- Expressing a unique point of view in relation to teaching & learning ● Design ● Creative ●Using multimedia elements (Video, animation, audio) ● Interactive/ Dynamic ● User-friendly ● Attractive features ● Useful function/ added application ● Useful additional information for users ● Impact to the communities ● Added Value ● Useful function/ added application ● Useful additional information for users ● Link to related websites








Semarak STEM di SMK Dalat, Mukah

$
0
0
Peluang berkongsi pengalaman ke US Space and Rocket Center pada tahun 2018 dan sesi bengkel hands On STEM secara project based learning menerusi Mission to Mars.
Seperti biasa, murid Tingkatan 1 dan 2 memang menunjukkan tahap kreativiti yang lebih tinggi berbanding murid besar. Pelik. Tapi itu lah dapatan saya dari pemerhatian sebelum-sebelum ni.

Semarak STEM di SMK Dalat, Mukah











Mungkin sebab bila semakin besar, semakin dia fokus kepada benda serious belajar, sampai hilang kreativiti dia kot...
Atau juga, kreativiti tu hilang sebab pendekatan guru yang semakin teacher centred dan exam oriented.. Kan? @ SMK Dalat

Semarak STEM di SMK St Patrick, Mukah

$
0
0
Sesi petang plak perkongsian #STEM dan bengkel hands on Mission to Mars dengan adik adik T2 dan T4 di SMK St Patrick, Mukah.
Terkejut betul tengok sekolah ni, walaupun tengah bandar, tapi ada lagi sederet kelas yang tingkap pun tak ada. Huhuhu, dah 2019 kot. Kesian.. 

Semarak STEM di SMK St Patrick, Mukah











Mujor lah adik adik nih punya berdisiplin dan bersemangat waja tau nak belajar dengan abam petang-petang camni. Lagi excited sebab diorang dapat merasa wat aktiviti kat bangunan baru sekolah diorang, yang rasmi kan pun blom lagi.
Apa pun abam sangat happy dapat jumpa pengetua dia yang very very very nice guy, Mr Anthony. Punya lah polite dan berbudi bahasa. Sekali dengan abam pun jadi sopan je bila bercakap dengan dia.
Akhir sekali all the best untuk adik adik di SMK St Patrick, #Mukah. Selamat berSTEM! 😘 @ Smk St. Patrick Mukah






Semarak STEM di Mukah

$
0
0
Alhamdulillah selesai juga misi 2 hari di Mukah, dengan 3 program #STEM bersama hampir lebih 500 orang guru dan murid sekolah dalam Bahagian Mukah.
Tahniah juga buat Bahagian #Mukah yang jadi bahagian pertama menjemput abam datang buat perkongsian ke #Sarawak nih, selepas 5 tahun abam dah balik ke Kedah. Teruja sangat nak mencurah ilmu semula di Bumi Kenyalang, disebabkan kejayaan abam pada hari ini juga bermula di sini.

Semarak STEM di Mukah











Tahniah juga buat 110 orang guru-guru peserta yang sudi redah sungai, naik feri hingga sejauh 200km untuk sesi perkongsian STEM nih. Huhuhu, yang lain, mohon bersyukur sket OK...
Juga buat 9 orang Pengetua SM dalam Bahagian Mukah, yang hadir untuk memberi sokongan walaupun masing-masing ada program untuk dihadiri hari nih. Respect lah!
Dan semestinya, ucapan istimewa khas terima kasih saya buat warga guru SMK Dalat yang bertungkus lumus menjayakan program Semarak STEM bagi Bahagian Mukah nih. Tahniah puan pengetua, Madam Magdaline dan orang kuat program, Cikgu Donny Dahlan atas kejayaan penganjuran program. Memang pasukan yang hebat dan mantap!
Saya doakan juga semoga kejayaan penganjuran ini bakal membuka lembaran baru untuk Bahagian Mukah mengatur langkah menjayakan program STEM selepas ini.
Selamat berSTEM di Mukah! ❤️
@ Politeknik Mukah Sarawak (PMU)





Nikmat Bergelar Guru di Bumi Kenyalang.

$
0
0
Saya nak tutup journey saya ke #Sarawak kali nih dengan kisah kasih sayang yang indah, dan nikmat bergelar guru dengan rakan dan anak murid di Bumi Kenyalang. 
Untuk majlis di UNIMAS, saya tumpang rumah Cg Radzif. Memang situ lah 'hotel' saya setiap kali ke Kuching. Malah siap pakej ambik, pinjam kereta dan hantar ke airport. TQSM pok! Kek lapis tak order lagik oii…

Nikmat bergelar guru di Bumi Kenyalang.







Sebab tahu nak ke Mukah, anak murid kesayangan, Ohkie Belun, terus tunggu di Airport Sibu. Sanggup dia redah hujan dari Bandar Sibu, 40 minit naik motosikal malam-malam, seorang diri. Jumpa, kami berpelukan. 5 tahun tak pernah jumpa. Hampir nk jatuh air mata jantan nih.. Hu3
Sebab masa bergerak yang lewat dan terhad, maka abam tak maklum sangat dengan guru sekolah lama, SMK Luar Bandar No.1 Sibu, walaupun rindu sebenarnya nak jumpa mereka jugak. Hanya mampu singgah dan bergambar depan Gate sekolah malam tu. InshaAllah ada rezeki nanti, pasti ke sini lagi!
Perjalanan melalui pekan² kecil dan rumah panjang sepanjang Sibu - Mukah tu cukup mengimbau kenangan manis 8 tahun kat Sarawak dulu. Kenangan penuh perasaan, kiri dan kanan.
Esoknya, Cg Bie Comey dan suami dan Cg David Sobin datang ke Mukah. Tahu berapa jam mereka drive nak datang jumpa saya? Hampir 3 jam dengan 2 anak kecil, lalu jalan Pan Borneo yang tahap bergegar habis segala. Lepas jumpa, terus diorang balik malam tu jugak sebab esoknya ada sekolah ganti. Tq Cik Biey!
Dan juga PKHEM sekolah saya dulu, Cg Hasan Samu dan isteri, Cg Maria Arip yang kami anggap macam orang tua kami kat sini, pun sanggup datang dari Sibu. Drive Slow2 sebab kesihatan. Pun lalu jalan yang sama, siap sambut besday beliau kat tepi Pantai Pesta Kaul.
Malam pulak, Cg Tai Szu Ching dan suami, Kevin Phoa datang jumpa kat Hotel bersama anak-anak mereka. Dapat dabai dan tebaloi, makanan tradisi masyarakat #Melanau.
Huwaaaaaaaaaaaaa... 😭😭😭
Setiap minggu saya akan berjumpa dan dapat rakan kenalan baru. Tapi masakan sama jasa dan kenangan dengan mereka-mereka yang pernah bersusah payah dengan saya suatu ketika dahulu.
Buat semua teman di #Sarawak dulu, thank you so much!! Saya bertuah dapat mengenali anda.. 😭😭 @ Smk Luar Bandar Sibu

Karnival STEM Datuk Haji Ahmad Said, Pulau Pinang

$
0
0
Terima kasih tak terhingga buat Pusat STEM Negara, JPN Pulau Pinang dan tuan rumah SMK Datuk Haji Ahmad Said atas kepercayaan untuk perkongsian amalan STEM dalam bilik darjah bersama murid dan guru bersempena Karnival #STEM di sekolah nih.


Karnival STEM Datuk Haji Ahmad Said, Pulau Pinang










Abam cuba kongsikan bagaimana kaedahnya bila abam jalan kan eksperimen secara #inkuiri, dan seterusnya guide murid untuk terus siapkan laporan eksperimen sekali (ikut format Soalan 10 SPM).
Suka juga abam kongsikan camna cara abam bimbing murid melalui teknik penyoalan, dan juga kaedah ABC untuk menulis prosedur eksperimen yang sangat membantu murid kelas belakang.
Cumanya sayang sikit sebab tak ramai guru dapat turut serta sebab banyak plak sekolah yang ada program pada hari nih. Mujor jugak pegawai JPN #Penang, Pn Susilawati ada rakam keseluruhan pdpc yang mana beliau akan kongsikan secara #PLC Video Critics dengan guru lain.
Akhir sekali, Tahniah untuk SMK Datuk Haji Ahmad Said atas penganjuran 3 event besar sekaligus. Dan semoga bermanfaat semuanya ! 😍 @ Smk Datuk Haji Ahmad Said

Viewing all 1602 articles
Browse latest View live