Idea ini asalnya dikongsikan oleh Cikgu Azmi Jaafar. Dengan menggunakan jari, dapat membantu pelajar untuk mengingat fasa-fasa pada mitosis dan apa yang berlaku. Kemudiannya saya kongsikan buat kali kedua dalam group Cikgu Sains Kreatif dengan menambahkan perkataan dan ayat yang lebih membantu guru dan murid memahami apa yang sebenarnya yang berlaku. Selamat mencuba!
↧
Idea P&P Sains : Mitosis
↧
Idea P&P Sains : Cara Mudah Hafal Makronutrien dan Mikronutrien
↧
↧
Idea P&P Sains : Kesan Kekurangan Makronutrien
Idea p&p Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Nurulhasanah Md Hassan berkenaan topik Kesan Kekurangan 3 makronutrien utama kepada tumbuhan. Aktiviti yang dilakukan adalah mudah, iaitu memberi tugasan kepada pelajar untuk mencari daun yang memiliki ciri-ciri kekurangan 3 makronutrien utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium. Aktiviti dilakukan di luar kelas.
↧
Idea P&P Sains : Melukis Rajah Kitar Nitrogen
Idea pdp Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Nonie Ahmad berkenaan tajuk Kitar Nitrogen. Pelajar dikehendaki bergerak dalam kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang bilangan pelajar. Pelajar diberikan kertas mahjong dan mula melukis serta melabel gambarajah Kitar Nitrogen. Aktiviti sebegini dapat menambahkan daya ingatan kepada pelajar. Selamat mencuba!
↧
Idea P&P Sains : Bina Sistem Peredaran Darah
Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Suhanna Zainuddin setelah ditambahbaik daripada beberapa perkongsian orang guru Sains lain di group Cikgu Sains Kreatif. Beliau menggunakan satu gambarajah sistem peredaran darah yang difotostat dan juga plastisin berwarna merah dan biru bagi menunjukkan dengan jelas pergerakan darah yang beroksigen dan tidak beroksigen.
↧
↧
Idea P&P Sains : Model Vertebra
↧
Idea P&P Sains : Label Mikroskop
Idea pdp Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Nurul Fareha Muhammad Daut. Bahan ini diperolehi daripada Pinterest. Aktiviti yang pasti akan dapat menarik minat pelajar untuk mencuba. Mewarna sambil melabel tentu mampu menambahkan lagi daya ingatan pelajar terhadap pelajaran tentang mikroskop. Selamat mencuba!
↧
Idea P&P Sains : Neuron Motor (guna tangan)
↧
Idea P&P Sains : Sel Bawang Dari Bawah Mikroskop
Gambar p&p Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Mia Ayda Basrah. Topik pembelajaran adalah sel bawang yang dilihat melalui bawah mikroskop. Larutan yang digunakan bagi membantu untuk melihat sel bawang dengan lebih jelas adalah larutan metilena biru. Seperti biasa, gambar yang diperolehi adalah melalui kamera handphone yang diletakkan dekat pada kanta mata mikroskop. Selamat mencuba!
![]() |
Larutan metilena biru yang digunakan adalah sedikit |
↧
↧
Idea P&P Sains : Food Classes War
Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Sheila Khairi. Mengenai topik kelas makanan. Pelajar diminta untuk membawa bekalan makanan sendiri. Kemudian berada dalam kumpulan, dan berbincang mengenai kumpulan kelas makanan yang ada pada bekal ahli kumpulan. Jika ada kesilapan, kumpulan lain boleh membetulkan dan merampas makanan mereka. Aktiviti diadakan di luar makmal sebab pada akhir pembelajaran, semua pelajar dapat makan makanan tadi. He3.. nice!
Ini pula adalah perkongsian daripada rakan guru Cikgu Nurul Ainun Abdul Zabar. Bahan digunakan semasa proses pdp semuanya dibawa oleh pelajar. Perkara yang dibincangkan adalah kelas makanan, kalori dan diet yang bersesuaian.

Idea P&P Sains : Cara Mudah Hafal Bahagian Otak
↧
Idea P&P Sains : Cara Mudah Hafal Spektrum Elektromagnet
Saya senaraikan di sini beberapa perkongsian daripada rakan guru mengenai nmemonic cara mudah menghafal spektrum elektromagnet yang terdiri daripada sinar gama, sinar X, ultraungu, cahaya nampak, infra merah, dan gelombang radio.
Cikgu Azmi Jaafar
Suka - sinar gamma
X - sinar X
Ulam - ultraungu
Nasi - cahaya nampak
Ikan - inframerah
Goreng - gelombang radio
Cikgu Rosita Abdullah
Rancangan - radio
Malam - mikrowave
Ini - inframerah
Cantik - cahaya nampak
Untuk - ultraungu
Sex - sinar X
Ganas - sinar gamma
Cikgu Azmi Jaafar
Suka - sinar gamma
X - sinar X
Ulam - ultraungu
Nasi - cahaya nampak
Ikan - inframerah
Goreng - gelombang radio
Cikgu Rosita Abdullah
Rancangan - radio
Malam - mikrowave
Ini - inframerah
Cantik - cahaya nampak
Untuk - ultraungu
Sex - sinar X
Ganas - sinar gamma
↧
Idea P&P Sains : Cara Mudah Hafal Penyulingan Berperingkat
Beberapa koleksi nmemonic bagi memudahkan pelajar untuk menghafal proses penyulingan berperingkat dengan lebih mudah. Berikut adalah perkongsian daripada rakan guru di group Cikgu Sains Kreatif.
Cikgu Srs Feqah
Geng - Gas
Pondan - Petrol
Nak - Naftalena
Kahwin - Kerosin
Dengan - Diesel
Lelaki - Lubricant
Face - Fuel
Book - Bitumen
Cikgu Azmi Jaafar
Pak - Gas Petroleum
Pandir - Petrol
Naik- Naftalena
Kereta - Kerosin
Dutson - Diesel
Lumber - Lubricant
Ferrari - Fuel
Baru - Bitumen
↧
↧
Idea P&P Sains : Penderma dan Penerima Darah II
Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Nurul Ashikin Mohd Noor. Aktiviti adalah melibatkan topik penderma dan penerima kumpulan darah yang sesuai. Kertas berwarna digunakan dan pelajar akan menggunakan beberapa kertas berlabel bagi menunjukkan kumpulan yang betul. Boleh dijadikan dalam bentuk pertandingan untuk menarik perhatian pelajar.
↧
Idea P&P Sains : Puzzle Brain
Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Nurul Izza. Aktiviti adalah bagi topik Otak. Kaedahnya, gambarajah otak di gunting dan dipisahkan. Kemudian pelajar akan menyusun semula gambarajah tersebut. Selepas digamkan, maka bahagian otak tadi dilabel. Kemudian aktiviti disusuli dengan membina peta iThink atau peta minda. Bagi kumpulan yang membuat hasil dengan baik, mereka akan diberi sticker LIKE Facebook.
↧
Idea P&P Sains : Cara Mudah Hafal Floem dan Xilem
Saya kongsikan idea Sains ini bagi memudahkan pelajar menghafal fungsi bagi Floem dan Xilem. Kerana dalam kebanyakkan kes, majoriti pelajar selalu keliru semasa menyatakan fungsi Floem dan Xilem. Maka untuk mengatasi masalah ini, saya gunakan kaedah FILEM, iaitu "jumpa Floem dulu, baru Xilem". Kemudian F = Floem = Food (makanan). Dan ini juga bermakna, Xilem mengangkut selain makanan, iaitu air dan garam mineral. Selamat mencuba!
↧
12 Panduan Menguruskan Pasukan Sukan Sekolah
Menjadi satu keperluan untuk semua rakan guru tahu mengenai cara menguruskan pasukan sukan di sekolah dengan baik. Apatah lagi jika anda baru mula nak berkecimpung dengan bidang dan tugas menghantar pasukan sukan sekolah. Saya kongsikan beberapa perkara yang perlu difikirkan atau masuk dalam senarai bagi guru yang mahu atau dipaksa menguruskan pasukan sukan sekolah.
01. Pemilihan Pemain
Proses membina pasukan bermula daripada pemilihan pemain yang bakal membarisi pasukan tersebut. Pemilihan pemain juga bergantung kepada beberapa perkara seperti bakat semulajadi, disiplin pelajar dan juga komitmen pelajar itu sendiri. Pada saya, lebih baik pelajar berdisiplin yang dipilih, sekalipun kurang berbakat. Lebih menyejukkan hati! Jika sambutan kurang menggalakkan, buatlah promosi dari kelas ke kelas supaya lebih ramai pelajar yang sedia maklum mengenai pasukan sukan anda.
02. Melatih Pemain
Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah melatih pasukan sukan tersebut. Bagi sesi latihan, biasakan pelajar dengan aktiviti memanaskan badan 'warming up' terlebih dahulu sebelum mula bermain. Fokus kepada anggota badan yang lebih banyak akan digunakan nanti. Selain daripada menyediakan otot dan badan dengan aktiviti yang bakal dilakukan, aktiviti ini juga mampu mengurangkan kecederaan kepada pemain.
Aktiviti disusuli dengan 'drill' yang sesuai bagi sukan dan permainan tersebut, iaitu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Bermula dengan kemahiran asas, aktiviti diteruskan dengan meningkatkan lagi keupayaan pelajar jika sudah menguasai kemahiran asas dengan baik. Drill yang sesuai boleh diperolehi daripada bacaan di buku atau tontonan di Youtube.
Sedikit mini games atau modified games perlu diadakan bagi memberi kefahaman lebih kepada pemain mengenai taktik dan juga strategi permainan. Ubahsuai peraturan mengikut tahap pencapaian pemain. Sekali sekala gunakan peraturan dan ukuran gelanggang sebenar bagi memberi lebih pendedahan kepada pelajar mengenai situasi sebenar semasa bermain.
Sesi latihan diakhiri dengan sesi menyejukkan badan 'cooling down'. Aktiviti ini penting bagi memastikan otot dapat direhatkan dengan baik selepas aktiviti yang lasak.
Bagi yang kurang mahir mengenai sukan tersebut, cuba dapatkan khidmat jurulatih luar atau pun daripada pelajar yang lebih berkemahiran. InshaAllah jika ada minat, anda pun boleh jadi pandai lepas tu.
03. Peralatan Sukan
Selain daripada menguruskan pasukan, perkara yang anda perlu beri perhatian adalah peralatan sukan. Bagi sukan yang berbeza, maka peralatannya pun pastilah berbeza. Pastikan semua peralatan mencukupi, terutamanya menjelang hari perlawanan. Lebih baik jika peralatan tersebut disimpan dalam bekas khas, atau beg yang bersesuaian bagi memudahkan proses untuk angkut dan simpan nanti.
04. Pakaian @ Jersi
Bagi permainan yang memerlukan pakaian khas, guru perlu memastikan pakaian tersebut berada dalam keadaan yang baik dan juga mengikut seperti yang ditetapkan. Ada pakaian sukan yang mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Buat sedikit ulangkaji mengenai sukan yang anda ceburi. Carian di internet pasti banyak membantu bagi yang inginkan fesyen pakaian sukan yang terbaru.
05. First Aid
Sebagai langkah keselamatan, ada baiknya jika jurulatih sukan tersebut sentiasa membawa bersama bekalan First Aid sewaktu latihan dan juga semasa permainan sebenar. Isi First Aid tersebut dengan bekalan ubat-ubatan asas seperti Panadol, minyak panas, krim panas, kain kasa, bandage dan lain-lain yang difikirkan perlu. Ini adalah sebagai persediaan dan langkah awal. Manalah tahu berlaku kecederaan semasa latihan, maka rawatan awal seperti ini adalah sangat berguna.
06. Borang Deklarasi dan Kebenaran Ibubapa
Pastikan juga sebelum membawa pelajar keluar mewakili sekolah, Borang Deklarasi dan Kebenaran Ibubapa dilengkapisikan dan dihantar kepada jurulatih. Ini adalah 'lesen' penting bagi guru membawa pelajar.
Borang adalah mengikut format sekolah masing-masing. Pastikan juga ibubapa menandatangani borang tersebut dan ambil maklum mengenai apa-apa yang berlaku adalah atas tanggungjawab ibubapa. Dapatkan tandatangan pihak sekolah bagi memastikan borang tersebut sah dan lengkap.
07. Mesyuarat Pertandingan
Kebiasaannya beberapa minggu sebelum berlangsungnya kejohanan atau pertandingan, Jawatankuasa pengelola akan memanggil guru-guru untuk mesyuarat pertandingan. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Pengerusi Teknik Pertandingan yang telah dilantik.
Mesyuarat akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pertandingan seperti, penetapan tarikh, tempat, serta jadual pertandingan. Beberapa syarat pertandingan akan ditekankan semula bagi memberikan gambaran yang lebih jelas. Bagi yang baru pertama kali menghantar pasukan, ini lah peluang terbaik anda untuk berkenalan dengan rakan guru yang sama aliran dengan anda. Senang kerja nanti..
08. Jadual Perlawanan
Jadual perlawanan adalah antara dokumen penting yang perlu disimpan setiap jurulatih. Ini kerana perancangan kepada perkara lain seperti pengangkutan, makanan adalah banyak bergantung kepada jadual ini. Silap perancangan, kelam kabut juga anda dibuatnya. Lebih parah, jika pasukan terpaksa menarik diri atau diisytihar kalah hanya kerana silap melihat jadual perlawanan. Komunikasi dari masa ke semasa dengan Pengerusi Teknik bagi mendapatkan jadual perlawanan yang terkini.
09. Pengangkutan
Menjelang hari pertandingan, pastikan juga anda uruskan hal pengangkutan dengan baik. Dapatkan bantuan daripada pihak yang berkaitan, seperti PK Ko-K untuk menguruskan soal tersebut. Plan B juga perlu disediakan sekiranya pengangkutan yang diharapkan tak dapat nak diharapkan pada saat-saat akhir.
Sekurang-kurangnya ada alternatif lain jika berlaku perkara yang tak diingini. Nasihat saya, cuba tiba lebih awal ke tempat pertandingan bagi mengelakkan banyak masalah. Sekurang-kurangnya pelajar boleh bersedia lebih awal di tempat kejohanan berlangsung.
10. Makanan
Makanan juga merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian jika anda ingin membawa pasukan sukan. Pelajar perlu mendapatkan makanan yang mencukupi semasa pertandingan. Jangan biarkan pemain anda bermain dengan perut kosong dan berkeroncong. Tentu fokusnya terganggu.
Berikan sedikit makanan untuk tenaga semasa mereka bertanding. Jangan pula terlebih, nanti malas pula nak berlari dalam padang. Pisang adalah pilihan bijak yang boleh digunakan semasa berlangsungnya pertandingan kerana dapat membekalkan tenaga segera dan extra kepada pemain anda.
11. Makluman Kepada Yang Berkenaan
Bagi memastikan kelancaran proses anda membawa pasukan sekolah, maka maklumkan terlebih dahulu kepada pengurusan sekolah, guru kelas, guru subjek, ibubapa mengenai pelajar yang bakal terlibat mewakili sekolah tersebut. Ini bagi mengelakkan lebih banyak masalah di masa akan datang.
Guru boleh menyerahkan senarai nama pemain yang terlibat kepada pihak yang berkenaan. Atau cara yang paling mudah adalah membuat sebaran melalui whatsapp kepada group sekolah dan menampal di papan kenyataan. Letakkan nama dan nombor telefon guru yang bertanggungjawab bagi memudahkan jika ada urusan penting berkaitan anda atau pemain anda. Semoga tidak ada yang membuat masalah ketika ketiadaan anda dan pelajar terbabit di sekolah nanti.
12. Disiplin Pelajar
Sebagai jurulatih, disiplin pemain adalah berada dalam bidang tugas kita. Maka didiklah pemain anda dengan disiplin yang tinggi dan terpuji. Terutamanya ketika menjalani latihan dan juga semasa pertandingan. Pemain anda bukan sekadar membawa harapan untuk pulang sebagai pemenang, tetapi juga membawa nama baik sekolah. Maka uruskan disiplin mereka dengan baik. Jika anda dah berjaya menguruskan disiplin mereka, itu dah bermakna, anda sudah selangkah menghampiri kejayaan!
Perkongsian panduan pengurusan ini adalah berdasarkan daripada sedikit pengalaman saya menguruskan pasukan sofbol sekolah. Jika ada kekurangan, sudi-sudikan lah membuat tambahan di bahagian komen untuk perkongsian kita semua. Terima kasih. Mudah-mudahan jadi ilmu yang bermanfaat.

Contoh drill yang sesuai untuk sukan sofbol |

Pakaian yang digunakan oleh pemain Kriket |

Coach sedang bermesyuarat untuk kejohanan |
Mesyuarat akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pertandingan seperti, penetapan tarikh, tempat, serta jadual pertandingan. Beberapa syarat pertandingan akan ditekankan semula bagi memberikan gambaran yang lebih jelas. Bagi yang baru pertama kali menghantar pasukan, ini lah peluang terbaik anda untuk berkenalan dengan rakan guru yang sama aliran dengan anda. Senang kerja nanti..
08. Jadual Perlawanan
Jadual perlawanan adalah antara dokumen penting yang perlu disimpan setiap jurulatih. Ini kerana perancangan kepada perkara lain seperti pengangkutan, makanan adalah banyak bergantung kepada jadual ini. Silap perancangan, kelam kabut juga anda dibuatnya. Lebih parah, jika pasukan terpaksa menarik diri atau diisytihar kalah hanya kerana silap melihat jadual perlawanan. Komunikasi dari masa ke semasa dengan Pengerusi Teknik bagi mendapatkan jadual perlawanan yang terkini.
09. Pengangkutan
Menjelang hari pertandingan, pastikan juga anda uruskan hal pengangkutan dengan baik. Dapatkan bantuan daripada pihak yang berkaitan, seperti PK Ko-K untuk menguruskan soal tersebut. Plan B juga perlu disediakan sekiranya pengangkutan yang diharapkan tak dapat nak diharapkan pada saat-saat akhir.
![]() |
Gunakan bas yang selesa (kalau duit banyak!) |
Sekurang-kurangnya ada alternatif lain jika berlaku perkara yang tak diingini. Nasihat saya, cuba tiba lebih awal ke tempat pertandingan bagi mengelakkan banyak masalah. Sekurang-kurangnya pelajar boleh bersedia lebih awal di tempat kejohanan berlangsung.
10. Makanan
Makanan juga merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian jika anda ingin membawa pasukan sukan. Pelajar perlu mendapatkan makanan yang mencukupi semasa pertandingan. Jangan biarkan pemain anda bermain dengan perut kosong dan berkeroncong. Tentu fokusnya terganggu.
Berikan sedikit makanan untuk tenaga semasa mereka bertanding. Jangan pula terlebih, nanti malas pula nak berlari dalam padang. Pisang adalah pilihan bijak yang boleh digunakan semasa berlangsungnya pertandingan kerana dapat membekalkan tenaga segera dan extra kepada pemain anda.
11. Makluman Kepada Yang Berkenaan
Bagi memastikan kelancaran proses anda membawa pasukan sekolah, maka maklumkan terlebih dahulu kepada pengurusan sekolah, guru kelas, guru subjek, ibubapa mengenai pelajar yang bakal terlibat mewakili sekolah tersebut. Ini bagi mengelakkan lebih banyak masalah di masa akan datang.
Guru boleh menyerahkan senarai nama pemain yang terlibat kepada pihak yang berkenaan. Atau cara yang paling mudah adalah membuat sebaran melalui whatsapp kepada group sekolah dan menampal di papan kenyataan. Letakkan nama dan nombor telefon guru yang bertanggungjawab bagi memudahkan jika ada urusan penting berkaitan anda atau pemain anda. Semoga tidak ada yang membuat masalah ketika ketiadaan anda dan pelajar terbabit di sekolah nanti.
12. Disiplin Pelajar
Sebagai jurulatih, disiplin pemain adalah berada dalam bidang tugas kita. Maka didiklah pemain anda dengan disiplin yang tinggi dan terpuji. Terutamanya ketika menjalani latihan dan juga semasa pertandingan. Pemain anda bukan sekadar membawa harapan untuk pulang sebagai pemenang, tetapi juga membawa nama baik sekolah. Maka uruskan disiplin mereka dengan baik. Jika anda dah berjaya menguruskan disiplin mereka, itu dah bermakna, anda sudah selangkah menghampiri kejayaan!
![]() |
Disiplin tangga kejayaan! |
Perkongsian panduan pengurusan ini adalah berdasarkan daripada sedikit pengalaman saya menguruskan pasukan sofbol sekolah. Jika ada kekurangan, sudi-sudikan lah membuat tambahan di bahagian komen untuk perkongsian kita semua. Terima kasih. Mudah-mudahan jadi ilmu yang bermanfaat.
↧
↧
Idea P&P Sains : Label Sistem Urinari
↧
Idea P&P Sains : Nota Berwarna Sistem Pengangkutan Tumbuhan
Idea perkongsian pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Shalawati Abdullah. Perkongsian mengenai aktiviti menghasilkan buku nota Sains yang nteraktif dan menarik pada tahun ini. Salah satu nya adalah dengan menghias dengan kertas berwarna. Saya sendiri sebenarnya suka menggalakkan pelajar menghasilkan nota dengan secantik mungkin. Ini akan lebih mendorong mereka untuk lebih kerap membuka nota dan membacanya. InshaAllah mudah2an usaha ini salah satu usaha lagi bagi menggalakkan pelajar untuk meminati subjek Sains.
↧
Idea P&P Sains : Kromosom (plastisin)
Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Nur Nilam Sari mengenai topik Mitosis. Pelajar dikehendaki menghasilkan bentuk kromosom daripada plastisin. Bagi aktiviti nih, pelajar seharusnya peka terhadap perubahan saiz kromosom yang menebal dan memendak semasa fasa tertentu dan berubah mengikut fasa kemudiannya.
↧