Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Idea P&P Sains : Koleksi Batang Tumbuhan Bengkak

$
0
0
Koleksi ini adalah diperolehi daripada eksperimen yang melibatkan sebahagian kulit dibuang dan kemudiannya diperhatikan selama beberapa minggu. Proses pengangkutan makanan dalam tumbuhan akan terjejas dan menyebabkan pembengkakakan dapat kelihatan pada batang tumbuhan tersebut. Terima kasih Cikgu Mazreena yang memulakan perkongsian tersebut.







Gambar di bawah ini pula adalah hasil perkongsian daripada Cikgu Mohd Azmir Abdul Rahman.






Dan ini adalah hasil selepas 2 tahun dilakukan sebegini pada pokok di depan makmal. Hasil perkongsian daripada Cikgu Shahril Lizan. 




Ini pula adalah hasil perkongsian daripada cikgu Mastura Muhamad Mokhtar.








Idea P&P Sains : Label Telinga (kertas warna)

$
0
0
Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Shalawati Abdullah bagi tajuk Telinga. Idea asal yang dikongsikan oleh rakan guru di group Cikgu Sains Kreatif adalah mengenai mata. Tetapi kemudian dengan sedikit pengubahsuaian Cikgu Shalawati menggunakan teknik yang sama untuk bahagian telinga. Menarik juga sebab dapat membezakan kepada pelajar 3 bahagian utama dalam telinga.

Idea P&P Sains : Label Telinga (kertas warna)

Idea P&P Sains : Kitar Nitrogen 2

$
0
0
Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Nonie Ahmad dengan pelajarnya dari kelas 5UKM. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan, dan mereka menghasilkan gambar rajah Kitar Nitrogen dengan kreatif dan membentangkannya di hadapan kawan mereka. Kemudian, set soalan kuiz diberikan kepada mereka untuk dijawab di dalam kumpulan tanpa merujuk buku nota / buku kerja. Masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 4 waktu.





















































Idea P&P Sains : Kelas Makanan (kerat-tampal-warna)

$
0
0
Idea pdp kreatif ini dikongsikan oleh seorang guru yang menggunakan nama gelaran Facebook, Cat Kidnapper. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti untuk pelajar tingkatan 2. Katanya pelajar tingkatan 2 sekolah lelaki pun boleh teruja dengan aktiviti sebegini. Aktiviti mudah, iaitu gunting, tampal dan warna. 

Cikgu Cat Kidnapper juga mengkongsikan beberapa perkara lain seperti, pdf worksheet didownload terlebih dahulu. Kemudian gambar diprint dalam bentuk besar seperti poster. Kemudian kepingan gambar tadi dicantum dan warna ikut arahan. Semuanya ada 8 kumpulan dengan aktiviti yang berbeza. Ini bagi mengelakkan pelajar meniru. Worksheet boleh diperolehi daripada http://www.nourishinteractive.com/kids/healthy-games 


















Idea P&P Sains : Lagu Otak dan Hormon Manusia

$
0
0
Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh cikgu Eyma Iris. Cikgu Eyma menggunakan lagu bagi tujuan memudahkan penghafalan murid-muridnya mengenai tajuk Otak dan Hormon Manusia. Satu pendekatan baik memandangkan pelajar memang suka perkara yang sebegini. Tahniah cikgu!



Untuk video, anda boleh tengok di bawah.







Idea P&P Sains : Apron Sistem Pencernaan

$
0
0
Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Mastura Muhamad Mokhtar. Idea dikreatifkan dengan menggunakan apron putih yang kosong sebagai bahan untuk dilukiskan sistem pencernaan manusia. Pembelajaran diteruskan dengan aktiviti learning walk dan diulang penerangan kepada pelajar-pelajar.












Idea P&P Sains : Mutasi Gen dan Mutasi Kromosom

$
0
0
Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Noorhaslini Abdulllah mengenai topik mutasi gen dan mutasi kromosom. Beliau menggunakan kaedah membawa pelajar ke Pusat Sumber Sekolah bagi mendapatkan terus maklumat mengenai mutasi gen dan kromosom dengan menggunakan internet. Kemudian pelajar menjawab soalan yang disediakan melalui lembaran kerja.












Idea P&P Sains : Rantai Makanan

$
0
0
Idea genius ini dikongsikan oleh Cikgu Yanti Sulaiman. Katanya idea asal diperolehi daripada Pinterest. Mula-mula melihat terfikir juga apa yang cuba dikongsikan. Selang beberapa lama baru lah saya dapat kaitkan gambar tersebut dengan rantai makanan. Tahniah. Perkongsian yang sangat baik.








19 Tempat Menarik Untuk Lawatan Kelab Sains

$
0
0
Cadangan ini diperolehi daripada perkongsian rakan guru di Cikgu Sains Kreatif. Berikut disenaraikan beberapa tempat menarik yang boleh dijadikan cadangan bagi mengadakan lawatan untuk Kelab Sains.

19 Tempat Menarik Untuk Lawatan Kelab Sains


01) Pusat Sains Negara
02) Planetarium Negara
03) Petrosains
04) Taman Botani
05) Taman Negara
06) Paya Bakau
07) Gua Tempurung
08) Universiti
09) Hospital
10) Pusat Rawatan Air
11) MARDI
12) Langkawi
13) UPM (Muzium Neurologi)
14) Edupark, UPM
15) FRIM
16) Akuaria
17) Kompleks Falak Al Khawarizmi, Melaka
18) Muzium Anatomi UKM
19) Kilang Solar



Idea P&P Sains : Kesan Antibiotik Terhadap Bakteria

$
0
0
Idea kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Shaza Ahmad. Disebabkan ketiadaan bakteria dalam stok makmal, maka dengan kreatifnya Cikgu Shaza menggunakan Yakult sebagai ganti. Tabung uji A mengandungi Yakult, manakala tabung uji B mengandungi Yakult dan antibiotik. Selepas 30 minit, kelihatan cecar lutsinar yang membuktikan bahawa bakteria mati. 



Idea P&P Sains : Model Pencernaan Manusia

$
0
0
Idea kreatif ini adalah hasil perkongsian Cikgu Istiaq Idris dengan pelajar nya. Arahan guru kepada pelajar adalah membuat model berkenaan sistem pencernaan dengan menggunakan inkuiri terbuka. Ini membolehkan pelajar untuk bebas beraktiviti serta lebih kreatif dalam menghasilkan model. Best!
















Idea P&P Sains : Piramid Nombor

$
0
0
Idea ini saya perolehi daripada Pinterest. Topik nya adalah bagi Piramid Nombor. Agak menarik perkongsian ini kerana pelajar berpeluang untuk membina sendiri Piramid seperti yang dimaksudkan. Semoga perkongsian mengenai Piramid nombor ini membantu guru  dalam menyediakan aktiviti Sains yang menarik kepada pelajar. Piramid disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Selamat mencuba!



Idea P&P Sains : Piramid Nombor
Versi Bahasa Inggeris


Idea P&P Sains : Piramid Nombor
Versi Bahasa Melayu





Idea P&P Sains : Cara Membiakkan Paramesium

$
0
0
Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Husrita Hussin dalam group Cikgu Sains Kreatif. Kaedah membiakkan paramesium ini sudah dicuba beliau dengan para pelajar tingkatan 4 nya di MRSM Transkrian. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi membiakkan Paramesium.

Idea P&P Sains : Cara Membiakkan Paramesium
Cara Membiakkan Paramesium

1. Potong rumput dan keringkan
2. Rendam rumput yang telah dikeringkan di dalam bikar yang mempunyai air parit atau air kolam
3. Biarkan selama 4 hari dan lebih
4. Selepas itu boleh ambil sampel air dan lihat di bawah mikroskop


Selamat mencuba!



12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6

$
0
0
Selepas keputusan SPM diumumkan, antara perkara yang sering menjadi pertanyaan adik-adik calon SPM adalah, apakah kelebihan naik tingkatan 6. Masing-masing cuba memikirkan strategi dan langkah terbaik bagi menentukan haluan yang lebih menjamin masa depan. Maka Tingkatan 6 adalah salah satu lagi pilihan yang tak boleh dipandang sebelah mata oleh mana-mana pihak. Jom kita tengok apa kelebihan bagi pelajar yang memilih untuk naik ke Tingkatan 6.


12 Kelebihan Naik Tingkatan 6
12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6

01. Terus Sambung Ijazah
Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.


02. Tempoh Setahun Setengah
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3 tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan. 


03. Kerja Kursus
Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.


04. Murid : Guru
Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.. ;)


05. Peluang ke IPT
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.


06. Setaraf Diploma
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 


07. Yuran Murah
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu. 


08. Ulang Subjek Gagal
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.


09. Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan 6 untuk diutamakan.


10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara. 


11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.


12. Perkara Tambahan
Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.


Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka laluan Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda!

kredit : Cikgu Mohd Radzif, SMK St Joseph, Kuching, Sarawak, Cikgu Nurbaida Akma, SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak dan Cikgu Norzuraini Abdul Mutalib, SMK Kuala Perlis, Perlis





Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2015

$
0
0
Bagi calon SPM 2014 dan STPM 2014 yang mendapat keputusan yang cemerlang, serta menepati beberapa kriteria lain, anda adalah amat digalakkan untuk memohon Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2015. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup dan sokongan pembangunan insaniah.

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2015
Peneraju Tunas Potensi


Syarat Kelayakan
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:

1. Bumiputera Warganegara Malaysia (lepasan SPM/STPM 2014)

2. Keputusan peperiksaan: 

  • SPM 2014 - Minima (mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)
           Atau
  • STPM 2014 - Minima (mendapat minima 5A bagi SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)
3. Pendapatan isi rumah  tidak melebihi RM 4, 000 sebulan

4. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi


Permohonan
Permohonan akan ditutup pada 15 Mac 2015 pada pukul 12 tengah malam. Yang berminat untuk memohon, boleh klik butang DAFTAR



Bagi yang berjaya terpilih untuk sesi temuduga, pastikan anda membawa dokumen lengkap, iaitu salinan yang telah disahkan; kad pengenalan dan sijil lahir calon, adik beradik serta ibubapa, bukti pendapatan ibubapa, salinan keputusan SPM 2014, salinan sijil penceraian / kematian, kad OKU. Jangan lupa juga bawa yang asal bagi tujuan pengesahan oleh pegawai bertanggungjawab.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat terus Iklan Peneraju Tunas Potensi


Semoga berjaya!






Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah 2015 / 2016

$
0
0
Calon-calon SPM 2014 yang mendapat keputusan cemerlang serta berkeinginan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2015 / 2016, bolehlah mula membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah 2015 / 2016


Permohonan secara atas talian ini akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatya pada atau sebelum 08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.


Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.

Oleh itu semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talin 02-8870 6627 / 6226


Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62 200 Putrajaya


Iklan : Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah 2015 / 2016



Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan

$
0
0
Apabila saya menerima panggilan telefon daripada Encik Johari, saya sangat lah teruja. Terus saya menyatakan setuju atas tawaran beliau. Ini kerana buat pertama kalinya saya akan melibatkan diri dengan program bersama anak-anak Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi seluruh negeri Kedah di bawah program Jabatan Zakat Kedah. Alhamdulillah atas rezeki. Dan alhamdulillah juga atas peluang jarang-jarang sekali ini.

Saya akan berkongsi teknik menjawab soalan Sains PT3 dengan adik-adik dari 'sekolah pondok' ini. Dan program akan berlangsung selama hampir 2 bulan, dengan melibatkan 18 buah sekolah SABK di 7 venue yang berbeza. Meletihkan jika dengar jadual dan komitmen yang nak diberikan. Tetapi atas dasar nak membantu adik-adik SABK ini, maka saya usahakan juga perkara ini agar menjadi realiti.



Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan


Sesi yang pertama berlangsung di Kem Kenari. Dalam surat tertulis, Kem Kenari di Kuala Nerang. Disebabkan saya nih pun baru je mula nak menjelajah balik semula ke bumi Semenanjung nih, maka mula lah bertanya rakan-rakan guru di sekolah jalan nak ke Kuala Nerang.

Sesampainya di sana, bila menghubungi mereka yang bertanggungjawab, rupanya saya dimaklumkan bahawa Kem Kenari tersebut berada di Yan! Penganjur salah letak alamat pada surat jemputan. Waaaaaaa... rugi masa saya sejam lebih di atas jalan kerana menuju ke arah yang berlainan. Walaupun hati bengkak atas kesilapan yang sepatutnya tak berlaku, tapi bila memikirkan anak-anak SABK yang nak diajar pada hari esoknya, maka ku gagahi juga menuju ke Yan, dengan sejam lebih juga perjalanan.



Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan


Mujurlah saya tak mengalami masalah ketika nak mencari Kem Kenari tersebut. Laluan menuju ke kem, hanya lah lorong kecil yang terletak berdekatan dengan Maktab Mahmud (Yan) arah menuju ke kawasan air terjun terkenal, Titi Ayun. 

Disebabkan dah tiba agak lewat, dalam jam 10 malam, maka saya ambil keputusan untuk terus berehat sambil membuat sedikit persediaan untuk esoknya. Daripada perbualan ringkas, maka tahulah saya ada 3 buah SABK yang akan ikut serta untuk minggu ini, iaitu sekolah pondok legenda zaman berzaman, iaitu SMA Taufikiah Khairiah al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pakya, SMA Daris dan juga Al-Maahad Addini Alor Setar.

Keesokan harinya, saya bangun awal dan mula bertegur dengan para pelajar semasa sarapan pagi. Sejuknya alahai  mata memandang melihat perwatakan pelajar-pelajar ini. Tertib. Sebaik sahaja sesi bermula, saya terus memulakan sesi perkenalan. Rupanya, terdapat juga beberapa orang pelajar dari negara jiran, Thailand yang bersekolah di SABK tersebut. 

Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan


Selesai memperkenalkan diri, maka saya mulakan sesi teknik menjawab soalan Sains PT3. Saya cuba sampaikan sebanyak mungkin maklumat yang sekadar termampu saya. Semoga perkongsian saya boleh membantu adik-adik tersebut untuk menjawab dengan lebih baik selepas ini. Yang lebih bagusnya kerana mereka bermula awal. Maka sempat lagi bagi mereka untuk belajar dengan betul sebelum menghadapi PT3 sebenar yang dijangka pada Oktober nanti.

Walaupun pada mulanya mereka malu-malu dan diam, tetapi lama kelamaan semakin bagus penerimaan dan respon mereka. Ada juga yang berani bertanya dan mencuba menjawab soalan. Beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam semasa sesi ceramah, saya hadiahkan dengan Kalender Solat 2015 Cikgu Hailmi (Edisi Terhad). Sebagai galakan untuk mereka, dan kawan yang lain.



Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan


Kesempatan ini juga saya ambil untuk bertanyakan kemudahan makmal di sekolah mereka. Rata-rata mereka mengatakan kemudahan adalah agak kurang memuaskan. Walau bagaimanapun keadaan adalah semakin baik dari masa ke semasa. Maka saya harapkan pihak yang bertanggungjawab, atau pun mungkin yang merasa terpanggil untuk datang menyediakan makmal yang lebih sempurna untuk adik-adik ini. 


Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan
Abang-abang dan kakak-kakak fasi

Sebelum mengakhiri sesi ceramah, sempat juga saya kongsikan beberapa idea dan teknik untuk belajar Sains dengan lebih baik. Penerapan unsur student-centred dan juga project based learning diharapkan dapat membantu adik-adik pelajar tersebut untuk keluar dari kelompok pemikiran biasa mereka.

Saya doakan semoga adik-adik ini berjaya dunia dan akhirat. AMin! ;)





Idea P&P Sains : Gambarajah Sistem Peredaran Darah

$
0
0
Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Ng Hui Lin. Penambahbaikan kepada idea-idea yang pernah dikongsikan oleh guru-guru Sains lain di group Cikgu Sains Kreatif. Idea adalah mengenai penyediaan bahan pembentangan oleh pelajar mengenai topik Sistem Peredaran Darah. Pelajar menggunakan bahan asas pembentangan seperti kad manila, marker dan juga kertas berwarna. Semoga bermanfaat.


Idea P&P Sains : Gambarajah Sistem Peredaran Darah


Idea P&P Sains : Gambarajah Sistem Peredaran Darah





Idea P&P Sains : Menghasilkan Adunan Tepung Untuk Bina Model Sains

$
0
0
Idea penyediaan bahan ini adalah dikongsikan oleh Cikgu Shalawati Abdullah. Memandangkan banyak juga projek Sains yang menggunakan plastisin bagi aktiviti, maka sebagai alternatif, adunan tepung boleh digunakan sebagai ganti. Ramuannya adalah tepung gandum, garam, minyak, air dan pewarna makanan. Lebihkan garam supaya mendapat adunan yang lebih lembut. Bagi hasil yang lebih baik, biarkan tepung diuli 2 ke 3 hari bagi memudahkan bila dibentuk dan tak patah serta tak kering. Selamat mencuba!


Menghasilkan Adunan Tepung Untuk Bina Model Sains


Menghasilkan Adunan Tepung Untuk Bina Model Sains




Menghasilkan Adunan Tepung Untuk Bina Model Sains


Menghasilkan Adunan Tepung Untuk Bina Model Sains








Idea P&P Sains : Bina Proses Mitosis (plastisin)

$
0
0
Idea pdp Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Nurulhasanah Md Hassan. Pelajar menggunakan plastisin bagi menunjukkan perubahan yang berlaku semasa proses mitosis. Pelajar juga melabelkan perubahan yang berlaku di setiap fasa, lengkap dengan penerangannya. 

















Viewing all 1602 articles
Browse latest View live