Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Apa Itu Transformer?

$
0
0
Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Harus difahami bahawa arus ulang alik (a.u) ialah arus elektrik yang arah alirannya berubah-ubah secara berterusan. Manakala arus terus (a.t.) ialah arus elektrik yang mengalir dalam satu arah sahaja.


Contoh transformer yang digunakan dalam industri
Contoh transformer yang digunakan dalam industri


Struktur Transformer
Transformer terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai berpenebat di setiap sisi teras itu.


Apa Itu Transformer?
Transformer

Arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung primer atau input menghasilkan perubahan medan magnet. Perubahan medan magnet tadi akan mengaruh voltan ulang alik dalam gegelung output, iaitu gegelung sekunder.

Terdapat 2 jenis transformer, iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun. Kedua-dua nya ada fungsi yang sedikit berbeza.

Jika dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, transformer memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses ini berjalan dengan baik.


Soalan HOTS : Bolehkah transformer digunakan untuk Arus Terus?


Transformers operate on the principle that current in a wire generates a magnetic field. And more importantly that a change in magnetic flux creates a current in a wire within that field. 
The input side of a transformer consists of multiple wraps around an iron core. The outputs is a similar set of wraps around the same core (the ratio of number of input wraps to output directly determines how much the voltage is transformed.) 
Since electricity in the output is dependent on CHANGE in magnetic flux, a DC input will not create any output except at the time it is switched on or off. So AC current is used which will continuously provide changing magnetic flux and therefore power at the outputs.
Sumber : http://www.quora.com/Why-dont-transformers-work-with-direct-current



Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memahami apa itu transformer, dan bagaimana trasnformer berfungsi. Semoga bermanfaat!




Transformer Injak Naik vs Transformer Injak Turun

$
0
0
Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai berpenebat, transformer boleh meningkatkan voltan atau pun menurukan voltan. Transformer terbahagi kepada 2 iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun.



Perbezaan transformer injak naik dan transformer injak turun
Transformer Injak Naik vs Transformer Injak Turun


Persamaan
1. Kedua-duanya mempunyai gegelung primer dan gegelung sekunder
2. Kedua-duanya beroperasi dengan menggunakan arus ulang alik
3. Kedua-duanya mempunyai gegelung yang dililit pada satu teras besi lembut


Perbezaan
1. Bilangan lilitan pada gegelung primer berbanding gegelung sekunder
Transformer Injak Naik adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung sekunder.
Transformer Injak Turun adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung primer.

2. Voltan output 
Voltan output bagi Transformer Injak Naik adalah lebih tinggi daripada voltan input
Voltan output bagi Transformer Injak Turun adalah lebih rendah daripada voltan input



Idea Pdp : Membina Rantai Makanan dan Piramid Makanan

$
0
0
Perkongsian idea pdp Sains mengenai rantai makanan dan piramid makanan ini adalah idea asal daripada Cikgu Khairunnisa Mohd Amin. Beliau ada kongsikan di group Cikgu Sains Kreatif dengan rakan - rakan guru yang lain bagi membantu pengajaran dengan lebih mudah mengenai topik ini. Jom kita tengok bagaimana cara beliau melaksanakan pdp bagi topik ini.


Letakkan cawan bergambar di atas meja.. 
Then minta pljr susun cawan mengikut rantai makanan yang mungkin.. 
Pastikan pengeluar di bhgn paling bawah.. 
The top should be the last consumer..




Drpd tindanan cups, pljr akan bina rantai mknn dan piramid mknn.. 

Kalo ada bnyk cup, cikgu leh letak gambar lain dan minta pljr bina rantai mknn lain yg mungkin.. 

Then leh campur rantai2 mknn menjadi siratan mknn.. 
Emotikon smile






Done! Ini hasilnya! 

Cup utk pengeluar sy colour hijau (tp xbrp nampak dlm gambar), 
utk setkan kt minda pljr bhw, tumbuhan adalah pengeluar 
dan pengeluar perlu berada di bawah@ pemula rantai makanan..





Hasil keseluruhan.. Pljr saaangat enjoy!! 
Emotikon smile
 selamat mencuba!! 
Emotikon smile




Amacam? Hebat tak perkongsian daripada Cikgu Khairunnisa Mohd Amin nih?. Saya sendiri merasakan idea pdp ini adalah sangat menarik dan boleh digunakan dengan berkesan dalam pdp Sains.

Sekadar penambahbaikan, catkan dulu semua cawan kertas yang merupakan Pengeluar dengan warna hijau. Guru-guru Sains di luar sana, Selamat mencuba!



Idea P&P Sains : Kalori dan Diet

$
0
0
Bagi topik menilai kepentingan makanan bernutrisi dan juga mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat, saya mencari bahan yang berkaitan di Internet bagi membantu pdp saya. Dalam rancangan saya, pelajar akan berlakon sebagai seorang Dietician, dan akan merancang satu set makanan bagi seseorang individu.

Oleh sebab nak merangkumkan 3 objektif dalam satu aktiviti, maka saya sediakan 10 keping gambar individu dari latar belakang yang berbeza. Jantina, umur, aktiviti dan perkara-perkara lain yang berkaitan. 


Idea P&P Sains : Kalori dan Diet


Setiap satu kumpulan akan dibekalkan dengan Jadual Pengambilan Kalori Harian Mengikut Aktiviti yang dimuatturun dari https://www.getfit.tn.gov/fitnesstracker/calorie_levels.pdf. Jadual ini sesuai untuk digunakan dalam aktiviti ini memandangkan ada menyediakan umur, jantina dan juga jenis aktiviti. 

Maka pelajar akan menganggar dan menentukan umur serta tahap aktiviti yang dijalankan oleh individu yang dipilih oleh mereka. Di sini, pelajar harus mempertimbangkan semua faktor-faktor lain yang mungkin boleh mempengaruhi pengambilan kalori bagi individu tersebut.

Idea P&P Sains : Kalori dan Diet


Selepas merujuk kepada Jadual Pengambilan Kalori Harian Mengikut Aktiviti, dan menentukan nilai kalori yang sesuai bagi individu yang dipilih, maka pelajar perlu merancang diet yang sesuai untuk satu hari, bermula daripada sarapan pagi, sehinggalah makan malam.

Pelajar boleh menggunakan senarai makanan yang boleh diperolehi daripada Jadual Kalori Makanan Malaysia. Artikel asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Tetapi dengan menggunakan browser Chrome, saya translate terus kepada Bahasa Melayu bagi memudahkan pelajar saya. Tapi nasihat saya, sila buat semakan semula senarai selepas translate. Kadang-kadang ada yang tak sesuai dan tak difahami.

1. Jadual Kalori Makanan Malaysia
1. What Factors Affect Your Calorie Needs?
2. Calculating Your Recommend Daily Calorie Intake


Pada awalnya pelajar mengalami sedikit masalah untuk merancang makanan. Walaubagaimanapun, masalah ini diatasi dengan membantu pelajar menyenaraikan terlebih dahulu apa yang kebiasaannya mereka makan pada setiap hari. 

Kemudian buat ubahsuai sedikit bergantung kepada keperluan kalori individu yang dipilih. Pelajar juga perlu menyediakan pemakanan yang seimbang, bukan sekadar makan sahaja.


Idea P&P Sains : Kalori dan Diet

Idea P&P Sains : Kalori dan Diet

Idea P&P Sains : Kalori dan Diet

Idea P&P Sains : Kalori dan Diet


Bagi memberi kelainan, persembahan perlu dinyatakan dalam bentuk lukisan. Dan berwarna. Pelajar juga mesti nyatakan nilai kalori bagi setiap makanan yang dipilih. Ini kerana semasa pembentangan nanti, pelajar lain perlu mengira kalori yang dicadangkan oleh kumpulan yang membentangkan.

Pemerhatian saya, penglibatan pelajar agak memuaskan terutamanya bila part menentukan makanan mana yang perlu dipilih. Masing-masing bertungkus lumus mengira bagi memastikan pengambilan kalori adalah bertepatan. Meriah apabila masing-masing cuba memberikan pendapat dan mempertahankan alasan masing-masing dengan makanan pilihan.

Idea P&P Sains : Kalori dan Diet

Idea P&P Sains : Kalori dan Diet


Sesi akhir diteruskan dengan pembentangan, dimulakan dengan anggaran faktor terhadap individu yang dipilih, nilai kalori seharian, makanan pilihan dan kalori. Rakan-rakan dari kumpulan lain yang mendengar, perlu melakukan pengiraan bagi membuktikan pilihan makanan adalah betul dengan nilai kalori yang dicadangkan.

Bagi yang nak tengok sedikit proses p&p yang berlangsung, boleh tonton lebih lanjut video di bawah. Jemput juga komen jika ada penambahbaikan yang boleh dilakukan.




Untuk aktiviti ini, masa yang saya gunakan adalah 2 waktu untuk persediaan bahan, dan 1 waktu untuk sesi pembentangan. Jika pelajar yang lebih baik, boleh gunakan 1 waktu untuk persediaan dan 1 waktu untuk pembentangan. 

Semoga bermanfaat dan selamat berkongsi!



Julat Gred Sekolah Rendah (SR) Untuk Tahun 2015

$
0
0
Laman web SAPS yang rasmi, iaitu http://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php telah mengeluarkan pemberitahuan Penambahbaikan kepada Julat Baru Gred Sekolah Rendah (SR) bagi Tahun 2015 pada 9 Februari 2015 yang lalu. Berikut adalah gred markah terbaru mengikut SAPS.


Julat Gred Sekolah Rendah (SR) Untuk Tahun 2015
Julat Gred baru Sekolah Rendah (SR) untuk Tahun 2015
Sumber : http://sapsnkra.moe.gov.my/new.php?ids=35


Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F, maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).





Julat Gred Menengah Rendah (MR) Untuk Tahun 2015

$
0
0
Laman web SAPS yang rasmi, iaitu http://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php telah mengeluarkan pemberitahuan Penambahbaikan kepada Julat Baru Gred Menengah Rendah (MR) bagi Tahun 2015 pada 9 Februari 2015 yang lalu. Berikut adalah gred markah terbaru mengikut SAPS.

Julat Gred baru Menengah Rendah (MR) tahun 2015
Julat Gred baru Menengah Rendah (MR) tahun 2015

Sumber : http://sapsnkra.moe.gov.my/new.php?ids=32


Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F, maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).





Julat Gred Menengah Atas (MA) Untuk Tahun 2015

$
0
0
Laman web SAPS yang rasmi, iaitu http://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php telah mengeluarkan pemberitahuan Penambahbaikan kepada Julat Baru Gred Menengah Atas (MA) bagi Tahun 2015 pada 9 Februari 2015 yang lalu. Berikut adalah gred markah terbaru mengikut SAPS.


Julat Gred baru SAPS Sekolah Menengah (SM) tahun 2015
Julat Gred baru Sekolah Menengah (SM) tahun 2015

Sumber : http://sapsnkra.moe.gov.my/new.php?ids=31




Julat Gred Baru SAPS 2015

$
0
0
Laman web SAPS yang rasmi, http://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php telah mengeluarkan pemberitahuan penambahbaikan kepada julat gred baru SAPS bermula tahun 2015. Penambahbaikan julat gred ini merangkumi julat gred bagi Sekolah Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas. Berikut adalah julat gred baru SAPS bagi tahun 2015.


Sekolah Rendah (SR)

Julat Gred Baru SAPS 2015 Sekolah Rendah (SR)


Menengah Rendah (MR)

Julat Gred Baru SAPS 2015 Menengah Rendah (MR)


Menengah Atas (MA)

Julat Gred Baru SAPS 2015 Menengah Atas (MA)





Sistem Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik di Malaysia

$
0
0
Penghantaran elektrik adalah bermula di Stesen Janakuasa dan akan berakhir di rumah anda. Tapi tahukah anda bagaimana elektrik dapat dihantar dan diagihkan ke seluruh Malaysia? 

Sistem Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik di Malaysia
Sistem Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik di Malaysia

1. Penjana di stesen janakuasa akan menghasilkan ARUS ULANG ALIK dengan voltan yang tinggi, 11kV atau 25kV.
2. Arus ini akan memasuki stesen transformer (Transformer Injak Naik)
3. Voltan akan ditingkatkan daripada 11kV / 25kV kepada 132k,275kV atau 500kV.
4. Ini adalah bagi tujuan membolehkan elektrik dihantar ke tempat yang jauh dan mengurangkan kadar kehilangan elektrik melalui haba semasa dipindahkan.
5. Arus ulang alik ini kemudiaannya dialirkan melalui rangkaian kabel penghantaran yang lebih dikenali sebagai Rangkaian Grid Nasional

Rangkaian Grid Nasional
Rangkaian Grid Nasional

6. Arus ulang alik mengalir ke kawalan kawasan dan lapangan suis.
7. Kemudiannya, arus ulang alik ini dialirkan melalui satu lagi stesen transformer (Transformer Injak Turun)
8. Voltan akan diturunkan kepada kawasan-kawasan mengikut keperluan.
9. Kawasan industri berat menerima bekalan arus ulang alik pada 33kV
10. Kawasan industri ringan menerima bekalan arus ulang alik pada 11kV
11. Pejabat dan rumah menerima bekalan arus ulang alik pada 240V



3 Minggu di SMK Jerlun

$
0
0
Sedar tak sedar dah 3 minggu saya berada di sekolah baru, SMK Jerlun. Perjalanan rutin harian juga kini sudah berubah. Dah tak sama macam dulu, masa berada di Sibu, Sarawak. Susah juga untuk saya nak sesuai kan diri di tempat sendiri, sebab dah lama berada di bumi orang. Rasa kekok. Tapi makin lama, dah semakin ok.


Minggu Pertama
Teringat lagi saya hari pertama melangkah kaki mendaftar di SMK Jerlun. Segala-galanya baru. Orang-orang sekeliling. Pelajar. Rakan guru. Sekolah pun baru buka pada tahun 2014. Segala macam perasaan bercampur. Ada rasa excited, sebab nak merasa pengalaman baru di sekolah baru. Nak mula bekerja dengan anak-anak baru dan rakan-rakan baru. Dan juga nak menyambung legasi, visi dan misi saya di sekolah baru. 



SMK Jerlun, Kedah
SMK Jerlun, Kedah

Dalam pada itu, pasti ada juga rasa takut. Takut dengan penerimaan mereka terhadap saya. Takut dengan apa yang bakal saya lalui, sama ada seperti yang saya harapkan, atau jauh menyimpang dari angan-angan saya. Namun, sentiasa ingatkan diri, supaya sentiasa positif, fikir yang baik-baik, inshaAllah yang datang pun baik-baik juga.

Sekalipun hari pertama nih nampak saya tersengih sepanjang hari di sekolah, namun jauh di sudut hati, perasaan sedih hanya Tuhan yang tahu. Sedih terkenangkan saat-saat indah bersama pelajar dan rakan guru di Sarawak. Seminggu juga saya 'meroyan' sorang-sorang menahan kerinduan terhadap mereka. 

Ada juga ketikanya, mahu saja saya isi semula borang tukar ke sana semula. Namun bila kembali berfikiran waras, saya tetapkan hati, ini lah yang saya cari selama ini. Alangkah tak bersyukurnya saya, jika apa yang saya selalu usahakan, dengan bersungguh-sungguh, bila dah ditunaikan, senang-senang pula kita tolak balik. Langsung tak bersyukur. Maka saya redho dengan pilihan saya kini.



Gambar pertama di SMK Jerlun, Kedah
Gambar pertama di SMK Jerlun, Kedah

Saya pujuk hati dengan niat asal saya mahu kembali ke kampung halaman, demi menjaga dua ibubapa di rumah. Impian saya Tuhan makbulkan. Sekolah baru ini hanya 20 minit dari rumah saya. Malah kini saya setiap hari dapat melihat kedua ibubapa saya, kerana saya berulang alik ke sekolah. Berapa ramai yang inginkan peluang yang begini, sedangkan saya bila diberi kesempatan, tidak mahu pula bersyukur... 

Maka langkah awal saya mengatasi kerinduan terhadap mereka di Sarawak adalah dengan memutuskan dulu hubungan buat sementara waktu. Seminggu pertama, langsung saya tak menelefon, menghantar sms, atau apa-apa lagi bentuk perhubungan. Bukan niat nak melupakan, tapi mahu mengurangkan rasa rindu supaya tak terbawa-bawa pula. Kesian anak-anak SMK Jerlun yang perlukan kerjasama dari saya jika saya masih belum pulih cepat-cepat.

Langkah kedua yang saya buat, adalah banyakkan berkunjung ke kantin. Bunyi macam lucu, tetapi itulah hakikatnya. Kantin bagi saya adalah tempat utama berkumpulnya guru-guru dan staf sekolah. Tempat bersosial. Tempat untuk melupakan seketika kesibukan tugas sebagai guru. Maka saya ambil peluang di kantin ini untuk berkenalan dan mula bersosial dengan rakan guru-guru di sini.

Ternyata strategi saya menjadi. Dari sana saya mula mengenali lebih ramai rakan guru yang lain. Ternyata mereka langsung tak lokek untuk nak berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sebagai guru senior. Dan untung juga berada di sekolah dengan hanya ada 37 orang guru. Maka lebih cepat untuk saya mengenali setiap daripada mereka.



Penceramah LADAP untuk tajuk 'PLC'
Penceramah LADAP untuk tajuk 'PLC'

Minggu pertama ini juga saya diberi peluang untuk menjadi penceramah bagi Latihan Dalam Perkhidmatan untuk tajuk "PLC". Tak sangka kan? Tidak lah saya pandai sangat mengenai ilmu PLC ini. Tetapi sekadar meneruskan perkongsian saya. Saya beranikan diri juga sebab sebelum ini juga saya pernah melibatkan diri dengan PLC. Maka saya anggap ini adalah usaha pengukuhan ilmu yang saya sedia ada.



Minggu Kedua
Minggu kedua rasanya jauh lebih baik. Saya cuba kembali mengatur langkah saya di SMK Jerlun ini.  Kembali menyusun perancangan apa yang boleh saya sumbangkan kepada sekolah. Sekolah baru. Tentulah banyak perkara lagi yang perlu dibuat. Mujur lah adanya blog ini, yang memberi nilaitambah kepada saya untuk bertapak di sekolah ini.

Sebaik saja pihak pentadbir mengetahui bahawa saya adalah seorang jurulatih sofbol, maka pihak sekolah telah memutuskan untuk menukarkan Kelab Bola Keranjang kepada Kelab Sofbol. Pucuk yang dicita, ulam mendatang. Tentulah saya sangat gembira, kerana masih dapat meneruskan minat saya di sekolah baru ini. InshaAllah saya akan buat yang terbaik untuk pasukan sofbol SMK Jerlun.



Kelab Sofbol SMK Jerlun
Kelab Sofbol SMK Jerlun

Kecenderungan saya kepada bidang penghasilan video juga sesuai dengan kelab baru saya, iaitu Kelab ICT. InshaAllah saya akan gerakkan kumpulan pelajar video saya melalui kelab ini. Kebetulan pula pertandingan mencipta video, Liga Remaja Kreatif 2015 juga sudah bermula. Maka saya akan gunakan peluang ini untuk mempertaruhkan hasil pelajar yang lebih baik. InshaAllah!


Disebabkan saya juga belum mempunyai sebarang pelapis bagi pasukan sofbol dan juga pasukan video, maka usaha menggerakkan kumpulan ini telah dimulakan seawal minggu kedua. Awal kan? Sebab banyak lagi yang perlu dipolish! Tapi pengalaman banyak membantu saya kali ini. Sesi awal adalah lebih bertujuan kepada memperkenalkan pelajar-pelajar di sini untuk berminat dengan sofbol dan juga video. 



Kumpulan pelajar yang terlibat semasa bengkel pembikinan video
Kumpulan pelajar yang terlibat semasa bengkel pembikinan video

Sambutannya dah tentulah biasa-biasa saja. Ramai yang belum kenal sofbol. Ramai yang belum tahu pembikinan video. Tapi saya teruskan lagi untuk beberapa kali. Sebab saya percaya promosi dari mulut ke mulut itu adalah promosi yang terbaik. Ternyata selepas 3 4 kali latihan dan bengkel yang saya adakan, bilangan penyertaan pelajar adalah lebih ramai berbanding sebelumnya. Misi mencari pelajar dah berjaya!


Walaupun baru beberapa hari di sini, alhamdulillah saya juga sudah diberi peluang untuk keluar bagi urusan taklimat/bengkel/kursus. Berbeza sungguh dengan pengalaman sebelum ini. Kali pertama adalah bagi Taklimat Petrosains Science Show Competition 2015 di PPD Kota Setar dan kali kedua adalah untuk Mesyuarat Panitia Sains Kubang Pasu bagi tahun 2015 bertempat di SMK Megat Dewa.



Ketua Panitia dan Guru Cemerlang Sains PPD Kubang Pasu bagi tahun 2015
Ketua Panitia dan Guru Cemerlang Sains PPD Kubang Pasu bagi tahun 2015

Peluang bertemu dengan semua Ketua Panitia Sains dan juga Guru Cemerlang  seluruh PPD Kubang Pasu adalah sesuatu yang mengujakan saya. Dengan senarai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ini, inshaAllah perkara-perkara seperti ini akan dapat meningkatkan lagi keprofesionalismean saya sebagai seorang guru Sains. Saya akan kongsikan nanti di blog jika ada sebarang perkembangan terbaru. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.



Minggu Ketiga
Minggu ketiga saya dah tentulah kembali sibuk seperti biasa. Selain daripada sibuk dengan melatih pelajar untuk sofbol dan video, sempat juga saya teruskan lagi usaha-usaha perkongsian p&p Sains di blog dan di facebook Cikgu Sains Kreatif. Naik semangat lagi apabila, semakin ramai rakan guru Sains yang terus berkongsi idea p&p mereka di dalam kelas. Terima kasih semua!



Antara perkongsian idea p&p Sains yang berlangsung di facebook 'Cikgu Sains Kreatif'
Antara perkongsian idea p&p Sains yang berlangsung di facebook 'Cikgu Sains Kreatif' 

Pelajar dan guru di sekolah baru ini juga semakin ramai saya kenal. Dah mula ada connection. Senang masa nak berurusan nanti. Samaada semasa berkerja, atau pun semasa di dalam kelas. Komitmen guru dan pelajar di sini juga menyebabkan saya turut bersemangat untuk berkerja dengan lebih kuat. Mungkin juga sebab sekolah baru. Maka ramailah pihak yang rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menaikkan nama sekolah. 


Kesimpulannya saya rasakan saya dah buat yang terbaik untuk mula bekerja di sini. Iaitu 'hati' mesti kena ada dulu. InshaAllah yang lain tu akan datang kemudian. Terima kasih juga untuk rakan-rakan guru baru dan lama yang banyak memberi kata-kata semangat untuk saya sepanjang melalui fasa perubahan ini. InshaAllah saya akan buat yang terbaik, seperti mana yang telah saya lakukan sebelum ini


Untuk pelajar-pelajar dan rakan guru di SMK Luar Bandar Sibu, Sarawak; terima kasih untuk kenangan, terima kasih untuk pengajaran, terima kasih untuk pengalaman dan terima kasih untuk segala-galannya. Tidak akan sesekali saya melupakan jasa baik kalian! Akan saya kenang sampai bila-bila.. Saya pasti, akan ada kesempatan untuk kita bertemu lagi.. 




Kitar Nitrogen

$
0
0
Kitar Nitrogen adalah suatu kitar semula jadi yang menukarkan nitrogen di udara kepada sebatian nitrat oleh tumbuhan dan haiwan. Kita perlu tahu bahawa 70% daripada udara adalah terdiri daripada Nitrogen. Akan tetapi, Nitrogen ini tidak boleh terus digunakan oleh haiwan mahupun tumbuhan. Ianya perlu ditukar kepada sebatian nitrat. Jadi, siapa yang menjalankan tanggungjawab ini?



Kitar Nitrogen dan kepentingannya
Kitar Nitrogen dan kepentingannya

Maka ada 3 keadaan yang boleh membantu menukarkan gas nitrogen tadi kepada bentuk yang boleh digunakan, iaitu melalui 

1) Tindakan kilat (semulajadi)
2) Bakteria Pengikat nitrogen (ada pada akar tumbuhan)
3) Pereputan (penguraian kepada sebatian ammonium)


Sebatian nitrat yang dihasilkan kemudiannya akan digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan kemudiannya dimakan oleh haiwan. Haiwan kemudiannya mati. Pereputan berlaku. Haiwan reput akan ditukar kepada sebatian ammonium. Sebatian ammonium ditukar kepada nitrat oleh bakteria penitritan. Kemudiannya, proses berulang. Inilah yang dikatakan Kitar nitrogen!


Kepentingan Kitar Nitrogen
1) Memelihara kesuburan tanah
2) Membekalkan nitrat kepada tumbuhan
3) Mengekalkan keseimbangan Nitrogen dalam udara



Idea P&P Sains : Keratan Daun Saderi Melalui Mikroskop

$
0
0
Idea menarik ini datangnya daripada Cikgu Suriana Buang. Selepas melakukan eksperimen mengkaji pengangkutan air melalui xilem, daun saderi (celery) tadi dipotong dan dilihat dengan menggunakan mikroskop. Lebih menarik apabila gambar yang diambil di bawah adalah dengan cara meletakkan kamera handphone di kanta mata mikroskop. Tentu ramai yang nak cuba lepas nih kan.. ;)










Ini pula gambarajah Xilem yang dikongsikan oleh Cikgu Izwan Azura.











Idea P&P Sains : Kesan Kekurangan Nutrisi

$
0
0
Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Amanz Samad di group Cikgu Sains Kreatif. Aktiviti pembentangan ini melibatkan topik kekurangan nutrisi. Pelajar diarahkan berada dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan menerima sekeping gambar penyakit yang berkaitan dengan kekurangan nutrisi. Pelajar dikehendaki membuat penerangan berdasarkan kepada gambar.













Idea P&P Sains : Bina Model Sel

$
0
0
Perkongsian daripada Cikgu Siti Ainul Mursyida berkenaan topik daripada subjek Biologi Tingkatan 4. Membina model sel dengan menggunakan polistrine, plastisin dan bahan terbuang. Cantik.. Rasa macam nak makan.. ;)






Ini pula adalah perkongsian daripada Cikgu Suriana Buang. Hasil lebihan doh yang digunakan bagi eksperimen Sains Tingkatan 5 dijadikan bahan utama untuk menghasilkan model sel. Tahniah!











Ini pula adalah perkongsian daripada Cikgu Husrita Hussin semasa kelas Biologi bersama pelajarnya, kelas 4 Al Jazari dari MRSM Transkrian. Comey2 jer model sel nye.. Tahniah untuk cikgu dan pelajar.



























Idea P&P Sains : Bina Model Sistem Urinari (Plastisin)

$
0
0
Idea pdp Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Norhanis Shuhada Azmi bagi tajuk Sistem Urinari Manusia. Penghasilan model adalah dengan menggunakan plastisin. Labelkan juga bagi memudahkan pelajar mengingat bahagian-bahagian dan struktur yang ada pada sistem urinari. 














Idea P&P Sains : Stomata Melalui Mikroskop

$
0
0
Aktiviti ini dikongsikan oleh Cikgu Miryanti Hashim semasa eksperimen bagi melihat  stomata dalam daun. Gambar diperolehi dengan cara tangkap terus daripada kanta mata mikroskop. Daun pula tak dapat dikenalpasti memandangkan pelajar main pakai ambik jer. 














Idea P&P Sains : Bina Model Sistem Urinari (Bahan Terbuang)

$
0
0
Idea menarik ini dikongsikan oleh Cikgu Syafiqah Sophia. Topik sistem urinari manusia. Cikgu boleh gunakan coffee filter, masukkan dalam ginjal (botol air). Kemudian tuangkan air suling yang dicampurkan setitis pewarna merah ke dalam botol tersebut. Ia dianggap sebagai darah. Coffer filter akan menuras air merah tersebut menjadi jernih (seperti fungsi ginjal). Selamat mencuba.





Idea P&P Sains : Label Koordinasi Hormon

$
0
0
Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Hanafizar Hanafi Napi Atan mengenai tajuk koordinasi hormon. Guru memberikan gambar dan pelajar akan melabel koordinasi hormon yang ada pada badan manusia. 







Idea P&P Sains : Label Bahagian Otak

$
0
0
Idea pdp Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Hanafizar Hanafi Napi Atan berkenaan dengan tajuk Otak. Guru menggunakan pendekatan melabel struktur dan bahagian otak. Selain itu bagi menambahkan minat pelajar terhadap pelajaran juga, pelajar dikehendaki mewarna lukisan tersebut. 










Idea P&P Sains : Bina Model Otak

$
0
0
Idea menarik ini dikongsikan oleh Cikgu Cherkoryu Lim bagi topik Otak. Pembelajaran menjadi lebih menarik dengan menggunakan model seperti ini. Pelajar perlu membina model otak dengan menggunakan kelalang dasar bulat, bikar dan plastisin. 













Viewing all 1602 articles
Browse latest View live