Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 ke Aliran Sains Berdasarkan PT3

$
0
0
Rupa-rupanya KPM telah mengeluarkan Surat Siaran Bilangan 22 Untuk tahun 2014, bagi menjelaskan Kriteria kemasukan murid tingkatan 4 ke aliran Sains berdasarkan keputusan PT3. Surat siaran yang bertarikh 30 Disember 2014 tersebut, menyebutkan dengan jelas kriteria keputusan pelajar yang digalakkan untuk mengikuti kelas aliran Sains.


Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 ke Aliran Sains Berdasarkan PT3


Dalam surat siaran tersebut, KPM menggariskan beberapa kriteria kemasukan murid tingkatan 4 ke aliran Sains. Secara ringkasnya, 


1) murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi Sains dan Matematik DIGALAKKAN memohon


2) murid yang mendapat gabungan A/C, B/C atau C/C bagi subjek Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua subjek, serta berminat untuk aliran Sains berdasarkan keputusan Ujian Psikometrik 


3) Kes Khas : murid yang mendapat gabungan A/D, B/D atau C/D bagi subjek Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua subjek, serta berminat untuk aliran Sains berdasarkan keputusan Ujian Psikometrik 


4) murid yang mendapat E bagi mana-mana subjek Sains atau Matematik TIDAK DIGALAKKAN mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4.


Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kriteria kemasukan ini, anda boleh download surat siaran tersebut di SINI.


NOTA : 5 Tips Memilih Aliran Yang Sesuai Untuk Pelajar PT3




Syarat Memohon Kursus NPQEL

$
0
0
Kursus NPQEL atau nama penuhnya Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leads) adalah program bagi melatih pemimpin pelapis oleh Institut Aminuddin Baki. Menariknya, Program NPQEL mod baru ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka dan juga e-learning. Jadi ini membolehkan peserta mengikuti kursus, tanpa perlu memohon cuti belajar, atau pun melepaskan jawatan hakiki yang disandang.


Syarat Memohon Kursus NPQEL


Bagi guru-guru yang berminat untuk memohon bagi mengikuti Kursus NPQEL ini, berikut adalah syaratnya:


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak hendaklah memenuhi syarat berikut:

1.1 Pemohon mestilah sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan sekarang pada tarikh permohonan

1.2 Kelayakan Akademik dan Ikhtisas:
       * Bagi calon PPPS (guru sekolah rendah/menengah) hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya
       * Bagi calon PPPLD hendaklah sekurang-kurangnya memiliki SPM/MCE atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya

1.3 Pemohon hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan pada tarikh permohonan

1.4 Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A (purata 85 markah ke atas) bagi tempoh 3 tahun terkini.

1.5 Pemohon tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahakamah.

1.6 Pemohon mestilah sihat fizikal dan mental. Pemohon dikehendaki mengemukakan laporan kesihatan jika perlu

1.7 Pemohon bukan merupakan pegawai yang sedang mengikuti kursus atau pengajian di mana-mana institusi di bawah tajaan Kerajaan Malaysia.



Bagi rakan guru yang mempunyai minat serta berkebolehan dalam menjadi seorang pemimpin di sekolah yang baik, anda adalah sangat digalakkan untuk memohon. Yang berminat, boleh terus ke laman web http://aplikasi.iab.edu.my/npqel/default2.aspx untuk maklumat lanjut berhubung info, syarat dan permohonan NPQEL yang terkini. Semoga berjaya!


Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

$
0
0
Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.


Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21
Contoh susunatur kelas abad ke 21

3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire adalah konsep yang memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah ruang pembelajaran individu untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.



Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21


Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21


Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21


Semoga perkongsian ini memberi input dan sedikit gambaran berhubung dengan contoh dan keperluan yang perlu ada bagi sesebuah kelas abad ke 21. Selamat beramal! ;)

Boleh rujuk 10 Ciri Pembelajaran bagi Kelas Abad ke 21 untuk maklumat lanjut

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

$
0
0
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.


10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
Ciri pembelajaran abad ke 21


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp


3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor


6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas


8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja


10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran



Boleh rujuk Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21 bagi maklumat lanjut



Panduan Menguruskan Perpindahan Guru Semenanjung ke Wilayah Asal

$
0
0
Pertukaran saya ke Semenanjung baru-baru ini banyak memberi panduan dan serba sedikit maklumat yang mungkin berguna kepada rakan lain yang memerlukan. Sukar juga nak cari maklumat berguna saat kita sibuk menguruskan pertukaran dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Selesai saja menguruskan pertukaran saya, maka saya kongsikan panduan ini bagi membantu rakan guru yang memerlukan sedikit tips dan panduan ketika menguruskan pertukaran balik berkhidmat ke wilayah asal. Semoga bermanfaat!



Panduan Menguruskan Pertukaran Guru Semenanjung ke Wilayah Asal



01. Dokumen Wajib Ada

Bagi memudahkan urusan anda menguruskan pertukaran ini, saya cadangkan beberapa dokumen dan salinan fotostatnya disimpan dengan baik oleh anda dalam satu fail. Ini kerana, fotostat bagi dokumen penting ini banyak digunakan sepanjang berlangsungnya proses ini. 

Antara dokumen penting tersebut adalah :
- Surat Penempatan Kali Pertama
- Surat arahan pertukaran
- Green Card kereta (geran)
- Salinan IC
- Salinan buku akaun
- Salinan slip gaji terkini

Dokumen-dokumen ini sekadar cadangan. Anda boleh tambah lagi senarai, jika merasakan ada lagi dokumen berkaitan yang diperlukan. Buat lah dalam beberapa salinan (5 salinan dah ok) bagi memudahkan kerja anda kemudian hari nanti. Jangan sampai nanti, dokumen penting tak dapat nak ditunjukkan semasa diminta, sebab fail dah naik kargo!




02. Urusan Gaji
Urusan gaji juga perlu diberi perhatian awal. Ini kerana urusan perpindahan sebegini, jika salah caranya akan menyebabkan terputusnya pembayaran gaji anda. Tentu tak nak kan?. Walaupun untuk sebulan sahaja, tetapi lebih baik dielakkan dan pastikan pembayaran gaji adalah berjalan seperti biasa.  Malah dalam surat arahan perpindahan juga ada menyatakan bahawa anda perlu menyelesaikan slip gaji akhir sebelum mula bertugas ke sekolah baru. 


Oleh kerana pemberian elaun yang tidak sama bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak, maka baik juga jika anda berurusan dengan kerani sekolah lama. Ada kerani sekolah yang proaktif, akan menghentikan pembayaran Elaun EPW (Elaun Perumahan Wilayah) dan juga Elaun BIW (Bayaran Insentif Wilayah) supaya anda tidak terlebih menerima bayaran setelah kembali berkhidmat ke wilayah asal. 

Kemudian, sekembalinya ke sekolah baru, maka uruskan lah pula bagi Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan juga Elaun COLA. Maka, tak akan ada kes terlebih bayar, sebaliknya anda pula yang akan menerima tunggakan elaun. So, pilih lah mana yang berkenan di hati.. ;)



03. Elaun Gangguan
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa, bagi guru yang dapat berpindah ke Semenanjung, anda layak untuk memohon Elaun Gangguan. Elaun ini adalah bersamaan dengan sebulan gaji pokok anda. Tak dapat pula saya pastikan atas apa tujuan elaun ini diberikan, tetapi berkemungkinan kerana 'gangguan' yang dialami semasa proses pertukaran stesyen. Dapatkan borang daripada kerani sekolah anda dan lengkapkan dengan segera sebelum pulang berkhidmat di stesyen baru.

Bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai Elaun Gangguan, anda boleh rujuk di SINI



04. Nota Serah Tugas
Nota Serah Tugas adalah dokumen penting bagi menyempurnakan urusan perpindahan anda dari stesyen lama ke stesyen baru. Di dalamnya ada terkandung beberapa perkara penting yang berkaitan dengan penyerahan tugas kita. 





Antara maklumat yang terkandung dalam Nota Serah Tugas adalah :
- Surat rasmi penyerahan tugas
- Surat penyerahan dan akuan terima
- Senarai jawatan
- Kedudukan terakhir tugas-tugas belum selesai
- Senarai hartabenda / peralatan
- Kedudukan kewangan / akaun
- Lampiran senarai serahan tugas
- Lain-lain

Sebaiknya, selesai mendapatkan tandatangan daripada mereka yang bertanggungjawab dan berkaitan, maka buatlah beberapa salinan untuk diberikan kepada PK1, Ketua Panitia, Ketua Ajk dan juga untuk simpanan sendiri. Senang urusan di masa akan datang, jika terdapat sebarang masalah di kemudian hari.



05. Urusan Kargo
Bagi yang dah berkhidmat genap atau lebih 5 tahun perkhidmatan di Sabah atau Sarawak, anda layak untuk memohon kemudahan Elaun perpindahan (tak ingat nama betulnya) atau juga lebih dikenali dengan Elaun Kontena. Kemudahan kontena ini memanglah merupakan sesuatu yang mampu meringankan beban pegawai kerajaan apabila bertukar ke wilayah asal. Kalau tak, banyak juga kos yang nak dikeluarkan untuk mengangkut semua perabot atau peralatan rumah yang lain.



Panduan Menguruskan Pertukaran Guru Semenanjung ke Wilayah Asal
Sekadar gambar hiasan

Bagi yang layak (wajib cukup 5 tahun!) kemudahan kontena ini diberi mengikut status anda. Jika bujang, kelayakan adalah hanya 5 meter padu, tidak termasuk kereta. Manakala bagi peruntukan berkahwin pula, mencapai sehingga 10 meter padu hingga 15 meter padu bergantung kepada usia dan bilangan anak. Tanya kerani anda untuk maklumat lebih lanjut berhubung isipadu kelayakan.


Anda juga dikehendaki mengambil ukuran isipadu ( panjang x lebar x tinggi) bagi setiap kotak bagi menganggarkan sebut harga yang perlu dibuat. Kemudian tender dibuka, dan syarikat dengan sebut harga dan kelayakan terbaik akan dipilih. Kemudian syarikat tersebut akan terus berurusan dengan anda. Berjanji tarikh untuk diorang datang bungkus dan ambil barang di rumah. 

Selalunya syarikat turut menawarkan khidmat pembungkusan secara percuma. Walau bagaimanapun ada juga yang tidak. Maka sila rujuk syarikat tersebut, sebelum anda memulakan kerja membungkus. Tapi secara peribadi, lebih baik kita yang bungkus sendiri supaya lebih senang urusan kita nak mengecam barangan dan juga ketika melabel nanti.



Panduan Menguruskan Pertukaran Guru Semenanjung ke Wilayah Asal
Syarikat forwarders yang terpilih akan datang ke rumah anda

Kebanyakannya adalah menjanjikan khidmat door to door service. Ambil di rumah dan juga hantar terus ke rumah baru. Tapi lebih baik bertanyakan dengan syarikat tersebut deal sebenar antara kita dan mereka. Takut nanti ada salah faham yang berlangsung. Kebiasaannya dalam tempoh 2 - 3 minggu, maka barang dan kereta anda akan tiba di alamat kediaman baru. Sediakan juga salinan IC dan green card (geran kereta) bagi tujuan pelepasan kastam untuk kereta anda nanti.

Satu lagi ingatan adalah, memandangkan tempoh yang panjang untuk barang tiba ke alamat baru, maka simpan lah beberapa set pakaian kerja dalam beg bagasi untuk terbang bersama anda nanti. Banyak kes juga beberapa rakan yang terpaksa keluarkan duit untuk shopping baju kerja baru kerana menunggu kontena yang belum sampai!





06. Kuarters / Rumah Sewa
Bagi yang menetap di kuarters guru, maka jangan lupa juga untuk isi borang keluar rumah sebelum balik. Selesaikan urusan yang berkaitan seperti bil air dan bil elektrik, dan bil utiliti lain yang berkaitan. Demikian juga halnya dengan guru-guru yang menyewa rumah sewa. Lebih-lebih lagi bagi yang akan meninggalkan rumah sewa tersebut tanpa berpenghuni. 

Jangan lupa juga uruskan untuk menutup semula akaun bil air dan bil elektrik yang didaftarkan atas nama anda. Jika tiada pilihan, tukarkan kepada nama rakan guru yang lain sebagai penama baru.



07. Penangguhan lapor diri

Bagi rakan guru yang menjangkakan tidak sempat untuk menyelesaikan semua urusan sebelum masa lapor diri, maka dinasihatkan supaya anda memohon penangguhan lapor diri dengan kebenaran sekolah baru, dan juga daripada sekolah lama. Jika kena dengan alasan yang munasabah dan logik, saya rasa dah tentu pengetua sekolah baru akan memberi kebenaran untuk anda menangguhkan proses lapor diri untuk seminggu dua. Rujuk contoh surat penangguhan lapor diri seperti di bawah.





Surat penangguhan lapor diri ini adalah sebagai dokumen rasmi yang membuktikan bahawa anda masih melakukan tugas di stesyen lama. Juga sebagai bukti bahawa anda masih menjalankan tugas. Ini kerana ada juga kes 'terputus perkhidmatan' ketika berlaku pertukaran stesyen dan akhirnya akan memberi kesan semasa pencen nanti. 

Walaupun diberi kebenaran, pastikan anda juga mempercepatkan proses menguruskan urusan di stesyen lama, supaya lebih cepat anda lapor diri, lebih kurang masalahnya nanti. 




08. Tuntutan Perpindahan Stesyen
Selain daripada diberi faedah menuntut Elaun Gangguan, guru yang bertukar juga diberikan Tuntutan Perpindahan Stesyen di mana tiket kapal terbang untuk ke stesyen baru juga boleh dituntut. Termasuk juga dalam tuntutan ini adalah elaun lojing / hotel dan elaun makan untuk 8 hari, iaitu 3 hari di stesyen lama dan 5 hari di stesyen baru.



09. Fail Peribadi & Buku Perkhidmatan
Sebagai makluman, Fail Peribadi anda tidak boleh dibawa balik dan akan terus disimpan di stesyen lama. Jika ada surat lantikan atau apa-apa dokumen penting, maka sebaiknya anda buat satu salinan bagi simpanan anda di masa akan datang. 

Buku Perkhidmatan pula bagi yang disimpan di sekolah, akan dikemaskini terlebih dahulu oleh pihak sekolah, sebelum dihantar ke JPN stesyen baru. Buku Perkhidmatan tersebut kemudiaannya akan disimpan oleh JPN / PPD / Sekolah bergantung kepada pengurusan JPN negeri tersebut. Sebaiknya juga simpan satu salinan sebagai rujukan anda.



10. Perkara Tambahan
Bagi memudahkan urusan membungkus barang, maka lebih baik sekiranya anda sediakan kotak kosong sebanyak mungkin bagi memudahkan kerja anda. Saiz kotak tidak perlu terlalu besar, dan jangan lah pula terlalu kecil. Yang sedang-sedang saja. Sekiranya bagi keperluan buku / majalah, maka sebaiknya guna kotak yang lebih kecil saiznya. Berat!

Sediakan juga set peralatan untuk membungkus, seperti selotap, gunting, pisau, tali rafia, pen marker dan yang difikirkan perlu. Ini kerana, set peralatan ini akan diperlukan sepanjang proses pembungkusan, sehinggalah kotak yang terakhir. Maka lebih baik asingkan set tadi sebelum anda tersilap simpan lebih awal.

Bila berpindah stesyen, sekurang-kurangnya anda kena sediakan duit sebanyak rm2000 - rm3000 bagi tujuan menguruskan keperluan dan juga sebagai wang pendahuluan untuk tiket dan lain-lain. Ada yang boleh dituntut dan ada juga yang tidak boleh dituntut kembali. Maka mulalah menabung sekarang.. ;)



Ini adalah sedikit panduan yang saya dapat kongsikan dengan rakan guru yang memerlukan maklumat yang diperlukan ketika nak menguruskan pertukaran pulang ke Semenanjung, sama ada dari Sabah atau Sarawak. Jika ada kekurangan, boleh maklumkan kepada saya di ruangan komen di bawah untuk ditambah atau diperbetulkan. Semoga artikel ini membantu mereka yang memerlukan! Selamat berkhidmat di tempat baru.. ;)


Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)

$
0
0
Saya kongsikan satu contoh vitae kurikulum yang boleh digunakan rakan guru. Vitae kurikulum terdiri daripada maklumat peribadi, rekod perkhidmatan, pencapaian, senarai kursus yang dihadiri dan juga catatan perkara yang berkaitan. Semoga rakan guru mendapat manfaat daripada perkongsian ini.


Contoh Vitae Kurikulum (SPL KPM)
Contoh Vitae kurikulum (SPL KPM)




Kredit untuk penyumbang bahan, Cikgu Ismail Mat Sulaiman; admin Group Facebook "Kami Guru Malaysia". Terima kasih!


RPT 2015 bagi Subjek Sains, Fizik, Kimia, Biologi

$
0
0
Rancangan Pengajaran Tahunan ataupun lebih dikenali sebagai RPT merupakan antara dokumen penting yang digunakan dalam merancang pengajaran sepanjang tahun. Perancangan Rancangan Pengajaran Tahunan ini melibatkan beberapa dokumen lain seperti takwim persekolahan, dan juga huraian sukatan pelajaran. Di sini saya kongsikan RPT 2015 bagi subjek Sains, Fizik, Kimia dan Biologi, yang disumbangkan oleh rakan guru Sains di luar sana. 

RPT 2015 bagi Subjek Sains, Fizik, Kimia, Biologi
Rancangan Pengajaran Tahunan 2015

Sains Tingkatan 1



Sains Tingkatan 2



Sains Tingkatan 3



Sains Tingkatan 4



Sains Tingkatan 5



Fizik Tingkatan 4



Fizik Tingkatan 5



Kimia Tingkatan 4



Kimia Tingkatan 5



Biologi Tingkatan 4



Biologi Tingkatan 5




Jutaan terima kasih kepada semua guru yang menyumbang! Ternyata kerjasama kolaborasi antara guru Malaysia akan memberi impak yang lebih berkesan dan bermakna kepada dunia pendidikan kita. Teruskan berkongsi, demi kebaikan anak didik kita.. Semoga bermanfaat kepada semua!



Kenangan Akhir di Bumi Sibu Sarawak Dengan Pelajar

$
0
0
Rasanya ramai yang dah tahu, mengenai pertukaran saya ke Kedah. Kini dah tak lagi berkhidmat di bumi Sibu, Sarawak. Tempat posting pertama saya. Tempat saya menimba ilmu sebagai seorang guru. Tempat yang penuh dengan kenangan. Dan tempat yang penuh dengan perasaan. Namun, rezeki dan ketetapan Allah itu jauh mengatasi segalanya. Maka saya akur dengan pilihan saya, sekalipun ada rasa rindu dan kesedihan yang melampau bila terkenangkan anak murid dan rakan-rakan di sana. 

Sebenarnya, sebaik sahaja saya mula mengetahui perkhabaran pertukaran saya, saya dah mula menghubungi ramai bekas pelajar dan juga pelajar yang masih saya ajar pada tahun 2014. Hajat saya hanya satu sahaja, iaitu nak bertemu dengan mereka. Mungkin juga ada sesetengah adalah untuk bertemu buat kali terakhir!



Kenangan Akhir di Bumi Sibu Sarawak Dengan Pelajar
Kenangan terakhir di bumiSibu, Sarawak

Seorang demi seorang saya aturkan perjanjian. Dan sebaik sahaja kaki saya menjejak ke bumi Sibu, maka saya mulakan satu demi satu pertemuan akhir tersebut. Sedih! Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya nak menyatakan kepada mereka bahawa saya kini sudah tidak berkhidmat di bumi Sarawak lagi. 

Mana tak sedih, bila ada sebahagiannya yang saya dah anggap seperti keluarga sendiri. Ada ketikanya, mahu saja menitis air mata ini, tapi saya tabahkan juga hati bagi memberi sedikit kekuatan untuk mereka. Bahawa mereka juga mampu 'survive' tanpa saya! 

Bagi mengabadikan kenangan terindah tersebut, maka saya rakamkan melalui lensa kamera telefon murah saya nih. Sebanyak mungkin. Semoga dengan adanya gambar-gambar tersebut, dapat juga saya mengimbau kembali kenangan bersama mereka, suatu ketika nanti. Saya sertakan di bawah ini juga, sedikit kisah mengenai kenangan antara saya dan mereka.



Charry Fressly dan keluarganya.
Ini pelajar yang banyak beri 'tuah' untuk saya.
Masa dia Tingkatan 1 (2012), saya 'tangkap' dia untuk belakon
Video Kasut Kelopak Jantung - The Movie
Hasilnya, video tu sekarang dah ditonton hampir 189 000 view kat Youtube.

Naik tingkatan 2 (2013), sekali lagi saya gunakan untuk belakon
Antartika Lestari, anjuran USM
Tak sangka, boleh dapat Naib Johan Peringkat Kebangsaan

Naik Tingkatan 2 (2014) saya upgrade tugas beliau untuk jadi Pengarah
Liga Remaja Kreatif, Jalur Lebar Untuk Pendidikan
dan hasilnya..
Johan Peringkat Kebangsaan!

Kunjungan saya ke Rumah Dingon, Sekuau.
Roland, Jessica, Arzona, Claudia, Gebsson, Andrew Megong,Desmond dan Cikgu Ngayon

Rh Dingon nih banyak tinggalkan kenangan untuk saya.
1. Semasa shooting bagi ANT2014
2. Shooting bagi video Johan LRK2014

Selfie bersama pelajar dari Rh Dingon, Sekuau

Jackson Tinggi dan Maxkiyon di Sekuau

Steven Mulok, Jaysam Minggai, Claudya Dujong, Steven Wong, Reynold Ansi dan Harry Badul.
Mereka nih saya ajar sejak dari Tingkatan 1 (Sains) hinggalah mereka Tingkatan 5 (Kimia)

Gebbson Belawan, dari Rh Dingon, Sekuau.
Antara pelajar yang selalu menghubungi saya.
Kenangan dengan sofbol, sebagai 1st base terbaik.

Hari terakhir, Gebbson berikan saya sebilah Parang Iban (Ilang) yang cantik!
Hadiah kenang-kenangan dari familynya..
TQ!

Bonica Stella dan Celinea Sani.
Dua gadis comel nih memang besfren sejak dari T1 hingga T6.

Asalnya bukan budak sukan
Lemah lembut, sopan santun je keduanya.
Tapi lepas dipaksa oleh saya, rupanya ada bakat terpendam.
Wakil sofbol, sehingga ke peringkat Sarawak.

Hebat kan?

Christopher Klin dan Harry Boi.
Kedua-dua nya pemain sofbol saya.

Franklaen aka Alin

Justine Jilom di Kampung Melinau, Selangau.
Walaupun tak ajar, tapi Jilom nih antara pelajar yang baik dengan saya.

Bersama keluarga Nicholas Ampong dan Marylin Yin di Pasar Selangau.

Sumiyati, Marilyn Yin dan Nicholas Ampong.
Saya ajar mereka Sains dari Tingkatan 1 - 3.
Masih berhubung sekalipun mereka lepas tu berpindah ke MRSM Mukah.

Keluarga Nicholas Ampong,
antara keluarga yang baik dengan saya sepanjang di Sibu

Warren Jambi
Anak kepada bekas Pengerusi PIBG, Encik Dali Merawing.
Saya memang tak pernah ajar dia, tapi selalu bertegur di asrama.
Sejak dari KP, sehingga lah meninggalkan sekolah.
Walaupun gaya macam rock sket, tapi pandai hormat cikgu

Keluarga Steward Selan di Rh Senabong, Selangau
Antara keluarga yang saya paling rapat di Sibu

Stanley Surang.
Pelajarnya sedikit nakal, sekalipun bapa adalah Tuai Rumah
Tapi masih tahu hormat cikgu.
Saya antara cikgu yang rapat dengan dia.
Semoga jadi lebih baik nanti yer..

Encik Kinaphine, Rh Tatom, Tabau Stapang
Satu lagi keluarga yang saya rapat di Sibu

Aki dan Inek Palong di Rh Tatom.
Masa saya nak bawak cucunya ke KL, sempat Inek nih datang bisik kat saya
"Jauh d mai ucu ku bejalai.. nyaga ia manah aok.. "

"Jauh kamu bawak cucu saya berjalan..jaga dia baik-baik yer.. "

Adik Sebastian Sandai,
adik kepada seorang pelajar saya di Rumah Tatom, Tabau, Stapang
Adik Sebastian nih sebenarnya penghidap Autism.
Saya antara orang yang sentiasa mengikuti perkembangan dia.

Saat akhir masa saya nak meninggalkan rumah panjang dia,
Dia menangis.. minta nak ikut..
Alahai... ;(

Ellecy, Rh Gisang. Pelajar yang cukup suka panggil saya Cikgu Zizan.
Hanya kerana hidung.. haishhh.. 

Jicky Richard dan Jarau Richard.
Dulu ajar si abang (Jarau), kemudian ajar si adik plak (Jicky)

Fazzley aka Pok,
generasi kedua saya ajar selepas kakaknya, Peggy Alista Dayang

Keluarga Adika Ikom dan Norannatasha.

Marvine Rayong, pitcher sofbol saya

Keluarga Ohkie Belun
Ini juga antara keluarga yang betul mengenali saya.
Kakak kepada Ohkie, Theresa juga anak didik saya

Halifean. Pelajar harapan untuk meneruskan misi drama di sekolah.
Tapi menunjukkan kurang minat sket.
Semoga dia gembira dengan apa minat dan kesukaan nya

Adik kepada Steward Selan.
Tak ingat plak nama dia..;)

Bersama bapa kepada Steward Selan, Desmond Lorens dan Ruma

Tading Renang.
Ini pun antara pelajar yang selalu hubungi saya

Jicky.
Pemain sofbol saya yang berjaya melayakkan diri mewakili Sarawak

Steward Selan, dari Rh Senabong, Selangau antara pelajar yang baik dengan saya.

Jeannidy Ajang.
Pelajar kelas belakang, tapi sangat hormat dengan cikgu.

Lilian Tan May Fern.
Kacukan Iban dan Cina
Antara pelajar perempuan yang sangat baik dengan saya.

Hari berjumpa nih, dia sanggup tumpang aunty dia datang ke Sibu.
Sebab rh panjang dia terletak hampir 2 jam perjalanan dari Sibu.
Taching kan?

Keluarga Cikgu Stanley dan Cikgu Margaret
Antara family yang saya baik di Sibu.
Saya ajar Roderick dan Sophea.
Roderick juga termasuk team yang Johan LRK2014.
Moga terus mengharumkan nama Sarawak yer..

Ini di Rh David, jalan Sekolah Sang Ming.
Robert Jimbun dan Joseph.
Kedua-dua nya saya ajar, dua-dua saya baik.

Gebbson dan Warren Jambi.
Malam nih diorang datang ambik saya bawak pegi tengok wayang.
"The Seventh Son"

Buat short trip ke Kem PLKN Bukit Saban sebab nak jumpa 2 pelajar nih.
Ohkie Belun dan Jasmine Samai.
Banyak kenangan dengan diorang.
Jadik Johan LRK2013 dan juga masa pegi KL CONVERGE!

Simon Peter, antara batch pelajar pertama yang baik dengan saya.

Maxson Avit dan Mackolas Galang.
Dua beradik nih saya baik sebab dua-dua nya pernah berlakon untuk saya.
Cuma rezeki tak dek nak pegi jauh.

Franke Jabang.
Setiap kali dia jumpa saya, pasti dia akan cakap,
"Kerana cikgu lah saya berada di MRSM sekarang.."
Touching kan?

Lagi sedih, bila dia sanggup datang nak jumpa saya dari rumah dia di Arip,
kira-kira 2 jam untuk ke Sibu, dengan alasan,
"blom tau lagi bila nak dapat jumpa cikgu pasnih... "
( T - T )

Ini kenangan dengan Charry Fressly bersama adik dia
semasa saya berkunjung ke rumah mereka dalam ladang Dijih.

Norshila dan adik beradiknya.
Walaupun dah pindah ke SAKURA (Sains Kuching)
tetapi masih berhubung dengan saya sehingga kini.
All da best untuk SPM nanti yer!

Pelajar-pelajar asrama yang selalu menolong saya

Pelajar asrama yang selalu datang tegur-tegur saya

Ryness Janggu, Billy pelajar tingkatan 3 2014
Herman Untam dan Christina Adang
Kedua-dua nya memang sangat baik dengan saya.
Setiap kali balik dari cuti universiti, pasti diorang akan datang ke sekolah untuk bertemu dengan saya.

Jackson Insa, Alexander Iba, Helmi dan Maxwell Igat.
Pelajar kelas belakang, tapi yang ini lah yang selalu dok ingat kat cikgu dia nih.. 

Joedexpher dan Jane Vanessa.
Selalu gak menolong saya untuk benda-benda drama nih.

Harapan saya tak lain dan tak bukan, mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga mereka juga menjadi insan yang berjaya seperti orang lain. Semoga mereka baik-baik saja di sana. Dan.. semoga juga saya ada kesempatan dan peluang untuk bertemu mereka, sekali lagi, suatu hari nanti!





Kenangan Akhir di Bumi Sibu Sarawak Dengan Rakan Guru

$
0
0
Tak lengkap rasanya jika saya catatkan perjalanan kisah hidup saya di bumi Sarawak, tanpa menyertakan kehadiran insan-insan di sekeliling yang sentiasa memberi sokongan kepada saya setiap masa. Sejujurnya, mereka ini lah juga antara orang yang tak pernah bosan menjadi tukang kritik, pemotivasi, dan pendengar kisah saya yang setia. 

Sebilangan mereka punya kehebatan yang tersendiri, yang saya sendiri pun cukup kagum! Malah ada yang saya setkan sebagai mentor, dan sebagai "keluarga angkat" saya sepanjang berada di bumi Sibu, Sarawak. Jom teruskan melihat gambar akhir kenangan saya bersama mereka, beserta sedikit coretan kenang-kenangan antara saya dan guru-guru hebat ini.



Adeline Annet dan Wilma Ngian

Kedua-dua kawan baik nih memang antara yang kamceng ngan saya
Banyak projek saya diorang support
Semoga terus berjaya dengan pasukan kebudayaan mereka
Geng wanita kental nih!

Geng Pembantu Makmal

Mereka-mereka ini lah yang banyak menolong saya semasa di makmal
TQ banyak atas segala pertolongan selama ini

Madam Pamela Senek dan Siew Haw Siong

Siew Cikgu Koperasi dan seorang pencinta Apple.
Cool jer orangnya, dari dulu sampai sekarang

Madam Pamela, guru senior yang paling saya respek
Sifat keibuan dia sentiasa mengingatkan saya kepada mak saya
Tapi paling ingat, tentulah tong gas sakti
Yang dah ditempah oleh Madam Pamela sejak zaman-berzaman!

Cikgu Mackie Juing

Ketua Panitia yang merangkap mentor saya
Juga merangkap 'abang angkat' saya
Serius saya banyak belajar daripada GC Kimia nih
InshaAllah, jasa baik dia akan saya sentiasa ingat

Cikgu Stephen Wong dan Cikgu Hakim

Cikgu Stephen cikgu ragbi
Tengok badan dah rasa gerun, tapi orang nya baik je
Tak pernah pun hayun tangan kat budak, walaupun gagah perkasa camtu

Cikgu Hakim nih housemate saya semasa saya mula-mula sampai ke Sarawak
Lepas dah kawin, maka tinggallah saya sorang-sorang kat kuarters..
Kesian kan?.. ;)

Cikgu Mackie Juing, Cikgu Jit Kayan, Cikgu Judo Usop, Cikgu Minggu Alun

Geng-geng guru senior yang ada kelebihan masing-masing.

Cikgu Peter Limbau

Cikgu Peter nih baru je berpindah ke SMKLBS
Tapi dah rasa macam dah lama lak kenal dia kat sini
Hebat orangnya..
Baru dilantik jadi PK1
Akademik bagus, Ko-kurikulum pun dia bagus

Saya doakan Cikgu Peter Limbau nih bakal jadi Pengetua di Sibu suatu hari nanti!

Cikgu Tuan Asmadi, Cikgu Thomas Majing, Cikgu Jason Menga

Cikgu Sity Salang

Ini sorang lagi mentor saya di sini
Guru Cemerlang Sains
Walaupun Cikgu Sity dah berpindah sekolah, tapi masih lagi berhubungan dengan beliau
Baik orangnya..

TQ jugak untuk hadiah Pua Kumbu hand-made kenang-kenangan!

Cikgu Andy Janang

Member se-cube, geng emcee dan pa sistem sekolah
termasuk teman bergurau senda yang tahap melampau
Seronok kerja ngan Cikgu Andy nih, sebab dah sama-sama faham tugas masing-masing
Rindu nak bergandingan untuk majlis-majlis di sekolah

Bakal jadi jutawan nih.. ;)

Cikgu Mackie Juing dan isteri, Cikgu Dina Uyo

Sekali lagi bergambar bersama mentor dan isteri
Terima kasih untuk hadiah best daripada diorang
Topi Kayan daripada manik yang sangat cantik!

Cikgu Beatrice Bangkang

Ini memang geng keras, nak bergurau-gurau
Sangat memahami dan antara gengforeva yang terakhir masih ada kat sini
Suaminya, Cikgu David pun dah dapat berpindah ke Sibu.
Tahniah..

Target saya, suatu hari nanti, mesti dia boleh jadi PK Ko-K!

Cikgu Joshua, Cikgu Jerry Morris Unong, Cikgu Peter Coelho

Team Sofbol Sibu yang the best!
Best sungguh ler 8 tahun nih membangunkan sofbol di Sibu bersama-sama mereka
Kuat team tok!

Cikgu Mujib, Cikgu Ibrahim, Cikgu Busang, Cikgu Hakim, Cikgu Janting, Cikgu Peter Limbau

Geng-geng guru barisan pertama yang berkerja keras sama-sama membangunkan sekolah

Cikgu Chai Ming Yong, Cikgu Lim Kuo Hung, Cikgu Siew Haw Siong

Cikgu Chai nih saya panggil dia 'ce ce' (kakak)
Dia kan panggil saya 'di di' (adik)

Memang suami isteri nih ler yang banyak bantu saya semasa saya memohon GC dulu
Kedua-dua pun juga adalah GC
Sangat membantu dari semua segi.
Semoga mereka terus berjaya!

Geng Pejabat dan Barisan Pentadbir

Alhamdulillah
Berpeluang untuk bergambar kenangan dengan semua staf pejabat
Dan juga barisan pentadbir
Dari Pengetua, Mr Wong Teck Ling
PK1, Cikgu Peter Limbau
PK HEM, Cikgu Hassan Samu
PK KOKO, Cikgu Ibrahim Jahar
dan
Mantan Pengetua, Mr Tan Hock Sang

Cikgu Jennie Dato

Ini pun antara my bestfriend kat sini
Sama posting
Banyak membantu, terutamanya bila bab nak translate mentranslate

TQ Jennie, sebab selalu menyokong segala usaha aku! ;)

Cikgu Ling Eung Fu

Cikgu BM nih memang baik
Sangat baik
Muka selalu serius, tapi bila bab bergurau, memang ble pecah perut ketawa

Orang dia hebat! GC BM!
So saya jangkakan dia pun akan jadi Pengetua suatu hari nanti!

Cikgu Thomas Majing

Ini memang kawan baik nih..
Paling best kalau bergabung pasal drama ke,
buat video ke, buat persembahan ke
Idea cikgu Thomas nih memang superb
Semoga terus berjaya!

Cikgu Belle Mahonie

Ahmoi cantik nih geng sePanitia dalam Kimia
Rajin orangnya, baik je

Cikgu Minggu Alun, Cikgu Jackswell, Cikgu Jason Menga

Ini ler geng lepak kat cube kitorang
Para 'penjenayah' yang suka buat havoc.. ;)

Cikgu-Cikgu SK Pelugau

Ini kenangan masa saya melawat diorang wat kali terakhir sebelum balik
Sedap sungguh Nasi Kerabu!

Cikgu Achmed Ckhalifh

Ini membe baik giler untuk geng sofbol Sibu
Sama-sama bersusah payah mulakan sofbol di Sibu
Sama-sama berkerja keras menaikkan sofbol Sibu
Bab bergurau takyah cakap ler
Memang best betoi!

Ini pun saya target akan jadi orang besar dunia pendidikan di Sarawak, suatu hari nanti.. 

Dan tak lupa juga kepada rakan-rakan guru Semenanjung yang bersama-sama untuk majlis makan malam perpisahan kat port baru. Terima kasih atas sokongan, dorongan dan bantuan anda semua selama ini. Saya sangat2 menghargainya.. TQ juga untuk hiasan dinding yang sangat handsome! Memang wajib gantung tu di rumah ku nanti.








Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mula-mula menabur bakti. Bersama-sama mereka yang hebat nih, menjadikan diri saya sentiasa ada motivasi nak bekerja. Jasa baik mereka semua dalam ingatan saya. Semoga mereka juga suatu hari nanti berjaya dalam apa yang mereka hajatkan!



p/s: Ada lagi sebilangan mereka-mereka yang hebat, tapi tak berkesempatan untuk bertemu. InshaAllah ada peluang, saya ceritakan pula pasal mereka.




Apa Yang Perlu Ada Dalam Minit Curai?

$
0
0
Minit Curai adalah laporan ringkas yang ditulis oleh guru yang menghadiri kursus, bengkel, mesyuarat atau perkara yang seumpamanya dengan tujuan tidak berlaku kecairan maklumat untuk disampaikan kepada barisan pentadbir dan juga AJK Latihan Dalam Perkhidmatan peringkat sekolah nanti. Kandungan Minit Curai adalah terdiri daripada butiran mengenai Taklimat / Bengkel / Kursus / Mesyuarat yang dihadiri, agenda atau perkara yang dibincangkan semasa berlangsungnya majlis dan juga tindakan yang perlu diambil oleh pihak yang berkenaan.


Senarai Kandungan Minit Curai



Senarai Kandungan Minit Curai
Contoh Minit Curai

Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan guru lain yang tercari-cari bahan atau maklumat untuk menyediakan Minit Curai di sekolah masing-masing. Selamat berkongsi!



Jadual Peperiksaan Awam 2015

$
0
0
Bagi mereka yang tercari-cari Jadual Peperiksaan Awam bagi peperiksaan UPSR, PT, SPM dan STAM bagi tahun 2015, anda boleh jadikan ini sebagai rujukan. Tidak pula saya katakan ini adalah yang muktamad, tetapi boleh digunakan sebagai panduan bagi rakan guru merancang apa yang patut bagi perkembangan akademik anak didik kita. Selamat Merancang!


Jadual Peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STAM 2015
Jadual Peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STAM 2015

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat terkini berhubung tarikh sebenar Jadual Peperiksaan Awam 2015, anda boleh melawat terus laman web KPM (http://www.moe.gov.my/v/takwim-peperiksaan) atau terus ke laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia (http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?lang=en)


Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 5

$
0
0
Berikut adalah tajuk-tajuk bagi matapelajaran Sains Tingkatan 5 mengikut sukatan KBSM. Sukatan terdiri 6 tema, dengan 7 bab yang perlu dikuasai oleh pelajar.



Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 5




BAB 1 MIKROORGANISMA DAN KESANNYA TERHADAP BENDA HIDUP
1.1 Memahami pengelasan mikroorganisma
1.2 Mensintesis idea tentang faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
1.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang mikroorganisma berfaedah
1.4 Menganalisis kesan mikroorganisma berbahaya kepada manusia
1.5 Menganalisis cara-cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
1.6 Memahami cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
1.6 Memahami cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma (idea pdp)
1.7 Menyedari kewujudan mikroorganisma yang dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan manusia dan keseimbangan alam



BAB 2 NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN
2.1 Menilai kepentingan mengambil makanan bernutrisi dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat
2.2 Menganalisa keperluan nutrient oleh tumbuhan
2.3 Menganalisis kitar nitrogen dan kepentingannya
2.4 Menghargai kepentingan amalan pengamalan nutrisi yang baik



BAB 3 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
3.1 Menganalisis keseimbangan alam semula jadi
3.2 Menganalisis kesan pencemaran terhadap alam sekitar
3.3 Mensintesis idea tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan pengawalan pencemaran
3.4 Menilai kepentingan pengurusan sumber alam secara terancang dalam mengekalkan keseimbangan alam
3.5 Mengamalkan sikap tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar



BAB 4 SEBATIAN KARBON
4.1 Menganalisis kepelbagaian sebatian karbon
4.2 Menganalisis alkohol dan kesannya terhadap kesihatan
4.3 Menganalisis lemak dan kesannya terhadap kesihatan
4.4 Menganalisis kelapa sawit dan kepentingannya terhadap pembangunan Negara
4.5 Menganalisis proses pembuatan sabun daripada minyak dan tindakan pencucian sabun
4.6 Memahami polimer semula jadi
4.7 Menghargai kajian saintifik terhadap penggunaan sebatian karbon untuk kesejahteraan hidup



BAB 5 GERAKAN
5.1 Menganalisis gerakan kenderaan di atas darat
5.2 Menganalisis konsep laju, halaju dan pecutan
5.3 Memahami konsep inersia
5.4 Mengaplikasikan konsep momentum
5.5 Mensintesis konsep tekanan
5.6 Mengaplikasi prinsip sistem hidraulik dalam kehidupan seharian
5.7 Menganalisis gerakan kenderaan di air
5.8 Menganalisis gerakan kenderaan di darat
5.9 Menghargai kebolehan dan kreativiti manusia dalam mencipta dan mereka bentuk kenderaan untuk kesejahteraan hidup



BAB 6 TEKNOLOGI MAKANAN DAN PENGHASILAN MAKANAN
6.1 Menganalisis kaedah dan bahan yang digunakan dalam teknologi pemprosesan makanan
6.2 Menganalisis cara untuk meningkatkan pengeluaran makanan
6.3 Menghargai sumbangan teknologi dalam pengeluaran makanan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup
6.4 Mengamalkan pemikiran kritis dan analitis dalam membuat pemilihan makanan yang diproses



BAB 7 BAHAN SINTETIK DALAM INDUSTRI
7.1 Memahami polimer sintetik
7.2 Menganalisis plastik
7.3 Mengamalkan sikap tanggungjawab dalam pelupusan polimer sintetik






Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 4

$
0
0
Berikut adalah tajuk-tajuk bagi matapelajaran Sains Tingkatan 4 mengikut sukatan KBSM. Sukatan terdiri daripada 6 tema, dengan 8 bab yang perlu dikuasai oleh pelajar.



Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 4




                                                    BAB 1 PENYIASATAN SAINTIFIK
1.2 Menyedari kepentingan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik



BAB 2 KOORDINASI BADAN
2.1 Memahami koordinasi badan
2.2 Memahami sistem saraf manusia
2.3 Menganalisa koordinasi saraf
2.4 Memahami peranan proprioreseptor dalam mengekalkan keseimbangan dan koordinasi
2.5 Memahami otak manusia dan kerencamannya
2.6  Memahami koordinasi kimia dalam badan
2.7 Menganalisa koordinasi antarasistem saraf dengan sistem endokrin
2.8 Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan.
2.9 Menganalisa kesan pengambilan alkohol berlebihan terhadap koordinasi badan dan kesihatan
2.10 Menyedari kepentingan minda yang sihat dan baik



BAB 3 KETURUNAN DAN VARIASI
3.1 Memahami proses pembahagian sel.
3.2 Memahami prinsip dan mekanisme pewarisan
3.3 Memahami penentuan seks anak dan kejadian kembar pada manusia.
3.4 Memahami mutasi
3.5 Menilai kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia
3.6 Menganalisa variasi dalam hidupan
3.7 Menyedari kepentingan mematuhi etika dalam penyelidikan genetik


BAB 4 JIRIM DAN BAHAN
4.1 Menganalisa perubahan keadaan jirim
4.2 Memahami struktur atom
4.3 Mengaplikasi idea tentang nombor proton dan nombor nukleon dalam unsur
4.4 Memahami pengelasan unsur dalam Jadual Berkala
4.5 Memahami sifat bahan berdasarkan zarah yang terdapat di dalamnya
4.6 Memahami sifat-sifat dan kegunaan bahan logam dan bukan logam
4.7 Menganalisa kaedah penulenan bahan
4.8 Menghargai kepelbagaian sifat dan keadaan bahan memberi manfaat kepada
manusia



BAB 5 TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA
5.1 Memahami perubahan fizik dan kimia
5.2 Menganalisa perubahan haba dalam tindak balas kimia
5.3 Mensintesiskan siri kereaktifan logam
5.4 Mengaplikasikan siri kereaktifan Logam
5.5 Memahami elektrolisis
5.6 Memahami penghasilan tenaga elektrik daripada tindak balas kimia
5.8 Menghargai sumbangan inovatif Kebijaksanaan manusia memanfaatkan tindak balas kimia sebagai sumber tenaga



BAB 6 TENAGA NUKLEAR
6.1 Memahami bahan radioaktif
6.3 Menyedari keperluan mengendalikan bahan radioaktif dengan cara yang betul



BAB 7 CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN
7.1 Mensintesiskan pembentukan imej oleh cermin satah dan kanta.
7.2 Mensintesiskan pembentukan imej oleh alatan optik
7.3 Menganalisa penyebaran cahaya
7.4 Menganalisia penyerakan cahaya
7.5 Menganalisa penambahan dan penolakan cahaya berwarna
7.6 Mengaplikasikan prinsip penolakan cahaya berwarna
untuk menerangkan kehadiran objek berwarna.
7.7 Menganalisa kesan pencampuran pigmen
7.8 Menilai kepentingan warna dalam kehidupan harian
7.9 Menghargai penciptaan pelbagai alatan optik dalam memberi manfaat kepada manusia



BAB 8 BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN
8.1 Memahami sifat sifat aloi dan kegunaannya dalam industri
8.2 Menganalisa penghasilan dan penggunaan ammonia dalam industri
8.3 Menganalisa kesan pembuangan bahan sisa industri terhadap alam sekitar
8.4 Menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari pencemaran sisa buangan industri untuk kepentingan manusia sejagat







Idea Pdp : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

$
0
0
Bagi pengajaran dan pembelajaran bagi topik "Cara Merawat Penyakit yang Berkaitan dengan Mikroorganisma", saya mencuba kaedah perbincangan dalam kumpulan buat pertama kalinya dengan pelajar di sekolah baru saya ini. Disebabkan dalam topik ini, ada 2 perkara yang perlu dinyatakan, iaitu Ubatan Tradisional dan juga Ubatan Moden, maka saya merancang persaingan bagi 2 kumpulan besar.


Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden
Idea pdp : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Disebabkan ini juga adalah untuk pertama kali saya adakan dengan pelajar-pelajar ini, maka ada beberapa perkara yang saya pertimbangkan dan perlu beri perhatian. 
1. Berkemungkinan mengambil lebih banyak masa untuk persiapan dan pembentangan.
2. Sesi pembentangan tentu akan berlangsung dengan hambar disebabkan mereka masih malu-malu, gementar dan kekok.
3. Bahan-bahan hias dan juga alatulis tambahan perlu dibekalkan jika mahu melihat hasil yang lebih menarik dan cantik


Kebetulan kelas pertama saya adalah dengan pelajar 5C. Kelas paling belakang dalam tingkatan, dan juga kesemua pelajarnya adalah pelajar lelaki. Kebanyakkan mereka terdiri daripada pelajar kategori lemah (dan nakal). Kawalan kelas perlu ditambah dengan lebih baik. Maka percubaan pertama saya ini adalah bagi mengukur sejauh mana kebolehan mereka untuk melakukan kerja dalam berkumpulan.


Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Bilangan pelajar adalah seramai 18 orang. Maka saya bahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu 2 kumpulan akan membuat pembentangan mengenai "Ubatan Tradisional", dan 2 lagi kumpulan untuk "Ubatan Moden". Sengaja saya wujudkan persaingan di situ untuk membolehkan mereka lebih bersungguh-sungguh ketika membuat persediaan.


Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Kemudiaan sesi pembentangan dijalankan sebaik sahaja masa yang diberikan tamat. Saya menganggarkan lebih kurang 5 minit untuk sesi pembentangan bagi setiap kumpulan. Memang saya akui, setiap kumpulan kurang dapat membentangkan dengan baik. Selain itu, bahan yang dinyatakan dalam kertas mahjong juga hanyalah info yang diperolehi daripada buku teks semata-mata. 

Tetapi, ada juga baiknya. Mereka berusaha untuk membaca dan mendapatkan info daripada buku teks. Menunjukkan sikap bersungguh-sungguh untuk buat lebih baik berbanding rakan mereka kerana ada persaingan.


Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Gambar-gambar pembentangan tersebut saya kongsikan di facebook CiKGUHAiLMi dan juga group Cikgu Sains Kreatif. Alhamdulillah maklumbalas yang saya terima daripada rakan guru lain adalah sangat membantu.

Ada yang mencadangkan saya membawa artikel berkaitan dengan ubat-ubatan sebagai bahan bantu, atau membawa ubat-ubatan sendiri, atau membawa pelajar ke perpustakaan bagi mencari bahan bacaan berkaitan ubat-ubatan.


Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Maka untuk kelas saya yang seterusnya, dengan pelajar 5B saya telah menukar sikit kaedah pengajaran. Kali ini saya bawa mereka ke perpustakaan dahulu bagi mendapatkan beberapa buah bahan bacaan yang berkaitan. Kemudian mengikuti langkah lain seperti yang digunakan bagi kelas 5C.

Ternyata hasilnya adalah lebih baik. 


Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Sesi pembentangan kali ini disertakan dengan info luar dari buku teks, dan lebih pelbagai. Ada yang saya sendiri pun tidak mengetahuinya, terutama jika berkaitan dengan ubatan tradisional dan juga herba. Maka dari satu sudut, saya melihat penambahbaikan kaedah ini adalah lebih baik untuk pdp saya. 


Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Dari segi pembentangan, tidak lah adil bagi saya nak bandingkan antara pelajar kelas B dan kelas C. Tetapi inshaAllah, jika diadakan lagi beberapa kali, maka saya yakin kedua-dua kumpulan akan menunjukkan peningkatan seperti yang diharapkan. Penambahan sesi ke perpustakaan saya rasa memberi lebih impak kepada perjalanan pdp ini. 


Jika ada rakan guru yang mempunyai idea lain yang boleh membantu, jom kita kongsikan di sini. Mudah-mudahan lebih ramai guru Sains yang mendapat manfaat kepada perkongsian kita ini. Selamat mencuba!





Eksperimen Mengkaji Kesan Yis Dalam Pembuatan Roti

$
0
0
Eksperimen kali ini adalah eksperimen bagi mengkaji kesan yis dalam pembuatan roti. Dalam bahasa yang lebih mudah, kita akan tengok apa beza bagi roti yang dihasilkan dengan yis, dan juga roti yang dihasilkan tanpa yis. Lagi senang nak faham kan?. Seperti juga yang kita sedia maklum, bahawa yis merupakan salah satu mikroorganisma dari kumpulan kulat. Selain kulat, kita juga ada mikroorganisma dari kumpulan virus, bakteria, protozoa dan alga.


Eksperimen Mengkaji Kesan Yis Dalam Pembuatan Roti


Jom kita tengok dengan lebih lanjut bagaimana eksperimen ini dijalankan.


Tujuan : 
Mengkaji kesan kehadiran yis dalam pembuatan roti


Radas / Bahan : 
50g tepung gandum, 20g gula, air suam, yis, bikar 250ml, besen kecil, jam randik

Radas dan bahan bagi eksperimen mengkaji kesan yis dalam pembuatan roti



Prosedur:
1. Campurkan 50g tepung gandum, 10g gula, 10ml air suam dan juga 1 sudu yis.

Campurkan 50g tepung gandum, 10g gula, 10ml air suam dan juga 1 sudu yis


2. Gaulkan campuran tadi sehingga menjadi doh yang sebati.

Campurkan 50g tepung gandum, 10g gula, 10ml air suam dan juga 1 sudu yis

Eksperimen Mengkaji Kesan Yis Dalam Pembuatan Roti

Eksperimen Mengkaji Kesan Yis Dalam Pembuatan Roti

Eksperimen Mengkaji Kesan Yis Dalam Pembuatan Roti

Eksperimen Mengkaji Kesan Yis Dalam Pembuatan Roti

Eksperimen Mengkaji Kesan Yis Dalam Pembuatan Roti


3. Masukkan ke dalam bikar 250ml dan ambil ketinggian doh yang dihasilkan.

ambil ketinggian doh yang dihasilkan


4. Tutup dengan tuala lembab dan mulakan jam randik untuk 30 minit.

Tutup dengan tuala lembab dan mulakan jam randik untuk 30 minit.


5. Ulang langkah 1 - 4 untuk doh yang kedua, tetapi kali ini tanpa menambahkan yis.
6. Setelah 30 minit, dapatkan ketinggian doh bagi kedua-dua bikar.



Pemerhatian:
Doh yang mengandungi yis bertambah ketinggian, manakala doh yang tidak mengandungi yis tidak berubah. Ini menunjukkan Yis diperlukan dalam pembuatan roti.

Yis diperlukan dalam pembuatan roti
Doh yang mengandungi yis lebih tinggi berbanding doh yang tidak mempunyai yis, selepas 30 minit



Tambahan:
1. Kadang-kadang air perlu ditambah bagi menghasilkan doh yang lebih baik. Pastikan air yang ditambah tidak berlebihan. Kalau tak, pasti hasilnya seperti nak buat cekodok pisang.

2. Pastikan murid mencuci terlebih dahulu besen selepas doh yang pertama bagi menghilangkan kesan yis pada bekas. Kalau tak dicuci, berkemungkinan doh kedua yang sepatutnya tanpa yis juga akan menunjukkan hasil yang sama.

3. Ada sesetengah guru yang lebih kreatif, doh tadi boleh terus dihasilkan dalam bentuk donut dan kemudiannya dimasak dalam kelas / bengkel ERT. 

Idea perkongsian Cikgu Shazlinda, SMK Bakun, Belaga, Sarawak

Idea perkongsian Cikgu Shazlinda, SMK Bakun, Belaga, Sarawak

Hebat kan? Pelajar pun mesti teruja!! :)
Idea perkongsian Cikgu Shazlinda, SMK Bakun, Belaga, Sarawak


Satu usaha yang baik juga. Walaubagaimanapun, pastikan aspek kebersihan diutamakan sepanjang eksperimen dilaksanakan. 

Selamat bereksperimen! 



Liga Remaja Kreatif 2015 Kembali!

$
0
0
Tentunya ramai pelajar yang dah tak sabar-sabar nak menunggu Pertandingan Liga Remaja Kreatif bagi tahun 2015 bermula. Berita baik ini untuk anda! Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekali lagi buat kali ke-5 akan menganjurkan Liga Remaja Kreatif 2015 dengan hadiah yang cukup menarik. Kali ini dengan tema "Inovasi Jalur Lebar - Gaya Hidup Digital Malaysia".  Tentu cabarannya akan jadi lebih menarik dan lebih mencabar.


Liga Remaja Kreatif 2015
Liga Remaja Kreatif 2015 (LRK2015)

Secara ringkasnya, pertandingan mencipta hasil kreatif digital oleh pelajar ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Mulanya hanya bagi kategori VIDEO, LRK2014 dengan tambahan 2 lagi kategori baharu, iaitu PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH. Kali ini LRK2015 tampil lagi dengan 1 lagi kategori baharu iaitu, RASPBERRY PI DAN ARDUINO menjadikan ada 4 kategori kesemuanya yang dipertandingkan.


Pertandingan ini dibuka pada 1 FEBRUARI 2015 sehingga 4 APRIL 2015. Terdapat sedikit perubahan pada syarat pertandingan, terutamanya bagi Kategori VIDEO. Maka bagi yang nak menyertai, pastikan anda telah membaca terlebih dahulu syarat-syarat pertandingan. Tempoh yang diberikan juga kali ini adalah lebih singkat, maka persiapan perlu dimulakan secepat mungkin.



Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM). Pertandingan ini dibuka dari 1 Februari 2015 hingga 4 April 2015.
  2. Tema bagi pertandingan ini adalah INOVASI JALUR LEBAR – GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar daripada sekolah yang sama.
  2. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
  3. Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 4 April 2015. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
  4. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  5. Penyertaan mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  6. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  7. Penyertaan adalah percuma.
  8. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 kepada pihak Sekolah.
  9. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  10. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  11. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  12. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  13. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  14. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  15. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  16. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  17. Sila isikan email sah pengetua atau wakil pengetua bagi tujuan pengesahan penyertaan. Pengetua atau wakil pengetua akan menerima email pengesahan dan perlu mengesahkan penyertaan pelajar.
  18. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  19. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Kategori, Tajuk Produksi, Nama Pelajar dan Nama Sekolah di awal video. (Sila lihat contoh di bawah)

  20. Liga Remaja Kreatif 2015
    Kategori Video
    “Tajuk Produksi”
    “Nama Pelajar”
    “Nama Sekolah”
    Liga Remaja Kreatif 2015
    Kategori Video
    “Kreativiti Jalur Lebar”
    “Ahmad, Fathin, Muthu, Fiona”
    “SMK Cyberjaya, Selangor”

KATEGORI VIDEO
Peringkat Negeri
  1. Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah tidak lebih daripada 5 minit.
  2. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam berdasarkan tema.
  3. Johan bagi Kategori Video Peringkat Negeri akan mewakili negeri masing-masing ke Peringkat Kebangsaan.
Peringkat Kebangsaan
  1. Finalis peringkat kebangsaan dikehendaki untuk mencipta sebuah lagi video untuk diadili di peringkat kebangsaan.
  2. Finalis dikehendaki menghasilkan sebuah video dengan menggunakan tajuk baru yang akan diberikan oleh pihak sekretariat dan perlu menghantar video tersebut dalam tempoh yang akan ditetapkan.
  3. Pemarkahan bagi menentukan pemenang akan mengambil kira video asal yang merupakan video kemenangan di peringkat Negeri (50 markah) dan hasil video baru (50 markah).

KATEGORI PORTAL INTERNET
  1. Peserta dikehendaki membangunkan sebuah portal internet baru berdasarkan tema pada tahun ini.
  2. Portal Internet yang dibangunkan mestilah mempunyai ciri-ciri portal dan perhubungan dua hala serta pelbagai elemen interaktif.
  3. Kandungan portal boleh terdiri daripada permainan, portal interaktif ataupun portal informasi.
  4. Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
  5. Finalis yang terpilih bagi Kategori Portal Internet dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan juri pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

KATEGORI APLIKASI MUDAH ALIH
  1. Peserta dikehendaki mencipta sebarang perisian kandungan yang sesuai untuk telefon mudah alih atau tablet berdasarkan tema pada tahun ini.
  2. Aplikasi Mudah Alih yang dibangunkan boleh terdiri daripada permainan, aplikasi interaktif ataupun aplikasi berinformasi menggunakan sebarang platform seperti Androi, iOS dan lain-lain.
  3. Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
  4. Finalis yang terpilih bagi Kategori Aplikasi Mudah Alih dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan juri pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

KATEGORI RASPBERRY PI DAN ARDUINO
  1. Peserta dikehendaki untuk menghantar cadangan projek alatan bantu mengajar menggunakan Raspberry Pi atau/dan Arduino.
  2. Aplikasi Mudah Alih yang dibangunkan mestilah mempunyai ciri-ciri portal dan perhubungan dua hala serta pelbagai elemen interaktif.
  3. Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
  4. 10 penyertaan terbaik akan dipilih untuk menghadiri Bengkel Liga Remaja Kreatif 2015 - Raspberry Pi dan Arduino di mana para peserta akan dibekalkan dengan peralatan Raspberry Pi/Arduino dan menghasilkan projek mereka dengan bantuan daripada pakar-pakar yang dijemput khas.

VIDEO PALING POPULAR
  1. Finalis bagi kategori Video di Peringkat Negeri berpeluang untuk mendapat hadiah Video Paling Popular.
  2. Undian video paling popular akan diadakan secara umum di http://lrk.my1content.my pada tarikh yang akan ditetapkan.


Hadiah

Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama
: RM5,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua
: RM3,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga
: RM2,000 berserta telefon bimbit
Hadiah saguhati
: RM500 x 7
Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama
: RM10,000 berserta iPhone
Hadiah tempat kedua
: RM7,500 berserta iPhone
Hadiah tempat ketiga
: RM5,000 berserta iPhone
Portal Internet Terbaik
: RM5,000 berserta iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik
: RM5,000 berserta iPhone
Raspberry Pi dan Arduino Terbaik
: RM5,000 berserta iPhone
Video Paling Popular
: RM2,500


Pertanyaan

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat
PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2015
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
PRIMA AVENUE 1
BLOK 3507, JALAN TEKNOKRAT 5
63000 CYBERJAYA

No Telefon : 03 - 8688 8475
No Faks : 03 - 8688 8469
Emel : ligaremajakreatif@cmc.gov.my
Web : http://lrk.mcmc.gov.my


Bagi yang berminat untuk menyertai, atau sekurang-kurangnya menimba pengalaman menyertai pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015, anda boleh klik beberapa pautan di bawah mengenai pengalaman dan kisah kejayaan mereka yang pernah bergelar pemenang. Semoga memberi sedikit panduan dan juga menjadi inspirasi untuk anda! All da best!




Johan Liga Remaja Kreatif 2013



Liga Remaja Kreatif 2013







Johan Liga Remaja Kreatif 2014


Liga Remaja Kreatif 2014








Idea Pdp : Membina Model Darah dan Komponen Darah

$
0
0
Benarlah orang kata, berkongsi itu jauh lebih baik. Demikian lah yang berlaku di group Cikgu Sains Kreatif. Perkongsian mengenai aktiviti pdp dan juga eksperimen, benar-benar memberikan kesan kepada banyak guru yang menyertainya, termasuk lah saya sendiri. Masing-masing berkongsi idea pengajaran sehingga menyebabkan datang lebih banyak idea yang menarik dan membantu pembelajaran pelajar.


Membina Model Darah dan Komponen Darah


Kali ini saya nak kongsikan aktiviti membina model darah. Aktiviti ini menarik kerana dapat menunjukkan komponen darah yang lain seperti sel darah merah, sel darah putih, platlet, plasma dan mineral. Ini juga memberi lebih kefahaman kepada pelajar bahawa, darah itu sebenarnya bukan hanya darah, tetapi terdiri daripada beberapa komponen lain juga.



Model Pertama
Cikgu Cat LLK

Idea Pdp : Membina Model Darah dan Komponen Darah

Plasma (Yellow colouring) Red blood cells (cheerios + red colouring), 
white blood cell (marshmallow), platelet (kurma), dissolved substance (garam)



Model Kedua
Cikgu Noorliza Mad Noh
SMK Felda Besout, Terengganu

Idea Pdp : Membina Model Darah dan Komponen Darah

buah keras..u drh putih..plastisin yg dibentukkan dwicekung..
kacang soya. .u platlet..pewarna kuning dan sirap..



Model Ketiga
Cikgu Venadita Extacia

Idea Pdp : Membina Model Darah dan Komponen Darah

utk sel darah merah sy guna kacang
sy guna kidney bean,sel darah putih guna spagheti bentuk siput,platlet guna lentils,
letak garam skit utk mewakili garam mineral,pewarna merah utk warna darah n pewarna kuning utk plasma..

Student sediakan botol mineral msg2,langkah pertama botol diisi dgn air n ltk pewrna kuning 
spy student tau itu ilh plasma(terdiri drpd 90% air),ltk garam (10% bhn terlarut)..
lpas 2 titiskan pewarna merah utk warna drah. last letak lar semua bhn...
15 kidney bean(sbb bil sel drah merah lebih bnyk kn),10 spagheti bntuk siput 2,
satu sudu teh lentils....harap2 maklumat ni dpt membantu cg2 semua...
lastly...student akan hasilkan satu bntuk penulisan kreatif (band 4)...
berinspirasikan model darah td..selamat mencuba...


Terima kasih untuk rakan guru yang sudi berkongsi bahan. Rakan guru lain boleh lebih kreatif dengan menggunakan bahan yang lebih senang didapati di sekeliling. Boleh ubahsuai sket aktiviti bergantung kepada apa bahan yang anda sedia ada, selagi tercapai objektif nak menunjukkan perbezaan antara sel darah merah, sel darah putih, platlet, plasma dan juga mineral.

Selamat mencuba!





20 Laluan Naik Pangkat Dalam Perguruan

$
0
0
Masa mula-mula menjadi guru, selalu juga saya terfikir apa peluang yang saya ada untuk kenaikan pangkat selain daripada terpaksa beratur menanti giliran menjadi barisan petadbir, atau pun redho menanti hari untuk timebased. Kalau dilihat kepada kerjaya pegawai kerajaan yang lain, lambat juga sebenarnya tempoh untuk nak naik gred jika dibandingkan dengan pegawai lain, terutamanya ..................................... (Fill in the blank).

Jika ditanya kepada barisan pentadbir pun, pasti ada sesetengah nya kurang arif mengenai laluan-laluan ini. Maka saya ambil inisiatif sket untuk mencari maklumat dari sumber yang boleh dipercayai. Semoga selepas perkongsian ini, lebih ramai yang mempunyai arah tuju dan fokus yang lebih jelas dalam bidang perguruan selepas ini.


20 Laluan Naik Pangkat Dalam Perguruan


Perlu difahami bahawa ada 3 konsep laluan kerjaya sebagai guru ini, iaitu laluan HAKIKI, laluan KECEMERLANGAN dan laluan TIME-BASED. Laluan HAKIKI sebenarnya telah bermula sejak merdeka pada tahun 1957. Laluan KECEMERLANGAN pula hanya bermula pada tahun 1994. Dan laluan TIME-BASED adalah konsep laluan yang terbaru sekali diwujudkan, iaitu pada tahun 1998. Kemudian laluan TIME-BASED ditambahbaik kepada Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) pada tahun 2009 dengan tempoh kenaikan yang lebih singkat. 

Terkejut juga rupanya kita ada hampir 20 laluan untuk naik pangkat dalam dunia perguruan nih! Banyak. Tapi setakat yang saya tahu sebelum ini, hanya Timebased, Guru Cemerlang, Pentadbir, Guru Tingkatan 6 sahaja. Jom kita tengok apa lagi laluan yang boleh kita teroka dalam bidang perguruan ini.



Laluan Kenaikan bagi PPPS

Laluan Kenaikan Pangkat bagi Guru PPPS


1. Hakiki

Pentadbiran
Bagi mereka yang berminat dengan tugas sebagai Pengetua, Guru Penolong Kanan atau pun Ketua Bidang / Guru Kanan boleh mencuba laluan ini. Gred Hakiki bagi Penolong Kanan adalah 48, manakala Ketua Bidang / Guru Kanan adalah 44.

Bidang Umum / Teknikal / Pendidikan Islam
(Masih kurang jelas. Jika ada yang arif, dipersilakan sama-sama berkongsi)

IPGM / IAB
Perjawatan bagi pensyarah di Institut Perguruan Malaysia ataupun yang berkhidmat di Institut Aminudin Baki. Sekurang-kurangnya memiliki Master jika berminat untuk memohon.

Kolej Matrikulasi 
Tempoh berkhidmat dalam 41 lebih kurang 5 - 6 tahun, dan akan diberi kenaikan kepada 44(Hakiki) atas perjawatan sebagai Pensyarah Kolej Matrikulasi. Walaubagaimanapun peluang untuk bergerak ke gred seterusnya adalah agak terhad dan terbatas serta dalam sesetengah kes perlu bergerak ke Kolej Matrikulasi yang ada kekosongan.

Tingkatan 6
Guru yang mengajar Tingkatan 6 juga boleh dilantik ke jawatan HAKIKI sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 atau sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6.


2. Cemerlang
Laluan alternatif untuk guru yang tak minat pentadbiran dan juga mahukan laluan lebih ekspres.

Pengetua Cemerlang

Pegawai Cemerlang

Pensyarah Cemerlang

Guru Cemerlang (SM)

Guru Cemerlang (SR)


3. Time-Based
Ini laluan paling selamat dan paling selesa dan paling banyak para guru menunggu. Sebab bila cukup tempoh, semua pun akan dapat. Jika dahulu masa menunggu timebased adalah sehingga 10 tahun, tetapi kini, dengan TBBK (Time Based Berasaskan Kecemerlangan) tempoh timebased menjadi lebih singkat dengan formula 8 - 8 - 6 - 4 . Tapi jangan tak tahu. Ada sesetengah kes di mana ada pegawai yang tidak berjaya dalam urusan TBBK ini.


Time Based Biasa

Time Based Bekas PPLD


4. Khas

Guru Besar Bekas PPLD




Laluan Kenaikan bagi PPPLD

Laluan Kenaikan Pangkat bagi Guru PPPLD


1. Hakiki

2. GBC

3. Pengelola Cemerlang (JPN/ PPD)

4. GC

5. Pegawai Cemerlang

6. Time Based


Selain daripada yang dinyatakan di atas, beberapa jawatan lain juga dikatakan merupakan satu lagi laluan kenaikan pangkat, iaitu SISC+ dan juga SIP+. DIkatakan 2 jawatan ini akan mendapat kenaikan lebih ekspress berbanding Guru Cemerlang, iaitu terus naik kepada tangga gred yang seterusnya. Namun setelah hampir 2 tahun perlaksanaan, masih belum mendengar apa-apa pengesahan mengenai desas desus tersebut. Mungkin masih diuruskan penjawatannya. 


Apa-apa pun, semoga perkongsian ini membuka sedikit ruang minda dan peluang kepada semua rakan guru untuk mempunyai hala tuju dan fokus yang lebih jelas dalam dunia pendidikan. Baru lah seronok nak bekerja. Saya ucapkan selamat berjaya!


p/s: Sumber rujukan utama penghasilan entri ini adalah merujuk kepada Ringkasan Laluan Kerjaya PPPS dan PPPLD (2009). Mungkin terdapat sedikit perubahan dan perbezaan pada laluan semasa. Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan mereka yang bertanggungjawab bagi maklumat yang lebih terkini. 




Infografik Kelas Makanan

$
0
0
Kali nih saya mencuba satu lagi kelainan untuk penyediaan bahan dalam blog dan juga bagi memudahkan edaran berinformasi dalam media sosial, iaitu dengan menggunakan konsep infografik. Infografik pertama yang saya pilih adalah Infografik bagi Kelas Makanan dan fungsinya. Lihat infografik di bawah untuk maklumat yang lebih jelas.


Infografik Kelas Makanan
Infografik Kelas Makanan dan Fungsinya

Secara tak langsung melalui infografik ini juga pembelajaran boleh menjadi lebih menarik. Guru boleh gunakan bagi tujuan dilekatkan di papan kenyataan, tampal di sudut Sains, poster untuk ditampal ke seluruh sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Pelajar tentu tertarik untuk berhenti seketika sambil membaca info yang ada pada poster tersebut.

Selamat berkreatif!


BACA JUGA : Kelas Makanan dan Khasiatnya



Infografik Piramid Makanan

$
0
0
Infografik mengenai Piramid makanan, iaitu panduan bagi memilih makanan yang sihat. Piramid makanan ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama, iaitu kumpulan makanan paling banyak, makanan banyak, makanan sederhana dan makanan paling sedikit. Kesemua kumpulan makanan ini dibahagikan mengikut keperluan dan fungsi kelas makanan tersebut kepada badan kita.


Infografik Piramid Makanan
Infografik mengenai Piramid Makanan

Kumpulan paling banyak adalah daripada bijiran serta ubi ubian yang majoritinya terdiri daripada kelas makanan Karbohidrat dan Serat. Kumpulan jenis ini adalah kumpulan makanan yang perlu diambil paling banyak. Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga dan Serat adalah penting untuk menjadi pelawas bagi mengelakkan sembelit.

Kumpulan makanan banyak pula terdiri daripada kumpulan buah-buahan dan sayur-sayuran dari kelas makanan Vitamin, Mineral dan Serat. 

Kumpulan makanan sederhana terdiri daripada susu, dadih dan keju. Manakala kumpulan makanan paling sedikit adalah terdiri daripada lemak, minyak, dan gula. Kebanyakkan daripada kelas makanan Lemak. Pengambilan bagi kumpulan ini adalah yang paling sedikit perlu diambil.



Viewing all 1602 articles
Browse latest View live