Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Mini Reunion Untuk Edufluencer

$
0
0

 Semalam tanpa banyak perancangan, kumpulan guru Edufluencer (100 Terbaik Guru PAK21) dapat berkumpul sekali lagi. Reunion secara maya ini asalnya hanya untuk bertanya khabar sambil tahu perkembangan terkini masing2.

Kerana nak bagi ada pengisian ilmiah juga, maka kami sepakat buat perkongsian amalan terbaik semasa guru jalankan PdPr sekarang nih.
Ternyata idea mencurah-curah daripada rakan guru Edufluencer nih. Macam2 apps dan kaedah diorang guna untuk tarik minat murid belajar. Ada yang guna pelbahai sistem ganjaran untuk galak penyertaan murid dalam pembelajaran online. Kreatif semua. Pendek kata, 11 guru yang berkongsi, semuanya pon sangat lah bagus2.









Banyak benda saya belajar semalam. Punya semangat sampai nak tidor pun susah sebab otak ligat berpikir.
Setuju, bila kita berada dalam kelompok yang positif nih, semua benda pon jadi. Semangat kita pon makin berkobar-kobar. Maka pilihan untuk berkolaboratif sesama guru masa musim mencabar macam ni, memang sangat diperlukan. Semoga semua terus istiqamah.
Tahniah dan syabas saya ucapkan buat semua rakan #Edufluencer yang hebat2 belaka. Keep inspiring! ❤️

Perkongsian Bersama Ustaz Mohd Asrulnizam Guru Adiwira PAK21

$
0
0

 Untuk reunion Edufluencer secara maya semalam, Ustaz

Mohd Asrulnizam

Guru Adiwira PAK21 telah berkongsikan kerja buat baharu beliau sebagai pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Antaranya adalah tentang kejayaan program pembelajaran online, iaitu Program Halaqah Ilmu.

Program berterusan yang telah bermula sejak PKP yang pertama ini lagi telah melibatkan guru-guru hebat Pendidikan Islam dan murid-murid di negeri Kedah khususnya.
Teringat saya dengan apa yang Ustad Asrul selalu cakapkan dengan saya, iaitu misi memartabatkan matapelajaran Pendidikan Islam itu pada level yang setanding atau tak mustahil lebih daripada subjek-subjek lain.





Sebab tu beliau bekerja keras dan sentiasa datang dengan idea baharu yang fresh. Buktinya, terkini mereka adakan program motivasi online kepada murid sebagai sokongan mental dan emosi kepada murid. Perkara yang jarang kita pendidik bagi perhatian semasa musim mencabar sebegini.
SANTAI BERSAMA USTAZ ABAH
( Motivasi Pembangunan Jatidiri Sempena PKPB )
Tarikh : 12.11.2020 (Khamis) Masa : 10.00 pagi
So, jom kita support webinar motivasi online ini dengan sebarkan kepada lebih ramai murid. Apatah lagi penceramah yang dijemput juga bukan kaleng-kaleng, Ustad yang penuh persona dan lawak jenakanya, Ustad
Azlan Idris
.
Kita doakan kejayaan mereka ya!

Cikgu Liew Lee San #EDUFLUENCER

$
0
0

 Cikgu Liew Lee San atau lebih mesra dikenali sebagai

Sansan Liew

, merupakan cikgu Bahasa Melayu di SJKC Yuk Chai, SS24 Petaling Jaya.

Antara amalan terbaik beliau semasa sekolah dibuka pasca PKP adalah projek khas bersama murid, iaitu dengan mengubah lirik lagu, merekod nyanyian dan melatih tarian bagi lagu tersebut.






Bukan itu saja, Cikgu Sansan juga membuat rakaman dan siap lengkap dengan penggambaran video klip. Serious best. Cute sangat anak-anak murid dia. Anda yang dengar pun, mesti nak joget sekali!
Video comel tu cikgu-cikgu boleh tengok di https://www.youtube.com/watch?v=7D3-R_aY5Z4

Cikgu Norafiza Razilah #EDUFLUENCERS

$
0
0

 Cikgu aktif lagi cemerlang yang ketiga ini adalah guru Biologi daripada SMK Bagan Terap, Selangor iaitu Cikgu

Norafiza Razilah
Untuk perkongsian semasa Bicara Edufluencers, beliau berkongsikan konsep Care, Calm and Tolerate untuk pendekatan PdPr. Okey, apa tu?
CARE - Ambil berat terhadap diri, keluarga, anak murid dan rakan sejawat. Perlu sentiasa bertanya khabar untuk menunjukkan sikap ambil berat. Dengan sendirinya, pelajar akan ikhlas dan bersedia untuk belajar.






CALM - Guru perlu bertenang jika PdPr yang berjalan tidak seperti yang dirancang. PdPr akan jadi lebih tersusun dan berjalan lancar jika dikendalikan tanpa stress.
TOLERATE - Bertoleransi dengan pelajar jika mereka tidak boleh mengikuti PdPr seperti yang dijadualkan. Berbincang tentang cara bagaimana mereka boleh mengikutinya sama ada pada waktu petang atau malam.
Selain itu, Cikgu Afiza juga sentiasa cuba pelbagaikan kaedah PdPr-nya guna pelbagai aplikasi macam Socrative, TriviaMaker, Padlets, Google Meet. Video PdP pun ada beliau hasilkan, termasuk Video Teka Teki Sains. Hehhe.. mesti ramai murid suka nih!
Satu lagi adalah menubuhkan group Telegram untuk bantu awab soalan yang tak difahami serta teknik menjawab soalan. Satu Malaysia pun ada join. Kita doakan semoga usaha Cikgu Afiza ini terus menyumbang kepada anak-anak Malaysia.
P/s: Cikgu Afiza minta saya letak gambar bersama murid nih, sebab rindu katanya! 😃

Cikgu Vivithraah Panneir Selvam #EDUFLUENCERS

$
0
0

 Cikgu Vivithraah Panneir Selvam

, guru Matematik daripada SK Assunta (2)(M) merupakan guru yang sangat inovatif. Banyak saja pertandingan inovasi yang disertai beliau sejak saya kenali beliau masa Program Edufluencers.

Untuk malam Bicara Edufluencers, Cikgu Vivithraah berkongsikan amalan terbaik beliau semasa PdPr ini, iaitu dengan memperbanyakkan penghasilan video PdPc matematik menerusi Youtube.


Sebaran meluas menerusi Youtube, membolehkan video-video ini bukan saja boleh dimanfaatkan oleh anak murid beliau sendiri, tetapi juga murid di seluruh Malaysia.
Selain itu Cikgu Vivithraah juga banyak menggunakan aplikasi pendidikan lain untuk musim mencabar nih. All the best cikgu!

Cikgu Tiew Feilix #EDUFLUENCERS

$
0
0

 Cikgu Tiew Feilix

ini saya sifatkan sebagai seorang cikgu yang 'diam-diam ubi berisi'. Walaupun mungkin nampak macam pendiam, sebenarnya jiwa pendidik beliau sangat tinggi.

Kagum sungguh saya tengok usaha Cikgu Tiew menggunakan pelbagai aplikasi untuk pembelajaran online dengan anak murid beliau. Google Classroom, Google Form, Quizziz, Leaderboard, Wordwall, dan sebagainya digunakan secara gamifikasi untuk tingkatkan penyertaan anak murid. Sebab tu tak hairan kenapa anak murid dia sentiasa penuh saja attend class online.






Tambah lagi, setiap kelas yang menggunakan Google Meet, kesemuanya dirakam untuk digunakan semula oleh anak murid beliau sebagai rujukan. Atau, untuk yang tak dapat sertai kelas online.
Satu lagi adalah, setiap tugasan kepada murid sangat lah menarik dan perlukan penyertaan ibubapa. Maka project-based learning seperti ini adalah sangat membantu pembelajaran terus berlaku.
Tahniah untuk Cikgu Tiew Feilix. Semoga terus berjaya!

Cikgu Shee Yuen Ling #EDUFLUENCERS

$
0
0

 Cikgu Shee Yuen Ling, guru Bahasa Inggeris daripada SJKC New Kopisan, Gopeng Perak nih lebih dikenali sebagai Cikgu

Positive Shee

. Memang sentiasa aktif dan buat banyak benda masa PKP nih.

Antara amalan terbaik beliau yang dikongsikan adalah budaya certification. Menyedari keperluan kepada aplikasi online untuk bantu pembelajaran, maka Cikgu Shee ambil inisiatif untuk menguasai aplikasi tersebut. Dan cara paling mudah adalah dengan mengikuti kursus online khusus oleh aplikasi tersebut, sehingga diberi certificate. Antaranya adalah Quizizz Certified Game Changer, Assemblr Certified Educator, Google Certified Educator Level 1 (GCE L1), Edpuzzle Coach, Wakelet Community Leader, Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) 2020/2021, Google Classroom Level 8 and Apple teacher. Banyak kan?






Antara aplikasi digital lain yang digunakan oleh cikgu Shee adalah Wordwall, Quizizz, Wakelet, Padlet, Edpuzzle, Liveworksheets, Assemblr Augmented Reality (AR), Bitmoji, Educaplay, Wizer Me, Anyflip. Huhuhu.. banyak lagi nak kena belajar nih.
Sebab tu tak heran kenapa untuk MCO nih saja, ada dua anugerah beliau raih, iaitu Anugerah PDP Kreatif dan Inovatif Guru Semasa PKP & Hadiah Penghargaan Pertandingan Bina Bahan PDPC Kreatif Secara Atas Talian Sekolah-sekolah KPM Negeri Perak 2020. Tahniah cikgu Shee!
Semoga juga usaha cikgu Shee ini dapat diikuti oleh lebih ramai guru-guru Malaysia dalam menguruskan pembelajaran musim PKPB nih.

Cikgu Aishah Md Hamdan #EDUFLUENCERS

$
0
0
Perkongsian seterusnya adalah mengenai amalan terbaik Cikgu
Aishah Md Hamdan
, guru Bahasa Inggeris di SMK Raja Permaisuri Bainun.
Untuk PKPB ini, Cikgu Aishah banyak memberi penekanan kepada aspek refleksi bersama muridnya. Pada beliau, membuat refleksi adalah penting dan menjadi 'tool' yang kuat dan relevan untuk mengukur sejauh mana penyampaian pembelajaran itu sampai kepada murid.
Antara kupasan yang boleh murid boleh gunakan dalam video refleksi masing-masing adalah:
1) What is the part that you like about this lesson and why?
2) What has been the most challenging/ satisfying part of this lesson?
3) What advice would you give your teacher about carrying out this lesson?






Beliau juga turut berkongsi 7 tips untuk menjayakan Video Reflection bersama muridnya. Boleh rujuk gambar di bawah ya.
Dan paling best, untuk murid dengan 2 video refleksi terbaik akan menerima reward dalam bentuk yang sangat sesuai untuk musim PKPB ini, iaitu pesanan makanan melalui Food Panda! Wahhh.. kreatif tau yang nih.

Semoga Cikgu Aishah terus bersemangat dalam menyokong pembelajaran murid-muridnya sepanjang musim PKPB ini! 


Cikgu Irma Rahayu #EDUFLUENCERS

$
0
0

 Meskipun Cikgu Irma Rahayu

nih nampak macam happy-happy, gila-gila orangnya, tapi time dia bentang arituh memang penuh semangat nau!

Cikgu Pendidikan Seni Visual dari SMK USJ 13, Petaling Jaya ini mewujudkan satu sistem pembelajaran subjek PSV iaitu Smart Art-Tech Learning System. Huhuhu.. nama pun dah canggih nau..
Dalam sistem ini pelajar akan melalui satu proses pembelajaran Pendidikan seni visual yang sistematik dan tersusun. Fokus utama dalam sistem ini adalah adanya Kelas Pendidikan Seni Secara Maya (Virtual Art Classroom) dan Galeri Seni Secara Maya(Virtual Art Gallery)
Ada 3 fasa yang pelajar akan lalui dalam sistem ini iaitu:
FASA 1 ialah Panduan Pembelajaran (learning instruction) menggunakan platform rasmi KPM iaitu DELIMA (Digital Educational Learning Initiative Malaysia)
FASA 2 iaitu penyelidikan dan sumber maklumat (research and resources) menggunakan youtube channel bijaksenicikguirma, buku teks digital
FASA 3 ialah kelas seni secara maya (virtual Art Gallery) menggunakan aplikasi Padlet. Setelah pelajar mendapat tugasan seni pada fasa 1 , pelajar mula mencari info pada fasa 2 untuk membantunya untuk menghasilkan hasil karya seni. Kemudian pelajar akan mempamerkan hasil karya di dalam Virtual Art Gallery. Di sini guru dan pelajar akan komen dan respon setiap hasil karya yang di pamerkan.






Smart Art-Tech Learning System membentuk murid asas yang kukuh bagi domain kognitif, psikomotor dan afektif dalam menyediakan murid ke arah Revolusi Perindustrian IR 4.0.
Perghhh.. tahniah yer Cikgu Irma. Semoga terus bersemangat dalam mendidik anak murid di musim mencabar ini!

EDUFLUENCERS #9 - Usaha Cikgu Syazana untuk Murid Pedalamannya

$
0
0

 Cikgu Noor Syazana Taib

guru yang mengajar di sekolah pedalaman (16 orang murid sahaja) di Sarawak. Berkebetulan masa kami reunion, beliau berada di bandar, dan ambil kesempatan untuk join sekali bagi bertemu dengan rakan-rakan Edufluencers yang lain.

Pendekatan beliau masa musim mencabar ini adalah dengan membimbing murid-murid untuk sertai sebanyak mungkin pertandingan online. Antaranya adalah Sagu Hati Pertandingan Baca Berita anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka , peserta Semarak Puisi Merdeka Peringkat Kebangsaan, peserta Baca Puisi Malaysiaku Merdeka peringkat kebangsaan, Peserta Sayembara Baca dan Kongsi bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan IFLA Junior Library Perfects Digital Peringkat Kebangsaan dan lain-lain lagi.








Meskipun ada kekangan Internet, murid beliau masih bersemangat untuk belajar benda-benda baharu macam Minecraft, Buncee, Wakelet, Canva dan sebagainya untuk subjek Sains.
So macamana beliau atasi isu Internet nih?
Ibu bapa akan ke sekolah setiap minggu untuk mengambil manual yang ditulis oleh beliau. Manual yang menggunakan gambar beliau sendiri atau Bitmoji dengan guna pendekatan dialog untuk tugasan.
Contoh : "Tajuk kita ialah _________. Hari ini cikgu akan terangkan________.Tugasan seterusnya_______ dan diakhiri ucapan tahniah serta terima kasih". Wahh.. clear kan?
Kita doakan semoga Cikgu Syazana terus tabah dan bersemangat dalam menyumbang bakti kepada anak-anak di pedalaman.

Salam Persaraan Datuk Maimunah: Loghat Sabah nya Pasti Dirindui!

$
0
0

 Semalam saya dapat perkhabaran majlis persaraan seorang lagi tokoh hebat

pendidikan kat negara kita, iaitu Datuk
Maimunah Suhaibul
, iaitu Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru.
Mengenali beliau, saya sifatkan Datuk sebagai seorang yang tenang dan pemimpin yang penuh sifat keibuan.
Kali pertama bertemu beliau semasa datang mencerap saya di sekolah bersama mantan TKPPM, Datuk Sulaiman Wak. Perasaan nervous tu hilang dengan sifat mesra dan lemah lembut beliau. Kali kedua bertemu semasa Sambutan Hari Guru 2019 di Pulau Pinang dan kali terakhir bertemu di Negeri Sembilan.





Team beliau jugalah yang telah membawa saya untuk berkongsi amalan PLC bersama Pengarah dari seluruh Bahagian dan Negeri dalam mesyuarat di KPM. Yang akhirnya juga dengan lebih 300 peserta Seminar Profesionalisme Guru di Port Dickson.
Pasti saya akan merindui ucapan beliau yang pekat dengan loghat Sabah tu!
Saya doakan juga semoga Datuk Maimunah terus diberi kesihatan yang baik dan keberkatan masa untuk diluangkan bersama keluarga tercinta. InshaaAllah ada rezeki pasti kita jumpa lagi! ❤️

Review Webcam Logitech C920; Tampil Secantik Mira Fizlah atau Sekacak Fattah Amin Masa Online!

$
0
0

 Kemain kan tajuk dia? Untuk korang yang nak happy masa kelas online atau meeting online, meh Abam nak share sket satu barang boek abam beli masa kegilaan 11.11, iaitu HD Webcam C920 jenama Logitech.

Gajet nih rakan abam,
Cikgu Romie
dah suggest dari hujung tahun 2019 lagi. Tapi sebab rasa xdek keperluan, abam pon tengok sepi jer lah. Masa tuh harga dia dalam RM270. Abam teruskan jer berdoa supaya harga dia turun bawah RM200, so baru ler nak beli.
Sekali tengok COVID-19 melanda. Aiyoo. Alat-Alat camnih memang terus jadi laku keras baq ang. Termasuk lah ring light tu. Semua nak hensem-hensem lawa-lawa flawless dalam online. Hahahahaha. Dasar!!
So abam pon terus laa recce balik gajet nih. Mashaallah harga dia terus naik ke RM570 lebih woiiii.. Menyesal abam tak beli awal-awal dulu!
Sejak dari hari tu abam pon murung jer dengan kualiti gambar yang sendu jer masa live. Tapi abam tetap simpan cita-cita nak beli jugak benda nih. Hingga lah diberi rezeki pada 11.11 arituh.
Tak sangka weyh kat Lazada diorang jual dengan harga RM330 camtu jer time tuh. Bagai orang mengantuk disorong bantal, abam terus grab weyh.









Dan bila barang dah sampai, abam test, mashaallah touching abam tengok. Kualiti video dia padu baq ang. HD bangat. Jerawat dan bulu-bulu atas muka pon ble nampak dengan clear weyh... Omei ngat. Terus abam feeling macam Pattah Amin! 😍😍😍
Yang tak caya, korang ble swipe tengok kualiti gambar waktu siang dan malam guna webcam nih. Pastu compare plak dengan webcam sedia ada kat laptop. Jauh nau beza dia kan?
Hehhee.. So untuk korang yang murung sebab tak nampak secantik Mira Piljah atau sekacak Pattah Amin masa online, pergi ler dapatkan webcam nih laju-laju. InshaAllah tak murung dah pasnih.
Untuk yang degil jugak tu, jangan lupa jugak tau, korang ada lagi 3 4 bulan nak beronline-online nih. Sanggup ker tengok diri sendiri masa online tu? 😂😂😂

Bila Cikgu Mula BER-TIKTOK, Apa Kata Anda?

$
0
0

 Genap sebulan saya tambah platform hasilkan content ke TikTok pulak. Di YouTube masih ada, tapi di TikTok lebih menggoda. #tiberrr

Jemput follow saya di Tiktok menerusi https://vt.tiktok.com/ZSq1fBFa/
Saya sendiri pernah kena kecam sebab keluarkan statement cikgu-cikgu perlu berTikTok masa Webinar bersama Astro Awani lepas PKP. Baca komen kecam kat sini https://youtu.be/KGhSGtK61W0
Seperti ramai yang lain, saya melihat TikTok aplikasi penuh noda dan dosa di peringkat awal. Pandangan yang sama, terutamanya bagi mereka yang TAK PERNAH pon melayari TikTok. Sehingga lah didedahkan dengan potensi #TikTok oleh Cikgu Razif semasa Edublog 2.0.
Pun masih tak jalan sehingga sebulan lepas saya lihat anak murid saya begitu leka melayari TikTok. Sedangkan kita pula, banyak habis kan masa dengan tonton video di YouTube. Aneh dengan kelekaan mereka, maka saya sendiri cuba join sekaki. Tak sangka, saya pun jadi leka dan ketagihan dengan konsep video 1 minit nih. Padu, dan cepat sampai mesejnya!
Amazingly, aplikasi TikTok nih cukup bijak membaca minat kepada content yang kita suka, berdasarkan masa tontonan kita. Lagi lama anda tonton video lucu, maka lagi banyak video lucu akan disogokkan kepada anda.
Sebab TikTok bukan semerapu yang kita sangka. Aplikasi yang dibina dengan kajian sikap pengguna selama 5 tahun tu, benar-benar memanipulasi kehendak kita sebagai pengguna.





Konsep video pendek, disertakan dengan lagu latar yang catchy sangat lah memberikan bentuk ketagihan pada pengguna. Sebab tu tak hairan TikTok antara aplikasi termuda yang cecah 1 billion muat turun, dengan majoriti pengguna adalah Gen Z berusia 15 - 25 tahun. Dan mereka meluangkan masa sehingga 50 minit setiap hari untuk Tiktok.
Justeru itu, takkan kita nak biar kan mereka dengan content yang sebegitu?
Seperti mana media sosial yang lain, saya percaya cara bagaimana kita guna tu sangat penting. Maka apa kata kita ambil TANGGUNGJAWAB untuk hasilkan content ilmiah yang bermanfaat untuk anak-anak kita guna di Tiktok pula.
Oh ya, tau tak nak hasilkan video Tiktok lebih mencabar kreativiti saya berbanding video YouTube?!
So what say you??

Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!

$
0
0

Semalam kita dengar kisah anak-anak kita di Sabah ditimpa kecelakaan akibat nak cari akses Internet untuk belajar. Sedangkan kita tahu, di banyak tempat lain dengan akses Internet yang baik, jenuuuuuuh cikgu ajak masuk kelas online.

Saya nak share sket pengalaman Home Visit saya minggu lepas ke rumah beberapa murid.


Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!
Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!


Sebab peratus penglibatan murid yang rendah, serta ada murid yang tak pernah muncul-muncul dalam kelas online sama ada guna Google Meet atau semudah WhatsApp, maka saya buat keputusan terus ke rumah diorang.

Banyak tujuan dia. Selain bertanya khabar, boleh juga saya tahu apa masalah yang kita boleh bantu, macam jadual belajar ka, tak ada gajet ka, atau masalah Internet ka etc.

Dapatan dia sangat lah menyedihkan dan sama seperti survei yang saya buat sebelum nih.
1. Semua murid yang dikunjungi ADA GAJET SIAP INTERNET. Sebab nya, semua mereka dikehendaki siapkan tugasan depan saya dan terus hantar menggunakan fon mereka. OK je saya tengok.
2. Mereka juga TAK BERKONGSI GAJET dengan mana-mana ahli keluarga mereka. Milikan penuh.
3. Daripada sebilangan yang saya kunjungi, semuanya juga TIDAK MEMBANTU DI SAWAH menurut ibu dan ayah mereka. Sebab tu lah masing-masing jam 1 petang baru bangun tidur!
4. Ibu dan ayah mengatakan anak SUDAH BERCUTI. Jadi tak perlu belajar lagi. Main lah games sampai jam 3 4 pagi.


Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!
Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!



Isunya bukan pasal gajet dan Internet sangat. Tapi 2 perkara yang patut kita bagi perhatian selepas ini, iaitu SIKAP MURID dan ILMU KEIBUBAPAAN.

Sekolah dan guru kena bersungguh fikirkan bagaimana nak betulkan SIKAP DAN MOTIVASI MURID untuk pembelajaran online nih. Kalau perkara nih dibiarkan berterusan, dah tentu impak kehilangan pembelajaran tu kita akan lebih rasa pada tahun mendatang.


Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!
Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!

Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!
Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!


Yang kedua, adalah ILMU PARENTING yang sewajarnya dah diterapkan kepada semua Ibubapa tak kira lokasi di mana mereka berada. Kalau di tempat yang kurang pendedahan, sepatutnya usaha ini perlu dilipatgandakan lagi untuk kebaikan bersama.

Usaha nak bagi anak-anak kita berjaya nih adalah usaha kita bersama. Jika semua pihak ambik peranan dengan betul, pasti pendidikan kita juga mampu jadi paling baik di dunia! ❤️



Tajuk-Tajuk Bagi Sains Tingkatan 5 KSSM

$
0
0

Berikut adalah tajuk-tajuk bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 5 mengikut sukatan baharu KSSM. Sukatan terdiri daripada 4 tema, dengan 9 bab yang perlu dikuasai oleh murid. Selain itu, ada 7 eksperimen wajib yang perlu murid Tingkatan 5 Sains KSSM laksanakan dalam tempoh pembelajaran.  Selamat maju jaya!


Tajuk-Tajuk Bagi Sains Tingkatan 5 KSSM
Tajuk bagi Sains Tingkatan 5 KSSM


TEMA 1: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

BAB 1: MIKROORGANISMA

1.1 Dunia mikroorganisma

1.1.1 Berkomunikasi mengenai mikroorganisma

1.1.2 Menjalankan eksperimen bagi menunjukkan kewujudan mikroorganisma

1.1.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempenagruhi pertumbuhan mikroorganisma

1.2 Mikroorganisma berfaedah

1.2.1 Mewajarkan aplikasi mikroorganisma berfaedah dalam kehidupan

1.2.2 Menjana idea potensi kegunaan mikroorganisma dalam bioteknologi dan kelestarian alam sekitar

1.3 Pencegahan dan rawatan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

1.3.1 Menjelaskan konsep mencegah lebih baik daripada merawat penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma

1.3.2 Menerangkan teknik aseptik dalam pengawalan penyebaran mikroorganisma

1.3.3 Menjalankan eksperimen mengkaji kesan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria

1.3.4 Berkomunikasi tentang kaedah rawatan penyakit berjangkit


BAB 2: NUTRISI DAN TEKNOLOGI MAKANAN

2.1 Gizi seimbang dan nilai kalori 

2.1.1 Memerihalkan gizi seimbang

2.1.2 Menjalankan eksperimen untuk menganggarkan nilai kalori dalam sampel makanan

2.1.3 Mewajarkan kesan pengambilan jumlah kalori yang tidak menepati keperluan individu

2.2 Keperluan nutrien oleh tumbuhan

2.2.1 Menjelaskan dengan contoh fungsi makronutrien dan mikronutrien kepada tumbuhan

2.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien kepada tumbuhan

2.3 Kitar Nitrogen

2.3.1 Berkomunikasi mengenai Kitar Nitrogen dan kepentingannya

2.4 Teknologi pengeluaran makanan 

2.4.1 Berkomunikasi mengenai cara meningkatkan sumber, kualiti makanan dan kuantiti pengeluaran makanan

2.4.2 Menilai penggunaan racun serangga dan kawalan biologi dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan 

2.5 Teknologi pemprosesan makanan 

2.5.1 Berkomunikasi mengenai teknologi pemprosesan makanan

2.6 Makanan kesihatan dan suplemen kesihatan

2.6.1 Berkomunikasi mengenai isu berkaitan makanan kesihatan dan suplemen kesihatan

2.6.2 Berkomunikasi mengenai isu berkaitan Status Halal makanan


BAB 3: KELESTARIAN ALAM SEKITAR

3.1 Kitaran hayat produk

3.1.1 Menjelaskan maksud jejak karbon

3.1.2 Mencerakinkan produk yang digunakan dalam satu hari kehidupan seorang individu

3.1.3 Mewajarkan tindakan yang perlu diambil iaitu langkah tapak tangan karbon (carbon handprint) bagi mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam satu hari kehidupan individu

3.1.4 Berkomunikasi mengenai kitar hayat satu produk

3.1.5 Menjana idea pengurusan yang cekap bagi sisa plastik ke arah kelestarian alam sekitar

3.2 Pencemaran alam sekitar

3.2.1 Menerangkan jenis dan punca pencemaran alam sekitar

3.2.2 Mengkaji tahap pencemaran air daripada sisa domestik

3.2.3 Mereka cipta kaedah pembersiahan air yang tercemar menggunakan teknologi hijau

3.3 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

3.3.1 Menjustifikasi peranan setiap individu dalam mengurus sumber semula jadi untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar

3.3.2 Membahaskan peranan Pertubuhan Bangsa=Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani isu alam sekitar pada peringkat global


TEMA 2: PENEROKAAN UNSUR DALAM ALAM

BAB 4: KADAR TINDAK BALAS

4.1 Pengenalan kadar tindak balas

4.1.1 Menjelaskan melalui contoh tindak balas cepat dan tindak balas perlahan dalam kehidupan harian

4.1.2 Mentakrif kadar tindak balas

4.1.3 Menentukan kadar tindak balas

4.2 Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas

4.2.1 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas

4.3 Aplikasi konsep kadar tindak balas

4.3.1 Berkomunikasi mengenai aplikasi kadar tindak balas dalam kehidupan harian dan industri


BAB 5: SEBATIAN KARBON

5.1 Pengenalan sebatian karbon

5.1.1 Mengenal pasti sebatian karbon dalam alam

5.1.2 Menjelaskan kepentingan Kitar Karbon

5.2 Hidrokarbon

5.2.1 Memerihalkan sebatian hidrokarbon dan menerangkan bagaimana sebatian hidrokarbon diperoleh daripada sumber semula jadi

5.2.2 Menamakan kumpulan homolog alkana dan alkena dari karbon 1 hingga karbon 6

5.2.3 Berkomunikasi tentang sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh baharu dalam kehidupan harian

5.3 Alkohol

5.3.1 Memerihal proses penyediaan alkohol

5.3.2 Mengenal pasti sifat ifizk dan sifat kimia alkohol

5.3.3 Berkomunikasi tentang kegunaan alkohol dalam kehidupan harian

5.3.4 Berkomunikasi tentang kesan pengambilan alkohol secara berlebihan

5.4 Lemak

5.4.1 Menyatakan kandungan lemak serta sumbernya

5.4.2 Membanding beza antara lemak tepu dan lemak tak tepu

5.4.3 Menjelaskan dengan contoh kesan pengambilan makanan yang mengandungi lemak berlebihan terhadap kesihatan

5.5 Minyak sawit

5.5.1 Memerihalkan struktur buah kelapa sawit

5.5.2 Mengenal pasti aspek kuantiti minyak daripada sabut dan isirung

5.5.3 Menerangkan urutan proses pengekstrakan minyak sawit secara industri

         Eksperimen ekstrak minyak kelapa sawit dalam makmal

5.5.4 Memerihalkan komponen dalam minyak sawit

5.5.5 Membanding dan membezakan komposisi minyak sawit dengan minyak sayuran lain

5.5.6 Menyatakan sifat kimia bagi minyak sawit

5.5.7 Menerangkan proses pengemulsian bagi minyak sawit

5.5.8 Menyenaraikan kandungan nutrisi dalam minyak sawir

5.5.9 Mewajarkan penggunaan minyak sawit dalam bidang penjagaan kesihatan dan makanan

5.5.10 Menjalankan eksperimen menghasilkan sabun melalui proses saponifikasi

5.5.11 Berkomunikasi mengenai tindakan pencucian sabun

5.5.12 Menjana idea pengurusan yang lestari dan kepentingannya dalam industri kelapa sawit


BAB 6: ELEKTROKIMIA

6.1 Sel elektrokimia

6.1.1 Memahami elektrolisis

6.1.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji proses elektrolisis bagi sebatian ion dalam pelbagai keadaan

6.1.3 Menjalankan eksperimen bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi hasil elektrolisis

6.1.4 Berkomunikasi mengenai aplikasi elektrolisis dalam industri

6.2 Sel kimia

6.2.1 Menerangkan perubahan tenaga dalam sel kimia ringkas

6.2.2 Menjana idea tentang aplikasi konsep sel kimia dalam menghasilkan tenaga elektrik daripada pelbagai sumber


TEMA 3: TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP

BAB 7: CAHAYA DAN OPTIK

7.1 Pembentukan imej oleh kanta

7.1.1 Memerihalkan kanta cembung sebagai kanta penumpu dan kanta cekung sebagai kanta pencapah

7.1.2 Menentukan panjang fokus bagi suatu kanta cembung menggunakan objek jauh

7.1.3 Menentukan ciri imej melalui gambarajah sinar untuk imej yang dibentuk oleh kanta cembung dan kanta cekung

7.2 Peralatan optik

7.2.1 Memerihalkan pembentukan imej akhir oleh teleskop dan mikroskop

7.2.2 Mereka bentuk dan membina teleskop ringkas

7.2.3 Berkomunikasi tentang aplikasi kanta dalam peralatan optik


BAB 8: DAYA DAN TEKANAN 

8.1 Tekanan dalam bendalir

8.1.1 Menjelaskan konsep tekanan dalam bendalir dalam suatu sistem yang tertutup

8.1.2 Berkomunikasi mengenai aplikasi prinisp Pascal dalam kehidupan harian

8.1.3 Menjelaskan perkaitan halaju bendalir dengan tekanan

8.1.4 Berkomunikasi mengenai aplikasi Prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian

8.1.5 Mereka bentuk alat menggunakan prinsip tekanan dalam bendalir


TEMA 4: PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

BAB 9: TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS 

9.1 Satelit

9.1.1 Menerangkan jenis-jenis orbit satelit

9.1.2 Menjelaskan dengan menggunakan gambar rajah kedudukan apogi (apogee) dan perigi (perigee) satu satelit dalam orbit elips

9.1.3 Membuat perkaitan hubungan antara ketinggian orbit dengan halaju satelit

9.1.4 Menerangkan bagaimana satelit dilancarkan dan ditempatkan dalam orbit

9.1.5 Menerangkan fungsi stesen angkasa

9.1.6 Berkomunikasi mengenai kaedah menjejaki stesen angkasa

9.1.7 Menghuraikan kesan perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas

9.2 Sistem penentu sejagat (GPS)

9.2.1 Menjelaskan tentang Sistem Penentu Sejagat (Global Positioning System, GPS)

9.2.2 Mengaplikasikan sistem koordinat GPS untuk tujuan navigasi




G-Meet Session Back to Back dengan anak-anak di SMK USJ 13, Subang Jaya dan juga SMK Putrajaya Precint 9 (2), Putrajaya

$
0
0

 Hari nih back to back punya G-Meet session dengan anak-anak di SMK USJ 13, Subang Jaya dan juga SMK Putrajaya Precint 9 (2), Putrajaya.

Satu untuk Sains murid Tingkatan 5 dan satu lagi untuk bikin video bersama Pengawas PSS, Pengawas Sekolah, Pengawas Sukan.







Hikmah COVID-19 nih, usaha sebegini yang dulunya asing dah jadi satu kebiasaan. Yang dulunya jauh dan makan masa, sekarang macam di depan mata, lagi singkat masanya.
Terima kasih untuk Cikgu Noorashila (SMK USJ13) dan Cikgu Nurafidah (SMK Putrajaya Precint 9 (2) yang jadikan ini kenyataan. InshaaAllah ada rezeki, kita kolaboratif lagi! 💐
P/s: Nak cakap KL, tapi bila dah dengar bunyik suare sendiri, tetiber malu sendiri sayer... 🤣


Webinar UPSI: Adiwira Dunia Tanpa Sempadan

$
0
0

Exco Akademik dan Kerjaya Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI ingin menjemput anda semua untuk menyertai bual bicara inspirasi bersama Ikon Guru Adiwira 2019, iaitu Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib yang juga merupakan Top 50 Global Teacher 2020 yang akan mengupas soal profesion perguruan dengan lebih mendalam.


Webinar UPSI: Adiwira Dunia Tanpa Sempadan

🥰
🗓Tarikh: 5/12/2020
🕰Waktu: 8:30 PM
🖥 Platform: FB Live Pusat Ulul Albab Upsi
Pelbagai isu berkaitan pendidikan akan dikongsi dan dikupas pada hari berkenaan seperti pembudayaan PAK21, Pedagogi yang berkesan, pendedahan berkaitan laluan guru cemerlang serta pelbagai tips dan panduan untuk menjadi guru yang berkualiti kelak.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Segeralah mendaftarkan diri anda dengan mengisi pautan di bawah :
Semua Dijemput Hadir 😍!

Jurnal Harian Buat Kenangan; Hari 7 Disember Yang Sangat Sibuk!

$
0
0

Di sebalik padatnya jadual hari ni, alhamdulillah siap jugak semua urusan. Simpan kat sini untuk ingatan manis masa akan datang.

8am - Pdpr bersama murid Tingkatan 5. Jawab soalan esei Q10, terus semak gun whatsapp



10am - Meeting bersama BPSH




11am - Rakaman bersama NTV7 untuk 60 Hari Menjelang SPM bagi mata pelajaran Sains



12pm - Pembentang untuk e-Kolokium Kebangsaan anjuran PPD Tatau / Sebauh untuk tajuk kolaboratif guru



1pm - Melayan sahabat hebat Guru Cemerlang Matematik, Cikgu Ku Haslizam sambil makan tengahari



3pm - Penceramah bersama team AST Kubang Pasu untuk program Sains Daerah murid cemerlang



4pm - Mesyuarat bersama JPN Kedah untuk PBD



5pm - Rakaman untuk video Frogasia bagi slot khas perkongsian



6pm - Melayan sahabat hebat pegawai Cemerlang, Ustad Asrulnizam sambil minum petang.


Cuma mampu ucapkan kesyukuran atas kurnia Allah yang mudahkan segala urusan hari nih. Doakan semoga saya terus sehat dan diberi kemudahan untuk terus berkongsi ilmu! Amin.. 😘

Webinar STEM Bersama UM: Misi Mempopularkan STEM!

$
0
0

Jutaan terima kasih buat Pusat STEM UM atas jemputan bagi berkongsi sedikit ilmu dalam perkongsian, "Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan STEM". Juga buat saudara Amirul Eqhwan dan Haziq selaku moderator kali nih.



Banyak yang dikupas pada perkongsian sejam nih. Lebih2 lagi berkaitan cabaran pendidikan STEM dan pendekatan yang berkaitan.
Ada 2 perkara yang saya tekankan, iaitu aspek kualiti guru dan juga usaha mempopularkan STEM itu sendiri. Guru harus lah mahir dengan pendekatan STEM, seperti inkuiri dan project-based learning bagi memastikan impak yang betul pada murid. Penekanan kepada kemahiran STEM yang betul, dengan cara yang betul, InshaAllah juga akan bagi hasil yang betul.





Perkara kedua adalah berkaitan usaha kita bersama dalam mempopularkan STEM. Semua pihak termasuk Industri, universiti, sekolah dan Komuniti patut bergandingan dalam merakyatkan STEM pada masyarakat. Biar pekerjaan dan apa2 berkaitan STEM itu nampak glamer, tak boring dan famous gituuuuu..
Bukan kerana nak jadikan semua murid kita para doktor, engineer dan Saintis, sebaliknya memetik kata Dr Ihsan Ismail untuk melahirkan masyarakat yang berfikirnya itu adalah secara saintifik; teratur, tersusun dan ada gaya berpikir nya sendiri.

Tak lupa juga saya ucapkan terima kasih buat rakan guru yang sentiasa menyokong dan sentiasa sudi mendengar perkongsian webinar saya. Semoga beroleh manfaat dari pandangan 20 sen saya. Love you guys! ❤️
Hidup STEM! #tiberrr



Webinar Team Teaching Bersama NALI 2020 UTM; Plus IPGM Kampus Pulau Pinang Untuk Webinar Guru Positif

$
0
0

Alhamdulillah berjaya juga lunaskan amanah dan kepercayaan pada hari sebagai salah seorang speaker untuk program besar pendidikan UTM, iaitu NALI 2020.

Walaupun persiapan abam sampai 1 pagi semalam wat slaid, plus 3 kali rehearsal depan cermin, abam tetap nak ucapkan Jutaan terima kasih buat Dr
Noor Dayana Abd Halim
dan team yang bagi kepercayaan. Walaupun beliau tahu, English abam nih slang Jerman, tapi beliau tetap nak bagi cabaran nih.






Lenguh mulut kena speaking English, jadi sejam paling lama dalam hidup. Ahhahahahhahaa
Hasilnya, alhamdulillah lebih 47% dari audiens yang vote di mentimeter kata terinspirasi dan tahap tak sabar nak buat Team Teaching tu macam nak buat sekarang jugak katanya! 🤣


Selesai di NALI 2020, abam ready plak untuk perkongsian Cikgu Positif bersama adik-adik Comel dari IPG Kampus Pulau Pinang. Kita support sket depa.




Terima kasih dan sekalung tahniah buat team Nayli, Hamizan, Nik Imran dan Nabil yang tere gila ah handle webinar nih. Tahap profesional dah diorg punya keja. Bakal-bakal guru Cemerlang akan datang. Amin!
Semoga juga ramai yang dapat manfaat daripada perkongsian tadi. Wallahualam. 💕



Viewing all 1602 articles
Browse latest View live