Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

PBL Pilihan Anda Selesaikan Masalah Murid!

$
0
0

Thank you Cg Adam yang dah 3 tahun jadikan buku #PBL saya sebagai projek pilihan dengan murid-murid Sains beliau. Nih baru je order 125 naskhah untuk murid Tingkatan 1 tahun ni pulak.



Buku yang dulu dihasilkan untuk menyelesaikan masalah anak murid saya, sekarang nih juga menyelesaikan masalah anak murid cikgu lain. Alhamdulillah!
Semoga membantu guru dan murid jalan kan Project based Learning dengan baik dan semoga sentiasa terus bermanfaat.. 😍😍😍 @ Perlis

Kemahiran Masa Depan

$
0
0

Sekali lagi World Economic Forum keluarkan laporan terkini tentang keperluan kemahiran bagi pekerjaan masa depan.

Kalau dulu kemahiran seperti complex problem solving, critical thinking, creativity dan people management diberi perhatian, kali ini pula kemahiran seperti analytical thinking and innovation dan juga active learning and learning strategies diberi keutamaan.
Abam ringkaskan sket dapatan menarik untuk korang yer
1. 50% pekerja sekarang perlu diberi latihan semula sesuai dengan penggunaan teknologi yang lebih tinggi. Untuk tujuan ini perlukan tempoh 1 hingga 6 bulan.
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah masih jadi kemahiran paling dicari dari seorang pekerja yang bagus.
3. Kemahiran yang mula mendapat tempat adalah yang berkaitan dengan pengurusan kendiri; macam pembelajaran active, reselience, boleh kawal Stres dan fleksibiliti.
Dengan semua maklumat dapat diperolehi dengan mudah daripada Google dan YouTube, anak-anak bukan sekadar boleh tahu dan hafal formula Sains, tapi seharusnya sudah mampu berfikir seperti seorang saintis.
Akhir sekali, dengan 65% anak-anak sekarang bakal bekerja dengan pekerjaan yang masih belum wujud, adakah kita semua bersedia? Apa lagi pilihan kita?




Bila Kisah 8 Tahun Lalu Menjengah; Kenangan Graduasi MRSM Mukah 2012

$
0
0

Hari ini, kisah 8 tahun dulu menjengah keluar di Facebook. Kisah sanggup ambik CRK, travel 160km untuk wat surprise kat anak-anak murid kesayangan dalam majlis graduasi mereka di MRSM Mukah.


Bila Kenangah 8 Tahun Lalu Menjengah; Graduasi MRSM Mukah 2012

Bila Kenangah 8 Tahun Lalu Menjengah; Graduasi MRSM Mukah 2012

Bila Kenangah 8 Tahun Lalu Menjengah; Graduasi MRSM Mukah 2012


Tapi nak tahu tak? Abam pulak yang dapat surprise balik, tetiba kena naik stage. Anak murid nak cikgu nih yang kat sebelah dia atas stage untuk amik anugerah Pelajar
Terbaik
Ko-Kurikulum.

Abam is terharu! 😭😭😭
Alhamdulillah sekarang nih semua pon dah berjaya masing-masing. Semoga terus berjaya! 😍




Pelan Jalinan Digital Negara "Kisah Lama Menggamit Memori"

$
0
0

 Semalam anak murid pm, "muka cikgu ada keluar Soal Rakyat TV3". Biar betik?

So godek balik kat YouTube baru lah jumpa siaran yang dimaksudkan.
Video Cikgu Hailmi kena petik untuk sesi perbincangan tentang Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang tetamunya adalah Pengerusi MCMC iaitu Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek. Confirm lah kan untuk kategori jalur lebar dalam pendidikan.






Actually video nih adalah video montaj yang digunakan masa anugerah Agent for National Transformation 2014 oleh @skmm_mcmc. Masa nih abam salah seorang penerima, dan lebih menarik satu-satunya daripada pendidikan.
Anugerah diberi untuk individu yang gunakan jalur lebar kepada komuniti. Abam dapat untuk inisiatif blog dan video pendidikan, serta usaha kepada komuniti #Iban sekitar sekolah di kawasan rumah panjang Sekuau dan Selangau, #Sarawak.
Video anugerah boleh tengok kat sini
Cerita lama. Tapi sangat menggamit kenangan. ❤️

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

$
0
0

Penilaian komponen keberhasilan adalah merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%. Tetapi sayangnya, masih ramai yang tidak mahir menulis keberhasilan dengan betul. Jom saya kongsikan sket cara penulisan yang betul untuk tulis keberhasilan. 

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Secara ringkasnya, penilaian keberhasilan adalah penilaian hasil kerja utama yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Asas penilaian berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian, dan perlu dipertimbangkan secara profesional berdasarkan usaha, kesungguhan dan keberkesanan. 

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Setiap sasaran keberhasilan haruslah mempunyai maklumat berikut:

1. Penggunaan kata kerja - guna perkataan seperti memastikan, mencapai, melaksanakan, menguruskan, merancang dan seumpamanya.

2. Penyataan ukuran - nilai yang digunakan untuk ukur sasaran seperti kuantiti, atau kualiti atau kos atau masa.

3. Tujuan sasaran - memperlihatkan hasrat / matlamat / penerangan terhadap hasil kerja.

4. Peringkat sasaran - tahap / peringkat penglibatan yang akan dicapai.


Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP


Berikut adalah contoh penulisasan sasaran keberhasilan yang tak sesuai. Antaranya adalah disebabkan tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tiada memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama. Tengok contoh di bawah:

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Sebagai rujukan, cikgu-cikgu boleh lah download bahan yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan lebih lanjut tentang PBPPP kat pautan ini ya ..

http://ppdbp.edu.my/v3/attachments/article/3169/surat%20panduan%20penulisan%20keberhasilan.pdf


OK, semoga perkongsian ini membantu rakan guru supaya menulis sasaran keberhasilan PBPPP dengan lebih baik. Nanti semua pun hati senang. Selamat maju jaya!



Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!

$
0
0

Saya ringkaskan sket dapatan laporan kajian oleh UNESCO, UNICEF dan Bank Dunia tentang impak COVID-19 pada pendidikan dunia. Yang tentunya, kita kena amik serius.


Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!
Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih! 


Berikut adalah ringkasan kepada dapatan laporan UNESCO.

1. 1.5 billion murid seluruh dunia terkena tempias. Tak boleh pi sekolah etc.
2. Murid di negara pendapatan rendah hilang 4 bulan persekolahan berbanding murid di negara kaya yang hanya hilang 6 minggu.


Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!

Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!



3. Cara tangani pelbagai, dengan 1 daripada 3 negara pendapatan rendah pilih untuk buat kelas pemulihan (tambahan). Pilihan nih 2 kali ganda berbanding negara kaya.
4. Pilihan lain adalah secara remote learning guna online (90%) dan guna TV (87%), diikuti dengan kerja rumah by hand dan guna radio.
5. 2 dari 3 negara kaya sediakan subsidi Internet percuma untuk sokong remote learning. Manakala 1 dari 3 negara lain mula perbaiki kemudahan dan kualiti Internet terutamanya di kawasan pedalaman.


Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!


Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!



6. Untuk isu buka sekolah pula, majoriti negara dah start pada September.
7. Pelan buka sekolah bergantung kepada tahap kaya atau miskin sesebuah negara. Negara kaya banyak tertumpu kepada remote dan hybrid learning.

Apa kata anda?

Yang nak baca report penuh, boleh lah ke https://data.unicef.org/.../national-education-responses.../

Perkongsian Flipped Classroom: Terima Kasih buat SSTP JPWPKL

$
0
0

 Jutaan terima kasih buat SSTP JPWPKL atas jemputan perkongsian untuk tajuk Flipped Classroom petang nih.

Lama jugak dah tak berwebinar, campur plak sibuk uruskan eksperimen murid hari nih dan majlis di sekolah, so slaid pon last minute sempat belek-belek semula. Mujor dah beratus-ratus kali bercakap pasal slaid nih, jadi kembali lah semula ingatan.







AHahaha.. Thank you juga Encik Hafiz dan Cikgu Siti Suhaila yang kerap remind abam pasal jadual lah, link lah, poster apa semua. Kalau tak, mesti abam dah lost.
Tak lupa juga buat cikgu-cikgu yang sudi tunggu jam 3 sampai 4 petang untuk dengar abam kongsi tentang amalan Flipped Classroom nih. You are the best! ❤️
Yang tak sempat nak menonton, boleh klik kat link bawah nih OK! 😘

Selamat Maju Jaya Encik Zuraymie!

$
0
0

 Saya ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Maju Jaya buat Encik Zuraymie, Pegawai JPN Kedah yang juga merupakan peserta NPQEL yang hari ini hari terakhir beliau menjalani perantisan di SMK Jerlun.

Alhamdulillah sepanjang 2 bulan nih saya sendiri banyak belajar daripada beliau. Ada saja input berguna bila kami bersembang.
Satu sikap beliau yang boleh dicontohi adalah sikap merendah diri, soft spoken dan sudi nak belajar dari sesiapa saja. Sangat lah bertepatan sikap sebagai seorang bakal pemimpin sekolah.






Di bawah pementoran Pengetua, Pn Siti Rubiah dan barisan Penolong Kanan yang berwibawa, saya yakin banyak ilmu kepimpinan yang beliau dapat dari pengalaman 2 bulan di SMK Jerlun. InshaAllah akan sangat membantu bila beliau direzekikan jadi Pengetua nanti.
Terima kasih jugak Encik Zuraymie kerana membantu usaha meningkatkan kompetensi kami guru-guru di SMK Jerlun menerusi Program Membutir Permata (melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang) dan Kolokium Kajian Tindakan yang mencatat kan sejarah tersendiri buat kami warga sekolah.
Semoga terus diberi kemudahan dan dimurahkan rezeki, untuk cepat-cepat jadi pemimpin sekolah. Ada rezeki, kita jumpa lagi! 💐 @ Smk Jerlun

Inspirasi Cemerlang Persada Dunia

$
0
0

 Selesai sesi perkongsian bersama MAPEKA dan SGM untuk Wacana Kaunseling Kebangsaan 2020.

Abam kongsikan bagaimana keterlibatan abam dalam pelbagai program untuk meningkatkan Profesionalisme sebagai guru. Abam kongsikan juga momen-momen manis yang jadi perangsang motivasi untuk sentiasa buat yang terbaik untuk anak murid.







Yang tak sempat tengok boleh tengok kat link https://youtu.be/wViCjqAqEY0
Paling kelakar abam kongsikan kaedah abam untuk urus masa guna kertas TO DO LIST tulis tangan. Hahahahha.. Tradisional sungguh, but it really works for me!
OK. So abam tutup perkongsian tadi dengan soalan, "Pada akhirnya, guru sebagaimana yang anda mahu diingati?" @ Smk Jerlun

Tandang Ilmu Dari Jauh

$
0
0

 Terima kasih buat ketiga-tiga insan

hebat
yang tak rancang nak datang, tapi bertemu kat sini untuk kongsi ilmu.
Cikgu
Boon Ping Tiang
dari Penang, Cikgu
Aizat Ejat
dari Sik dan juga Ustaz
Azlan Idris
dari Baling. Sanggup drive jauh-jauh mai nak jumpa kita di Jerlun nih. Taching tau!


Sesi mentoring dan coaching tak rasmi nih, kami syok-syok sendiri saja. Yang penting, boleh tengok camana saya buat filing, dokumentasi dan uruskan hasil kerja murid.
Tidak lah
hebat
mana, tapi mungkin boleh bagi manfaat kepada orang lain juga. Ketiganya ada potensi besar, dan untuk nak pergi jauh, diorang tahu apa nak buat. Nak berjaya nih selain usaha keras, kena ada strategi dan perancangan jugak. Ingat tu.
Selamat maju jaya buat ketiganya. Moga ada rezeki lagi kita jumpa dan berbagi ilmu! 💕#gurucemerlang

Kenali STEMS GEMS Anda!

$
0
0

 #1 PAKAR INDUSTRI

Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim
Rakyat Malaysia pertama melancarkan Alat sensor deria Agensi NASA bagi mengukur dan memantau organisma satu sel di angkasa. Mengetuai kumpulan Saintis menghasilkan kit ujian pantas atau rapid test kit mengesan COVID-19 menggunakan Air liur pertama di dunia.



#2 GURU TELADAN
Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib
50 Calon Utama Penerima Guru Global 2020 Varkey Foundation. Ikon Guru STEM 2017. Guru Malaysia pertama menyertai High School Teacher Programme 2019 di CERN, Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah, Geneva.



#3 TOKOH PELAJAR
Thayalan Ramasamy
Memenangi biasiswa bernilai RM250, 000 daripada Pertandingan inovasi antarabangsa, "Young Outliers Game Changer". Menerima tawaran latihan Industri ketika berumur 16 tahun daripada Les Copaque Animation Academy.



Pengalaman Ikuti Program Duta Guru Petronas

$
0
0

 Semalam diberi rezeki untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan rakan guru yang terpilih untuk ikuti program Duta Guru Petronas usaha sama KPM melalui Pusat STEM Negara dan juga Yayasan Petronas.

Dijemput sebagai Guru Teladan, saya digandingkan dengan sosok super hebat dari Pakar Industri, iaitu Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim dan juga Tokoh Pelajar, adik Thayalan Ramasamy yang sedang membina karier dalam minat beliau.
Perkongsian saya berkisar tajuk Penyempurnaan PdPc STEM dengan fokus saya adalah memperbetulkan semula amalan dalam bilik darjah kita supaya kita dapat impak yang tepat. Tak mahu penat saja, banyak saja, akhirnya tak ada apa yang nak diceritakan.







Tapi paling terkesan adalah perkongsian berapi-api daripada Dr Amani, Saintis Malaysia yang pernah berkhidmat bersama NASA. Memang wowww sangat, lagi membuka minda. Passion dan kesungguhan beliau dalam memperjuangkan STEM tu, perghh taktau nak cakap.
Banyak input yang saya bersetuju sepanjang perkongsian beliau, terutamanya bila diminta bagi nasihat camana nak berjaya dalam STEM, atau apa-apa bidang ke depan.
Tak perlu kita kalut nak pandai semua benda. Cukup sekadar kita buat dan dapat 1 atau 2 benda, kemudian kita kuasai betul-betul, sehingga kita jadi pakar dan jadi orang yang di rujuk. Dalam erti kata lain, FOKUS!
Selamat maju jaya buat semua rakan guru yang bertuah lagi terpilih untuk program Duta Guru Petronas. Andalah frontliners #STEM Malaysia!

Webinar STEM: Pengenalan Tenaga Nuklear Oleh Dr.Mazleha Maskin (Agensi Nuklear Malaysia)

$
0
0

 Jom sertai kami untuk Webinar STEM: Pengenalan Tenaga Nuklear anjuran kerjasama SMK Jerlun X Agensi Nuklear Malaysia. Tetamu istimewa kita adalah, Dr Mazleha Maskin.

Khamis, 5 November 2020
Jam 11 hingga 12.30 tengahari

Soalan yg dibincangkan nanti adalah menepati syllabus Sains KSSM murid Ting 4, Bab 12.
Jemput share. Save the date ya! ❤️

Buku A B C Tokoh STEM Versi Malaysia. Anda Berminat?

$
0
0

 Hari ini terlintas balik kenangan masa mengikuti satu kursus STEM di Bandung, Indonesia tahun 2016 dahulu. Bengkel STELR-STEM yang dianjurkan oleh QITEP IN SCIENCE, melibatkan lebih 80 guru ASEAN (majoriti Indonesia). Satu perkara yang menarik perhatian saya pada masa itu adalah buku yang diberikan secara percuma kepada semua peserta.


Buku A B C Tokoh STEM Versi Malaysia. Anda Berminat?
Buku A B C Tokoh STEM Versi Malaysia. Anda Berminat?


"Antara inisiatif menarik yang dijalankan oleh Australian PICSE (Primary Industry Centre For Science Education) untuk menggalakkan murid lebih ramai menyertai bidang STEM adalah dengan penghasilan buku ini.

Buku ini mengandungi profil saintis negara mereka yang terlibat dan menyumbang dengan aktif kepada bidang STEM di negara tersebut.

Setiap kerjaya yang berkaitan dengan STEM disenaraikan mengikut abjad A hingga Z, dan gambar mereka di tempat kerja dipaparkan bersama, di samping biodata ringkas mereka.

Selain daripada berkongsi bidang kepakaran mereka, mereka juga berkongsi laluan kerjaya mereka serta nasihat kepada pelajar yang berminat.

Mendedahkan pelajar dengan kehebatan tokoh-tokoh sains sebegini, tentunya memberi inspirasi kepada pelajar untuk turut sama menyertai bidang STEM.

Best kan?

Jadi, kalau abam nak kumpul saintis buat buku yang macam ni untuk Malaysia, ada yang berminat?? 😁 "

Cita-cita nak hasilkan buku nih memang tak pernah padam. InshaAllah jika ada kesempatan saya akan cuba terbitkan bagi digunakan di seluruh Malaysia, oleh anak-anak kita. Yang berminat untuk berkolaboratif juga sangat saya alukan. Mudahan yang terbaik untuk generasi baharu Malaysia. Amin!

Webinar STEM Nuklear Bersama Pakar Nulklear Malaysia

$
0
0

 Siapa sangka, dengan sedikit keberanian, plus impian yang indah, banyak perkara yang boleh jadi kenyataan.

Mula dengan idea, wat kertas kerja, jumpa Pengetua, jam 12 emel surat dan jam 2 petang dah di hubungi Agensi @nuklearmalaysia untuk atur cadangan webinar. Mudah sangat urusan. Tak sangka sekolah kampung macam kami pun di layan dengan sangat baik. Diberi pulak Saintis Nuklear, Dr Mazleha Maskin yang sememangnya pegawai penyelidik yang pakar lagi berkemahiran.
Sama-sama teruja sebab tak pernah ada lagi kerjasama yang macam ni dengan sekolah lain. Maka bagai orang mengantuk disorong bantal, kami semua pon sangatlah gembira.
Bukan sekadar webinar, tapi kami jadikan ini sebagai aktiviti pdpc. Soalan yang dibincangkan juga semuanya berdasarkan syllabus KSSM Sains Tingkatan 4.
Terima kasih buat rakan guru dan murid-murid dari seluruh Malaysia yang dapat join bersama tadi. Ada yang ikuti dari sekolah. Ada juga yang ikuti dari rumah, terutamanya yang negeri PKPP. Semoga kita semua dapat banyak manfaat.
Yang terlepas tadi boleh tengok kat sini. Serius sangat berinformasi!
Saya ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih kepada warga sekolah SMK Jerlun, terutamanya puan Pengetua Siti Rubiah Mohd Arshad yang banyak menyokong usaha ini. Juga kepada pakar Nuklear, Dr Mazleha Maskin dan Agensi Nuklear Malaysia yang sudi berkongsi kepakaran dengan anak-anak kami nih. Juga tak dilupakan Encik Yusof Radzuan daripada MOSTI yang banyak membantu menjayakan kerjasama ini.












Saya juga nak buat penghargaan istimewa atas komitmen anak-anak murid saya dalam menguruskan webinar ini. Mereka lah yang jadi Moderator, Urusetia juga AJK Teknikal yang menjadikan webinar ini suatu kejayaan. Tahniah anak-anak. Daddy bangga dengan hangpa semua! 😘😘😘
Tengok aksi depa Behind the Scene uruskan webinar kat sini https://youtu.be/3rwUYW3xijU
.
.
.
Daddy baq ang.. 😝😝😝

Webinar PLC Petaling Perdana

$
0
0

 Alhamdulillah diberi rezeki untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman dengan Guru Kanan Sains dan Matematik dari PPD Petaling Perdana petang nih.

Tajuk kami pilih, "Pengajaran Berkolaboratif dalam Menjayakan Agenda Pendidikan Berkesan".
Cerita pasal bagaimana PLC yang berlaku di sekolah, bagaimana kami uruskannya dan apa impak pada kemenjadian murid dan sekolah. Sesiapa pon pasti setuju, betapa penting nya peranan guru yang berkualiti dalam menentukan kejayaan murid dan sekolah.





Seperti yang saya kongsikan tadi, "menjadi guru yang cemerlang tu memang hebat. Tetapi cemerlang dan jadikan orang lain juga Cemerlang tu adalah another level of hebat!" (Cikgu Hailmi, 2020)
Jutaan terima kasih juga buat Cikgu Fiza yang berhubung sejak 2 minggu lalu, Cg Abdullah Selaku Moderator, team Majlis GK Sains Matematik Petaling Perdana dan PPD Petaling Perdana yang ambik inisiatif untuk perkongsian ilmu ini.
Semoga yang di kongsikan dapat jadi ilmu yang bermanfaat.

Webinar Dengan Mahasiswa Pendidikan UiTM

$
0
0

 Alhamdulillah hari nih selesai satu lagi sesi webinar bersama adik-adik Mahasiswa Pendidikan #UiTM. Inisiatif perkongsian untuk bakal guru Fizik, Kimia, Biologi dan Math ini di usahakan sendiri oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan, PM Ts Dr

Sha Ruzaina Sy Aris

sebagai memenuhi Keperluan subjek pada semester kedua pembelajaran online.










Mengambil tajuk, "Methods in Teaching Science", saya secara peribadi rasa teruja dan bangga dapat berkongsi sedikit pengalaman yang ada dengan adik-adik nih. Semoga dengan pendedahan awal melalui pengalaman saya ini, mampu jadi pedoman bila depa dah jadi cikgu kelak.
Seperti yang saya tegaskan pada perkongsian, bercakap tentang teori pendidikan tu memang mudah. Tapi part melaksana tu lah yang membezakan apa kita buat, dengan guru lain buat. Saya tekankan juga tentang memberi makna pada proses pengajaran kita supaya dapat impak pembelajaran yang sepatutnya. Tidak sekadar FUN, tetapi juga MEANINGFUL!
Semoga juga perkongsian ini memberi banyak manfaat kepada adik-adik bakal guru ini untuk jadi guru yang berjiwa pendidik. Amin.. ❤️

Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet

$
0
0
Keperluan mesyuarat secara online adalah sangat tinggi pada masa sekarang, terutamanya ketika kita sedang PKPB ini. Saya kongsikan kepada rakan-rakan guru cara mudah untuk create meeting online dengan menggunakan Google Meet.

 
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet



1. Yang belum install lagi Google Meet, silakan berbuat demikian kat Google Play. Mudah saja. Tekan butang Install dan lepas tu tunggu saja dia pasang sampai selesai.
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet


2. Bukak aplikasi Google Meet. Tengok logo tu bagi betul OK. Versi terbaru Rupa dia macam yang kat bawah nih.
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet


3. Bahagian atas tu nampak dia tulis NEW MEETING kan? So tekan situ dan dia akan keluar satu page baru pulak. So tekan START AN INSTANT MEETING
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet


4. So lepas tekan yang tu saja, anda akan terus masuk dalam MEETING ROOM. Hehehehe.. Mudah saja kan?
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet


5. Untuk anda yang pemalu, tak nak muka anda orang nampak yang tak mandi pagi lagi tu, boleh jer OFF bahagian video. Pastu jangan lupa juga OFF bahagian AUDIO tu jugak jika anda tak bercakap. Kalau tak nanti, dia ganggu suara pembentang jugak. Paling teruk, segala bunyi kat rumah pon semua orang boleh dengar. 😂
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet


6. Jika anda berhasrat untuk ajak lebih ramai orang untuk sertai anda dalam mesyuarat tersebut, maka boleh lah kongsi kepada rakan anda melalui butang SHARE INVITE.. Pastu pilih lah nak share ke WhatsApp ke Telegram ke atau mana-mana platform lain. Baru meriah sket kan!
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet


7. Jika anda nak bentang apa-apa dari fon anda, boleh lah jugak gunakan button 3 Titik yang ada kat sebelah kanan bawah tu. Nnti dia akan keluar paparan macam kat bawah nih. Tapi hati-hati ya bila dah tekan, nanti tak pasal gambar-gambar censored pon nampak habis nanti.
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet


8. OK step akhir adalah nak keluar daripada meeting. Yang nih swipe fon anda pastu akan nampak macam paparan kat bawah nih. Terus saja tekan LEAVE MEETING dan pastu siap.
Tutorial Mudah Untuk Create Meeting Online Guna Google Meet

OK semoga dengan perkongsian ini dapat membantu rakan guru untuk menjalankan mesyuarat atau meeting secara online dengan mudah. Dan paling penting adalah dapat membantu murid untuk belajar dari rumah dengan baik dan Berkesan.


Cikgu Hailmi Di AWANI Pagi

$
0
0

 Tahniah bro sifu

Norhailmi Abdul Mutalib

ditemu ramah oleh pihak Astro Awani. saya amat bersetuju dengan ulasan beliau yang menyatakan bahawa setiap pihak perlu saling berganding bahu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk memastikan motivasi dan momentum murid untuk belajar dari rumah. Berasa bangga juga nama CikgooTUBE disebut oleh bro sifu dalam berita. Tahniah dan terima kasih bro sifu. Keep inspiring always



🥳🥳🥳😍
Bagi sahabat yang tak sempat menonton sila tekan pautan berikut:

Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula

$
0
0

 Antara perkara pertama yang kami buat bila sekolah dibuka semula selepas PKP pertama dulu adalah buat Survey tentang Sokongan Pembelajaran Online untuk Murid Tingkatan 4 dan 5. Kelas tak?

Tingkatan 4 sebab saya penyelia bersama Cg
Noor Laila Mohd Akil
(GK Bahasa) dan Tingkatan 5 sebab saya guru Sains Tingkatan 5.

Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula
Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online Tingkatan 4 SMK Jerlun


Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula
Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online Tingkatan 5 SMK Jerlun



Soalan dia mudah saja. Contoh macam,
1. Jadual belajar ada tak?
2. Gajet sendiri ada tak?
3. Komputer ada tak?
4. Kongsi gajet tak?
5. Akses Internet OK tak?
6. Ruang belajar ada tak?
7. Ibubapa bantu tak belajar kat rumah?
8. Mudah tak belajar online?
9. Belajar online berkesan tak?

Alhamdulillah. Dapatan survei ini sangat berguna sekarang bila kita kena buat lockdown kali kedua.

Kalau tengok data untuk murid kami nih, majoriti budak Jerlun ada gajet sendiri dan tak berkongsi dengan ahli keluarga tau. Ibubapa pon banyak menyokong pembelajaran berlaku di rumah.


Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula

Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula

Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula


Masalah dia pada jadual belajar, kerana majoriti murid tak ada jadual khusus. Alhamdulillah sebelum bercuti hari tuh, kami dah sempat buat program "Keep Going Keep Growing" yang bantu murid urus pembelajaran di rumah. Termasuk buat jadual dan urus bahan belajar.

Sekali, prrrrapppppppppp..... Semua cuti.

Semoga skil yang dah di ajar dapat bantu murid urus pembelajaran di rumah nanti.
❤️ @ Smk Jerlun
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live