Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Guru Cemerlang DG48 Untuk 11 Tahun

$
0
0
Alhamdulillah, mungkin namanya rezeki Ramadhan. Rezeki yang sepatutnya berkunjung pada tahun 2023, tapi tiba lebih awal dari masanya.

Teringat lagi kata-kata nazir yang datang mencerap untuk permohonan Guru Cemerlang tahun lepas,

"Awak baru 10 tahun mengajar, and I think (in Education), you are too young for GC 48. Why do you think, you deserve for it?"



Surat lantikan Guru Cemerlang DG48
Surat lantikan Guru Cemerlang DG48

Mungkin sedikit provokasi daripada beliau, untuk mengharapkan jawapan terbaik daripada saya.

Tersenyum saya sambil menjawab,

"Sebab saya nak jadi contoh dan inspire other young teachers, bahawa kalau mereka kuat berusaha dan berusaha dengan betul, inshaAllah akan ada jalan pintas juga untuk mereka.."

Dan, hari ini saya dah buktikannya!



Laluan Guru Cemerlang
Sekadar makluman, saya mula dipostingkan pada tahun 2007, di SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak. Tempoh 5 tahun pertama digunakan sebaik mungkin untuk saya menimba ilmu dan pengalaman sebagai guru baharu, bagi mengenalpasti potensi bakat dan kelebihan saya dalam bidang perguruan.

Setelah cukup syarat memohon, tahun ke-6 (2012) saya memohon sebagai Guru Cemerlang Sains, juga atas 'desakan' dan galakan tuan Pengetua Mr Tan Hock Sang bagi mencemerlangkan semua guru-guru di sekolahnya.



Guru yang hebat adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar yang pandai belajar
Guru yang hebat adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar yang pandai belajar

Meskipun asalnya saya merupakan guru Kimia (yang juga mengajar Sains), tetapi saya pilih subjek Sains sebagai subjek kepakaran bagi laluan Guru Cemerlang saya kerana:
1. masa mengajar yang lebih banyak berbanding subjek Kimia
2. lebih banyak bahan, aktiviti dan program yang saya jalankan bagi subjek Sains


Alhamdulillah rezeki saya dihalakan melalui laluan ini, maka pada tahun 2013 saya menerima surat lantikan sebagai Guru Cemerlang Sains DG44 (KUP). KUP atau Khas Untuk Penyandang itu membawa maksud, gred yang saya perolehi boleh dibawa bersama saya ke mana-mana tempat saya berkhidmat, sama seperti gred timebased.


Persiapan
Sepanjang tempoh 2013 hingga 2015 itu saya gunakan dengan sebaiknya bagi mengumpul lebih banyak tugasan berprofil tinggi (penyertaan peringkat negeri dan ke atas) serta program berimpak tinggi kepada akademik, terutamanya kepada anak murid saya.

Jangan lupa, dokumentasi bertulis dan bergambar adalah sangat penting dalam membuktikan bahawa, saya telah menjalankan program / aktiviti tersebut.

Saya mantapkan juga kaedah mengajar dengan sentiasa membenarkan pdp saya dipantau dan juga diberi maklum balas oleh guru lain melalui sesi seperti Lesson Study dan Peer Coaching. Mesti sentiasa terbuka untuk kritikan membina. InshaAllah sangat membantu!



Sesi Peer Coaching bersama guru Sains daripada SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang
Sesi Peer Coaching bersama guru Sains daripada SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

Penghasilan modul, inovasi, penulisan seperti Kajian Tindakan yang memberi impak kepada kemenjadian murid juga haruslah diberi perhatian. Murid yang cemerlang, datangnya juga daripada guru yang cemerlang, dan sentiasa progresif untuk belajar.


Pada tahun 2015, permohonan pertukaran saya balik ke negeri Kedah berjaya. Saya ditempatkan di sebuah sekolah yang baru saja setahun beroperasi, iaitu SMK Jerlun. Di Kedah, peluang untuk terlibat aktif menyumbang sebagai Guru Cemerlang berjalan dengan lebih rancak.

Pada masa rakan-rakan seposting tahun yang sama, berkira-kira untuk memohon DG44 secara timebased pada tahun 2015, saya pula mula berkira-kira untuk memohon DG48 secara laluan kecemerlangan.

Rezeki tak menyebelahi, kerana pada tahun tersebut, tiada iklan Guru Cemerlang yang dikeluarkan. Satu-satunya tahun tanpa iklan Guru Cemerlang. Tapi datang pula rezeki lain untuk saya menimba pengalaman sebagai Guru Pertukaran di Korea selama 3 bulan.



Pengalaman mengajar di Korea, merupakan pengalaman terbaik sepanjang bergelar guru
Pengalaman mengajar di Korea, merupakan pengalaman terbaik sepanjang bergelar guru

Tahun 2016, iaitu tahun ke-10 saya dalam perkhidmatan pendidikan, iklan yang ditunggu tiba. Kali nih, memang cukup syarat dengan tempoh perkhidmatan lebih 3 tahun dalam gred semasa, DG44. Galakan tuan Pengetua, Haji Abdul Razak Mat juga banyak menyuntik semangat saya.

Saya gunakan peluang ini dengan sebaiknya, apatah lagi sumbangan saya kini lebih banyak, hasil daripada peluang yang diberikan oleh PPD, JPN dan KPM sendiri. Peluang terbaik, yang tak sepatutnya saya persiakan.


Peluang mewakili Malaysia untuk membentangkan best practises di Seminar SSAEM 2016, Seoul Korea
Peluang mewakili Malaysia untuk membentangkan best practises di Seminar SSAEM 2016, Seoul Korea

Alhamdulillah, sekali lagi permohonan Guru Cemerlang saya bagi gred DG48 pada kali ini juga berjaya. Mendapat perkhabaran dan pelantikan pada tahun 2017 tahun ke-11 saya berkhidmat merupakan satu rahmat buat apa yang telah saya usahakan selama ini.
*Jika mengikut laluan timebased, saya hanya akan perolehi DG48 pada tahun 2023

Dan seperti yang saya katakan kepada nazir yang datang mencerap saya pada tahun lepas, niat saya adalah untuk menjadi contoh dan inspirasi kepada guru muda yang lain, bahawa tidak ada benda mustahil, jika kita berkerja dengan kuat dan berusaha dengan betul.

Alhamdulillah, Allah perkenankan.


Nasihat
Secara jujur, saya katakan, kita ada ramai guru yang bagus. Komited dan berkomitmen tinggi pada bidang tugas mereka. Nasihat saya untuk mereka yang mungkin mahu mengikut jejak langkah saya (atau mungkin jadi lebih baik) dalam bidang perguruan,

1. gunakan setiap RUANG DAN PELUANG untuk menimba pengalaman dan mencari kekuatan diri sebagai pendidik. Kurangkan beri alasan, tetapi proaktif mencari jalan.

2. FOKUS dengan perkara yang boleh memberi impak tinggi pada hala tuju dalam kerjaya kita sebagai pendidik. Bukannya buat semua benda, tapi tiada apa-apa untuk kemajuan diri bagi jangka masa panjang. Jangan sampai burnt out!



Kejayaan datang dengan dua perkara, berusaha dengan kuat dan berusaha dengan betul
Kejayaan datang dengan dua perkara; berusaha dengan kuat dan berusaha dengan betul

3. jangan gopoh dan kalut dalam merancang PERSIAPAN anda menuju GC. Just be free and easy! Mohon GC bukannya seperti, buat hari ini, esok dah boleh mohon. Ianya perancangan dan persiapan untuk tempoh 3 tahun, sekurang-kurangnya.

4. perlu adanya GOOD MENTOR yang boleh menghalakan anda ke jalan yang benar, dan tuntut ilmu sampai habis. Jangan separuh jalan. Buruk padahnya nanti kalau jadi anak murid yang derhaka.

5. Ingat, anda belum cukup BERJAYA jika anda tidak selesa dengan kejayaan orang lain. Bila tengok orang berjaya, jangan dengki lah senang ceritanya. Sentiasa redho, dan percaya bahawa setiap orang ada rezeki masing-masing. Kita juga!


Okey, demikian lah serba sedikit perkongsian perjalanan saya dalam dunia pendidikan. Saya juga masih belajar, dan akan terus belajar. Doakan semoga urusan saya sentiasa dipermudahkan Allah SWT. Saya doakan juga semoga anda semua juga dipermudahkan urusan olehNya. Bersama-sama kita menjadi pendidik yang lebih berjaya. InshaAllah!



 

Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

$
0
0
Pada 23 April yang lalu, saya menerima kunjungan muhibah daripada kumpulan guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor.  Lawatan penandaarasan bagi tujuan melihat pelaksanaan pdpc Abad 21 dalam bilik darjah, melalui PLC dengan strategi peer coaching. Rombongan yang dihadiri oleh 14 orang guru Sains ini merupakan inisiatif yang sangat baik.


Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Tambah mengkagumkan saya, usaha dan kos perjalanan ke sekolah saya ini semuanya ditanggung oleh guru-guru yang hadir. Saya pasti, tak sedikit kos yang mereka keluarkan untuk beberapa hari di Kedah. Tahniah untuk usaha dan komitmen yang tinggi bagi sebuah perkongsian.

Sesi perkongsian peer coaching berjalan dengan lancar di makmal sekolah. Tajuk yang saya pilih untuk perkongsian ini adalah berkaitan dengan inersia. Masa pdp adalah selama 40 minit, bagi kelas 5 Arif dengan seramai 20 orang murid.


Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Sesi dimulakan dengan set induksi aktiviti ringkas, cabaran menarik kertas secepat mungkin di atas sebuah gelas. Di atas kertas tersebut diletakkan duit syiling 50 sen. Pelajar perlu memasukkan syiling tersebut ke dalam gelas, melalui gerakan kertas tersebut.

Aktiviti meriah dengan cubaan demi cubaan pelajar. Selesai semua pelajar berjaya melakukan tugasan, saya minta pelajar senaraikan lagi beberapa perkara yang hampir sama situasinya dengan kes menarik kertas tadi.

Jawapan pelajar kemudiannya disalurkan kepada topik pembelajaran pada hari ini, iaitu inersia.

Seterusnya pelajar berada dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang dan bergerak ke stesyen mereka masing-masing. Dalam kumpulan pelajar akan menghasilkan lukisan mengenai situasi yang mereka pilih, dan berkaitan dengan inersia.


 

Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang
 

Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Kemudian mereka akan membentangkan kepada rakan-rakan mereka yang lain mengenai inersia yang mereka kongsikan. Sesi pembentangan ditambah meriah lagi dengan sesi penyoalan daripada rakan-rakan mereka.

Kemudian bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid, saya tayangkan video mengenai impak daripada perlanggaran kereta dan langkah keselamatan yang perlu ada pada kereta tersebut. Pelajar dalam kumpulan dibekalkan dengan helaian kerja mengenai ciri-ciri keselamatan kereta yang perlu ada.

Sesi pdpc tamat dengan rumusan pembelajaran yang dibuat oleh pelajar. Saya gunakan teknik penyoalan berkesan bagi membimbing pelajar membuat rumusan. Alhamdulillah, objektif pembelajaran tercapai.


Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Tambah meriah, apabila Cikgu Jamilah tampil membuat kuiz pendek bagi menguji pemahaman pelajar mengenai tajuk yang diajar pada hari ini. Terima kasih Cikgu Jamilah untuk hadiah saguhati kepada anak pelajar 5 Arif!


Dari sana, kami bergerak ke Bilik Mesyuarat bagi sesi perbincangan. Untuk sesi ini, saya mulakan dengan pembentangan kajian impak pelaksanaan pembelajaran abad 21, sama seperti yang saya bentangkan di Kuantan pada hujung Februari.


Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Beberapa soalan dan juga maklumbalas diterima sepanjang perkongsian selama 1 jam di sini. Perkongsian saya rasa berjaya mencapai matlamat dan tujuan.

Secara jujurnya saya rasa sangat terharu dan gembira dengan usaha daripada kumpulan guru sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah yang sanggup datang dari jauh, demi sebuah perkongsian. Semoga juga apa yang saya kongsikan memberi banyak manfaat kepada mereka, dan juga kepada diri saya sendiri!

Buat kumpulan guru SMK Sultan Abdul Aziz Shah, saya doakan selamat maju jaya!



17 Tips Mengajar Murid Untuk Menjadi Kreatif

$
0
0
Murid kreatif datangnya daripada guru yang kreatif. Di dalam sebuah kelas, akan ada murid yang kreatif, dan juga murid yang tidak kreatif. Saya sendiri pada mulanya, melihat kreativiti ini seperti satu bakat semulajadi. Ada kes di mana, guru seorang kreatif, tetapi muridnya tetap tak kreatif sepertinya. Jadi persoalannya, bolehkah kita guru mengajar murid untuk menjadi kreatif?.


17 Tips Mengajar Murid Untuk Menjadi Kreatif
17 Tips Mengajar Murid Untuk Menjadi Kreatif

Saya percaya kreativiti ini sesuatu yang boleh dipelajari. Dan satu yang perlu diterima adalah, kemahiran ini bukan seperti hari ini belajar, esok terus menjadi kreatif. Sebaliknya perlu melalui satu proses dari masa ke semasa, untuk memupuk sikap kreatif tersebut dengan cara mengubah cara berfikir, serta sudut pandang murid.

Maka guru lah yang berperanan untuk memberikan kemahiran ini kepada murid. Tuntutan Pembelajaran di Abad 21 ini, menuntut supaya guru dan murid meletakkan kreativiti sebagai salah satu ciri yang perlu ada. Jom kita tengok beberapa tips bagaimana menghasilkan pelajar yang kreatif!



1. Sediakan Persekitaran Yang Kreatif
Persekitaran yang kreatif banyak membantu murid untuk berfikir dengan cara yang kreatif juga. Benda kreatif yang berada di sekeliling murid secara tak langsung membentuk gaya pemikiran di luar kotak.


2. Banyakkan Aktiviti Berkumpulan
Satu kepala memang hanya akan menghasilkan idea yang sama. Dengan adanya aktiviti berkumpulan, maka lebih banyak idea yang akan datang serta turut membantu murid yang kurang kreatif, melihat gaya berfikir rakan mereka.


Aktviiti berkumpulan boleh menjana kreativiti murid


3. Dedahkan Pelajar Dengan Benda Kreatif
Bagi menggalakkan murid berfikir dengan kreatif, guru perlu sentiasa mendedahkan apa-apa benda kreatif yang baharu kepada murid. Ini bagi membolehkan murid merasakan bahawa, tiada benda yang mustahil. Kadang-kadang, benda kreatif dihasilkan dengan hanya melibatkan sedikit perubahan kecil pada benda tersebut.


4. Penggunaan Pinterest
Pinterest merupakan apps yang sangat berkuasa untuk membantu pelajar melihat idea kreatif. Dengan kemudahan internet yang ada pada murid, maka boleh lah dioptimumkan penggunaan telefon pintar bagi tujuan pembelajaran seperti ini.

Mencari idea kreatif di Pinterest



5. Beri Kebebasan
Seringkali juga saya sentiasa memberikan kebebasan kepada murid untuk berkarya atau menghasilkan tugasan mereka. Murid boleh buat nota / projek dengan menggunakan apa-apa bahan, mengikut cara mereka.


6. Tunjukkan Hasil Kerja Rakan Mereka
Taktik ini sering saya gunakan bagi membolehkan mereka sentiasa berlumba-lumba menghasilkan projek / hasil kerja yang lebih unik, tersendiri dan kreatif. Murid lain boleh mengambil idea daripada hasil kerja rakan mereka, dan ditambahbaik bagi menghasilkan projek yang lebih kreatif.


7. Hormati Idea kreatif Murid
Dalam proses murid untuk menjadi kreatif, kadang-kadang mereka tampil dengan idea yang kita rasakan tak munasabah dan sesuai. Biasanya dalam kes ini, saya sentiasa terbuka dengan idea murid (walaupun lari tajuk / tak sesuai). Cuma saya akan minta pelajar jelaskan semula kenapa dan mengapa idea tersebut mahu digunakan.

Ini bagi tujuan memberi kefahaman yang jelas semula kepada murid, bagi membolehkan mereka berfikir dengan lebih jelas. Sekaligus akan membuatkan mereka berfikir berulang kali untuk menambahbaik idea mereka tadi.


8. Sediakan Bahan Yang Pelbagai
Penggunaan bahan yang pelbagai juga boleh memberikan nilai tambah kreatif kepada murid. Contoh mudah, sekiranya selalu menggunakan kertas untuk pembentangan, mungkin sekali sekala boleh diubah kepada penggunaan bahan lain, seperti plastik dan kayu.


Bahan yang pelbagai boleh membantu murid menghasilkan bahan yang kreatif


9. Integrasi Seni
Saya secara peribadi, suka jika seni dapat diintegrasikan dalam pembelajaran sains. Ini kerana penggabungan seni dengan sains dapat menghasilkan idea dan hasil kerja yang lebih 'seimbang' dan kreatif. Kita sendiri pun sedia maklum penggunaan otak kiri dan kanan secara optimum, boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik dan berbeza.


Hasil kerja murid yang mengintegrasikan seni

Untuk itu, penggunaan warna melalui kertas warna dan juga pensil warna atau pun krayon mampu memberi impak positif kepada kreativiti murid.


10. Tugasan Mencabar
Tak dinafikan tugasan yang mencabar mampu memberi satu cabaran kepada cara berfikir murid. Antara kaedahnya adalah dengan mengehadkan penggunaan bahan, atau pun meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi murid. Kekangan dan halangan seperti ini mampu mencabar cara berfikir sedia ada murid.


11. Penyelesaian Masalah
Kaedah penyelesaian masalah juga dapat memberikan murid cabaran untuk berfikir dengan kreatif. Murid akan berusaha sebaik mungkin, memikirkan strategi atau kaedah terbaik dalam menyelesaikan permasalahan. Pendedahan kerap murid dengan kaedah sebegini akan membentuk gaya berfikir di luar kebiasaan.


12. Penggunaan ICT
Rugi sekiranya kita tidak mengambil peluang daripada kelebihan yang dapat ditawarkan ICT. Penggunaan ICT mampu memberikan lebih banyak kemungkinan cara penyelesaian masalah dan penghasilan hasil kerja murid.


Memanfaatkan kelebihan ICT untuk pendidikan


13. Luar Buku Teks
Jangan terlalu terikat dengan penggunaan buku teks secara linear. Guru boleh kreatif dengan memberikan tugasan yang hampir serupa walaupun tiada dalam buku teks. Ini membolehkan murid untuk membuat rujukan luar, dan menjumpai lebih banyak maklumat di luar.


14. Gabungkan Aktiviti
Sesekali cuba gabungkan aktiviti atau subtopik bagi memberikan impak berbeza kepada murid. Bukan sahaja boleh menjimatkan masa mengajar, tetapi juga membolehkan murid untuk melihat isu dengan lebih luas dan merentasi kurikulum.


15. Belajar Dari Kesilapan
Dalam sesetengah keadaan, hasil kerja murid atau hasil aktiviti murid mungkin silap dan tidak menepati kehendak. Jangan marah, sebaliknya beri mereka galakan untuk menilai semula di mana kesilapan tersebut berlaku, memberi pilihan penyelesaian yang mungkin dan membiarkan murid membuat pilihan paling tepat untuk mereka baiki semula kesilapan.


Murid diberi galakan untuk membuat pilihan bagi menilai hasil kerja mereka


16. 5 Minit Dah Cukup
Guru tak perlu menganggap proses kreativiti ini berlangsung sepenuhnya pada 40 minit sesi pembelajaran. Buat permulaan, cukuplah jika dimulakan dengan 5 minit sahaja dalam setiap kali kelas, sebelum dilanjutkan kepada masa yang lebih panjang mengikut kemampuan guru dan murid.


17. Jangan Paksa
Kreativiti merupakan satu proses yang bukan mudah. Biarkan murid mengambil masa mereka untuk kreatif. Jangan paksa mereka untuk melakukan perkara yang mereka tak suka, sebaliknya beri galakan untuk mereka mempelajari sebanyak mungkin kemahiran daripada sebanyak mungkin peluang.



Kesimpulan nya, berilah masa untuk murid menjadi kreatif. Kemahiran yang perlu dipupuk ini, walaupun sedikit mengambil masa, inshaAllah akan memberikan impak yang tinggi. Jangan terkejut nanti dengan hasil kerja murid yang kreatif, malah boleh melebihi jangkauan apa yang kita fikirkan. Selamat beramal!




Idea P&P Sains : Saponifikasi Pembuatan Sabun

$
0
0
Saponifikasi adalah proses menghasilkan sabun. Proses pembuatan sabun ada banyak, tetapi ini adalah salah satu cara yang boleh digunakan di dalam makmal. Bahan yang perlu disediakan juga mudah, seperti minyak sayuran, alkali dan garam. Jom kita tengok dengan lebih lanjut bagaimana proses saponifikasi dijalankan.


Idea P&P Sains : Saponifikasi Pembuatan Sabun
Saponifikasi proses pembuatan sabun
 
Bahan utama yang diperlukan adalah minyak sayuran. Bagi eksperimen ini murid saya menggunakan minyak kelapa sawit. Selain daripada minyak kelapa sawit; minyak zaitun, minyak biji matahari, minyak jagung juga boleh digunakan.



Minyak sayuran digunakan dalam pembuatan sabun
Pelbagai minyak sayuran yang boleh digunakan


Kemudian 10cm3 minyak sayur ditambahkan dengan 50cm3 larutan Natrium hidroksida dengan kepekatan yang sangat tinggi, iaitu sehingga 5M.

Larutan natrium hidroksida yang digunakan adalah sangat pekat dan perlu diuruskan dengan berhati-hati kerana sifatnya yang mengakis. So hati-hati yer. Selalu cuci tangan sepanjang berurusan dengan larutan tersebut.



Idea P&P Sains : Saponifikasi Pembuatan Sabun
Alkali yang digunakan sangat pekat dan bersifat mengakis

Campurkan kedua-dua larutan dan kacau perlahan-lahan selama 5 minit di atas penunu Bunsen. Di sini anda dah mula Nampak perubahan yang berlaku pada larutan yang dicampurkan tadi.


Tambahkan 3 spatula natrium klorida. Natrium klorida ni adalah garam biasa yang kita boleh perolehi dari dapur. Kemudian sambung dengan tambahkan lagi air suling sebanyak 50 cm3. Panaskan lagi sekali.


Garam digunakan dalam proses pembuatan sabun
Garam digunakan dalam proses pembuatan sabun
 
Air suling ditambah dalam campuran minyak dan alkali
Air suling ditambah dalam campuran minyak dan alkali

Setelah beberapa ketika, tutup api dan biarkan larutan tadi menyejuk. Kemudian barulah mula menuras hasil yang kita dapat.

Kenapa perlu tunggu sejuk dulu baru turas? Sebab larutan yang panas akan menyebabkan bahan sabun tadi tidak kelihatan. Cair dalam larutan panas tersebut. Jadi kena tunggu sejuk, barulah molekul sabun tadi akan kelihatan, selepas ianya mula 'membeku'.

Jangan lupa juga, selepas turas bahan tersebut, bilas juga bekas bagi memastikan kesemua molekul sabun yang terbentuk dapat dikumpulkan dengan baik.



Idea P&P Sains : Saponifikasi Pembuatan Sabun
Hasil dituras selepas disejukkan

Tunggu sehingga kering bagi mendapatkan sabun. Tekapkan juga dua kertas turas pada bahan turasan supaya lebih cepat menyerap air.

Akhir sekali, bagi menguji sama ada bahan yang kita dapat tadi adalah sabun atau pun tidak, maka ambil sedikit bahan putih tersebut, masukkan dalam tabung uji, tambahkan sedikit air dan goncang.



Penghasilan buih menunjukkan bahawa sabun berjaya dihasilkan
Penghasilan buih menunjukkan bahawa sabun berjaya dihasilkan

Jika kita memperolehi buih, maka memang benarlah bahan tersebut adalah sabun. 

Bagi pelajar yang masih kurang faham dengan proses saponifikasi pembuatan sabun ini, maka eloklah terus ke Channel yOutube saya bagi menonton video di bawah. Semoga membantu!


 
 






Program Peningkatan Profesionalisme dalam Pembelajaran Abad 21 di Taiping, Perak

$
0
0
Panitia Kimia Daerah Larut, Matang Selama melalui Pejabat Pendidikan Daerah telah menganjurkan Program Peningkatan Pembelajaran Abad 21 bertempat di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Perak. Program dihadiri oleh lebih 100 orang guru pelbagai subjek, dengan majoritinya merupakan guru matapelajaran Kimia.


Pembelajaran Abad 21 di Taiping, Perak bersama Guru Kimia
 
Saya tiba sehari lebih awal, jadik sempat lah nak merasa Mee Udang Mak Jah yang terkenal di Kuala Sepetang dan Koeyteow Doli jugak di Taiping.

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Koewteow Doli, Taiping

Sesi bermula dengan perkongsian ceramah pengamalan Pembelajaran Abad 21 dalam kelas.

 



 

 



Kemudian sesi bersambung dengan sesi bengkel hands on melibatkan penyertaan guru dalam merancang pdpc yang berteraskan Pembelajaran Abad 21.


 



Best perkongsian di Taiping nih. Guru-guru dan layanan daripada pihak penganjur, terutamanya Cikgu Suzie sangat lah terbaik!


 
 
 



Tak lupa juga, dapat berjumpa dengan rakan seperjuangan masa di Sarawak dulu, Cikgu Syed dan juga Cikgu Hasmas yang kedua-dua nya berkhidmat di Taiping sekarang. Terimbau kenangan di Sarawak dulu.




Semoga perkongsian mendapat keberkatan dariNya. Selamat beramal!


Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah

$
0
0
Walaupun sudah beberapa kali ke Sabah pada tahun ini, tapi sebenarnya saya rasa teruja sebab dapat sekali lagi ke Sabah dengan rombongan Video STEM. Apatah lagi, rombongan juga disertai oleh sahabat saya, Cikgu Romie dan juga Cikgu Sarifah dari MOZAC yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang terlibat bagi Seminar Video STEM bagi Zon Sabah.

Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
Fasilitator bagi Seminar Video STEM bagi Zon Sabah

Diadakan jauh sedikit daripada Kota Kinabalu iaitu di Tuaran, lebih kurang 1 jam perjalanan, kami memilih untuk menginap di Kota Kinabalu. Sengaja, sebab mahu lebih banyak masa di hotel, di samping lebih mudah untuk jalan-jalan. Rakan sebilik saya sudah tentu lah Cikgu Romie.


Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
Gajet tak lepas dari tangan

Pagi hari Seminar berlangsung kami bertolak awal dengan menggunakan van SM Sains Tuaran, tuan rumah. Meriah pulak bila dah ramai-ramai dalam van tu. Maka berkesempatan lah berjumpa dengan semua pegawai pendidikan yang terlibat dalam Seminar STEM di Sabah ini.

Antaranya adalah Dr Ihsan, iaitu pegawai di Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab dengan segala perkembangan STEM di Malaysia. Pegawai penuh bertenaga, dan jelas dengan halatuju yang ingin dibawanya. Semangat STEM yang membara! :) 


Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
Dr Ihsan, Mr Bakhtiar dan Cikgu Hailmi

Majlis berlangsung dengan lancar di sini. Cuma kasihankan dengan pelajar dan guru SM Sains Tuaran yang terpaksa menumpang di bangunan IPG Kampus Kent kerana bangunan asal mereka yang sudah tidak selamat untuk didiami.


Memandangkan seminar di Sabah ini adalah bagi warga guru di seluruh Sabah, maka majlis perlu bermula lebih lewat sedikit kerana menunggu kehadiran guru yang datang dari jauh sehingga ke Tawau, Sandakan.


Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
 

Tapi bezanya, walaupun datang dari jauh, warga pendidik Sabah sangat lah bersungguh dalam menimba ilmu apabila diberi peluang sebegini. Respon yang diterima daripada mereka adalah sangat baik dan sungguh positif. Rasa sungguh berbaloi pula bila datang berkongsi dengan guru di sini.


Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
 

Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
 

Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
 

Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
 

Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah


Secara keseluruhannya saya rasakan Seminar STEM di Sabah ini menunjukkan impak dan penerimaan yang positif dalam kalangan warga pendidiknya. Majoriti guru yang terlibat juga menyatakan rasa puas hati terhadap pelaksanaan seminar ini yang memberikan banyak input baru mengenai STEM di Malaysia.


Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah
 

Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah


Dan tak sah lah kalau dah ke Sabah tapi tak pekena dulu makanan laut nya. Kakak senior kami, Cikgu Sarifah dari MOZAC Melaka, iaitu juga Guru Cemerlang JUSA C yang tak lokek membelanja adik-adik comel dia nih.. hahahaha.. terima kasih Kak Pah!


Seminar Video STEM 2017 bagi Zon Sabah


Memang best trip ke Sabah kali nih. Berada dengan mereka-mereka yang hebat dan juga bersemangat waja dalam melakukan yang terbaik untuk pendidikan Malaysia, melalui sumbangan masing-masing.

Semoga berkesempatan untuk menjalankan tugas bersama mereka ini lagi. Amin!



Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM

$
0
0
Baru-baru ini telah selesai satu Program Kecekapan Jimat Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih Negeri Kedah anjuran CETREE - USM. Pertandingan yang berlangsung sejak Januari 2016 dan berakhir pada Mei 2017 adalah bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada warga sekolah terutamanya dalam mengurangkan penggunaan elektrik di premis masing-masing sekurangnya 3%.


Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM
Pasukan Jimat Tenaga SMK Jerlun

Program bermula apabila kumpulan sekolah SMK Jerlun dipanggil bagi satu Bengkel Kecekapan Tenaga di Sungai Petani. Lanjutan tersebut, satu jawatankuasa guru dan pelajar dibentuk bagi menjalankan program Jimat Tenaga ini di sekolah.

Bagi menambahkan ilmu lagi dalam bidang yang berkaitan dengan kecekapan tenaga dan juga green technology, selagi lagi pasukan sekolah SMK Jerlun dijemput untuk menyertai Kem Teknologi Hijau yang bertempat di BDB Hotel, Jitra pada tahun lepas.


Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM
Kem Teknologi Hijau
 
Antara langkah yang dijalankan oleh pasukan Jimat Tenaga SMK Jerlun adalah, menubuhkan organisasi yang lengkap dengan bidang tugas masing-masing. Bekerja dari sana, pasukan J-Force mengenalpasti kawasan yang menjadi punca peningkatan penggunaan elektrik yang tinggi.




Tak lain tak bukan, penggunaan elektrik yang tinggi dah tentu datangnya dari penggunaan pendingin hawa yang berlebihan di dua tempat utama, iaitu bilik guru dan juga bilik pusat sumber.


Bertitik tolak dari sana, pasukan J-Force menjalankan beberapa program kesedaran yang menumpukan kepada pelajar, guru dan warga sekolah keseluruhannya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:


01. Poster Kesedaran
Poster mengenai jimat tenaga dilekatkan di setiap kelas dan bilik khas. Selain itu, beberapa kawasan strategi seperti mesin punch card dan juga kantin turut diletakkan bagi memberi ingatan setiap masa kepada warga sekolah.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


02. Sticker
Sticker digunakan bagi memudahkan warga sekolah mengenalpasti kedudukan lampu dan kipas dengan mudah. Sekaligus ini mengelakkan daripada berlakunya pembaziran elektrik.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


03. Papan Kenyataan
Papan Kenyataan digunakan sebagai platform utama penyebaran ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan kempen jimat tenaga.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


04. Stesyen Kitar Semula
Stesyen Kitar Semula ditubuhkan bagi memberi peluang kepada warga sekolah untuk terlibat aktif dengan aktiviti kitar semula. Stesyen ini diletakkan di tempat tumpuan pelajar, iaitu koperasi.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


05. Taman Citrus
Bagi mengalakkan lagi penanaman tumbuhan di sekolah, pihak kami menubuhkan satu Taman Citrus yang terletak bersebelahan dengan makmal sains. Lebih banyak tanaman, bermakna lebih banyak gas karbon dioksida yang digunakan oleh tanaman tersebut.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


06. 5 Minit Bersama Komuniti
Kesedaran mengenai kempen jimat tenaga turut dipanjangkan kepada pengetahuan ibubapa dan waris. Pengetua, Tn Haji Abdul Razak Mat akan menggunakan 5 minit bagi setiap perjumpaan bersama ibubapa memberi penerangan mengenai kempen jimat tenaga yang dijalankan.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


Alhamdulillah pada 19 Julai yang lalu, satu pasukan penilai daripada CETREE-GT USM  dan JPN Kedah telah datang menilai program kecekapan tenaga yang dijalankan di SMK Jerlun. SMK Jerlun merupakan antara 10 buah sekolah yang berjaya melalui penilaian kedua.

Mereka adalah Prof Dr Haslan Abu Hassan, Dr Faizal Baharum dan juga Tn Haji Hafiz daripada JPN Kedah.








Harapan saya selaku penyelaras program, diharapkan melalui program sebegini mampu memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada anak didik saya. Apatah lagi kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada kalangan pelajar Tingkatan 3 dan 2.

Secara jujur, saya rasa sangat teruja melihat kumpulan pelajar ini berjaya membentangkan aktiviti yang mereka jalankan dengan baik. Tak sangka, walaupun latihan untuk mereka hanyalah dalam masa yang singkat sahaja.


Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


Selain daripada itu, semoga juga dengan penganjuran program kecekapan tenaga seperti ini mampu memberi kesedaran kepada warga sekolah SMK Jerlun terutamanya dalam membudayakan amalan cekap dan jimat tenaga. Perubahan sikap daripada warga sekolah adalah sangat diharapkan selepas ini.


Kalau ada berita baik, nanti saya akan kongsikan. Buat sementara waktu, sila doakan yang terbaik untuk pasukan kami!



Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam

$
0
0
Zipgrade merupakan satu aplikasi yang memudahkan urusan guru untuk menyemak kertas peperiksaan, lengkap dengan  analisis. Ciri-cirinya tepat, mudah dan tersusun menjadi pilihan sekian ramai guru untuk menggunakannya bagi mendapatkan feedback dengan segera.

Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Peperiksaan
Jom ikuti tutorial yang disediakan oleh Cikgu Azrul Arefe, guru Matematik dari SK Desa Tun Hussein Onn dalam laman fb beliau. Sebelum ini juga beliau pernah berkongsikan tutorial bagi penggunaan aplikasi Plickers. Memang menarik!


Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 
 
Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 
 
Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 
 
Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 
 
Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 
 
Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 
 
Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 
 
Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 
 
Tutorial Zipgrade Mudahkan Analisis Kertas Exam
 

Pelajar perlu lah menjawab pada kertas jawapan  khusus yang boleh didownload daripada laman web zipgrade.

Antara tips yang dikongsikan oleh Cikgu Azrul Arefe adalah, semasa proses scan, pastikan petak putih masuk tepat dalam empat petak hitam yang ada pada setiap penjuru, bagi hasil yang memuaskan.




Terima kasih Cikgu Azrul Arefe untuk perkongsian aplikasi ZIPGRADE beliau. Teruskan berkongsi ilmu teknologi pdpc anda dengan kami. Semoga juga jadi ilmu bermanfaat buat rakan guru yang lain! 



Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SM Sains Tunku Syed Putra

$
0
0
Saya berbesar hati untuk berkongsi sedikit pengalaman melalui amalan Pembelajaran Abad 21 bersama guru-guru SM Sains Tunku Syed Putra. Apatah lagi jemputan kali ini adalah jemputan kedua dari  sekolah dalam negeri Perlis, negeri kelahiran saya. Selepas kelas terakhir di sekolah, maka saya terus bergegas ke sekolah tersebut.


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SM Sains Tunku Syed Putra
 

Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SM Sains Tunku Syed Putra


Alhamdulillah kerana penerimaan warga guru di sini adalah sangat baik. Masing-masing dapat melihat bahawa pelaksanaan amalan Pembelajaran Abad 21 adalah tidak lah susah dan sarat dengan perkara yang menyusahkan. Sebaliknya mudah dan menggembirakan proses pembelajaran berlangsung.

Semoga perkongsian di SM Sains Tunku Syed Putra ini memberikan perspektif baharu kepada warga sekolah di sini. Selamat beramal!


Ceramah Pembelajaran Abad 21 di SK Ayer Putih, Pendang

$
0
0
Perkongsian amalan Pembelajaran Abad 21 di SK Ayer Putih Pendang ini menggabungkan dua buah sekolah rendah yang berada berdekatan. Saya cadangkan diadakan sedemikian bagi membolehkan majlis berlangsung dengan bermakna dan lebih memberi impak.


 

 



Semoga diharapkan dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada warga pendidik di dua buah sekolah ini. Selamat beramal dengan ilmu PA21!


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM

$
0
0
Sekembalinya daripada bengkel STELR STEM di Bandung, Indonesia pada tahun lepas, pasukan Malaysia, Dr Nurjahan daripada RECSAM SEAMEO sudah merancang untuk menjalankan bengkel seumpamanya juga di Malaysia.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Dengan usaha kolaboratif bersama wakil dari Malaysia (Dr Nurjahan dabsaya sendiri), Brunei (Pn Azien dan Pn Suzanah) dan Indonesia (Pn Fia dan En Edy), suatu bengkel STELR STEM di Pulau Pinang, dengan kerjasama RECSAM. Kolaboratif antarabangsa, yang dijalankan pada 9 - 11 Ogos 2017.


Bengkel 3 hari 2 malam ini juga dirancang dan diubahsuai supaya sesuai dengan bahan dan kepakaran yang kami ada. Paling penting sesuai untuk dilaksanakan oleh para pendidik di Malaysia, terutamanya.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Sehari awal persediaan telah dilakukan. Pasukan dari Brunei dan Indonesia tiba lebih awal. Maka mereka meluangkan masa di makmal, selepas berehat seketika. Manakala saya pula tiba selepas tamat waktu persekolahan pada hari Selasa.


Hari Pertama
Selesai pendaftaran, semua berkumpul di dewan utama bagi sesi ucaptama, oleh Dr Nurjahan, Timbalan Pengarah RECSAM. Selesai ucaptama, sesi perkongsian dimulakan oleh saya melalui Pengenalan kepada STEM.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Antara yang saya kongsikan adalah sejarah STEM di Malaysia dan juga ciri-ciri pdp STEM seperti yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Sesi disambung dengan perkongsian Inkuiri daripada Pn Suzanah (Brunei) yang berkongsikan IBSE (Inquiry Based Science Education), termasuk berkongsikan pengalaman pelaksanaan IBSE di sekolah nya di Brunei Darussalam.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Disebabkan tamat lebih awal maka sedikit sesi ice breaking diadakan bagi membolehkan para peserta bengkel untuk bergaul dan bekerjasama dengan lebih baik. Menarik juga aktiviti yang diadakan secara spontan ini. Sekurang-kurangnya, dah mula ada interaksi baik sesama peserta.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM



Sesi kemudian disambung lagi dengan sesi hands on. Di makmal 2, Pn Azien dan Pn Suzanah mengadakan bengkel mengenai water filter dan juga bridge challenge.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Bagi saya dan Pn Fia (Indonesia) pula dibantu oleh Edi, kami mengendalikan sesi climate change and oceans. Antara perkara yang ditimbulkan adalah kesan global warming kepada kenaikan paras air.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Sempat juga malamnya saya bawa tetamu dari Brunei dan Indonesia ini ke Padang Kota Lama bagi menjamu selera dengan makanan trademark Penang, pasembor!


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM



Hari Kedua
Hari kedua pula dimulakan dengan sesi hands on di makmal oleh Mr Yuji daripada JICA (agensi dari Jepun), sambil dibantu oleh Pn Fia. Aktiviti yang diadakan adalah bagi tajuk renewable energy, dengan menggunakan bahan inovasi dan juga kit STELR Australia.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Manakala di dewan pula, sesi hands on dikendalikan oleh Pn Azien dan juga saya sendiri. Tajuk aktiviti kami adalah electricity, dengan menghasilkan doh yang boleh mengalirkan elektrik, Squashy Circuit.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Sesi petang pula adalah mengenai Project Based Learning (PBL). Sedikit pengenalan daripada saya, dan seterusnya disambung dengan aktiviti berkumpulan, di mana setiap kumpulan perlu merangka satu project based learning yang boleh dijalankan di sekolah masing-masing nanti.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM



Hari Ketiga
Hari terakhir dimulakan dengan sesi fotografi berkumpulan. Kemudian sedikit persediaan dilakukan bagi sesi pembentangan kumpulan. Agak mengkagumkan dengan hasil kerja perbincangan para peserta.




Yang lagi saya suka adalah sesi ini banyak membuka minda mengenai project based learning. Lebih clear pemahaman, inshaAllah.

Selesai saja semuanya, sesi penilaian dan refleksi dilakukan. Cukup bangga apabila wakil peserta, iaitu Cik Nurul Hanim daripada SMK Bawang Assan, Sibu Sarawak telah meletakkan rate 11 daripada 10 penilaian, menunjukkan bahawa beliau sangat sangat berpuas hati dengan isi kandungan dan pelatihan daripada bengkel STELR STEM ini.


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 


Alhamdulillah. Satu kepuasan juga buat para fasilitator yang bekerja keras membuat segala persiapan, diketuai oleh Dr Nurjahan, RECSAM.

Saya sendiri juga selaku fasilitator turut merasa puas hati dengan penglibatan peserta dan juga hasil perbincangan yang diperolehi sepanjang bengkel ini dilaksanakan. Bukan setakat memberi manfaat kepada peserta bengkel, malah kami para fasilitator juga banyak belajar daripada perkongsian peserta. Tahniah!


Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM
 

Bengkel STELR STEM 2017 di RECSAM


Pulang daripada bengkel ini, saya secara jujurnya rasa sangat gembira dan berpuas hati kerana dapat menjalankan bengkel STEM dengan baik bersama rakan fasilitator antarabangsa, di samping menambahkan kenalan baharu dari pelbagai lapisan pendidikan daripada seluruh Malaysia.


Kolokium STEM Zon Utara 2017

$
0
0
Selesai program STELR STEM di RECSAM bersama rakan baru dari seluruh Malaysia, saya bergerak ke USM bagi  program Kolokium STEM Zon Utara 2017 yang berlangsung di sana. Teruja juga untuk terlibat memandangkan content STEM yang masih baharu dan juga saya sendiri terlibat mengendalikan satu sesi bengkel PdPc STEM.


Kolokium STEM Zon Utara 2017
Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang

Kolokium berlangsung pada hari Sabtu, 12 Ogos 2017 menggabungkan insitusi pendidikan dari seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Dianggarkan sehingga 2500 peserta telah terlibat dalam kolokium STEM bagi negeri-negeri Utara ini.

Setiap sekolah perlu menghantar 5 orang wakil, seorang Pengetua / Guru Besar, seorang kaunselor, seorang wakil PIBG dan dua orang guru STEM bagi subjek yang berbeza.


Kolokium STEM Zon Utara 2017
Pasukan SMK Jerlun dihadiri oleh Pengetua, Kaunselor Hafiza, Wakil PIBG Cg Niza dan Cg Shida

Saya rasa ini tindakan yang sangat bijak. Usaha men"STEM"kan pelajar seharusnya adalah usaha kolaboratif bersama daripada semua pihak. Setiap pihak ada bahagian masing-masing yang perlu dijalankan, bukan sekadar memperkenalkan STEM, malah membudayakan STEM dalam kehidupan seharian.

Bagi saya pengendali sesi bengkel PdPc STEM, saya merasakan akan keperluan untuk warga guru kembali kepada pengajaran sebenar yang berasaskan eksplorasi murid, menggunakan pendekatan PdPc STEM, seperti inkuiri, problem solving dan juga project-based learning. Maka saya rancangkan satu sesi bengkel yang boleh memberi pendedahan bagaimana PdPc seumpamanya dapat dijalankan oleh warga guru.


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
Suasana masa pendaftaran

Sesi pendaftaran peserta kolokium berlangsung di perkarangan foyer Dewan Tunku Syed Putra dan diuruskan oleh JPN masing-masing. Setiap peserta menerima brochure dan juga aturcara majlis. Seterusnya masuk ke dewan. Terimbau kenangan zaman belajar di USM suatu ketika dahulu. 


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
Suasana dalam dewan

Ucaptama diberikan oleh Naib Canselor USM, iaitu Prof Datuk Dr Asma Ismail. Antara perkara yang menarik untuk saya kongsikan adalah satu petikan ayat beliau, "Tibalah masanya untuk kita ambil serius dengan STEM, bergerak daripada bukan sahaja atas kesedaran kepada STEM, tetapi juga kepada literasi STEM dan juga paling penting, bagaimana nak engage masyarakat dengan STEM".


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
Ucaptama daripada Naib Canselor USM, Prod Datuk Dr Asma Ismail

Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan. Kolokium berhenti seketika bagi memberi laluan kepada masa rehat sebelum disambung dengan sesi seterusnya, iaitu forum dan dialog. Kali ini ahli panel yang dibawa adalah terdiri daripada wakil KPM, orang industri dan juga wakil daripada pendidikan tinggi. 


Dialog seumpama ini sangat bagus kerana berjaya menghimpunkan semua pihak yang perlu berkolaboratif membangunkan STEM. Sebelum ini kebanyakan nya lebih bersifat individu, dan bergerak sendiri. Bila ada kombinasi yang sebegini, maka kita boleh faham akan keperluan dan permasalahan pada setiap peringkat, untuk kita atasi bersama.


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
Pertemuan tak disangka dengan cikgu Sains saya dulu, Cg Mahanom

Selesai makan tengahari sesi disambung lagi dengan sesi bengkel hands on bagi guru-guru STEM. Manakala bagi Pengetua / Guru Besar, Kaunselor dan wakil PIBG masih berada di dewan untuk sesi perkongsian daripada penceramah terpilih.


Dalam perjalanan nak menuju ke bengkel tu, sempat jugak menjeling pameran-pameran yang ada di sepanjang foyer perpustakaan USM sehingga ke bangunan dewan kuliah. Memang banyak pameran dari agensi, IPT dan sekolah yang sangat bagus dan berinovatif.


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang


Saya bergerak ke Bilik Tutorial 104, dengan label PdPc STEM. Dianggarkan seramai 50 orang guru dijangka akan mengikuti bengkel saya ini. Segala persiapan dan kelengkapan bahan sudah disiapkan sejak semalam dengan bantuan daripada pihak KPM (Dr Ihsan dan Puan Aidilina) serta JPN Pulau Pinang (Pn Susilawati).


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
Ini lah bilik bengkel saya!

Aktiviti yang saya jalankan adalah Water Filter. Aktviti yang biasa dijalankan oleh guru Sains. Tetapi dengan membuat sedikit perubahan pada approach pdp, inshaAllah pembelajaran STEM jadi lebih bermakna dan mendalam.


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
Antara hasil kerja peserta bengkel PdPc STEM

Saya jalankan aktiviti hands on bersama guru. Dalam masa yang sama juga saya terangkan apa yang sedang mereka lakukan. Di mana inkuirinya, di mana problem solving nya, bagaimana nak mulakan project based learning, serta mengaitkan semua aktiviti yang dijalankan dengan Pembelajaran Abad 21 yang menumpukan kepada Kemahiran 4C.


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang\
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang\
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
 

Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
 

Bermakna di akhir bengkel, amat lah besar harapan saya bahawa guru memahami inkuiri, PdPc STEM, problem solving, project based learning, dan 4C dalam Pembelajaran Abad 21.

Alhamdulillah, sesi bengkel berlangsung dengan baik sekali. Saya sendiri merasakan berpuas hati dapat berkongsi pengetahuan dengan warga guru pada hari ini. Malah feedback yang diterima melalui tools Parking Lot juga menunjukkan ramai peserta bengkel yang semakin jelas dengan halatuju PdPc STEM.


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
Feedback best daripada peserta bengkel. Muahx!

Selesai sesi bengkel, saya melakukan kerja pembersihan. Serius penat, sebab semuanya daripada persediaan, pelaksanaan dan sehingga selesai bengkel, dilakukan oleh saya seorang. Sempat juga saya suarakan kepada Pn Aidilina, jika ada lagi khidmat saya digunakan, maka amatlah saya berterima kasih jika boleh membawa pembantu untuk menolong tugas saya. Hehhe.. penat woo


Sebelum pulang ke Kedah sempat juga saya bertemu dengan pasukan STEM dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertungkus lumus dan berkerja keras menjayakan Kolokium STEM bagi ZOn Utara ini, terutamanya Dr Ihsan yang saya tengok tak duduk diam ke sana ke sini.


Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang
Pasukan STEM dari Bahagian Dasar KPM yang awesome, diketuai Dr Ihsan

Terima kasih yang tak terhingga buat Dr Ihsan dan Pn Aidilina serta team Bahagian Dasar KPM yang memberikan saya sedikit ruang dan peluang untuk turut sama menyumbangkan bakti dalam sama-sama menjayakan inisiatif STEM di Malaysia.

Sehingga kita bertemu lagi, terima kasih!



Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017

$
0
0
Setelah berehat sekian lama, maka Majlis Guru Cemerlang Malaysia di bawah pimpinan Haji Rudzli, Guru Cemerlang Gred Khas C, telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia untuk tahun 2017. Bertempat di Institut Aminudin Baki Cawangan Utara (IABU), Seminar kebangsaan ini digerakkan melalui Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah dan juga Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis.



Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017

Seminar yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan menghimpunkan seramai mungkin Guru Cemerlang seluruh Malaysia bagi sesi peningkatan profesionalisme, di samping mempertemukan GC2 ini bagi menyemarakkan semula semangat dan jiwa pendidik masing-masing.

Selain daripada agenda bermesyuarat dan sesi dialog bagi menentukan hala tuju Guru Cemerlang selepas ini, sesi pembentangan inovasi dan best practises juga bertujuan bagi membugarkan semula semangat GC yang hadir, apatah lagi sekian lama sudah tak ada pertemuan yang seumpamanya sebelum ini.

Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017 kali ini dirasmikan oleh Pengarah JPN Kedah, Datin Paduka Dato' Hajjah Azuyah Hassan, yang juga merupakan  mantan Guru Cemerlang batch pertama dahulu.



Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
Wefie bersama Pengarah JPN Kedah, Datin Paduka Dato' Hajjah Azuyah Hassan

Sekalipun terlibat sebagai AJK Pengurusan Seminar yang menguruskan 8 pembentang dan seorang penceramah, saya hanya dapat turut serta pada hari kedua, kerana terlibat dengan Kolokium STEM Zon Utara di USM, Pulau Pinang. Mujur lah ada pasukan yang memang hebat boleh take over, diketuai oleh Cikgu Asmaniza, GC daripada SBPI Kubang Pasu.


Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
Team AJK Pengurusan Seminar yang awesome!

Senarai Pembentang Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017

1. Suziyana binti Hashim (SMK King Edward VII, PERAK) - "Gesture Membantu Pemahaman Murid"

2. Hanita binti Ladjaharum (SMK Bandar Kota Kinabalu, SABAH) - Aplikasi Aktiviti LENG-AT Bagi Membolehkan Pelajar Tahap Lemah Terlibat Secara Aktif dan Efektif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah"


Cikgu Hanita dari Sabah dengan inovasi LENG-AT nya
 
3. Bahtiar bin Sukkor (SMK Dato Ali Haji Ahmad, JOHOR) - Inovasi KOMBeT

4. Mohammad bin Omar (SMK Bunut Susu, KELANTAN) - Meningkatkan Penguasaan Fakta dan Terminologi Berkaitan Tumbuhan Menggunakan Taman Sains RG

5. Jasmi bin Amin (SMK Malim, MELAKA) - Eksplorasi Pintar Haji

6. Norhailmi bin Abdul Mutalib (SMK Jerlun, KEDAH) - Penggunaan Google Form Dalam Peningkatan Akademik Sains


Pembentangan saya, amalan terbaik bilik darjah dalam menggunakan aplikasi Google Form
 
7. Basyira binti Omar (SMKA Alawiyah (P), PERLIS) - Method Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab : Bahasa Arab Dekat di Hati

8. Lee Saw Im (SMK Seri Bintang Utara, WP KUALA LUMPUR) - Teknik "Bocaps Merry Go Round" - Satu Kaedah Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Tentang Ikatan Ionik


Bersama dengan Ustaz Jasmi bin Amin, Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari Melaka
 
Antara sesi yang membuka mata adalah sesi dialog dengan wakil daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan juga wakil NUTP. Banyak isu-isu yang berkaitan dengan penjawatan Guru Cemerlang dikemukakan dan mohon dipertimbangkan.

Antaranya isu yang dibincangkan adalah:

1. Penjawatan Guru Cemerlang SR yang hanya pada DG48
2. Saranan Guru Cemerlang bertukar kepada SISC+
3. Guru Cemerlang yang masuk ke laluan timebased
4. Beban tugas Guru Cemerlang di sekolah
5. Tanggungjawab Guru Cemerlang di sekolah
6. Cabaran Guru Cemerlang di mata pendidik


Manakala bagi sesi perkongsian ceramah Pembelajaran Abad ke-21 oleh Dr Norliza Khusairi, dari IPDA pula, banyak memberikan pembugaran semula mengenai bagaimana menjadi guru yang efektif (berkesan) dalam mendepani anak murid abad ke-21.


Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
Dr Norliza Khusairi, Pensyarah Kanan IPG Kampus Darulaman

Paling saya tertarik adalah melalui penggunaan frasa LEARN, UNLEARN and RELEARN. Petikan kata-kata Alvin Toffler ini kemudiannya diterjemahkan dengan bahasa yang lebih mudah.




Adalah dalam kita nak menjadi guru yang berjaya, berkesan, dan mampu mendepani cabaran mendatang, maka hendaklah kita mampu untuk LEARN (belajar), kemudian boleh UNLEARN, supaya ada ruang untuk kita RELEARN semula.

Sangat bertepatan dengan konsep pembelajaran untuk sepanjang hayat, maka sentiasa lah menimba ilmu kerana ilmu itu takkan pernah habis untuk dipelajari.

Secara keseluruhannya, saya merasakan penganjuran seminar ini sangat lah memberi makna kepada saya sebagai Guru Cemerlang. Bertemu dengan rakan GC daripada seluruh Malaysia, banyak membuka mata saya mengenai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh Guru Cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.


Video Sumbangan dan Anugerah Guru Cemerlang seluruh Malaysia
  
Bersama YDP Majlis Guru Cemerlang Malaysi, Tn Haji Rudzli GC Gred Khas C Geografi
 
Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
Bersama Guru Cemerlang dari Melaka
 
Bersama GC dari Perak, Cg Bonsu dan Cg Suzie
 
Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
Cg Juilis, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Sabah
 
Guru Cemerlang Matematik, Cg Nizam dari Negeri Sembilan
 
Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
Bersama GC dari Johor dan Terengganu
 
Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
GC Kedah, semuanya subjek kepakaran Kimia kecuali saya
 
Guru Cemerlang Negeri Perak
 
Bersama YDP Majlis Guru Cemerlang Kedah yang baharu, Cg Noranuwi

Rangkaian baharu ini memungkinkan gerakan Guru Cemerlang dapat diperkasakan lagi dengan kolaborasi antara mereka yang akhirnya sama-sama meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak Malaysia. Bergerak secara berkumpulan itu lebih baik!

Semangat dan nilai positif yang ada daripada Guru Cemerlang yang hadir juga sebenarnya banyak menyuntik semangat kepada saya untuk terus meneruskan kecemerlangan pada tahap yang tertinggi.

Harapan saya, semoga pergerakan Guru Cemerlang selaku barisan paling hadapan pendidik ini diteruskan dan diperkasakan lagi. Semoga kita sama-sama bergerak ke arah yang lebih baik dalam meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia. Amin!




Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia

$
0
0
Kali ini saya berpeluang lagi untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman amalan Pembelajaran Abad 21 dalam bilik darjah bersama guru MRSM seluruh Malaysia. Jika dulu dengan guru-guru MRSM di Gemencheh, kali ini bersama Guru Kanan MRSM seluruh Malaysia. Program dijalankan di Kuala Lumpur.



Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia

Pada mulanya, saya sangkakan Guru Kanan  MRSM adalah bersamaan bidang tugas dengan Ketua Bidang / Guru Kanan di sekolah biasa. Rupanya, Guru Kanan MRSM adalah sama bidang tugas dengan Ketua Panitia di sekolah. Oh.. baru ler saya faham.

Bagi program di KL ini, Pn Nasriyah yang juga merupakan Pegawai Sains di HQ MARA yang berurusan dengan saya. Memang cekap dan bersemangat!


Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia


Seperti biasa, sesi untuk saya dibahagikan kepada dua, iaitu sesi ceramah dan sesi bengkel hands on. Sesi ceramah memfokuskan kepada penerangan konsep Pembelajaran Abad ke-21 dengan lebih terperinci. Manakala sesi bengkel pula adalah sesi hands on yang melibatkan perancangan guru itu sendiri.


Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Walaupun baru mendapat pendedahan mengenai Pembelajaran Abad 21 secara formal, tetapi ramai guru yang menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi.

Jelas nampak perancangan pdpc semasa sesi bengkel, menunjukkan daya kreatif guru yang sangat tinggi. Lagi menarik kerana guru menunjukkan kepelbagaian dari segi pilihan aktiviti dan strategi, menjadikan sesi bengkel tersebut sangat berjaya.


Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia
 

Bengkel PA21 Bersama Guru Kanan Sains MRSM Seluruh Malaysia


Dengan pendedahan dan pengalaman first hand bagi aktiviti Pembelajaran Abad 21 amatlah saya berharap agar amalan pdpc ini dibudayakan. Alasannya mudah saja, iaitu ke arah melahirkan pelajar yang bukan saja boleh boleh berfikir kritis dan kreatif, tetapi juga mampu berkomunikasi dan berkolaboratif dalam menghadapi sesuatu isu atau permasalahan.


Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat

$
0
0
Program saya di Kuala Lumpur, kemudian terus bersambung dengan Bengkel Pembelajaran Abad 21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat di SMAP Kajang. Dirancang secara tak sengaja bersama Pegawai Sains, Pn Leen semasa Majlis Pelancaran Bengkel Video STEM di sini, program kemudiannya disasarkan kepada meningkatkan mutu pdpc guru-guru Sains dalam daerah Hulu Langat.


Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat
Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat

Bengkel yang melibatkan sehingga 180 orang guru Sains ini diuruskan oleh Pn Leen, dibantu beberapa orang lagi SISC+ serta tenaga kerja guru daripada SMA Persekutuan Kajang. Kebanyakan mereka juga adalah merupakan guru subjek Sains. Malah ada beberapa orang guru, saya telah kenali sebab banyak berulang ke SMAP Kajang pada tahun ini.

Aktiviti dimulakan sesi ceramah perkongsian mengenai Pembelajaran Abad ke-21. Beberapa contoh sebenar amalan Pembelajaran Abad ke-21 yang saya jalankan dalam bilik darjah turut dikongsikan bagi membolehkan guru melihat bagaimana ianya dilaksanakan secara praktikal.


Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat
 

Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat
 

Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat


Aktiviti kedua pula adalah bengkel hands on guru dalam merancang bagaimana "mem-PA21-kan" pdpc mereka. Penggunaan tools dan strategi pembelajaran kolaboratif yang banyak membantu dalam memberikan kemahiran 4C kepada murid.


Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat
 

Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat
 

Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat


Saya secara jujurnya amatlah berterima kasih kepada pihak penganjur, PPD Hulu Langat terutamanya Puan Leen yang banyak memberikan ruang dan peluang untuk saya berkongsi pengalaman yang sedikit ini. Tak lupa juga buat warga guru SMAP Kajang yang banyak membantu memudahkan urusan saya sepanjang berada di sana.


Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat
 
 
Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat
 

Bengkel PA21 bersama Guru Sains Daerah Hulu Langat
Orang kuat Bengkel PA21 Hulu Langat, Puan Leen

Semoga dengan usaha yang sebegini, kita mampu membugarkan semula mutu dan kualiti pendidikan kita melalui peningkatan amalan pdpc guru yang baik. Semoga Allah merahmati usaha kita semua. Amin!




Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang

$
0
0
Sekali lagi menerima undangan daripada Petrosains bagi sambutan Hari Guru. Jika pada tahun 2016, majlis sambutan diadakan di Petrosains KLCC, Kuala Lumpur kali ini ini sambutan Hari Guru diadakan di Kuantan, Pahang. Bertujuan meraikan warga pendidik, dalam masa yang sama juga memberikan input  dan perkongsian berguna untuk digunakan di sekolah nanti.



Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang


Segala urusan di Kuantan ini diuruskan oleh En NAI, atau nama sebenarnya Encik Norazhar Ishak. Tak saya sangka juga bahawa seorang lagi penceramah yang dijemput untuk bersama adalah Pegawai SISC+ Kuantan, iaitu Puan Roa ani, iaitu yang lebih mesra dikenali dengan nama Kak Ani.

Program perkongsian ini berlangsung di Perpustakaan Awam Negeri Pahang yang baharu. Memang cantik dengan rekabina yang modern. Semangat budak-budak muda nak datang belajar di perpustakaan lepas nih.


Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
 

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang


Kami disajikan dengan persembahan hebat daripada Adibah Noor, yang juga merupakan emcee untuk hari ini. Memang meriah dan kecoh dengan lawak dan senda gurau beliau. Rupanya beliau juga adalah bekas guru Bahasa Inggeris suatu ketika dahulu.


Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
 

Seterusnya adalah giliran Puan Roa ani, yang juga pendidik dari Kuantan. Puan Roa ani merupakan seorang pegawai SISC+ berpengalaman membimbing rakan guru di sekolah sekitar Kuantan. Memang mantap pengisian beliau, lengkap beserta contoh. Yang bestnya, sebab Adibah Noor pun turut serta juga bengkel nih. Sporting habis!


 

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
 

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang


Sesi perkongsian saya seperti biasa, iaitu perkongsian amalan Pembelajaran Abad 21. Cuma masa sedikit mencemburui maka saya terpaksa cepatkan sedikit perkongsian saya.


Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
 

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
 

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang


Sesi akhir majlis diserikan lagi dengan aktiviti menarik daripada En Nai sendiri. Permainan yang menguji kepantasan berfikir dan bertindak ini cukup menghiburkan. Sesuai dijadikan aktiviti segar mata dengan pelajar.


Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
 

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
 

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang
 

Sambutan Hari Guru Bersama Petrosains di Kuantan Pahang


Sesi tamat pada jam lebih kurang 4 petang. Banyak perkongsian dan ilmu yang diperolehi sepanjang sehari di sini. Seronok dapat bertemu dengan rakan baru dari Kuantan dan bertukar buah fikiran. Semoga ada rezeki kita bertemu lagi.


Buat team Petrosains, terima kasih dan Selamat Hari Guru!!

11 Tips Mengajar Kelas Belakang

$
0
0
Mengajar kelas belakang merupakan satu cabaran buat warga pendidik. Ada yang suka, ada juga yang tak suka. Bergantung kepada apa niat, dan tindakan kita selaku guru. Saya  juga pernah kongsikan 6 kelebihan mengajar kelas belakang. Dan kali ini saya cuba kongsikan 10 tips mengajar kelas belakang. Selamat membaca!



11 Tips Mengajar Kelas Belakang
11 Tips Mengajar Kelas Belakang

1. Banyak Bersabar
Mengajar kelas belakang sangat perlukan keazaman dan kesabaran yang tinggi. Mana taknya, hari nih ajar, sekejap lagi dah lupa. Itu belum kira lagi dengan pelajar yang ada masalah sikap, melawan guru dan sebagainya. Jadi jika diberi kelas belakang, sematkan dalam hati, "Aku harus sabar" 13947 kali

 
2. Kurangkan Bercakap
Jika kita teliti betul-betul, pelajar kelas belakang ini tak suka jika dengar kita bercakap banyak-banyak. Lagi teruk kalau kita lagi banyak berleter, daripada bercakap. Maka elakkan lah daripada banyak bercakap, sebaliknya lebih banyak buat aktiviti dengan mereka. Biar mereka sibuk membuat perkara, bukan mendengar.



11 Tips Mengajar Kelas Belakang
Biarkan mereka dengan lebih banyak aktiviti
 
3. Ingat Nama Mereka
Pelajar kelas belakang biasanya jarang diberi perhatian dan 'kasih sayang' daripada guru. Malah kadang-kadang ada sesetengah guru, nama pelajar pun tak ingat. Maka dengan sedikit usaha menghafal nama mereka, secara automatic mereka akan rasa lebih sentimental dan rasa lain. Ada juga cikgu yang ingat nama mereka.

 
4. Kenal Tahap Murid
Bagi guru yang jarang ada pengalaman di kelas belakang, kadang-kadang jangkaan mereka kadang-kadang melebihi kebolehan murid. Mana nak sama bakat kelas A dengan bakat pelajar kelas K. Tapi kalau kita tahu tahap mereka, dan minat mereka, maka secara tak langsung dapat merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. 


11 Tips Mengajar Kelas Belakang
Kenalpasti tahap mereka bagi membolehkan kita rancang aktiviti yang sesuai
 
5. Pandai Tarik Perhatian
Budak kelas belakang sangat mudah terpesong focus mereka. Maka guru yang baik, adalah guru yang dapat menarik perhatian mereka, melalui penampilan, aktiviti, atau apa saja.

 
6. Layan Perangai Mereka
Pelajar kelas belakang ni biasa nya macam-macam sket perangai. Kadang-kadang memang mintak kasih sayang betui. Jadi maka layankan ajer lah perangai mereka sekali sekala, dalam usaha merapatkan hubungan guru dengan pelajar. Tapi jangan lebih-lebih, nanti naik kepala pulak. Ingat yer, layan secukup rasa.
 
 
7. Banyakkan Pujian
Jangan lupa bahawa peneguhan yang positif sangat banyak memberi impak positif kepada minda separa dalam murid. Jadilah seperti orang Korea dan Jepun, yang sentiasa ringan mulut nak memuji, walaupun halnya kecik sahaja. Puji baju mereka pakai kemas, walaupun tidak mahal. Puji hasil kerja mereka walaupun buruk, tetapi atas usaha. Puji sikap mereka bila bertindak baik.

 


11 Tips Mengajar Kelas Belakang
Lukis dan lukis dan lukis
 

8. Banyakkan Melukis
Berkemungkinan besar pelajar kelas belakang ini ramai yang tidak boleh membaca. Maka janganlah sentiasa buat aktiviti yang memaksa mereka menulis dan menulis. Sebaliknya perbanyakkan lagi aktiviti nota melalui gambar atau lukisan.
 
 
9. Pdp di Luar Kelas
Kebanyakan budak kelas belakang nih, cepat merasa bosan dengan sesuatu yang tidak dapat menarik perhatian mereka. Banyakkan pdp yang berlaku di luar kelas. Dalam masa yang sama juga ambil berat dengan isu kawalan kelas dan sebagainya. Jangan sampai macam tak terjaga.



11 Tips Mengajar Kelas Belakang
Ramai pelajar yang suka belajar di luar kelas
 
10. Hukum dengan Kasih Sayang
Jika terpaksa juga menghukum pelajar, nyatakan terlebih dahulu kesilapan mereka dan maklumkan juga bahawa tindakan hukum tersebut adalah bagi tujuan sayang. Bagi guru yang beragama Islam, boleh lah cuba pendekatan dengan menyebut Bismillah terlebih dahulu. Pasti cair hati mereka. Kalau tak cair pun, sekurang-kurangnya dia dapat redho dihukum guru.


11. Pelbagaikan Strategi
Jangan kata murid, guru pun pasti akan bosan jika melalui aktiviti yang berulang. Maka pelbagaikan strategi pembelajaran guru supaya mereka sentiasa rasa teruja dan surprise dengan aktiviti yang guru rancangkan.


11 Tips Mengajar Kelas Belakang
Nak belajar banyak lagi Strategi Pembelajaran Abad 21? Sila hubungi Arefe 013 461 4604

Strategi yang pelbagai dapat membantu pelajar tersebut bukan sahaja seronok dengan aktiviti pembelajaran, tetapi juga memberi kemahiran ekstra seperti pandai bergaul, berkomunikasi dan berfikiran lebih jauh hasil daripada pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Abad ke-21!


Demikian lah 11 tips yang saya dapat kongsikan daripada sedikit pengalaman saya mengajar pelajar-pelajar kelas belakang. Jangan lah pernah merasa down bila diberi kelas seperti ini, kerana di sebalik cabaran tersebut tersembunyi hikmah yang sangat besar untuk jatidiri kita sebagai seorang pendidik. Semoga usaha  kita dipermudahkanNya.

 

Portal eKelas Inisiatif Maxis Perkasakan Kelas Digital Percuma

$
0
0
Masih ingat lagi dengan kelas percuma daripada Maxis? eKelas, merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid, di kawasan luar Bandar terutamanya.

Dan Ahad lepas, satu karnival eKelas telah diadakan di Putrajaya dengan meriahnya, dengan dihadiri lebih daripada 700 orang yang terdiri daripada murid eKelas dan juga ibubapa mereka. Karnival ini juga bertujuan memperkasakan lagi inisiatif ini dengan satu lagi usaha menarik daripada Maxis, iaitu penghasilan Portal eKelas.


Team Maxis, bersama murid eKelas semasa pelancaran Portal eKelas ahad lalu

Portal eKelas ini memberikan murid ruang untuk mereka belajar secara kendiri, pada tahap kebolehan mereka dan juga belajar untuk berkolaborasi dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia!

Portal eKelas ini akan diusahakan secara berperingkat dengan dijangka lebih 10,000 murid boleh mengakses portal ini di 45 buah Pusat Internet 1Malaysia seluruh negara mulai tahun 2018. Best kan?

Bagi yang nak tahu lagi tentang eKelas oleh Maxis ini, inisiatif yang bertujuan meningkatkan pencapaian akademik untuk komuniti luar Bandar. Dengan memfokuskan matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk murid tingkatan 1, 2 dan 3.

eKelas ini menggabungkan pembelajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran secara berkumpulan dan bahan kandungan digital interaktif yang selari dengan Kurikulum sekolah Malaysia. Usaha ini dijalankan melalui Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), Pusat Jalur Lebar Komuniti yang menyediakan hab digital kepada komuniti di kawasan yang memerlukan.

Untuk team Maxis, tahniah untuk inisiatif mulia ini! Semoga lebih ramai anak Malaysia yang berkeperluan tinggi mendapat keistimewaan ini.


13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland

$
0
0
Rasanya semua orang tahu bahawa sistem pendidikan Finland merupakan antara sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Mengikut laporan daripada OECD, kajian mendapati bahawa murid sekolah di Finland merupakan antara pelajar terbaik di dunia. Mereka luangkan masa di sekolah yang lebih pendek berbanding murid di negara lain, dan jumlah masa untuk kerja rumah mereka hanyalah kurang 30 minit setiap hari.
 
Jadi apa yang menyebabkan mereka benar berjaya? Jom kita tengok rahsia kejayaan sistem pendidikan Finland yang dikagumi ramai ini!
 
 
1. Segalanya Percuma
Pendidikan di Finland adalah percuma. Ini adalah termasuk makan, dan juga peralatan sekolah. Sekiranya murid tinggal lebih daripada 2km daripada sekolah, sebuah bas khas akan disediakan bagi mengangkut mereka ke sekolah. Kesemua kos ini ditanggung oleh kerajaan. Lebih daripada 12.2% daripada peruntukan negara Finland diperuntukkan untuk pendidikan.
 
 

13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
Semuanya pun adalah percuma!
 
2. Pendekatan Individu Kepada Setiap Pelajar
Semua murid dapat menyiapkan tugas mengikut keupayaan mereka sendiri. Kanak-kanak dengan kebolehan fizikal dan mental yang berbeza juga akan belajar bersama. Jika murid tak dapat melaksanakan sesuatu tugasan, guru akan menyediakan satu sesi pembelajaran yang individu.

Murid juga boleh memilih aktiviti yang dirasakan sesuai dengan mereka. Oleh sebab itu, jika ada pembelajaran yang tidak menyeronokkan, mereka boleh lah pergi menjahit atau membaca buku mengikut kesukaan mereka.
 
 
3. Markah Untuk Pelajar
Sistem penggredan di Finland mempunyai 10 mata. Walaubagaimanapun, sistem gred dan markah ini hanya digunakan selepas 3rd Grade. Kemudian daripada 3rd Grade hingga 7th Grade, hanya markah verbal sahaja yang digunakan iaitu "it could be better" sehingga ke "perfect".

Hanya murid yang tahu markah mereka sendiri. Murid tidak dimarahi untuk markah yang mereka perolehi, sebaliknya dimotivasi bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan merancang jadual belajar dengan lebih baik.
 
 

13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland

 
4. Tiada Uniform Sekolah
Berbeza dengan sekolah di Korea yang 'mengumpan' murid dengan pakaian uniform yang cantik dan berfesyen, di Finland tiada uniform sekolah bagi muridnya. Jadi mereka bebas untuk memakai apa sahaja untuk ke sekolah. Tiada peraturan khusus.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
Bebas berpakaian untuk belajar di sekolah
  
5. Di Sofa atau di Lantai
Murid tidak perlu hanya berada di meja belajar. Semasa aktiviti pembelajaran, murid di Finland boleh mengikut keselesaan mereka, sama ada mahu berada di sofa atau berada di lantai.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
 
 
6. Kerja Rumah Untuk 15 - 30 Minit
Di Finland, mereka beranggapan bahawa murid sepatutnya meluangkan lebih banyak masa di rumah dengan keluarga atau pun bermain dengan kawan di luar. Kerja rumah hanya lah mengambil sangat sedikit masa dan sangat menyeronokkan.

Sebagai contoh, bagi matapelajaran Sejarah, tugasan murid hanya perlu menemuramah bagaimana kehidupan nenek semasa tahun 50-an, dan apa perbezaan dulu dan sekarang.
 
 
7. Tiada Lagi Subjek
Antara satu hala tuju terbaharu bagi pendidikan Finland adalah, phenomenon based learning. Selain daripada pembelajaran, terdapat bahagian 6 minggu di mana murid perlu mengkaji sesuatu topic daripada pelbagai sudut.
 
Sebagai contoh, bagi topik pelarian (migrant) dikaji dari sudut geografi (dari mana mereka datang), sejarah (apa yang berlaku sebelumnya) dan kebudayaan (apa kebudayaan yang mereka ada). Murid membina soalan dan mencari jawapan sendiri.
 
 
8. Masa Rehat Yang Panjang
Walau macam mana menarik sekalipun sesuatu pembelajaran itu, masa rehat tetap merupakan masa yang lebih menarik untuk murid. Bagi setiap sesi 45 minit pembelajaran, murid akan mendapat 15 minit masa rehat selepas waktu belajar.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
 
 
9. Menjadi Guru di Finland
Persaingan bagi menyertai Fakulti Pendidikan di University of Helsinki ada 20 orang bagi satu tempat. Gaji bulanan guru di Finland secara puratanya adalah bersamaan dengan €3,500. Seperti juga di Korea, kerjaya guru di Finland merupakan kerjaya yang sangat berprestij. Selain daripada guru, setiap subjek mempunyai seorang pembantu khas yang akan membantu pelajar melakukan tugasan mereka.
 
 
10. Hanya Belajar Kemahiran Hidup
Dalam pembelajaran renang, murid diajar mengenai tanda-tanda seseorang yang akan lemas. Dalam pembelajaran penjagaan rumah pula, murid diajar memasak, menyulam dan juga menjahit. Perkara utama yang diajar di sini adalah kebolehan untuk belajar dan menyerap dengan situasi dunia yang sentiasa berkembang.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
 
 
11. Semua Sekolah Sama Bagus
Tidak ada keperluan untuk memilih sekolah di Finland. Ini kerana semua murid akan pergi ke sekolah yang berdekatan, dan tidak wujud 'sekolah elit'. Tidak kira di mana pun murid tersebut tinggal, mereka mempunyai akses yang sama rata kepada kumpulan guru yang berkualiti, bahan yang terbaik dan makanan yang sehat.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
Tiada sistem kasta sekolah
 
 
12. Pilihan Untuk Makan
Murid boleh memilih apa makanan yang mereka ingin makan. Makanan yang disediakan juga adalah makanan seimbang, malah juga dengan pelbagai pilihan secara percuma. Menu akan dipaparkan di laman web sekolah sebulan lebih awal, dan pelajar bebas memilih makanan yang mereka suka. Pilihan vege juga disediakan.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
Murid bebas memilih makanan sehat yang mereka suka
  
13. Parti Larut Malam di Sekolah
Kadang-kadang, pelajar akan bermalam bersama guru di sekolah. Aktiviti seperti menonton wayang bersama, bermain dan juga tidur di dalam gymnasium sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan murid dan guru serta murid dengan sekolah.
 
 
Demikianlah serba sedikit perkongsian rahsia kejayaan sistem pendidikan Finland yang terkenal di seluruh dunia. Jemput juga baca satu lagi  artikel berkaitan dengan sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, iaitu 5 Kunci Kejayaan Sistem Pendidikan Korea. Semoga kita sama-sama dapat manfaat!
 
 
Artikel ini diterjemahkan daripada Bright Side
 
  
 

Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang

$
0
0
Alhamdulillah kali ini berjaya melebarkan sayap ke Pulau Pinang pula bagi perkongsian amalan Pembelajaran Abad ke-21 dengan guru-guru Sains di sini. Pulau Pinang bukan negeri asing untuk saya. Merupakan bekas pelajar USM, dan juga M4P, maka keberadaan saya di negeri ini juga sebenarnya bukan asing sangat. 


Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang


Dua orang penting yang berhubung dengan saya sepanjang nak adakan perkongsian ini. Dengan Cikgu Izzat, dan juga Puan Suzilawati yang merupakan pegawai Sains di JPN Pulau Pinang. Semuanya adalah demi kebaikan untuk guru-guru sains di negeri ini.

Program perkongsian yang berlangsung di JPN Pulau Pinang, bersebelahan dengan SMK Bukit Jambul. Dihadiri oleh lebih 80 orang guru Fizik, Kimia dan Biologi dari seluruh negeri Pulau Pinang. 


Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang


Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang


Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang


Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang


Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang


Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang


Sesi perkongsian berjalan dengan lancar. Gembira saya kerana perkongsian mendapat maklumbalas yang baik daripada guru-guru. Amalan Pembelajaran Abad ke-21 sepatutnya dilihat kepada amalan pedagogi guru itu sendiri, dalam mengupayakan kebolehan belajar murid dengan dibantu oleh teknologi dan juga bilik darjah yang kondusif. 


Perkongsian PAK21 Untuk Guru Sains Pulau Pinang


Semoga perkongsian ini menjadi titik tolak yang baik ke arah mentransformasikan pendidikan Malaysia. Marilah kita sama-sama memperkasakan kembali pengajaran guru demi anak bangsa kita. Amin!



Viewing all 1602 articles
Browse latest View live