Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang

$
0
0
Minggu lepas saya mendapat satu lagi jemputan perkongsian ilmu Pembelajaran Abad 21 dalam daerah Kota Setar. Sekolah yang dimaksudkan adalah SMK Seri Ampang, yang juga merupakan sekolah beberapa orang rakan saya. Diuruskan melalui Cikgu Ainun Najwa, perkongsian pada hari Sabtu itu berlangsung dengan baik sekali.


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Seramai lebih kurang 50 orang guru SMK Seri Ampang, telah menerima perkongsian Pembelajaran Abad 21 melalui sesi Latihan Dalam Perkhidmatan ini. Tujuan saya tak lain tak bukan melainkan memberi perspektif baharu mengenai Pembelajaran Abad 21. Seperti yang saya selalu ungkapkan, "Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja".

Sesi perkongsian berlangsung dengan baik. Disebabkan ruang bilik mesyuarat yang kecil yang cantik kedudukannya, maka perkongsian menjadi lebih santai dan mudah. Beberapa pertanyaan ditanya terus kepada saya semasa proses perkongsian. Itu lebih mudah bagi saya. 


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Dapat dilihat suasana kerja yang sangat kondusif berlaku di SMK Seri Ampang. Barisan pentadbir dan juga warga guru dapat bergaul dengan baik, dan kelihatan sangat memahami keperluan masing-masing. Kesepakatan tu jelas kelihatan. Tahniah warga pendidik SMK Seri Ampang!

Selesai perkongsian, kami ambil peluang untuk bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan. Ramai guru-guru senior yang menunjukkan maklumbalas positif hasil daripada perkongsian tadi. Saya sendiri juga sebenarnya banyak belajar daripada rakan guru semasa membentangkan perkongsian saya.


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Seri Ampang


Buat warga guru SMK Seri Ampang, saya ucapkan Selamat Maju Jaya dalam melaksanakan amalan Pembelajaran Abad 21 di sekolah anda. Ilmu tanpa amal, itu adalah seperti pohon yang tidak berbuah. Sama-sama kita beramal dan buat yang terbaik untuk anak didik kita!






Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman

$
0
0
Alhamdulillah dapat lagi ke Kemaman, Terengganu untuk perkongsian ilmu amalan PdPc Pembelajaran Abad 21 untuk tahun ini. Jika tahun lepas dua kali saya ke Terengganu, bagi tujuan perkongsian ilmu. Kali pertama, bersama PPD Kemaman untuk penyebaran Amalan PA21 kepada Pengetua Guru Besar, manakal kali kedua adalah untuk Perkongsian Amalan ICT Dalam Pembelajaran Abad 21 bersama penyelaras Bestari seluruh Terengganu. 


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman

Sambutan bagi seminar ini adalah sangat menggalakkan dan di luar dugaan. Jangkaan 400 peserta secara kasar, rupanya melepasi sasaran awal yang ditetapkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Daerah Kemaman. Maka, terpaksa lah MPSM mencari dewan dengan kapasiti besar di Kemaman, iaitu ADTEC.

Saya pula, disebabkan menguruskan program Qiyamullail di sekolah, maka saya bergerak ke Kemaman pada sebelah malam hari Jumaat. Guna bas. Letih gila oi. Sampai saja di Kuantan pada jam lebih kurang 6 pagi, maka terus bertolak ke Kemaman, kira-kira sejam dari sana. 




Affan Cottage homestay murah selesa di Kemaman Terengganu
Affan's Cottage : Homestay murah dan selesa di Kemaman Terengganu

Affan Cottage homestay murah selesa di Kemaman Terengganu
Comel tak homestay yang saya duduk kat Kemaman nih? 

Affan Cottage homestay murah selesa di Kemaman Terengganu
Bahagian dalam homestay Affan's Cottage nih memang cosy dan sangat selesa

Affan's Cottage : Homestay murah dan selesa di Kemaman Terengganu
Bilik sebelah untuk gegurl, lagi comel!

Mujur lah Puan Noraini, Pegawai SI Partner+ Kemaman berbesar hati menumpangkan saya di homestay beliau, Affan's Cottage. Selesa sangat! Sempat jugak lah nak mandi dan berehat seketika sebelum nak turun pulak ke tempat berlangsungnya seminar. Yang ke Kemaman, kalau nak cari homestay selesa, murah dan padan dengan harga, boleh lah contact nombor di atas yer!


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
ADTEC Kemaman, Terengganu

Sampai saja di ADTEC, saya lihat warga pendidik dah mula membanjiri kawasan tersebut untuk pendaftaran peserta. Saya dikenalkan dengan tuan PPD Kemaman, Encik Idris bin Bidin yang sangat mesra. Kali pertama jumpa dulu, siap belanja kami makan sata famous di Kemaman. 

Di sini lah baru saya dimaklumkan rupanya, peserta terdiri daripada warga guru bukan sahaja dari daerah Kemaman, tetapi juga warga pendidik dari seluruh Terengganu. Ada yang Besut, dari Setiu, dari Maran dan Kuala Terengganu juga. Tidak terhad kepada guru, tetapi ramai juga pegawai SISC+ yang turut hadir ke seminar tersebut.


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman

Sesi bermula dengan ucapan tuan PPD Kemaman. Tagline "Kemaman Unggul" tu jelas mencirikan halatuju PPD Kemaman dalam nak mencorakkan pendidikan dalam daerah ini. Kejayaan Kemaman menganjurkan program sebegini yang pertama kali juga di negeri Terengganu merupakan usaha dan komitmen jelas daripada PPD Kemaman untuk memberikan yang terbaik.

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Peserta Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 bergambar dengan Tuan PPD Kemaman, Encik Idris bin Bidin 

Dek kerana ada lagi urusan yang perlu diselesaikan, tuan PPD kemudiannya terpaksa bergegas ke airport. Sebelum tu, kami bergambar dengan semua peserta seminar sebagai tanda kenangan kejayaan penganjuran seminar pada hari ini.


Sesi I : Ceramah Pembelajaran Abad 21
Sesi diteruskan dengan sesi perkongsian saya mengenai Pembelajaran Abad 21. Kali ini saya tambah sket tagline, "Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja", bagi memberikan gambaran bahawa pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 ini tidak lah hanya bersifat kosmetik semata-mata. Tetapi pengisian nya itu jauh lebih penting dan memberi makna!

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Pembelajaran Abad 21 : Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja

Tak sangka pula saya, kedudukan ADTEC yang terletak jauh dari kawasan bandar menyebabkan kami semua terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk sesi pertama. Pembentangan saya yang menggunakan Persembahan Prezi secara online, tidak dapat berfungsi kerana talian internet yang sangat perlahan. 

Mujur ada guru yang sudi meminjamkan smartphone beliau bagi digunakan sebagai hotspot untuk internet. Baru lah selesai segala masalah. Terima kasih banyak cikgu!

Saya mulakan dengan kenapa perlunya kita berubah. Perkara pokok yang menjadi asas kepada penentu kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 di negara kita. Kepesatan teknologi, persaingan dunia dan juga kelompok pelajar yang berbeza merupakan antara sebab kenapa kita perlu berubah dan bergerak seiring dengan sistem pendidikan negara lain.


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Lebih 400 warga pendidik dari sekitar Kemaman dan daerah lain hadir ke seminar

Melihat kepada kemajuan teknologi dan juga pembangunan pendidikan di negara luar seperti Korea Selatan, ternyata berjaya membuka mata ramai para peserta. Teknologi seperti QR Code sudah digunakan dalam pdp mereka secara lazim sejak beberapa tahun lepas lagi. 

Maka untuk itu perubahan ke arah bertepatan dengan Pembelajaran Abad 21 adalah amat perlu dan boleh memberi impak kepada pendidikan kita. Saya kongsikan juga strategi pembelajaran yang boleh mengembangkan kemahiran 4C pelajar kita, seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay, Jigsaw dan lain-lain melalui pengalaman amalan sendiri dalam bilik darjah saya.

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Bersama guru dan pegawai SISC+ dari Besut, Setiu dan Maran

Pada akhir pembentangan juga saya kongsikan impak daripada pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 kepada anak murid saya.  Dengan latar belakang murid yang majoritinya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, ternyata pendekatan Pembelajaran Abad 21 telah berjaya memberi ruang untuk mereka lebih mencintai dan memanfaatkan ilmu.




Sesi II : Tips Menjadi Guru Yang Kreatif
Sesi kedua berlangsung selepas sesi I. Kali ini tajuk pembentangan nya adalah mengenai Tips Menjadi Guru Yang Kreatif. Topik ini juga sebenarnya menjadi tumpuan utama pada guru memandangkan untuk mendapatkan idea kreatif semasa mengajar juga merupakan satu cabaran buat warga guru. 

Guru juga perlu dilatih untuk mendidik pelajar dengan kaedah pdp yang kreatif

Antaranya perkara yang saya selalu pertimbangkan bila mencari idea pdp kreatif adalah dengan mempertimbangkan 'Wow Factor' dalam perancangan pdp tersebut. Murid haruslah berasa WOW dulu pada sesi set induksi bagi menjentik daya berfikir para pelajar. 

Perkara kedua adalah jaringan kolaborasi antara guru juga boleh menyumbang kepada pertambahan idea kreatif guru semasa mengajar. Malah saya sendiri juga mendapat inspirasi idea daripada guru-guru lain, yang kemudiannya ditambahbaik bersesuaian dengan tahap penguasaan anak murid saya.



Sesi III : Trial Out
Sesi akhir ini memberi peluang kepada para guru mencuba sendiri pengalaman sebenar dalam bilik darjah bersama saya. Open Classroom ini juga memberikan peluang kepada guru menyaksikan sendiri pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 seperti dalam bilik darjah. 


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Sempat lagi 'cikgu' berselfie dengan 'anak murid'

Alhamdulillah, ramai je guru-guru yang bersemangat nak menjadi 'anak murid' saya di atas pentas. Melihat kepada semangat nya, saya cuba yang terbaik untuk memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PdPc Abad 21, dengan menekankan lebih banyak kepada kemahiran 4C dan juga teknik penyoalan yang membantu 'anak murid' untuk mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi mereka.

Tajuk yang dipilih adalah tajuk, "Langkah Keselamatan dalam Makmal". Penggunaan strategi Roundtable dan Gallery Walk pada satu sesi pdp juga membuka mata para guru bahawa kita boleh saja kreatif dan mengubahsuai strategi mengikut keperluan anak murid kita. 


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Teknik penyoalan yang baik boleh membantu guru mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi murid

Tools seperti Sticky Note sangat membantu murid untuk terlibat aktif dalam pdp

Penggunaan tools seperti Sticky Notes jugak banyak membantu penglibatan aktif 'murid' semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Ini juga bertepatan dengan keperluan dalam Standard 4 SKPM Gelombang 2 yang mahukan murid sebagai pembelajar aktif.


Sesi selesai selepas 40 minit dengan refleksi dilakukan oleh 'murid' dengan dibimbing oleh guru. Sekali lagi teknik penyoalan yang baik, sangat membantu saya sebagai guru untuk memberi panduan kepada murid membuat rumusan pembelajaran. 


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Gambar kenangan 'cikgu' dan 'anak murid'

Sesi Q&A selepasnya, saya diberikan beberapa soalan yang memang sedia sudah dijangka seperti seminar sebelum-sebelumnya. Seperti kekangan masa untuk melaksanakan PA21 dengan sebab mengejar sukatan pelajaran, dan juga kawalan kelas. Saya berharap jawapan dan perkongsian saya memuaskan hati guru yang bertanya dan juga guru-guru lain yang ikut serta dalam seminar tersebut. 

Apa pun, saya sangat berterima kasih dengan semua warga guru di Kemaman yang menyertai Seminar Perkongsian Amalan PdPc PAK21 anjuran MPSM Kemaman ini. Usaha yang sangat baik, dan semoga juga ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini.


Dah pasti saya tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan ramai rakan guru yang datang ke seminar ini. Semuanya memang bersemangat nak melaksanakan pdpc Abad 21 di sekolah masing2 selepas ini.


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Kumpulan guru paling ramai dari SMK Chukai

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Dengan team paling jauh, dari Setiu, Besut dan Maran

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Bersama pelajar-pelajar untuk TV sekolah mereka. Good Luck!

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Bersama Cikgu Byeda, rakan setugas semasa di Sibu, Sarawak dulu

Terima kasih juga yang tak terhingga buat para pegawai PPD Kemaman, SISC+ dan juga SIPartner+ Kemaman yang banyak memberi tunjuk ajar untuk saya sepanjang daripada tahun lepas sehingga tahun ini. Ada saja ilmu yang nak dikongsikan oleh mereka. Semoga mendapat ganjaran setimpal daripadaNya.


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Pegawai PPD dan SISC+ Kemaman yang banyak membantu untuk seminar ini

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Bersama Bonda Noraini, Pegawai SIPartner+ Kemaman

Semoga juga perkongsian di Seminar ini memberikan impak besar dalam memberikan anjakan paradigma kepada para pendidik yang hadir, khususnya warga pendidik di Kemaman ini.




Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017

$
0
0
Majlis Guru Cemerlang Kubang Pasu dengan kerjasama PPD Kubang Pasu telah menganjurkan satu Seminar Bagi Guru Baharu Daerah Kubang Pasu. Seminar bertujuan untuk memberi peluang kepada guru yang mengajar kurang daripada 5 tahun dalam daerah ini mendapat perkongsian eksklusif daripada Guru Cemerlang Kubang Pasu yang berpengalaman.



Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017
Ahli Jawatankuasa Gerak Kerja Utama Seminar Guru Baharu

Seminar yang berlangsung di Dewan Muazam, SM Sultan Abdul Halim ini juga bertujuan memberi pendedahan haluan kerjaya Guru Cemerlang kepada guru baharu, bagi menyediakan mereka dengan perancangan dan persediaan menjadi guru yang lebih baik dan berkualiti. 

Dengan kepakaran yang ada, dah tentu banyak perkara dan pengetahuan yang boleh dikongsikan oleh para Guru Cemerlang dengan guru-guru baharu ini. Antaranya adalah perkongsian daripada Guru Cemerlang Kelas Khas C bagi subjek Kimia, iaitu Puan Aishah binti Mokhtar dari SMK Jitra.



Seminar kerjasama Majlis GUru Cemerlang dan PPD Kubang Pasu

Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017
Puan Aishah Mokthar, Guru Cemerlang Kelas Khas C bagi subjek Kimia

Saya juga diberikan satu slot perkongsian bagi tajuk, "Penggunaan Media Sosial Sebagai Platform Perkongsian Ilmu Dalam Kalangan Guru". Teringat pulak kenangan membentangkan tajuk yang sama semasa Seminar PLC Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2014. 

Terima kasih Mr Lau Shin Chai, pegawai Sains JPN Sarawak yang sangat banyak membantu saya pada ketika itu, hinggalah sekarang.



Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017
Perkongsian Media Sosial sebagai platform perkongsian ilmu dalam kalangan guru

Dalam slot ini, saya kongsikan bagaimana saya boleh terlibat dengan aktiviti menulis dan berkongsi pengetahuan sejak tahun 2012 dengan menggunakan media sosial seperti blog dan juga facebook. 

Selain itu juga saya kongsikan bagaimana saya menggunakan blog dan facebook untuk menggalakkan guru lain juga untuk turut berkongsi ilmu pengetahuan mereka. Tak lupa juga sebagai nak memotivasikan lagi mereka, saya tunjukkan juga beberapa kejayaan yang sudah saya capai melalui aktiviti perkongsian ini.



Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017
Sejarah penglibatan saya dalam menulis blog sejak tahun 2012

Saya akhiri perkongsian saya dengan 6 nasihat yang saya rasa berguna untuk 'adik-adik' ini dalam menentukan arah dan hala tuju mereka dalam kerjaya pendidikan. Boleh FOLLOW Instagram saya seperti di bawah.





Saya seterusnya terpaksa bergerak ke Alor Setar pula untuk menghadiri mesyuarat guru cemerlang Kedah bersama Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kedah. Sayang pula sebab tak dapat nak lihat beberapa rakan lain yang turut berkongsi pengetahuan mereka pada hari ini.

Antara mereka adalah rakan Guru Cemerlang Kubang Pasu yang aktif dengan aktiviti inovasi, iaitu Cikgu Asmaliza, Cikgu Nurul dan Cikgu Zulianis. Memang handal mereka bertiga nih!



Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017
Guru-guru inovatif daerah Kubang Pasu

Selain itu ada juga forum otai-otai Guru Cemerlang Kubang Pasu yang berkongsikan haluan kerjaya Guru Cemerlang mereka dengan guru-guru baharu ini. Pendek kata, masing-masing ada kelebihan dan cerita tersendiri dalam mencapai cita-cita menjadi Guru Cemerlang. 



Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017
Bersama Otai-otai Guru Cemerlang dalam daerah Kubang Pasu

Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017


Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017
Tangkap gambar kenangan dengan Guru Cemerlang daerah Kubang Pasu

Secara keseluruhannya saya rasakan seminar ini sangat berjaya. Berjaya mendedahkan adik-adik baharu ini dengan dunia pendidikan dan haluan kerjaya yang kita ada selain daripada masuk ke Jabatan atau pun menjadi pentadbir. 

Pendedahan seperti ini sebenarnya boleh memberikan pilihan kepada guru baharu, dan tak lupa juga apa persediaan yang patut mereka lakukan sekiranya mereka berminat untuk bergerak ke laluan Guru Cemerlang. 

Tak lupa juga khas buat warga kerja Seminar Guru Baharu ini di bawah pimpinan Puan Aishah dan juga seliaan Puan Fadzillah dari PPD Kubang Pasu, tahniah atas penganjuran seminar yang diharapkan memberi impak besar kepada guru baharu daerah ini.



Seminar Guru Baharu Daerah Kubang Pasu 2017
Bersama sebahagian guru baharu yang hadir untuk seminar perkongsian bersama Guru Cemerlang

Saya secara peribadi mengucapkan Selamat Maju Jaya buat guru-guru baharu ini. Semoga menjadi pelapis kepada rakan Guru Cemerlang dan tak lupa untuk menjadi guru yang terbaik bagi anak didik kita! AMin



Hasil SPM Pertama : Buangan, Dah Jadi Pilihan

$
0
0
Semalam keputusan SPM 2016 diumumkan. Tahniah buat anak-anak SPM 2016 SMK Jerlun atas pencapaian cemerlang mereka untuk tahun ini. GPS sekolah ketara meningkat naik! 




Menyaksikan dari mana mereka bermula dan apa yang mereka dah bina, memang nampak sangat jauh bezanya. Jujur saya cakap, SMK Jerlun dah berjaya memberi cukup kasih sayang pada anak-anak ini, yang suatu ketika dahulunya dipandang sipi-sipi saja di sekolah lama.

Berkat usaha anak pelajar dan juga ketekunan warga guru, gandingan ini menghasilkan kejayaan yang manis, untuk kita sama-sama ingat dan hayati suatu hari nanti.




Selaku guru Sains tinggal untuk SPM 2016 bagi 60 orang calon di sekolah ini, yang juga buat kali pertamanya mengharung di peringkat SPM, dari semalam lagi saya dah berdebar tak tidur malam.

Banyak perkara yang difikirkan. Banyak perkara yang perlu dibuktikan.









Keputusan bagi subjek Sains meningkat pada tahun ini!

Daripada hanya 3 orang pelajar yang mendapat A pada tahun sebelumnya, melonjak naik kepada 8 orang pada tahun ini. Dan tak lupa juga, satu-satunya calon yang memberikan A+ tunggal kepada sekolah, juga adalah melalui subjek Sains! 


Peratus lulus pada tahun 2015, 89% juga naik kepada 95% dengan hanya 3 orang pelajar saja yang gagal. Seorangnya memang tidak boleh membaca, dua lagi pula sangat jarang ke sekolah.

Gred Purata Subjek juga meningkat. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.




Bagi saya yang penting bukan lah apa yang mereka dapat, tapi sejauh mana mereka dah berubah daripada mula-mula yang mereka ada. Biar lah mereka bertanding dalam gelanggang mereka sendiri. Baru sepadan untuk mereka.

Selain itu juga ini juga jadi bukti valid bahawa strategi Pembelajaran Abad 21 yang saya jalankan dan laksanakan sepanjang tahun 2016 bersama mereka, bukan lah hanya sekadar aktiviti pembelajaran yang buang masa tanpa ada impak positif untuk mereka.

Mereka dah berjaya buktikan pada akademik mereka, sikap, emosi dan jatidiri. Saya jadi saksi kemenjadian mereka.








Tahniah lagi sekali buat anak-anak SPM 2016 SMK Jerlun. Semoga terus terbang tinggi, walau tanpa 'pendamping' di sisi.  #SPM2016




Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang

$
0
0
Rasa bertuah benar apabila terpilih menerima jemputan daripada PPD Kuantan untuk menyertai Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21. Menjadi antara orang paling jauh dijemput, seminar PA21 bagi sasaran pentadbir sekolah dan pegawai JPN PPD ini bertujuan membentangkan kajian impak keberkesanan pelaksanaan PA21 di sekolah.


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Seminar membincangkan Impak pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang

Ada juga beberapa pihak lain seperti, wakil dari kementerian, guru besar dari Johor bagi membentangkan impak terhadap pencapaian sekolah. Dari bahagian saya sudah tentulah, mewakili guru sekolah bagi membentangkan impak keberkesanan pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 terhadap murid di dalam bilik darjah.


Urusan Baik DipermudahkanMemandangkan seminar dijalankan pada hari persekolahan, maka saya mohon jasa baik pihak penganjur memudahkan urusan pergerakan saya dengan memohon kebenaran terlebih dahulu melalui JPN Kedah dan juga PPD Kubang Pasu. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Urusan baik, orang kata.


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang


Bagi saya, ini adalah peluang terbaik memandangkan ini juga kali pertama saya akan bentangkan kajian impak keberkesanan PA21 sepanjang melaksanakannya pada tahun 2016 dengan pelajar kelas 3 Arif, terutamanya. 


Sebelum ini, dalam banyak perkongsian saya, hanya banyak membentangkan mengenai apa itu Pembelajaran Abad 21. Ternyata usaha PPD Kuantan dengan kerjasama Yayasan Pahang ini merupakan satu usaha proaktif dalam membudayakan amalan PA21 di sekolah. Tahniah saya ucapkan!



Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang


Saya tiba di Kuantan sehari sebelum Seminar dijalankan. Penerbangan yang memakan masa lebih kurang 40 minit itu, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah pada jam lebih kurang 9.00 malam. Dijemput oleh Encik Nazeri, pegawai SISC+ Matematik, seterusnya dibawa makan malam dan terus dihantar ke Vistana Hotel. 


Hari yang sangat meletihkan!



Awal Pagi ke SeminarAwal pagi selesai bersarapan pagi di hotel, saya dijemput oleh Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, Puan Roa'ani, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani. Beliau lah yang banyak berurusan dengan saya bagi tujuan ke seminar ini sejak daripada penghujung bulan Disember 2016 lagi. Terima kasih banyak kak!

Kemudian kami bergerak ke Kompleks Yayasan Pahang yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari sana. Saat kami tiba, dah hampir penuh kawasan  parking yang beas disediakan yang hampir dengan tempat majlis berlangsung.



Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang


Di bahagian depan disambut dengan AJK Pendaftaran. Memang sibuk melihat pasukan menguruskan pendaftaran para tetamu yang datang. Tetamu seramai hampir 500 orang tersebut terdiri daripada Ketua Sektor, Pegawai JPN Pahang, Nazir JNJK, Pegawai SISC+ seluruh daerah Pahang, guru besar dan pengetua daerah Kuantan, dan ramai lagi lah. 



Slot Dari Kementerian
Slot pengisian pertama bermula dengan wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Roslan Hussin yang menggantikan Datuk Amin Senin. Kami difahamkan Datuk Amin sangat berminat untuk hadir ke majlis ini, tetapi terpaksa memberi laluan kepada orang lain kerana perlu berada di Putrajaya bagi pengumuman keputusan STPM 2016. 


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang


Dr Roslan Hussin memulakan perkongsian beliau dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia serta relevannya dengan Pembelajaran Abad 21. Banyak perkara yang perlu dilihat kembali bersama-sama untuk kita majukan pendidikan kita. Tetapi ada dua perkara yang saya rasa tertarik untuk berkongsi dengan pembaca, iaitu:


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Dr Roslan Hussin sebagai wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Kesilapan kita adalah terlalu mentafsirkan Pembelajaran Abad 21 dengan terlalu 'kaku' (direct). Kita perlu lebih fleksibel dengan teroka lebih banyak lagi apa yang boleh kita manfaatkan dan meriahkan Pembelajaran Abad 21.

2. Jika Pembelajaran Abad 21 hanya berpaksikan kepada teknologi semata-mata, maka sudah pasti dunia tidak akan memilih Hanan Hroub, guru dari negara yang kalut dengan kancah peperangan sebagai Guru Terbaik Dunia!


Slot Bersama LeapEd
Ini kali pertama juga saya tahu bahawa pengurusan Sekolah Amanah diberi konsultasi mengenai Pembelajaran Abad 21. Antara mereka yang diberi kepercayaan tersebut adalah LeapEd, dengan senarai kepakaran dalam bidang Pembelajaran Abad 21, serta dibantu oleh sumber kewangan daripada badan besar seperti Yayasan Amir dan juga Yayasan Pahang sendiri. 


Slot  Bersama Pentadbir Sekolah
Seterusnya adalah sesi perkongsian daripada Encik Muhd Fuad yang juga Guru Besar SK Taman Kota Jaya, Johor. Beliau pernah menjadi  Guru Besar di lima buah sekolah sebelum ini termasuk juga sekolah amanah. 


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Aksi bersahaja tuan GB masa membentangkan kajian impak

Beliau banyak berkongsikan maklumat dari sudut bagaimana dan apa yang seorang pentadbir boleh lakukan bagi memulakan pembudayaan Pembelajaran Abad 21 di sekolah masing-masing.

Pencapaian dan kejayaan yang dikongsikan adalah sangat membantu para pentadbir yang datang pada hari ini, bagi benar-benar melaksanakan Pembelajaran Abad 21 di sekolah.


Slot Bersama Guru Pengamal (SK)
Turut berkongsi impak keberkesanan adalah Puan Mariani Ghani dari SK Kempadang. Beliau banyak berkongsikan pengalaman beliau dalam menggunakan tools PA21 semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Tingkahlaku murid dan juga impak ke atas juga dikongsikan dengan para hadirin. 


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Penggunaan Traffic Light sebagai Tools dalam PdPc Abad 21


Slot Bersama Guru Pengamal (SM)
Sesi saya adalah pada sebelah petang. Dengan hanya masa peruntukan 30 minit, maka saya terpaksa sumbatkan semuanya dalam slaid dengan masa yang terhad. Sesuai dengan keperluan seminar, maka saya hanya fokuskan kepada apa yang saya buat dengan anak murid saya, dan impak keberkesanan pelaksanaan PA21 kepada mereka.


Cikgu Hailmi di Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Pembentangan Kajian Impak Pelaksanaan Pembelajaran Abad 21

Saya mulakan dengan latar belakang murid saya terlebih yang rata-rata mereka adalah anak kepada petani dan nelayan. Hampir 90%. Hal ini menyebabkan mereka kurang yakin diri, kerana jarang terdedah dengan dunia luar dan kurang pengalaman. 

Seterusnya saya tunjukkan video aktviti yang telah kami jalankan sepanjang 2016. Fokus saya tentulah pada pelajar kelas 3 Arif yang merupakan pelajar yang mendapat pendedahan paling banyak dengan Pembelajaran Abad 21. 


Impak Pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 oleh Cikgu Hailmi
Impak kemenjadian murid hasil daripada pelaksanaan Pembelajaran Abad 21

Impaknya dapat dilihat daripada sikap mereka, pencapaian akademik mereka melalui peningkatan markah dan juga kreativiti mereka. Saya tunjukkan juga perbezaan markah sebelum dan selepas pengamalan Pembelajaran Abad 21 bersama pelajar 3 Arif. Daripada peratus lulus tak sampai 20%, peratusan tersebut meningkat sehingga 100% pada akhir tahun!

Ramai hadirin yang memberikan respon positif memandangkan apa yang ditunjukkan kepada mereka merupakan bukti sebenar pelaksanaan PA21 oleh saya sendiri. Ini juga membawa maksud bahawa, pelaksanaan PA21 yang betul boleh memberikan impak yang mampu meningkatkan pencapaian murid!


Slot bersama Tuan PPD
Slot terakhir adalah sesi perkongsian visi dan misi tuan PPD Kuantan, Tuan Haji Mohd Razali Mustafar. Hala tuju dan juga sasaran PPD kepada sekolah-sekolah dalam daerah Kuantan ini dinyatakan dengan jelas dan mantap dan menyeluruh.

Sebagai orang luar yang berada di majlis yang sama, saya sendiri dapat menghayati visi dan misi tersebut dengan baik kerana disampaikan dengan jelas. Jika dilaksanakan dengan baik, inshaAllah boleh memberi  impak besar kepada daerah Kuantan khususnya.


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Bergambar kenangan dengan Tuan PPD Kuantan, Tuan Haji Razali

Segalanya selesai pada jam 4.30 petang. Majlis penutupan berlangsung dengan sangat meriah, siap ada pasukan menari dari sebuah sekolah rendah yang berdekatan. Majlis penutupan dihadiri oleh wakil daripada Yayasan Pahang yang dari awal ucapan menyatakan komitmen jitu mereka dalam menyokong usaha pendidikan di Pahang, khususnya di Kuantan.  

Usaha yang sangat baik dan wajib dicontohi oleh badan-badan luar dengan sumber kewangan yang mantap. Pendidikan adalah suatu pelaburan terbaik bagi sesebuah negara!


Tak nama habis majlis lah kalau tak ambil kesempatan bergambar bersama warga pendidik yang hadir pada hari yang sama.


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Bersama Ketua Sektor Akademik JPN Pahang dan juga pasukan beliau

Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Bersama Ustazah Norhaliza, JU PA21 bagi Bahagian Pendidikan Islam

Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Bersama Datin Seri Diraja Dato' Seri Hajjah Junaini binti Kassim, isteri Menteri Besar Pahang

Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Bersama SISC+ dari Temerloh

Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Orang kuat PA21 di PPD Kuantan

Dari Kompleks Yayasan Pahang, saya bersama pasukan SISC+ Kuantan bergerak ke sebuah kedai makan di kawasan berdekatan. Sesi makan ikan celup tepung, ataupun orang Kuantan panggil ICT. 


Ikon Guru Malaysia
Tak lupa juga sesi pertemuan pertama dengan Cikgu Noorjahan Sultan yang merupakan Ikon Guru Malaysia 2016, yang juga finalis Top 50 Global Teacher Prize 2015. 

Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Kami baru lepas makan ICT (Ikan Celup Tepung)

Sebenarnya dah lama saya berhubung dengan Cikgu Noorjahan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak N nih. Alhamdulillah kali ini dapat bertemu muka dan bergambar. 

Sempat juga saya hulurkan poskad limited edition saya dan juga menerima bookmark special daripada Kak N. Thank you Kak N!


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Bersama Ikon Guru Malaysia, Cikgu Noorjahan Sultan

Selesai makan ikan celup tepung, saya terus dihantar ke lapangan terbang bagi menunggu penerbangan saya ke KL pada jam 8 malam. Agak rushing, tapi itulah yang saya terpaksa lalui pada kebanyakan masa. Terkejar masa, kerana perlu kembali ke Kedah untuk persekolahan hari seterusnya.


Tahniah dan Terima Kasih! 
Apa pun saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai daripada PPD Kuantan, terutamanya Kak Ani, Cg Nazri, Cg Akhirudin, Ticer Azura, En Saiful yang bertungkus lumus menyediakan yang terbaik untuk sepanjang keberadaan saya di Kuantan.


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Team SISC+ dari PPD Kuantan

Selaku 'adik kecik' yang baru nak mencari tapak dalam dunia pendidikan, sokongan sebegini sangat lah memberikan motivasi dan inspirasi kepada saya untuk terus menyumbang kepada pendidikan Malaysia, khususnya. Terus doakan kejayaan saya yer!

Tak lupa juga kepada Tuan PPD Kuantan, Haji Razali yang sangat mesra dan caring, serta pasukan semua pegawai PPD Kuantan atas penganjuran Seminar Impak Pembelajaran Abad 21 yang pada hematnya saya, adalah Seminar PA21 yang sangat berjaya! Tahniah kerana sentiasa proaktif dalam menjadi peneraju kepada PA21. 


Seminar Memacu Pembelajaran Abad 21 di Kuantan, Pahang
Sukses apabila dapat belajar lebih banyak mengenai Pembelajaran Abad 21 di Kuantan

Saya doakan juga segala perkongsian daripada Seminar Pemacuan Pembelajaran Abad 21 di Kuantan ini menjadi ilmu yang sangat berguna kepada semua hadirin. Saya sendiri juga banyak belajar dan beroleh ilmu daripada seminar ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua! 



Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Langgar

$
0
0
Pada 2 Mac yang lalu, saya berkesempatan menghadiri satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran SMK Langgar, sebagai penceramah. Tajuk yang diberikan, dah tentu lah mengenai Pembelajaran Abad 21, dengan tagline saya, "bukan sekadar susun kerusi dan meja".


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Langgar
Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Langgar

Selesai waktu persekolahan di sekolah, terus saya pecut ke SMK Langgar. Lebih kurang 40 minit juga, tambah lagi dengan waktu lepas sekolah yang biasanya penuh dengan kenderaan di atas jalan. Tapi saya rasa saya sampai agak tepat pada masanya, sebaik sahaja guru di sini melakukan persiapan lain selepas sekolah.

Sesi berlangsung dalam makmal komputer. Tak ramai warga guru di sekolah ini. Rasanya dalam 50 hingga 60 orang sahaja. Kebetulan ramai juga yang tak dapat mengikuti sesi LADAP ini kerana ada banyak komitmen lain pada masa yang sama. Jadi saya rasa dalam 40 orang guru sahaja yang berada dalam makmal pada ketika itu.


Perkongsian seperti biasa, adalah bagi tujuan membuka minda para guru dengan sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, Korea! Memang saya dapat saksikan betapa kagumnya rakan guru di SMK Langgar ini melihat akan betapa mengkagumkan sistem pendidikan di Korea. 

Lebih menakjubkan adalah pembentukan budaya dan etika mereka berjaya diselitkan dengan kemajuan teknologi yang sangat hebat. 


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Langgar
Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Langgar

Sesi kemudian diteruskan dengan keperluan untuk kita melakukan transformasi dan juga seterusnya teras yang ada dalam Pembelajaran Abad 21. Beberapa strategi pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif yang sangat bersesuaian dengan prinsip Pembelajaran Abad 21 juga diperkenalkan, serta ditunjukkan bukti melalui video dalam bilik darjah. 

Harapan saya tak lain dan tak bukan melainkan ilmu yang dikongsikan ini mampu diamalkan dan dimanfaatkan oleh warga guru di SMK Langgar, demi kemenjadian anak murid kita. Memberi impak baik kepada pendidikan, sebenarnya memberi masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi pelapis bangsa dan negara. 

Selamat maju jaya!




14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah

$
0
0
Tempat kerja, boleh mencipta suasana yang berbeza. Jika dikelilingi rakan kerja yang baik dan positif, ianya merupakan satu ruang yang sangat menyeronokkan dan kondusif untuk bekerja. Tetapi jika dikelilingi dengan aura negatif, tempat kerja boleh menjadi satu medan pertempuran yang bakal menyaksikan banyak jiwa yang terseksa! 


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah

Sekolah juga tak lepas sebenarnya daripada perkara ini. Budaya yang tak sehat, politik tempat kerja, dan aktiviti hasut menghasut serta membodek, sebenarnya membawa banyak kecelakaan kepada suasana bekerja di sekolah. Dan yang paling pelik adalah bila usaha positif selalu disalah tafsir oleh mereka yang berasa diri mereka 'terancam'.  Jom kita tengok beberapa tips bagi menghadapi haters di sekolah.


01. Betulkan niat
Kadang-kadang mungkin kita sendiri juga tersasar. Benda baik asalnya, tetapi disebabkan banyak masalah dan cabaran yang mendatang, maka niat kita pun boleh jadi terpesong. Maka, sama-sama kita semak balik niat kita. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripadaNya.


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Betulkan balik niat yang dah terpesong ke laut tu.. 


02. Amalkan Langkah Selamat
Banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan mengambil langkah selamat. Silap percaturan dan kelam kabut sebenarnya boleh membunuh motivasi kita dalam bekerja. Maka berhati-hati itu lebih baik.


03. Teruskan Bekerja
Haters-haters nih timbul kerana nak mengganggu motivasi anda bekerja, dan nak tengok anda berhenti bekerja. Maka usahlah pedulikan mereka, teruskan dengan niat bekerja anda. InshaAllah dia akan lebih sakit hati dan tenggelam dengan cerita jahat mereka.


04. Pedulikkan Mereka
Tidak memperdulikan mereka adalah antara perkara yang paling menyenangkan hati nak buat. Walaupun kadang-kadang sukar sket dari segi nak melaksanakannya, tetapi cubalah untuk tidak mempedulikan mereka. Tak perlu respon dan beri tindakbalas mengejut, dan ekstrem yang akhirnya menyusahkan anda pula. Anggap macam tak ada, ok?


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Tu jer yang haters mampu buat.. setuju kan?


05. Balas Dengan Kebaikan
Aduih. Ini yang paling susah nak buat. Balas kejahatan orang dengan kebaikan. Sebut memang mudah, tapi nak buat tu, hanya orang yang kuat saja yang mampu. Buat yang ada kekuatan mental dan fizikal boleh lah cuba kaedah ini. Yang belum, kuatkan diri, dan cubalah berusaha. Kalau tak, sama saja kita dengan mereka.


06. Sentiasa Positif
Orang kata, kalau kita positif, maka yang akan datang kepada kita pun semuanya yang positif juga. Positif menarik aura positif jugak. Maka sentiasalah bersangka baik, berniat baik dan berbuat baik. InshaAllah yang datang pun baik-baik juga. 


07. Jadikan Haters Sebagai Motivator
Secara tak langsung, bila ada haters, maknanya anda dah berada setapak di hadapan. Kan? Jadi bila dapat haters baru di sekolah, maka jangan bimbang. Senyum dan teruskan jadi mereka sebagai motivator anda untuk bergerak lebih jauh. Sekurang-kurangnya, ada juga pendorong untuk anda beri lebih dalam bekerja.


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Thanks to my motivator!


08. Bergaul Dengan Kawan Positif
Penting juga sebenarnya untuk mendapatkan kawan yang positif. Terutamanya di kala kita sendiri pun dah tak berupaya nak jadi positif lagi. Maka mereka ini lah yang akan terus berada di sisi dan memberi pinjam aura positif mereka. Jangan lupa ramaikan kawan-kawan yang positif. InshaAllah banyak membantu.


09. Kawal Emosi
Perkara paling teruk adalah tidak mampu mengawal emosi ketika berdepan dengan haters. Dalam keadaan sebegini, kemarahan hanya mampu memberi impak tak baik kepada anda. Apatah lagi bila time nak meletup, ramai pula rakan sekerja yang tidak tahu hal sebenar, dan menyalahkan kita. 


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Amarah hanya beri keputusan yang menyedihkan akhirnya

Jalan terbaik, kawal emosi sebaik mungkin. Jika terlalu marah, sila duduk, dan tarik nafas dalam-dalam. Kalau marah lagi, terus tidur. Elakkan daripada berkata-kata. Kelak badan yang binasa.


10. Sabar, Sabar dan Sabar
Sifat sabar sebenarnya mempunyai banyak keajaiban. Selain daripada mendidik jiwa untuk mencapai tahap dan darjat lebih baik, kesabaran juga mampu melatih kita bagi berdepan dengan dugaan yang jauh lebih mencabar. Suatu ketika, pasti akan datang bantuan dan penyelesaian untuk masalah kita.


11. Perbaiki Hubungan Dengan Allah
Bila dilanda ujian yang sebegitu rupa, cubalah untuk semak balik hubungan kita dengan Allah. Banyakkan muhasabah diri, lakukan perkara Sunat yang jarang kita buat sebelum ini seperti Solat Tahajjud, Dhuha, Sunat sebelum Subuh dan lain-lain. Paling tak pun, baca Al-Quran. InshaAllah rasa tenang jiwa.


12. Wasatiyyah
Kita juga perlu semak kerja buat kita. Kadang-kadang kerja buat yang melampau juga mendatangkan 'permasalahan' dan rasa iri hati dalam kalangan rakan sekerja. Maka langkah paling selamat adalah ambil jalan tengah. Tidak terlalu ekstrem dan berpadanan dengan keperluan dan kehendak institusi.


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Sket jer lagi... jangan give up, please


13. Never Give Up
Jangan sesekali berputus asa bila menerima ujian sebegini. Kadang-kadang mereka hanya ingin menduga kekentalan dan semangat kita. Maka ambil saja positif dan terus bekerja. Jangan berputus asa walaupun itu mungkin jalan terakhir yang kita ada. 


14. Banyakkan Berdoa
Akhirnya kembalilah menadah tangan kepada Yang Maha Esa, mohon minta dipermudahkan segala permasalahan dan dugaan. Anggap saja ini semua adalah ujian untuk menambahkan lagi pahala dan mendewasakan kita. Garam yang merupakan sebahagian daripada rencah hidup kita.


Semoga dengan perkongsian ini mampu meringankan beban anda menghadapi haters di sekolah. Jangan lupa juga, mereka yang berjaya, adalah mereka dengan jiwa kental yang tak pernah kenal erti mengalah. Teruskan berusaha. Fighting!




Pre Order Buku Pembelajaran Abad 21 Cikgu Hailmi

$
0
0
PRE-ORDER BUKU PEMBELAJARAN ABAD 21 CIKGU HAILMI

Nangis kau dik kalau tak sempat beli! Sebab abam nak kasik harga SPECIAL buat korang semua, abam bukakan pre-order dengan harga yang sangat mengkagumkan!



Pre Order Buku Pembelajaran Abad 21 Cikgu Hailmi
Harga preorder hanya sah sehingga 10 April 2017. Cepat!


HARGA ISTIMEWA
RM30 (termasuk pos ke Semenanjung)
RM34 (termasuk pos ke Sabah dan Sarawak)



Yup.. tak caya kan?


Giler murah untuk harga buku yang setebal 76 mukasurat, siap kaler-kaler depan belakang, guna kertas tebalart paper oiii!

Ditulis oleh penulis blog yang terkenal (*gitu..) yang juga merupakan seorang pengamalPembelajaran Abad 21 weyh!

Bagi strategi dan info yang disertakan, siap ada QR Code untuk korang scan tengok video kalau tak faham. Gilerr.. Abad 21 sangat!

Nak panjang lebar lagi kelebihan buku nih, nanti abam tulis "10 Sebab Kenapa Korang Perlu Beli Buku PA21 Cikgu Hailmi"



Buat sementara waktu, baik korang fokus sebab harga istimewa nih hanya ditawarkan daripada 1 hingga 10 April 2017 sahaja! Siapa cepat dia dapat oi.

Penghantaran buku hanya akan dibuat selepas majlis pelancaran yang dijangka akan diadakan pada sekitar hujung bulan April. Kelas kan? Oh ya.. harga pun confirm naik lah kan lepas tu..



So jangan berlengah lagi. Kena cepat weyh. Sementara stok masih ada. Jangan sampai melopong, tu jer abam nak pesan!


Norhailmi bin Abdul Mutalib
CIMB Bank 
7609778880
miecaprio@yahoo.com


Kalau dah buat bayaran, sila hantar printscreen sebagai bukti yer. Bagitau nama penuh, alamat nak hantar dan bilangan.


p/s: Sila pm abam kalau pesanan melebihi 10 unit. Kot2 lah abam boleh bagi diskaun dekat kos penghantaran tu.. :D




Panduan Selesaikan Hutang PTPTN Dengan Potongan Diskaun 15%

$
0
0
Minggu lepas saya berjaya melangsaikan hutang PTPTN saya. Walaupun mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan hutang PTPTN, tapi saya rasa sangat lega kerana hutang tersebut dah berjaya dilunaskan lebih awal daripada tempoh yang dijanjikan dalam perjanjian, sejak dari masa zaman belajar tahun 2001 dulu.



Panduan melangsaikan hutang PTPTN dan dapat 15% diskaun potongan 

Saya kongsikan sedikit panduan saya melangsaikan hutang PTPTN saya tersebut, dan cara mendapatkan diskaun 15% potongan hutang PTPTN. Untung weyh!


Panduan Mendapatkan Diskaun 15% Potongan Hutang PTPTN

1. Semak Baki Hutang
Bila saya mendapat tahu bahawa PTPTN menawarkan diskaun sebanyak 15% potongan kepada pembayaran berbentuk lump-sum, maka saya lebih gigih mengumpulkan duit bagi melangsaikan hutang tersebut. 

Ada banyak cara yang anda boleh guna untuk semak baki hutang. Boleh terus ke kaunter pejabat PTPTN, guna sms atau pun guna semakan secara online. Biasanya saya guna semakan secara online. Print satu untuk simpanan.



Penyata baki hutang Pinjaman PTPTN

Tapi sebab kali ini, rasanya macam dah boleh nak selesaikan hutang pinjaman PTPTN, maka saya terus ke kaunter Pejabat PTPTN, semak terus di sana. Lagi mudah, sebab penyata yang dikeluarkan kepada kita dah siap kira baki terkini selepas mendapat 15% diskaun tadi. Terus dah boleh standby duit.


2. Selesaikan Hutang Dengan Bayar
Kemudian anda pegi lah ke kaunter pembayaran. Biasanya pejabat PTPTN akan sediakan kaunter khas bagi tujuan pembayaran sahaja. Maka boleh tunjukkan penyata yang diterima tadi, dan bolehlah buat bayaran.

Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai, menggunakan kredit kad / debit kad atau juga dalam bentuk cek. 



Bayaran PTPTN boleh dibuat dalam bentuk tunai, menggunakan kredit kad / debit kad atau juga dalam bentuk cek.
Duit tunai boleh, kad kredit / debit pun boleh!

Nak dijadikan cerita, boleh pula saya salah kira duit, bila dah kat depan kaunter. Mujur ada debit kad yang boleh digunakan waktu cemas macam tu. Maka, separuh bayaran saya hari tu menggunakan tunai, manakala separuh lagi menggunakan debit kad. 


3. Potongan Gaji?
Macam kes saya, saya buat potongan gaji pada setiap bulan sejak dari mula saya bekerja. Maka bila hutang PTPTN dapat dijelaskan dengan lebih awal dari tempoh perjanjian, maka dijangka 3 bulan selepas ini gaji saya masih akan dipotong PTPTN. 

Tapi jangan bimbang. Sebaik sahaja slip gaji dah tak ada lagi potongan PTPTN, maka tuan puan boleh lah ke Pejabat PTPTN sekali lagi untuk buat refund. Mudah saja kan?


4. Email 
Selang beberapa hari kemudian, saya terima satu lagi email daripada PTPTN yang menyatakan saya dah melangsaikan hutang tersebut. Untuk selepas ini saya hanya perlu tunggu emel pengesahan bahawa memang hutang PTPTN saya benar-benar selesai.. Lepas tu, saya merdeka! Yeay!

Jangan lupa print untuk buat simpanan dan rujukan di masa depan. 




Panduan Selesaikan Hutang PTPTN Dengan Potongan Diskaun 15%
Jom Bebas PTPTN

Serius seronok rasanya bila dah bebas daripada hutang nih. Apatah lagi hutang PTPTN yang dah lama, macam tak habis-habis saya bayar. Selain daripada potongan gaji yang konsisten setiap bulan, antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti: 


TIPS 01
Jika dah berkerjaya tetap, pastikan anda WAJIB buat pembayaran semula pinjaman PTPTN melalui potongan gaji. Kaedah ini lebih menjamin, jimat, selamat dan pasti anda takkan ada hutang tertunggak.


TIPS 02
Gunakan duit bonus / side income untuk bayar hutang dulu. Bukan bazirkan untuk pegi melancong atau lain-lain yang tak perlu. Melancong tanpa hutang tu, jauh menenangkan!


TIPS 03
Walaupun hutang dibuat secara potongan gaji, tetapi cuba amalkan bayar tambah sedikit lagi secara online atau di kaunter (mana lebih mudah) jika ada rezeki lebih. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit


TIPS 04
Rebut peluang diskaun macam nih jika ada peluang untuk mendapat potongan pinjaman yang baik. Sebabnya peluang macam nih kadang-kadang on, kadang-kadang off. Jadi kena pandai rebut peluang berharga.



Panduan Selesaikan Hutang PTPTN Dengan Potongan Diskaun 15%


OK.. kepada semua peminjam PTPTN di luar sana, saya doakan semoga anda terus istiqamah membayar pinjaman, sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Percayalah, menyelesaikan hutang itu sangat menenangkan jiwa! 

Buat PTPTN yang telah meminjamkan RM21,000 untuk tempoh pengajian saya 3 tahun di Universiti Sains Malaysia hampir 12 tahun lalu, terima kasih tak terhingga saya ucapkan!



Iklan Guru Cemerlang Tahun 2017

$
0
0
Iklan Guru Cemerlang bagi tahun 2017 sudah mula berada di laman web KPM pada awal April yang lalu. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Secara KUP bermula daripada 6 April sehingga lah 5 Mei 2017. Iklan


Iklan Guru Cemerlang Tahun 2017
Iklan Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2017

Selain untuk guru, pemangkuan laluan Kecemerlangan ini turut dibuka kepada Guru di sekolah, Kolej Vokasional, dan Pensyarah di IPG, IAB, Kolej Matrikulasi dan ELTC di seluruh negara.

Calon yang memohon diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan dengan lengkap dan betul, disertakan dengan dokumen sokongan. Hanya permohonan yang layak (memenuhi syarat dan disenarai pendek) sahaja yang akan dinilai. Calon yang tidak menerima sebarang keputusan / pemakluman selepas tempoh 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan, dianggap tidak berjaya.


Untuk Tips atau Panduan Memohon Guru Cemerlang, boleh lah rujuk artikel di bawah:


Tips 1 : Isi Borang
Tips 2 : Filing dan Dokumentasi
Tips 3 : Sesi Pdp yang Berjaya
Tips 4 : Menghadapi Nazir


Oleh kerana keputusan bagi calon yang telah mengisi urusan pemangkuan Guru Cemerlang pada tahun 2016, masih belum diketahui, maka calon-calon yang telah memohon pada tahun 2016, boleh juga memohon semula bagi urusan tahun 2017, sekiranya masih berminat.



Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Langkawi

$
0
0
Alhamdulillah diberi peluang untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan dengan rakan pendidik di Langkawi kali ini. Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 anjuran PKG Kuah dengan kerjasama Parlimen Langkawi dan juga Frogasia. Memang meriah!





Seminar yang awalnya hanya menyasarkan sekitar 150 orang peserta akhirnya bertukar tempat apabila sehingga lebih 350 orang peserta yang mendaftar. Malah ada yang sanggup datang dari jauh seperti Johor, Pahang dan Perak bagi misi menimba ilmu PA21 di sini. Tahniah PKG Kuah!





Bagi pengisian yang mantap untuk seminar ini, maka diadakan beberapa perkongsian daripada juga guru-guru lain dan aktiviti bengkel ala-ala Mini Leaps of Knowledge daripada pihak Frogasia.

Bagi slot pagi sesi open classroom oleh Cikgu Hasliza, guru cemerlang bahasa Inggeris dengan anak-anak muridnya merupakan sesi yang menyegarkan.









Saya secara personal suka dengan pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Hasliza dalam menguruskan kawalan kelas beliau. Teknik isyarat tangan dan juga beberapa sistem lain dilihat mampu untuk mengikat anak murid beliau untuk terus bersama beliau dalam aktiviti pdp. Sangat bertenaga!


Sesi kedua pula diteruskan dengan sesi bengkel Mini Leaps of Knowledge dari pihak Frogasia.  Banyak aktiviti menarik dijalankan, dengan secara tak langsung mendedahkan para guru dengan teknologi dan kemahiran terkini yang diperlukan guru dalam menghadapi era baharu pendidikan.















Selesai rehat sesi disambung pula dengan perkongsian oleh Ustazah Saudah mengenai pengalaman beliau menggunakan VLE Frog dengan anak murid beliau. Cukup mengkagumkan. Apatah lagi Ustazah berada di ambang emas saat saat akhir perkhidmatan, tapi masih bersemangat menimba ilmu berkaitan ICT baharu untuk anak didiknya. Tahniah!




Tibalah sesi saya. Sedikit mencabar sebenarnya bila buat perkongsian pada waktu petang, terutamanya selepas waktu makan tengahari. Kalau gagal mempersembahkan dengan baik, tentu saja satu dewan tidur melihat saya. Hahahaha


Tapi saya cuba berikan yang terbaik untuk perkongsian ini. Saya lihat ramai guru muda yang sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu yang baharu yang boleh memberi mereka motivasi dan inspirasi untuk pergi lebih jauh.





Tak lupa juga membetulkan salahfaham terhadap kefahaman mengenai Pembelajaran Abad 21 kepada lebih ramai audiens.  Terutamanya jika hal yang berkaitan dengan peranan penggunaan tools dan unsur KBAT yang wujud.

Alhamdulillah penggunaan Prezi sebagai aplikasi pembentangan dan juga sarat dengan gambar dan video memang banyak membantu memberikan kefahaman kepada audiens.  Beberapa soalan yang diterima juga lebih bersifat kepada soalan biasa yang sering kali saya terima di setiap perkongsian.


Kehadiran tuan pengetua saya, Haji Abdul Razak bin Mat untuk memberi sokongan kepada saya, ternyata mampu memberi suntikan berbeza untuk perkongsian saya kali ini. Terima kasih Sir atas keyakinan dan kepercayaan!





Saya anggap peluang perkongsian di Seminar di Langkawi ini sebagai membuka ruang terutamanya untuk pendidik di Kedah dan Perlis, yang belum berpeluang mendengar perkongsian saya. Usaha menyebarkan ilmu ini harus diperluaskan lagi ke sebanyak mungkin tempat, inshaAllah.

Tak lupa juga buat teman-teman baharu daripada kalangan pendidik dan juga daripada team Frogasia yang sangat proaktif dalam mempromosikan Pembelajaran Abad 21 melalui VLE Frog. Sama-sama kita usahakan yang terbaik untuk menaikkan taraf kualiti pendidikan Malaysia.






















Buat PKG Kuah dan PPD Langkawi, tahniah untuk penganjuran Seminar PA21 yang terbaik nih!




Tutorial Guna Plickers Sebagai Tools PdPc Abad 21

$
0
0
Plickers merupakan antara aplikasi web yang mendapat tempat dalam kalangan pendidik Abad 21. Sistem nya yang 'canggih' dan ada ciri-ciri augmented reality, menyebabkan aplikasi Plickers mula menjadi pilihan lebih ramai guru untuk dipraktikkan dalam kelas. Apatah lagi aplikasi Plickers ini tidak memerlukan banyak gajet yang perlu disediakan kepada pelajar.


Tutorial Cara Guna Plickers Sebagai Teknologi pendidikan dalam kelas
Plickers Sebagai Teknologi Pendidikan Dalam Kelas Abad 21

Jom kita ikuti tutorial yang disediakan oleh Cikgu Azrul Arefe, guru Matematik dari SK Desa Tun Hussein Onn dalam laman fb beliau. Memang meriah sesi pdp kelas tambahan bila beliau gunakan Plickers dengan anak-anak didik beliau!


1. Sign up dulu di Plickers.com

2. Download Apps Plickers di handphone atau tablet

3. Selepas Sign Up, dalam Plickers akan ada beberapa tabs. 

Tab Class - letak nama murid-murid anda
Tab Library - masukkan solaan yang ingin buat bersama murid
Tab Cards - untuk download card yang akan dipegang oleh murid

Pilih STANDARD (ada 40 kad), download dan print kesemuanya. Laminate kad-kad tersebut supaya lebih tahan lama.


Tutorial Cara Guna Plickers Sebagai Teknologi pendidikan dalam kelas
Mesti pegang kad dengan cara yang betul

4. Tips untuk bina soalan, letak sahaja nombor soalan dan pilihan jawapan yang betul. Tak perlu salin soalan semula. Soalan murid boleh refer pada hardcopy yang cikgu ingin gunakan.


Tutorial Cara Guna Plickers Sebagai Teknologi pendidikan dalam kelas
Soalan dipamerkan di skrin

5. Masa nak edar kad pada murid, pastikan murid dapat ikut nombor yang betul. Nombor murid boleh rujuk semasa daftarkan nama murid di tab CLASS tadi

6. Untuk analisis, cikgu dapat lihat pada handphone atau tablet yang digunakan masa scan jawapan mereka


Tutorial Cara Guna Plickers Sebagai Teknologi pendidikan dalam kelas
Scan dan boleh terus nampak pilihan jawapan murid

7. Jika masih tak faham, boleh juga rujuk banyak lagi video tutorial di Youtube. 

Selamat mencuba!

Tutorial Cara Guna Plickers Sebagai Teknologi pendidikan dalam kelas
Analisis item siap disertakan bagi tindakan susulan guru

Selain daripada cirinya yang interaktif bagi sesi pdp bersama murid, aplikasi Plickers ini juga boleh menganalisis jawapan murid secara automatik. Maka guru boleh lah membuat langkah susulan daripada analisis item yang diperolehi bagi memperbaiki kefahaman murid pada tajuk yang tertentu.

Terima kasih Cikgu Azrul Arefe untuk perkongsian Plickers beliau. Semoga jadi ilmu bermanfaat buat rakan guru yang lain jugak! 



Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor

$
0
0
Pada 18 Mac yang lalu saya telah menerima satu jemputan perkongsian di Banting, Selangor. Ketika mula dihubungi oleh Cikgu Azrin pada awal tahun, terkejut juga saya kerana ini juga kali pertama saya menerima pelawaan daripada sekolah rendah. Apatah lagi banyak juga contoh yang saya berikan adalah daripada hasil kerja murid saya di sekolah menengah.


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Walaubagaimanapun, saya merasakan ini peluang terbaik untuk saya lebih memahami permasalahan dan cabaran guru di sekolah rendah, maka saya ambil peluang tersebut. Tambah menarik lagi, bila perkongsian di Banting ini dikongsi oleh dua buah sekolah rendah yang terletak berhampiran antara satu sama lain, iaitu dari SK Bandar Banting dan juga SK Seri Langat.

Tempat berlangsungnya Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 ini adalah di dewan tertutup sebuah sekolah antarabangsa yang baru sahaja di buka di daerah Banting ini, iaitu Victoria International School. 


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Kawasan sekolahnya memang luas, dengan fasiliti yang baharu. Wakil pihak sekolah tersebut memberi taklimat mengenai sekolah sebelum bermulanya acara perkongsian. Maka dapat lah juga kami gambaran serba sedikit mengenai persekitaran sekolah antarabangsa ini. 

Sesi satu lebih tertumpu kepada perkongsian ceramah saya selama dua jam. Beberapa aktiviti dan strategi yang diamalkan dalam bilik darjah saya turut dikongsikan sebagai memberi kefahaman yang lebih jelas kepada audiens.


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor




Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Sesi kedua pula adalah lebih berfokuskan kepada bengkel hands-on di mana guru berkumpul dalam kumpulan kecil mengikut subjek masing-masing dan merancang satu rancangan mengajar yang mempunyai ciri-ciri abad 21. 


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Sebenarnya pada sesi bengkel ini lebih banyak membantu guru dalam memahami apa yang mereka boleh lakukan dengan anak murid mereka semasa sesi pdp. Mereka lebih jelas dengan persiapan yang perlu mereka fikirkan selepas ini.


Majlis selesai pada jam 12 tengahari seperti yang dijanjikan. Menariknya sebab saya menerima sijil daripada Puan Siti Hanim binti Sungit, guru besar SK Bandar Banting dan juga daripada Puan Hajah Norzian binti Mohd Som, guru besar SK Seri Langat. Dua sijil terus. Terima kasih!


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Banting, Selangor


Besarlah harapan saya, perkongsian ilmu itu tidak terhenti di situ sahaja. Semoga warga pendidik di Banting juga dapat mengamalkan pembelajaran dan pemudahcaraan abad 21 dengan baik dan berterusan dalam bilik darjah. Amin!




Perkongsian PA21 di SMK Tunku Sofiah

$
0
0
Sabtu 1 April seperti biasa saya akan keluar untuk buat perkongsian mengenai Pembelajaran Abad 21. Walaupun kurang sehat beberapa hari sebelumnya, tetapi alhamdulillah hari Jumaatnya dah mula menunjukkan tanda positif. Maka perjanjian awal dengan SMK Tunku Sofiah, Alor Star berjalan seperti biasa.


Perkongsian PA21 di SMK Tunku Sofiah


Sekolah ini terletak dalam tengah taman perumahan di Alor Star. Bilangan guru lebih kurang 40 hingga 50 orang dan kebanyakkannya adalah guru perempuan. Semua anak muridnya pula adalah perempuan. Pupus sangat kaum lelaki kat sekolah nih. Hehe..

Lewat juga saya bermula sebab ada masalah teknikal. Tetapi akhirnya dapat diatasi dan perkongsian berlangsung dengan jayanya. 


Perkongsian PA21 di SMK Tunku Sofiah


Perkongsian PA21 di SMK Tunku Sofiah


Perkongsian PA21 di SMK Tunku Sofiah


Perkongsian PA21 di SMK Tunku Sofiah


Akhir sekali, sempat juga saya promosikan buku "Pembelajaran Abad 21 : Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja" saya bersama guru-guru di sekolah ini. Kebetulan semasa saya berada di SMK Tunku Sofiah, buku ini masih berada dalam fasa preorder. 

Maka harga yang ditawarkan tentulah harga istimewa sempena preorder. InshaAllah sangat berbaloi harga dengan kualiti dan ilmu yang ditawarkan!


Perkongsian PA21 di SMK Tunku Sofiah


Perkongsian PA21 di SMK Tunku Sofiah


Semoga juga perkongsian ini berjaya membuka perspektif baharu para pendidik ke arah membudayakan Pembelajaran Abad 21 dalam bilik darjah.




Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah

$
0
0
Segalanya bermula apabila saya mendapat pelawaan daripada Cikgu Jarah, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Arara bagi membuat perkongsian dalam seminar di Kota Kinabalu, Sabah. Niat asal cuti sekolah mahu dimanfaatkan dengan hanya berehat sahaja di rumah. Tetapi bila ada peluang jauh sebegini, rasanya ok juga jika saya ambil peluang untuk sebuah pengalaman.


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah

Maka pada tanggal 22 Mac saya bergerak ke Kota Kinabalu. Semuanya diuruskan oleh Cikgu Jarah, termasuk urusan penginapan. Sampai saja di KK, terus saya ambil peluang untuk bertemu dengan anak murid saya, Mujah yang sudah bekerja di sini sejak tiga tahun lepas. Apa lagi, makan malam tersebut dah tentu mewah dengan hidangan seafood yang memang cukup terkenal di Sabah.




Bersama Mujah, bekas murid semasa di Sarawak dulu

Hari Sabtu saya terus bergerak ke Dewan Putrajaya KK yang terletak berhampiran dengan Universiti Malaysia Sabah. Biasa juga lalu ke kawasan ini sebelum ini. Cuma tidak pernah untuk masuk explore-explore. Pertama kali jugak lah dapat datang ke kawasan Mini Putrajaya Sabah ini.


Dewan Seminar memang sangat selesa, dengan muatan hampir 500 orang. Excited juga saya nak bertemu dengan ramai rakan pendidik dari Negeri Di Bawah Bayu ini yang sebelum ini hanya banyak berhubung menerusi media sosial. Apatah lagi ini adalah kali pertama perkongsian saya di Sabah dengan tajuk Pembelajaran Abad 21.


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah

Sesi berlangsung dengan baik sekali. Warga pendidik Sabah memang betul-betul fokus untuk menimba ilmu PA21 sebanyak mungkin. Tak terasa pula perkongsian dua jam, sehingga terpaksa berhenti rehat bagi minum tengahari. 


Masa rehat ini lah saya berpeluang untuk bertemu para guru  dengan lebih dekat. Dapat peluang berbual dengan mereka. Tak sangka saya rupanya ada yang sanggup datang dari Tawau, Sandakan yang jaraknya sejauh 6 jam perjalanan! Wahhh.. terharu sangat.




Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Bersama Cg Mahani yang juga aktif mempromosikan PA21 di Sabah

Ini menunjukkan betapa warga pendidik Malaysia, khususnya di Sabah sangat komited dalam usaha untuk menambah ilmu dan tahap keprofesionalisme mereka dari masa ke semasa, sekalipun perlu membayar 'harga yang mahal'.


Sesi kedua diteruskan dengan perkongsian strategi PA21 melibatkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Menggunakan beberapa strategi popular seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay dan lain-lain bagi membuka minda para guru bahawa terdapat lebih banyak lagi kaedah yang sesuai. 


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah

30 minit terakhir pula dibukakan sesi Q&A daripada warga guru. Banyak juga soalan yang ditanyakan melibatkan pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh guru dalam membudayakan Pembelajaran Abad 21.

Nasihat saya mudah saja. Jika mahu bermula, maka mulalah dengan kawalan kelas menggunakan strategi yang lebih mudah. Jika sudah mahir dan berpengalaman, budak pun sudah biasa, maka bolehlah mencuba kaedah yang lebih complicated dan kompleks.


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Melihat pelaksanaan PA21 daripada luar, memang banyak perkara yang kita akan takut untuk hadapi. Tetapi sebaik saja kita mula melaksanakannya dalam bilik darjah, kemahiran kita akan semakin bertambah, terutama sekali dari aspek perancangan pdp. 


Saya melihat kumpulan warga pendidik Sabah ini memang sangat bersemangat dalam meningkatkan pengetahuan dan tahap profesionalisme mereka. Selesai sahaja majlis, ada saja lagi soalan dan permasalahan yang cuba mereka ajukan kepada saya untuk meminta pendapat. Tahniah! 


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Warga guru dari SMK Majakir

Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Bersama warga pendidik dari Keningau

Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Bersama warga pendidik dari Tawau

Pengalaman di Sabah ini merupakan satu lagi pengalaman unik perkongsian saya di serata tempat di Malaysia. Tak lain tak bukan, niat saya untuk memberikan perkongsian sebenar pelaksanaan amalan PdPc yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad 21 kepada lebih ramai warga pendidik Malaysia. 


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Bersama team Cikgu Jarah yang banyak membantu sepanjang seminar

Perkongsian daripada amalan, bukan teori semata-mata. Semoga dengan usaha meningkatkan kualiti pdpc guru-guru dalam bilik darjah, mampu melonjakkan lagi pencapaian murid kita dalam akademik khususnya. Amin!





Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017

$
0
0
Setelah hampir setahun bertungkus lumus menyiapkan Video STEM KPM bersama rakan-rakan, selesai juga. Tapi kali ini misi kami disambung dengan Seminar Kepenggunaan Video STEM KPM yang akan diadakan di Zon Tengah, Utara, Timur, Selatan dan Sabah Sarawak. Beberapa kali sesi pertemuan diadakan, dan akhirnya kemuncak majlis pelancaran adalah di SMAP Kajang.


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017
Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017

Bagi Seminar Penggunaan Video STEM KPM ini, peserta yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran STEM akan diperkenalkan dengan Video STEM KPM. Terdapat sebanyak 18 buah video STEM KPM daripada pelbagai subjek, dengan pelbagai topik yang memfokuskan kepada konsep asas yang menjadi masalah kepada pelajar.


Slot pertama Seminar adalah disampaikan oleh saya sendiri, dengan tajuk "Video STEM KPM dan kaitannya dengan Pembelajaran Abad 21". Antara perkara yang saya sentuh dalam 45 minit tersebut adalah elemen-elemen PA21 yang terdapat dalam video STEM tersebut. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Slot kedua dikongsikan oleh wakil UTM, dengan menceritakan sejarah Video STEM daripada penghasilan video BLOSSOM hasil kerjasama KPM, UTM dan juga MIT. Kemudian Video STEM KPM dikembangkan lagi mengikut format dan cara yang tersendiri.

Sesi ketiga pula adalah lebih berfokuskan kepada tatacara penggunaan Video STEM sebelum, semasa dan selepas sesi pdpc. Guru akan lebih mula memahami bagaimana video STEM KPM tersebut digunakan. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar diteruskan dengan sesi bengkel. Seorang fasilitator, iaitu guru yang berpengalaman yang pernah terlibat dengan pembikinan video BLOSSOM atau Video STEM KPM akan membimbing rakan guru peserta menilai keberkesanan penggunaan video tersebut dalam memperbaiki kualiti pdp seorang guru.


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Bengkel kedua pula lebih menjurus kepada peserta menyediakan kerangka awal dan konsep awal video STEM. Buku panduan yang dibekalkan semasa sesi awal pendaftaran juga mengandungi langkah demi langkah bagaimana menghasilkan video STEM yang berjaya. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017
Buku panduan dengan gambar kenangan pasukan school-based saya

Bagi guru yang ada kemahiran membikin video atau ingin mencuba, bolehlah mula menghasilkan video STEM yang lebih kemas, dan menarik lanjutan daripada ilmu bengkel ini. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seharian di SMAP Kajang pada hari ini, sangat memberikan kenangan manis buat saya. Bertemu dengan ramai rakan guru yang hebat dan berkebolehan, memang cukup mengujakan. Bukan senang nak berkumpul macam nih. Kesemua rakan saling bantu membantu, malah menyokong apa yang dilakukan oleh yang lain.

Semoga persahabatan ini terus berkekalan dan memberi inspirasi kepada pasukan guru lain juga. Amin!




Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan

$
0
0
Bagi program perkongsian Pembelajaran Abad 21 di Pekan ini, saya bertolak ke Kuantan pada sebelah petang Khamis. Guna kapal terbang, sampai ke lapangan terbang waktu malam. Disebabkan faktor jarak Pekan dan Kuantan yang tidak jauh, maka pihak penganjur memberikan saya penginapan di Kuantan saja. Lebih selesa katanya. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan
Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan

Sesi sebelah malam, di bawa oleh Encik Rizal pegawai SISC+ Matematik Pekan untuk makan-makan dengan para pegawai SISC+ Kuantan, Kak Ani dan juga Kak Suriani. Memang sedap betul makan makanan Thai kat sini. Tapi tak ingat pulak nama kedainya. Huhu..


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Esok pagi nya juga dibawa sarapan pagi dengan menu ala Pantai Timur. Dah pasti saya tak lepaskan peluang merasa Nasi Kerabu dengan daging bakar. Selesai menjamu selera, terus bergerak ke Pekan, tempat berlangsungnya program. 


Memandangkan ini juga kali pertama saya sampai ke Pekan, mata nih melilau jugak melihat kawasan Parlimen yang disandang oleh Perdana Menteri kita sendiri. Apatah lagi Pekan nih juga merupakan bandar diraja bagi negeri Pahang. 

Maka banyak jugalah bangunan yang berkaitan dengan Diraja di sini. Tak lupa juga kawasan-kawasan industri berat yang menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada anak tempatan di sini.


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Tibanya di sekolah agama negeri, tempat berlangsungnya sesi perkongsian. Ke dalam sikit, tapi sesuai untuk suasana pembelajaran. Tetamu juga sudah mula memenuhi tempat. Sayang sikit sebab lama jugak masa terbuang untuk masalah teknikal setting komputer dan juga lcd sekolah. Tak sangka, masalah talian internet yang kurang memuaskan juga mengganggu masa perkongsian. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Sudahnya, hanya pada jam 3.30 petang barulah program boleh dimulakan. Mujur juga ada backup powerpoint. Maka sesi perkongsian berjalan dengan lancar selepas itu. Cabaran betul untuk buat perkongsian waktu petang selepas Jumaat nih. Tapi saya cuba sampaikan dengan sebaik mungkin buat warga pendidik Pekan.

Alhamdulillah semuanya tamat seperti dirancangkan. Saya rasa dalam jam 5.30 petang juga berakhirnya program di Pekan ini. Tahniah buat warga pendidikan di Pekan yang terus menunggu hingga saat akhir majlis tamat. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Bertemu dengan warga pendidik Pekan yang peramah dan sabar menjalankan tugas merupakan satu kenangan yang manis untuk saya kenang sepanjang berada pertama kali di Pekan. Semoga perkongsian ini memberikan kita ilmu bermanfaat untuk kita terus berjaya sebagai warga pendidikan di Malaysia! 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin

$
0
0
Selesai program di Pekan, saya terus dihantar oleh pegawai Pekan, En Azizi dan En Adon ke Rompin. Kali ini ke Lanjut Beach Resort bagi program bersama PPD Rompin dengan kerjasama ECER. Sebenarnya program di Pekan tersebut juga merupakan rentetan bersekali daripada perancangan program di Rompin ini. Alang-alang dah ke Pahang, terus buat tour!



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin

Disebabkan sampai pun dah malam, maka saya terus mandi dan tidur. Perlu rehat yang cukup untuk program pada hari esok. Kedudukan Lanjut Beach Resort yang jauh sket ke dalam, dan tambahan sunyi sepi saja, lagi lah rasa macam cepat nak tidur. Huhuhu

Esok paginya baru saya bertemu dengan Encik Hakimi, Pegawai Sains PPD Rompin, yang merupakan pegawai yang sentiasa berhubung dengan saya bagi program di Rompin ini. Masih muda. Kalau tak salah, tahun posting pun lebih kurang saya, iaitu sekitar tahun 2007. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan Pegawai daripada ECER

Selesai sarapan kami bergerak ke dewan seminar, dengan lebih ramai guru yang dah mula hadir dan membanjiri resort tersebut. Saya difahamkan ada guru yang datang dari sekolah yang sejauh 160km semata-mata untuk menghadiri program ini! Besarnya negeri Pahang nih weh!



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Selepas dah siap semua, guru-guru pun dah ambil tempat, maka kami mulakan sesi perkongsian. Seperti biasa sesi ceramah 2 jam saya, yang menceritakan Pembelajaran Abad 21 sepenuhnya bermula daripada keperluan untuk melakukan transformasi pendidikan, sehinggalah kepada strategi yang boleh diguna semasa pdpc dalam kelas.



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Saya tunjukkan juga contoh sebenar yang saya jalankan dalam kelas dengan pelajar saya, sejauh mana strategi tersebut boleh digunapakai dan memberi kesan kepada pembelajaran murid. Alhamdulillah feedback daripada guru-guru daerah Rompin nih sangat baik. Memang diorang datang untuk belajar dan berkongsi ilmu. INshaAllah.

Sesi kedua pula adalah sesi bengkel. Tempoh masanya dua jam juga. Kali ini peserta bergerak dalam kumpulan kecil mengikut subjek dan membincangkan idea pdp mereka bagi satu subtopik yang dipilih. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Daripada sana, idea pdp dikembangkan kepada strategi yang difikirkan sesuai dan juga tools PA21 yang mahu digunakan. Perkembangan idea bermula dari sana dan pemahaman terhadap Pembelajaran Abad 21 lebih jelas di peringkat ini. Mujur ramai para pegawai SISC+ yang membantu jadi fasilitator sepanjang bengkel berlangsung. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Barisan pegawai SISC+ yang banyak membantu perjalanan program PA21 di Rompin

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan moderator untuk program di Rompin

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan Timbalan PPD Rompin

Alhamdulillah banyak idea menarik daripada para guru yang dapat dilihat. Masing-masing clear dengan ciri apa yang perlu mereka masukkan dalam aktiviti pdpc. Malah saya juga menyarankan perbincangan idea ini dipanjangkan lagi kepada bentuk rancangan pengajaran yang lebih teratur dan dijalankan dalam kelas, sebagai satu strategi PLC, iaitu Lesson Study. 2 dalam 1 bro!


Saya tak sempat nak tunggu sehingga berakhirnya majlis. Ini kerana saya terpaksa bergerak ke KLIA untuk kejar flight balik ke Alor Setar pada jam 7 petang. Maka selesai saja bergambar bersama tetamu VIP pada hari itu, saya ditemani oleh Encik Hakimi dan sahabatnya terus bergerak ke KLIA menaiki kereta. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup hantar saya jauh-jauh ke KLIA. Perjalanan 3 jam kot meredah Rompin, Kuala Pilah dan Nilai. 

Pengalaman perkongsian di Rompin ini banyak membuka mata saya mengenai Pahang dan guru-gurunya. Baru saya betul-betul sedar yang negeri Pahang nih memang ler sangat besar oi.. huhuhu.. Pastu guru-guru Rompin nih memang terbaik. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Saya puji daripada segi sikap mereka, dan juga kesungguhan mereka dalam nak belajar dan tambah ilmu. Pendek kata, rajin dan tak banyak songeh. Suka saya dengan sikap pendidik yang camnih. Keep it up. Tahniah tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik di Rompin. 

Semoga perkongsian ilmu ini mampu memberi manfaat kepada warga pendidik di sini, dan juga buat saya sendiri. InshaAllah!



Video dan Lirik Lagu Aku Negaraku

$
0
0
Aku Negaraku. Lagu ini merupakan lagu patriotik terbaharu bagi negara kita Malaysia sebagaimana yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Bagi sambutan Hari Guru 2017 juga lagu ini kerapkali dimainkan bagi meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lirik Lagu Aku Negaraku dan Minus One
Lirik Lagu Aku Negaraku

 
Lirik Lagu Aku Negaraku
 
Ku sedar Tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi
 
[chorus]
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya negaraku maju
Negaraku Tanah tumpah darahku
 
Aku negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
 
Negaraku Tanah tumpah darahku
Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNya kita berserah

Ulang [chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [chorus]

Aku negaraku

Lagu ciptaan : Audi Mok
Lirik : Shazree Ishak
Nyanyian : Aizat Amdan dan Suki
 

 

Peer Coaching bersama PPD Sabak Bernam, Selangor

$
0
0
Pada 16 April yang lalu, saya telah menerima satu kunjungan daripada PPD Sabak Bernam seramai lebih kurang 22 orang. Rombongan ini terdiri daripada tuan PPD sendiri, pegawai unit kurikulum dan juga pegawai SIPartner+ dan juga SISC+. Tidak lain dan tidak bukan, adalah bagi melihat bagaimana saya melaksanakan Pembelajaran Abad 21 dalam bilik darjah.

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Sebenarnya keadaan agak sibuk pada minggu tersebut. Apatah lagi saya juga baru selesai menghadiri program perkongsian ilmu dan pengalaman bersama warga pendidik di Pekan dan Rompin pada minggu sebelumnya. Walaubagaimanapun, adat tetamu mahu bertandang, maka segala persiapan terbaik cuba pihak sekolah sediakan. Tetamu dari jauh, apatah lagi kan.


Mujur juga perkongsian pada kali ini, Ustaz Asrulnizam terbabit sebagai juga salah seorang guru yang dilihat perkongsiannya. Maka saya dan Ustaz Asrulnizam mengambil kesempatan untuk berbincang sedikit sebanyak bagi membolehkan pihak rombongan melihat pelaksanaan PA21, dari kandungan yang berbeza, dengan penggunaan strategi dan tools yang berbeza.

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Pihak pengurusan sekolah, yang diketuai oleh Haji Abdul Razak mengetuai pihak sekolah bagi menyambut ketibaan tetamu. Sedikit perkongsian ilmu mengenai sekolah dan hala tuju sekolah juga dijalankan bagi memberikan sedikit gambaran awal kepada latarbelakang murid dan sekolah yang kami ada.

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Seterusnya rombongan bergerak ke makmal Sains, bagi melihat pelaksanaan PA21 dalam pdp saya. Memang penuh bahagian belakang makmal. Mujur juga pelajar saya sudah dibiasakan dengan situasi begini, maka tidak lah mereka berasa kekok untuk belajar dan menjadi seperti biasa.


Aktiviti PdPc
Tajuk yang saya pilih bagi sesi peer coaching ini adalah "Enjin Diesel Empat Lejang dan Enjin Petrol Empat Lejang". Secara ringkas aktivitinya adalah, pelajar ditunjukkan video perubahan kereta daripada dulu dan sekarang.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Kemudian mereka berada dalam kumpulan secara berpasangan. Pelajar A akan mempelajari mengenai Enjin Diesel Empat Lejang di Stesyen A, manakala Pelajar B akan mempelajari mengenai Enjin Petrol Empat Lejang di Stesyen B.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Seterusnya, mereka akan kembali kepada kumpulan berpasangan tadi, dan berkongsi cerita mereka. Selesai bertukar cerita, mereka akan mengenalpasti apa persamaan dan perbezaan antara kedua enjin tersebut dengan menggunakan handout yang diedarkan.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Saya memilih beberapa pelajar secara sukarela untuk membentangkan, apa persamaan dan perbezaan antara kedua enjin tersebut. Akhir sekali, pelajar merumuskan pembelajaran mereka dengan dibimbing oleh guru.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Sesi berjalan dengan baik, pada pandangan saya. Murid kelihatan aktif belajar sepanjang sesi dan juga dapat memahami peranan mereka semasa aktiviti. Disebabkan pembelajaran juga bersifat pasangan, maka semua pelajar terlibat secara langsung dengan aktiviti tersebut.


Selesai di makmal, kemudian semua kami bergerak ke bilik mesyuarat bagi sesi perbincangan. Saya juga sempat membentangkan sekali lagi Kajian Impak Keberkesanan Pelaksanaan PA21 Dalam Bilik Darjah, sama seperti yang saya bentangkan di Kuantan pada penghujung Februari yang lalu.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Beberapa maklumbalas juga saya terima daripada pihak rombongan. Alhamdulillah, saya terima semuanya dengan terbuka sebagai proses menambahbaik kualiti pdpc saya dari masa ke semasa.

Tak lain tak bukan, saya cuma berharap, rombongan yang datang dari jauh ini, mendapat perkongsian yang setimpal atas usaha mereka untuk datang ke Jerlun ini. Walaubagaimanapun saya gembira kerana rata-rata ahli rombongan berpuas hati dengan pdp yang ditunjukkan.


Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih buat PPD Sabak Bernam, terutamanya Tuan PPD sendiri dan ahli pasukan yang lain kerana mempercayai usaha dan kemahiran saya dalam melaksanakan PdPc Abad 21, sehingga sanggup datang jauh ke Jerlun, bagi proses perkongsian ilmu.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu dan menjadi lebih baik daripada hari yang sebelumnya. Terima kasih!




Viewing all 1602 articles
Browse latest View live