Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

15 Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan

$
0
0
Kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah, haruslah diserikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik dan berunsurkan patriotik. Semangat kecintaan terhadap negara secara tak langsung dapat diserapkan kepada anak pelajar melalui program-program seumpama ini. Jom kita tinjau apa idea aktiviti menarik yang boleh dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan.

15 Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan



1. Kayuhan Merdeka
Bagi sekolah yang mempunyai ramai bilangan pelajar yang datang ke sekolah dengan menaiki basikal, maka aktiviti ini memang terbaik jika dijalankan. Tak perlu sehingga ke jalanraya utama untuk berkayuh jika bimbangkan keselamatan pelajar. Cukuplah sekadar kayuhan dalam kawasan sekolah dengan membaca bendera Malaysia. Jangan lupa, satu juga basikal untuk Pengetua atau Guru Besar!

kayuhan merdeka


2. Larian Merdeka
Program seumpama ini sebenarnya boleh dijalankan dalam skala yang besar. Iaitu pihak sekolah boleh melibatkan semua warga sekolah bagi tujuan Larian Sempena Kemerdekaan. Senang kan? Cuma tetapkan hari, kumpulkan warga sekolah dan sila lah berlari. Ini juga antara aktiviti yang senang dikawal.

larian merdeka


3. Konvoi Merdeka
Bagi sekolah dengan bilangan pelajar ke sekolah dengan menaiki motosikal yang ramai, maka mungkin anda boleh cuba aktiviti ini. Iaitu Konvoi Merdeka. Kumpulkan bilangan motosikal atau kereta yang mencukupi, hiaskan dengan bendera Malaysia, dan kemudiannya mulakan konvoi anda. Boleh berkonvoi jauh ke kawasan menarik di sekitar tempat anda atau cukup berkonvoi dari luar pagar sekolah ke dalam  kawasan sekolah sebagai simbolik upacara penyerahan bendera kepada Pengetua.

konvoi merdeka


4. Tayangan Filem Merdeka
Kadang-kadang atas sebab beberapa faktor, pelajar sekarang jarang diberi peluang menonton cerita keperwiraan yang menjadi idola kita pada suatu hari dulu. Watak-watak dalam filem "Sarjan Hasan", "Leftenan Adnan" dan "Hati Malaya" sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada para pelajar dalam menghayati erti perjuangan yang sebenar. Secara tak langsung juga, dapat mereka belajar pasal sejarah dahulu kala.

tayangan filem merdeka


5. Ceramah Tokoh
Bagi sekolah yang berada di tempat bersejarah atau pun mengenali tokoh-tokoh yang pernah terlibat mengusir penjajah dari bumi Malaysia ini, maka anda boleh jemput mereka untuk berkongsikan pengalaman dan kisah menarik mereka. Mendengar daripada orang yang mengalaminya sendiri, tentu memberi lebih banyak kesan kepada mereka yang mendengar. Bukan senang nak dapat tengok 'bukti hidup'. Jika mereka dah tiada, waris mereka juga merupakan calon yang sesuai untuk difikirkan.

ceramah tokoh kemerdekaan


6. Gantung Kain Rentang
Ini aktiviti normal bagi hampir kesemua sekolah yang mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Kain rentang dengan warna dan juga kata-kata patriotik dihias indah di seluruh kawasan sekolah. Tak dilupakan juga bendera Malaysia dan negeri masing-masing yang menjadi kebanggaan. Cadangan saya, jika mahu berjimat, maka tuliskan saja "Selamat Hari Kebangsaan" tanpa perlu menulis tahun atau sambutan kali ke berapa. Nanti tahun depan boleh guna lagi!

Gantung kain rentang merdeka


7. Hias Kelas
Bagi nak menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah, maka jangan lupa juga hiaskan kelas anda dengan hiasan yang bertemakan Kemerdekaan. Bendera Malaysia dan bendera negeri merupakan antara hiasan wajib ada dalam kelas. Tak lupa juga poster dengan wajah-wajah tokoh yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Kata-kata patriotik daripada tokoh-tokoh ini juga boleh dijadikan poster hiasan dinding yang menarik.

hias kelas kemerdekaan


8. Nyanyian
Bab nyanyi-nyanyi nih orang Malaysia memang johan lah. Dari yang kecik, sampai lah yang ke tua, semua pandai menyanyi. Maka untuk itu buatlah persembahan nyanyian di dataran sekolah. Mungkin seminggu sekali dalam bulan Kemerdekaan, atau pun setiap hari dalam minggu sambutan. Setiap kelas yang mempersembahkan nyanyian mereka perlulah mengenakan pakaian tradisional bagi menambah seri.

nyanyian merdeka


9. Main Muzik Tradisional
Bakat hebat macam nih memang jarang nak jumpa. Tapi kalau kat sekolah cikgu ada pelajar-pelajar yang pandai main alat muzik tradisional macam Er-Hu, Betaboh, Tabla, Gendang Cina, Seruling, Gamelan, Angklung, Sumputon dan lain-lain, maka sila lah gunakan bakat mereka dengan seadanya. Sekurang-kurangnya ini juga peluang mereka untuk mengasah bakat. Dalam masa yang sama tentu muncul peminat dan penggemar baru bagi alat muzik tersebut.

Alat muzik sempena merdeka


10. Bendera Botol
Ini antara aktiviti yang saya rasa banyak sekolah dah buat sejak dari zaman berzaman. Namun keseronokannya masih boleh dirasakan apatah jika dibuat beramai-ramai. Boleh arahkan pelajar mengumpulkan botol mineral bersaiz kecil. Warnakan mengikut bendera jika rajin. Kemudian susun di pagar sekolah mengikut bendera Malaysia, atau mengikut kata-kata sempena Merdeka.

Bendera Malaysia daripada botol


11. Bina Model Bangunan Bersejarah
Jika nak tambahkan lagi rasa kemeriahan sambutan Merdeka di sekolah, boleh juga binakan model sementara bangunan bersejarah yang ada di Malaysia. Bayangkan jika Kota A Famosa versi mini dan model dibina di kawasan strategik sekolah anda, bersebelahan dengan bangunan bersejarah lain yang ada di Malaysia, tentu sesuai sekali dijadikan lokasi fotografi terbaik di sekolah!

bina model bangunan bersejarah


12. Lakonan Semula Adegan Sejarah
Sekolah dengan pasukan teater atau drama yang aktif boleh mengadakan lakonan semula adegan sejarah perjuangan Kemerdekaan bagi membolehkan pelajar mengikuti kisah mereka dengan lebih dekat. Kalau nak lebih menarik, boleh terus adakan di kawasan terbuka seperti kantin, dewan sekolah atau dataran perhimpunan, tanpa perlu ada perancangan yang rapi. Spontan!

Lakon semula adegan sejarah


13. Berpakaian Tradisional
Bagi nak memeriahkan perhimpunan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah, apa kata pihak sekolah benarkan para pelajar berpakaian tradisional untuk satu hari. Tentu menarik jika kita melihat satu sekolah dengan pakaian tradisional masing-masing. Bekalkan juga bendera Malaysia, bagi mewujudkan lagi suasana seperti yang dikehendaki. Sebelum tamat persekolahan, umumkan juga Raja dan Ratu Sehari ala-ala Prom King, Prom Queen. Tentu melaram sakan para pelajar!

Berpakaian tradisional


14. Pertunjukan Fesyen
Sekali sekala buat kelainan sambutan Merdeka dengan Pertunjukan Fesyen. Boleh anjurkan pertandingan mereka fesyen dalam kalangan para pelajar, atau pun sekadar pertunjukan fesyen-fesyen yang sesuai dengan tema kemerdekaan. Jika sekiranya sekolah anda mempunyai koleksi-koleksi pakaian tradisional dari pelbagai bangsa di Malaysia, elok juga gunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan kepada anak murid mengenai pakaian tradisional tersebut.

Pertunjukan fesyen merdeka


15. Pameran
Akhir sekali, pameran yang berkaitan dengan Kemerdekaan boleh juga dianjurkan di sekolah. Pilih satu ruang atau kawasan yang sesuai, dan pamerkan barang-barang, atau artikel, atau gambar yang berkaitan dengan sejarah kemerdekaan. Tak lupa juga nak bagi lebih menarik, hias cantik-cantik kawasan tersebut dengan hiasan yang berciri Hari Kemerdekaan.

Pameran merdeka


Semoga 15 aktiviti ini dapat memberi idea kepada rakan guru dalam memikirkan aktiviti sesuai yang menarik untuk diadakan di sekolah sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Paling penting harus diingat adalah impak aktiviti tersebut kepada pelajar dalam mendidik pelajar untuk menghayati erti nilai kemerdekaan sebenar. Jom kongsikan idea sambutan daripada sekolah anda pulak!



Misi Bintang Mencari Bintang

$
0
0
Hari nih saya bawak 2 orang pelajar saya ke bandar Sibu untuk main games! hu3.. Memang serious!

Sebenarnya dua-dua orang pelajar ini adalah pelajar bimbingan saya bagi Program Bintang Mencari Bintang anjuran Majlis Guru Cemerlang sekolah saya.

Dalam program tersebut, Seorang GC dikehendaki untuk membimbing 1 atau 2 orang pelajar cemerlang dengan tujuan menghasilkan 10 orang pelajar terbaik dengan bilangan A paling banyak untuk SPM tahun nih.


Misi Bintang Mencari Bintang : Cari buku di Popular


Untuk program macam ala-ala mentor-mentee nih, saya pilih Reemy dan Jasmine. Kedua-dua mereka pelajar pandai. Jasmine pelajar straight masa PMR, dan Reemy 7A 1B. Pandai kan?. Rugi kalau kita sebagai guru tak gunakan peluang untuk mendorong mereka memberikan yang terbaik untuk SPM mereka nanti.

Sepatutnya perjumpaan adalah mengikut kesesuaian masa guru dan pelajar. Disebabkan kesuntukan masa di sekolah, maka kami buat keputusan untuk meluangkan masa cuti Sabtu di luar bersama. Masa guru bersama pelajar. Sambil-sambil tu boleh juga ambil tahu masalah dan hal mereka di rumah.

Tujuan sebenarnya nak bawa mereka mencari beberapa buah buku rujukan / latihan untuk kegunaan mereka belajar. SPM dah dekat. Buku-buku tu satu keperluan juga untuk bantu mereka. Lagipun minggu depan dah nak start Percubaan 1.


Misi Bintang Mencari Bintang : Cikgu Hailmi bersama Reemy dan Jasmine


Maka dalam kereta sempat jugalah saya mengorek rahsia mereka di rumah dan bagaimana mereka belajar di rumah. Terkejut! Kedua-duanya tak belajar di rumah. Hanya belajar ketika di sekolah dan sementara menunggu bas pulang ke rumah.

Waktu di rumah dihabiskan dengan membuat kerja rumah. Sebab kerja rumah terlalu banyak (*semua guru pun terkejar-kejar nak bagi kerja rumah terbanyak!) maka sampai tak ada masa untuk ulangkaji dan belajar topik yang masih belum dikuasai.

Kedua-dua mereka juga datang daripada keluarga yang bukan berada. Yang juga bukan sederhana. Dengan pendapatan keluarga hanya lebih kurang RM600 sebulan, rasa anda, dapatkah digunakan untuk menyara 6 ahli keluarga dengan baik? Maka, beruntunglah kita..

Tapi itu bukan penghalang untuk dua orang pelajar ini mendapat keputusan cemerlang. Jasmine adalah pelajar yang dijangkakan akan mendapat 10A untuk SPM ini, manakala Reemy merupakan pelajar Islam yang terbaik di sekolah saya dengan sasaran sekurang-kurangnya 6A. Hebat kan mereka?

Selesai membeli buku rujukan di Popular, saya bawa mereka makan. Sempat juga saya tanyakan beberapa hal lain. Baru tahu, mereka tak pernah jejakkan kaki pun ke sebuah shopping complex yang ada di Sibu. Maka saya bawa mereka ke sana juga. Biar mereka ada pengalaman yang sama seperti pelajar lain.

Melintas dalam shopping complex tersebut, saya bawa mereka ke tempat permainan games. Tempat kesukaan pelajar sekolah, budak remaja. Dan saya yakin, memang inilah juga kali pertama mereka masuk ke tempat sebegini! Dan memang betul lah andaian saya.


Misi Bintang Mencari Bintang : Main games lumba kereta


Minggu depan mereka dah nak trial SPM. Maka saya sangat berharap keputusan mereka kali ini lebih baik daripada peperiksaan sebelumnya. Sekurang-kurangnya dapat juga diuji dan dianalisis mana yang kurang, mana yang lebih sebelum tibanya SPM, Oktober nanti.

Untuk anda yang berada pada kedudukan yang jauh lebih beruntung daripada mereka, maka bersyukurlah. Bersyukur dan gunakan peluang anda itu dengan sebaik mungkin!



p/s: Jom kita sama-sama doakan kejayaan mereka! 



6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang

$
0
0
Menjadi guru yang mengajar kelas hadapan adalah merupakan antara impian kebanyakan guru. Tak semua, tapi kebanyakkan. Banyak alasan dan sebabnya. Antara sebab yang paling glamer adalah, tak perlu nak bersusah payah mengajar. Budak dah pandai. Pendek kata, kalau cikgu tak masuk kelas mengajar pun, budak-budak masih boleh dapat A. 


6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang


Itu sebahagian ler. Tapi ada juga kelompok guru-guru yang mendambakan peluang mengajar kelas belakang. Nak ambil peluang cungkil bakat, nak test power mengajar dan macam-macam alasan lain. Kalau tak mendambakan pun sekurang-kurangnya, 'dipaksakan' untuk mengajar kelas belakang atas macam-macam alasan juga. Ada antara nya kerana tidak bekenan oleh pentadbir sekolah, dan segala macam lagi masalah politik yang berlaku di sekolah. Sila faham kan.

Walaubagaimanapun, saya secara peribadi melihat perkara ini dari sudut sepositif mungkin. Saya juga merupakan guru yang sentiasa mengajar kelas terakhir sejak dari saya mula mengajar sehinggalah kini. Malah semasa diobserve untuk lantikan Guru Cemerlang juga berlangsung di kelas yang paling akhir di sekolah saya. Sangat ler saya terhutang budi dengan mereka.

So, jom kita tengok apa lagi kelebihan mengajar pelajar kelas belakang nih.


1. Terpaksa Sekreatif Mungkin
Pada saya, banyak kemahiran mengajar saya datang daripada kelas sebegini. Oleh sebab batasan yang ada pada mereka dari segi menerima ilmu, banyak membantu saya membuat 'ekperimen' dalam mencari kaedah paling sesuai dan paling mudah untuk mereka. 

Secara tak langsung saya terpaksa menjadi sekreatif mungkin dalam memikirkan strategi terbaik untuk mengajar dan memahamkan mereka. Maka dari sana, timbullah idea-idea bernas dan teknik yang lebih berkesan kepada mereka dan semestinya digunapakai untuk pelajar kelas depan juga.


2. Fokus Sampaikan Ilmu
Bagi guru yang mengajar kelas belakang, tumpuan dah tentulah diberi lebih kepada proses penyampaian ilmu. Maksudnya, guru akan memastikan seboleh mungkin para pelajar menerima ilmu sebanyak yang dapat diserap oleh mereka. Dalam keadaan tertentu, sasaran perlu diletakkan sesuai dengan tahap pencapaian mereka di samping strategi yang betul, serta bermakna. Pendekatan yang biasa saya ambil adalah, "lebih baik sedikit, tetapi melekat dalam otak". Berbanding banyak, tetapi sikit pun tak ada yang melekat dan ingat.


3. Kurang Tumpuan Dari Pentadbir
Disebabkan mereka juga adalah pelajar daripada kelas hujung, maka kebiasaannya pihak pentadbir akan selalu terlepas pandang. Pihak pentadbir suka dengan pelajar kelas depan, dan lebih mengenali mereka yang dijangkakan mampu mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang cemerlang. 


6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang


Maka pelajar kelas belakang ini dipandang sepi. Macam kenal tak kenal, dan wujud tak wujud. Maka di sinilah kelebihan mereka dan kita sebagai guru yang mengajar. Disebabkan kurang tumpuan daripada pentadbir, maka kuranglah sikit tekanan kepada kita untuk mengajar dengan sebaik mungkin. Maka ilmu boleh disampaikan dengan lebih relaks, santai, tak tertekan dan paling penting, lebih menyerap!


4. Kejayaan Lebih Dihargai
Bagi guru yang mengajar di kelas belakang, kejayaan seseorang pelajar di sana, bukan lah bergantung sepenuhnya kepada bilangan A. Tetapi keputusan yang melebihi kemampuan mereka! Pelajar kelas belakang selalunya mereka-mereka yang sentiasa gagal dalam peperiksaan. Maka, jika mereka sudah berjaya mendapat hatta D sekali pun, maka itu sudah cukup baik buat mereka. 

Maksudnya, jika keputusan yang mereka perolehi itu menjangkaui kemampuan mereka seperti yang dijangkakan guru, maka itu sudah cukup berjaya bagi mereka. Tidaklah kita menafikan kemampuan mereka untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang, seperti A, B dan C. Tetapi, keputusan D itu juga sudah cukup cemerlang bagi mereka yang sebelum ini hanya mendapat markah tak lebih daripada 10!


5. Kejutan Daripada Mereka
Pelajar-pelajar seperti ini biasanya akan memberi banyak kejutan kepada guru. Kejutan yang saya maksudkan bukanlah kejutan hadiah atau pun apa-apa yang lain berbentuk material. Tetapi kejutan dalam bentuk perubahan sikap mereka, dan juga keputusan mereka.

Guru mana yang tak bangga jika pelajar yang sebelum ini hanya mendapat markah tak lebih 10 markah, tetapi kini sudah boleh mencapai markah 40 dan ke atas?. Bukan kah itu satu kejutan yang cukup istimewa daripada pelajar kelas belakang buat kita yang bergelar guru?. Tepuk dada, tanya jiwa. 


6. Lebih Pandai Hargai Guru
Sama ada anda mahu percaya atau tidak, pelajar kelas belakang ini jauh lebih menghargai guru berbanding pelajar kelas hadapan. Merekalah yang akan lebih banyak menegur guru-guru jika bertemu di pasar malam, tepi jalan dan lain-lain tempat. Dari kejauhan dah memanggil-manggil nama guru sekalipun pada masa sekolah, mereka lah yang sentiasa dipukul, didenda dan dihukum. 

Pelajar kelas depan? Ada sesetengahnya, tak sampai setahun pun tinggalkan sekolah, jumpa cikgu pun dah buat-buat tak kenal! Baru masuk matrik. Belum pun habis masuk universiti! Sesetengah ler..


Walau apa pun kelas yang kita dapat, tanggungjawab sebagai guru patut dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Mereka juga pelajar yang berhak mendapatkan pelajaran yang sama seperti pelajar kelas lain, serta berhak mendapat layanan yang sama daripada semua guru. Jika positif yang anda tengok, maka positiflah hasilnya. Begitu juga sebaliknya.

Kepada guru kelas belakang, tahniah!



Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014

$
0
0
Akhirnya semalam berakhirlah tempoh Pertandingan Mencipta Video Liga Remaja Kreatif 2014 yang dah berlangsung hampir 3 bulan. Dah jadi macam acara wajib pulak untuk pelajar sekolah saya menyertai, memandangkan kami dah join pertandingan nih sejak daripada kali pertama Liga Remaja Kreatif diperkenalkan pada tahun 2010, sehingga lah sekarang. 


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014 Jalur Lebar Untuk Pendidikan


Tahun lepas punya penyertaan alhamdulillah telah memberi kenangan manis buat sekolah saya. Satu pasukan yang diketuai oleh saudara Pressly Palong, dan dianggotai oleh Ohkie, Alex Wang dan Jasmine telah berjaya merangkul Johan Kebangsaan! Bukan sedikit usaha yang dipertaruhkan. Pada tahun lepas saja, 6 kumpulan telah menyertai Liga Remaja Kreatif 2013 dengan tema Klik Dengan Bijak, namun hanya 2 pasukan yang berjaya ke peringkat negeri Sarawak.

Atas sebab pencapaian yang membanggakan pada tahun lepas, maka peluang pada tahun nih cuba digunakan dengan sebaik mungkin. Malah sekolah dengan strategiknya menghantar pasukan baru ke Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 dengan tujuan mewujudkan kumpulan pelapis baru pencipta video di sekolah saya.

Balik saja mereka daripada sana, ilmu yang dipelajari sepanjang di KL, disebarkan kepada rakan-rakan mereka di sekolah. Malah untuk penyertaan bagi mewakili sekolah juga saya tetapkan tarikh penghantaran skrip. Tujuannya untuk memastikan cerita yang akan dihantar pada tahun ini, bagus dari segi skrip, tidak cliche, mempunyai ciri-ciri lokal dan mempunyai kualiti tinggi untuk dipertandingkan.


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Ditambah lagi tema "Jalur Lebar Untuk Pendidikan" dengan skop yang sangat luas dan tricky, maka mengelak daripada cliche, adalah sangat penting. Takkan balik-balik nak cerita pasal, A tak pandai, pastu diperkenalkan dengan broadband, pastu jadi pandai.. tersangatlah biasa.. hu3..

Saya ambil pendekatan taknak membuang masa membimbing pelajar menghasilkan video yang banyak. Sebaliknya masa tadi digunakan sebaik mungkin membimbing pelajar menghasilkan video yang berkualiti tinggi. Lupakan aspek kuantiti, tumpukan pada aspek kualiti!

Maka hasilnya, hanya ada 2 kumpulan sahaja dengan cerita dan konsep yang berbeza lepas daripada tapisan saya. Tapisan ala-ala FINAS. He3..

Kumpulan pertama adalah kumpulan pelajar tingkatan 4 yang diketuai oleh Arzona, dan dianggotai oleh Sophia Jelina, Mengelina dan juga Mat Beji. Video yang mereka hasilkan ini adalah berkonsepkan program majalah dalam TV seperti Majalah 3, Nona, Meletop dan lain-lain lagi. Cuma bezanya, program TV yang sesuai kepada remaja. 


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Penggambaran mereka mengambil masa hampir 3 hari, termasuk hari Sabtu. Jurukamera tambahan, Roderick Renggie diperlukan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Akhirnya, hasil yang boleh dikatakan agak memberangsangkan jugak lah. Paling penting, tidak cliche. Itu yang saya selalu pesan dengan mereka.


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Manakala kumpulan kedua adalah kumpulan yang diketuai oleh Charry Fressly, Esther Maxcuell, Lilian Tan dan juga Roderick Renggie. Mereka juga adalah kumpulan yang sama yang mengikuti Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014. Maka dah tentu lah saya mengharapkan cerita mereka tidak seperti cerita rakan-rakan mereka yang lain. 

Idea mereka agak bagus. Tetapi kami kemudiannya mengambil masa hampir satu minggu untuk memurnikan lagi skrip tersebut. Disebabkan pelajar-pelajar ini sudah mendapat pendedahan sejak daripada tahun lepas lagi, maka lebih mudah untuk mereka bekerjasama dan memahami apa yang patut mereka lakukan. 

Untuk kumpulan ini, mereka mengambil masa 4 hari untuk proses penggambaran. Penggambaran dilakukan sekitar kawasan-kawasan yang  berdekatan, seperti Selangau, Nanga Sekuau dan juga Sekuau sendiri.


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Selesai shooting, masa paling lama diambil adalah untuk sesi suntingan atau editing. Dah siap edit, produce dan kemudian tengok ramai-ramai. Tujuan dia nak pastikan part mana yang terkantoi ke, kurang umph ke, perlu dibuang, perlu dimasukkan dan paling nervous kalau ada part yang kena shooting balik!

Maka selesai semuanya, 4 hari sebelum tarikh tutup, saya dah arahkan para pelajar upload ke laman web rasmi Liga Remaja Kreatif 2014. Ini bagi mengelakkan traffik sesak menjelang tarikh tutup. Kang tak pasal-pasal tak dapat nak upload pulak. Maka langkah ini adalah langkah patut yang sangat selamat.

Selesai mengupload, kami dari masa ke semasa, sempat juga meninjau video-video penyertaan dari sekolah lain yang dah banyak ada di Youtube. Memang banyak yang gempak-gempak dengan mutu sinematografi yang cukup berkualiti tinggi. Banyak yang dah menitikberatkan soal penghasilan video yang berkualiti dan teratur. Bagus! Serius dah rasa nervous.. hu3


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Cuma saya perasan, banyak sangat video yang cliche dengan jalan cerita yang hampir sama. Sayang, teknikal dah menarik, hebat. Tapi cerita pulak tak begitu kukuh. Banyak juga yang gunakan konsep yang lebih kurang video Johan tahun lepas. Pada saya ok, cuma tak ada kelainan lah kalau ditiru sebegitu. 

Video animasi pulak, tersangatlah kurang. Ada banyak, tapi hampir kesemuanya menggunakan Powtoon sebagai bahan penghasil video. Maka animasinya nampak semua lebih kurang saja dengan kartun dan gambar yang lebih kurang sama. Belum ada lagi video animasi yang hebat seperti tahun lepas, setakat dalam perhatian saya.


powtoon


Apa-apa pun, saya yakin anda semua telah melakukan yang terbaik untuk menghasilkan video penyertaan kali ini. Saya yakin tak sedikit usaha dan persiapan yang telah dilakukan oleh semua pelajar dan guru yang terlibat dalam penghasilan video ini. Maka tepuk tangan lah untuk diri sendiri atas usaha anda.

Saya percaya, setiap usaha gigih daripada kita, inshaAllah akan membuahkan hasil! Teruskan berdoa yang terbaik untuk video anda, dan ada rezeki, kita jumpa ramai-ramai bulan September nanti!



Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2014 untuk Lepasan SPM

$
0
0
Calon-calon lepasan SPM yang layak dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2014.

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara. Nombor Unik ID yang telah digunakan bagi permohonan kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sesi akademik 2014/2015 masih boleh diguna pakai untuk permohonan ini.




Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) yang akan dibuka pada 16 Ogos 2014 sehingga 29 September 2014


Maklumat program yang ditawarkan dan syarat kemasukan :

Politeknik Premier Klik disini
Politeknik Konvensional/METrO Klik disini





Terima kasih kerana memilih Politeknik sebagai institusi pengajian tinggi pilihan anda!


# Boleh baca artikel ini untuk mengetahui perbezaan Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.



Beza Antara Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

$
0
0
Ramai juga yang tak tahu bahawa sekarang nih dah ada banyak jenis Politeknik kat Malaysia. Ada Politeknik Premier, ada Politeknik Konvensional dan juga Politeknik METrO. Nama tak sama, tapi fungsi masih sama seperti dulu, iaitu bertujuan melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan tinggi, iaitu ke IPTA atau pun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej komuniti.

Jom kita tengok apa sebenarnya beza antara Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.


Beza Politeknik Premier, Konvensional dan METrO



Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Pengambilan pelajar hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier juga menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana.Permohonan adalah melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa.

1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)



Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan adalah pelajar lepasan SPM, yang menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan juga Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online.

1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4. Politeknik Kuching, Sarawak
5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8. Politeknik Kota, Melaka
9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu
10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu
11. Politeknik Merlimau, Melaka
12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17. Politeknik Mukah, Sarawak
18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
19. Politeknik Jeli, Kelantan
20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21. Politeknik Banting, Selangor
22. Politeknik Mersing, Johor
23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24. Politeknik Sandakan, Sabah



Politeknik METrO
Politeknik ini adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Sasaran pelajar adalah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.

1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
4. Politeknik METrO Betong (PMB)
5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)


Semoga info mengenai perbezaan antara jenis-jenis politeknik ini boleh membantu para pelajar dan juga pencari maklumat dalam mendapatkan info yang lebih jelas. Arah tuju dan haluan pendidikan juga dapat ditetapkan dengan lebih baik. Semoga berjaya!



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang

$
0
0
Kerap juga saya mendapat soalan sebegini apabila ditanya mengenai apa kelebihan menjadi Guru Cemerlang. Ramai juga yang nak tahu apa sebenarnya yang kita dapat jika kita menjadi seorang Guru Cemerlang. Saya kongsikan sedikit beberapa kelebihan bergelar Guru Cemerlang, berdasarkan kepada pengetahuan saya dan pendapat rakan guru yang lain.


7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


1. Kenaikan Pangkat Lebih Cepat
Laluan kecemerlangan ini merupakan laluan fast-track yang paling laju jika anda berhajat untuk naik pangkat dengan paling cepat. Untuk DG41, kebiasaannya kita perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara time-based ke DG44. Itupun mesti melalui TBBK, Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang perlu melalui proses yang lebih kurang sama dengan memohon Guru Cemerlang, iaitu perlukan dokumentasi apa yang kita buat 3 tahun kebelakang. Itupun kenaikan bukan secara automatik. Maka adalah juga kes yang gagal TBBK. Jadi, jangan seronok sangat.



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Boleh juga tengok jadual perbandingan di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai tempoh tahun perkhidmatan. Dalam kes saya, saya dilantik DG44, 2 tahun lebih awal berbanding rakan-rakan yang memilih laluan timebased walaupun kami sama-sama posting pada tahun 2007. Malah ketika mereka sedang mengumpul bahan untuk memohon TBBK bagi gred DG44, saya pula sudah layak untuk memohon Guru Cemerlang bagi gred DG48!


2. Gaji Besar
Ini juga antara motivasi utama bagi sesetengah orang yang memohon Guru Cemerlang. Dengan gred yang lebih besar, sudah tentu kita akan mempunyai gaji yang lebih besar, secara logiknya. Dengan kenaikan 2 tahun lebih awal bagi gred DG44, ataupun 5/6 tahun bagi gred DG48, maka sudah tentu ini merupakan galakan terbaik bagi guru yang berhajat nak menambah pendapatan sebagai guru dengan cara yang lebih cepat.



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Kenaikan tahunan juga akan berubah. Semasa di gred DG41, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM225. Bagi gred DG44 pula, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM250. Dan bagi gred DG48 pula, kenaikan tahunan adalah RM275. Ini bermakna, beza gaji hampir RM1000 bagi tahun ke-8 untuk 2 orang yang posting pada tahun yang sama, tetapi dengan laluan timebased dan laluan kecemerlangan. Tepuk dada, tanya selera.


3. Gelaran Guru Cemerlang
Ada juga yang memohon laluan kecemerlangan ini untuk gelaran Guru Cemerlang tersebut. Mungkin pada beliau, ini merupakan satu cara yang boleh menunjukkan status beliau pada guru-guru lain. Kalau tidak masakan, ada sesetengah Guru Cemerlang yang dengan bangganya sekali asyik mengaku Guru Cemerlang, setiap kali berjumpa dengan guru-guru lain di mesyuarat, bengkel atau apa-apa lain. Untuk tujuan apa tak pasti. Tapi saya mohon berlindung dengan Allah, semoga dijauhkan dengan perasaan ujub dan syok sendiri ini. Amin!


7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Betulkan niat, inshaAllah pasti apa yang anda dapat itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan rakan guru yang lain. Anda jangan risau, spesies yang sebegini tak banyak. Tapi kalau anda berpeluang berjumpa, maka ambil masa dan Selamat Berkenalan.. ;)


4. Tidak Terlibat Pentadbiran
Ada juga mereka yang memohon Guru Cemerlang kerana tidak mahu terlibat dengan bidang pentadbiran. Maknanya guru ini hanya mahu memfokuskan kepada kerja mengajar sahaja. Kerja pentadbiran yang saya maksudkan di sini adalah kerja pentadbiran hierarki tinggi seperti Ketua Bidang, dan Guru Penolong Kanan. Ini kerana, bagi mereka yang dilantik sebagai Guru Cemerlang, mereka perlu melepaskan jawatan tersebut jika permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang berjaya. 



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Bermaksud juga mereka yang sudah dilantik sebagai Guru Cemerlang, tidak boleh dilantik sebagai Ketua Bidang atau Penolong Kanan di sekolah. Manakala bagi Ketua Bidang dan Penolong Kanan yang berjaya dalam permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang, perlulah meletakkan jawatan mereka.

Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Sebab saya tak berminat dalam bidang pentadbiran, dan rasanya kurang berkemahiran. Maka lebih baik untuk saya fokuskan kepada kerja-kerja mengajar yang saya suka. Tahukah anda, menguruskan 1000 orang murid adalah jauh lebih mudah daripada menguruskan 10 orang cikgu? ;)


5. Berkongsi Pengetahuan
Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Iaitu bagi tujuan untuk berkongsi pengetahuan saya dengan rakan guru yang lain. Diulangi yer, berkongsi. Bukan mengajar guru-guru lain. Saya percaya, setiap guru ada kaedah mereka sendiri. Ada yang berkesan, ada yang kurang berkesan. Sama juga yang berlaku pada saya. Maka, jika kita ada sedikit kaedah yang boleh membantu, apa salahnya jika kita berkongsi dengan rakan guru yang lain demi kebaikan pelajar. 



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Dengan gelaran Guru Cemerlang juga maka lebih mudah anda dikenalpasti oleh sekolah dan pihak-pihak lain bagi dijemput untuk berkongsi pengetahuan. Maka gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi mencurahkan ilmu dan pengetahuan anda kepada mereka yang memerlukan. InshaAllah peluang untuk anda berkongsi ilmu akan lebih terbuka luas apabila anda bergelar seorang Guru Cemerlang.


Pelik juga apabila ada sesetengah guru yang suka betul "simpan ilmu" dan tak mahu berkongsi dengan rakan guru yang lain, demi nak memastikan peratus kejayaan di sekolahnya adalah yang paling tinggi. Kedekut dan kejam! Jika ada dalam kalangan kita yang bersikap begitu, maka buanglah jauh-jauh sifat tersebut. Percayalah, ilmu akan lebih banyak bertambah, jika kita lebih banyak memberi.


6. Motivasi Bekerja Lebih Kuat
Gelaran Guru Cemerlang ini juga boleh menjadi sumber motivasi kepada kita untuk bekerja dengan lebih kuat. Sudah tentu kita nak menghasilkan sesuatu yang lebih luar biasa bagi memenuhi tanggungjawab sebagai Guru Cemerlang. Secara tak langsung ini mendorong kita untuk menghasilkan kaedah mengajar, teknik, dan inovasi yang lebih berkesan dalam pdp. Perkara ini kemudiannya dikongsikan dengan rakan guru yang lain dan dapat juga menggalakkan rakan guru untuk turut serta menghasilkan perkara-perkara luar biasa.


7. Idola Kepada Rakan Guru Lain
Dengan mutu kerja yang hebat dan status Guru Cemerlang sebagai bukti kecemerlangan anda, maka tak mustahil anda menjadi idola dan ikutan kepada rakan guru yang lain yang juga mahu berjaya seperti anda. Kehebatan anda di bilik darjah dan di luar, perlulah cukup mengkagumkan guru-guru lain. Baru sesuai gelaran tersebut dengan anda.



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Maka untuk itu, saya menyeru kepada semua rakan Guru Cemerlang menunjukkan mutu kerja yang betul-betul cemerlang, sesuai dengan gelaran yang anda perolehi. Gelaran Guru Cemerlang bukan satu lesen untuk kita duduk selesa tanpa perlu berusaha apa-apa lagi. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Maka bekerja lah dengan sebaik mungkin.


Walau apa pun alasan anda, saya yakin bahawa anda mempunyai alasan anda yang tersendiri untuk memohon Guru Cemerlang. Berusahalah sebaik mungkin jika ada peluang. Peluang perlu direbut, sebab peluang tak akan datang banyak kali. Jika gagal, maka berusahalah lagi. Jangan cepat putus asa. Dan jika berjaya, tunaikanlah tanggungjawab dan amanah anda sebagai Guru Cemerlang dengan sebaik mungkin!


Fius dan Fungsinya

$
0
0
Dalam plug 3 pin, biasanya kita akan melihat 1 komponen elektrik yang agak cantik binaannya, iaitu fius. Fius adalah komponen elektrik yang digunakan bagi mengawal arus elektrik berlebihan dengan cara memutuskan litar apabila perlu. 

Dawai yang digunakan mempunyai takat lebur tertentu dan akan melebur sebaik sahaja arus berlebihan mengalir melalui dawai fius tersebut. Dengan ini, akan mencegah kerosakan pada barangan elektrik apabila ada arus berlebihan yang mengalir.


Fius dan Fungsinya


Fius terbahagi kepada 2 jenis, iaitu Fius Dawai Boleh Ganti dan Fius Katrij


Fius Dawai Boleh Ganti
Fius Dawai Boleh Ganti adalah fius yang biasa kita tengok pada suis utama di rumah. Jika wayar itu terbakar dan memutuskan litar elektrik, maka kita hanya perlu gantikan wayar tersebut.

Fius dan Fungsinya


Fius Kartrij
Fius katrij adalah fius yang biasa dipasang pada plug 3 pin. Jika terbakar, maka kia perlukan gantikan dengan fius kartrij yang baru, yang berkadar yang sama.

Fius dan Fungsinya




Wayar Bumi dan Fungsinya

$
0
0
Wayar bumi adalah wayar yang disambungkan kepada bumi. Wayar ini bertujuan untuk mencegah berlakunya kejutan elektrik jika dawai 240 V menjadi 'hidup'. Wayar bumi ini juga mempunyai rintangan yang rendah. 

Wayar Bumi dan Fungsinya


Situasi 1
a) Wayar bumi disambung kepada seterika elektrik dan wayar hidup menyentuh selongsong logam.

Nealofa tidak mengalami apa-apa kecederaan sekalipun ada wayar hidup yang bersambung pada besi seterika. Ini kerana, arus elektrik yang terkena pada dirinya dapat dikembalikan kepada bumi melalui wayar bumi. Faham dok?

Wayar Bumi dan Fungsinya


Situasi 2
b) Wayar bumi tidak disambung kepada seterika eletrik dan wayar hidup menyentuh selongsong logam.

Nealofa mengalami kejutan elektrik. Ini kerana, arus elektrik yang bocor tadi tidak dapat dikembalikan kepada bumi melalui wayar bumi. Faham dok?

Wayar Bumi dan Fungsinya





Alam Semesta Adalah Anugerah Tuhan

$
0
0
Melalui Teori Letupan Besar (Big Bang Theory), alam semesta ini dikatakan telah berusia hampir 15 bilion tahun. Saiz yang sangat besar ini adalah kerana dipercayai bahawa alam semesta mengembang dengan sangat pesat selepas berlakunya letupan tersebut.


Alam Semesta Tidak Kekal
Menurut ahli kosmologi, alam semesta bergantung kepada tarikan graviti ke dalam dan pengembangan alam semesta. Pada suatu ketika, graviti akan menjadi kuat, jirim dalam alam semesta akan dibawa kembali dan menjadi lebih tumpat dan seterusnya akan runtuh dan membentuk lohong hitam.

Teori Letupan Besar The Big Bang Theory


Walaubagaimanapun, pertimbangan dari sudut agama perlulah diambil kira apabila bercerita mengenai kewujudan dan kemusnahan alam semesta ini. 

Tidaklah kita ketahui apa-apa yang akan berlaku pada alam semesta ini. Namun haruslah bersyukur kerana dikurniakan alam semesta ini.


Kepentingan Bulan dan Matahari
1. Matahari adalah sumber utama tenaga bagi bumi
2. Matahari secara tak langsung mengekalkan kelangsungan hidupan di Bumi
3. Matahari juga menyediakan haba mencukupi bagi kehidupan


Bulan dan Matahari


4. Bulan pula mempengaruhi fenomena Pasang Surut yang membantu pergerakan air laut
5. Bulan dijadikan sebagai panduan bagi menentukan tarikh dan kalender
6. Bulan menggalakkan perkembangan teknologi berdasarkan pergerakan bulan




Kepentingan Memulihara Elektrik

$
0
0
Ada 2 perkara yang diberi perhatian dalam memulihara elektrik, iaitu mengurangkan pembaziran dan juga meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan apa kesan jika berlakunya kekurangan tenaga elektrik. Jom kita tengok.


Kepentingan Memulihara Elektrik


Cara Menjimatkan Elektrik
1. Mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan
2. Guna lampu pendarfluor bagi menggantikan mentol filamen


Guna lampu pendarfluor bagi menggantikan mentol filamen

3. Beli peralatan elektrik berkecekapan tinggi yang menggunakan kuasa rendah
4. Tutup tingkap dan pintu jika menggunakan penyaman udara
5. Bina bangunan pejabat dengan siling yang rendah supaya menjimatkan kos penggunaan penyaman udara dan kipas


Kesan Kekurangan Tenaga Elektrik
1. Hidup tak selesa di rumah
2. Tidak dapat menggunakan peralatan moden


kesan kekurangan tenaga elektrik

3. Menganggu industri makanan yang melibatkan penggunaan suhu tinggi
4. Ekonomi negara terganggu
5. Komunikasi berteknologi tinggi menjadi sia-sia
6. Sektor pengeluaran akan kerugian banyak duit dan faedah





Masih Ada Lagikah KPLI dan DPLI?

$
0
0
Dalam keadaan sekarang ini, ramai sebenarnya yang berminat nak menjadi guru. Masing-masing punya alasan tersendiri. Ada yang kata minat dari dulu, tapi terjebak ke bidang lain. Ada juga yang mula jatuh cinta lepas dah mula jadi cikgu sandaran atau cikgu ganti. Dan ada juga yang nak memilih menjadi cikgu sebab dah tak ada kerja lain yang sesuai. Maka KPLI atau pun DPLI merupakan satu pilihan paling dinanti untuk direbut. Mai saya nak ceritakan dulu beberapa persoalan yang mungkin boleh membantu anda.



Masih Ada Lagikah KPLI / DPLI?



Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita tengok dulu sedikit latar belakang KPLI dan DPLI supaya anda boleh faham situasi.

KPLI adalah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang disediakan bagi pemegang ijazah yang berminat menjadikan perguruan sebagai bidang kerjaya pilihan mereka. Untuk alasan apa, saya rasa tak perlu kita perbincangkan di sini. Namun itu lah tujuan KPLI dilaksanakan, iaitu bagi memberi peluang kepada mereka yang nak jadi cikgu. 

Program ini juga sebenarnya dilaksanakan sebab nak mencukupkan bilangan guru yang kurang mencukupi pada ketika itu terutamanya bagi subjek kritikal, seperti subjek Sains dan Bahasa Inggeris. Maknanya KPLI ini adalah lebih kurang macam pusat untuk melahirkan 'guru segera' yang mempunyai kelayakan ijazah.



Masih Ada Lagikah KPLI / DPLI?


Namun kebelakangan ini, atas kesedaran lambakan graduan yang menganggur dan tak bekerja, maka bidang perguruan menjadi pilihan utama pelajar dan ibubapa. Dengan alasan, confirm keluar jadi cikgu, dan dah tentu ada kerja dan pendapatan yang stabil. Maka berduyun-duyunlah orang berebut untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perguruan. 

Untuk menangani isu itu juga, dan bagi menambahbaik kualiti profesional perguruan, maka Maktab Perguruan Sultan Idris juga diupgrade menjadi sebuah universiti pendidikan di samping universiti lain seperti USM, UNIMAS, UUM dan lain-lain masih menawarkan bidang perguruan mereka masing-masing.



Universiti pendidikan sultan idris UPSI


Saban tahun bilangan yang memohon untuk KPLI nih memang boleh tahan. Lepas memohon, perlu menduduki Ujian Bertulis Mtest yang kini juga dikenali sebagai Ujian MEdSi. Ala-ala ujian personaliti nak melihat samada calon mempunyai ciri-ciri dan personaliti seorang guru. 

Jika lulus ujian ini, maka anda akan dipanggil untuk sesi temuduga yang juga mencabar. Tak semua orang terpilih. Paling kesian, kaum perempuan yang terpaksa bersaing sengit. Yang lelaki masih ok, sebab keperluan ke atas pengambilan guru lelaki bagi mengimbangi bilangan guru perempuan yang sedia ada di sekolah. Maka ramai jugaklah yang frust menonggeng kerana tak berjaya dipanggil temuduga atau tak lepas temuduga.

Kemudiannya, trend pengambilan mula berubah dari masa ke semasa. Dalam 4 5 tahun kebelakang nih, iklan KPLI masih dibuka, namun hanya menetapkan keperluan kepada beberapa subjek kritikal sahaja, seperti Bahasa Inggeris, Geografi, KHB, Sejarah dan 2 3 subjek lagi. Tiada lagi untuk Sains, memandangkan guru Sains sekarang ini pun sudah berlebihan. Maka peluang memohon jauh lebih mencabar!

Pada tahun 2007 pula, KPLI dibahagi kepada 2, iaitu KPLI yang dilaksanakan di IPGM (Maktab) bagi keperluan untuk guru di sekolah rendah dan DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah) yang dilaksanakan di universiti bagi keperluan untuk guru di sekolah menengah. Subjek yang ditawarkan juga masih kekal hanya subjek kritikal. Maka peluang jadi semakin mengecil.



tertekan sebab KPLI DPLI


Untuk tahun 2014 ini, sehingga pada bulan Ogos ini, belum ada apa-apa berita atau iklan mengenai KPLI atau DPLI lagi. Dengan lambakan graduan pendidikan yang sehingga kini belum dipostingkan, maka harapan semakin pudar.

Daripada makluman seorang rakan yang baru saja dipostingkan, terdapat hampir 1500 orang lagi graduan pendidikan yang diletakkan sebagai 'Calon Simpanan' walaupun berjaya dipanggil temuduga baru-baru ini. Ini belum ditambah dengan mereka yang belum dipanggil temuduga.

Maka tak hairan lah UPSI, universiti pendidikan sendiri pun sekarang ini menawarkan kursus 'open market' yang tidak menjanjikan lagi sebarang penempatan kepada graduannya! Kalau ada, akan dipanggil. Kalau tak ada, pandai-pandai lah cari kerja sendiri.

Maka atas dasar ini dan mengambil kira tempoh masa yang hanya tinggal 4 bulan lagi di tahun 2014, saya rasa berkemungkinan besar KPLI dan DPLI sudah tidak akan ditawarkan lagi untuk tahun ini. Dan lebih parah, tak mustahil juga tidak akan ditawarkan lagi buat selama-lamanya.

Masih boleh berharap, tapi sebaiknya anda usahakan sesuatu yang lebih memberi peluang besar di masa depan. Jika ada iklan, inshaAllah saya akan kongsikan di blog ini. Yang masih berminat nak menjadi guru atau pendidik, mungkin boleh sambung ke pengajian Master, dan memohon sebagai pensyarah.




Innity vs Komli : Anda Pilih?

$
0
0
Ini adalah hasil eksperimen saya setelah hampir 2 tahun bersama dengan Nuffnang, Komli dan juga Innity. Seperti pada entri saya yang sebelum ini, saya sudah membandingkan pendapatan yang diperolehi bagi iklan Nuffnang dan juga Komli. Ternyata pulangan lebih lumayan pada Komli jika nak dibandingkan dengan Nuffnang. Pendapatan setahun Nuffnang adalah bersamaan dengan pendapatan 6 bulan menggunakan Komli.

Innity vs Komli: Pilihan di tangan anda
Innity vs Komli: Pilihan di tangan anda

Pada masa itu, permohonan Innity saya sudah hampir beberapa kali ditolak. Saya sendiri pun pelik, sedangkan blog saya sudah mencukupi syarat seperti yang dikehendaki. Namun berkat ajaran daripada seorang rakan blogger, saya cuba beranikan diri untuk memohon sekali lagi. Maka tetiba plak permohonan Innity saya diterima kali ini dalam tempoh tak sampai 2 hari. Terima kasih yer!


Seperti yang kita tahu, Innity menetapkan syarat yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan Komli dan Nuffnang. Trafik bulanan mestilah sehingga 200, 000 dan unique visitor mesti melebihi 40,000!  Maka tak hairanlah kenapa banyak blog yang tidak berjaya memohon Innity, termasuk blog-blog hebat dengan traffik yang kencang.

Maka sebaik saja saya menerima code untuk iklan, maka bermulalah eksperimen saya terhadap Innity dan Komli pula. Saya beranikan diri juga bertukar kepada Innity, sekalipun pendapatan  Komli pada ketika itu sudah agak stabil. Tetapi disebabkan feedback bagus yang saya terima daripada rakan blogger dan juga melalui bacaan di blog, maka saya beranikan diri mencuba Innity pula.


Feedback yang bagus mengenai iklan Innity
Feedback yang bagus mengenai iklan Innity

Antara kelebihan Innity adalah iklan yang lebih banyak dan bayaran yang lebih tinggi berbanding Komli dan Nuffnang. Selain itu Innity juga boleh diintegrasikan dengan iklan lain. Bermaksud kita boleh pasang iklan Komli dan Nuffang dan lain-lain pada Innity. Dan jika tiada iklan Innity di siarkan, maka iklan-iklan alternatif daripada Komli dan Nuffnang akan tersiar.

Pendapatan pada seminggu pertama agak mengkagumkan! Tapi kemudiannya turun kepada biasa, namun masih ok jugaklah. Macam tak adillah pulak kalau nak dinilai hanya kerana performance yang beberapa hari. Maka saya teruskan juga misi saya dengan target saya yang masih sama, iaitu mencapai Rm260. 


Saya pilih sasaran RM260 kerana ini adalah nilai yang saya perolehi ketika setahun bersama Nuffnang, dan 6 bulan bersama Komli. Maka saya nak tengok, berapa lama masa yang saya perlukan untuk mencapai RM260 bagi bersama Innity pulak.

Tanpa disangka, sasaran RM260 telah dicapai setelah HANYA 2 BULAN saya memasang iklan Innity! Cepat giler!


Pendapatan dengan Innity untuk tempoh tak sampai 2 bulan
Income dengan Innity untuk tempoh tak sampai 2 bulan

Wah.. Ini yang buat saya excited untuk terus kekal bersama Innity. Buat masa sekarang, maka saya simpulkan bahawa Innity adalah lebih baik berbanding Komli dan Nuffnang. Saya juga percaya kalau biarkan beberapa ketika lagi, pendapatan Innity pasti akan lebih stabil dan lebih masyuk. Pendapatan dari Komli dan juga Nuffnang masih terus bergerak kerana diintegrasi pada Innity. 

Tak ler banyak mana sangat pada sesetengah orang. Tapi pada saya, eksperimen ini boleh menjadi bukti dan rujukan kepada mereka yang perlu memilih iklan mana yang boleh memberikan mereka pendapatan yang paling besar. Eksperimen dengan bukti. Bukan sekadar main cakap saja.


Dan


Saya tahu, iklan AdSense jauh lebih menguntungkan jika dipasang berbanding kesemuanya. Tapi dengan blog berBahasa Melayu dan beberapa kali gagal memohon, saya dah hampir putus asa dengan AdSense. Bersyukur sajalah dengan Innity dan yang lain-lain. Tapi kalau ada yang kat luar sana yang nak cuba membantu saya mendapatkan akaun AdSense, khidmat anda sangat dialu-alukan! ;)



KPM Menang Anugerah Inovasi VMWARE di VMworld 2014

$
0
0
Teradici(R), pemaju teknologi PCoIP(R) terkemuka industri untuk ruang kerja maya, hari ini mengumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah antara senarai terpilih penerima anugerah pada Anugerah Inovasi VMware pada VMworld(R) 2014.

KPM diiktiraf untuk "Transformasi IT dengan Menentang Konvensi" melalui pengerahan 25,000 komputer meja maya di 1,250 buah sekolah di seluruh negara dengan peranti VMware Horizon(TM) dan Teradici PCoIP Zero Client sebagai sebahagian daripada usaha kebangsaan untuk memodenkan pendidikan dan merapatkan jurang digital bandar-luar bandar.


Anugerah Inovasi VMware yang dimenangi oleh KPM

Pelaburan dalam teknologi infrastruktur komputer meja maya (VDI) memberikan kanak-kanak sekolah akses kepada komputer yang berkualiti tinggi dan sumber pendidikan digital - tanpa mengira lokasi, sambungan atau peranti pengguna akhir - dalam beberapa kes untuk kali yang pertama.

"Anugerah Inovasi VMware 2014 mengiktiraf organisasi yang melaksanakan teknologi baharu untuk meningkatkan kerjasama dan memacu inovasi sepanjang tahun lepas," kata Dan Cordingley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Teradici.

"Kami berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada KPM sebagai mengiktiraf penggunaan berdaya cipta mereka teknologi komputer meja maya untuk memberi kesan mendalam kepada kehidupan kanak-kanak sekolah di Malaysia dan untuk mengubah pengalaman pendidikan pelajar, guru dan pentadbir,” katanya.

Permohonan dinilai mengikut kriteria ketat panel pakar Computerworld dan VMware, yang memilih lima organisasi pemenang - Agensi Sumber Asli California, Universiti Indiana, KPM, TIAA-CREF IT Production Services dan Perubatan/SpaWar Tentera Laut Amerika Syarikat.

Kementerian mewujudkan untuk prasekolah melalui pendidikan universiti dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025. Ia dijangka memberi kesan kepada kira-kira 6 juta pelajar di 10,000 sekolah, matlamatnya adalah untuk meningkatkan hasil pendidikan pelajar, memajukan daya saing negara dalam pasaran buruh global dan membawa pariti pendidikan ke sekolah bandar dan luar bandar.

Bersama Bitara Induk, sebuah penyepadu sistem terkemuka, Teradici dan VMware bekerjasama untuk membantu Malaysia memenuhi wawasannya.

Sehingga Mac 2014, pelajar, guru dan pentadbir mendapat akses kepada komputer meja, aplikasi dan data menggunakan infrastruktur komputer meja maya. Dengan persediaan IT yang minimum di lokasi atau pengubahsuaian kepada persekitaran bilik darjah, pengkomputeran berprestasi tinggi dan sumber pendidikan disampaikan kepada pelajar dan guru. – Bernama, 28 Ogos, 2014






JEREBU : Teater Eksperimen Yang Penuh Berjerebu!

$
0
0
Sejak mula berkenal-kenal dengan budak-budak ASWARA nih, makin kerap pula saya didedahkan dengan hal-hal seni persembahan nih. Tak ler serasi sangat dengan jiwa saya nih. Tapi boleh masyuk lah, memandangkan saya juga ada lah minat sket-sket dengan perkara-perkara seni nih. Nak merasai tu boleh lah. Tapi tahap penghayatan tu kureng ar, sebab jiwa tak cukup mendalam.. hu3..

JEREBU : Teater Eksperimen Yang Penuh Berjerebu!
Teater Eksperimen Jerebu

Apa pun, saya nak ajak para penggemar seni teater untuk menonton satu lagi teater eksperimen oleh pelajar-pelajar ASWARA yang bertajuk 'JEREBU'. Teater eksperimen ini adalah sebuah kolaborasi idea pelajar Ijazah Sarjana Muda Fakulti Teater tahun pertama di bawah bimbingan Shahrul Mizad dan Iefiz Alaudin.



Poster Teater Eksperimen Jerebu
Poster Teater Eksperimen Jerebu

So, apa maksud Teater Eksperimen nih sebenarnya?


Teater Eksperimen adalah satu bentuk teater yang baru, yang cuba untuk melakukan pembaharuan kepada sesuatu karya, dalam bentuk yang berbeza daripada yang diketahui umum sebelum ini. 

Aiseh! Pandai-pandai lak saya mendefinisikan sendiri maksud Teater Eksperimen tu. Itu dari apa yang saya faham ler.. Hu3.. Pakar-pakar teater, sila betulkan yer kalau salah.. ;)


Ok, berbalik kepada Teater Eksperimen Jerebu tadi, secara ringkasnya menceritakan mengenai 3 buah cerita dengan kisah yang tersendiri. Kisah mengenai sifat individualistik manusia sehinggakan komunikasi tak lagi penting, sampai kita mengabaikan orang sekeliling. Cerita-cerita ini kemudiannya disatukan melalui gerak-gerak fizikal, muzik dan visual yang perlu difahami. So, perlukan lebih banyak penghayatan ler kalau nak faham cerita.



JEREBU : Teater Eksperimen Yang Penuh Berjerebu!
Tu dia.. Jenuh nak menghayati nih.. ;)

Bagi mereka yang berjiwa seni, tentu tak ada masalah sangat. Makanan diorang. Tapi, jangan risau. Untuk mereka yang tak cukup 'deep' jiwanya pun masih boleh faham. Sebab semua yang digambarkan adalah perkara biasa yang kita boleh lihat di dunia nyata. 

Kita tengok sket gambar-gambar preview sebahagian daripada persembahan Teater Eksperimen Jerebu di bawah nih.



Orang di belakang tabir Teater Eksperimen Jerebu
Orang kuat di belakang tabir Teater Eksperimen Jerebu

Team Teater Eksperimen Jerebu
Team Teater Eksperimen Jerebu

So nak bagi faham lagi, jom kita pi tengok teater Jerebu nih yang akan dipentaskan pada 6  September jam 3.00pm & 8.30pm dan  pada 7 September 2014 jam 3.00pm di Blackbox Aswara. Tiket berharga Rm15 (dewasa) dan RM10 (pelajar). Tak mahal pun kan?. 

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Alia di talian 017 3809959 atau lawati laman Facebook Teater_Jerebu , Twitter dan Instagram Jerebu (Teater_jerebu).




p/s: Kalau saya ada di KL masa nih, confirm saya dah pegi tengok! Nak cadangkan pada Tuan Director dia, sila buat masa cuti sekolah. Boleh saya pegi, siap bawak anak sedara, anak murid semua.. ;(



Jadual Waktu SPM 2014

$
0
0
Berikut adalah jadual waktu SPM bagi tahun 2014 yang akan berlangsung selama sebulan bermula daripada 3 November sehingga 3 Disember 2014. Bagi anda yang tercari-cari jadual waktu SPM ini, maka boleh download dengan klik pautan di bawah. 


Jadual Waktu SPM 2014
Semoga berjaya yer calon-calon SPM 2014!

Jadual SPM 2014
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/images/bahan/spm/2014/jadual/JW%20SPM%202014%206%20AUGUST.pdf


Guna dengan sebaiknya jadual tersebut dalam merancang strategi pembelajaran anda menjelang SPM nanti. Ibu bapa dan guru juga boleh membantu pelajar dalam menguruskan masa belajar dengan berkesan. Selamat merancang!




Modul Ulangkaji SPM 2014 [Afterschool.my]

$
0
0
Afterschool.my dengan tema Higher Education Advisor sekali lagi tampil membantu calon-calon SPM 2014 dengan menghasilkan modul ulangkaji SPM bagi 11 matapelajaran. Kiranya, ini boleh juga dikatakan sebagai Soalan Ramalan SPM 2014 jugak lah, dengan soalan-soalan ulangkaji yang diberi adalah daripada topik yang perlu diberi penekanan pada tahun ini. Jom kita download!

Modul Ulangkaji SPM 2014 [Afterschool.my]
Modul Ulangkaji SPM 2014 daripada Afterschool.my

Selain daripada soalan latihan dan jawapan yang disediakan, analisis peperiksaan SPM tahun-tahun lalu turut disediakan. Maka dapatlah para pelajar memberi tumpuan dan fokus yang lebih baik kepada topik panas dan topik yang penting untuk SPM 2014. 




Modul Ulangkaji SPM 2014 [Afterschool.my]

SOALAN
Klik link di atas untuk download
[26 mb]


JAWAPAN
Klik link di atas untuk download
[21 mb]






Berikut adalah senarai matapelajaran yang terdapat dalam Modul Ulangkaji SPM 2013 daripada Afterschool.my :
1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Matematik
4) Sejarah
5) Sains
6) Matematik Tambahan
7) Fizik
8) Kimia
9) Biologi
10) Prinsip Perakaunan
11) Perdagangan


Bagi calon-calon SPM 2014, boleh juga download Jadual SPM 2014 untuk membantu anda merancang ulangkaji anda bermula daripada sekarang. Ingat, sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna!

Yang nak mendapatkan Modul Ulangkaji SPM Afterschool.my bagi tahun 2013, boleh klik di SINI



innity_pub = "de7f47e09c8e05e6021ababdf6bc58e7";
innity_zone = "47056";
innity_width = "300";
innity_height = "250";
innity_country = "MY";


Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014

$
0
0
Peneraju Tunas Geliga adalah merupakan program biasiswa yang disediakan untuk pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan berkualiti. Biasiswa ini adalah di bawah program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang merupakan satu agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014


Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Biasiswa Peneraju Tunas Geliga ini adalah 
1. Bumiputera
2. Keputusan Percubaan UPSR (3A 2B / 4A 1C)
3. Pendapatan isirumah RM3000 ke bawah
4. Aktif dalam ko-kurikulum dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan


Iklan akan dibuka bermula 5 sehingga 30 September 2014 ini. Bagi memudahkan anda membuat permohonan secara online, sila sediakan dulu maklumat berikut sebelum memohon.

1. Maklumat murid, ibu, bapa serta penjaga termasuk no sijil kelahiran murid, kad pengenalan ibu bapa, myKid murid, bangsa, pekerjaan, majikan dan pendapatan bulanan.
2. Alamat lengkap serta nombor telefon rumah dan sekolah serta no faks sekolah.
3. Maklumat adik beradik yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga
4. Penglibatan sukan dan persatuan serta jawatan kepimpinan murid di sekolah
5. Jenis sekolah yang diminati (MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, SMK Agama atau SMK Harian)
6. Adakah ahli keluarga yang kelainan upaya, menghidap penyakit kronik atau murid mengalami masalah kesihatan?


Permohonan sekalipun secara online, namun amatlah mudah untuk diisi. Kebanyakan soalan hanyalah dengan klik pilihan Ya / Tidak. Bagi yang berminat untuk memohon, boleh terus mengisi borang di http://www.penerajuedu.com/


Jom kita bantu dengan sebarkan maklumat mengenai Biasiswa Peneraju Tunas Geliga ini kepada mereka yang mungkin memerlukan di luar sana.

Selamat menghulur bantuan.




Kemagnetan [video]

$
0
0
Magnet atau juga lebih dikenali sebagai 'Besi Berani' sebenarnya merupakan satu bahan yang diperbuat daripada besi atau keluli atau kobalt. Ianya berkebolehan untuk menarik objek besi atau keluli. Magnet mempunyai 2 kutub, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan.



Medan Magnet
Medan magnet ialah suatu kawasan sekitar magnet yang berada di bawah pengaruh daya magnet tersebut.

Garis medan magnet TIDAK bersilang antara satu sama lain. Garis ini bermula daripada kutub Utara dan berakhir di kutub Selatan. Ada 2 kaedah yang boleh digunakan bagi menentukan corak dan arah medan magnet. Tonton video di bawah untuk memahami kaedah yang boleh digunakan.





Corak Medan Magnet
1. Boleh ditentukan dengan menggunakan SERBUK BESI




Arah Medan Magnet
1. Boleh ditentukan dengan menggunakan KOMPAS
2. Medan magnet bergerak dari UTARA ke SELATAN


Arah Medan Magnet



Tahu bagaimana sesuatu magnet itu dihasilkan? Teruskan bacaan anda pada entri yang seterusnya, iaitu Bagaimana Magnet Dihasilkan?. Moga mendapat ilmu bermanfaat!



Bagaimana Magnet Dihasilkan? [video]

$
0
0
Magnet ataupun lebih dikenali sebagai Besi Berani memang merupakan satu benda yang cukup membuatkan kita ingin teruja dan ingin tahu. Terutamanya ketika zaman kanak-kanak. 'Keajaiban' magnet untuk menarik besi dan logam-logam lain, menyebabkan magnet juga boleh dijadikan alat mainan semasa kecil dahulu. Tapi pernahkah anda terfikir, bagaimanakah magnet diperolehi?. Adakah dihasilkan? atau dijumpai secara semulajadi?. 



Bagaimana Magnet Dihasilkan? [video]
Bagaimana Magnet Dihasilkan?


Sejarah Magnet
Sejarah magnet sebenarnya bermula sejak daripada zaman Yunani lagi, seawal 500 SM. Perkataan magnet itu sendiri berasal daripada perkataan magnetis lithos, yang bermaksud batu yang berasal daripada Magnesia. Batu dari Magnesia itu menunjukkan ciri-ciri istimewa dengan berupaya menarik logam-logam lain. Ini lah magnet!



Lodestone batu magnetik


Ilmu magnet ini terus berkembang. Malah pada tahun 1600, seorang saintis Inggeris, William Gilbert telah membuat penemuan awal dan merumuskan bahawa Bumi juga merupakan sebuah magnet!

Pada tahun 1930 pula para pengkaji telah berjaya menghasilkan magnet kekal berkuasa tinggi yang pertama di dunia, iaitu aloi Alnico. Dan seterusnya, kini penggunaan magnet telah dipelbagaikan dalam banyak bentuk bergantung kepada keperluan.



Penghasilan Magnet
Selain daripada boleh ditemui dalam keadaan semulajadi, magnet sebenarnya boleh dihasilkan. Caranya adalah dengan mendedahkan logam ferromagnetik, seperti besi dan nikel kepada medan magnet. Apabila logam ini dipanaskan pada suhu tertentu, logam akan dimagnetkan secara kekal. 

Jom tengok video di bawah, bagaimana sesuatu magnet dihasilkan di kilang secara komersial. 





Video di atas adalah contoh penghasilan magnet kekal yang dilakukan secara komersial, bagi tujuan dijual. Selain daripada kaedah penghasilan di atas, kita juga boleh menghasilkan magnet sementara di rumah. Senang saja caranya.



Kaedah mudah menghasilkan magnet di rumah
Kaedah mudah menghasilkan magnet di rumah


Kaedah Menghasilkan Magnet di Rumah
Sediakan beberapa pin kertas dan juga satu magnet kekal. Kemudian gosokkan pin kertas tersebut pada magnet. Ini bagi mendedahkan pin kertas tadi kepada medan magnet yang ada pada magnet kekal tersebut. 

Selepas beberapa ketika, uji pin kertas tadi dengan beberapa cebisan besi yang kecil. Jika besi tersebut melekat pada pin, bermakna anda telah berjaya memagnetkan pin tersebut. Jika gagal, teruskan menggosok pin untuk tempoh yang lebih lama. 

Selamat mencuba!





Viewing all 1602 articles
Browse latest View live