Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2013

$
0
0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara 2013 kepada Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba.
Mohd Rashdan adalah bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pertama dan menyandang jawatan itu selama tiga tahun bermula 1969 dan seterusnya dilantik Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pertama dari 1971 hingga 1982.
Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2013
Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba
Beliau menerima wang tunai RM200,000, piala serta sijil penghargaan. 
Anugerah berkenaan disampaikan pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. 

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Anugerah berkenaan adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada ahli akademik yang memberi sumbangan tinggi dan cemerlang dalam perkembangan pendidikan serta pembangunan negara. 

Ia diwujudkan khusus untuk sarjana dan kesarjanaan peringkat tinggi di Malaysia bagi ahli akademik yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang tertentu. 

Bidang berkenaan membabitkan pengajaran, pemindahan dan pengembangan ilmu; penemuan ilmu baru serta penulisan buku dan penerbitan.




Biasiswa Axiata - Kolej Yayasan Saad Untuk Calon UPSR 2014

$
0
0
Program Pembangunan Kepimpinan Kebangsaan Sekolah Menengah adalah terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 yang mendapat keputusan UPSR yang cemerlang dan pencapaian luar biasa dalam aktiviti kokurikulum. Program ini ditawarkan bersama sukatan kurikulum tambahan di Kolej Yayasan Saad, Melaka (KYS). Program adalah merangkumi pendedahan kepada bengkel, projek komuniti, pembelajaran online, refleksi kendiri, kejurulatihan dan pementoran.

Biasiswa Axiata - Kolej Yayasan Saad Untuk Calon UPSR 2014



Kolej Yayasan Saad (KYS)
Sekolah swasta yang ditubuhkan pada tahun 1995, dan menghasilkan sekian ramai pelajar cemerlang straight-A bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saban tahun. 

KYS juga menganjurkan proses pemilihan tahunan dengan pelbagai ujian dan peperiksaan, seperti temuduga, ujian IQ, ujian personaliti, pembentangan dan pelbagai lagi bagi memastikan pemilihan yang betul-betul eksklusif dengan pemilihan pelajar terbaik seluruh Malaysia.

Biasiswa Axiata - Kolej Yayasan Saad


Biasiswa Axiata - Kolej Yayasan Saad ini akan meliputi 5 tahun pembelajaran pelajar tersebut di peringkat sekolah menengah. Namun tertakluk kepada terma dan syarat bagi Axiata Foundation bagi pelajar Kolej Yayasan Saad. 

Biasiswa ini juga meliputi semua yuran tuisyen, buku teks, baju uniform dan latop. Selain itu, Axiata Foundation juga akan menanggung kos penuh bagi inisiatif Ax-Factor.


Kriteria Pemilihan
Permohonan bagi Program Kebangsaan Sekolah Menengah ini perlu dihantar secara online sebelum tarikh tutup. Permohonan dibuka bermula 18 Ogos sehingga 7 September 2014.

Berikut adalah syarat yang ditetapkan:
1. Pemohon mestilah warga negara Malaysia atau Penduduk Tetap Malaysia
2. Pemohon memperolehi minimum 5A (Bahasa Melayu, English, Matematik dan Sains) dalam peperiksaan Percubaan UPSR
3. Pemohon secara berterusan merupakan antara 10 pelajar terbaik dalam Darjah 4, 5 dan 6 semasa di sekolah rendah
4. Pemohon mestilah menunjukkan penglibatan yang aktif dalam sukan, kelab dan persatuan, dan seni persembahan.
5. Pemohon mestilah fasih menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta penguasaan terhadap bahasa lain adalah sangat digalakkan.
6. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang berasal dari keluarga dari luar bandar, dengan pendapatan yang rendah.



Untuk maklumat lanjut, sila rujuk iklan National Secondary School Leadership Development Programme



Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik

$
0
0
Banyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang tidak betul. Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon dioksida haruslah digunakan. 

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik
Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik



Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik
1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah
2. Menyentuh suis dengan tangan basah
3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket
4. Penebat kabel koyak
5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa

Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik
Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa


Langkah Keselamatan Dalam Litar
1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan
2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus
3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus

Langkah Keselamatan Dalam Litar
guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus


Tindakan Keselamatan
1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
2. Baiki peralatan elektrik yang rosak
3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya
4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah

Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket


Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik
1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa
2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu
3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan
4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas
5. Hubungi ambulans

Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik
Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa



Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan

$
0
0
Sekalipun hari Kemerdekaan Malaysia dah berlalu, namun demam Kemerdekaan masih lagi dirasakan di sekolah saya. Kelas-kelas masih cantik dihias dengan tema Merdeka. Suasana sambutan memang jelas kelihatan. Aktiviti dan Pertandingan juga masih rancak dilangsungkan. Dan acara yang paling ditunggu-tunggu tentulah Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik!

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan


Pertandingan ini adalah di bawah kelolaan Panitia Sivik dan melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 dan 2. Pertandingan adalah mengikut kelas dan dilatih oleh guru subjek Sivik masing-masing. Guru Pengurus Kelas yang berminat juga boleh turut serta untuk memeriahkan lagi majlis. 

Pertandingan kali ini diuruskan oleh Cikgu Wilma Ngian dan Cikgu Adeline Annet. Beberapa orang guru berkecuali, dijemput untuk menjadi juri. Mereka adalah Cikgu Celiaulas, Cikgu Idawaty, Ustaz Faris Hakimi dan tak lupa juga Cikgu Hailmi. Hu3..

Cikgu Celiaulas, Cikgu Idawaty, Ustaz Faris Hakimi dan tak lupa juga Cikgu Hailmi


Persembahan pelajar dinilai pada nyanyian, persembahan dan juga pakaian. Maka, pelajar perlu benar-benar bersedia, bukan sekadar menyanyi dengan merdu sahaja. Pakaian pun ada markah. So, kena lah pakai cantik-cantik. Yang penting mesti sesuai dengan tema Kemerdekaan.

Seperti biasa, pelajar perempuan biasanya lebih excited dalam bab nak melawa dan mengenakan pakaian tradisional semasa membuat persembahan. Pelajar lelaki pulak selalunya dengan pakaian yang ala kadar, tambah aksesori sikit-sikit saja. Nak berlebihan, nanti kena ketawa pulak dengan rakan yang lain. Hu3..

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan


Secara keseluruhannya, saya rasakan kurang persediaan yang dilakukan pelajar pada tahun ini. Tak nampak pun ada kreativiti dari segi persembahan dan juga pakaian. Majoriti hanya mengenakan pakaian sekolah dengan memegang satu bendera. Confirm tak boleh menang. Malu-malu nak menyanyi bila dah berada di atas pentas.


Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan


Walaubagaimanapun, ada juga kelas yang menunjukkan persembahan yang baik. Nampak betul mereka bersedia untuk pertandingan ini. Semua ahli dalam kelas lengkap memakai pakaian tradisional, lengkap dengan hiasan yang berunsurkan Kemerdekaan. Bravo!

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Kemerdekaan


Saya suka sebenarnya dengan pertandingan yang sebegini. Konsep paksa-masuk kepada semua pelajar untuk menyertai, sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada semua pelajar untuk merasa pengalaman yang sedemikian. Tidaklah balik-balik, muka yang sama saja naik pentas!

Sedikit sebanyak, pengalaman ini dapat memberi sedikit keyakinan kepada pelajar apabila mereka berdepan dengan situasi yang lebih kurang serupa. 



Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 1)

$
0
0
Semenjak bekerja di Sarawak nih, rasanya tak sah kalau saya tak ke Kuching untuk satu tahun tu. Kadang-kadang pasal bawak budak main sofbol, atau ada majlis penyampaian hadiah video dan sebagainya. Paling tidak pun bagi tujuan melawat kawan baik di sana. Tapi trip dengan kereta nih rasanya dah lama tak buat. Geng-geng keras dah habis pindah balik Semenanjung. So kesempatan cuti Merdeka nih, saya dan beberapa rakan sekolah buat roadtrip dari Sibu ke Kuching. Yeah!



Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 1)



Percutian 4 hari 3 malam ke Kuching nih, kami dah rancang dengan baik sebelum pegi. Cikgu Alif dan saya dah buat survey ke beberapa tempat menarik sekitar Kuching. Survey macam masa lawatan, aktiviti yang boleh dilakukan dan jarak. 

Ini sekadar panduan kepada mereka yang lain, yang pertama kali nak ke Kuching, terutamanya hal yang berkaitan dengan budget. Saya sebelum nih main pakai redah saja. So, sekurang-kurangnya trip kali nih, teratur ler sket.


Hari Jumaat (Day 0)
Ada 2 kereta sebenarnya dari Sibu. Kereta pertama ada Ustaz Faris sebagai Driver, Cikgu Alif sebagai Tukang Survey, Cikgu Hafiz sebagai Bendahari dan saya sebagai GPS Penunjuk Arah. Senior 8 tahun lah katakan... ;)

Kereta satu lagi ada Cikgu Asmadi sebagai driver, Cikgu Byeda, Cikgu Suhaila dan Cikgu Mastura. Kitorang pegi geng2 cikgu jer lah yer.

Kereta pertama tu dah start bertolak ke Kuching pada petang Jumaat, sebaik habis Sembahyang Jumaat. Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam untuk perjalanan dari Sibu ke Kuching dengan menggunakan kereta. Bagi mereka yang dah biasa dengan jalan di Sarawak nih, rasanya 6 jam pun dah boleh sampai. Tapi disebabkan kami ke Kuching nih atas tujuan nak melancong, so banyak lah sket masa dihabiskan dengan melihat ke sekeliling.

Setibanya di Kuching, maka perkara pertama yang perlu dilakukan adalah cari tempat tidur! Plan asal nak stay di Hotel Fata, tapi penuh lah pulak. Maka mencari lah tempat lain. Bagi yang nak ke Kuching, dan tak kisah nak stay di mana, saya cadangkan anda cari hotel-hotel budget sekitar kawasan berhampiran waterfront. Banyak kat sana. Harga pun memang ok. Maka, bermalam lah kami pada malam ini di GW Furama Hotel. 



GW Furama Hotel, Kuching


Lepas makan malam, kami ke Kuching Waterfront yang terletak berdekatan dengan hotel menginap. Acara waktu malam dia memang best. Happening! Ada geng-geng pemuzik jalanan dan juga gerai jual cenderamata dan makanan. Jalan-jalan makan angin sambil meninjau keindahan tebing Sungai Sarawak pada waktu malam.


Hari Sabtu (Day 1)
Awal pagi nih kami dah bangun. Sebab hari nih cadang nak ke Serikin, tempat membeli belah di sempadan Malaysia - Indonesia. Ala-ala macam kat Padang Besar ler. So, kami singgah dulu di kedai breakfast paling best di Kuching, iaitu Kopi O Corner! Ini kedai favourite saya setiap kali ke Kuching. Wajib singgah. Nasi lemak dia memang thorbaek!

Selepas breakfast, kami teruskan perjalanan ke Serikin. Jarak dia agak jauh dari bandar Kuching. Rasanya 1 jam setengah juga untuk ke sana. Disebabkan kami bertolak awal, maka kami sampai ke Serikin pun agak awal. Parking kereta masih banyak kosong. Jadi boleh dapatkan tempat yang lebih dekat untuk nak berjalan. 


Serikin
Kat Serikin nih, banyak benda yang anda boleh cari. Tapi yang selalunya orang beli kalau ke Serikin adalah benda yang jarang ada kat tempat lain. Contohnya macam bantal kekabu, tilam, karpet, baju, beg, kain sembahyang. Kalau nak cari barang kraf macam tikar rotan pun banyak. 



Bercuti ke Serikin


Tips membeli belah di Serikin


Tips membeli belah di Serikin nih, survey dulu sepanjang jalan anda ke sana. Dah sampai hujung, patah balik, baru mulakan pembelian anda, selepas dah tahu kedai mana yang jual dengan lebih murah. Boleh tawar menawar dengan peniaga untuk dapatkan harga yang terbaik. Tapi selalunya lebih kurang jer.


Kampung Annah Rais
Dah habis bershoping di Serikin, kami bergerak ke tempat kedua, iaitu Kampung Annah Rais. Ini adalah kampung Bidayuh yang masih mempunyai rumah panjang. Sebabnya, orang Bidayuh nih dah tak stay di rumah panjang. Kalau tak salah saya hanya ada 2 kampung Bidayuh saja lagi yang masih mengekalkan budaya rumah panjang ni, iaitu satu di Kampung Benuk, dan satu lagi Kampung Annah Rais nih.



Kampung Bidayuh Annah Rais


Ini bukan kali pertama saya ke rumah panjang. Tapi sebelum nih rumah panjang Iban. Tentulah tak sama dengan rumah panjang Bidayuh. Rumah panjang Bidayuh di Kampung Benuk pun saya dah sampai. So tak sabar pulak nak tengok rumah panjang Kampung Annah Rais nih.

Tetamu dikenakan bayaran sebanyak RM8 untuk yuran. Kebetulan pada masa ketibaan kami, ada pulak majlis kahwin yang bakal berlangsung. Maka ramailah sket orang yang ada kat situ. 



Tiket masuk ke Rumah Panjang Annah Rais


Beza yang jelas antara rumah panjang Iban dan rumah panjang Bidayuh dah tentulah pada bahan yang digunakan untuk rumah panjang mereka. Orangg Bidayuh menggunakan buluh sebagai bahan utama membina rumah panjang mereka. Ini disebabkan majoriti masyarakat Bidayuh berada di kawasan yang banyak dengan buluh. 



Masyarakat Bidayuh sinonim dengan buluh


Yang menariknya rumah panjang Bidayuh ini adalah kerana mempunyai sebuah rumah khas yang digunakan untuk upacara keagamaan masyarakat Bidayuh dahulu, iaitu Barok. Maka di sini lah para elders akan berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka. 



Barok tempat khas simpan tengkorak kepala yang dipenggal


Barok juga digunakan sebagai tempat untuk menyimpan tengkorak semasa zaman pemburuan kepala. Zaman penggal kepala musuh. Kalau dalam Bahasa Iban, adat ini dikenali sebagai 'Ngayau', tapi kalau dalam Bahasa Bidayuh dikenali sebagai '



Rumah panjang Bidayuh Kampung Annah Rais


Besar juga kawasan perkampungan Annah Rais nih. Hampir 200 rumah dalam satu kampung, tapi dalam kelompok yang tertentu. Setiap satunya disambungkan dengan struktur khas daripada buluh, yang menjadikan satu rumah panjang. 


Semenggoh Wildlife Centre
Selesai melawat kawasan sekitar Rumah Panjang Annah Rais nih, kami bergerak pulang ke Kuching. Dalam perjalanan pulang, kami singgah dulu ke Semenggoh Wildflife Centre. Di sini, anda boleh saksikan Orang Utan diberi makan. 



Semenggoh Wildlife Centre


Menariknya di Semenggoh Wildlife Centre ini, Orang Utan tidak dipelihara di dalam sangkar, sebaliknya dilepaskan bebas di dalam hutan tersebut. Pada waktu diberi makan, iaitu dari jam 9.00 pagi ke 10.00 pagi atau 3.00 petang ke 4.00 petang, seorang petugas akan membuat bunyi bunyian untuk memanggil Orang Utan makan.

Kadang-kadang tak keluar Orang Utan. Kadang-kadang keluar, tapi kat tempat lain. Bukan di tempat yang dah disediakan khusus.

Trip kali nih tak bernasib baik. Sebabnya kami datang pada musim buah. Bila tiba musim buah, kebanyakkan orang utan yang ada kat sini, tak akan keluar bila dipanggil untuk diberi makan. Sebab dah ada banyak makanan dalam hutan. 



Orang utan di Semenggoh Wildlife Centre
Ohh.. Belagak yer.. ;)

So panduan kepada yang nak datang ke Semenggoh Wildflife Centre nih, pastikan anda survey dulu sebelum datang. Sila jangan datang masa musim buah!


Sematan, LunduSebab tak berpeluang tengok Orang Utan, kami terus bergerak ke suatu lagi tempat menarik yang ada berhampiran Kuching, iaitu Sematan di Lundu. Sematan nih kalau tengok di peta, boleh kata tempat yang paling hujung boleh dicapai untuk pegi dengan kereta ler.



Peta Sematan Lundu Sarawak


Sebenarnya tak ada apa sangat yang menarik di Sematan. Cuma ada pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik! Ditambah dengan binaan jeti untuk bot dan perahu yang diparking di kiri dan kanannya, viewnya sungguh lah menakjubkan. Cer tengok gambar-gambar matahari terbenam di Sematan. Nice!



Pemandangan matahari terbenam yang cantik di Sematan Lundu Sarawak


Pemandangan matahari terbenam yang cantik di Sematan Lundu Sarawak


Pemandangan matahari terbenam yang cantik di Sematan Lundu Sarawak


Rancangan asal lepas feeling-feeling tengok sunset, nak merasa makanan segar laut kat Sematan nih. Tapi nak jadik cerita, black out pula satu kampung tu. So, tak ada kedai makan yang dibuka. Maka kami batalkan rancangan dan terus menghala balik ke Kuching.



Seterusnya aktiviti biasa-biasa berjalan di sekitar bandar Kuching. Sesi malam lebih rileks sebab taknak pulon berjalan sampai tak larat nak bangun plak nanti. So teruskan bacaan anda ke mana plak kami pergi pada hari seterusnya dalam Entri Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 2). Enjoi!



Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 2)

$
0
0
Hari ketiga kami bercuti ke Kuching, memang betul-betul jatuh pada Hari Kemerdekaan yang ke-57. Menjangkakan sambutan yang luar biasa di Kampung Budaya Sarawak, maka kami memang merancang untuk ke sana pada hari ini. Sebab tu pada hari semalam, kami banyak habiskan aktiviti bercuti nih di kawasan yang jauh dari pusat bandar. Supaya pada hari ini dapat bergerak ke Kampung Budaya Sarawak tepat pada masanya.

Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 2)


Hari Ahad (Day 3)
Oleh sebab nak menunggu kumpulan yang lagi satu nak ke Serikin, maka kami putuskan ke Kampung Budaya pada sebelah petang, iaitu semasa persembahan diadakan pada jam 4 petang. Maka sebelah paginya, kami akan habiskan masa melawat ke tempat menarik sekitar Pusat Bandar.

Sesi awal pagi macam biasa. Nasi lemak Kopi O Corner lah yang menjadi santapan awal pagi. Orang ramai macam biasa. Tapi servis memang tip top! So nak bergerak pun cergas lah sikit kan. Sebab perut dah kenyang terisi.


Dewan Bandaraya Kuching Utara
Selesai mengisi perut, maka kami pun bergerak ke bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang tersergam indah atas bukit. Tujuannya sebab nak tengok landmark tersebut dengan lebih dekat dan juga nak ke Muzium Kucing yang terletak di sana.

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Dewan Bandaraya Kuching Utara


Muzium Kucing
Sampai di sana, terus ke Kaunter Pertanyaan. Rupanya Muzium Kucing tersebut tak dibuka pada hari pelepasan awam. Salah timing ler plak. Ada lagi pelawat lain yang mundar mandir depan kawasan Muzium Kucing tersebut. Maka sebab taknak menghampakan niat nak ke sana, bergambar lah sket depan Pintu masuk Muzium Kucing.

Muzium Kucing


Kemudian dari sana kami terus menuju ke dua kedai kek lapis Sarawak yang popular di Kuching. Tak lain tak bukan, Mira Cake House dan Kek Lapis Dayang Salhah. Oleh kerana lokasi kedua-duanya yang berdekatan, maka kami parking kereta di tengah-tengah, dan jalan kaki sahaja.'


Mira Cake House
Mira Cake House yang sinonim dengan warna merah nih memang agak menonjol atas sebab lokasinya. Ada banyak pilihan kek lapis Sarawak dengan warna dan perasa yang pelbagai. Kawasan pameran agak sesak memandangkan banyak sangat kek lapis yang nak dipamerkan. Tapi dari kawasan tersebut, anda dah boleh nampak beberapa pekerja yang sedang menyediakan kek lapis tersebut di bahagian dalam kedai.

Mira Cake House


Kek Lapis Dayang Salhah
Kek Lapis Dayang Salhah nih pula berada pada kedudukan yang tersorok sket di belakang Surau. Namun bagi pengunjung setia yang dah biasa, sememangnya tak ada masalah nak cari di mana beradanya kedai tersebut. Ruang dalam untuk memilih kek lapis memang lebih selesa. Bilik beraircond. Kawasan yang besar. 

Kek Lapis Dayang Salhah

Kek Lapis Dayang Salhah


Fort Margherita
Selesai membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Sibu, kami bergerak ke Fort Margherita yang terletak berdekatan dengan kawasan kedai kek lapis Sarawak tadi. Jalan nak ke Fort Margherita nih tak berapa nak cun sangat. Dan sampai di sana, pun tak dibuka jugak. Lepas diselidik, adalah juga yang bagitau tempat ini dah lama ditutup. Atas tujuan apa tak pasti lah plak.

Fort Margherita


Fort Margherita nih sebenarnya adalah satu kubu lama yang dibina oleh Charles Brooke, Rajah Putih Sarawak. Nama Margherita nih diambil daripada nama isteri Charles Brooke sendiri, iaitu Margaret Alice Lili de Windt. 

Bangunan Fort Margherita ini juga cantik apabila dipandang pada waktu malam daripada Waterfront yang terletak di seberang sungai.'


Dewan Undangan Negeri
Kemudian kami terus bergerak ke Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dan tersergam indah berdekatan dengan kawasan ini. Bentuk kubah Dewan Undangan Negeri ini memang menarik dan unik. 


Dewan Undangan Negeri Sarawak


Sampai di pintu masuk, kami minta kebenaran daripada pengawal yang menjaga pintu masuk tersebut. Selepas dah diberi kebenaran secara bersyarat, iaitu tak boleh berhentikan kereta dan sekali pusing sahaja, maka kami pun naik ler ke atas. '


Dewan Undangan Negeri Sarawak


Memang cantik kawasan Dewan Undangan Negeri yang baru nih. Struktur binaan dan rekabentuknya jauh lebih menarik berbanding dewan undangan yang lama. Maka tak hairan lah sekarang Dewan Undangan Negeri ini selalu dijadikan bangunan ikon kepada Sarawak.'


Rumah Hijau Cafe
Selesai di Dewan Undangan Negeri, kami bergerak untuk makan tengahari. Nak makan tengahari yang paling best di Kuching, iaitu di Rumah Hijau Cafe. '
'
'
Rumah Hijau Cafe Kuching


Konsep Rumah Hijau Cafe nih memang menarik. Kedai makan, tapi seperti berada dalam rumah sendiri. So memang layan lah. Kebetulan pada hari Ahad, ada disediakan menu istimewa iaitu Nasi Beriani. Maka kami pun mencuba lah menu tersebut. Memang terbaik!


Rumah Hijau Cafe Kuching


Dah kenyang menjamu selera, maka kami pun bergeraklah ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuching. 


Kampung Budaya Sarawak
Kampung Budaya Sarawak nih terletak di Santubong. Maka dalam perjalanan ke sana, nampak lah gunung Santubong yang popular dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. 

Kampung Budaya Sarawak


Dah banyak kali sebenarnya saya dah datang ke Kampung Budaya nih. Tapi dalam banyak-banyak kali tu, rasanya kali ini persembahan dia memang tip top habis! Sangat ler terhibur dengan persembahan tarian daripada 6 etnik utama yang ada di Sarawak. Ada kelainan berbanding dengan kunjungan saya yang sebelum-sebelum nih.


Kampung Budaya Sarawak

Bagi yang nak berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak, pastikan anda tahu masa persembahan ini dijalankan, iaitu pada jam 11.00 pagi atau pun pada jam 4.00 petang. Timing mesti bagus. Barulah kunjungan jadi sangat bermakna dan berbaloi. 


Persembahan Kampung Budaya Sarawak


Selesai persembahan tarian di dewan utama, kami bergerak ke rumah-rumah tradisional yang ada dalam perkampungan tersebut. Dimulakan dengan Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Orang Ulu, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan akhir sekali Rumah Cina.

Kali ini kami salah timing!

Rupa-rupanya, selesai persembahan pada jam 4.45 petang tadi, bermakna tiada juga sambutan daripada penjaga rumah-rumah tradisional berkenaan. Mereka pun kerja sampai jam 5.00 petang juga. Maka banyak lah rumah-rumah yang sudah ditutup atau yang tidak ada penjaga.

Rumah Bidayuh Kampung Budaya Sarawak

Rumah Bidayuh Kampung Budaya Sarawak

Rumah Orang Ulu Kampung Budaya Sarawak

Rumah Melanau Kampung Budaya Sarawak

Rumah Melayu Kampung Budaya Sarawak

Rumah Cina Kampung Budaya Sarawak

Rumah Cina Kampung Budaya Sarawak


Tak dapatlah nak tengok tarian sambutan di rumah-rumah tersebut, serta aktiviti yang dijalankan oleh penjaga di sana. 

Maka kamu hanya luangkan masa yang ada dengan bergambar dengan rumah tersebut sahaja. So lain kali kena datang pada waktu pagi jika nak merasa pengalaman paling bermakna di Kampung Budaya Sarawak.


Damai Puri
Selepas sejam meronda, akhirnya kami keluar dan menuju ke Damai Puri yang terletak bertentangan dengan Kampung Budaya. Ini kali pertama saya ke sini. Maknanya memang dah lama tak datang area Kampung Budaya sampaikan ada bangunan baru yang dah siap didirikan pun saya tak tahu.

Damai Puri


Kawasan Damai Puri nih memang menarik. Penuh dengan pengunjung. Penuh juga dengan kedai-kedai cenderamata dan kedai makan. Pengunjung juga ada peluang untuk menonton matahari terbenam pada kawasan yang dah disediakan khusus. Kawasan ditandakan dengan binaan Kenyalang gergasi ala-ala tugu Helang di Langkawi. 

Damai Puri

Damai Puri

Damai Puri

Mee kolok Damai Puri


Sunset di sini boleh tahan meriahnya. So yang belum pernah ke sini, jemput datang yer!

Dari sini, kami terus pulang ke Kuching. Aktiviti malam, macam biasa. Lepak di Waterfront sambil melayan geng-geng pemuzik jalanan yang ada di sana. Pastu balik tido, dan ready untuk hari seterusnya.


Hari Isnin (Day 4)
Ini hari terakhir kami berada di Kuching. Hari untuk perjalanan pulang ke Sibu. Atas jemputan seorang rakan, maka kami bersarapan pada pagi ini di tempat baru yang terletak di Batu 7, iaitu Serapi Corner.

Serapi Corner
Ini kali pertama kunjungan saya ke Serapi Corner. Walaupun dah banyak kali ke Kuching, tapi balik-balik pegi kedai yang sama jugak. So, bersarapan pagi di Serapi Corner bersama Cikgu Ken LSC. 

Serapi Corner


Memang tak rugi kami dibawa ke sini. Menu yang disediakan, memang best! Confirm lepas nih Serapi Corner akan masuk list dalam senarai kedai makan wajib pergi lepas nih. Pilihan makanan pagi yang banyak dan juga keadaan kedai yang sangat selesa. Jadi tak hairan lah kenapa kedai makan ini sentiasa dipenuhi orang ramai.

Selepas sesi sarapan yang best, kemudian kami terus bergerak pulang ke Sibu. Dalam perjalanan hanya singgah di Layar untuk berhenti makan dan solat. Kami tiba di Sibu pada jam 5.00 petang. 


Rasa agak ok bila dimaklumkan oleh Tuan Bendahari kami, Cikgu Hafiz apabila kami hanya mengeluarkan bajet lebih kurang RM250 setiap seorang bagi semua perbelanjaan sepanjang di Kuching. Perbelanjaan adalah termasuk duit minyak kereta, penginapan, makan 4 hari 3 malam dan tiket masuk ke semua tempat yang berbayar. 

Sebelum ini tak pernah nak catat-catat berapa bajet yang dikeluarkan. Semoga panduan ini boleh digunakan bagi mereka yang nak merancang bercuti ke Kuching, terutamanya bagi mereka yang nak adakan Road Trip macam kami nih. Soal bajet dan keselamatan harus diutamakan. Sampai kita berjumpa lagi dalam trip yang seterusnya!



Sebar Jawapan Murid : Anda Setuju?

$
0
0
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dah mula keluarkan kutukan keras mengenai tindakan segelintir guru yang selalu memuatnaiknaik kertas jawapan soalan murid sekolah rendah, sehingga menjadi viral di media sosial.

Lebih mengejutkan juga, dalam kenyataan akhbar tersebut, dikatakan ianya dipercayai dilakukan oleh segelintir guru sekolah rendah di negara ini. Sumber

Dalam kenyataan Presidennya, Hashim Adnan, tindakan itu adalah melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru, apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi 'mangsa' guru terbabit.



Foto
Antara jawapan murid yang menjadi viral di laman sosial

Dalam hal cikgu sekolah rendah atau cikgu sekolah menengah, yang itu saya kurang bersetuju dengan apa yang dikatakan. Bagi saya, sama saja. Cikgu sekolah rendah pun ada yang buat. Cikgu sekolah menengah pun ada yang buat. 

Tapi dalam hal mengaibkan murid, yang ini saya agak bersetuju dengan pendapat Presiden NUTP. Walaupun tujuan asalnya mungkin adalah untuk bergurau, namun kadang-kadang gurauan kita mungkin tak kena gaya, tak kena tempat.


Saya ambik contoh kes adik Syafiqah yang viral kerana "Buku ke Belacan?".

Memang pada mulanya, kita sangat 'terhibur' melihat keletah adik Syafiqah yang dengan selamba dan bersahaja memberi jawapan terhadap persoalan cikgunya. Kita ketawa atas kelucuannya. Namun apa yang berlaku selepas itu cukup mengejutkan.



Buku ke Belacan?

Daripada sebaran yang satu lagi pula mendakwa, adik Syafiqah menjadi trauma akibat mula diejek oleh rakan-rakan di sekolah. Trauma ini sehinggakan adik Syafiqah malu untuk keluar rumah bersama kawan-kawannya. Sumber

Adakah ini yang kita mahukan?


Saya yakin, niat guru berkenaan bukanlah untuk memalukan adik Syafiqah nih. Tetapi untuk berkongsi kelucuan dengan orang lain. Tapi apa yang berlaku adalah kesan di luar kawalan kita. Maka bukan kah lebih baik kita mengelak daripada terpaksa 'merawat luka parah' itu?

Dalam kes adik Syafiqah ini, ternyata terang-terangan adik ini DIBULI SECARA SIBER! Dan seperti anda sedia maklum, lebih ramai lagi sebelum ini yang menjadi mangsa buli siber tanpa kita sedar, dan rupanya kita juga mungkin termasuk dalam salah seorang kaki buli tersebut!


Takrifan National Crime Prevention Council siber-buli adalah "apabila Internet, telefon bimbit atau alat lain yang digunakan untuk mengirim teks atau imej diniatkan untuk mencedera atau memalukan orang lain. Sumber

Di zaman ICT ini, di mana semua orang mahu berkongsi sebahagian daripada diri mereka di mana-mana saja, salah guna media boleh berlaku dengan mudah. Maka, bersama-sama lah kita menjaga etika dan tatatertib semasa melayari internet dan juga meluangkan masa di laman sosial.

Niat kita mungkin bagus. Mungkin bagi tujuan bersahaja. Berkongsi jenaka dengan rakan-rakan. Namun, kadang-kadang tindakan tanpa kawal sebegitu juga dapat memberi kesan buruk kepada kita, atau pun orang lain.

Seperti mana di dunia sebenar, maka jagalah juga adab apabila berada di dunia maya. Salah langkah berkomunikasi di dunia maya, boleh mengundang bencana di dunia sebenar. Maka, silalah KLIK DENGAN BIJAK!




Bengkel Penyediaan Bahan VLE Guru Cemerlang 2014 Peringkat Negeri Sarawak

$
0
0
Kali ini saya berpeluang untuk mengikuti Bengkel Penyediaan Bahan VLE atau lebih dikenali sebagai FROG untuk Guru Cemerlang. Bengkel yang dijalankan adalah untuk peringkat negeri Sarawak, kerana melibatkan Guru Cemerlang dari PPD Sibu, Selangau, Kanowit, Sarikei, Julau, Meradong, Kapit, Song, Mukah, Dalat, Daro dan Saratok.


Bengkel Penyediaan Bahan VLE Guru Cemerlang 2014 Peringkat Negeri Sarawak


Daripada apa yang saya fahamkan sepanjang mengikuti bengkel 3 hari ini, semua Guru Cemerlang ini dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 1 page mengenai topik tertentu mengikut subjek kepakaran masing-masing. Page VLE ini kemudiaannya akan dikongsikan dengan KPM, dan jika bahan yang dihasilkan adalah bagus dengan kualiti tertentu, maka bahan itu akan dikongsikan pula dengan guru-guru lain di seluruh Malaysia.

Maka, untuk bengkel ini, kami diajar cara menghasilkan page masing-masing. Beberapa panduan seperti memuatnaik gambar dan video juga diajar. Pengajaran lebih berfokus kepada penyediaan kandungan, bukan kepada rekabentuk dan susunatur.


Bengkel Penyediaan Bahan VLE Guru Cemerlang 2014 Peringkat Negeri Sarawak


Secara jujurnya, sekalipun dah 2 tahun berblogging, tapi bila nak gunakan Frog VLE ini, terkedek-kedek juga saya dibuatnya. Butang dan function yang berbeza juga menyebabkan saya terpaksa explore dulu, sebelum melakukan apa-apa perkongsian dalam page saya. 

Walaupun ada part yang lebih kurang fungsinya, tapi ada lah jugak sikit-sikit yang masih boleh dipelajari. 

Setelah bertungkus lumus untuk 3 hari, maka ini lah hasil saya. Design page adalah menggunakan template yang disediakan. Tajuk pilihan saya adalah Ujian Makanan, subjek Sains Tingkatan 2.


Bengkel Penyediaan Bahan VLE Guru Cemerlang 2014 Peringkat Negeri Sarawak


Secara peribadi, platform Frog VLE ini merupakan inisiatif yang sangat bagus jika digunakan dan jika sekiranya dapat berfungsi dengan baik. Banyak kelebihannya, terutamanya bab perkongsian ilmu dalam kalangan guru-guru.

Walaubagaimanapun, jika dapat diperbaiki permasalahan yang wujud di sekolah dan pada platform itu sendiri, saya yakin ianya boleh menjadi sesuatu yang lebih berjaya dan bermakna!



Perhimpunan Industri Kreatif di KL Converge!

$
0
0
Berita baik untuk para penggemar dan penggiat industri kreatif di Malaysia! Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan perhimpunan pertama seumpamanya di Malaysia, iaitu KL Converge! pada 17 - 19 September 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
















Apa Itu KL Converge!?
KL Converge! adalah medan penumpuan idea-idea, dan pengedaran bahan digital melalui web. Beratus-ratus juta orang di seluruh negara-negara ASEAN kini menjadi begitu bergantung kepada aplikasi untuk membantu mereka menjadi cekap dan ICT telah membolehkan pengguna untuk itu. 





Permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna untuk kebergantungan kepada bahan digital, akses kepada pendidikan, hiburan, dan kandungan interaktif telah mencabar pemaju untuk melakukan yang terbaik bagi memacu inovasi yang mengubah kehidupan pengguna.

KL Converge! akan menyediakan satu platform untuk pengguna, pemaju, pengeluar, penulis, pengarah dan animator untuk datang bersama-sama, untuk bertemu dan berkumpul idea bagi mewujudkan sebuah dunia digital baru yang lebih berani.

* Malaysia juga merupakan negara yang berada di tangga ke-4 dunia yang mempunyai 'warga digital' bagi kadar penggunaan jalur lebar dan aplikasi internet dalam tempoh lebih dari 5 tahun di kalangan masyarakat.



Siapa Yang Patut Hadir?
Mereka yang terlibat dalam industri kandungan kreatif, termasuk pelabur, usahawan dan sesiapa sahaja yang ghairah tentang dunia menarik hiburan digital. Anda akan berpeluang menemui sebilangan ikon cemerlang dalam bidang tersebut. 

Antara mereka adalah Namik Malhotra, pakar kesan khas bagi filem Transformer dan juga Roger Christian daripada filem Star Wars! Melalui perkongsian daripada pakar ini, diharapkan juga penggiat industri kreatif dan animasi negara boleh mempelajari kaedah untuk menembusi pasaran luar dan tidak hanya tertumpu kepada pasaran tempatan.

Efek kesan khas Transformer

Anda juga boleh mengikuti bengkel dan ceramah dari para veteran industri dari seluruh Asia, mencari peluang dengan pemodal teroka, dapatkan pandangan dari pelbagai TV dan rangkaian eksekutif filem, dan mempunyai perbincangan terbuka dengan badan-badan kawal selia, universiti dan tokoh-tokoh korporat yang lain.

Justeru itu, pengamal industri kreatif dan animasi negara perlu mengambil peluang ini bagi bekerjasama dengan golongan profesional antarabangsa bagi menghasilkan karya dengan idea yang boleh menembusi pasaran antarabangsa, terutamanya di Hollywood, Bollywood dan pasaran ASEAN.



Apa Aktiviti Yang Dianjurkan?
Perhimpuanan 3 hari yang penuh aksi pameran, sesi interaktif dan dialog, kelas master dan bengkel, paparan menarik dan juga satu majlis anugerah. Ia akan menjadi satu pengalaman yang berharga untuk menunjukkan bagaimana teknologi dan kandungan adalah merupakan satu bahagian setiap hari dalam hidup kita. 

Tema KL Converge! berkonsepkan kepada 'lihat', 'sentuh', 'rasa', 'persembah', 'cakap', 'dengar' dan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk daripada pelbagai negara dan syarikat-syarikat, dengan demo terus atau memaparkan aplikasi, permainan, Shorties, filem, dan rancangan TV.


Perhimpunan Mega Industri Kreatif di KL Converge!
















Untuk anda yang berminat nak tahu lebih lanjut lagi mengenai KL Converge!, boleh rujuk senarai aktiviti penuh sepanjang 3 hari di: http://klconverge.com

Peserta juga boleh mendaftar dalam talian di: http://klconverge.com/register/

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pn Noor Hidayah Abd Rahman di 03-8688 8241.

Datang dan berkumpul dengan kami!




Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 Tahun 2014

$
0
0
Berikut adalah Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 bagi tahun 2014. Ujian Bertulis PT3 ini adalah bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Bersepadu, dan Pendidikan Islam. Juga termasuk calon yang mengambil subjek bahasa seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Arab, dan Bahasa Punjabi. Jadual terbahagi untuk 3 kategori, iaitu Calon Biasa, Calon Berkeperluan Khas A dan Calon Berkeperluan Khas B. 


Calon Biasa
Calon Biasa adalah calon sekolah dan calon persendirian. 
Tiada masa tambahan diberikan.

Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 Tahun 2014 Calon Biasa


Calon Berkeperluan Khas A
Calon buta, rabun, spastik, autism, sindrom down, ADHD, disleksia dan cacat anggota. Juga calon yang kemalangan dan tidak boleh menulis dengan tangan biasa menulis. 
Masa tambahan selama 1 jam diberikan.

Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 Tahun 2014 Calon Berkeperluan Khas Kategori A


Calon Berkeperluan Khas B
Calon pekak dan bisu.
Masa tambahan selama 30 minit diberikan.

Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 Tahun 2014 Calon Berkeperluan Khas Kategori B


Bagi yang nakkan Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 Tahun 2014 secara soft-copy, boleh juga download terus di SINI.

Untuk adik-adik pelajar yang merupakan calon PT3 2014, cikgu ucapkan Selamat Maju Jaya! Semoga dapat buat yang terbaik! ;)



Isu Soalan Sains UPSR Bocor : Bukan Kali Pertama!

$
0
0
Berita petang yang mengejutkan ramai pihak. Pihak KPM terpaksa membuat keputusan menangguhkan semula ujian Sains UPSR pada tahun ini kerana didapati telah dibocorkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Saya yakin ramai pihak yang kecewa dengan peristiwa yang berlaku, dan dalam masa yang sama juga mendedahkan 'apa sebenarnya' yang berlaku dalam dunia pendidikan kita sekarang ini.


Isu Soalan Sains UPSR Bocor : Bukan Kali Pertama!


Dan yang paling menarik perhatian saya tentulah soal etika pegawai yang menguruskan. Mana pegi amanah? Mana pegi rasa tanggungjawab? Memang ke laut!!! 

Ini bukan isu baru. Tahun lepas juga kita dikejutkan dengan isu soalan bocor Matematik SPM. Riuh rendah juga sampai keluar suratkhabar. Tapi kemudiannya didapati tidak bocor. Beza dengan tahun ini, diumumkan dengan segera di semua media sosial, ujian akan ditangguhkan sehingga 30 September.



Isu Soalan Sains UPSR Bocor : Bukan Kali Pertama!


Ibu bapa, guru dan pelajar sendiri tentu merasa letih dengan segala apa berlaku. Mental exhausted. Bersusah payah berusaha, tiba-tiba, dengan kebodohan sesetengah pihak nak untung cepat, maka terpaksa menunggu satu tempoh yang panjang. Padahal baru 2 hari UPSR bermula. 

Diharapkan semua pihak dapat mengambil positif perkara ini. Nasi dah jadi bubur. Tak perlu nak fikir benda yang lepas.

Mudah-mudahan dengan adanya penangguhan Sains UPSR ini, maka pelajar dapat memberi lebih fokus kepada subjek esok, iaitu Bahasa Inggeris. Dan pelajar juga mendapat lebih panjang tempoh untuk mengulangkaji bagi subjek Sains nanti.

Apa pun cikgu ucapkan kuatkan semangat dan terus berusaha lebih kuat kepada calon UPSR 2014. Jangan jadikan ini sebagai penghalang kepada semangat juang anda. Semoga berjaya!



Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja MTD Tahun 2015

$
0
0
Tawaran permohonan kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi sesi tahun 2015 sudah dibuka. Bagi pelajar Tingkatan 3 2014 yang berminat untuk menjadi Putera MTD, anda bolehlah tengok syarat dan cara memohon seperti di bawah.


Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja MTD Tahun 2015


Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Jantina - Lelaki
3. Tinggi minimum - 152 sm
4. Berat minimum - 40.5 kg
5. Body masa index (BMI) - 18 hingga 27
6. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
7. Penglihatan - baik dan tak rabun warna. Jika berkacamata, tidak melebihi 6/12
8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
9. Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) di dalam PT3 2014
10. Keutamaan diberi kepada pelajar yang aktif sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform
11. Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)
12. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikuti pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2015.



Cara Memohon
1. Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang secara online melalui laman web http://www.rmc.edu.my


Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja MTD Tahun 2015


2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2014
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi, Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-89465565/03-89655562.


Selamat berjaya untuk adik-adik yang berminat memohon. ;)


Isu UPSR Bocor : Makin Kritikal, Makin Parah

$
0
0
Selepas satu negara gempar dengan isu Soalan Sains UPSR yang bocor sebelum ujian, tak sampai sehari, esoknya keluar plak pengumuman mengenai penangguhan ujian Bahasa Inggeris. Malah dalam ura-ura tersebut, khabarnya Matematik juga bocor sehingga ada yang berpendapat bahawa keseluruhan ujian UPSR patut diadakan semula!


Isu UPSR Bocor : Makin Kritikal, Makin Parah


Memang mengecewakan. Sangat memalukan.

Bukan sekadar ibubapa, dan guru sahaja, malah pihak lain juga turut merasakan tempias kekecewaan dan kegeraman tersebut. Dan yang paling mengesiankan adalah para pelajar yang merupakan calon UPSR tahun ini. 

Mana tak kecewa, di saat segala persiapan dilakukan dengan seterbaik mungkin, segala harapan dan usaha dikecewakan dengan tindakan tidak amanah dan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang mau untung senang!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia


Perbuatan yang sebegini merupakan satu jenayah yang sangat besar dan mencemarkan imej Kementerian Pendidikan Malaysia serta profesion guru, selain daripada menyusahkan hampir 472 853 calon UPSR yang terpaksa menduduki semula ujian ini pada 30 September nanti. Sumber

Dalam perkembangan terbaru isu UPSR bocor ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia menggantung tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan (LPM) Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta berikutan insiden kebocoran soalan UPSR ini. Sumber


Pengarah Lembaga Peperiksaan (LPM) Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh


Tindakan ini kemudiannya disokong oleh beberapa pihak lain seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP), Institut Integriti Malaysia dan juga Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan. Sumber

Sambil menegaskan tindakan 'menggantung tugas' tidak bermaksud kedua mereka didapati bersalah. Tetapi penggantungan tersebut dapat memberi ruang yang lebih luas untuk proses siasatan dilakukan.

Tempat tersebut kemudiannya akan digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan), iaitu Datuk Misrah Ibrahim. Sumber


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan), iaitu Datuk Misrah Ibrahim


Ramai pihak yang berharap, isu ini akan ditangani dengan sangat berkesan. Cari dalang yang bikin kekecohan nih, hukum dengan hukuman yang maksimum mungkin supaya jadi pengajaran kepada yang lain, dan juga pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi!

Dalam keadaan masyarakat dan juga segelintir puak minoriti dalam kalangan ahli pendidikan sendiri yang sering mempertikaikan kebolehan Kementerian Pendidikan dalam menguruskan hal-hal pendidikan, isu sebegini tidak boleh dibiarkan menjadi barah dan modal untuk mereka terus mengkritik.

Tangani isu ini dengan bijaksana. Bukan dengan menuding jari ke sana ke sini, sehingga yang tak bersalah menjadi mangsa dan habuan pelepas diri masing-masing. Lakukan siasatan sehingga ke akar umbi. Ambil tindakan dengan hukuman yang seberatnya bila dah dapat penjenayah.

Dan,

Kembalikan semula maruah dan kepercayaan masyarakat terhadap integriti mereka yang bergelar guru!




Pengalaman Shooting Video Dengan Profesional

$
0
0
Pada 11 September yang lalu, saya berkesempatan untuk bersama-sama terlibat dengan satu penggambaran dengan sebuah syarikat penerbitan di sekolah saya. Memang diorang ke sekolah bagi tujuan merakamkan video mengenai aktiviti saya. Untuk tujuan apa, nanti saya kongsikan. Sementara waktu nih nak fokus cerita pada pengalaman shooting bersama mereka-mereka profesional yang terlibat dalam industri kreatif.


Cikgu Hailmi semasa shooting


Dua minggu sebelum didatangi oleh pasukan ini, saya sudah dihubungi oleh seseorang yang mengenalkan dirinya sebagai Hazel Fernandez. Katanya, mereka sepasukan akan ke Sibu, spesifiknya ke sekolah saya bagi tujuan menghasilkan video. So sedikit perbincangan dilakukan bagi memastikan kelancaran penggambaran yang bakal berlangsung pada tarikh yang ditetapkan.

So, maka pada tarikh yang dijanjikan, maka datanglah pasukan tersebut. Saya dikenalkan dengan beberapa nama, Kak Rosnah dan lain-lain (dah tak ingat nama.. ). Dengan peralatan penggambaran yang banyak dan terpaksa diangkut ke kelas yang berada di tingkat 4. Sengaja kan nak buat tinggi-tinggi?. He3..

Kemudian bermula lah sesi penggambaran. 

Mula-mula penuh kelas dengan pelajar. Keh3.. Nervous pulak dok menghadap kamera sambil diperhatikan pelajar yang hampir 40 orang. So, terpaksa lah bagitau diorang berpindah sekejap ke Bilik Audio Visual, bagi membolehkan cikgu mereka mempamerkan 'aksi' yang menarik. Hu3..

Sikap Hazel dan juga Kak Ros (tak tau mana satu Pengarah / Penerbit) yang sempoi dan peramah, menyebabkan tak ler saya rasa stress sangat. Serius.. Mereka memang banyak membantu, terutamanya untuk saya rileks dan bersahaja sepanjang penggambaran. Supaya nampak natural lah kan.. 


Hazel Fernandez memberikan arahan kepada Cikgu Hailmi untuk sesi shooting


Selesai saja sesi di kelas, sambung dengan dengan sesi konon-konon saya sedang mengajar di kelas. Keh3.. Part susah dan mencabar gak nih. Time biasa mengajar, memang ler ok. Sebab takde orang memerhati. Kali nih siap dengan kamera bagai, maka ibarat mengajar sambil diperhatikan 6 orang Nazir.. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar.


Sesi shooting yang berlangsung di sekolah


Dengan kebenaran pihak sekolah, terus kami bergerak ke perkampungan Iban yang terletak tidak lah jauh sangat dari kawasan sekolah. Nanga Sekuau. Nanga tu adalah Muara. Penggambaran di sini adalah lebih kepada fokus penggunaan perahu dan sungai. 

2 jam jugak lah kami di sini, sebelum bergerak ke penempatan semula Skim Sekuau. Terus bergerak ke Rumah Panjang Dingon. Bagi persiapan di rumah panjang ini, saya dah awal-awal memohon pertolongan daripada seorang guru yang juga menetap di rumah panjang tersebut, iaitu Cikgu Ngayon Muntegrai.

Pesan saya, hanya sediakan makanan dan minuman berkotak bagi kanak-kanak dan tetatmu yang datang sudah mencukupi.

Akan tetapi, sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta, sudah kedengaran bunyi Betaboh Iban. OMG! Confirm dibuat segala upacara dan majlis sambut tetamu yang lebih meriah daripada yang saya maklumkan.

Memang betul!

Kami dijemput oleh Tuai Rumah ke dalam rumah panjang, sambil diiringi muzik Betabuh dan diiringi oleh 2 anak kecil yang lengkap memakai pakaian tradisional Iban yang dikenali sebagai Ngepan. Sempat juga Cikgu Ngayon berbisik kepada saya, ini kehendak Tuai Rumah yang nak mengalu-alukan kedatangan tetamu jauh ke rumah panjang ini. Maka, sangat lah saya rasa berterima kasih.


Ngajat Iban yang dipersembahkan semasa kedatangan kami


Maka dibawa lah kami dari satu hujung rumah panjang, sehingga ke hujung satu lagi sebelum dibawa duduk di Ruai (ruang berkumpul dengan bilik-bilik) yang dah siap dihias dengan motif Iban.

Kemudian kami dipersembahkan dengan tarian Ngajat Iban. Nak lagi special, Tuai Rumah, Encik Dingon juga berbesar hati mempersembahkan tarian Ngajatnya yang tersendiri. Terima kasih lah banyak-banyak untuk layanan yang sampai sebegitu. Sempat juga Tuai Rumah memberi ucapan alu-aluan bagi mengalukan kedatangan para tetamu.


Cikgu Hailmi dan Kak Ros bergambar kenangan dengan Tuai Rumah Dingon


Selesai upacara sambutan, kami terus sambung balik shooting bagi scene yang terakhir, iaitu scene di rumah panjang. Di sini pun tak banyak masalah yang berlaku. Dan berlangsung dengan sangat terkawal. So cepat saja lah semuanya berlangsung.

Sesi penggambaran berakhir lebih awal daripada yang dijangkakan. Perancangan yang betul dan rapi, banyak membantu sesi ini berlangsung dengan baik. Mujurlah saya juga ada sedikit pengalaman dalam perkara-perkara sebegini, maka dapatlah berkomunikasi dengan baik.


Betabuh Iban


Secara jujurnya, memang penat. Terkejar ke sana, terkejar ke sini. Sebelum nih senang jer 'buli' pelajar-pelajar saya untuk berlakon dan terlibat dengan video camnih. Tapi bila dah diri sendiri yang mengalaminya, baru lah tahu, betapa penatnya kerja-kerja sebegini. Tapi tetap best!

Best sebab dapat pengalaman berharga. Banyak juga input pembikinan yang saya dapat daripada Hazel, Kak Ros dan kru yang lain. Pengalaman perlu ada dengan sesi kutip ilmu sekali. Barulah bermakna setiap apa yang kita lakukan.


Bergambar kenangan dengan isi rumah panjang Dingon


Paling teruja, tentulah tak sabar nak tengok hasil video tersebut bila dah disiapkan. InshaAllah dalam masa terdekat nih, mungkin ada peluang untuk melihat hasil tersebut dalam Youtube (atau mungkin TV?.. jeng.. jeng.. jeng..)

InshaAllah moga dengan kesempatan dan peluang yang diberikan ini, dapat membuka jalan lain yang selebarnya kepada saya untuk terlibat lebih aktif dengan perkara yang sebegini. Paling penting, ke arah usaha nak memartabatkan lagi profesyen perguruan. Kan saya nih cikgu!


p/s: Hazel dan Kak Ros adalah antara mereka yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Jasmin Ahmad untuk filem 'Mualaf'.. Hebat kan?.




Iklan Jawatan Kosong Guru DG41 dan PPM N17 di Sekolah Dalam Hospital (SDH)

$
0
0
Nampaknya keperluan terhadap Sekolah Dalam Hospital (SDH) telah diperluaskan lagi kepada beberapa negeri lain. Sukacita juga dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Guru DG41 dan PPM N17 di Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Perlis, Terengganu dan Sabah.


Iklan Kekosongan Jawatan Guru DG41 dan PPM N17 di Sekolah Dalam Hospital (SDH)
Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis

Rujuk iklan kekosongan jawatan seperti di bawah :

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 di Sekolah Dalam Hospital (SDH) berikut:
  1. SDH Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis 
  2. SDH Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
  3. SDH Hospital Tawau, Tawau, Sabah
Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum 08 Oktober 2014 (Rabu).
Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah :


Muat Turun
Surat Siaran
Kriteria Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di SDH
Kriteria Permohonan Pembantu Pengurusan Murid N17 di SDH
Borang Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di SDH
Borang Permohonan Pembantu Pengurusan Murid N17 di SDH



Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Khas


Kepada guru yang berminat nak mencuba, silakan. Bagi yang nak mengetahui lebih lanjut mengenai Sekolah Dalam Hospital (SDH), boleh teruskan membaca entri "Apa Itu Sekolah Dalam Hospital?"

Semoga berjaya!


Koleksi Soalan Percubaan SPM 2014 SBP (Sekolah Berasrama Penuh)

$
0
0
Kepada rakan-rakan guru dan adik-adik pelajar yang tengah mencari bahan untuk ulangkaji akhir SPM 2014, koleksi soalan percubaan trial SPM 2014 oleh SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ini boleh dijadikan bahan yang bermanfaat. Walaupun tak lengkap bagi semua subjek dan ada yang ada skema, ada yang tak ada, namun saya berharap bahan ni boleh membantu kita semua dalam merancang menghadapi Peperiksaan SPM 2014 pada awal November nanti. Semua dijemput mendownload dan menggunakan bahan dengan sebaiknya. Segala kredit adalah untuk tuan punya fail yer.. ;)


Koleksi Soalan Percubaan SPM 2014 SBP (Sekolah Berasrama Penuh)



Koleksi Soalan Percubaan SPM 2014
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam
Prinsip Perakaunan  Kertas 1 + Kertas 2 + Skema
Matematik Tambahan
Biologi
Kimia
Fizik


Semoga bermanfaat!
Kredit : http://cikgusazali.blogspot.com/





Koleksi Soalan Percubaan PT3 2014 (Kedah)

$
0
0
Bagi guru-guru dan adik-adik yang nak buat ulangkaji bagi menghadapi PT3 pada tahun ini, boleh lah gunakan koleksi soalan percubaan trial PT3 negeri Kedah ini untuk memantapkan lagi pemahaman pada subjek Ujian Bertulis. Jemput download dan juga semua kredit adalah untuk tuan punya fail.. ;)



Koleksi Soalan Percubaan PT3 2014 (Kedah)



Koleksi Soalan Percubaan PT3 2014
Kedah

Bahasa Melayu + Skema
Bahasa Inggeris + Skema
Matematik + Skema
Sains + Skema
Kemahiran Hidup KMT + Skema
Kemahiran Hidup ERT + Skema



Semoga bermanfaat
kredit : http://cikgusazali.blogspot.com/





Modul Peningkatan Prestasi SPM 2014 (Kedah)

$
0
0
Bagi memeriahkan lagi latihan ulangkaji menghadapi SPM 2014, saya serta download link kepada Modul Peningkatan Prestasi SPM 2014 yang disediakan oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia daripada Negeri Kedah. Tentu hebat bahannya kan?. Ada banyak subjek, serta lengkap dengan skema untuk anda cuba di rumah. Selamat mencoba!


Modul Peningkatan Prestasi SPM 2014 (Majlis Pengetua Sekolah Malaysia - Negeri Kedah)



Modul Peningkatan Prestasi SPM 2014
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia
Negeri Kedah

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Sejarah
Matematik
Sains
Pendidikan Islam
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ekonomi Rumah Tangga
Sains Pertanian
Geografi
Pendidikan Seni Visual
Kesusasteraan Melayu
Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Bahasa Arab
Pendidikan Syariah Islamiah


Semoga bermanfaat!
Kredit : http://www.smktunkuputera.com




Info Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Negeri / Zon

$
0
0
Hari nih saya didatangi surat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Surat jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014. Ini kerana 1 daripada 2 video penyertaan sekolah saya telah berjaya mendapat tempat antara 10 video terbaik bagi Zon Sarawak. 

Keputusan penuh hanya akan diketahui pada majlis tersebut yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2014, bertempat di Hotel Hilton, Kuching. Tentulah berdebar-debar kan, sebab kedudukan video masih belum diketahui. 7 tempat untuk Saguhati dan 3 hadiah utama yang sedia untuk direbut. 



Info Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Negeri / Zon


Jumlah penyertaan pada tahun ini juga meningkat kepada hampir 4000 video berbanding LRK2013, 3+++. Maka persaingan tentulah sangat sengit, dan jauh lebih sengit berbanding tahun sebelumnya. Semua orang pun dah makin pandai buat video yang bagus-bagus macam kat Youtube. Semoga yang terbaik untuk semua peserta.

Sekolah yang berjaya akan dihubungi melalui surat atau fax atau panggilan telefon terus kepada sekolah. Jangan risau. Sebab sepanjang berurusan dengan MCMC, konsep mereka, pasti akan cari anda sampai jumpa jika anda terpilih. So banyak-banyak berdoa lah yer!


BACA : Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Pastu jangan nak kalut-kalut cari MCMC lak untuk bertanya anda terpilih atau pun tak. Sebabnya penyampaian hadiah akan diadakan secara berperingkat mengikut zon / negeri. Kali nih rasanya Zon Tengah yang bukak pentas dulu, sambil diikuti Zon Sarawak, Zon Sabah dan lain-lain. So, bersabar dan tunggu giliran anda yer!


Jom kita tengok info bagi majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 bagi peringkat zon / negeri
* akan dikemaskini dari masa ke semasa


29 September 2014
ZON TENGAH 
KL, Selangor, Negeri Sembilan
MCMC, Cyberjaya


3 Oktober 2014
ZON SARAWAK
Sarawak
Hotel Hilton, Kuching


8 Oktober 2014
ZON SELATAN
Johor, Melaka
Hotel Thistle, Johor


Untuk maklumat zon lain macam ZON SABAH, ZON UTARA, ZON TIMUR, nanti saya kemaskini dari masa ke semasa yer. Sapa yang ada info, boleh tolong maklumkan saya jugak yer!



Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal

$
0
0
Perkembangan terkini mengenai Liga Remaja Kreatif 2014 adalah mengenai sesi pitching yang diadakan bagi kategori Apps dan juga Web Portal. Oleh kerana pemenang bagi kategori ini hanyalah 1 terus pada peringkat kebangsaan, maka sesi pitching diadakan bagi memilih pemenangnya.


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Sesi pitching diadakan pada 18 dan 19 September bersempena dengan berlangsungnya KL Converge. 5 buah sekolah dengan apps dan web portal terbaik seluruh Malaysia telah dijemput bagi sesi ini. Sesi pitching nih lebih kurang macam sesi nak memperjelaskan lagi fungsi dan apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan produk kita. Ini juga untuk meyakinkan para juri supaya memilih apps dan web portal yang kita sediakan.

Kebetulan saya dan 2 orang pelajar saya juga berada di KL Converge bagi sesi perkongsian pemenang LRK 2013, maka kesempatan yang ada kami singgah sekejap ke bilik LRK 2014. Nak melihat siapakah calon-calon pemenang hadiah tunggal bagi kategori apps dan juga web portal. Menang iPhone 4 biji beserta wang tunai RM5000 tu!


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Selain itu juga, nak ambil pengalaman dan pengetahuan sket mengenai sesi pitching. Mana tau masa depan ada juga rezeki pelajar-pelajar saya yang dapat peluang sebegini. Dapat juga buat persediaan dengan lebih baik.

Sesi pitching bagi kategori apps dan web portal diadakan pada hari yang berbeza. Saya hanya sempat ikut bagi kategori apps sahaja. Itu pun tak dapat nak tunggu sampai 2 pasukan terakhir disebabkan persiapan yang perlu dibuat bagi sesi perkongsian saya dan pelajar-pelajar saya.


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Pelajar yang membentangkan beberapa kelebihan dan keistimewaan berkaitan dengan apps yang mereka hasilkan. Menakjubkan! Banyak juga apps yang bagus, dan paling tak sangka bila ianya dihasilkan oleh anak remaja Malaysia. Tahniah saya ucapkan.

Pembentangan mereka disusuli oleh sesi soal jawab bersama juri. Ada 4 orang juri semuanya, mewakili MCMC, KPM dan 2 lagi agensi lain. Kebanyakan soalan daripada juri adalah berkisarkan kepada mahukan lebih penjelasan bagaimana apps tersebut berfungsi serta kesahan maklumat yang disiarkan pada apps tersebut.


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Secara jujurnya, saya perhatikan adik-adik yang  terpilih ini mempunyai persediaan yang agak bagus dari segi penampilan, persembahan powerpoint dan juga persembahan semasa membentangkan. Bukan main pakai redah. Sebaliknya menunjukkan persiapan rapi bagi memberikan yang terbaik. Tahniah!

Ada beberapa kesilapan teknikal yang berlaku, dan sepatutnya dielakkan lebih awal. Sebagai contoh keserasian komputer yang digunakan dengan LCD projektor yang disediakan. Mungkin pada masa akan datang, perlu sedikit masa untuk menguji terlebih dahulu, sebelum pembentangan bermula.


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Dari segi apps pula, memang terbaik! Salute dengan anak-anak Malaysia yang kreatif. Cuma saya perhatikan hampir kesemua apps yang berjaya ke peringkat pitching ini menggunakan konsep kuiz dan juga nota online. Mungkin boleh kreatifkan lagi kepada bentuk permainan dan juga video atau apa-apa lagi yang lebih interaktif dan menarik.


Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kepada semua finalis! Cikgu yakin, InshaAllah sedikit masa lagi, kita akan dapat lihat lebih banyak apps berkualiti hasil anak tempatan. Teruskan berkarya dan menghasilkan kandungan kreatif yang terbaik dan bermanfaat! 

Untuk pemenang, seawal-awal TAHNIAH saya ucapkan!


* kena tunggu hujung Oktober untuk tau pemenangnya sapa, sekali dengan pemenang video peringkat kebangsaan. May the best group win.. ;)



Viewing all 1602 articles
Browse latest View live