Saponifikasi (saponification) atau pun proses menghasilkan sabun ini adalah aktiviti mudah yang boleh dijalankan di rumah atau makmal sekolah. Cara paling senang untuk kita nak dapatkan sabun. Boleh belajar dan buat sendiri. Tetapi, awas! Sila amalkan langkah keselamatan tahap makmal, sebab kita ada gunakan bahan beralkali pekat yang boleh menghakis.
Saponifikasi
Bahan Yang Diperlukan
1. Minyak sayuran (minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak zaitun etc)
2. Natrium hidroksida pekat (NaOH)
Prosedur
1. 5cm3 minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar
2. Tambahkan sebanyak 50cm3 larutan pekat 5 mol dm-3 natrium hidroksida
3. Kacau dan panaskan campuran sehingga mendidih
4. Tambah lagi 50cm3 air suling dan 3 spatula natrium klorida (garam)
5. Didihkan campuran selama 5 minit
6. Turas keluar sabun tersebut
Kaedah Untuk Menguji Sabun
1. Ambil sedikit hasil tadi
2. Masukkan dalam tabung uji
3. Tambahkan air dan goncang
4. Buih akan terhasil jika produk akhir tadi adalah benar-benar sabun
Selamat Mencuba!!