Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

365 Hari Berblogging, Apa Saya Dapat?

$
0
0
Alhamdulillah, maka hari ini genaplah 365 HARI atau pun 1 TAHUN penglibatan saya dalam dunia blogging nih. Blog pun masih muda remaja lagi kalau nak dibandingkan dengan blog-blog lain yang dah tersohor dan lama bertapak. Tak sangka juga, masih boleh bertahan untuk tempoh selama ini. Saya akui, yang paling susah bila berblogging nih adalah usaha yang berterusan. Takut juga jadik seperti kebanyakan blog-blog lain yang terbiar, hangat-hangat tahi ayam. Dalam pada itu, bersyukur sebab saya masih berpegang dengan sebab utama saya menyertai dunia blogging nih, iaitu bagi berkongsikan ilmu. InshaAllah, semoga diberi kekuatan dan kelapangan..

365 Hari Berblogging, Apa Saya Dapat?

Entri ini juga sebenarnya adalah lanjutan daripada entri 100 Hari Berblogging, Apa Saya Dapat? suatu ketika dahulu. Pada masa tu, view pun baru 22 ribu, sekarang dah cecah lebih 1.3 juta yeah pokcik kayo! Kalau dulu follower baru je 103 orang, sekarang dah hampir 400 orang. LIKE kat facebook masa tu baru 170, sekarang dah cecah 3200 lebih. Alhamdulillah, nampak ada perkembangan yang positif juga untuk blog ini. Untuk design blog pula, saya masih maintain menggunakan template yang sama, macam dolo-dolo..



Jadi, dah cukup 365 hari berblogging, apa yang saya dah dapat?


1. Rakan-rakan Blogger 
Awal perkenalan saya dulu dalam dunia blog nih, dah tentu lah dengan rakan guru femes yang dah lama berblog macam Cikgu Khairul dan juga Cikgu Jik Kam Yong. Alhamdulillah, masih terus berhubung dengan mereka di alam maya ini. Cuma masih belum ada kesempatan untuk berjumpa lagi. InshaAllah suatu hari nanti. 

Rakan blog cikguhailmi

Dalam pada itu, sempat juga berkenalan dengan rakan guru yang baru, macam Cikgu Norazimah dengan anaknya Irfan yang comey, Cikgu Zamrud yang sangatlah rajin dan Cikgu Titan yang sempoi pandai buat duit,. Semoga muncul lebih ramai lagi rakan-rakan guru yang berkongsi bahan pendidikan demi kepentingan kita bersama. Bagi yang bukan guru pula, Encik Kucing Hitam dan juga indu dara bajik, Vee Lea. Semoga perkenalan ini akan membawa perkembangan positif kepada semua pihak.


2. Ilmu Blogging
Dalam dah setahun berblogging, maka reti lah sket saya dalam bab-bab blogging ni. Reti sket je. Banyak lagi yang tak reti dan kena belajar dari masa ke semasa. Untuk SEO, ada lah jugak beberapa entri saya yang berada pada muka surat pertama dalam carian Google, terutamanya yang berkaitan dengan bidang pendidikan. InshaAllah akan terus perbaiki lagi skill-skill lain yang diperlukan dalam berblogging.

Blog Hasrulhassan yang penuh dengan ilmu blogging

Blog Hasrulhassan masih jadi rujukan saya untuk belajar ilmu-ilmu dan selok belok dalam dunia blogging. Memang terrer pakcik nih. Terima kasih banyak yer..  Kalau bab duit plak boleh rujuk encik Ahmad Faizal kita nih. Kagum saya! Dalam pada itu, ada la juga berkesempatan sekali dua tegur menegur dengan blogger-blogger hebat dan feymes. hmm..

Satu lagi pengajaran berguna yang saya belajar adalah, buat research sket sebelum buat apa-apa entri. Jangan terburu-buru sebab nak kejar traffik. Kalau tak, jadik ler macam entri kontroversi ePenyata Gaji Kena Hack?. Saya dah betulkan semula keadaan dan minta maaf ler banyak-banyak kepada mana-mana pihak yang menerima kesan daripada entri tersebut. Ada banyak pengajaran berguna kat situ yang kita boleh ambil.

 
3. Statistik blog
Alhamdulillah, sehingga kini dah ada hampir 500 entri dalam blog ini. Ada yang copy paste, ada juga yang ditranslate dari sumber berbahasa Inggeris. Copy paste pun dari sumber umum jer, macam akhbar online. Tak lupa, ada juga yang saya taip sendiri. InshaAllah saya akan cuba baiki lagi kandungan, supaya lebih menarik dan bermanfaat. 

Statistik blog cikguhailmi

Purata traffik hari-hari adalah mencapai sehingga 10 ribu. Nak-nak lagi masa PMR 2013 arituh sampai mencatat sejarah, 25 ribu pengunjung untuk satu hari! Traffik bermusim. Untuk ranking Alexa plak, catatan terbaik ialah 900 dalam Malaysia. Pastu naik turun naik turun macam biasa. Artikel paling laku sekali dah tentulah yang berkaitan dengan PBS macam Buku Skrap PBS Sains Tingkatan 2

Penyumbang utama traffik kalau dulu, banyak datang dari Facebook, dan juga dari laman ping. Tapi sekarang nih hampir 62% traffik datangnya daripada encik Google. Daripada jumlah tersebut juga, lebih 50% pengunjung menggunakan Chrome sebagai browser. Yang lebih gembira adalah, pencarian jenama 'cikguhailmi' pun dah mula meningkat dari masa ke semasa.


4. Buat duit
Bila berblogging ni, ramai lah yang bertanyakan berapa banyak duit yang saya dah buat melalui blogging. Tersenyum saja saya sorang-sorang. Ingat senang ke nak buat duit guna blog nih?.. Kena banyak usaha juga, buat itu ini, baru ler dapat duit. Mana ada orang nak bagi duit free kan?

Income melalui Nuffnang tu ada lah sket. Tak banyak pun, tapi mencukupi la kot untuk digunakan kalau nak renew dotcom tu nanti.  Sekarang nih plak baru nak cuba bermesra dengan Komli. Apply untuk Innity pun blom ada khabar berita. Tak dapat kot! Sumber lain macam affiliate, review, advertorial semua tuh kena dok berguru lagi dengan masterjee, Encik Titan kita tuh. Hu3..

Buku yang ditulis oleh Cikgu Hailmi

Alhamdulillah juga, melalui blog ini saya dapat peluang untuk tambah satu lagi portfolio saya, iaitu sebagai penulis buku. Buku kerja Kimia yer, bukan novel cintan cintun! he3... Tawaran datang banyak, tetapi saya terpaksa memilih yang terbaik memandangkan ada kekangan masa. Untuk tahun ini saja, dah ada 3 buah buku kerja yang disiapkan, tunggu untuk masuk pasaran pada tahun depan. Semoga ada peluang lagi untuk melakukan perkara yang sama pada tahun mendatang. InshaAllah..


5. Kaunter Pertanyaan
Sejak berkecimpung dengan dunia blog nih, banyak juga saya terima pertanyaan, mohon khidmat nasihat dan pelbagai bentuk persoalan daripada kalangan guru, murid dan juga ibubapa. Ada yang datang melalui emel, komen kat entri, pm dari facebook dan lain-lain. InshaAllah selagi ada kemampuan untuk saya jawab, saya akan cuba. 

Cikgu Hailmi sedia membantu anda!

Kadang-kadang ada juga pertanyaan yang datang luar dari bidang saya, saya masih akan cuba tolong carikan jawapan. Kalau tak dapat jawapan seperti yang anda hajatkan, saya minta maaf lah yer. Ilmu saya terhad. Tetapi selagi saya boleh tolong, inshaAllah saya akan cuba tolong.. ;)


Harapan saya semoga blog www.cikguhailmi.com ini akan terus maju lagi dalam bidang blogging serta menjadi wadah ilmu serta tempat rujukan yang berguna. Rugi kalau sekiranya saya bataskan ilmu saya kepada murid saya saja. Kan lebih baik jika dikongsikan dengan semua murid seluruh Malaysia nih. Juga doakan supaya saya terus diberi kekuatan dan kelapangan oleh Allah SWT untuk berkongsi ilmu di sini. Ilmu yang bermanfaat kepada semua, inshaAllah.. Teruskan memberi sokongan yer!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602