Alhamdulillah semalam diberi peluang untuk berkongsi ilmu #Pdpr dengan rakan guru lain menerusi webinar bersama Dr Zailah Zainudin dan Dr Mohd Rozi, dua pensyarah IPG yang hebat.
Tajuk yang sangat relevan dengan Keperluan guru masa sekarang dan diharapkan semoga dapat membantu guru yang ikut serta semalam. Alhamdulillah di YouTube berjaya mencecah sehingga 1500 tontonan Live dan lebih 600 di Facebook.
Secara jujur, memasuki tahun kedua, aspek kualiti Pdpr harus lah diberi penekanan. Bukan lagi nak mendendangkan tentang 'pendekatan sendu' yang dah tentu impak besarnya nanti akan kelihatan pada murid kita jangka masa panjang.
Mana yang belum ada, kena diadakan. Usaha besar kita juga harus fokus kepada kumpulan besar murid kita, dengan juga memastikan tiada murid kumpulan kecil yang tertinggal. Jangan sampai yang kecil pula kita bagi perhatian berlebihan, sampai kita lupa yang besar lagi banyak keciciran. Besar impaknya nanti.
Kerjasama ibu bapa dan guru juga harus dilihat semula pada konteks saling sokong menyokong. Sudah sudah lah saling salah menyalah. Perli memerli. Sentap menyentap. Sebab akhirnya, kejayaan murid lah yang jadi kejayaan kita bersama.
Terima kasih untuk semua rakan guru yang sentiasa menyokong, memotivasikan dan menginspirasikan kita satu sama lain. Kita buat yang terbaik ya!