Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

85 Peratus Sekolah Sudah Dilengkapi 1BestariNet

$
0
0
Lebih 85 peratus daripada 10,094 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan sudah dilengkapi dengan sistem 1BestariNet yang menjadi gerbang sesawang pembelajaran. Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata baki 15 peratus lagi sistem itu terutama di Sarawak akan disiapkan penghujung tahun ini. 

85 Peratus Sekolah Sudah Dilengkapi 1BestariNet

“Di Sarawak ada masalah menyediakan jaringan sesawang tetapi ia sedang dilaksanakan,” katanya selepas melancarkan 1Bestari Frog Virtual Learning Environment (VLE) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar Diraja, di sini, semalam.

1BestariNet adalah inisiatif Kementerian Pendidikan untuk melakukan perubahan pembelajaran menggunakan internet dan teknologi bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.


Menerusinya, semua sekolah akan dihubungkan dalam satu pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan internet berkelajuan tinggi 4G dan pengguna diberi akses daftar ke dalam program untuk aplikasi pembelajaran Maya Frog, Google Apps for Education dan Frog Store.

Kamalanathan berkata, kementerian ketika ini sedang melakukan kempen memperkenalkan sistem 1BestariNet itu dan mendapatkan maklumat dan maklumbalas daripada semua sekolah. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602