Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 17 September 2013 (Selasa) sehingga 25 Disember 2013 (Ahad).
Ini sedikit maklumat mengenai Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang boleh cikgu kongsikan. Semoga Berjaya!!
Pendidikan Teknikal
Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6.
Pendidikan Vokasional
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Latihan Kemahiran

Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Di samping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Syarat Khusus
BIL. | PROGRAM | KATEGORI | KURSUS | PENCAPAIAN MINIMUM |
1. | Pendidikan Vokasional | A | 1.Teknologi Mekatronik 2. Penyelenggaraan Pesawat 3. Perakaunan 4. Pengurusan perniagaan | Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
|
B | 1. Teknologi Elektrik 2. Teknologi Elektronik 3. Teknologi Automotif 4. Sistem Komputer dan Rangkaian 5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web 6. Teknologi Pembinaan 7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die 8. Pembuatan Peralatan – Mould | Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
| ||
C | 1. Pelancongan 2. Seni Kulinari 3. Bakeri dan Konfeksioneri 4. Fesyen dan Pembuat Pakaian 5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak 6. Kosmetologi 7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara 8. Pemesin Industri 9. Teknologi Kimpalan 10. Hotikultur Hiasan 11. Landskap 12. Mekanisasi Pertanian 13. Agroindustri Tanaman 14. Agroindustri Ruminan 15. Agoindustri Poltri 16. Bioteknologi 17. Herba 18. Pemprosesan Hasil Pertanian 19. Akuakultur 20. Florikultur 21. Kesetiausahaan Pentadbiran 22. Insurans 23. Perbankan 24. Pemasaran 25. Pengurusan Peruncitan | Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
| ||
2. | Pendidikan Teknikal | - | 1. Kejuruteraan Mekanikal 2. Kejuruteraan Elektrik 3. Kejuruteraan Awam 4. Sains Pertanian 5. Perdagangan | Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
|
3. | Latihan Kemahiran | - | 1. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara 2. Juruteknik Elektrik 3. Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan 4. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan 5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif 6. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal 7. Furniture Maker 8. Jurubina Bangunan 9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu 10. Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan 11. Pelukis Pelan Senibina 12. Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan 13. Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita 14. Pembantu Penyedia Makanan / Demi Chef 15. Jurukecantikan 16. Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian | Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
|