Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

#PerlisMengaji Mahir Menulis Laporan Eksperimen Sains Dengan Cikgu Hailmi

$
0
0
DONE PERLIS MENGAJI

Jom Mahir Menulis Eksperimen Sains dengan Cikgu Hailmi secara LIVE FB Jam 10 malam nih di https://www.facebook.com/jpnperlis/
Share yuk! 🚀#PerlisMengaji

Jutaan terima kasih buat @jpnperlis atas ruang dan peluang untuk saya berkongsi sedikit ilmu dengan anak-anak Perlis, dan Malaysia jugak. Mana ruang yang ada kita guna. Sapa panggil, kita pegi.




Dalam sejam malam nih, saya akan kongsikan kemahiran murid mahir menulis laporan eksperimen Sains melalui kefahaman asas kepada prinsip penyiasatan saintifik.

Bukan setakat murid Tingkatan 5 nak SPM ja boleh tengok, yang Tingkatan 1 sampai 4 pon boleh. Sebab saya cerita konsep asas nak menyiasat secara saintifik.





Juga saya kongsi kan kaedah ABC untuk menulis prosedur eksperimen. Murid akan rasa sangat mudah nak menulis langkah-langkah eksperimen selepas ini! Cikgu pon boleh belajar sama tau..

Jom kongsi dengan anak murid supaya lebih ramai dapat manfaat. Tunggu saya malam ni OK! ❤️

Bila YB Syed Saddiq Mention Pasal Cikgu Hailmi kat Facebook dan Twitter ...

$
0
0
Terkezut ler jugak tiba-tiba ada beberapa friend di Facebook dan Twitter yang tagged saya. Rupanya, ada public figure yang cerita pasal kiter. Terima kasih YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudi mention kiter. 🥰🥰🥰


Bila YB Syed Saddiq Mention Pasal Cikgu Hailmi kat Facebook dan Twitter ...
Bila YB Syed Saddiq Mention Pasal Cikgu Hailmi kat Facebook dan Twitter ...


Pada saat sebegini, sebenarnya ramai guru di Malaysia sedang melakukan yang terbaik bagi memastikan anak murid masing-masing masih kekal dapat belajar dengan baik. Semoga Allah terus berkati usaha guru-guru Malaysia sepanjang musim PKP ini. Amin!


Bila YB Syed Saddiq Mention Cikgu Hailmi kat Facebook dan Twitter ...
Bila YB Syed Saddiq Mention Cikgu Hailmi kat Facebook dan Twitter ...

 
Nih versi yang kat Facebook. Saya embed sini buat kenangan yer..




#SainsSPM Teknik ABC untuk Mudah Tulis Prosedur Eksperimen Sains

$
0
0
Cikgu Hailmi kongsikan teknik ABC bagi membantu murid menulis ayat bagi prosedur eksperimen Sains. Ini boleh membantu murid menjawab Soalan 10 dalam Sains SPM, iaitu kemahiran merancang eksperimen.



Untuk yang nak tengok video penuh pulak, teknik menjawab bagi bahagian-bahagian lain pulak seperti menulis tujuan, hipotesis, pembolehubah dan penjadualan data, boleh juga tengok video di bawah. 



Apa Itu Mutasi?

$
0
0
Mutasi adalah perubahan yang berlaku pada kromosom atau gen yang menyebabkan ciri induk tak dapat diwarisi dengan baik oleh anak.

Apa Itu Mutasi? 

Mutasi berlaku disebabkan faktor semula jadi dan faktor luaran yang disebabkan oleh mutagen, iaitu agen mutasi.

Contoh mutagen adalah Sinar radioaktif, Sinar x, Sinar ultraungu, karsinogen dan kehamilan Lewat usia.


Mutasi ada dua jenis iaitu mutasi kromosom dan mutasi gen.

Mutasi kromosom adalah mutasi yang berlaku pada kromosom.
Sebagai contoh, sindrom Down, sindrom Turner dan sindrom klinefelter.

Mutasi gen pula adalah mutasi yang berlaku pada gen. Seperti buta warna, anemia sel sabit, thalassemia, hemofilia dan albinisme.

PKP Sebulan 'Paksa' Kita Semua Untuk Masuk Dunia Pendidikan Digital

$
0
0
PKP selama sebulan banyak merubah dan 'memaksa' pembelajaran kita berlaku dengan cara yang berbeza.

Semua orang, 'dipaksa' masuk ke dunia digital walau tak mahu atau tak tahu. Hasilnya kita ada letusan pendigitalan ke tahap, yang mungkin kita sendiri tak jangka dan tak bersedia.

PKP Sebulan 'Paksa' Kita Semua Untuk Masuk Dunia Pendidikan Digital
PKP Sebulan 'Paksa' Kita Semua Untuk Masuk Dunia Pendidikan Digital


Masa bila lagi kita boleh saksi kan webinar online berlaku secara rakus sedangkan teknologinya sudah lama sedia ada?

Masa bila lagi kita boleh saksi kan guru-guru ghairah buat video sedangkan ilmunya ini dipelajari sudah sekian lama?

Cuma ghairahnya kita, sampai tools ringkas dan asas seperti BLOGGING, kita tak pandang sangat pon. Sedangkan potensi dia, sangat lah besar!

Tahu tak anda, pengunjung ke blog cikguhailmi.com mencecah angka 1,000,000 untuk sebulan sahaja musim PKP nih. Selalunya dalam 300,000 saja. Peningkatan lebih 300%!

Subscribers bagi YouTube channel jugak meningkat sebanyak 2,000 kepada lebih 12,000 subs, dengan majoriti 40% viewer datang melalui embedded video pada blog.

Jadi sebenarnya, ada banyak pilihan  untuk kita, sesuai dengan tahap kemahiran dan keupayaan kita dalam menyumbang tenaga dan kepakaran. Terutamanya pada saat genting musim PKP ini.

Jika kebanyakan masa kita jumpa dengan orang yang banyak cakapnya dari buatnya, maka ini lah masa untuk kita jadi orang yang banyak buatnya dari cakapnya.

Cakap pasal video, tapi satu video pon tak ada hasilkan. Boleh nampak tak beza kat situ?

Maka jom lah kita jadi orang yang buat! Jom kita buat blog! Jom kita buat video! ❤️

#edufluencers #cikgooTUBE

Webinar Pendidikan Luar Negara Lebih Hebat?

$
0
0
ADAKAH PENDIDIKAN LUAR NEGARA LEBIH BAIK ?
Rakaman LIVE di : shorturl.at/jkET6

Terima kasih kepada audiens yang mengikuti secara LIVE dan juga kepada semua panel dan moderator yang berkongsi pengalaman mereka yang berharga dalam dan luar negara.



Kesimpulan umum...
1. Pendidikan membudayakan anak-anak sejak tadika
2. Peluang yang 'sama' kepada semua anak-anak disemua peringkat pendidikan
3. Penglibatan masyarakat dalam sistem pendidikan
4. Menyuburkan nilai dan sikap keberanian untuk anak-anak mencuba dan belajar dari kesilapan
5. Menyediakan ruang anak-anak mengenal potensi diri
6. Memupuk situasi pembelajaran kerana mendapatkan ilmu
7. Sekolah tanpa 'kasta'
8. Memulakan penggunaan bahasa ibunda sebelum bahasa lain
9. Membetulkan 'mind-set' pendidikan bukan sahaja tentang peperiksaan
10. Membentuk emosi yang sihat kepada anak-anak seronok untuk belajar
OT

Webinar Penghasilan Video Dengan Guru Pendidikan Islam Negeri Kedah

$
0
0
WEBINAR BERSAMA SPI KEDAH

Alhamdulillah selesai satu lagi sesi perkongsian atas talian, kali nih anjuran Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah.

Perkongsian adalah bagi tajuk Flipped Classroom dengan pengisian belajar bagaimana menghasilkan video pdpc menggunakan gajet semudah smartphone.

Video kat sini ya https://youtu.be/J1KBUi9QikI

Serious tak sangka dengan sambutan yang diberikan. Tak sampai 10 minit bersiaran, kita dah cecah live viewers seramai 1.2k! Paling ramai saya pernah berwebinar setakat nih rasanya. Memang terbaik!

Audien pulak datang dari seluruh pelosok Malaysia, walaupun sasaran awal tu hanya untuk guru Pendidikan Islam Kedah. Menunjukkan cikgu-cikgu kita kat Malaysia memang sentiasa dahagakan ilmu nak tingkatkan diri, terutamanya musim getir masa PKP nih.

Webinar Bersama Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah


Tahniah sekali lagi saya ucapkan buat team SPI Kedah, Boss Ustazah Yun Fazilah, KPP Ustad Somad dan sahabat saya Ustad Mohd Asrulnizam, serta ustad ustazah lain yang berjaya merealisasikan webinar sebegini untuk GPI Kedah. Tak keterlaluan juga bukan saja mendahului di Kedah, mungkin juga di Malaysia. Thorbaekk!

P/s: Terima kasih buat retis undangan kita, Muallim Hazar dan Ustad Azlan Idris 💐

Webinar Pembelajaran Fasa PKP dengan Bakal Pendidik UUM

$
0
0
WEBINAR UNTUK BAKAL PENDIDIK

Terima kasih atas inisiatif mahasiswa Persatuan Pengurusan Pendidikan UUM untuk anjuran webinar Pembelajaran Alam Maya pagi tadi.

Walaupun baru Sem 4 dan Sem 6, tapi semangat diorang nak belajar dari guru di lapangan adalah sangat saya respek. Bakal guru ini sejak Januari dah approach saya untuk sesi ceramah di UUM, tapi penangan PKP memberi dimensi baharu kepada perkongsian ini.




Antara yang kami bincangkan tadi adalah bagaimana blog pendidikan dan YouTube memainkan peranan semasa PKP, dengan cabaran dan kekangan yang perlu kita sama-sama atasi.




Kesediaan untuk remote learning nih juga dibincangkan dari sudut Kesediaan murid, ibu bapa dan juga guru dalam memilih kaedah terbaik, dengan tahap yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan murid.

Yang tak sempat join boleh View kat https://youtu.be/PVWA4W1z3DY

Terima kasih lagi sekali untuk Izzat, Nadiah dan juga Syafiqah untuk melayan saya di ruangan StreamYard selama sejam. Nanti habis PKP, kita rancang untuk perkongsian depan-depan pulak ya! ❤️

Jom UNDI Cikgu Hailmi Untuk Cikgu Juara Digital 2020

$
0
0
[#CIKGUJUARADIGITAL 2020 TOP 5]
👨‍🏫CIKGU NORHAILMI BIN ABDUL MUTALIB

Cikgu Norhailmi adalah salah seorang daripada 5 calon untuk dianugerahi sebagai #CikguJuaraDigital Terbaik.




Beliau kini mengajar di SMK Jerlun, Kedah dan telah memberi sumbangan besar dalam bidang digital. Beliau mempunyai blog yang popular iaitu www.cikguhailmi.com. Selain itu, beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah prestasi antarabangsa.

🗳️Undi di sini: bit.ly/2zBh5f6

👍🏼Dan paling penting, Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW #mydigitalmaker Facebook page sebelum mengundi ya!

#mydigitalmaker#mdm20#mymdec#mdec#HariGuru2020
Malaysia Digital Economy Corporation Kementerian Pendidikan Malaysia

Kena Scam Rupanya! Pengajaran Dari Kisah Azhar Ali, Budak NASA

$
0
0
THINK BEFORE YOU SHARE

Kisah adik Azhar Ali, "Budak NASA", barang kali boleh jadi satu kisah pengajaran terbaik bagaimana masyarakat kita masih perlu dididik untuk klik dengan bijak.




Bermula dengan viral di Twitter kerana dikatakan menang Pertandingan merekacipta spacesuit sampai ditawarkan biasiswa oleh NASA, diberi pujian oleh warga netizen termasuk PM, Menteri MOSTI dan Menteri Pengajian Tinggi, dikecam netizen sebab dakwa belajar Fizik lagi hebat dari belajar Biologi, hingga lah di buat research oleh warga netizen, yang kemudiannya didapati banyak kecelaruan dan akhirnya hari nih, dia sendiri yang mengaku ditipu dan terlibat dengan scam. Tapi orang dah tak caya, sampai netizen kata, surat tu semua pon dia sendiri yang edit. 🤦🏻‍♂️

...

Speechless abam nak komen dik oi. Konsep sekarang, ramai yang "share first, story later".




Cumanya abam nak ajar satu teknik bila kita berdepan dengan perkara-perkara tak pasti di media sosial nih, sebelum kita simply share saja semua benda. Konsep dia mudah jer, iaitu THINK!

T - Is it True?
H - Is it Helpful?
I - Is It Inspiring?
N - Is it Necessary?
K - Is it Kind?

OK lepas semua soalan nih, sila lah share dengan gembira. Semoga kita jadi warga Digital yang lebih bertamadun. Amin!

Cikgu Hailmi,
Angkasawan Freelance

Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului

$
0
0
Antara program pembelajaran yang berlaku dengan sangat cantik dan tersusun  sepanjang musim PKP ini adalah pembelajaran yang dilaksanakan oleh Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah, iaitu Halaqah Ilmu. Proram Halaqah Ilmu KEDAH 2020 ini adalah satu inisiatif daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah dalam menyediakan pengisian ilmu dalam tempoh PKP ini. Program ini dijalankan setiap hari (Ahad - Khamis) bermula jam 10 pagi - 11 pagi menggunakan aplikasi Google Meet.

Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului
Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului

Sepanjang 2 minggu pelaksanaan, seramai 5 org guru dan seorang pegawai SISC+ terlibat dalam pengisian halaqah ini. Objektif program adalah untuk:
1. Murid mendapat akses pembelajaran untuk sesi PdP sepanjang tempoh PKP
2. Murid boleh merujuk semula rakaman video bagi tujuan ulangkaji bagi tajuk yg dibincangkan


Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului
Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului


Halaqah Ilmu KEDAH 2020
Siri Pertama
19.04.2020 - 23.04.2020

Himpunan rakaman sesi Pembelajaran Maya Halaqah Ilmu KEDAH 2020 :

Ustaz Mohamad Fadlail Baharom
19.04.2020 (Ahad)
Adab Dengan Pemimpin
https://youtu.be/l-ZT45OufTs


Ustaz Yusfadzillah Yusoff
20.04.2020 (Isnin)
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah
https://youtu.be/79YMkq6S7AU


Ustaz Azlan Idris dalam Halaqah Ilmu Kedah 2020
Ustaz Azlan Idris dalam Halaqah Ilmu Kedah 2020


Ustaz Azlan Idris
21.04.2020 (Selasa)
Talak & Rujuk
https://youtu.be/3hqdPUzOtvE

Ustaz Rifae Daié
22.04.2020 (Rabu)
Perkembangan Pendidikan Zaman Bani Abbasiyah
https://youtu.be/3hqdPUzOtvE


Ustazah Shalehah binti Mat Zin dalam Halaqah Ilmu Kedah 2020
Ustazah Shalehah binti Mat Zin dalam Halaqah Ilmu Kedah 2020


Ustazah Shalehah binti Mat Zin
23.04.2020 (Khamis)
Batas-Batas Pergaulan
https://youtu.be/jnx2F9hPMQY


Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului


Halaqah Ilmu KEDAH 2020
Siri Kedua
26.04.2020 - 30.04.2020

Himpunan rakaman sesi Pembelajaran Maya Halaqah Ilmu KEDAH 2020 :

Ustazah Rohaya binti Abdullah
26.04.2020 (Ahad)
Tokoh Ilmuan Islam
https://youtu.be/i63jkonABso

Ustazah Rohaya binti Abdullah dalam Halaqah Ilmu Kedah 2020
Ustazah Rohaya binti Abdullah dalam Halaqah Ilmu Kedah 2020


Ustaz Yusfadzillah Yusoff
27.04.2020 (Isnin)
Syiah & Khawarij
https://youtu.be/LVULC0OI5Gg

Ustaz Azlan Idris
28.04.2020 (Selasa)
Iddah & Rujuk
https://youtu.be/R1m9jmF-ij8

Ustaz Rifae Daié dalam Halaqah Ilmu Kedah 2020
Ustaz Rifae Daié dalam Halaqah Ilmu Kedah 2020

Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului


Ustaz Rifae Daié
29.04.2020 (Rabu)
Perkembangan Ketenteraan Zaman Bani Abbasiyah
https://youtu.be/6OfMwDxFFdw

Ustazah Shalehah binti Mat Zin
30.04.2020 (Khamis)
Peribadi Mukmin
https://youtu.be/Ho0y35Ja3TY


Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului



Peegawai yg terlibat menguruskan Program Halaqah Ilmu ini adalah sahabat baik saya sendiri, Ustad Mohd Asrulnizam bin Yusuf dengan dibantu oleh 2 orang pegawai PPD yang menjadi host. Mereka adalah Ustad Mohd Rokhaimi bin Zakaria (PPD Kubang Pasu) dan Ustad Mohd Badie Zakri bin Zainun (PPD Sik)

Menurut Ustad Asrulnizam, Halaqah Ilmu ini adalah usaha menyediakan sesi pembelajaran murid dalam tempoh PKP agar terisi dengan perkara yang berfaedah dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran yang sepatutnya berlaku di sekolah.


Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului
Halaqah Ilmu KEDAH 2020 Masa Musim PKP - SPI Kedah Mendahului

Beliau turut menyatakan, ini adalah satu penghargaan yang besar kepada rakan-rakan guru yang sanggup berkorban masa menyediakan bahan dan mengisi slot dalam tempoh yang sukar ini. Semoga ianya menjadi pencetus kepada pembelajaran maya pada masa akan datang sedikit demi sedikit dan tidak terhenti apabila tempoh PKP ini tamat.



Terima kasih kepada murid dan guru yang terlibat khususnya ustaz ustazah yang mengorbankan masa untuk membuat persediaan PdP dan memberikan yang terbaik sepanjang tempoh PKP ini. Semoga bermanfaat!

Syabas dan Tahniah Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah. Bangga saya! Semoga juga menjadi contoh terbaik kepada bahagian, sektor dan jabatan lain dalam menangani kesukaran ini.



Idea Kreatif Murid Belajar Tentang Penyakit Tabiat Pemakanan Guna Konsep Green Screen

$
0
0

Nih satu lagi contoh bagaimana pengintegrasian teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti murid.

Bagi tajuk "Penyakit Akibat Tabiat Pemakanan", murid-murid kena hasilkan video menggunakan konsep green screen. Penyampaian atau konsep adalah mengikut kreativiti mereka. Skrip jalan cerita pun diorang yang buat sendiri!

So jom tengok sket video diorang untuk support idea anak murid saya nih.


Diabetis https://youtu.be/REVdAeLHdog

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/REVdAeLHdog" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Obesiti https://youtu.be/ZGwka_tjURQ

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/ZGwka_tjURQ" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Tekanan Darah Tinggi https://youtu.be/-Mkmhr4Lrbc

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/-Mkmhr4Lrbc" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Arteriosklerosis https://youtu.be/qxfgAiaQDfI

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/qxfgAiaQDfI" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Anoreksia Nervosa https://youtu.be/_ceA-eIIslc

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/_ceA-eIIslc" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Hasil akhir memang seronok sebab dapat feedback yang sangat baik daripada guru yang view di YouTube. Antaranya adalah, bagaimana keyakinan dan keberanian murid dalam menyampaikan idea mereka dengan cara yang kreatif.

Murid pon happy. Selain diorang dapat belajar, secara tak langsung video diorang pon dapat mengajar rakan yang lain.

Setuju tak?

Adakah saya Cikgu Juara Digital anda? 😋😋😋 Jom vote http://bit.ly/2zBh5f6 @ Smk Jerlun

Lighting Tambahan Untuk Kekal Tampan Ketika Webinar

$
0
0

Hahahhahaha.. Tajuk tak boleh blah! Nindia rahsia dia kenapa muka abam nampak tak flawless masa webinar sebelum nih.

Ya!



Lighting Tambahan Untuk Kekal Tampan Ketika Webinar
Lighting Tambahan Untuk Kekal Tampan Ketika Webinar


Barang baik baru sampai. Baru ja tadi nih. Lepas nih siap lah korang. Abam akan nampak sekacak Fattah Amin dan seangkatannya.

Boleh tengok beza sebelum abam guna lampu ajaib, dengan selepas abam guna lampu ajaib. Merechik hawau!



Gambar SELEPAS dengan bantuan lampu ajaib
Gambar SELEPAS dengan bantuan lampu ajaib

Gambar SEBELUM dengan bantuan lampu ajaib
Gambar SEBELUM dengan bantuan lampu ajaib


Alat nih nama dia LED Ring Light, harga RM70 beli kat Shoppee. Tapi barang mai dari China lah, so lambat sket sampai masa order. Saiz nih 26cm diameter ring dia tuh, siap ada phone holder. Ketinggian tripod dalam 50cm saja. Ada 3 jenis warna lampu; putih, kuning, gabungan putih dan kuning. Disertakan jugak remote yang boleh connect dengan phone secara bluetooth untuk snap gambar dari jauh. So far guna memang ok lah.. Beli sebab lighting kat dalam bilik, tak mencukupi. 


Maka, yakinlah. Korang pon mampu nampak hensem lepas nih. Jom serbu Shoppee! 😎

PANDUAN Mudah Mengajar Secara Streaming Dengan Guna StreamYard

$
0
0
Musim PKP nih ramai guru yang mencari kaedah dan alternatif terbaik untuk mengajar kepada murid. Ada banyak cara, dan salah satu yang saya sangat syorkan adalah kaedah Streaming dengan menggunakan aplikasi mudah StreamYard. Banyak kelebihannya menggunakan StreamYard berbanding aplikasi lain. Jom saya kongsikan langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan StreamYard sebagai satu kaedah mengajar anda.

PANDUAN Streaming Mengajar Cara Mudah Dengan Guna StreamYard
PANDUAN Streaming Mengajar Cara Mudah Dengan Guna StreamYard



Langkah 1 - Bukak Laman Web Streamyard
Yang pertama sekali bukak laman web StreamYard untuk kita test benda nih kat www.streamyard.com. Bagusnya platform StreamYard nih sebab dia web-based, maka kita tak perlu nak download atau install apa-apa aplikasi tambahan. 


Laman Web Streamyard
Laman Web Streamyard



Langkah 2 - Create Account 
Untuk mereka yang kali pertama ke StreamYard maka, kenalah CREATE ACCOUNT. Tapi jangan risau, account dia tak complicated macam nak create account lain. Mudah saja. Masukkan emel anda, kemudian GET LOGIN CODE. Dalam beberapa minit, anda akan menerima LOGIN CODE di emel yang digunakan tadi. Kemudian masukkan LOGIN CODE tersebut dan tekan LOG IN untuk ke sesi berikutnya. 

LOGIN CODE tu akan berubah pada setiap kali LOG IN, dan cuma mampu bertahan selama 15 minit saja. So kena isi cepat-cepat ok!


Log in StreamYard kali pertama
Masukkan emel anda

Log in StreamYard kali pertama
Masukkan LOGIN CODE yang anda terima di emel



Langkah 3 - Hubungkan Channel Youtube
Sebab anda kali pertama masuk ke StreamYard, maka dia akan terus set anda ke mana DESTINATION video live perkongsian anda tersebut. Boleh ke Facebook dan lain-lain. Tapi biasanya orang pilih ke YOUTUBE channel lah. So klik kat YOUTUBE CHANNEL nanti dia akan connect kan kita dengan akaun kita. 


Hubungkan Channel Youtube dengan StreamYard
Pilih Channel Youtube anda

Hubungkan Channel Youtube dengan StreamYard
Klik ALLOW untuk benarkan StreamYard akses channel Youtube anda

Hubungkan Channel Youtube dengan StreamYard
Jika berjaya, anda akan dapat mesej berikut


Jika berjaya hubungkan StreamYard dengan Youtube anda, anda haruslah menunggu sehingga sekurang-kurangnya 24 jam sebelum mula dapat broadcast menggunakan channel Youtube tersebut. 


Langkah 4 - Create Broadcast Anda
Langkah seterusnya adalah CREATE A BROADCAST. So klik butang yang disediakan. Kemudian pilih channel Youtube anda. Dan mula lah mengisi maklumat yang berkaitan dengan BROADCAST anda. Letak lah tajuk yang bersesuaian dan menepati dengan perkongsian anda. 


Create Broadcast Anda dengan StreamYard
Klik butang Create a Broadcast

Create Broadcast Anda dengan StreamYard
Pilih channel Youtube anda

Create Broadcast Anda dengan StreamYard
Masukkan maklumat tentang perkongsian anda


Untuk butang PRIVACY, setkan kepada PUBLIC jika mahu ditonton oleh semua khalayak termasuk yang buat carian di Youtube. Set kepada UNLISTED jika anda hanya mahu kumpulan yang menerima link saja boleh menonton. Atau set kepada PRIVATE jika anda seorang yang sangat pemalu dan tak mahu video anda ditonton oleh sesiapa sahaja. 

Boleh juga diset kepada SCHEDULE pada masa tertentu. Yang nih best sebab boleh letak siap-siap thumbnail atau pon gambar preview sebelum orang dapat menonton pada masa yang ditetapkan. Setkan tarikh dan masa, seterusnya anda boleh saja kongsikan kepada murid-murid dengan lebih baik. 


Schedule masa streaming anda dengan StreamYard
Klik pada Schedule for later untuk set tarikh dan masa perkongsian

Schedule masa streaming anda dengan StreamYard
Gunakan thumbnail yang mengancam

Schedule masa streaming anda dengan StreamYard
Jangan lupa klik Create Broadcast!


Langkah akhir adalah klik CREATE BROADCAST! 


Langkah 5 - Benarkan Akses Mikrofon dan Kamera
Ok now sebelum masuk ke StreamYard, anda kenalah set akses kepada penggunaan mikrofon dan juga kamera anda. So ALLOW saja untuk Streamyard guna dua peralatan penting ini. Jangan bimbang, sebab anda masih boleh kawal penggunaan mikrofon dan kamera sama ada nak ON ke nak OFF lepas tu jugak melalui butang yang mudah. 

Benarkan Akses Mikrofon dan Kamera
Tekan butang Allow Mic/Cam Access

Benarkan Akses Mikrofon dan Kamera
Letak nama dan jangan lupa klik Enter Broadcast Studio

Benarkan Akses Mikrofon dan Kamera
Ubah setting kamera / mikrofon untuk wajah yang lebih tampan


Untuk kualiti kamera atau mikrofon yang lebih baik boleh pegi setting kat button CAM/MIC. Jika sambungan Internet anda OK, maka ambik lah setting paling tinggi untuk hasil gambar yang lebih flawless dan kacak. Lepas dah siap semua tu jangan lupa klik butang ENTER BROADCAST STUDIO. Setkan juga nama anda pada DISPLAY NAME. 


Langkah 6 - Kenali Broadcast Studio Untuk StreamYard
Tahniah sebab anda dah masuk dalam Broadcast Studio StreamYard! Tapi, muka anggun anda masih tak kelihatan di skrin. So langkah pertama klik pada gambar anda, tekan butang ADD TO STREAM. Barulah akan terpancar di skrin. Jika menyampah tengok, anda boleh saja klik pulak butang REMOVE FROM STREAM. 


Klik Add to Stream untuk tambah ke skrin


Klik Remove from Stream untuk keluar dari skrin


So bahagian komen tu nanti akan keluar LIVE COMMENTS daripada para penonton yang ikuti streaming kita. Yang bestnya kita boleh pilih untuk highlight komen-komen daripada murid yang menarik, dengan cara klik SHOW COMMENT. Nanti komen yang dipilih tu akan terpapar di skrin. Hehehe ... best kan? Baru lah penonton rasa macam dihargai sket. 

Tag LIVE COMMENT kat StreamYard
Ruangan LIVE COMMENT untuk dilihat

Tag LIVE COMMENT kat StreamYard
Boleh Klik SHOW COMMENT untuk tayangkan komen terpilih pada skrin

Tag LIVE COMMENT kat StreamYard
Pilihan susun atur skrin supaya nampak lebih menarik jik ada lebih daripada 2 orang presenter

Tag LIVE COMMENT kat StreamYard Tag LIVE COMMENT kat StreamYard
Butang INVITE untuk dapatkan link bagi dikongsikan dengan rakan presenter


Satu lagi fungsi menarik adalah kita boleh pilih-pilih macam mana nak susun letak gambar dan peserta pada skrin. Lebih-lebih lagi bila ada ramai presenter dalam studio tu. Maksimum 6 orang pada satu-satu masa. Jadi fungsi nih sangat membantu untuk kita main susun atur gambar dalam tempoh streaming. 


Langkah 7 - SHARE SCREEN Anda Untuk Present
Haaa.. yang nih fungsi terbaik dalam StreamYard iaitu SHARE SCREEN. So kalau kita nak share apa-apa PDF ka POWERPOINT ka masa tengah Streaming, so inilah butangnya. Mudah saja, tekan butang dan kita ada pilihan untuk aplikasi mana yang kita nak kongsikan dengan audience. Kalau nak hentikan perkongsian, tekan saja STOP SHARING. 

SHARE SCREEN Anda Untuk Present
Butang SHARE SCREEN untuk kongsi powerpoint anda

SHARE SCREEN Anda Untuk Present
Butang STOP SHARING untuk hentikan perkongsian paparan anda


Oh ya, anda kena tahu bahawa masa anda buat sharing tu secara full screen, anda tak nampak tau muka. Anda saja tak nampak, tapi sebenarnya pada paparan di Youtube yang ditonton murid, anda masih ada dalam skrin. Nih contoh dia. So jangan korek hidung plak time buat perkongsian tu nanti. Hahahahaha.. 




Langkah 8 - Kita mulakan GO LIVE! 
Ok kalau semua dah selesai, jom kita GO LIVE dengan tekan butang kat atas tu. Lepas saja anda tekan butang GO LIVE, anda akan mula bersiaran, yang disiarkan di Youtube anda. Tanda dia adalah butang merah LIVE dan berapa minit dah bersiaran. Mudah sangat kan? 


Kita mulakan GO LIVE! dengan StreamYard
Tekan Butang GO LIVE untuk mula bersiaran

Kita mulakan GO LIVE! dengan StreamYard
Yeahaaaa... anda dah mula streaming



Langkah 9 - Hentikan dengan END BROADCAST
Ini langkah paling mudah. Tekan saja butang, kemudian teruskan dengan End the Broadcast. Bila dah selesai, anda kena bagi maklumbalas sket terhadap kualiti StreamYard. 

Hentikan StreamYard dengan END BROADCAST
Tekan butang END BROADCAST untuk henti bersiaran
Hentikan StreamYard dengan END BROADCAST
Berikan maklumbalas kepada StreamYard



Langkah 10 - Uruskan DASHBOARD anda
Selesai semua, anda boleh klik RETURN TO DASHBOARD jika nak ke DASHBOARD. Kat sini anda boleh tengok UPCOMING BROADCAST yang kita dah scheduled. Serta boleh tengok juga PAST BROADCASTS untuk sesi streaming yang telah anda buat sebelum-sebelum nih. 

Uruskan DASHBOARD StreamYard anda
Klik butang Return to Dashboard

Uruskan DASHBOARD StreamYard anda
Upcoming Broadcast mengandungi senarai broadcast yang anda rancang

Uruskan DASHBOARD StreamYard anda
Past Broadcast mengandungi senarai broadcast yang telah dijalankan

Uruskan DASHBOARD StreamYard anda
Butang MORE untuk lebih banyak pilihan

Uruskan DASHBOARD StreamYard anda
Fungsi DELETE termasuk fail di YouTube


Anda juga boleh uruskan broadcast anda dengan klik butang MORE. Kat situ ada function lebih banyak macam; butang DELETE. Yang bestnya, bila DELETE tu dia boleh padamkan sekali dengan video yang terakam di Youtube. 


Alhamdulillah. Selesai perkongsian saya mengenai cara mudah guru boleh mengajar secara streaming dengan menggunakan StreamYard. eperti saya katakan bahawa ada banyak kelebihan menggunakan StreamYard berbanding aplikasi lain. Semoga perkongsian ini membantu lebih ramai rakan guru untuk mencari alternatif kepada pengajaran masa musim PKP ini terutamanya. Semoga membantu!

Segmen Mai Nak Habaq - Ustaz Azmi Hamdan Dengan Tema Pembelajaran Abad ke-21

$
0
0
Kali ini kita tampilkan Ustaz Azmi Hamdan, Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari Penang Free School, untuk berdiskusi bagi "Segmen Mai Nak Habaq - Sembang Santai Pendidikan Kita". Tema kali ini adalah sekitar Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)

Segmen Mai Nak Habaq - Ustaz Azmi Hamdan Dengan Tema Pembelajaran Abad ke-21
Segmen Mai Nak Habaq - Ustaz Azmi Hamdan Dengan Tema Pembelajaran Abad ke-21

Kenapa Perlu Kita Ubah Cara Kita Mengajar? Tak Cukup Bagus kah?

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/pDwceT_IO0g" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

https://www.youtube.com/watch?v=pDwce... Apa Yang Nak Dicari Dalam #PAK21 Nih? Kita Nak Apa Sebenarnya?

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/7FrnpjKXMtY" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

https://www.youtube.com/watch?v=7Frnp... Penting Sangatkah Traffic Light Dalam #PAK21 Sampai Macam Wajib Kena Ada?

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/pSXyutvfD-o" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

https://www.youtube.com/watch?v=pSXyu... Kalau Guru Tak Kreatif, Macam Mana Dia Nak Buat PAK21?

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/wwzACACp6m0" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

https://www.youtube.com/watch?v=wwzAC... Apa Nasihat Untuk Guru Yang Baru Nak Mula Laksanakan #PAK21?

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/DLj8c-u13vo" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Syoknya Teroka Ilmu #STEM di Rumah bersama Cikgu Hailmi: The Wayang Kulit!

$
0
0
Pusat STEM Negara, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM akan mengadakan Bengkel dalam Talian : Syoknya Teroka Ilmu di Rumah bersama Cikgu Hailmi sebagai pengendali sesi bengkel pada kali ini. 


Syoknya Teroka Ilmu #STEM di Rumah bersama Cikgu Hailmi: The Wayang Kulit!
Syoknya Teroka Ilmu #STEM di Rumah bersama Cikgu Hailmi: The Wayang Kulit!


Kesenian tradisional Wayang Kulit sejak sekian lama telah menerapkan elemen STEM ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ) menerusi bahan yang digunakan, rangka sokongan dan konsep sains yang berkaitan dengan ciri cahaya. Mari kita teroka, keunikan bahan dan ciri cahaya dengan aktiviti yang unik lagi tersendiri.


OK yang tak berkesempatan nak tengok LIVE tadi, boleh tengok sini cmana abam jalankan Projek #STEM dengan tajuk "Wayang Kulit" bagi tajuk pembelajaran tentang ciri cahaya.



<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FPSTEMN%2Fvideos%2F714612749342491%2F&show_text=1&width=560" width="560" height="521" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allow="encrypted-media" allowFullScreen="true"></iframe>



Alhamdulillah, lega dah selesai jalankan tugas. Terima kasih juga buat team PSTEMN hari ini yang cukup sempoi membantu perjalanan aktiviti, Pn Samohas Hashim sebagai moderator, Pn Kartini dan juga Pn Habibah sebagai teknikal.

Terima kasih Pusat STEM Negara atas peluang yang diberikan.! 😘😘😘

Hari Guru Istimewa 2020: Bila PM Sebut Nama Cikgu Hailmi!

$
0
0

Baru berkesempatan nak ucap Selamat Hari Guru (행복한 스승의 날 되세요) kepada semua rakan guru di Malaysia.


16 Mei yang sibuk dan penuh dengan kejutan.



Realiti Rakyat ASTRO Awani ~ Segmen Khas Hari Guru 2020 bersama Cikgu Hailmi
Realiti Rakyat ASTRO Awani ~ Segmen Khas Hari Guru 2020 bersama Cikgu Hailmi


8.30 pagi - Bersama @501awani untuk segmen Realiti Rakyat khas Hari Guru dengan cikgu viral, Faridah Matt. Mata sepet gilo weyh.. 😑


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/89-LYXqltIU" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>



9.00 pagi - Sambutan Hari Guru dengan rakan #cikgooTUBE. Terinspirasi sangat dapat temubual, tanya soalan direct dengan tokoh hebat pendidikan kita macam Tan Sri Khair Mohamad Yusof, Datuk Dr Amin Senin, Dr Ahmad Rafee Che Kassim, Datuk Maimunah Suhaibul dan Cg Pengarah Shafruddin Ali Hussin.



Sambutan Hari Guru #cikgooTUBE bersama tokoh pendidikan negara
Sambutan Hari Guru #cikgooTUBE bersama tokoh pendidikan negara


Kesemua orang hebat nih ada satu persamaan saya prasan. Semuanya sangat humble dan passion dalam bekerja. Jawatan dan pangkat bukan kejaran mereka. Sebaliknya itu yang kejar mereka sebab cara kerja mereka.


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/1xKClX6aVHA" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>



11.00 pagi - Perutusan PM yang menyenaraikan beberapa kisah guru untuk diangkat Hari Guru tahun ini. Cikgu Aman , Cikgu Lee Sawim, Cikgu Samuel Isaiah dan saya sendiri. Meremang bulu bila dengar nama sendiri diumum oleh TSMY, disaksikan di sisi mak ayah dan keluarga lain.



Hari Guru Istimewa 2020: Bila PM Sebut Nama Cikgu Hailmi!
Hari Guru Istimewa 2020: Bila PM Sebut Nama Cikgu Hailmi! 



Walaupun pencapaian abam satu baris je dia tulis, tapi abam syukur sebab Allah bagi rezeki usaha keras kita dirai. Secara personal juga, ini adalah kejayaan untuk kesemua guru Generasi baharu Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatkan diri untuk jadi guru lebih baik.


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/kUqFszGoqwI" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Terima kasih juga untuk rakan guru, kenalan dan anak murid tersayang yang tak putus ucap tahniah sejak semalam. Anda inspirasi saya! 😘


2.00 petang - Tidor

7.29 malam - Buka puasa


8.00 malam - Cover tentang Hari Guru di berita utama Stesen TV. Paling takble blah @buletintv3 punya gambar ternganga depa ambik kemain happy weyh. Hilang kehenseman abam 70%!



Cover tentang Hari Guru 2020 di berita utama Stesen TV
Cover tentang Hari Guru 2020 di berita utama Stesen TV


Hahahaha.. Tapi abam redho jer, mungkin depa nak tunjuk betapa happynya abam dapat jadi cikgu! 🤣


Abam tutup posting nih dengan satu kata-kata hebat daripada ikon pendidikan Indonesia yang cukup abam suka, Ki Hajar Dewantara.


"Ing Ngarso Sung Tulodo
Ing Madyo Mangun Karso
Tut wuri handayani.."

"Yang di depan memberi contoh
Yang di tengah memberi semangat
Yang di belakang memberi sokongan.."


Tahu kita di mana? Jalan kan tanggungjawab dengan baik.. 😎

Selamat Hari Guru
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu!


#HariGuru2020

Sampai Bina Pusat Akuatik Sendiri Untuk Orang Asli, Hebatnya Cikgu Mie Ubai!

$
0
0
WIRA TAK DIDENDANG

Hari nih rasa puas hati sungguh dapat dengar perkongsian dari hati ke hati dengan seorang WIRA TAK DIDENDANG nih, Cikgu Mie Ubai.

Serious kagum. Saya sendiri pon tak mampu buat apa yang beliau dah usahakan 17 tahun dengan masyarakat asli di Runchang dan Simpai.




Mendengar sendiri falsafah tentang pendidikan dan bagaimana beliau menyerap dalam masyarakat Orang Asli,  membuat saya terpikir, apa pulak sumbangan kita?

Dan yang paling saya suka, beliau tak pernah raih cerita murahan dengan kesusahan anak murid aslinya, sebaliknya dengan kejayaan dan kemenjadian mereka. Itu yang kita nak dengar! 

Kalau tak masakan lah anak didik beliau dapat harumkan nama sampai ke daerah dan negeri. Yang wakil #Pahang untuk SUKMA pon ada. Sukan terjun plak tu. Dan yup, semuanya datang dari #Runchang dan #Simpai, tempat yang orang ramai katakan tak ada potensi tu.

Itu belum lagi cerita usaha beliau yang sedang bina Pusat Akuatik bersaiz Olimpik di Simpai, dengan kos dan kudrat sendiri! Giler weyh.. 




Saya pulak yang jadi konfius, kenapa di Simpai? Tempat terpencil macam tu? Jawapan dia sebab beliau yakin dengan bakat dan potensi yang pada murid jika digilap dengan betul! 

Percaya dan buat dengan iltizam! Itu yang saya salute tu.

Malangnya di Malaysia, kisah pendidikan macam nih bukan nak viral, dan bukan orang nak dengar sangat. Kebanyakan masanya yang viral tu cerita sendu raih perhatian sebab sendiri yang mau nak viral. Impak kat murid, out! 

Yang nak dengar banyak lagi cerita rare Cikgu Mie Ubai nih boleh klik link kat bawah. InshaAllah banyak kita boleh belajar.

1. https://youtu.be/zGZAu8Jf5q8
2. https://youtu.be/B2RMJNrpA5I
3. https://youtu.be/Z9np76WE3bY
4. https://youtu.be/uN_t6iKth5Q
5. https://youtu.be/Mpq3MKy5_cI

Saya doakan semoga Cikgu Mie Ubai terus diberi kekuatan semangat dan sehat tubuh badan untuk terus menyumbang pada Pendidikan Orang Asli. Allah saja yang dapat balas jasa baik cikgu. 

Saya salute! 



P/s: Saya sendiri sebak masa baca komen bekas anak murid #OrangAsli Cikgu Mie Ubai masa di Runchang waktu kami live tadi.. 😭😭😭

Contoh Soalan Nak Guide Murid Buat Inkuiri Untuk KBAT

$
0
0
INKUIRI UNTUK KBAT

Saya suka bahagikan pembelajaran secara inkuiri dengan murid saya kepada tiga bahagian penting; sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti.

Untuk awal, saya biarkan murid secara berkumpulan pilih satu faktor yang mereka nak kaji supaya mereka lebih rasa excited dan dapat fokus. Ghairah nak tahu, orang kata.



.
.
SEBELUM
= Apa faktor yang kamu pilih untuk kaji?
= Apa cadangan aktiviti yang kamu nak buat?
= Apa perkara yang kamu kena kawal supaya tak ganggu ujikaji kamu ni?

Kemudian saya biarkan mereka bertebaran di bumi Allah untuk menyiasat secara saintifik. Saya akan bergerak ke setiap kumpulan, sambil membimbing mereka menjalankan ujikaji dengan soalan-soalan yang dekat dengan mereka.
.
.
SEMASA 
= Cer citer apa dan bagaimana yang kamu buat untuk menyiasat faktor ini?
= Kamu rasa, berdasarkan aktiviti yang kamu buat, bahan yang mana satu lebih cepat tersejat?

Murid mungkin gagal mengaitkan apa yang dibuat dengan konsep. Di sini lah peranan guru sebagai fasilitator untuk membawa kembali murid kepada konsep dan istilah sains yang patut mereka pelajari berdasarkan objektif pembelajaran. 
.
.
SELEPAS
= OK, apa hasil dapatan daripada ujikaji kamu tu tadi?
= Mana yang lebih cepat tersejat?
= Pasai apa yang itu lebih cepat tersejat? Apa yang berlaku sebenarnya?


Dalam kelas, maka saya mintak murid kongsikan hasil dapatan mereka tadi dengan rakan lain. Communicating, omputih kata. 

Melalui perkongsian tersebut jugak rakan lain dapat mengetahui apa hasil dapatan bagi faktor lain yang mereka tidak kaji tadi. Bak kata omputih lagi, sharing is caring gitu! 

Ok, anda rasa menarik tak? 

Kalau tak faham, boleh tonton video penuh kat https://youtu.be/CS5O1JJhNGg. 

Kalau tak faham jugak, terus tanya kat komen di bawah ok! 😘

Wacana Guru Kedah Sempena Hari Guru 2020

$
0
0
WACANA GURU KEDAH

Alhamdulillah diberi peluang hari ini untuk menjadi Moderator (bersama Ustad Shauki) dan juga AJK Teknikal mewakili Majlis Guru Cemerlang Kedah dalam sumbangan kepada satu lagi aktiviti sempena Sambutan Hari Guru 2020 peringkat negeri #Kedah, iaitu WACANA GURU.




Menggabungkan 9 orang ahli panel hebat, dari pelbagai lapisan dalam organisasi pendidikan, dari pejabat hingga ke sekolah, wacana ini berjaya menghimpunkan aspirasi dan hasrat dari sudut pandang lapisan pendidik yang lebih holistik.

Antara ahli panel adalah: 

*WACANA GURU: SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI KEDAH 2020*

Tarikh  : 27 Mei 2020
Hari      : Rabu
Masa    : 10.00 pagi
*siaran live FB Jabatan Pendidikan Kedah*

Moderator    :
1. *Ustaz Mohd Shauki Bin Ismail*, KPP, Pembangunan Adab & Nilai, JPNK.
2. *Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib* Global Teacher Prize 2020. SMK Jerlun.




Panel:
1. *Hj Ismail Bin Othman*. TPP Sektor PPPD, JPNK.
2. *Hj Turin Bin Ahmad*. KPPK SPP, JPNK.
3. *Hj Ismail Yahaya*. KPPK Rendah, SPS,JPNK.
4. *En. Wan Nor Azman Bin Zainol*. KPP Pembangunan Murid, JPNK.
5. *En Abdul Rashid Bin Abd Rahman*. PPD Baling.
6. *En. Mohd Nizam bin Saidin* Guru Besar SKDWK.KP.
7. *En. Izady* GKMP SMK Pinang Tunggal.KMY
8. *Cikgu Ilavarasi* Guru Adiwira McDonald 2020, SMK Kuala Ketil.Baling.
9. *Cikgu Mohd Redzuan Bin Mustapai* SK Jitra 2, Sijil Kejurulatihan AFC/FAM kelas C, Sains Sukan Kelas 1, Kursus Awalan Penjaga Gol. Guru yg membawa pasukan Malaysia ke Osaka, Jepun 2019.

Pegawai yg boleh dihubungi utk mendapatkan sebarang pertanyaan; En Malek Bin Abu Hassan. Timb. Pengarah Pendidikan Pengurusan Sekolah, JPNK.

Maklumbalas penonton pun sangatlah best. 

Malah lebih menggembirakan Timbalan Menteri Pendidikan juga, YB Cikgu Muslimin Yahaya pun turut bersama mengikuti live streaming tadi. Bangga weyh!




Apa pun saya nak ucapkan terima kasih buat #JPNKedah, SSTP Kedah dan juga MGC Kedah untuk ruang menyumbang sedikit kemahiran yang ada. 

Saya tutup posting nih dengan pantun menarik yang dikongsi oleh Tuan Haji Turin tadi.

 "Apa tanda batang tebu
Batang tebu halusnya uratnya
Apa tanda orang berilmu
Orang berilmu tinggi makrifatnya" 

#HariGuru2020  @ Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live