Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all 1602 articles
Browse latest View live

Bacaan Doa Sempena Hari Guru

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan sambutan Hari Guru di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan sambutan Hari Guru di sekolah.





DOA SEMPENA HARI GURU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
(Tema Hari Guru Tahun Semasa)

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu  semata-mata .  

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta  .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .




Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html


Bacaan Doa Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah.




DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam  
Majlis Anugerah Kecemerlangan  . Sekolah (Nama Sekolah)

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Bacaan Doa Untuk Majlis Solat Hajat

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan majlis solat hajat di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan majlis solat hajat di sekolah.





DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ



Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Bacaan Doa Sempena Hari Sukan

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan hari sukan di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan hari sukan di sekolah.





DOA SEMPENA HARI SUKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .

Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus



Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Bacaan Doa Sempena Hari Karnival / Kantin

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan hari karnival atau hari kantin di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan hari karnival atau hari kantin di sekolah.





DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .


Ya Allah  , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.


Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .


Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .


Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.



Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus



Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Bacaan Doa Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan perkhemahan atau aktiviti luar di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan perkhemahan atau aktiviti luar di sekolah.





DOA SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .
Ya Allah  , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kam kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Bacaan Doa Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan Minggu Orientasi Pelajar Baru di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan Minggu Orientasi Pelajar Baru di sekolah.







DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa  berusaha  bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ





Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus



Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Bacaan Doa Sempena Pelantikan Pengawas

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan majlis Pelantikan Pengawas di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan majlis Pelantikan Pengawas di sekolah.





DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.
Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas  kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .

Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ




Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus



Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html


Bacaan Doa Sempena Majlis Penutup Bengkel / Seminar / Kursus

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan Majlis Penutup Bengkel / Seminar / Kursus di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan Majlis Penutup Bengkel / Seminar / Kursus di sekolah.





DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .


Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .

Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . 

Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

Ya Allah , Qaadhial Hajat ,

Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,

Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;

Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;

Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .




Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus



Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

$
0
0
Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Di sekolah yang mempunyai ramai ustaz, maka untung lah sebab dapat bergilir-gilir antara satu sama lain. Dapat juga dengar bacaan doa yang pelbagai dari suara yang juga pelbagai. Namun bagi sekolah yang tidak mempunyai ustaz, atau hanya mempunyai seorang ustaz, maka bacaan doa di bawah mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah buntu memikirkan bacaan doa yang sesuai dengan majlis.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html


Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKLBS 2014

$
0
0
Pada hari Jumaat yang baru saja berlalu, Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah saya telah dilangsungkan dengan jayanya. Pada tahun ini, Cikgu Lim Kuo Hung telah diberi kepercayaan untuk menjadi penyelaras program ini. Dengan bertemakan "Kecemerlangan pada hari ini, Kegemilangan pada hari esok", majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Setiausaha bagi YB Joseph Entulu yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan ini.


Backdrop yang dihias cantik

Saya seperti tahun lalu, diberi tugas dalam AJK Persembahan ICT. Tahun lepas sebagai ahli, tahun ini pula sebagai ketua. Tak ramai. Hanya saya dan seorang lagi rakan guru, Cikgu Louis. Bidang tugas AJK ICT ini adalah lebih tertumpu kepada penyediaan bahan tayangan berbentuk ICT semasa majlis berlangsung. 

Untuk tahun ini, saya bahagikan tugas kepada powerpoint dan juga video. Disebabkan selalu sangat pihak sekolah menonton video dari saya, maka tugas menyediakan video diberikan kepada Cikgu Louis. Manakala saya pula bertungkus lumus menyiapkan powerpoint yang mengandungi gambar pelajar lengkap dengan nama mereka. Powerpoint ini akan ditayangkan berdasarkan senarai nama pelajar yang akan menerima hadiah di atas pentas nanti. 


Sempat laghik yer nak membaca komik?. ;)

Tidak ada banyak bezanya majlis pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Cuma kali ini saya agak rasa teruja disebabkan pada tahun lepas saya tak dapat nak ikuti majlis ini kerana berada di Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur. 

Gimik bagi majlis kali ini adalah lain daripada biasa. VIP diminta naik ke pentas untuk memukul gong sebanyak  7 kali bagi menandakan majlis bermula dengan rasmi. 




Sementara menunggu, sebagai kejutan, keluarlah seorang pelajar lelaki dari sebuah kotak yang menarikan tarian Ngajat Iban sambil menyerahkan pemalu gong. Maka, gong tersebut terus dipalu disertai dengan tepukan gemuruh oleh penonton. 




Antara yang menarik pada majlis penyampaian hadiah pada kali ini adalah adik-adik Prasekolah yang berkonvokesyen dengan menggunakan jubah. Comel sangat! Tak ramai, hanya 4 orang. Antara mereka adalah Lionel Linus yang merupakan anak kepada Cikgu Louis dan juga Muhd Irfan yang merupakan anak kepada Cikgu Ibrahim. Dah besar dah diorang..



Manakala bagi persembahan pula, tarian tradisional yang ditampilkan adalah tarian tradisional masyarakat Melanau yang dinamakan 'Alu-Alu'.


Penari dengan pakaian tradisional masyarakat Melanau

Kumpulan tarian yang dilatih oleh Cikgu Wilma Ngian dan Cikgu Adeline ini kemudiannya membuat persembahan tarian tradisional Melayu. 




Persembahan ketiga pula adalah persembahan choral speaking. Seperti biasa, bertenaga dan penuh dengan gaya dan lawak yang mudah difahami. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Angeline Hii dan Cikgu Belle Mahony. Kisah mereka pernah saya tulis dalam entri yang terdahulu.




Acara penyampaian hadiah pula dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama adalah lebih memfokuskan kepada penghargaan kepada kepimpinan pelajar. Badan seperti pengawas harian, asrama, pusat sumber, pustakawan, spbt, koperasi, kadet pengawas dan ketua tingkatan diberikan sijil penghargaan atas usaha mereka.




Manakala bahagian kedua pula memfokuskan kepada pencapaian cemerlang pelajar. 2 fokus utama adalah 10 Pelajar Terbaik bagi setiap tingkatan dan juga Pelajar Cemerlang bagi subjek. Seperti biasa, majoriti penerima adalah pelajar perempuan. 




Bahagian ketiga pula adalah dikhususkan kepada anugerah gemilang. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam pada tahun lepas, dijemput naik ke pentas bersama ibubapa mereka. 




Anugerah disusuli dengan pemberian anugerah khas kepada para pelajar yang menyerlah dalam bidang tertentu. Lebih kurang anugerah tokoh lah. Bidang yang dinyatakan adalah Kepimpinan Harian, Kepimpinan Asrama, Cemerlang Kokurikulum, Cemerlang Sukan, Cemerlang dan Cemerlang Akademik.


Charry Fressly penerima Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum 2014

Senarai Penerima Anugerah Khas
Anugerah Kepimpinan Pelajar Harian - Tracy anak Gundi
Anugerah Kepimpinan Pelajar Asrama (L) - Salih anak Kadir
Anugerah Kepimpinan Pelajar Asrama (P) - Theresa Melian @ Meliyu
Anugerah Cemerlang Kokurikulum (L) - Charry Fressly anak Stephen
Anugerah Cemerlang Kokurikulum (P)- Lilian Tan May Fern
Anugerah Cemerlang Sukan (L) - Jackson Tinggi anak Sumping
Anugerah Cemerlang Sukan (P) - Rabcyah
Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji (L) - Nicholas Ayum
Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji (P) - Bonica Stella anak Baie
Anugerah Cemerlang Akademik - Jasmine Samai anak Ambrose
Anugerah Cemerlang Akademik - Alvina Daut


Majlis diteruskan dengan penghargaan kepada guru-guru. Beberapa anugerah khas disediakan untuk guru dengan bidang yang tersendiri. Ada anugerah untuk Penolong Kanan Cemerlang, Pengurus Kelas Cemerlang dan lain-lain.

Alhamdulillah saya bersama-sama Cikgu Mujiburrahman dinobatkan sebagai penerima Anugerah Guru Cemerlang Ko-Kurikulum 2014. Saya dipilih atas kejayaan mendidik 3 pemain sofbol bagi negeri Sarawak dan juga penglibatan dalam Liga Remaja Kreatif 2014 yang mencapai tahap kebangsaan. Cikgu Mujiburrahman pula aktif sukan hoki dengan melahirkan 2 orang pemain untuk negeri Sarawak.


Cikgu Mujiburrahman menerima Anugerah Guru Cemerlang Ko-kurikulum 2014

Kemudian seramai hampir 30 orang guru telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Berinisiatif dan Proaktif 2014. Penghargaan seperti ini mampu memotivasikan lagi rakan guru untuk bersama-sama bekerja dengan lebih gigih pada masa akan datang. 


Adik Tracy yang merupakan Ketua Pengawas Sekolah

Acara diakhiri dengan ucapan penutupan daripada Ketua Pengawas, adik Tracy anak Gundi yang juga merupakan penerima Anugerah Kepimpinan Pelajar Harian. Dalam ucapannya, adik Tracy berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan seseorang pelajar sewaktu berada di sekolah.


Pasukan choral speaking bergambar selepas majlis tamat

Majlis seterusnya berakhir dengan nyanyian lagu negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku. Beberapa orang pelajar dan ibubapa mengambil kesempatan bergambar kenangan sebelum meninggalkan majlis. Oh ya! Backdrop dan persiapan pentas tahun nih memang cun! Tahniah untuk Cikgu Idawaty, Cikgu Wan Ida dan Cikgu Abdul Hakim untuk kerja anda.. ;)




NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan

$
0
0
Pada 14 dan 15 November yang lalu, telah berlangsung satu karnival yang berkaitan dengan e-Learning atau pu juga dikenali sebagai e-Pembelajaran di Shah Alam Convention Centre. Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan ataupun NUCeL2014 itu dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia, MEIPTA dan juga UiTM.


NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan
NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan

Saya sebenarnya agak berminat dengan konsep yang cuba diketengahkan. Sesuai dengan apa yang saya juga praktikkan dalam kelas, maka pembelajaran abad ke-21 ini memang sesuatu yang sangat saya nantikan. Nak juga saya lihat kaedah, teknologi dan apa-apa yang berkaitan dengan e-Pembelajaran yang sesuai dan boleh dipraktikkan lagi dalam pdp saya.

Saya tiba di SACC pada jam lebih kurang 1.30 petang. Sementara menunggu satu lagi majlis bermula, maka saya meninjau dulu ke dalam dewan bagi mencari bahan yang menarik. Di depan kaunter pendaftaran, kelihatan susunan beg dan majalah yang diberi percuma kepada pengunjung. Di pintu masuk dewan saja sudah ada beberapa booth yang dibuka.


NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan


Booth pertama yang saya singgah adalah booth UPSI. Rasanya daripada Unit ICT UPSI. Di sini, segala medal dan piala yang telah dimenangi oleh pihak universiti ini dipaparkan di bahagian depan meja. Virtual campus learning system. Begitulah namanya. Tapi saya tak pasti sangat bagaimana sistemnya beroperasi. Sekadar tengok sepintas lalu.


NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan

NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan


Kemudian saya singgah di booth sebelahnya. Di sini, saya berada lebih lama, sebab tertarik dengan gajet yang ditonjolkan. Gajet berupa tablet itu adalah buatan syarikat Malaysia, dan beroperasi dengan menggunakan OS berasaskan Linux, iaitu Chevna. Yang menariknya mengenai Chevna ini adalah OSnya adalah sangat stabil, merupakan gabungan ala-ala android dan iOS (apple) dan yang paling penting adalah mesra pendidikan. 


NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan
Orang-orang penting di sebalik penghasilan Chevna.

Selain daripada itu, Chevna ini juga boleh digunakan di desktop bagi menggantikan Windows. Disebabkan tujuannya dihasilkan adalah untuk pendidikan, maka perisian dan apa yang ada dalam tu, semuanya lebih mencirikan pendidikan. Nak tahu yang lagi best? Sebab Chevna ini boleh didapatkan secara percuma! Walauweh.. sapa tak nak kan?. Boleh jimatkan banyak kos pembelian dan juga kos kemaskini. Terbaik!


Kemudian saya bergerak lagi ke kawasan sekitar dalam dewan. Secara jujur, banyak booth yang dibuka adalah secara ala kadar. Hanya dengan banner, sedikit poster dan penerangan mengenai apa produk yang dihasilkan oleh universiti mereka. 


NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan

NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan

NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan


Petugas yang ada juga tidak bersikap proaktif dalam menerangkan apa yang mereka hasilkan. Lebih kepada hanya tunggu jika ada respon daripada pengunjung dan juga lebih banyak berbual sesama mereka sendiri. Sedangkan mereka yang datang berkunjung, dah tentu mahukan sesuatu daripada karnival tersebut yang boleh diaplikasi bila kembali dari sana. 


Kemudian saya beralih ke bahagian luar dewan. Di sini juga banyak dipamerkan produk-produk yang berkaitan dengan e-Pembelajaran. Ada yang kita pernah dengar, ada juga yang tidak. Sesuatu yang baru boleh dipelajari. 


NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan

NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan

NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan


Di sini saya tertarik dengan satu booth yang mempamerkan satu screen besar. Yang bestnya, sebab screen tersebut boleh disentuh, dilukis, dan macam-macam lagi. Kiranya screen tersebut berfungsi seperti sebuah tablet besar yang boleh bertindak menggantikan papan hitam dalam kelas. Tablet besar ini dipanggil 'Samsung Interactive Board'.


Samsung Interactive Board
Samsung Interactive Board - papan hitam alaf 21

Serius teruja bila saya tengok Samsung Interactive Board ini. Kalau pasang sebiji dalam kelas, memang macam-macam perkara boleh buat. Samsung Interactive Board ini juga boleh bertindak sebagai screen untuk sambungan dari gajet kita yang diakses daripada laptop, atau desktop, atau tablet, atau juga dari telefon pintar. 

Best! Cuba bayangkan, jika kita masuk kelas, hanya perlu bawak tablet atau smartphone saja dah boleh mengajar dengan sangat interaktif! Betul-betul pembelajaran alaf 21. ;)


Cuma yang menjadi masalah pada saya, hanyalah harganya saja. Disebabkan ianya adalah teknologi baru dan terkini, maka harga nya pun juga agak 'terkini' jugak lah. Namun sekolah-sekolah kaya, swasta, antarabangsa yang mempunyai banyak sumber kewangan, saya syorkan anda beli 1 (banyak lagi bagus) untuk digunakan dalam makmal sekolah anda. Berebut budak nak menjawab soalan kat 'papan hitam baru' nih nanti!


NUCeL2014 : Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan
Majlis penutupan NUCeL2014 yang berlangsung di pentas yang cantik ini

Jam dah menunjukkan pukul 4. Maka selepas selesai mendengar penjelasan daripada petugas di sini, saya terus bergerak ke tempat majlis seperti yang dinyatakan.  Pengembaraan saya di NUCeL2014 ini berhenti di sini.  Banyak juga ilmu baru yang saya pelajari, terutamanya yang berkaitan dengan e-Pembelajaran. Yang nak tahu apa tujuan 'sebenar' saya ke NUCeL2014 nih, boleh teruskan membaca kisah saya dalam entri terbaru. ;)



Johan Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan UPSI 2014

$
0
0
Alhamdulillah masih ada rezeki lebih untuk hujung tahun ini. Tanpa diduga, blog saya telah terpilih sebagai Johan bagi Kategori Terbuka untuk Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan 2014 anjuran UPSI. Tahun lepas ada juga join, tapi belum ada rezeki. Rupanya, 'disimpan' untuk tahun ini. Syukur ke hadrat Ilahi.

Saya dihubungi melalui panggilan telefon oleh Puan Munirah, Unit ICT UPSI mengenai kemenangan ini. Surat pemberitahuan datang lewat sket. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Shah Alam Convention Centre, bersempena dengan NUCeL2014, iaitu Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan.


Johan Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan UPSI 2014


Pada 15 November, maka bergeraklah saya ke venue seperti yang dijanjikan. Dalam surat, dinyatakan pada jam 2 petang, maka saya tiba pada jam 1.30 petang. Awal setengah jam daripada waktu yang dinyatakan. Tercari-cari juga pegawai yang menguruskan, tapi tak ketemu. Hanya jawapan yang saya dapat dari sekretariat, "boleh tunggu di dalam dewan..".

Selepas itu saya disapa oleh seorang sekretariat yang menyatakan majlis akan bermula pada jam 4 petang. Adeyh.. kena tunggu lama lagi. Pelik juga sebab tak dimaklumkan langsung oleh mana-mana pihak. Tapi bagus juga. Dapat saya meronda dulu melihat karnival e-pembelajaran yang sedang berlangsung. Boleh baca catatan pengalaman saya berkunjung ke Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan.


Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan ataupun NUCeL2014


Dah habis berlegar-legar di kawasan karnival, saya bergerak ke pentas. Dalam perjalanan dah boleh dengar panggilan nombor bagi pengunjung yang bertuah. Dah melepas.. Hadiah cabutan bertuah, fuuuhhh.. Ada smartphone, ada ipad, ada laptop dan lain-lain lagi.. Aiseh, camana la boleh tak register pulak masa masuk tadi! 

Bukan rezeki..


Johan Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan UPSI 2014
Keadaan pentas masa jam 2 petang
Kemudian majlis pun bermula. Rupanya ada banyak anugerah yang dipertandingkan. Salah satu daripada nya adalah Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan, yang jugak dikenali sebagai EDU2014. Pada tahun ini juga, ada 4 kategori yang dipertandingkan. 


EDU2014

1) Blog Pendidikan (Sekolah)
2) Blog Pendidikan (Terbuka)
3) Joota Edu (Institusi Pengajian Tinggi)
4) Joota Edu (Sekolah)



Saya duduk bersama pemenang-pemenang lain. Sempat juga berkenalan dengan pemenang tempat kedua, Encik Syahril (http://www.shahrilkhairi.com/) pensyarah Politeknik Sabak Bernam dan juga pemenang tempat ketiga, Cikgu Zaki (http://cikgu-zaki.blogspot.com/) yang datang bersama keluarga beliau. Cikgu Zaki merupakan pensyarah IPGM Kampus Ipoh, Perak. 

Di barisan depan pula, sempat saya bertegur sapa dengan Cikgu Asma, yang merupakan Johan bagi Kategori Sekolah dengan blog program intervensi beliau, http://prodtas.blogspot.com/ .


Johan Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan UPSI 2014
Poster yang ada pada booth Unit ICT UPSI semasa Karnival e-Pembelajaran

Encik Syahril, menurut beliau, baru setahun bergiat aktif dalam dunia blog. Alhamdulillah dah ada rezeki camnih. Manakala Cikgu Zaki pula, memang orang senior dalam dunia blogging pendidikan. Katanya, pada tahun lepas, beliau juga merupakan pemenang tempat ke-2 bagi pertandingan yang sama! Alhamdulillah.. Lagi ler bertuah.. ;)


Johan Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan UPSI 2014
Bersama Pemenang Tempat Kedua, Encik Syahril dan Ketiga, Cikgu Zaki

Johan Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan UPSI 2014
Bergambar ramai-ramai dengan semua pemenang

Johan Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan UPSI 2014
Korang posing kat sana, kitorang posing kat sini... hu3

Mengikut syarat yang dinyatakan, hadiah kepada pemenang adalah berupa gajet. Tapi tak pula dinyatakan apa gajetnya. Maka melihat kepada gambar yang disediakan dalam laman web mereka, maka saya jangka kan mungkin seketul iPad lah yang saya akan bawak balik hari ini.


Tapi sangkaan saya meleset. Rupanya hadiah dah bertukar pada tahun ini. Lebih advanced! Tempat ketiga adalah telefon pintar Samsung Galaxy, Tempat kedua iPad air, dan Tempat pertama akan membawa pulang Microsoft Surface 2! Yeay.. Bling Bling mata saya bila mendengarnya.. ;)


Johan Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan UPSI 2014
Microsoft Surface 2 dan Sijil Penyertaan

Alhamdulillah, bersyukur sangat diberi peluang untuk menang kali ini. Sekurang-kurangnya, ada juga hasil daripada penat lelah menulis dan berkongsi maklumat. 

Kemenangan ini saya anggap sebagai satu suntikan motivasi dan perangsang kepada saya untuk berusaha memperbaiki mutu kandungan bahan yang saya sediakan. Mudah-mudahan juga, lebih ramai yang mendapat manfaat daripada blog saya ini. 


Untuk pengguna setia blog saya, TERIMA KASIH!!!!!!!! ;)




2 Tahun Berblogging, Apa Saya Dapat?

$
0
0
Sedar tak sedar, dah 2 tahun saya terjebak dalam dunia blog. Dari mula merangkak-rangkak, belajar nak buat blog, sampai ler skang nih bertatih-tatih nak menulis entri plak. Tak sangka jugak, blog nih dapat survive sampai ke saat ini. Dah 2 tahun tu.. Ingat senang ka?. Hu3



2 Tahun Berblogging, Apa Saya Dapat?


Apa pun ini adalah episod ke-3 lanjutan daripada entri saya yang terdahulu, iaitu 100 Hari Berblogging, Apa Saya Dapat? dan juga 365 Hari Berblogging, Apa Saya Dapat? He3.. Jom kita terus baca, dapat sikit ka, dapat banyak ka.. ;)



1. Komuniti Blogger
Kalau nak dihitung, saya cuma hanya ada beberapa orang saja kenalan dari dunia blogging ini. Sebabnya, jarang sangat saya berkomunikasi dengan komuniti blogging kat Malaysia. Bukan sebab sombong, apatah lagi poyo. 

Tapi sebab kekangan masa, sibuk dengan kerja di sekolah, maka tak sempat saya nak merayau-rayau dan blogwalking ke blog orang lain. Apatah lagi nak join perjumpaan ke, reunion ke, hape ke. Jadi, jangan nak pelik kalau komuniti blogging tak kenal siapa Cikgu Hailmi.



Cikgu Jarod Yong | http://ahkamkoko.blogspot.com

Tapi kalau dalam kalangan cikgu, inshaAllah ada yang kenal. Dalam setahun kedua ini, beberapa orang yang saya nak jumpa, dah berjaya pun jumpa. Macam Cikgu Jarod Yong dan juga Cikgu Khairul Sofbol. Masih lagi berhubung dengan Cikgu Norazimah dan juga Cikgu Zamrud yang dah upgrade jadi Pensyarah Matrikulasi.



Cikgu Khairul Sofbol | http://khairulpjpk.blogspot.com

Ada juga beberapa individu yang saya kenal melalui blog, tetapi akhirnya ada kesempatan untuk bertemu di luar. Kebanyakkan mereka adalah terdiri daripada golongan pendidik dan juga pelajar. InshaAllah diharapkan hubungan seperti ini akan berterusan. 



2. Ilmu Blogging
Bab ilmu nih kalau nak sembang, memang takkan selesai. INshaAllah sentiasa saja ada ruang untuk dipelajari. Ilmu-ilmu berkaitan SEO, affiliate, teknik tulis entri masih saya pelajari dari masa ke semasa. Tujuannya supaya blog lebih terkemaskini dengan budaya blogging semasa. Barulah meletop!



3. Statistik Blog
Alhamdulillah! Kali ini statistik blog memang menunjukkan peningkatan yang sangat bagus. Kalau pada tahun pertama blog saya mencecah 1.3 juta view, tapi pada tahun kedua ini blog saya berjaya mencatatkan sehingga 9.2 juta view! Uiyo.. banyak kan? 

Terima kasih banyak kepada anda-anda semua yang sudi menjadikan blog ini sebagai rujukan dan tempat lepak kutip ilmu. Moga usaha kita semua menjadi amal yang berguna! InshaAllah.



Banner Terima Kasih masa blog mencecah 9 000 000 viewer. TQ!

Saya juga gembira dengan perkembangan blog ini. View harian secara puratanya adalah lebih kurang sehingga 20 000 view setiap hari. Trafik ini saya terima sejak bulan Mac 2014, sehinggalah sekarang. Syukur sangat!

Follower di blog juga makin bertambah. Kalau di Facebook pula dah ada hampir 11 000 likers. Ini likers tulen ok, bukan main paksa-paksa 'like dulu baru boleh baca'... he3.. Group yang saya wujudkan khas untuk Cikgu Sains Kreatif juga dah beranjak hampir 2000 ahli. 



Statistik blog cikgu hailmi 2014
Statistik Blog 2014 | www.cikguhailmi.com

Kalau dulu golongan pelajar yang ramai menjadi pengunjung setia untuk mendapatkan bahan dalam blog ini. Namun belakangan ini, golongan pendidik dan juga ibubapa pula. Rata-rata mereka mencari mengenai info terkini untuk dunia pendidikan, dan Alhamdulillah ada jumpa di sini. INshaAllah semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

Trafik ke blog sekarang nih sudah banyak yang datang daripada carian Google. Bermaksud juga banyak entri-entri dari blog ini yang sudah berada pada muka surat pertama di enjin carian. Senang orang jumpa kat Google, maka senang lah orang nak terserempak ke blog saya. TQ Encik Google!



4. Idea Nak Menulis
Sehingga 2 tahun ini juga, alhamdulillah saya masih boleh mengekalkan rentak dalam menulis blog. Sekurang-kurangnya tak adalah terbiar sangat blog nih dalam tempoh yang sangat panjang. Sentiasa saja terkemaskini. Masih ada idea. Dan yang penting, masih ada minat nak berblog. 

Istiqamah tu sangat penting. Banyak saya tengok blogger-blogger yang pada awalnya, dahsyat gila tahap update dia punya blog. Tapi lama kelamaan, blog dah bersarang, tumbuh kulat. Kawal keghairahan anda dalam berblog. Walaupun banyak idea datang, rajin, tengah bersemangat macam mana sekalipun, simpan sikit rajin tu untuk hari esok, lusa, tulat dan seterusnya.. 

Satu perkara yang saya selalu amalkan bila datang idea nih adalah, simpan idea tersebut dalam Draft. Kemudian bila ada masa, jenguk-jenguk balik untuk tambah idea atau pun menulis dalam bentuk yang lebih baik. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!



5. Buat Duit
Bila bercakap pasal blog, mesti orang nak tanya, banyak ke cikgu buat duit dengan blog nih? Bagi saya itu bukan persoalan utama, kenapa saya buat blog nih. Dari awal lagi saya dah nyatakan, niat saya menggunakan blog adalah untuk berkongsi dengan rakan guru mengenai dunia pendidikan. Tak semua benda saya tahu. Tapi sekadar yang saya tahu, inshaAllah saya cuba kongsikan bersama.



Buat duit dengan Nuffnang, Komli dan Innity
Nuffnang, Komli dan Innity

Tapi eksperimen saya terhadap iklan-iklan popular seperti Nuffnang, Komli dan Innity, mungkin membantu mereka yang di luar sana dalam mencari pendapatan melalui cara berblogging. Secara ringkasnya, masa yang saya guna untuk capai RM260 melalui Nuffnang (1 tahun), Komli (6 bulan) dan Innity (2 bulan). So anda pilih sendiri..

Nak tau lebih lanjut, sila baca Komli vs Nuffnang dan juga Innity vs Komli



6. Anugerah dan Award
Dan dah tentu perkara yang paling membanggakan saya untuk tahun kedua ini adalah apabila blog ini mula mendapat pengiktirafan di peringkat yang lebih tinggi. Bukan tiket untuk saya meninggi diri, tetapi perangsang untuk bekerja lebih rajin. Untuk tahun ini saja, ada 3 anugerah besar yang saya berjaya rangkul melalui usaha pada blog ini.



Best Educational Blog 2014 




Agent of National Transformations 2014 




Johan 
Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan 2014 
(Unit ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris)



Siapa yang tak gembira kan apabila usaha yang dilakukan selama ini mula membuahkan hasil. Rasa setimpal dengan pengorbanan yang kita dah buat. Pengorbanan masa dan pengorbanan tenaga.

Malah atas kerana blog ini juga, saya berpeluang dijemput sebagai Penceramah Peer Coaching di sebuah sekolah dan juga sebagai Pembentang dalam Seminar PLC Peringkat Sarawak. Ada lagi beberapa pihak yang telah mengintai peluang untuk bekerjasama dengan saya. InshaAllah saya akan update dari masa ke semasa.

Saya juga ambil kesempatan untuk minta maaf jika tak dapat nak penuhi tuntutan pihak tertentu. Kena sama-sama faham. Banyak yang terpaksa saya tolak, sebab kekangan masa dan juga kerana faktor lokasi yang tidak menggalakkan. Tetapi sekiranya ada yang berbentuk pendidikan dan juga kebajikan, inshaAllah saya akan cuba usahakan mana yang terdaya.



Harapan
Harapan saya, semoga blog ini terus dapat relevan dengan keperluan semasa dunia pendidikan di Malaysia. Seperti yang saya katakan, tidak lah semua perkara saya tahu. Akan tetapi, mana yang saya tahu, inshaAllah saya akan cuba kongsikan. Mungkin kesannya, tidaklah sebesar mana, tetapi jika dapat membantu walaupun hanya seorang pelajar, itu dah kira bagus. 

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan buat anda-anda semua yang selalu berkunjung ke sini untuk menambahkan ilmu. Tanpa sokongan anda semua, tak mungkin untuk saya boleh berjaya sampai ke tahap ini. Teruskan memberi sokongan kepada saya dalam terus memberi khidmat kepada anda. TQ banyak!! ;)




Permohonan Bagi Jawatan Guru DG41 di MRSM 2015

$
0
0
Berita baik untuk mereka yang selama ini berminat nak menjadi guru! Walaupun tak dapat menjadi guru di sekolah biasa di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia, kini anda berpeluang untuk menjadi guru di MRSM di bawah seliaan MARA. Sama juga kan, janji jadi cikgu. Ok, untuk mereka yang berminat, boleh baca iklan di bawah lebih lanjut.


Permohonan Menjadi Guru di MRSM 2015





Kalau dilihat pada iklan, macam nak guna guru bagi pelbagai subjek. Mungkin anda di luar sana boleh cuba, jika betul-betul berminat nak jadi cikgu.

Lagi satu, kena cepat, sebab tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2014. Ada lebih kurang 10 hari saja lagi dari tarikh entri ini dikeluarkan. 

Sebagai sedikit maklumat tambahan, hanya satu permohonan saja layak dihantar dan hanya calon yang tersenarai pendek akan dipanggil bagi sesi temuduga. Semoga berjaya!



Apa Yang Perlu Ada Dalam Folio PPGB?

$
0
0
Senarai Kandungan bagi Folio Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) perlulah mengandungi beberapa perkara seperti yang telah ditetapkan. Folio PPGB dengan 6 kandungan penting ini, perlu disiapkan pada akhir proses bimbingan. Antara maklumat yang perlu terkandung dalam folio tersebut adalah biodata guru, maklumat sekolah, senarai jawatan dan bidang tugas, laporan orientasi, laporan pementoran dan refleksi. Buat yang tercari-cari maklumat ini, jom kita tengok dengan lebih mendalam setiap perkara tersebut. 


Apa Yang Perlu Ada Dalam Folio PPGB?
Guru-guru baharu perlu menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)


Senarai kandungan Folio PPGB

Senarai kandungan Folio PPGB Program Pembangunan Guru Baharu


Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan guru yang masih tercari-cari bahan atau maklumat untuk menyediakan folio PPGB di sekolah masing-masing. Selamat berfolio!



Apa Yang Perlu Ada Dalam Fail Ketua Panitia Matapelajaran?

$
0
0
Senarai Kandungan bagi Fail Ketua Panitia perlulah mengandungi beberapa perkara seperti yang telah ditetapkan. Fail Ketua Panitia boleh terdiri daripada 4 atau 5 atau berapa saja bilangannya bergantung kepada kehendak dan sistem yang ditetapkan sekolah. Antara maklumat yang perlu terkandung dalam Fail Ketua Panitia adalah Fail Induk Panitia, Sukatan Pelajaran, dan lain-lain. Buat yang tercari-cari maklumat ini, jom kita tengok dengan lebih mendalam setiap perkara tersebut. 


Senarai Kandungan Fail Ketua Panitia Matapelajaran


Senarai Kandungan Fail Ketua Panitia Matapelajaran


Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan guru yang masih tercari-cari bahan atau maklumat untuk menyediakan Fail Ketua Panitia di sekolah masing-masing. Selamat berfiling!





Apa Yang Perlu Ada Dalam Rekod Persediaan Mengajar?

$
0
0
Senarai Kandungan bagi Fail Rekod Persediaan Mengajar (RPM) perlulah mengandungi beberapa perkara seperti yang telah ditetapkan. Fail Rekod Persediaan Mengajar (RPM) perlu mengandungi maklumat yang berkaitan Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan pelajaran tahunan dan lain-lain. Buat yang tercari-cari maklumat ini, jom kita tengok dengan lebih mendalam setiap perkara tersebut. 


Senarai Kandungan Rekod Persediaan Mengajar

Senarai Kandungan Rekod Persediaan Mengajar


Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan guru yang masih tercari-cari bahan atau maklumat untuk menyediakan Fail Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di sekolah masing-masing. Selamat berRPH!





Pecutan Akhir Kimia SPM 2014

$
0
0
Pantang mengalah sebelum rebah! Esok dah nak exam Kimia SPM, minggu nih kami bertungkus lumus bersama pelajar. Mengerah sedikit keringat dan peluang yang ada, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anak didik. Atas inisiatif Ketua Panitia Kimia, Cikgu Mackie Juing, maka semua guru Kimia berkumpul di sekolah sekali lagi, bagi tujuan Pecutan Akhir Kimia SPM 2014.


Pecutan Akhir Kimia SPM 2014
Pecutan Akhir Kimia SPM 2014

Jadual dirancang dengan baik bersama Panitia Biologi. Peperiksaan Kimia adalah pada hari Isnin dan Biologi akan menyusul hari seterusnya. Tak adil pula jika rasanya nak 'paksa' budak untuk belajar Kimia sahaja. Terabai pulak subjek Biologi nanti. Maka jadual diadakan supaya membantu pelajar untuk belajar keduanya dengan baik.



Tujuan
Tujuan diadakan Pecutan Akhir ini adalah bagi membantu pelajar untuk belajar Kimia dan Biologi dalam suasana yang kondusif. Kondusif dari segi persekitaran belajar dan juga kondusif dari segi bantuan pembelajaran.



Modus Operandi
Pelajar akan berkampung bersama guru di makmal sekolah bermula pada petang Jumaat hingga petang Ahad. Tiada paksaan bagi pelajar yang nak ikut ataupun tak. Guru-guru akan bertindak sebagai tukang rujuk. Manakala pelajar pula bebas membuat soalan, bebas berada dalam kumpulan masing-masing dan bebas mengikut tahap pencapaian mereka. 


Pecutan Akhir Kimia SPM 2014
Belajar Kimia dengan santai dan tenang

Pecutan Akhir Kimia SPM 2014
Guru membimbing pelajar untuk belajar Kimia di saat akhir

Bagi memudahkan pelajar yang tiada idea apa nak dipelajari, maka koleksi soalan percubaan daripada negeri lain diberikan kepada mereka. Bincang, dan jawab soalan. Jika ada yang tak terjawab, boleh rujuk buku, nota dan kawan-kawan. Kalau tak tahu jugak, terus rujuk pada guru. Guru pula akan bergerak dari satu meja ke satu meja yang lain untuk membimbing pelajar. 

Bahan 1 : Nota Super Ringkas Kimia
Bahan 2 : Koleksi Soalan Percubaan Kimia SPM 2014
Bahan 3 : Soalan SPOT Kimia SPM 2014



Pemerhatian
1. Pelajar menunjukkan minat dan kecenderungan yang sangat dahsyat. He3.. Apatah lagi ini adalah peluang terakhir mereka untuk belajar dan bertanya sesuatu yang belum difahami.

2. Pelajar mula membentuk kumpulan belajar dan saling mendorong antara satu sama lain. Ada juga aktiviti gossip dan berbual kosong. Namun dalam keadaan terkawal dan masih berfokus pada aktiviti pembelajaran.

3. Pelajar lebih berusaha cuba menjawab sendiri soalan, berbanding meniru jawapan kawan sebelum ini.

4. Lebih banyak pelajar tahu menjawab soalan, lebih ghairah pula mereka nak bertanyakan soalan (baru faham ler tuh... )



Kesimpulan
Dah tentu ini adalah program akademik saat akhir yang sangat bagus. Bimbingan lebih dekat ini membantu pelajar dalam memberi bantuan saat-saat kritikal sebegini. Kehadiran dan bimbingan guru memberi implikasi besar, terutamanya kepada pelajar yang lemah. Walaubagaimanapun, beberapa perkara perlu diberi perhatian. 


Pecutan Akhir Kimia SPM 2014
Gambar kenangan bersama Cikgu Tang Kie Hua yang akan berpindah ke SMK Bandar Sibu pada tahun depan

Biarkan pembelajaran berlangsung dalam suasana santai dan tenang. Tiada paksaan kepada pelajar. Namun masih dalam mood untuk belajar. Kedua, berikan sedikit masa dan peluang kepada mereka untuk masa sendiri. Pelajar perlukan masa eksklusif mereka untuk menilai dan buat refleksi sejauh mana pencapaian mereka dan di mana topik mana lagi yang haru mereka pelajari.


p/s: Ribuan terima kasih kepada Cikgu Tang Kie Hua yang masih bersemangat nak mengajar anak-anak pelajar, sekalipun akan berpindah ke sekolah baru pada tahun depan. Banyak perkara yang saya pelajari daripada beliau sepanjang menjadi guru Kimia di sini. Saya doakan semoga beliau terus sukses dan berjaya dalam apa jua yang beliau ceburi. Terima kasih!




Johan Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan

$
0
0
Alhamdulillah selesai sudah majlis penyampaian hadiah pertandingan video Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur. Saya bersama pelajar saya, Charry Fressly, Ester Maxcuel, Lilian Tan dan Roderick Renggie mewakili negeri Sarawak ke pertandingan tersebut dengan video kami yang bertajuk, "Jalur Lebar Untuk Pendidikan".



Johan Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan


Penerbangan kami dari Sibu ke Kuala Lumpur adalah jam 6 pagi pada hari berlangsungnya majlis. Maka seawal jam 4 pagi saya dan pelajar dah mula bersiap-siap untuk ke lapangan terbang Sibu. Awalnya kena bangun. Mujur juga ada Ustaz Faris Hakimi sudi untuk menghantar kami semua ke airport, walaupun beliau terpaksa bergegas untuk jaga peperiksaan selepas tu.



Pasukan LRK2014 Sarawak di Airport Sibu
Sebelum Subuh kitorang dah berada di airport Sibu

Oleh sebab penerbangan pada awal pagi, maka jam 8 pagi kami sudah tercegat di KLIA. Bila saya hubungi Anne, sekretariat LRK2014, katanya kami perlu menunggu ketibaan pasukan negeri lain yang akan menyusul tiba kemudian. Hanya pada jam 11 pagi barulah semua akan bergerak ke Angkasapuri. Hmm... Tunggu lagi..



Pasukan LRK2014 Sarawak di KLIA
Dah sampai awal, cenggini ler gayanya nak tunggu orang lain sampai

Dalam sejam kemudian, mula ternampak kelibat 4 orang pelajar perempuan dengan seorang guru. Confirm datang untuk LRK2014 nih! Saya tegur dan sempat berkenalan dengan guru pengiring mereka, Cikgu Mariani dari kontinjen Pulau Pinang. SMK Tun Syed Sheh Barakbah kalau tak salah nama sekolah mereka.

Kemudian makin lama, makin ramai plak pasukan yang kunjung tiba di KLIA. Tak sempat pula nak berkenalan dengan yang lain sebab sibuk nak menguruskan pelajar saya. Nampak mereka pun bergegas ke sana ke sini.



Pasukan LRK2014 Sarawak di KLIA


Cikgu hailmi dan Pasukan LRK2014 Sarawak di KLIA


Dalam jam 11 pagi, Cik Anne kita dah mula menunjukkan diri. Memang sibuk. Ke hulu ke hilir terpaksa bercakap di telefon menguruskan pengangkutan kitorang semua dari KLIA ke Angkasapuri. Dah berkumpul di tempat menunggu bas, barulah sempat nak berkenalan dengan pasukan lain dari negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan. Tak banyak masa. Jadi terus naik bas ke Angkasapuri RTM.

Sampai saja di tempat yang nak dituju, pelajar diberi penerangan ringkas mengenai perjalanan majlis oleh big boss LRK2014, Encik Tahir Musa. Penerangan adalah berkisar mengenai apa yang perlu pelajar buat semasa berada di dalam studio dan juga semasa berada di atas pentas.



Encik Taher Musa dari MCMC memberikan penerangan ringkas kepada peserta
Penerangan ringkas oleh orang besar LRK, Encik Tahir Musa

Kami kemudiannya dijemput menjamu selera terlebih dahulu sebelum masuk ke majlis pada jam 2 petang. Makan tengahari. Nasi ayam. Di sini saya bertemu dengan Cikgu Azme, guru pengiring pasukan negeri Selangor dari SMK Bandar Tasik Puteri. 



Cikgu hailmi dan Cikgu Azmi dari SMK Bandar Tasik Puteri, Selangor
Bersama dengan Cikgu Azmi, dari pasukan Selangor

Berpeluang juga nak bertemu dengan beliau setelah sekian lama berkenalan melalui blog dan facebook. Makan tengahari semeja dengan beliau, dan juga anak-anak didik beliau yang sangat peramah, Azhan dan kawan-kawannya. 



Cikgu Hailmi dan Azhan, pelajar SMK Bandar Tasik Puteri, Selangor

Cikgu Hailmi, Azhan dan CIk Anne dari MCMC sedang menjamu selera

Cikgu Hailmi dan pelajar SMK Bandar Tasik Puteri, Selangor


Sementara nak menunggu majlis yang bermula pada tepat jam 2 petang, maka kami bergerak ke masjid berhampiran untuk solat Zohor terlebih dahulu. Surau yang disediakan di bahagian bawah Angkasapuri tu terlalu sempit untuk menampung jumlah penonton yang melimpah ruah.

5 minit sebelum jam 2 petang, maka kami mula memenuhkan ruang dalam Angkasapuri. Seingat saya, dah 4 5 kali juga saya dah masuk kat dalam nih. Tapi semuanya sebab Liga Remaja Kreatif la.. Kalau tak, confirm tak merasa.. Macam biasa, bahagian kanan dan kiri tempat duduk dikhaskan untuk penonton dan pemenang. Manakala VIP dan guru-guru dibahagian tengah. 



VIP pada hari ini, Datuk Shabery Cheek
VIP yang hadir, Datuk Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sebelum acara bermula dalam studio, pengurus produksi memberitahu beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa berada dalam studio. Ini bagi menjamin kelancaran majlis dan juga rakaman yang diadakan. Benda sekali jalan, kalau salah dah tak dapat nak repeat-repeat dah. 

Selesai taklimat ringkas, maka muncullah pengacara majlis untuk tahun ini. Kalau tahun lepas kita ada Alif Satar, tahun nih kita ada pelakon yang juga pengacara, iaitu Karl Shafek.



Karl Shafek sebagai pengacara majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Karl Shafek sebagai pengacara majlis

Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada sekumpulan anak muda. Tak ingat nama kumpulan mereka, tapi gayanya macam budak sekolah menengah. Terhibur! Lebih menarik sebab mereka menggunakan  peralatan muzik yang dinamakan 'Sapelele', gabungan alat muzik Sarawak, Sape dan juga ukulele (yang gitar kecik hawaii tu..).



Persembahan semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Persembahan menarik yang menggunakan Sapelele

Konsep pada tahun ini lain sikit berbanding tahun sebelumnya. Kali ini, para pemenang daripada setiap negeri dijemput ke atas pentas satu kumpulan demi satu kumpulan, ditunjukkan sedutan video mereka dan diperkenalkan kepada penonton. Ala-ala meraikan pemenang lah tema nya. 



Pasukan Sarawak semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Steady team Sarawak!

Nak lagi best, yang menjemput pelajar adalah terdiri daripada orang-orang feymes dunia seni, iaitu Yana Shamsudin, Zain Saidin dan juga Ajak Shiro. Team Sarawak dijemput oleh Zain Saidin a.k.a Papa Zain. Paling happening tentulah masa Ajak Shiro. Spontan dan kelakor habis! Menteri pun tumpang ketawa dengan gurauannya yang bersahaja.



Yana Shamsudin semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Yana Shamsudin yang shomel

Zain Saidin semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Zain Saidin aka Papa Zain

Ajak Shiro semasa majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Ajak Shiro yang kelakor

Diselang selikan dengan acara memperkenalkan para pemenang, ada persembahan nyanyian disediakan. Kali ini banyak menampilkan penyanyi-penyanyi yang memang betul-betul mewakili budaya Malaysia. 

Kita ada Waris yang terkenal dengan lagu "Gadis Jolobu", Iwere yang terkenal dengan lagu "Oghe Kito" dan penyanyi cantik dari Youtube yang dah mula meningkat naik namanya, iaitu Elizabeth Tan dengan lagu popularnya "Knock Knock".



Persembahan Waris semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Waris yang popular dengan lagu "Gadis Jolobu"

Persembahan Elizabeth Tan semasa Majlis Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan
Elizabeth Tan yang cantik sedang mendendangkan lagu "Knock Knock"

Selesai sahaja semua persembahan, dan akhirnya, bermula lah acara yang paling dinanti-nantikan, iaitu acara penyampaian hadiah. Tetiba saja terus laju jantung berdegup. Sama saja rasa debarannya seperti tahun lepas. 

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan kategori aplikasi mudah alih dan juga portal internet. Kategori ini adalah kategori baharu yang buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Liga Remaja Kreatif 2014. Sesi penilaian bermula semasa sesi pitching bersempena dengan KL Converge! yang berlangsung pada bulan September yang lalu. 

Hadiah adalah berupa wang tunai RM5,000 beserta 4 biji iPhone 5S. Giler.. Mana tak jeles kalau tengok hadiahnya. Dan pemenang nya adalah...




JOHAN
Kategori Aplikasi Mudah Alih

Kolej Yayasan Saad Johan Aplikasi Mudah Alih Liga Remaja Kreatif 2014
Kolej Yayasan Saad, Melaka


JOHAN
Kategori Web Portal

SMK Imtiyaz Kuala Terengganu Johan Web Portal Liga Remaja Kreatif 2014
SMK Imtiyaz Kuala Terengganu


Acara kemudiannya disambung kepada kategori video. Acara yang ditunggu-tunggu. Yeah! Jantung berombak dengan begitu dahsyatnya sekali. Tak sabar pulak rasanya nak menunggu detik nama pemenang diumumkan dengan secepat mungkin, supaya cepat sikit habis masa debaran. Penat ok, jantung dok berdebar... hu3

Bagi kategori video, majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan Video Paling Popular. Pemenang bagi Video Paling Popular ditentukan melalui undian pada My1Content. Kesemua 140 video (10 terbaik dari 14 negeri) layak untuk merebut title ini. 

Dan khabarnya, ada sekolah yang undiannya mencecah sehingga 10 000 undian! Hu3.. nak lawan yang sekolah saya, hanya dapat 9 undian je. Kesian toi. Mereka akan membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM2,500. Dan pemenang Video Paling Popular jatuh kepada ..




Video Paling Popular
SMK Kota Kemuning

SMK Kota Kemuning Johan Video Paling Popular Liga Remaja Kreatif 2014


Acara disambung lagi dengan penyampaian hadiah tempat ketiga, kedua dan johan. Punyalah lama dia nak sebut. Pengacara nih memang dah dilatih yer nak bagi saspen? Dia punya nak sebut nama pemenang tu, alahai.. kalau ada yang sakit jantung, confirm dah rebah! Maka dimulakan dengan ..




Ketiga
SMK Cherang Ruku, Kelantan

SMK Cherang Ruku Kelantan Tempat Ketiga Liga Remaja Kreatif 2014


Kedua
SMK Kuhara, Sabah

SMK Kuhara Sabah Tempat Kedua Liga Remaja Kreatif 2014



Hanya tinggal satu tempat saja lagi untuk direbut oleh pasukan daripada 12 negeri lain. Mampukah pasukan sekolah saya untuk mengekalkan kejuaraan peringkat kebangsaan yang telah kami perolehi pada tahun lepas?..




Dan 



JOHAN Liga Remaja Kreatif 2014, 



Jatuh kepada ....






JOHAN
SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak

SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak Johan Liga Remaja Kreatif 2014

Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014


Alhamdulillah! Tak terucap rasa kesyukuran kerana pasukan kami masih berpeluang menjuarai pertandingan ini. Dengan kualiti video yang jauh lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum nya, dah tentu pertandingan kali ini berlangsung dengan sengit dan penuh saingannya.

Tahniah saya ucapkan kepada anak didik, Charry Fressly yang tak pernah serik kena marah dengan saya semasa membimbing untuk menghasilkan video ini. Juga kepada rakan-rakan beliau, Ester Maxcuel, Lilian Tan May Fern dan Roderick Renggie. 



Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014 selfie dengan Karl Shafek
Selfie dengan Karl Shafek, Abang Syafik dan Kak Farah dari ASWARA yang datang bagi sokongan

Walaupun semuanya masih di Tingkatan 3, namun usaha dan kerjasama yang ditunjukkan adalah sangat mengkagumkan. Saya doakan kejayaan mereka di masa mendatang!


Terima kasih juga kepada semua juri dan pihak MCMC yang telah memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bakat dan kemahiran. Tanpa peluang yang disediakan oleh MCMC ini, mana mungkin anak-anak di Malaysia mengerah tenaga kreatif mereka bertanding dalam mencari yang terbaik. 



Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014
Selfie dengan Encik Tahir Musa

InshaAllah dengan sokongan MCMC ini terhadap anak-anak muda Malaysia, tak mustahil suatu hari nanti, industri kreatif Malaysia bakal lahirkan generasi kreatif yang hebat dan terkenal di mata dunia!


Saya pula secara jujurnya, cukup terharu dengan kemenangan kali kedua ini. Bak kata seorang rakan, tak susah nak jadi JUARA. Yang jauh lebih susah adalah nak mengekalkan keJUARAan! Alhamdulillah, kami mampu melakukannya!

Selesai majlis, kami dijemput untuk menjamu selera bersama di ruang yang disediakan. Saya dan ketua kumpulan, Charry Fressly dijemput menjamu selera bersama Datuk Shabery Cheek. Turut semeja dengan kami adalah Cikgu Aziz dari Sabah beserta anak muridnya dan juga Cikgu Faiz dari Kelantan beserta anak muridnya.



Kenangan bersama Datuk Shabery Cheek


Saat-saat manis kenangan semasa makan ini juga diabadikan oleh Datuk Shabery Cheek, dan dikongsikan bersama dalam facebook rasmi beliau. Siapa tak gembira kan kalau tiba-tiba dapat tumpang glamer pak Menteri. Beliau seperti biasa, seorang yang ramah, tidak protokol dan sempoi. Betul-betul terbaik!


Selesai minum petang, ada sedikit temuramah dengan para wartawan dan juga pihak berita MCMC. Di samping itu sempat juga merakamkan kenangan dengan pasukan-pasukan lain yang sempat meluangkan masa di perkarangan Angkasapuri. Ada yang tak sempat, sebab terpaksa balik awal. Boleh tengok gambar-gambar kenangan di bawah.



Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014 : SMK Cherang Ruku Kelantan

Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014 : SMK Kuhara Sabah

Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014 : SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak

Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014 : SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak

Cikgu Hailmi bergambar dengan pengacara majlis, Karl Shafek

Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014 : SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak

Cikgu Hailmi bergambar kenangan dengan pasukan dari SMK Bandar Tasik Puteri Selangor

Pemenang Liga Remaja Kreatif 2014 : Kolej Yayasan Saad Melaka dan SMK Kuhara Sabah


Berakhirnya majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif 2014, maka berakhirlah juga acara penting tahun ini bagi pasukan kami. InshaAllah juga dengan kemenangan ini bermakna, usaha lebih perlu diperkuatkan lagi untuk tahun mendatang. Kualiti penyertaan semakin bagus, maka persaingan akan tentunya menjadi lebih sengit. Hanya yang terbaik akan menjuarai. 


Bagi yang belum menonton video kami, dijemput untuk menontonnya di Youtube. Sebarang komen membina dan boleh menambahbaik penghasilan video kami pada masa mendatang, adalah amat dialu-alukan. 






p/s: Ada juga yang bertanyakan rahsia kejayaan video pasukan kami. Kunci nya adalah, berlatih! Hasilkan video sebanyak dan sekerap yang mungkin, dah tentu video anda yang seterusnya akan jauh lebih baik berbanding sebelumnya. ;)


Kredit Foto : Terima kasih kepada Cikgu Aziz dari Albumkasih dengan gambar yang menarik, facebook MCMC, Syafik ASWARA, Cikgu Azmi (SMK Bandar Tasik Puteri) dan koleksi peribadi Cikgu Hailmi.





Viewing all 1602 articles
Browse latest View live