Setelah berehat sekian lama, maka Majlis Guru Cemerlang Malaysia di bawah pimpinan Haji Rudzli, Guru Cemerlang Gred Khas C, telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia untuk tahun 2017. Bertempat di Institut Aminudin Baki Cawangan Utara (IABU), Seminar kebangsaan ini digerakkan melalui Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah dan juga Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis.
Seminar yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan menghimpunkan seramai mungkin Guru Cemerlang seluruh Malaysia bagi sesi peningkatan profesionalisme, di samping mempertemukan GC2 ini bagi menyemarakkan semula semangat dan jiwa pendidik masing-masing.
Selain daripada agenda bermesyuarat dan sesi dialog bagi menentukan hala tuju Guru Cemerlang selepas ini, sesi pembentangan inovasi dan best practises juga bertujuan bagi membugarkan semula semangat GC yang hadir, apatah lagi sekian lama sudah tak ada pertemuan yang seumpamanya sebelum ini.
Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017 kali ini dirasmikan oleh Pengarah JPN Kedah, Datin Paduka Dato' Hajjah Azuyah Hassan, yang juga merupakan mantan Guru Cemerlang batch pertama dahulu.
Sekalipun terlibat sebagai AJK Pengurusan Seminar yang menguruskan 8 pembentang dan seorang penceramah, saya hanya dapat turut serta pada hari kedua, kerana terlibat dengan Kolokium STEM Zon Utara di USM, Pulau Pinang. Mujur lah ada pasukan yang memang hebat boleh take over, diketuai oleh Cikgu Asmaniza, GC daripada SBPI Kubang Pasu.
Senarai Pembentang Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
1. Suziyana binti Hashim (SMK King Edward VII, PERAK) - "Gesture Membantu Pemahaman Murid"
2. Hanita binti Ladjaharum (SMK Bandar Kota Kinabalu, SABAH) - Aplikasi Aktiviti LENG-AT Bagi Membolehkan Pelajar Tahap Lemah Terlibat Secara Aktif dan Efektif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah"
3. Bahtiar bin Sukkor (SMK Dato Ali Haji Ahmad, JOHOR) - Inovasi KOMBeT
4. Mohammad bin Omar (SMK Bunut Susu, KELANTAN) - Meningkatkan Penguasaan Fakta dan Terminologi Berkaitan Tumbuhan Menggunakan Taman Sains RG
5. Jasmi bin Amin (SMK Malim, MELAKA) - Eksplorasi Pintar Haji
6. Norhailmi bin Abdul Mutalib (SMK Jerlun, KEDAH) - Penggunaan Google Form Dalam Peningkatan Akademik Sains
7. Basyira binti Omar (SMKA Alawiyah (P), PERLIS) - Method Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab : Bahasa Arab Dekat di Hati
8. Lee Saw Im (SMK Seri Bintang Utara, WP KUALA LUMPUR) - Teknik "Bocaps Merry Go Round" - Satu Kaedah Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Tentang Ikatan Ionik
Antara sesi yang membuka mata adalah sesi dialog dengan wakil daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan juga wakil NUTP. Banyak isu-isu yang berkaitan dengan penjawatan Guru Cemerlang dikemukakan dan mohon dipertimbangkan.
Antaranya isu yang dibincangkan adalah:
1. Penjawatan Guru Cemerlang SR yang hanya pada DG48
2. Saranan Guru Cemerlang bertukar kepada SISC+
3. Guru Cemerlang yang masuk ke laluan timebased
4. Beban tugas Guru Cemerlang di sekolah
5. Tanggungjawab Guru Cemerlang di sekolah
6. Cabaran Guru Cemerlang di mata pendidik
Manakala bagi sesi perkongsian ceramah Pembelajaran Abad ke-21 oleh Dr Norliza Khusairi, dari IPDA pula, banyak memberikan pembugaran semula mengenai bagaimana menjadi guru yang efektif (berkesan) dalam mendepani anak murid abad ke-21.
Paling saya tertarik adalah melalui penggunaan frasa LEARN, UNLEARN and RELEARN. Petikan kata-kata Alvin Toffler ini kemudiannya diterjemahkan dengan bahasa yang lebih mudah.
Adalah dalam kita nak menjadi guru yang berjaya, berkesan, dan mampu mendepani cabaran mendatang, maka hendaklah kita mampu untuk LEARN (belajar), kemudian boleh UNLEARN, supaya ada ruang untuk kita RELEARN semula.
Sangat bertepatan dengan konsep pembelajaran untuk sepanjang hayat, maka sentiasa lah menimba ilmu kerana ilmu itu takkan pernah habis untuk dipelajari.
Secara keseluruhannya, saya merasakan penganjuran seminar ini sangat lah memberi makna kepada saya sebagai Guru Cemerlang. Bertemu dengan rakan GC daripada seluruh Malaysia, banyak membuka mata saya mengenai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh Guru Cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Rangkaian baharu ini memungkinkan gerakan Guru Cemerlang dapat diperkasakan lagi dengan kolaborasi antara mereka yang akhirnya sama-sama meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak Malaysia. Bergerak secara berkumpulan itu lebih baik!
Semangat dan nilai positif yang ada daripada Guru Cemerlang yang hadir juga sebenarnya banyak menyuntik semangat kepada saya untuk terus meneruskan kecemerlangan pada tahap yang tertinggi.
Harapan saya, semoga pergerakan Guru Cemerlang selaku barisan paling hadapan pendidik ini diteruskan dan diperkasakan lagi. Semoga kita sama-sama bergerak ke arah yang lebih baik dalam meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia. Amin!
Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017 |
Seminar yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan menghimpunkan seramai mungkin Guru Cemerlang seluruh Malaysia bagi sesi peningkatan profesionalisme, di samping mempertemukan GC2 ini bagi menyemarakkan semula semangat dan jiwa pendidik masing-masing.
Selain daripada agenda bermesyuarat dan sesi dialog bagi menentukan hala tuju Guru Cemerlang selepas ini, sesi pembentangan inovasi dan best practises juga bertujuan bagi membugarkan semula semangat GC yang hadir, apatah lagi sekian lama sudah tak ada pertemuan yang seumpamanya sebelum ini.
Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017 kali ini dirasmikan oleh Pengarah JPN Kedah, Datin Paduka Dato' Hajjah Azuyah Hassan, yang juga merupakan mantan Guru Cemerlang batch pertama dahulu.
Wefie bersama Pengarah JPN Kedah, Datin Paduka Dato' Hajjah Azuyah Hassan |
Sekalipun terlibat sebagai AJK Pengurusan Seminar yang menguruskan 8 pembentang dan seorang penceramah, saya hanya dapat turut serta pada hari kedua, kerana terlibat dengan Kolokium STEM Zon Utara di USM, Pulau Pinang. Mujur lah ada pasukan yang memang hebat boleh take over, diketuai oleh Cikgu Asmaniza, GC daripada SBPI Kubang Pasu.
Team AJK Pengurusan Seminar yang awesome! |
Senarai Pembentang Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017
1. Suziyana binti Hashim (SMK King Edward VII, PERAK) - "Gesture Membantu Pemahaman Murid"
2. Hanita binti Ladjaharum (SMK Bandar Kota Kinabalu, SABAH) - Aplikasi Aktiviti LENG-AT Bagi Membolehkan Pelajar Tahap Lemah Terlibat Secara Aktif dan Efektif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah"
Cikgu Hanita dari Sabah dengan inovasi LENG-AT nya |
3. Bahtiar bin Sukkor (SMK Dato Ali Haji Ahmad, JOHOR) - Inovasi KOMBeT
4. Mohammad bin Omar (SMK Bunut Susu, KELANTAN) - Meningkatkan Penguasaan Fakta dan Terminologi Berkaitan Tumbuhan Menggunakan Taman Sains RG
5. Jasmi bin Amin (SMK Malim, MELAKA) - Eksplorasi Pintar Haji
6. Norhailmi bin Abdul Mutalib (SMK Jerlun, KEDAH) - Penggunaan Google Form Dalam Peningkatan Akademik Sains
Pembentangan saya, amalan terbaik bilik darjah dalam menggunakan aplikasi Google Form |
7. Basyira binti Omar (SMKA Alawiyah (P), PERLIS) - Method Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab : Bahasa Arab Dekat di Hati
8. Lee Saw Im (SMK Seri Bintang Utara, WP KUALA LUMPUR) - Teknik "Bocaps Merry Go Round" - Satu Kaedah Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Tentang Ikatan Ionik
Bersama dengan Ustaz Jasmi bin Amin, Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari Melaka |
Antaranya isu yang dibincangkan adalah:
1. Penjawatan Guru Cemerlang SR yang hanya pada DG48
2. Saranan Guru Cemerlang bertukar kepada SISC+
3. Guru Cemerlang yang masuk ke laluan timebased
4. Beban tugas Guru Cemerlang di sekolah
5. Tanggungjawab Guru Cemerlang di sekolah
6. Cabaran Guru Cemerlang di mata pendidik
Manakala bagi sesi perkongsian ceramah Pembelajaran Abad ke-21 oleh Dr Norliza Khusairi, dari IPDA pula, banyak memberikan pembugaran semula mengenai bagaimana menjadi guru yang efektif (berkesan) dalam mendepani anak murid abad ke-21.
Dr Norliza Khusairi, Pensyarah Kanan IPG Kampus Darulaman |
Paling saya tertarik adalah melalui penggunaan frasa LEARN, UNLEARN and RELEARN. Petikan kata-kata Alvin Toffler ini kemudiannya diterjemahkan dengan bahasa yang lebih mudah.
Adalah dalam kita nak menjadi guru yang berjaya, berkesan, dan mampu mendepani cabaran mendatang, maka hendaklah kita mampu untuk LEARN (belajar), kemudian boleh UNLEARN, supaya ada ruang untuk kita RELEARN semula.
Sangat bertepatan dengan konsep pembelajaran untuk sepanjang hayat, maka sentiasa lah menimba ilmu kerana ilmu itu takkan pernah habis untuk dipelajari.
Secara keseluruhannya, saya merasakan penganjuran seminar ini sangat lah memberi makna kepada saya sebagai Guru Cemerlang. Bertemu dengan rakan GC daripada seluruh Malaysia, banyak membuka mata saya mengenai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh Guru Cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Video Sumbangan dan Anugerah Guru Cemerlang seluruh Malaysia |
Bersama YDP Majlis Guru Cemerlang Malaysi, Tn Haji Rudzli GC Gred Khas C Geografi |
Bersama Guru Cemerlang dari Melaka |
Bersama GC dari Perak, Cg Bonsu dan Cg Suzie |
Cg Juilis, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Sabah |
Guru Cemerlang Matematik, Cg Nizam dari Negeri Sembilan |
Bersama GC dari Johor dan Terengganu |
GC Kedah, semuanya subjek kepakaran Kimia kecuali saya |
Guru Cemerlang Negeri Perak |
Bersama YDP Majlis Guru Cemerlang Kedah yang baharu, Cg Noranuwi |