Walaupun sudah beberapa kali ke Sabah pada tahun ini, tapi sebenarnya saya rasa teruja sebab dapat sekali lagi ke Sabah dengan rombongan Video STEM. Apatah lagi, rombongan juga disertai oleh sahabat saya, Cikgu Romie dan juga Cikgu Sarifah dari MOZAC yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang terlibat bagi Seminar Video STEM bagi Zon Sabah.
Diadakan jauh sedikit daripada Kota Kinabalu iaitu di Tuaran, lebih kurang 1 jam perjalanan, kami memilih untuk menginap di Kota Kinabalu. Sengaja, sebab mahu lebih banyak masa di hotel, di samping lebih mudah untuk jalan-jalan. Rakan sebilik saya sudah tentu lah Cikgu Romie.
Pagi hari Seminar berlangsung kami bertolak awal dengan menggunakan van SM Sains Tuaran, tuan rumah. Meriah pulak bila dah ramai-ramai dalam van tu. Maka berkesempatan lah berjumpa dengan semua pegawai pendidikan yang terlibat dalam Seminar STEM di Sabah ini.
Antaranya adalah Dr Ihsan, iaitu pegawai di Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab dengan segala perkembangan STEM di Malaysia. Pegawai penuh bertenaga, dan jelas dengan halatuju yang ingin dibawanya. Semangat STEM yang membara! :)
Majlis berlangsung dengan lancar di sini. Cuma kasihankan dengan pelajar dan guru SM Sains Tuaran yang terpaksa menumpang di bangunan IPG Kampus Kent kerana bangunan asal mereka yang sudah tidak selamat untuk didiami.
Memandangkan seminar di Sabah ini adalah bagi warga guru di seluruh Sabah, maka majlis perlu bermula lebih lewat sedikit kerana menunggu kehadiran guru yang datang dari jauh sehingga ke Tawau, Sandakan.
Tapi bezanya, walaupun datang dari jauh, warga pendidik Sabah sangat lah bersungguh dalam menimba ilmu apabila diberi peluang sebegini. Respon yang diterima daripada mereka adalah sangat baik dan sungguh positif. Rasa sungguh berbaloi pula bila datang berkongsi dengan guru di sini.
Secara keseluruhannya saya rasakan Seminar STEM di Sabah ini menunjukkan impak dan penerimaan yang positif dalam kalangan warga pendidiknya. Majoriti guru yang terlibat juga menyatakan rasa puas hati terhadap pelaksanaan seminar ini yang memberikan banyak input baru mengenai STEM di Malaysia.
Dan tak sah lah kalau dah ke Sabah tapi tak pekena dulu makanan laut nya. Kakak senior kami, Cikgu Sarifah dari MOZAC Melaka, iaitu juga Guru Cemerlang JUSA C yang tak lokek membelanja adik-adik comel dia nih.. hahahaha.. terima kasih Kak Pah!
Memang best trip ke Sabah kali nih. Berada dengan mereka-mereka yang hebat dan juga bersemangat waja dalam melakukan yang terbaik untuk pendidikan Malaysia, melalui sumbangan masing-masing.
Semoga berkesempatan untuk menjalankan tugas bersama mereka ini lagi. Amin!
Fasilitator bagi Seminar Video STEM bagi Zon Sabah |
Diadakan jauh sedikit daripada Kota Kinabalu iaitu di Tuaran, lebih kurang 1 jam perjalanan, kami memilih untuk menginap di Kota Kinabalu. Sengaja, sebab mahu lebih banyak masa di hotel, di samping lebih mudah untuk jalan-jalan. Rakan sebilik saya sudah tentu lah Cikgu Romie.
Gajet tak lepas dari tangan |
Pagi hari Seminar berlangsung kami bertolak awal dengan menggunakan van SM Sains Tuaran, tuan rumah. Meriah pulak bila dah ramai-ramai dalam van tu. Maka berkesempatan lah berjumpa dengan semua pegawai pendidikan yang terlibat dalam Seminar STEM di Sabah ini.
Antaranya adalah Dr Ihsan, iaitu pegawai di Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab dengan segala perkembangan STEM di Malaysia. Pegawai penuh bertenaga, dan jelas dengan halatuju yang ingin dibawanya. Semangat STEM yang membara! :)
Dr Ihsan, Mr Bakhtiar dan Cikgu Hailmi |