Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa

$
0
0
Bagi ibubapa yang berkemampuan, pemilihan sekolah yang terbaik untuk anak-anak adalah merupakan suatu pilihan yang sangat penting. Apatah lagi jika wujud permintaan lain, seperti mahukan anak menjadi seorang tahfiz, tetapi dalam masa yang sama mahukan anak-anak juga belajar dengan sistem pendidikan setaraf antarabangsa seperti di Finland dan Jepun. Jangan bimbang. Rizq Islamic School menyediakan sekolah tahfiz antarabangsa yang terbaik untuk anda!



Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa

Mula-mula mendapat jemputan ke Rizq Islamic School ini, saya membayangkan jemputan ke sekolah tahfiz seperti yang biasa kita dengar dan tahu. Tanpa dimaklumkan nama sekolah, dan hanya diberi location sahaja, memang terkejut betul bila saya mula-mula sampai ke bangunan sekolah nya. Kawasannya memang berwarna warni, bangunan yang tidak seperti sekolah dan ada kelengkapan luar lain seperti kawasan padang dan taman permainan. Hmm.. surprising!


Apatah lagi semasa saya sampai, kelihatan beberapa orang anak kecil yang mahu pulang, tetapi dikawal dengan rapi sistemnya. Sistem keselamatan dan juga penjagaan daripada pengawal menunjukkan betapa keselamatan pelajar sangat diutamakan. Suatu perkara yang patut ibubapa zaman sekarang pertimbangkan juga bila menempatkan anak-anak ke sekolah swasta sebegini.


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Keselamatan pelajar sangat diutamakan di Rizq Islamic School

Lawatan saya disambut oleh Encik Johari, pegawai perhubungan di sekolah tahfiz antarabangsa ini. Selepas berkenalan, kami bergerak ke Teacher's Lounge. Teacher's Lounge ini adalah ruangan para guru untuk berehat dan lepak seketika kerana tiada bilik guru khusus. 


Kenapa tidak perlukan bilik guru khusus? Sebab sekolah tahfiz ini mengamalkan sistem 'floating classroom', di mana guru berada di kelas, dan murid akan bergerak ke kelas mengikut subjek. Sistem antarabangsa, sama seperti yang diamalkan di negara omputih. Taklah murid bosan melangut saja dalam kelas. Best kan?


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Kawasan sekolah Rizq Islamic School menggumakan sistem koding warna yang diambil dari sekolah Jepun

Di Teacher's Lounge nih, Encik Johari menceritakan serba sedikit mengenai sekolah tahfiz Rizq Islamic School ini. Cerita beliau yang pertama saja sudah cukup mengejutkan saya. 


Sekolah tahfiz antarabangsa Rizq Islamic School ini ditubuhkan oleh 4 anak muda yang belum pun mencecah usia 30 tahun! Wow!!! Mereka adalah Abdullah Firdaus, Dr Shiefa, Mohd Azzizat dan juga Khairul Azwan, yang merupakan profesional muda yang inginkan transformasi kepada cara kita mendidik anak Malaysia sesuai dengan zaman sekarang.


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Suasana di bilik Muzik yang santai sesuai untuk pembelajaran murid

Maka sekolah tahfiz antarabangsa ini menawarkan kepada ibubapa yang inginkan anak-anak mendalami ilmu agama, dan dalam masa yang sama masih berkeupayaan untuk bersaing dengan anak-anak lain di peringkat antarabangsa dengan cara belajar dari Finland dan juga Jepun. Hebat! Mana nak cari kan?

Tak perlu juga bimbang, sebab sekolah swasta antarabangsa ini sudah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada Julai 2016. Kot-kot kalau masih tak berpuas hati, boleh hubungi Bahagian Sekolah Swasta, bagi maklumat lanjut.



Kenapa Sekolah Ini Berbeza Dengan Sekolah Lain?
Rizq Islamic School ini berbeza dengan sekolah tahfiz lain sebab mereka menggunakan kaedah pembelajaran yang disesuaikan dengan minat kanak-kanak untuk belajar. Finland punya style. Bukan itu saja, ianya disempurnakan dengan fasiliti bertaraf 5 bintang yang menjadikan Rizq Islamic School ini sebagai Sekolah Tahfiz Antarabangsa yang pertama dalam kalangan negara-negara ASEAN. Huiyo!


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Kemudahan yang sangat selesa di ruang perpustakaan

Keunikan sistem pembelajaran sebagaimana yang diamalkan di negara Finland dan Jepun yang menggunakan konsep "play based learning" di tambah dengan kaedah penghafalan Tahfiz moden, menjadikan sekolah ini sangat-sangat berbeza dengan sekolah tahfiz lain. Kaedah pembelajaran yang berbeza ini pasti menjadikan pelajar gembira untuk datang ke sekolah, sama seperti yang berlaku di Finland. 

Tak lupa juga, pembelajaran murid juga akan dipermudahkan dengan adanya penggunaan teknologi seperti ipad.  Dan penggunaan ipad ini bukan sahaja hanya kepada subjek akademik, tetapi juga sebagai alat bantu mengajar khususnya dalam subjek Hafalan Al-Quran. Wow... tahfiz moden sangat!!


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Rizq Islamic School, sekolah tahfiz moden antarabangsa yang pertama di ASEAN

Manakala untuk bidang agama, bagi memastikan Rizq Islamic School nih berada di landasan yang betul, maka beberapa orang penasihat dilantik bagi memantau perkembangan di sini. Bukan calang-calang orangnya. Hebat-hebat belaka. Mereka adalah :

Penasihat Utama 
Professor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Husin
(Pengerusi Fatwa Kebangsaan)

Penasihat Akademik
Professor Dr Sharifah Meriam Syed Akil
(Felo Kanan Universiti Sains Islam Malaysia)

Ketua Jabatan Pengajian Al-Quran dan Islam
Ustaz Mohd Nazri Dewa Al-Hafiz
(Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia)


Walaupun kaedahnya pembelajaran di sini nampak berbeza, tetapi dengan kepakaran yang ada, ia mampu untuk melahirkan seorang Hafiz Quran yang baik serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Dunia dapat. Akhirat pun inshaAllah dapat.


Mendengar cerita Encik Johari sahaja, dah cukup membuatkan saya merasakan betapa berbezanya sekolah tahfiz ini berbanding sekolah-sekolah tahfiz lain. Tak sabar pula rasanya nak melihat fasiliti lain yang disediakan di sekolah ini.


Tour de Rizq Islamic School
Kami kemudian bergerak melihat fasiliti yang disediakan oleh sekolah ini. Difahamkan terdapat 16 bilik kelas, auditorium (wow!), dewan, bilik permainan yang lengkap dengan kemudahan gimnasium, padang bola dan kemudahan asas yang lain. 

Laluan pergerakan di dalam bangunan menggunakan sistem warna dan dilabelkan dengan sangat jelas. Menggunakan konsep sekolah di Jepun, sistem ini dapat membantu pelajar untuk lebih alert dengan keselamatan mereka dan juga membantu pergerakan yang lebih lancar. Saya suka!


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Setiap bilik dilabel dengan jelas dan kemas

Sampai di bilik kelas, memang suka giler saya dengan meja dan kerusi yang ada. Memang betul-betul abad 21. Meja dengan rekabentuk yang sesuai untuk aktiviti berkolaboratif, dan buat aktiviti. Tak lupa juga warna yang sangat menarik, pasti membuatkan murid tak sabar nak datang ke kelas yang sangat comel nih. Anggaran murid bagi setiap kelas adalah lebih kurang 20 orang pelajar. Selesa kan?


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Bilik darjah yang berwarna warni sesuai dengan pembelajaran abad 21

Disebabkan sekolah Rizq Islamic School ini menggunakan konsep 'floating classroom', maka kemudahan seperti locker disediakan berdekatan dengan bilik kelas. Sangat mudah untuk pelajar akses kepada locker masing-masing jika perlu bertukar ke kelas matapelajaran lain pula. Locker nya pun, sangat lah comel. Warna warni!


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Kemudahan locker yang berwarna warni

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Ruang locker ditempatkan dekat dengan bilik kelas

Dari sana, kami bergerak ke auditorium. Perghhh.. best! Untung budak-budak nih. Dapat satu fasiliti yang boleh membantu mereka jadi pelajar yang lebih berkeyakinan dan mampu berkomunikasi. Sebabnya selain daripada digunakan sebagai ruang taklimat, bilik ini juga akan digunakan sebagai ruang untuk pelajar membuat pembentangan. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Ruang auditorium yang selesa untuk pembentangan pelajar

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Suasana pembelajaran yang santai dan seperti berada di rumah
 
Kemudian kami bergerak ke gimnasium yang berada bersebelahan dengan bilik auditorium. Ruangnya agak selesa untuk satu kelas pelajar jika ditempatkan untuk aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kelengkapannya juga pelbagai dan lengkap dengan cermin untuk aktiviti yang sesuai. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Kemudahan yang tersedia di gimnasium

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Peralatan yang membantu pelajar membina kemahiran bersukan mereka

Di sebelahnya pula terdapat Perpustakaan. Buku-buku masih tak banyak, tetapi akan ditambah dari masa ke semasa. Sebabnya masih banyak rak-rak kosong yang boleh dipenuhkan lagi selepas ini. Ruang di perpustakaan ini sangat selesa. Terdapat beberapa buah kerusi yang comel berwarna warni. Mood yang sangat berbeza. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Comel kan kerusi dan tempat duduk yang disediakan?

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Tempat membaca yang simple dan santai untuk ruangan bacaan

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Rak buku masih banyak untuk dipenuhkan dengan bahan bacaan bagi kanak-kanak

Di sebelah belakangnya terdapat ruang untuk kemudahan akses komputer, lengkap internet. Masih kosong. Tetapi saya difahamkan, pihak pengurusan sekolah Rizq Islamic School telah berurusan dengan pihak Apple untuk menyediakan Macbook, bagi kegunaan pelajar-pelajar. OK. Yang ini serius, jelez! Untong lah korang yer adik-adik..


Tingkat dua pula menempatkan bilik permainan. Ingatkan bilik permainan biasa. Sebaliknya menempatkan banyak mainan-mainan yang menggalakkan aktiviti hands-on dalam kalangan murid. Mainan seperti lego dan beberapa mainan yang ada unsur akademik disediakan dalam beberapa stesyen. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Permainan yang terdapat di bilik Permainan

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Permainan yang disediakan bukan sahaja untuk bermain,tetapi juga sambil belajar

Bestnya sebab ada juga sudut untuk pelajar melakukan aktiviti shooting dengan kemudahan video cam dan green screen yang disediakan. Wah!!! Sangat bagus nih jika pelajar semuda usia ini diberikan pendedahan dengan perkara seperti ini. Lebih mudah dan pastinya lebih canggih jika mereka diberi peluang kreatif dengan persembahan mereka ini.


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Pelajar diberi peluang untuk menghasilkan bahan multimedia mereka dengan peralatan yang disediakan

Bahagian luarnya pula menempatkan ruangan kosong dengan artificial grass. Ruang kosong ini sengaja dibiarkan kosong supaya membolehkan aktiviti-aktiviti seperti mencerap bintang dapat dilakukan. Wahhh.. patut lah, kelab kokurikulum para pelajar ini terdiri daripada kelab astronomi, robotik dan lain-lain yang menarik.


Kemudian kami bergerak ke tingkat paling atas yang menempatkan surau untuk kemudahan pelajar menunaikan solat. Surau lengkap berkarpet, dengan hiasan yang sangat minima. Juga disediakan kemudahan rak untuk pelajar meletakkan kasut mereka. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Surau untuk pelajar menunaikan kewajipan sebagai seorang anak muslim yang baik

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Hiasan yang bercirikan Islamik

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Kemudahan rak disediakan untuk pelajar meletakkan kasut dengan baik

Sambil-sambil tu sempat juga saya mengintai kemudahan tandas yang disediakan. Papan tanda tandas, sangat jelas kelihatan. Mudah untuk anak kecil mengenalpasti mana toilet lelaki, dan mana toilet perempuan. Kemudahan ringkas untuk toilet cangkung dan juga tandas duduk, lengkap dengan sinki. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Papan tanda ke tandas, yang jelas

Tapi yang menarik perhatian saya adalah, penggunaan ruang untuk tujuan mendidik anak-anak kecil ini. Di pintu dan dinding dilekatkan info-info yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Nampak tak? Pembudayaan ilmu berlangsung di mana-mana, tanpa mengira masa. Terbaik!


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Maklumat berkaitan kesihatan diletakkan pada dinding

Saya perhatikan juga, setiap ruang di sekolah Rizq Islamic School ini dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ada beberapa ruangan disediakan bagi membolehkan pembelajaran berlangsung di luar bilik darjah. 

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Setiap ruang digunakan sebaik mungkin untuk proses pembelajaran anak-anak di sini

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Ruang belajar di luar bilik darjah disediakan dengan sangat selesa

Bukan sahaja disediakan ruang, tetapi juga dilengkapi dengan kemudahan yang sangat membantu aktiviti pdp, seperti whiteboard mudah alih dan juga tempat duduk yang selesa, lagi comel. Bentuknya macam bola sepak. Budak-budak mesti sangat suka!


Selain itu juga, ada ruangan yang dinamakan Students' Lounge. Ruangan ini merupakan ruangan santai murid, pada waktu rehat atau juga sewaktu menunggu ibubapa datang mengambil mereka masa pulang.


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Kerusi comel diletakkan di ruang menunggu di Students' Lounge

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Permainan disediakan semasa pelajar mengisi masa lapang

Di sini disediakan beberapa mainan, seperti pool  dan juga soccer board game. Murid mesti suka kan. Sambil berehat dan sambil melakukan aktiviti kegemaran dengan kawan-kawan. Santai jer.


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Stesyen yang pastinya akan dipenuhi oleh pelajar

Kami seterusnya ke bahagian bawah sekali. Di sini menempatkan Dewan besar. Di sinilah akan berlangsung segala aktiviti dan program yang melibatkan kesemua pelajar satu sekolah. Dianggarkan boleh menampung sehingga 500 orang pada satu-satu masa jika ada program dijalankan di sini.


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Ruang dewan yang besar mampu menempatkan sehingga 500 orang pada suatu masa

Bertentangan dengannya pula adalah padang permainan. Lawa menghijau. Sesuai dengan standard antarabangsanya, Rizq Islamic School ini menggunakan artificial grass bagi menjadikan padang permainan ini sesuai dan selamat untuk digunakan oleh anak-anak kecil ini. 

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Kawasan padang permainan dengan padang yang menghijau

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Pelbagai permainan padang disediakan untuk pelajar

Di sekelilingnya pula terdapat kawasan permainan untuk anak-anak ini bermain gelungsur dan memanjat. Aktiviti seperti ini sebenarnya sangat baik untuk murid-murid dalam mengembangkan kemahiran sosial dan psikomotor mereka. 

Jangan lupa, sekolah ini mengamalkan konsep gembira ketika berada di sekolah dengan belajar sambil bermain. Kan dah cakap tadi, play-based learning.. :)


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Aktiviti menarik boleh dijalankan di sini

Pejabat pentadbiran juga berada di bahagian bawah. Paling saya suka sekali, sebab interior designnya yang sangat clean, minimal dan juga cukup simple. Sedap mata memandang. Tak lupa juga senaskhah Al-Quran yang diletakkan di depan, membuktikan komitmen jelas Rizq Islamic School dalam mengutamakan agama Islam dalam segala keperluan di sini. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Komitmen Rizq Islamic School dalam memartabatkan Islam

Dipamerkan juga uniform sekolah yang comel dan selesa untuk anak-anak ini. Warnanya sesuai dengan keperluan negara kita yang. Jaket nipis berwarna kelabu boleh melengkapi uniform jika hari hujan atau jika sejuk berada di dalam bilik berhawa dingin.


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Sampel uniform sekolah untuk pelajar di Rizq Islamic School

Ruang bawah ini juga menempatkan beberapa ruangan lain seperti makmal sains dan juga kantin. Makmal sains nya sekalipun sedikit kecil, tetapi rekabentuknya adalah sangat menarik. Bagi satu meja, dalam sekitar 4 hingga 5 orang pelajar boleh menggunakannya bagi tujuan pembelajaran kendiri. Semua orang ada ruang yang selesa. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Kemudahan yang ada di makmal sains di Rizq Islamic School

Bertentangan dengan makmal sains, terdapat ruang makan untuk pelajar semasa waktu pagi dan juga waktu tengahari. Senang sebut kantin lah. Susunan meja dan juga menggunakan sistem yang diambil dari Jepun ini dapat memupuk murid untuk berdisiplin dan beradab tinggi semasa makan. Penerapan nilai Islam juga tidak dilupakan. 


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Suasana ruang makan yang sangat ceria dan berwarna warni

Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Pelajar diterapkan dengan disiplin dan nilai dari Jepun

Berhampiran dengan kawasan makan itu juga disediakan sebuah cafe ringkas bagi tujuan kegunaan guru dan ibubapa yang datang mengunjungi sekolah ini. Simple but nice. Selesa untuk menikmati secawan kopi panas, sambil menunggu anak-anak selesai menjalankan aktiviti persekolahan.


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Cafe istimewa untuk ibubapa yang datang menunggu anak-anak

Pintu masuk utama ke bangunan sekolah juga dikawal rapi oleh pengawal keselamatan yang berdaftar, dengan pagar yang meyakinkan. Sistem keselamatan juga sangat dititikberatkan dengan hanya ibubapa dan seorang pewaris dibenarkan untuk mempunyai kad kebenaran mengambil pelajar. 

Saya difahamkan oleh Encik Joe juga, buat sementara waktu, Rizq Islamic School ini hanya menawarkan sistem persekolahan ini kepada pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun sahaja. Dianggarkan sehingga 300 orang pelajar akan memulakan sesi persekolahan mereka yang pertama bermula Januari 2017 nanti. 


Yuran bulanan yang dikenakan pula adalah dalam sekitar RM6++. Rasanya sama seperti kebanyakkan sekolah swasta antarabangsa yang lain. Cuma bezanya, di sini dilengkapi dengan pembelajaran tahfiz moden, dan play based learning daripada Finland dan Jepun sesuai dengan motto Rizq Islamic School, "Sekolah Tahfiz bertaraf antarabangsa yang pertama di negara ASEAN"!


Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa
Rizq Islamic School : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa

InshaAllah di masa akan datang, Rizq Islamic School ini dirancang untuk dikembangkan lagi kepada sekolah menengah dan juga prasekolah. Kemudahan lain seperti asrama juga akan dipertimbangkan dari masa ke semasa, bergantung kepada keperluan. Perancangannya adalah pada sekitar tahun 2018. Kita sama-sama doakan semoga sekolah tahfiz antarabangsa ini berjaya melaksanakannya.


Bagi ibubapa yang berkemampuan dan juga berminat dengan sistem persekolahan di Rizq Islamic School ini, maka anda boleh lah terus hubungi pihak pengurusan sekolah bagi sesi tour di sekolah ini. 

Rizq Islamic School
Wisma RIZQ, Lot 1456-2
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Malaysia

Tel :+603 8912 0447 / +6018 961 1615 (Whatsapp)


Atau boleh juga hubungi media sosial mereka yang berikut, untuk maklumat lanjut

Laman web : http://www.rizq.edu.my
Facebook : https://www.facebook.com/rizqschool
Twitter : https://twitter.com/RIS_School
Instagram : https://www.instagram.com/rizqislamicschool/


Sesi saya pada petang ini berakhir dengan suatu pengalaman yang sangat membuka mata saya. Membuka mata bagaimana gigihnya sekumpulan anak muda yang berusaha meningkatkan pendidikan tahfiz ke tahap antarabangsa, dan dalam masa yang sama menawarkan pendidikan setaraf Finland dan Jepun, yang sangat sesuai dengan zamannya. 

Semoga usaha memartabatkan pembelajaran tahfiz seperti ini akan membuka lebih banyak ruang kepada ibubapa dalam memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang terbaik untuk anak-anak. Wallahualam!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602