Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Idea P&P Sains : Sistem Endokrin Manusia : Lelaki dan Perempuan

$
0
0
Bagi tajuk Sistem Endokrin Manusia, aktiviti yang saya jalankan dalam kelas adalah membahagikan 24 orang pelajar kepada 6 kumpulan. Ini bermakna 1 kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar. Setiap kumpulan diberikan separuh kertas mahjong dan tugasan mereka adalah Sistem Endokrin Lelaki / Perempuan.













Masa yang digunakan adalah 2 waktu sesi p&p. Kategori pelajar adalah pelajar lemah. Maka atas sebab itu juga saya gunakan pendekatan melukis (kerana mereka memang kreatif dan berseni) dan mewarna. 


Selesai tugasan, mereka perlu lekatkan pada dinding dan kemudiannya menyalin nota bagi sistem endokrin yang sebaliknya. Jika tadi mereka hasilkan pembentangan sistem endokrin lelaki, maka yang harus mereka salin adalah sistem endokrin perempuan. Begitu juga sebaliknya. 

Hasil kerja pelajar kemudiannya dipamerkan di dalam makmal. Pelajar jelas nampak berbangga apabila hasil kerja mereka diletakkan di dalam ruang di tempat mereka belajar. InshaAllah mudah-mudahan mereka lebih rajin dan bersemangat lagi untuk belajar Sains selepas ini. 






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602