Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Idea P&P Sains : Projek Planet & Teleskop

$
0
0
Idea kreatif Sains ini telah dikongsikan oleh Cikgu Suriana Buang dalam group facebook Cikgu Sains Kreatif. Projek ini adalah projek bagi pelajar Tingkatan 3, bagi tajuk 9 dan 10. Meskipun tajuk ini adalah di pengakhiran pembelajaran, tetapi perancangan yang berbeza dipraktiskan oleh Cikgu Suriana. Hasilnya adalah sangat mengkagumkan! Jom kita tengok.





















Menurut perkongsian Cikgu Suriana Buang, seminggu sebelum buat projek, beliau telah memohon pelajar untuk mencari maklumat di Youtube, mengenai cara membuatnya dan senaraikan bahan-bahan yang diperlukan.

Persiapan Cikgu Suriana adalah tape dan juga mounting board. Pelajar diarahkan untuk membawa sendiri bahan-bahan yang diperlukan. Antaranya adalah : 


Projek Planet
1. Suratkhabar / kertas warna / butang berlainan saiz warna
2. Pita selofan
3. Gam UHU
4. Benang / tali / crayon
5. Mounting board
6. Marker pen


Projek Teleskop
1. Mounting board
2. Bekas berbentuk silinder (eg: bekas shuttle badminton)
3. 2 kanta pembesar berlainan saiz (beli di Kedai RM2)
4. Tape hitam
5. Gam UHU
6. Crayon
7. Kertas hitam


Guru bertindak sebagai pembimbing dan akan memberikan idea yang mantap untuk menambahbaik model-model yang dihasilkan oleh pelajar. Tahniah cikgu Suriana Buang. Semoga perkongsian ini memberi idea kepada rakan guru lain dan memberi manfaat kepada semua! 






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602