Bagi memudahkan lagi urusan adik-adik pelajar menyiapkan tugasan PBS Sains Tingkatan 2, terutamanya bagi Band 6, maka saya kumpulkan kesemua tajuk di sini. Ada lengkap soalan dan juga senarai semak bagi membantu adik-adik pelajar memahami kehendak tugasan dan juga lengkap beserta contoh. Semoga menjadi panduan yang berguna dan dimanfaatkan oleh kita bersama. Sila SHARE dengan kawan-kawan lain juga ya! Rujuk juga dari masa ke semasa bagi update terkini.. ;)
2. Satu pelan tindakan aktiviti pengumpulan maklumat diperlukan
Pembentangan hasil buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.
ARAHAN:
1. Anda diminta untuk menyediakan buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.
2. Pastikan dalam buku skrap itu mengandungi sekurang-kurangnya 4 atau lebih gambar alat teknologi bagi setiap had deria (penglihatan dan pendengaran).
3. Tempoh yang diberikan untuk menyiapkan buku skrap adalah selama seminggu. Anda perlu membentangkan hasil kerja di dalam kelas.
2. B6D2E1
Pembentangan hasil penulisan ”makanan dan amalan pemakanan” dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:
• kepentingan makan makanan berkhasiat
• mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• merancang satu gizi seimbang
• mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/ memerlukan
• mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama
#Ada 4 bentuk. Boleh pilih salah satu / mengikut arahan guru.
B6D2E1 (Bentuk A)
Anda perlu melibatkan diri di dalam pameran Sains sempena minggu Sains dan Matematik. Sila sediakan bahan untuk pameran Sains Tingkatan 2 berkaitan salah satu tajuk berikut :
• Kepentingan makan makanan berkhasiat
• Mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• Merancang satu gizi seimbang
• Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/ memerlukan
• Mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama
Anda boleh membuat persembahan pameran secara persembahan ‘powerpoint’, poster atau rekacipta bahan seperti piramid makanan, roda putaran makanan seimbang dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Anda diberi masa selama 2 minggu untuk menyediakan bahan.
Aktiviti ini juga boleh dijalankan untuk menyediakan bahan berkaitan Sains untuk diletakkan di dalam kelas atau makmal.
Ujian SEGAK diadakan untuk mengesan kesihatan fizikal murid sepanjang perkembangan mereka di sekolah menengah. Ujian ini juga dibuat setelah berlaku masalah obesiti di kalangan murid.
Tuliskan karangan berkaitan amalan pemakanan yang betul untuk mengelak obesiti di kalangan murid.
Karangan anda hendaklah mengandungi
- maksud obesiti dan gizi seimbang.
- punca obesiti
- langkah-langkah mengelak obesiti
- kesimpulan.
Karangan anda hendaklah melebihi 250 patah perkataan. Karangan terbaik akan dipersembahkan di dalam kelas.
Pada tahun 1845, pernah berlaku kejadian Kebuluran Terbesar Dunia yang berlaku di negara Ireland. Jalankan kajian berkaitan kebuluran dan hasilkan sebuah laporan berkaitan masalah kebuluran. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi kebuluran daripada berlaku kembali dan pengajaran daripada kejadian kebuluran yang telah berlaku.
Anda seorang ahli pemakanan. Bentukkan jadual menu gizi seimbang sehari untuk rakan sebaya. Nyatakan kelas-kelas makanan bagi setiap menu yang dipilih. Jadual ini perlu dibentangkan di dalam kelas mengikut kreativiti anda.
Anda perlu menghasilkan risalah mengenai kepentingan interaksi dalam ekosistem dan membentangkan hasilnya kepada kelas dalam bentuk forum.
Kandungan risalah perlu merangkumi aspek seperti di bawah:
- Kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.
- Menjelaskan kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian.
- Menghuraikan kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang.
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:
· Pencemaran air
· Pengawalan
· Pembersihan
· Cara penjimatan penggunaannya
1. Anda dikehendaki mengumpul maklumat tentang kesan pencemaran air ke atas benda hidup, cara mengawal pencemaran air, cara memulihara dan memelihara kualiti air dan cara penjimatan penggunaan air dalam satu minggu.2. Satu pelan tindakan aktiviti pengumpulan maklumat diperlukan
3. Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan (Eg: Power point, Model, Video, Ekspo dan lain-lain)
5. B6D5E1
1. Anda dikehendaki untuk membina model permainan dengan mengambil kira konsep kestabilan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang sahaja.
2.Anda dibenarkan membuat rujukan dari internet dan media bercetak.
3. Laporan anda hendaklah mengandungi :
a. Bahan-bahan yang digunakan,
b. Langkah-langkah pembinaan
d. Gambarajah
4. Pelajar perlu membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
5. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ialah selama 1 minggu.
6. B6D6E1
1.Pelajar dikehendaki untuk membina model yang menggunakan prinsip tuas.
2. Anda dibenarkan membuat rujukan dari internet dan media bercetak.
3.Pelajar membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
4. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ialah selama 1 minggu.