Pembelajaran abad 21 merupakan satu keperluan untuk pendidikan masa kini. Secara tak langsung, guru dan pelajar harus berubah cara mengajar dan belajar seiring dengan perkembangan teknologi yang sedia ada. Beberapa kemahiran penting dalam pembelajaran abad 21 perlulah dikuasai oleh guru dan murid. Saya kongsikan contoh rancangan mengajar harian bagi pdp abad 21 sebagai rujukan. Semoga bermanfaat.
Harus juga difahami bahawa rph ini bukanlah suatu kewajipan yang perlu diikuti oleh setiap guru akan formatnya. Sebaliknya sebagai rujukan kepada guru-guru yang sedang merancang untuk pdp abad 21. Perlu diingat, konsep pembelajaran abad 21 yang terdiri daripada Creativity, Critical Thinking, Collaboration dan Communication.
Sila download di SINI
Seperti yang saya nyatakan di atas, rancangan mengajar harian (rph) ini hanyalah sebagai rujukan kepada pihak tuan/puan. Boleh diubah dan disesuaikan dengan keperluan anda sebagai guru di sekolah dan mengikut seperti acuan yang telah disediakan mengikut sekolah masing-masing. Selamat beramal!
Harus juga difahami bahawa rph ini bukanlah suatu kewajipan yang perlu diikuti oleh setiap guru akan formatnya. Sebaliknya sebagai rujukan kepada guru-guru yang sedang merancang untuk pdp abad 21. Perlu diingat, konsep pembelajaran abad 21 yang terdiri daripada Creativity, Critical Thinking, Collaboration dan Communication.
Subjek | Perkara | Catatan | |||
Sains Tingkatan 2 Persada Masa : 3.05-4.15 80 minit | Tajuk : Jirim dan Bahan Objektif Pembelajaran : Memahami sifat dan kegunaan logam dan bukan logam Hasil pembelajaran : 1. Menyenaraikan contoh logam dan bukan logam 2. Menyenaraikan sifat logam dan bukan logam 3. menyenaraikan kegunaan logam dan bukan logam Kriteria kejayaan: 1. Menyenaraikan 3 contoh logam dan bukan logam 2. Menyenaraikan 4 sifat logam dan bukan logam 3. menyenaraikan 2 kegunaan logam dan bukan logam dan contohnya. Nilai murni : Menghargai logam besi adalah adalah salah satu sumber bahan mentah di Negara kita . | ||||
Strategi pembezaan | 1.Pembezaan Proses berdasarkan persekitaran pembelajaran ( aktiviti Anchor) 2.Pembezaankeupayaan pelajar duduk dalam kumpulan mengikut markah ujian 1 | ||||
Pemula (10 minit) | Aktiviti Suspen 1. Pelajar di minta membuka kotak yang telah disediakan di atas meja 2. Pelajar mengaitkan pelajaran hari ini berdasarkan bahan dalam sampul surat . 3. Pelajar menjawab soalan susulan yang di ajukan tentang pelajaran yang lepas dan mengaitkan pelajaran hari ini. 4. Guru berkongsi objektif pembelajaran dan criteria kejayaan dengan pelajar | ABM dalam kotak Bahan logam dan bukan logan | |||
Aktiviti 1 (10 minit) Koperatif dan kolaboratif Struktur Think Pair Share | Mengenalpasti logam dan bukan logam 1. pelajar berbincang menyenaraikan logam dan bukan logam yang secara berpasangan . 2. Pasangan pelajar menyemak jawapan . 3. Soaljawab dan maklumbalas dari guru dan pelajar.(Dialog berkesan) 4. Pelajar merujuk criteria kejayaan | ABM -Helaian yang di bekalkan.(slide dan yang terdapat dalam makmal) -Pembentukan kumpulan berpasangan. -AFL -Rujuk criteria kejayaan | |||
Aktiviti 2 (30 minit) Koperatif dan kolaboratif Struktur Jigsaw dan Round robin 1 alat pemikiran CoRT digunakan. | Menjalankan eksperimen menyiasat sifat logam dan bukan logam dan kegunaanya. 1. Pelajar dikumpulkan mengikut minat dan menjalankan eksperimen mudah mengikut kumpulan mereka dan membuat pemerhatian dan mendapat kesimpulan maklumat sifat dan kegunaannya dari eksperimen.(Jigsaw) 2. Pelajar menerangkan maklumat kepada rakan secara bergilir( Round robin). 3. pelajar melengkapkan Pengurusan Grafik banding dan beza sifat logam dan bukan logam dan kegunaaannya. 4. Pelajar yang sudah selesai boleh menjawab soalan anchor 5. Penaksiran kumpulan secara bertulis 2 star 1 wish 6. Maklumbalas dari rakan kumpulan dan guru. 7. Tampalkan hasil kerja pelajar yang telah disemak 8. Pelajar menjawab soalan kuiz untuk menguji kefahaman dan penggunaan logam dalam kehidupan seharian. 9. Pelajar merujuk criteria kejayaan. | Mengeksperimen, Pemerhatian dan membuat kesimpulan Pengurusan Grafik CoRT PMI Soalan Anchor AFL - Soalan kuiz Penilaian rakan | |||
Aktiviti 3 (20 minit) 1 alat pemikiran CoRT | Sasaran Matlamat Objektif 1. Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi situasi masa depan yang perlu dicapai oleh pelajar pada masa akan datang logam dan bukan logam serta kegunaan. 2. Pelajar berbincang dan menentukan cara paling berkesan dan alasan yang munasabah. 3. Maklumbalas dan soaljawab . | Pengurusan grafik AGO (sasaran matlamat objektif. ) | |||
Pleno (10 minit) | Melengkapkan borang KWL. 1. Pelajar melengkapkan KWL 2. Pelajar menyatakan criteria kejayaan. | Borang KWL |
Sila download di SINI
Seperti yang saya nyatakan di atas, rancangan mengajar harian (rph) ini hanyalah sebagai rujukan kepada pihak tuan/puan. Boleh diubah dan disesuaikan dengan keperluan anda sebagai guru di sekolah dan mengikut seperti acuan yang telah disediakan mengikut sekolah masing-masing. Selamat beramal!