Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif DLP dan HIP yang akan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM38.5 juta. Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah bagi HIP, manakala DLP akan dilakukan secara pilihan. Jom kita tengok apa lagi maklumat yang berkaitan dengan HIP yang kita boleh pelajari.
Apa Itu Program HIP?
- HIP (High Immersive Programme)
- program bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.
- dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan beberapa negeri seperti Perlis dan Perak menjadi negeri pilot.
- pendekatan dengan memberi fokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah dan untuk sekolah.
- sekolah akan dibekalkan dengan sarana pelaksanaan supaya aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti.
Diharapkan penganjuran program HIP (High Immersive Programme) ini mampu memberi kesan baik kepada usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah di Malaysia.
Baca juga : Apa itu program DLP?
Baca juga : Cabaran dan kekangan program HIP dan DLP