Baru-baru nih seorang rakan guru, Cikgu Dayang Faizah telah berkongsikan gambar-gambar makmal sains di SMK Elopura 2, Sabah di group Cikgu Sains Kreatif. Pada saya, makmalnya cantik, berinformasi dan boleh dijadikan rujukan untuk guru-guru Sains dan juga para pembantu makmal yang tercari-cari idea untuk menghias dan menceriakan Makmal Sains.
Tambah menarik bila dimaklumkan bahawa usaha dan kerja-kerja menghias makmal ini dijalankan secara gembleng tenaga oleh guru-guru Sains dan juga para pembantu makmal yang berdedikasi. Dan dah tentulah diketuai oleh Ketua Panitia Sains, Cikgu Maimunah Mohammed Razali yang juga turun padang membantu. Ini yang orang cakap, kepimpinan melalui teladan. Tahniah cikgu!

Apa pun tahniah saya ucapkan buat team Sains SMK Elopura 2, Sandakan Sabah yang bertungkus lumus menyediakan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk pelajar belajar dan juga untuk cikgu mengajar dengan seronok!
Semoga menjadi inspirasi kepada lebih ramai guru Sains dan juga pembantu makmal yang sentiasa dahagakan idea-idea baharu bagi menghias dan menceriakan makmal.
Yang dah ada idea nak mencantikkan lagi makmal sains sekolah, apa kata anda kongsikan dengan menghantar gambar dan juga sedikit info mengenai makmal Sains sekolah anda ke miecaprio@yahoo.com. Saya akan cuba paparkan di blog ini bagi inspirasi untuk orang lain juga. Selamat maju jaya!