Idea kreatif Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Miss Liniey dalam group Cikgu Sains Kreatif. Sesuai dijadikan aktiviti bagi pembelajaran topik Kestabilan bagi Sains Tingkatan 2. Aktiviti juga mudah dan hanya menggunakan bahan yang boleh didapati di rumah, iaitu garfu dan juga pencungkil gigi.
Cikgu Miss Liniey jadikan aktiviti ini lebih menarik dan lebih abad 21 dengan membenarkan pelajar mencuba di rumah. Pelajar yang berjaya menghasilkan keseimbangan seperti yang dikehendaki, perlu menangkap gambar dan menghantar kepada guru melalui sistem aplikasi Whatsapp. Hasilnya, hanya 4 orang pelajar daripada 33 yang berjaya! Memang menarik kan?
Cuma cadangan tambahbaik daripada saya, gambar yang ditangkap perlulah menampakkan seluruh garfu dan perlu lebih jelas. Persediaan jika-jika ada pelajar yang buat cubaan menipu.. ;)
Jom kita tengok hasil pelajar Cikgu Miss Liniey.
Bagi guru yang berminat nak buat aktiviti ini, boleh jugak rujuk video dari Youtube di bawah. Selamat mencuba!