Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Bagi yang berminat, boleh terus isi borang permohonan di SINI. Bagi yang belum tau apa-apa lagi pasal PITO nih, boleh baca entri nih sampai habis. Oh ya.. Jangan salah sebut yer.. PITO bukan Tukar Opsyen, tapi Tambah Opsyen.. | |||||||||||||||||||||||||||
1. | Nama Program | : | PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH | ||||||||||||||||||||||||
2. | Mod Kursus | : | Kursus Dalam Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||
3. | Tempoh Kursus | : | 12 Minggu | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Peserta akan berada di sekolah semasa sesi luar kampus (off-campus) selama 5 minggu. Manakala sesi sepenuh masa (face to face) dan sesi weekend of campus (5 kali Sabtu), peserta akan berada di IPTA/IPGK untuk 6 minggu berikutnya. Peserta akan menduduki peperiksaan pada minggu terakhir sesi sepenuh masa (face to face). | |||||||||||||||||||||||||||
4. | Syarat Peserta Kursus | : | Peserta terdiri daripada guru dalam perkhidmatan seperti butiran berikut: | ||||||||||||||||||||||||
: |
| ||||||||||||||||||||||||||
: | Peserta perlu mengisi Borang Permohonan (dalam talian) dan disokong sepenuhnya oleh pengetua/guru besar sekolah tempat bertugas. | ||||||||||||||||||||||||||
5. | Bidang/Mata Pelajaran Yang Ditawarkan | : | Sejarah (SEJ) – Teori Kemahiran Hidup (KH) – Teori & Praktikal Bahasa Melayu (BM) – Teori Pendidikan Khas (PKhas) – Teori | ||||||||||||||||||||||||
6. | Tempat Kursus dan Subjek Yang Ditawarkan | : |
| ||||||||||||||||||||||||
7. | Pensijilan | : | Sijil Tambah Opsyen (Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan) dikeluarkan oleh BPG dengan disahkan bersama oleh pihak Majlis Dekan IPTA dan Rektor IPG. Transkrip peperiksaan dikeluarkan oleh IPTA dan IPGK yang berkenaan. Sijil ini melayakkan peserta untuk pindah kredit sekiranya melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan. | ||||||||||||||||||||||||
8. | Pembiayaan Kursus | : | Perbelanjaan kursus ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||
9. | Kemudahan Peserta | : | Peserta disediakan penginapan berserta makan/minum oleh IPTA/IPGK yang melaksanakan kursus. Tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan JPN masing-masing menggunakan peruntukan NKRA Kualiti Guru mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. | ||||||||||||||||||||||||
10. | Jadual Proses Permohonan | : |
|
↧
Permohonan Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) 2013
↧