Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan iklan permohonan ke program Matrikulasi KPM bagi sesi 2016 / 2017 melalui laman webnya. Tarikh permohonan bermula daripada 1 Julai sehingga 10 Oktober dengan mengisi borang permohonan atas talian di https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm.
Cara Permohonan
1. Pelajar sekolah perlu membayar RM6.00 kepada kaunselor / guru bertanggungjawab menguruskan PMI (Permohonan Melalui Internet) atau pelajar juga boleh membeli sendiri di BSN.
i. Pelajar juga boleh membeli sendiri nombor PIN di mesin ATM BSN (bagi pemegang kad akaun Giro / Wadiah BSN sahaja)
ii. Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
iii. Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
iv. Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan atau mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa.
2. Kaunselor / guru / pelajar akan ke mana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar / Nombor PIN
Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod : A2657500.
3. Kaunselor / guru / pelajar pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah :
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM
Nombor akaun : 1410 0290 0021 1897
Nombor kad pengenalan pelajar
Nombor PIN 5 digit
4. Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor / guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari laman web KPM di https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2015 dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN
Semoga berjaya!
Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016 / 2017 |