Contoh panduan bagi PBS Sains Tingkatan 2 B6D4E1 iaitu dengan menggunakan sebarang bentuk persembahan yang berkaitan dengan pencemaran air, kaedah pengawalan pencemaran air, pembersihan air dan cara penjimatan penggunaan air. Pelajar dipersilakan menyiapkan tugasan dengan kreativiti masing-masing berdasarkan sedikit maklumat di bawah. Selamat mencuba!
Pencemaran Air
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
Kaedah Pengawalan Pencemaran Air
a) Pencegahan
- Kitar semula bahan buangan
- Merawat kumbahan
- Merancang kawasan industri dan perumahan dengan teratur
b) Kuatkuasa Undang-undang
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengandungi undang-undang, peraturan dan garis panduan berkenaan pencemaran air
c) Pemantauan
- Pengawasan udara dan air untuk tumpahan minyak atau pembuangan sisa di kawasan larangan
Pembersihan Air
Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Air yang datang daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.
a) PenurasanKaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.
Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai
Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut
b) Pendidihan
Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut
c) Pengklorinan
Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma

d) Penyulingan
Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut
Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan
# INFO EXTRA : Sistem Bekalan Air ke kediaman
Cara Penjimatan Penggunaan Air
a) Mandi dengan air pancuranb) Jangan biarkan air terus mengalir semasa menggosok gigi atau menyapu sabun pada badanc) Basuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan yang mengalir dari pili aird) Cuci kereta dengan menggunakan air di dalam baldie) Pasang tangki curahan air tandas dwisistem yang menggunakan curahan separuh untuk urin dan curahan penuh untuk najisf) Gunakan mesin basuh dengan muatan penuhg) Baiki pili air atau paip yang bocorh) Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan tanaman