Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Bina Visualizer Murah Dengan 4 Langkah Mudah

$
0
0
Ramai antara kita yang kadang-kadang terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi membeli peralatan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam kelas. Visualizer adalah antara salah satu contoh alatan yang boleh membantu pengajaran guru di dalam kelas. Namun harga yang perlu dikeluarkan adalah agak tinggi dan perlu dipertimbangkan dengan baik oleh guru-guru yang juga mempunyai komitmen lain. 

Bina Visualizer Murah Dengan 4 Langkah Mudah


Tapi kini anda dah tak perlu keluarkan kos yang tinggi bagi membina sendiri Visualizer. Caranya pun mudah dan pemasangan nya juga senang tanpa melibatkan banyak kerenah. Jom kita tengok bagaimana cara membina sendiri visualizer dengan kos yang paling murah dan mudah.


1. Beli Webcam
Dapatkan webcam (kamera web) yang ada di pasaran. Pada waktu sekarang, webcam dengan harga Rm50 pun sudah boleh mendapatkan kualiti video dan gambar yang bagus dan berkualiti. Lebih mahal, lebih lah bagus! Jangan lupa juga install software dan driver yang disertakan bagi membolehkan webcam berfungsi dengan baik.


Bina Visualizer Murah Dengan 4 Langkah Mudah


2. Sambungkan ke Komputer
Webcam tadi disambungkan ke komputer anda dengan menggunakan USB. 


3. Sambungkan Komputer ke LCD Projektor
Komputer yang anda gunakan kemudiannya perlu disambung ke LCD Projektor. Jika mahu sambungan yang lebih berkualiti, gunakan sambungan HDMI.


Bina Visualizer Murah Dengan 4 Langkah Mudah


4. Perisian Webcam
Buka perisian webcam yang sudah anda install tadi. Uji kedudukan webcam bagi membolehkan visual dapat dilihat dengan lebih jelas dan baik. Kemudian kepit webcam tadi dengan menggunakan tripod / kaki retort / apa-apa yang membolehkan webcam tersebut berada tepat di tempat sasaran. Dan seterusnya, anda boleh lah menggunakan 'visualizer' baru anda tersebut.

Selamat mencuba!


Kredit foto : Cikgu Amanz Samad (group FB Cikgu Sains Kreatif)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602