Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

15 Alasan Popular Pertukaran EGTukar

$
0
0
Musim pertukaran tiba lagi. EGTukar yang dibuka secara online pada April dan September setiap tahun, memang sangat-sangat ditunggu terutamanya bagi yang mahu bertukar tempat bekerja. Pelbagai alasan yang ada, dan hanya tuan badan sahaja yang faham apa tujuan sebenar mahu berpindah. Saya senaraikan beberapa alasan popular yang mungkin boleh membantu mereka-mereka yang perlukan alasan untuk berpindah semasa mengisi borang pertukaran. Selamat mencuba!


15 Alasan Popular Pertukaran EGTukar
Alasan Popular Untuk Guru Berpindah


01. Cukup Tempoh
Alasan popular ini hanya boleh digunapakai oleh guru yang sudah berkhidmat lebih 4 tahun di sekolah semasa. Kalau masih belum cukup 4 tahun, maka sila fikirkan alasan lain. Yang dah cukup 4 tahun pun, alasan ini belum tentu menjamin anda pasti akan dapat bertukar!


02. Ikut Pasangan
Ini juga alasan popular yang guru yang mahu berpindah sekolah. Alasan ini dikatakan lebih kukuh, kerana keprihatinan pihak bertanggungjawab terhadap pasangan yang terpaksa berjauhan. Perlu dikepilkan dengan dokumen sokongan. Namun jangan pelik, jika ada ramai rakan anda yang tidak berjaya sekalipun menggunakan alasan ini.


03. Ancaman Keselamatan
Keselamatan merupakan antara aspek penting dalam memastikan guru dapat berkhidmat dengan baik. Maka jika ada gangguan kepada anda, beserta dengan report polis, maka gunakan alasan ini untuk menyokong permohonan pertukaran anda.


04. Sakit
Kesihatan juga antara aspek yang diberi perhatian dalam faktor menentukan pemilihan guru yang layak dipertimbangkan untuk berpindah. Sudah beberapa kes rakan terdekat yang sakit, mendapat pertukaran kerana alasan tersebut. Surat doktor dan dokumen sokongan lain perlu disertakan sebagai bukti mengukuhkan permohonan anda.


05. Menjaga Ibubapa
Ini memang antara alasan terpopular digunakan oleh rakan guru yang memohon bertukar, terutamanya bagi guru-guru yang belum berkahwin. Setelah beberapa tahun menggunakan alasan yang sebegini, rasanya alasan seperti ini memang tak boleh jalan lagi. Alternatif yang diorang akan bagi adalah, "kenapa tak bawa mak ayah stay dengan cikgu yer?." hmmm... Sakitnya tuh di sini.. 


06. Tak Ajar Subjek Major
Beberapa orang rakan guru juga menggunakan alasan ini untuk berpindah. Iaitu tidak mengajar subjek major. Alasan ini digunakan dengan harapan pihak bertanggungjawab akan melihat itu sebagai satu pembaziran modal insan dan seterusnya menghantar cikgu berpindah ke tempat yang dipohon. Selamat mencuba!


07. Sambung Belajar
Selain itu, alasan sambung belajar juga merupakan satu lagi alasan popular yang sering digunakan oleh rakan guru semasa memohon pertukaran. Rasanya tidaklah sekukuh mana alasan ini untuk digunakan. Lagipun dah hampir semua tempat dalam Malaysia, mempunyai akses kepada pendidikan tahap tinggi.


08. Jaga Rumah
Ini kisah benar. Seorang rakan saya mendapat pertukaran kerana menggunakan alasan ini selepas rumah beliau dimasuki pencuri. Maka beserta report polis dan juga dokumen sokongan, alasan menjaga rumah digunapakai. Mungkin anda yang mempunyai rumah yang baru dibeli juga boleh menggunakan alasan yang sama.


09. Stres
Ada juga sebahagian guru yang lebih berani menggunakan alasan stress ini untuk pertukaran. Saya katakan berani kerana setiap borang permohonan akan disemak oleh pentadbir. Maka mungkin timbul masalah jika ada yang tersinggung dengan situasi tersebut. Nasihat saya, berhemah lah.


10. Tidak Serasi Dengan Budaya Setempat
Bagi yang ditugaskan di tempat yang jauh dari kampung halaman, budaya semasa dan tidak dapat membiasakan diri dengan budaya setempat, mungkin anda boleh gunakan alasan ini untuk memohon pertukaran. Tapi kesannya, tentulah rakan kerja yang berasal dari kawasan tersebut akan berkecil hati dengan alasan yang anda gunakan.


11. Cari Jodoh
Jangan tak tahu, ada kes yang menggunakan alasan ini dan berjaya. Seorang kenalan rakan yang bertugas di sebuah sekolah di persempadanan Sabah dan Sarawak, pernah berjaya permohonan pertukarannya dengan menggunakan alasan ini. Atau pun memang dah sampai rezeki nya kot.. 


12. Perlukan Suasana Baru
Bagi guru yang mahu alasan anda kelihatan lebih positif, anda boleh gunakan alasan ini, iaitu anda mahukan suasana baru yang positif. Seperti yang kita ketahui, tempoh yang berpatutan bagi seseorang guru untuk berada di sesebuah sekolah adalah dalam 5 -6 tahun. Maka ini adalah alasan terbaik untuk anda gunakan jika mahu persekitaran baru.


13. Motivasi Diri
Ini juga alasan positif yang boleh digunakan untuk guru yang mahu berselindung niat sebenar mahu berpindah. Nyatakan bahawa tujuan anda berpindah adalah untuk meningkatkan motivasi diri di sekolah baru. Mungkin jika ketua jabatan terbuka hati, maka permohonan anda akan diluluskan.


14. Mencabar Kebolehan Diri
Bagi guru yang mahu berpindah ke kawasan atau sekolah yang lebih mencabar, maka lebih baik anda gunakan alasan 'mencabar kebolehan diri' bagi menunjukkan kesungguhan anda. Mana tahu alasan ini boleh menjadi kekuatan kepada anda untuk diberi peluang menonjolkan bakat.


15. Mencari Pengalaman
Alasan terakhir yang anda boleh gunakan adalah untuk mencari pengalaman di sekolah baru. Alasan ini agak cliche, tapi apa salahnya kalau anda mencuba. Apatah lagi jika anda sendiri tiada alasan yang boleh difikirkan, maka boleh lah menggunakan alasan ini.



Walau apa pun alasan yang anda guna, pertimbangkanlah dengan sebaik mungkin. Pertimbangkan juga kesan kepada rakan2 sejawat dan pandangan pentadbir terhadap anda selepas itu. Saya juga pernah melalui kesulitan sepanjang 8 tahun memohon pertukaran, tetapi hasil akhirnya tentulah sangat manis. Ingat! Sentiasa sabar dengan dugaan Allah, kerana setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambaNya yang bersabar. Selamat berjaya kawan-kawan! ;)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602