Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

9 Gimik Menarik Pelancaran Bulan Sains

$
0
0
Setiap kali tibanya Bulan Sains maka mula lah semua guru Sains memikirkan gimik pelancaran yang sesuai untuk diadakan pada majlis pelancaran tersebut. Kadang-kadang, kekurangan idea menyebabkan gimik yang sama diulangi pada hampir setiap tahun. 


9 Gimik Menarik Pelancaran Bulan Sains


Kini tidak lagi apabila melalui kolaborasi rakan guru Sains di group Facebook 'Cikgu Sains Kreatif' tampil memberi idea yang lebih banyak, segar dan kreatif untuk dikongsikan bersama dengan rakan guru lain. Jom kita tengok gimik yang boleh kita cuba pada pelancaran bulan sains untuk kali ini.


1. Elephant Toothpaste

Ini adalah antara gimik menarik yang paling kerap digunakan di sekolah-sekolah atau pertunjukan berkaitan sains. Kaedahnya memang mudah. Gunakan Hidrogen Peroksida Pekat 30%  yang dicampur dengan sabun cecair. Kemudian, Kalium Iodida (Potassium Iodide) yang digunakan sebagai mangkin dicampurkan dengan larutan tadi. 





Tindakbalas penguraian hidrogen peroksida akan menghasilkan oksigen dan air. Disebabkan banyaknya isipadu oksigen yang terhasil, maka terpancutlah keluar oksigen tadi dengan kuat dan tinggi disebabkan ianya melalui corong mulut bekas yang kecil. Nak bagi cantik, gunakan pelbagai pewarna bagi menghasilkan warna yang lebih menarik!




2. Pelancaran Roket
Pelancaran roket juga merupakan gimik yang baik untuk dijadikan sebagai persembahan sempena perasmian Minggu Sains dan Matematik. Tetapi tempat yang disediakan perlu lah lebih luas dan segala kemungkinan lain perlu diambil kira, termasuk keselamatan pelajar dan juga tukang rasmi.





3. Magic Ink (Elly Elyz)

Magic Ink ini juga dikenali sebagai invisible ink. Mulanya seperti tidak kelihatan apa-apa tertulis di banner. Tetapi dengan sedikit 'air sakti' maka tulisan mula lah timbul daripada permukaan banner. Konsep nya hanya menggunakan bahan mudah seperti larutan ammonia dan juga fenoltalein. Selain daripada dua larutan ini, kalium iodida dan juga plumbum nitrat boleh digunakan sebagai alternatif lain.






4. Cola + Mentos
Idea ke 4 ini biasa dilihat dalam Youtube. Menggunakan Mentos dan Cola, impak yang terhasil daripada tindakbalas tersebut adalah sangat mengujakan. Saya sendiri pernah cuba untuk gimik perasmian di sekolah saya. Pesanan saya, masukkan Mentos ke dalam Coke dengan sepantas mungkin (dan berlari sekuat hati).





5. Genie in a Bottle

Idea ini agak fresh dan baru untuk saya. Menarik juga untuk digunakan semasa majlis perasmian bulan Sains dan Matematik. Dengan menggunakan 100ml larutan 30% Hidrogen Peroksida yang dimasukkan ke dalam sebuah kelalang yang dibalut dengan aluminium foil. 2g Manganese Dioksida ditambah ke dalam kelalang dan hasilnya adalah asap oksigen yang kelihatan sungguh misteri. Selamat mencuba!






6. Belon Tak Meletup

Ini satu lagi gimik mudah yang boleh dibuat untuk majlis perasmian. Adakan sedikit pertandingan antara barisan pentadbir bagi meniru perlakuan anda yang mencucuk belon tanpa pecah. Tentu menarik bila mereka mencuba dan terus mencuba, tanpa mengetahui sebarang ada sedikit modifikasi telah dilakukan pada belon tersebut. Selamat bergembira!





7. Tengkorak Rumah Hantu

Jika anda mempunyai kemahiran untuk menjahit, maka cubalah hasilkan baju tengkorak seperti gambarajah di bawah. Tak dapat jahit pun, melukis pun dah ok. Kalau dah dua-dua kemahiran pun tak ada, maka boleh cuba cari di kedai yang menjual pakaian-pakaian bertemakan Halloween dan party. Tentu ada banyak!


9 Gimik Menarik Pelancaran Bulan Sains



8. Volcanic Eruption 

Volcanic eruption ini pun adalah gimik yang selalu ditonton dalam kebanyakan persembahan untuk minggu sains dan matematik. Caranya mudah saja, hanya menggunakan cuka dan soda bikarbonat. Nak lebih cantik, bentukkan terlebih dahulu struktur berupa gunung berapi dengan menggunakan plastisin dan gumpalan kertas. 




Kemudian letak bekas dalam gunung yang berisi cuka makanan. Tambah sikit sirap sebagai pewarna. Tukang perasmi hanya perlu tuang soda dalam gunung dan buih kemerahan akan keluar dari gunung berapi tersebut. Semua pasti kagum!



9. Ais Pusing
Ais pusing nih adalah cara mudah untuk menghasilkan ais dengan cepat. Perasmi hanya perlu memusingkan ais malaysia yang baru dihasilkan dan bersama-sama ais malaysia tersebut disertakan dengan garam. Pusingan perlu dibuat sehingga 15 minit untuk mula mendapatkan hasil. Pastikan tanya perasmi lenguh, sebelum membuka balutan tersebut. 


video akan dikongsi selepas ini





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602