Calon-calon SPM 2014 yang mendapat keputusan cemerlang serta berkeinginan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2015 / 2016, bolehlah mula membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.
Permohonan secara atas talian ini akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatya pada atau sebelum 08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.
Oleh itu semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talin 02-8870 6627 / 6226
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62 200 Putrajaya
Iklan : Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah 2015 / 2016