Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Contoh Menu Makanan Seharian ( PBS B6D2E1 ) Bagi Keperluan Individu

$
0
0
Bagi PBS Sains B6D2E1, para pelajar dikehendaki merancang satu contoh menu makanan seharian (sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam) bagi keperluan individu. Seperti yang telah dinyatakan dalam entri yang sebelum ini, tidak ada jumlah tetap bagi kalori yang diperlukan bagi setiap golongan tertentu. Ini kerana ada banyak faktor lain yang mempengaruhi jumlah keperluan kalori bagi setiap individu. 

PBS B6D2E1 Contoh Menu Makanan Seharian Bagi Keperluan Individu

Contohnya, seorang budak lelaki 14 tahun yang aktif bersukan, serta mempunyai saiz badan yang lebih besar, tentulah memerlukan lebih banyak tenaga berbanding budak lelaki 14 tahun yang tidak aktif bersukan, serta mempunyai saiz badan yang kecil.

Walaubagaimanapun, satu laporanpada tahun 2011 menganggarkan bahawakeperluan tenagapurata bagikanak-kanak berumur13-18 tahunsetiap hariadalah seperti berikut:

Umur(tahun)             Lelaki             Perempuan 

13                                                 10,100kJ /2414kcal           9,300kJ /2223kcal
14                                                 11,000kJ /2629kcal           9,800kJ /2342kcal
15                                                 11,800kJ /2820kcal         10,000kJ /2390kcal
16                                                 12,400kJ /2964kcal         10,100kJ /2414kcal
17                                                 12,900kJ /3083kcal         10,300kJ /2462kcal
18                                                 13,200kJ /3155kcal         10,300kJ /2462kcal



Contoh Menu Makanan SeharianAhmad merupakan seorang pelajar lelaki yang berusia 14 tahun. Ahmad bersekolah di SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Ahmad merupakan seorang pelajar yang sederhana aktif dalam melakukan aktiviti seharian. Ahmad juga mempunyai tubuh badan yang sederhana besar dan normal bagi pelajar lelaki seusia dengannya. 

Jantina : Lelaki
Umur : 14 tahun
Tahap Aktif : Normal (melakukan aktiviti yang bersamaan dengan berjalan kaki sejauh 4 km sehari)
Tubuh Badan : Normal
Keperluan Kalori Seharian : 2629kcal

Makan pagi (Breakfast)
Nasi lemak bersambal (sepinggan)                    = 400 kalori
Karipap (2 biji)                                                      = 260 kalori
Secawan teh                                                           =  30 kalori

Makan tengahari (Lunch)
Nasi putih (satu setengah cawan)                         = 260 kalori
Ikan kembong goreng (seekor)                             = 140 kalori
Sambal udang (setengah cawan)                           = 70 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub)                               = 75 kalori 
Pisang emas (2 biji)                                                 = 76 kalori
Minuman kotak 250g                                              = 105 kal

Minum petang (Tea Break)
Bubur kacang (semangkuk)                                   = 100 kalori
Secawan teh                                                             =  30 kalori

Makan malam (Dinner)
Nasi putih (satu setengah cawan)                         = 260 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong)                             = 250 kalori
Sambal sotong (setengah cawan)                          = 55 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan)      = 40 kalori 
Nenas (sepotong)                                                     = 59 kalori
Air kosong  

Minum malam (Supper)
Roti canai kosong tanpa kuah (2 keping)             = 400 kalori
Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan              = 25 kalori

JUMLAH                                            = 2635 kalori

* Bagi yang ingin tukarkan makanan lain pada contoh menu ini, sila rujuk Senarai Kalori Makanan Harian. Lebih banyak pilihan makanan! ;)



INGAT!
Diet yangseimbang yang sihatbagi seseorang remajaharuslah merangkumi:
1) Sekurang-kurangnyalima hidanganpelbagai buah-buahandan sayur-sayuransetiap hari.
2) Makananberasaskan kanji,seperti kentang, roti, pasta dan beras (memilih jenis bijirin penuhjika boleh). 
3) Beberapasusu dan produktenusu (memilih pilihan rendah lemakdi mana andaboleh). 
4) Beberapamakanan sumberprotein yang baik, seperti daging, ikan, telur, dan kacang

Remaja juga tidakperlu berlebihana pada makananmanis atauberlemak,seperti kerepek, gula-gula, kek, biskut,dan minumanbergas yang manis.Makanan inicenderung untuk menjaditinggi kaloritetapi mengandungisedikitnutrien.



p/s: Cikgu harap entri ini dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan PBS ini dengan baik. Terima kasih kepada adik Hasmira Yusoff yang memberi semangat untuk cikgu menyiapkan contoh menu makanan ini. Semoga bermanfaat kepada semua! ;)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602