Baru selesai menonton satu video kes buli lagi di SMK Julau, Sarawak daripada perkongsian FB Pengajar. Perkataan 'lagi' pada video tersebut juga menyebabkan saya memahami bahawa perkara ini bukan lah untuk kali pertamanya berlaku di sekolah demikian. Tak dapat jugak nak dipastikan bila kejadian buli tersebut berlaku, namun tarikh video tersebut dimuatnaik adalah pada 9 Julai 2013, dengan tanpa sebarang penerangan lain.
Di harap pihak polis dan lain-lain yang berkaitan boleh ambil tindakan segera kepada pelajar yang terlibat bagi mengelakkan kejadian berulang atau berlaku dengan lebih parah lagi. Dah banyak kes buli pelajar yang berlaku dan mendapat liputan serta tindakan selepas tersebarnya video tersebut di Youtube.
Walaubagaimanapun, saya yakin, ada kisah di sebalik bagi kejadian tersebut. Pembuli dan mangsa buli dah pasti ada cerita masing-masing. Namun, jika mangsa melakukan kesalahan sekalipun, si pembuli masih tidak punya hak untuk menghukum mangsa dengan sedemikian rupa. Sekurang-kurangnya, serahkan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk dihukum dengan lebih mengikut undang-undang. Bukan mengikut hukuman masing-masing.
Kehidupan di asrama memang sesuatu yang menyeronokkan. Pengalaman yang diperolehi, bergantung kepada apa yang anda hadapi. Sama ada boleh mematangkan anda, atau pun meninggalkan seribu satu kenangan pahit buat anda!