Pihak MCMC sudah mengeluarkan senarai finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 bagi setiap negeri untuk kategori video. Dalam laman webnya, MCMC juga menyertakan senarai lengkap bagi setiap negeri. Buat sementara waktu, mungkin ada sekolah yang belum dihubungi oleh MCMC, memandangkan majlis belum diketahui tarikhnya. So, TAHNIAH saya ucapkan kepada yang terpilih sebagai finalis negeri masing-masing dan SELAMAT BERJAYA!
Saya perhatikan banyak juga penyertaan daripada sekolah-sekolah yang memang sebelum ini selalu mengambil bahagian dalam Liga Remaja Kreatif. Tak lupa juga sekolah-sekolah yang pernah mewakili negeri masing-masing ke Kem Pembangunan Remaja Kreatif. Tentu saingan sangat sengit, untuk peringkat negeri dan kebangsaan.
Wakil-wakil dari sekolah yang belum dikenali juga tak boleh dikecilkan. Ada juga kemungkinan mereka dapat mengatasi johan-johan negeri pada kali ini, sama seperti yang berlaku semasa Liga Remaja Kreatif 2013.
Apa-apa pun saya ucapkan selamat maju jaya. May the best team, win!
Turut dinyatakan dalam laman web tersebut adalah video-video yang telah dipilih juri ini layak untuk diundi bagi Kategori Video Popular menerusi laman web http://lrk.my1content.my/ bermula 30 September 2014 sehingga 19 Oktober 2014. Selamat mengundi!
Top 10 Perlis
Top 10 Kedah
Top 10 Pulau Pinang
Top 10 Perak
Top 10 Selangor
Top 10 WP Kuala Lumpur
Top 10 Negeri Sembilan
Top 10 Melaka
Top 10 Johor
Top 10 Kelantan
Top 10 Terengganu
Top 10 Pahang
Top 10 Sarawak
Top 10 Sabah