Peneraju Tunas Geliga adalah merupakan program biasiswa yang disediakan untuk pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan berkualiti. Biasiswa ini adalah di bawah program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang merupakan satu agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Biasiswa Peneraju Tunas Geliga ini adalah
1. Bumiputera
2. Keputusan Percubaan UPSR (3A 2B / 4A 1C)
3. Pendapatan isirumah RM3000 ke bawah
4. Aktif dalam ko-kurikulum dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan
Iklan akan dibuka bermula 5 sehingga 30 September 2014 ini. Bagi memudahkan anda membuat permohonan secara online, sila sediakan dulu maklumat berikut sebelum memohon.
1. Maklumat murid, ibu, bapa serta penjaga termasuk no sijil kelahiran murid, kad pengenalan ibu bapa, myKid murid, bangsa, pekerjaan, majikan dan pendapatan bulanan.
2. Alamat lengkap serta nombor telefon rumah dan sekolah serta no faks sekolah.
3. Maklumat adik beradik yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga
4. Penglibatan sukan dan persatuan serta jawatan kepimpinan murid di sekolah
5. Jenis sekolah yang diminati (MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, SMK Agama atau SMK Harian)
6. Adakah ahli keluarga yang kelainan upaya, menghidap penyakit kronik atau murid mengalami masalah kesihatan?
Permohonan sekalipun secara online, namun amatlah mudah untuk diisi. Kebanyakan soalan hanyalah dengan klik pilihan Ya / Tidak. Bagi yang berminat untuk memohon, boleh terus mengisi borang di http://www.penerajuedu.com/
Jom kita bantu dengan sebarkan maklumat mengenai Biasiswa Peneraju Tunas Geliga ini kepada mereka yang mungkin memerlukan di luar sana.
Selamat menghulur bantuan.