Hari ini saya menerima sekeping gambar printscreen yang memaparkan kejadian seorang cikgu dipukul dengan teruk oleh muridnya, pelajar Tingkatan 2. Kejadian yang dikatakan berlaku di SMK Kota Kulai, Johor ini memaparkan gambar seorang guru dengan muka yang berlumuran darah.
Ada 2 versi cerita yang dikatakan menjadi punca kepada berlakunya kejadian tersebut. Versi pertama mengatakan pelajar tersebut naik hangen kerana ditegur oleh guru tersebut kerana tidak masuk surau. Versi kedua pula mengatakan bahawa kerana ditegur untuk diam di dalam surau.
Walau apa pun versinya, hanya mereka yang berada di tempat kejadian yang tahu apa perkara sebenar yang berlaku.
Keagresifan pelajar Tingkatan 2 tersebut sehingga boleh naik angin sampai mencederakan guru tersebut, merupakan satu hal yang patut dipandang oleh semua pihak. Tak mustahil juga jika tiada sebarang tindakan tegas, membolehkan pelajar lain juga meniru perbuatan tersebut.
Jika guru berada dalam keadaan bahaya dan tidak dilindungi seperti itu, mampukah kami untuk masih menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik?
Saya yakin, dalam mana-mana kes yang melibatkan guru, majoriti daripadanya adalah disebabkan rasa mahu ambil berat dan bertanggungjawab terhadap kemenjadian muridnya untuk menjadi manusia yang terbaik. Hanya segelintir kecil sahaja yang mungkin kadang-kadang terbawa-bawa emosi dan juga sikap yang tidak betul. Namun pada akhirnya, tujuan utama, memang lah untuk mendidik.
Namun, jika sehingga berada pada tahap seperti ini, mampu kah lagi kami untuk membahayakan diri masing-masing dan membiarkan sahaja perlakuan tidak betul tersebut berlaku depan mata??.
Kalau orang lain, mungkin.
Tapi, ini jiwa pendidik!
Moga golongan pendidik terus diberi kekuatan untuk mengharungi cabaran dan terus bersemangat memikul tanggungjawab berat ini demi agama, bangsa dan negara.