Bila dah masuk bulan Mei, maka teringatlah satu tarikh yang menjadi ingatan buat mereka-mereka yang bergelar guru, iaitu tanggal 16 Mei. Dan tak sah jugak lah kalau Sambutan Hari Guru tak dimeriahkan dengan aktiviti persembahan oleh pelajar atau pun guru. Maka saya kongsikan beberapa idea persembahan menarik yang boleh diadakan sempena Hari Guru. Moga jadi perkongsian yang bermanfaat!
1. Tarian Tradisional
Acara tarian memang tak dapat nak dielakkan sebagai antara persembahan yang paling familiar semasa sambutan Hari Guru. Kita ada pelbagai tarian tradisional dan jangan hadkan kepada tarian tradisional Melayu sahaja seperti Joget, Zapin dan Inang. Boleh cuba cari kelainan dengan tarian tradisional daripada masyarakat India, Cina dan juga daripada Borneo, seperti Iban (Ngajat) dan Kadazandusun (Sumazau).
2. Tarian Moden
Oleh sebab arus kemodenan yang melanda anak muda kita, maka tarian moden seperti Hip Hop, K-Pop, Breakdance dan macam-macam lagi boleh juga dijadikan sebagai persembahan menarik semasa Hari Guru. Tidak ada masalah yang besar berkaitan dengan tarian ini, selagi tingkah laku nya adalah tidak keterlaluan dan masih dalam keadaan sopan dan mengikut nilai dan adab ketimuran.
3. Drama Pementasan
Drama sebegini juga memang antara persembahan yang menarik dan best untuk ditonton semasa sambutan Hari Guru. Lebih menarik jika drama yang dipentaskan adalah mempunyai unsur-unsur tema yang berkaitan dengan pengorbanan guru. Daripada pengalaman saya, adalah sangat mudah nak hasilkan drama yang membolehkan orang ketawa berbanding nak hasilkan drama yang buat orang menangis. So cikgu-cikgu boleh ambil cabaran.. ;)
4. Drama Video
Persembahan ini adalah konsep baru dan segar. Lebih dekat dengan pelajar sebab majoritinya sukakan suatu persembahan baru. Malah 'pelakon-pelakon yang mereka kenali' juga boleh membuatkan drama video tersebut akan lebih dinanti-nanti oleh pelajar lain. Cikgu-cikgu juga boleh upload dalam Youtube atau jual dalam bentuk DVD sebagai kenang-kenangan sambutan Hari Guru. Namun pastikan cerita dan kualiti video nya juga agak berbaloi untuk dinikmati. Ada kenangan..
5. Puisi
Aktiviti berpuisi juga boleh memberikan persembahan yang menarik sempena sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing. Apatah lagi jika puisi yang puitis penuh bermakna itu dilantunkan oleh mereka-mereka yang memang ahli dalam bidangnya. Tentu ada yang akan menangis. Bagi menampilkan kelainan dan menambahkan lagi kesyahduan puisi tersebut, tambahkan muzik latar instrumental yang sedih dan menusuk kalbu. Muzik latar yang dicadangkan adalah muzik latar daripada kumpulan peniup seruling, Mohram.
6. Puisi dan Lagu
Persembahan Puisi dan Lagu ada sedikit kelainan berbanding persembahan puisi. Persembahan ini menggunakan puisi tersebut sebagai lagu yang akan didendangkan. Pemuisi akan membacakan puisi dan seterusnya puisi tadi akan dilagukan dengan diiringi oleh muzik latar. Muzik latar boleh diiringi oleh ahli muzik sekolah dengan bantuan beberapa alat muzik seperti gitar dan drum.
7. Nyanyian
Acara nyanyian juga merupakan acara yang selalu menjadi keutamaan semasa sambutan Hari Guru. Ini kerana tak susah caranya. Dapatkan pelajar yang boleh menyanyi dengan baik. Beri lagu yang menarik untuk dinyanyikan. Cari Minus one dan kemudian suruh pelajar terbabit menyanyi pada hari sambutan peringkat sekolah. Selain daripada nyanyian solo, boleh juga dibuat nyanyian duet dan berkumpulan.
8. Nasyid
Persembahan nasyid juga agak menarik untuk dijalankan semasa sambutan Hari Guru, terutamanya bagi sekolah agama. Ini juga adalah persembahan yang disarankan kepada sekolah dengan pengetua yang lebih Islamik. Mesti beliau tersenyum gembira dengan nyanyian nasyid yang hebat daripada anak murid. Ada unsur sederhana, namun jika pilihan nasyid dan persembahan yang diadakan adalah menarik, ini juga boleh memberikan hiburan yang tidak melalaikan kepada warga sekolah.
9. Live Band
Persembahan Live Band memang mempunyai aura yang tersendiri jika dapat diadakan semasa Hari Guru. Bukan senang nak mencari pelajar yang pandai bermain alat muzik, lengkap satu kumpulan sekali dengan penyanyi yang handal. Namun jika sekolah anda ada kumpulan seperti ini, maka jangan was-was untuk menggunakan khidmat mereka untuk persembahan Hari Guru. Pasti tak rugi!
10. Persembahan Alat Muzik
Jika anda mahukan sedikit kelainan semasa sambutan Hari Guru, anda boleh juga mengadakan persembahan alat muzik. Banyak alat muzik dengan muzik yang tersendiri boleh memberikan efek keterujaan semasa Hari Guru. Selitkan juga alatan tradisional seperti gamelan, angklung dalam persembahan anda sebagai kelainan atau pun alatan lain yang jarang digunakan oleh pelajar seperti ukulele. Nak lagi menarik, dapatkan alat muzik dari Sarawak seperti betaboh dan dari Sabah seperti Sompoton.
11. Flash Mob
Persembahan ini juga agak menarik! Flash mob adalah persembahan jalanan yang tiba-tiba berlaku di lokasi tertentu tanpa ada rancangan yang diketahui orang yang tidak terlibat. Cikgu boleh rancang secara rahsia dengan sekumpulan pelajar yang akan terlibat dan jalankan semasa berlangsungnya sambutan Hari Guru. Kelihatan seperti spontan, tetapi penuh dengan perancangan. Boleh diadakan dalam bentuk tarian atau pun drama atau pun arca bisu.
12. Choral Speaking
Choral speaking pula adalah persembahan yang juga mampu memukau penonton jika dilakukan dengan baik. Pastikan bahasa yang digunakan adalah mudah untuk difahami oleh pelajar yang menjadi penonton. Barulah mereka dapat sama-sama untuk memahami dan menjiwai skrip tersebut. Aksi-aksi lucu semasa persembahan choral speaking juga boleh menarik perhatian penonton. Maka pelbagaikan.
13. Bicara Berirama
Bicara berirama adalah choral speaking dalam Bahasa Melayu. Konsepnya sama seperti choral speaking, cuma hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai persembahan. Seperti juga choral speaking, aksi persembahan Bicara Berirama perlu lah mampu untuk menarik perhatian penonton. Pastikan mesej yang disampaikan jelas dan dapat memberi nilai-nilai yang baik kepada pelajar lain.
14. Koir
Persembahan koir ini boleh diadakan jika anda mahukan kelainan. Pastikan pemilihan lagu yang sesuai dan mudah untuk dinyanyikan pelajar jika masa tidak mengizinkan. Banyak lagu bertemakan Hari Guru boleh dinyanyikan. Jika mendapat latihan yang cukup, pasti persembahan mereka adalah sangat mengkagumkan.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan cikgu-cikgu idea untuk persembahan sempena Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini. Jika cikgu-cikgu memang jenis yang kurang berseni, ambil cabaran dengan tonton dan pelajari dari Youtube. Banyak video-video persembahan pelajar lain yang dikongsi. Cuba cungkil bakat pelajar, dan saya yakin kita pasti akan terkejut dengan hasilnya nanti. Selamat mencuba!