Saya jelaskan terlebih dahulu, entri saya ini adalah perkongsian pengalaman saya semasa memohon Pensyarah Matrikulasi. Bukan mahu mengatakan jadi cikgu sekolah atau jadi pensyarah matrikulasi lebih baik. Yang saya ceritakan adalah pengalaman dan pendapat peribadi saya. Harap anda yang membaca boleh menghargai pendapat saya ini dengan memberi komen-komen yang membina.
Pada tahun 2012, genap 6 tahun saya berkhidmat sebagai guru di Sibu, Sarawak. Proses pertukaran ke Semenanjung, tidak berjalan dengan seperti saya harapkan. Maka saya cuba mencari beberapa peluang lain yang memungkinkan saya boleh bertukar kerja ke tempat yang lebih dekat dengan kampung halaman.
Nak dijadikan cerita, keluar iklan permohonan sebagai Pensyarah Matrikulasi pada lebih kurang Mac/April tahun tersebut. Maka saya sangat teruja nak memohon. Mungkin ini boleh jadi peluang saya untuk berpindah dari Sarawak. Maka saya bersama-sama seorang rakan telah memohon bagi jawatan tersebut, bagi subjek Kimia (saya) dan Fizik (kawan saya).
Banyak keuntungan yang kami fikirkan pada masa itu selain daripada kemungkinan dapat mengajar di Kolej Matrikulasi yang berdekatan dengan rumah. Antaranya, hanya perlu fokus pada subjek kita. Tak seperti di sekolah yang perlu ajar 2 3 subjek. Tidak perlu libatkan diri dengan aktiviti ko-k atau HEM. Kalau terlibat pun tidaklah semeriah seperti di sekolah. Sebab ada guru dari bahagian sukan / kk yang akan menyelia semua perkara tadi. Dan banyak lagi..
Kemudian, dalam masa yang sama juga keluar Permohonan Guru Cemerlang. Atas galakan Pengetua sekolah, maka saya juga memohon bagi jawatan tersebut, alang-alang sudah cukup tempoh dan semua syarat dipenuhi.
Maka bermulalah penantian bagi kedua-dua jawatan tersebut.
Dalam bulan Ogos, saya mendapat maklumat bahawa borang permohonan Guru Cemerlang saya telah melepasi tahap pertama dan Nazir akan datang memantau di sekolah. Maka sibuklah saya membuat persediaan apa yang patut. Masih tiada apa-apa berita mengenai Pensyarah Matrikulasi.
Sehingga lah lebih kurang dalam bulan September / Oktober, saya mendapat maklumat daripada abang ipar saya mengenai panggilan temuduga. Tiada makluman melalui website KPM atau di TV/radio. Katanya hanya yang terpilih akan menerima surat panggilan. Maka teruslah saya dan rakan tadi menunggu dengan penuh harapan.
Surat panggilan temuduga tak kunjung tiba. Agak kecewa. Maka saya ambil keputusan untuk menelefon bertanyakan kepada Bahagian Matrikulasi mengenai temuduga tersebut.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu bahawa nama saya dan rakan sebenarnya tersenarai dalam mereka yang dipanggil untuk temuduga! Surat pun tak sampai! Lagi kecewa sebab tarikh untuk temuduga baru saja berakhir, yang sepatutnya berlangsung di Kolej Matrikulasi Labuan.
Dengan alasan tidak menerima surat dan juga mendapat sebarang makluman, maka saya terus bertanyakan ikhtiar lain yang boleh kami lakukan bagi mengambil semula sesi temuduga yang telah terlepas tarikh tadi. Katanya belum dipastikan lagi sebab perlu lihat kepada bilangan yang layak terpilih semasa sesi temuduga.
Jadi, kami pun terus menunggu lagi....
Akhirnya pada awal November, semasa membuat permohonan rayuan pertukaran di Putrajaya, saya juga mengambil kesempatan singgah sekejap di Bahagian Matrikulasi bagi bertanyakan hal tersebut.
Jawapan masih sama. Belum ada apa-apa tindakan terhadap rayuan untuk temuduga dan mohon sekali lagi jika ada keluar iklan.
Dengan pengurusan yang sebegitu, maka saya pun terus rasa tawar hati walaupun pada mulanya sangat bersemangat.
Kemudiannya, pada April 2013, tanpa disangka-sangka, saya menerima sepucuk surat daripada Bahagian Matrikulasi. Panggilan temuduga yang dibuat di Kolej Matrikulasi Banting, Selangor.
Serius, hati agak gembira sebab dipanggil temuduga. Lagi pula, pertukaran saya masih lagi gagal untuk Januari 2013. Mungkin ini peluang saya untuk balik ke Semenanjung. Itu yang saya fikirkan pada mulanya. Pada masa ini juga, keputusan permohonan Guru Cemerlang saya pun belum lagi keluar.
Akan tetapi selepas saya pertimbangkan beberapa alasan saya, maka saya pilih untuk terus jadi cikgu sekolah, bukan jadi pensyarah matrikulasi. Maka saya pun menolak tawaran panggilan temuduga tersebut.
Alasan saya?
Alasan utama saya adalah sebab saya merasakan saya masih enjoy saat-saat bersama pelajar. Masih enjoy bermain dan melatih sofbol dengan pelajar saya. Masih enjoy berdrama dengan pelajar-pelajar saya. Dan masih enjoi mengajar budak-budak kecik dan budak-budak kelas belakang.
Pengalaman dan keseronokan bersama pelajar nih lah yang membuatkan saya sentiasa rasa bersemangat nak buat yang terbaik untuk diri saya dan juga diri mereka.
Rezeki dalam Guru Cemerlang juga menyebabkan saya lebih jelas dengan halatuju saya dalam bidang pendidikan.
Walaupun ada beberapa pro dan kontra yang berkaitan dengan menjadi guru dan menjadi pensyarah matrikulasi, tapi buat masa sekarang saya rasa saya masih selesa untuk bergelar seorang cikgu sekolah.
Bagi yang berminat nak mencuba nasib sebagai Pensyarah Matrikulasi, boleh lah mula isi borang. Cuba lah.. Kita tak tau rezeki masing-masing. Mana tahu ini rezeki anda. Saya ucapkan semoga anda berjaya!
Yang nak tahu cerita pasal pengalaman Cikgu sekolah yang beralih arah jadi Pensyarah Matrikulasi, boleh baca catatan Cikgu Zamrud kita nih yang dah jadi Pensyarah Matrikulasi Kolej Matrikulasi Sarawak. "Kenapa Saya Memilih Menjadi Pensyarah Matrikulasi?"
Semoga saya terus diberikan kekuatan dan semangat yang tinggi untuk terus memberikan yang terbaik kepada anak didik saya. Amin!