Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang 2014

$
0
0
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ VOKASIONAL, KOLEJ MATRIKULASI DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014.

Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang 2014

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai   Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Vokasional (KV), Kolej Matrikulasi (KM) dan           English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2014.
 
3.         Sehubungan itu, pemangkuan gred yang ditawarkan adalah seperti berikut:
 
PPP
Gred Ditawarkan
Guru Sekolah/ KV Gred Khas C, DG54, DG52, DG48, DG44, DGA34 & DGA32
Pensyarah IPG Gred Khas C, DG54, DG52 & DG48
Pensyarah
IAB / KM/ ELTC
Gred Khas C, DG54, DG52, DG48 & DG44
 
4.         Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
 
4.1       Syarat-Syarat Umum
 
4.1.1    Disahkan dalam perkhidmatan;
 
4.1.2    Dinaikkan pangkat ke gred semasa. Hanya calon yang telah disahkan jawatan sahaja layak memohon;
 
4.1.3    Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% untuk setiap tahun bagi tahun 2011, 2012 dan 2013;
 
4.1.4    Bebas daripada tindakan tatatertib (rujuk Pekeliling Perkhidmatan   Bil. 3 Tahun 2009);
 
                        4.1.5    Mendapat kelulusan laporan pengisytiharan harta pada atau selepas                                     25 April 2009;
 
4.1.6    Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
 
4.1.7    Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan;
 
            4.1.8    Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru             Besar).
 
4.2       Syarat-syarat Khusus
 
4.2.1    Syarat-syarat khusus permohonan urusan pemangkuan bagi Guru/ Pensyarah Cemerlang adalah seperti di Lampiran A1 - PPPLD,  Lampiran A2 - PPPS Sekolah Rendah,  Lampiran A3 - PPPS, Lampiran A4 - ExPPPLD dan Lampiran A5 - IPG.
 
5.         Borang Permohonan
 
5.1       Calon dari sekolah, IAB, KV, KM dan ELTC yang memohon atau yang dicalonkan untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini hendaklah mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang JNJK/PKIP/36/11 seperti di Lampiran B1.
 
5.2       Calon dari IPG yang memohon atau yang dicalonkan untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini hendaklah mengisi Borang Permohonan  Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan GuruJNJK/PKIP/53/11 (03-00)seperti di Lampiran B2.
 
  1. Calon perlu mengemukakan satu (1) salinan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar):
  1. Kad Pengenalan;
  2. Surat pelantikan pertama skim perkhidmatan pendidikan ke Gred DGA29 dan/atau DG41 atau setara;
  3. Surat Pengesahan Jawatan ke Gred DGA29 dan/atau DG41 atau setara;
  4. Surat kenaikan pangkat ke Gred DGA32/ DG44/ DG48/ DG52/ DG54 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP);
  5. Sijil kelulusan akademik;
  6. Sijil kelulusan ikhtisas;
  7. Kenyataan oleh Ketua Jabatan (seperti di Lampiran C);
  8. Kenyataan Perkhidmatan terkini;
  9. Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/ Tabung Pendidikan (seperti di Lampiran D);
  10. Borang Tapisan Keutuhan SPRM terkini (seperti di Lampiran T1);
  11. Surat Kelulusan Pengisytiharan Harta;
  12. Jadual Waktu Mengajar (bagi tahun 2011, 2012, 2013 dan 2014); dan
  13. Sijil, surat penghargaan dan lain-lain dokumen sokongan.
 
6.         Calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti di para 4.1 dan 4.2 di atas sahaja layak memohon. Semua calon diingatkan supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul, disertakan bersama dengan dokumen sokongan seperti ketetapan berikut:
 
6.1       Calon dari sekolah, IAB, KV, KM dan ELTC hendaklah mengemukakan permohonan melalui Guru Besar, Pengetua dan Pengarah Institusi masing-masing. Guru Besar dan Pengetua hendaklah mengemukakan permohonan yang memenuhi syarat kepada Ketua Nazir, JNJK, Putrajaya. Pengarah Institusi hendaklah menghantar permohonan yang memenuhi syarat kepada Pengarah Bahagian masing-masing untuk dipanjangkan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya.
 
6.2       Calon dari IPG hendaklah mengemukakan permohonan melalui Pengarah IPG Kampus masing-masing. Pengarah IPG Kampus hendaklah menghantar permohonan yang memenuhi syarat kepada Rektor untuk dipanjangkan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya.
 
6.3       Calon dari Sekolah Dalam Hospital hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Pengarah Bahagian Pendidikan Khas untuk dipanjangkan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya.
 
6.4       Calon yang mengisi jawatan Kader Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing untuk dipanjangkan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya.
 
6.5       Tarikh tutup permohonan pada hari Jumaat, 25 April 2014.
 
  1. Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya akan dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Keputusan penilaian adalah muktamad.
  1. Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada pegawai-pegawai dari Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Putrajaya seperti yang tertera di bawah:
8.1       Hajah Normah binti Haji Ismail KMN                 -           03-8884 4117
8.2      Encik Zulkifli bin Nordin                                   -           03-8884 4490
8.3       Encik Abd. Aziz bin Ahmad                             -           03-8884 4249
8.4       Puan Rosliza binti Rosli                                  -           03-8884 4262
 


Muat Turun
Surat Siaran Urusan Pemangkuan GC PC 2014
LAMPIRAN B1
LAMPIRAN B2

Bagi yang nak dapatkan Tips dan Panduan Memohon Guru Cemerlang daripada Cikgu Hailmi, boleh tengok kat link yang disertakan di bawah ini yer..

Panduan Memohon Guru Cemerlang
Fasa 1 : Fasa Mengisi Borang Permohonan
Fasa 2 : Tips Dokumentasi / Filing
Fasa 3 : Rancangan Mengajar Terbaik
Fasa 4 : Tips Menghadapi Nazir Hari Pemantauan

Semoga membantu! Jika perlukan sebarang pertanyaan atau perbincangan dan perkongsian boleh terus pm saya di facebook, https://www.facebook.com/pages/CiKGUHAiLMi/438679962853223?sk=messages_inbox . InshaAllah, mana yang saya dapat tolong, saya akan cuba usahakan.. ;)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602